Semalam, aku telah uninstall Win-rar dan win-zip yang sudah tersedia ada di komputer setelah direformat. Maklumlah, aku nak menaiktarafkan kedua-dua perisian itu.
Setelah aku memasang kedua-dua program itu semula, aku bukalah perisian skype. Dan tak lama selepas tu, si Jeruk kawan aku pun memanggil aku. Elok saja aku nak menjawab panggilan Jeruk, komputer dah sangkut. Aku pun, seperti biasalah restart komputer tu.
Agak lama juga aku menunggu. Tapi, komputer tak juga bersuara. Alamak! Apa sudah berlaku ya? Aku menekan bebutang power untuk menutup komputer dan membuka kembali.
Tapi, masih juga sama. Tiada suara. Wah! Apa sudah berlaku ya? Wah! Susah ni. Mungkin cakera keras sudah corrupted agaknya. Ini sudah kes naya ni.
Kebetulan, anak saudara aku datang ke bilik. Aku meminta dia tengok, apa dah berlaku. Aku diberitahu, komputer memang dah start. Dia sekarang berada di desktop.
Aku suruh dia cuba masuk ke volume control. Dia cuma masuk ke volume control dengan menggunakan tetikus. Tapi, tak boleh masuk. Dia beritahu, ada error, “kno driver audio”. Alamak, apa sudah berlaku ya?
Aku pun cubalah install audio driver realtec yang aku update hari tu. Selepas restart, masih juga masalah yang sama. Wah, ini sudah kes naya.
Kemudian, aku menyuruh anak saudara aku masuk ke bahagian system restore. Dia pulak tak tahu macammana nak masuk ke system restore tu. Maka, terpaksalah aku bantu dia untuk masuk ke system restore tersebut.
Setelah system restore dilakukan, akhirnya, komputer bersuara semula. Wah, nasib baiklah tak berlaku apa-apa. Lega rasanya.
Itulah. Sehebat mana pun orang buta dalam komputer, kalau komputer tu dah membisu seribu bahasa, jadi bodoh jugak dia.
0 ulasan:
Catat Ulasan