Sabtu, Januari 30, 2010

Oku dan sensitiviti yang tak bertempat

Bila aku duduk sorang-sorang, aku kadang rasa nak tergelak, rasa agak lucu dengan sikap dan perangai oku yang kurasakan, kadang sensitif tak bertempat.

 

Sekarang, aku nak sentuh tentang oku buta saja.  Yang lain tak payahlah kang lain pulak jadinya.

 

Ok, kadang, kita ni sensitif tak bertempat.  Contohnya, bila orang kata, aku boleh tengok, tapi, kau tak boleh.  Perkara sekecil ini pun, dah nak sensitif.  Macam-macamlah yang dia nak marah.  Itu yang aku rasa, agak lucu.

 

Dah sememangnya, kita dah tak boleh tengok.  Kita ni, kankah buta.  yang boleh tengok pun, kelabu-kelabu asap saja.  Jadi, kalau dia kata “aku boleh tengok, tapi kau tak boleh” memanglah betul dan tepat.  jawab saja, “memanglah aku tak boleh pasai aku buta.”  Itu pun tak reti-reti?

 

Aku pernah disapa begitu oleh seorang kawan.  “Aku boleh tengok, tapi hang mana boleh tengok?”  Aku jawab senang saja.  “Hang ni pun awatlah jadi bodoh dan dungu sangat?”  “Dah aku ni buta, lagu mana nak tengok encik oi?”  “Apalah hang, tu pun tak taukah?”  Ha, lepas pada tu, langsung tak pernah kata apa-apa dah tentang boleh atau tak boleh tengok.

 

Satu lagi, kita ni pun satu macam punya.  Ini pun sensitif yang tak kena tempat.  Orang tanya,

  • Kenapa boleh jadi buta?
  • Sejak bila buta?
  • Bolehkah jalan kalau buta?

Soalan-soalan seperti ini kita dah terasa.  Apalah punya bengap.  Inilah persoalan yang harus kita menjawabnya dengan perasaan penuh bangga sekali.  Buat apa nak terasa?  Gunalah otak sikit.

 

Aku dilahirkan di sebuah kampung di Bayan Lepas.  kat kampung ni, aku seorang saja yang buta.  jadi, bagi aku ni, tak ada sensitif punya.  Apa aku rasa nak kata, aku hentam saja.  Tak kiralah orang tu nak terasakah apakah.  Aku tak peduli itu semua.

 

Sebenarnya, orang biasa pernah bercerita pada aku bahawa, susah nak campur oku sebab mereka sensitif tu kadang tak bertempat.  Kenyataan ini memang benar.  Jadi, siapa yang nak dipersalahkan dalam hal ni?

 

Memang orang biasa akan tanya soalan-soalan seperti yang aku catat di atas.  Jadi, jawab sajalah apa kisah?

 

Kalaulah kita hendak mendekatkan jurang antara oku dan normal, ketepikan sensitiviti yang tak bertempat tu jauh-jauh.  Kalau masih berterusan dengan sensitiviti yang tak bertempat, Hmm, sampai bila pun, jurang akan jauh.

 

Itu cerita sensitiviti.  Sekarang, kita beralih pulak ke cerita buta perasan.  Dahlah buta, perasan pulak.

 

Contoh yang paling elok untuk kita tengok ialah penggunaan tulisan rengkas.  Kita dah sedia maklum, orang biasa suka menggunakan tulisan rengkas.  Seolah-olahnya, dah tak cukup huruf untuk ditulis.

 

Ada pulak segelintir si buta ni yang perasan.  Konon nak tunjuk hebat.  Lebih hebat dari orang biasa.  Dia tulis e-mel dengan tulisan rengkas.  Orang biasa, sikit-sikit saja, tapi dia, rengkas over punya rengkas.  Sampai haram tak faham satu apa pun apa dia tulis.

 

Dia bagi alasan bodoh.  Alasan dia, kena ikut orang biasa.  Nanti, baru mereka senang dengan kita dan kita pun hebat sebab boleh ikut mereka.  hebat apa?  hebat kepala otak hang.

 

Mengapakah tak boleh gunakan tulisan penuh sahaja untuk menulis?  Takkan orang buta ni, tak ada identitinya yang tersendiri?  Asyik nak ikut orang saja?  Orang pergi terjun laut pun, awak nak ikut terjun sama?  Apa pasal tak mau pakai akal?

 

Orang buta, biarlah punya identiti yang tersendiri.  Tulis biar penuh.  Bila kita tulis penuh, orang tengok pun rasa amat bangga sekali.  Mereka yang mengamalkan tulisan rengkas, secara automatiknya, akan tulis penuh bila dia hantar apa-apa kat kita.

 

Aku, hatta SMS pun, tak pernah aku tulis rengkas.  Siapa tulis rengkas, aku forward balik kat dia atau suruh dia ulang apa yang dia tulis.

 

Itulah coretan kali ini.

Jumaat, Januari 15, 2010

Kucing putih

Kucing putih

Pertemuan antara kita

telah menghasilkan suatu aura luarbiasa.

 

Kucing putih,

kau periang

kau sungguh ceria

senyumanmu menawan hati

tutur katamu penuh kesopanan dan kelembutan

bibirmu sungguh mempesonakan

kau umpama bidadari dari kayangan.

 

Kucing putih,

walau pun antara kita amat berbeza

tetapi, cinta tidak mengenali itu semua

walau pun aku buta, kau celik

walau aku di Malaysia namun kau nun di seberang sana

namun kucing putih

semuanya itu bukanlah suatu halangan

cinta bakal menyatukan kita.

 

Kucing putih,

kau seorang yang tabah menghadapi segala macam dugaan

kau gadis bersemangat waja

aku kagum dengan kau kucing putih.

 

Kucing putih

cinta tak kenal siapa

cinta tak kenal warna kulit

bak kata pepatah, cinta itu buta.

 

Oleh itu,

berdoalah,

berdoalah wahai kucing putih

berdoalah semoga kita akan disatukan

disatukan oleh tuhan yang maha esa

dan kau harus jua ingat kucing putih,

jodoh pertemuan, ajal dan maut, semua di tangannya.

 

Jadi kucing putih,

usahlah bersedih

usahlah menangis

usahlah meratapi kegagalan cinta kita berdua

jika ianya berlaku.

 

Anggaplah itu semua ujian daripadanya

anggaplah itu suratan takdir darinya.

 

Jadi,

akhir coretan,

salam perpisahan sementara buatmu sayang.

Khamis, Januari 14, 2010

Happy birthday Ah Hong

Pada Ahad, 10TH Januari, Ah Hong sambut hari lahirnya.  Hari lahir dia ialah Selasa, 12TH Januari.  Tapi dia sambut hari Ahad.

 

Pada hari itu, dia belanja semua ahli komiti SBM makan nasi.  Dia order 10TH bungkus.  Sebungkus RM 10.  Apabila tiba makan tengahari, mesyuarat AJK SBM dihentikan.  Semua pakat turun pi makan tengahari yang ditaja makanannya oleh Ah Hong yang juga bendahari SBM Pulau Pinang.

pada mulanya, aku tak makan, tetapi, disebabkan ada lebih, dapatlah aku menghentam.  Ha, dalam nasi tu ada lauk ikan, sayur, telur dan kuah.

Sebungkus nasi tu, sikit saja.  Tak kenyang aku rasa bila makan.  “Alahai, sikit saja, mana cukup?”  Aku berkata.

“La, ini orang, dah bagi makan, dia lagi dok kata tak cukup.”  Soon Eng berkata.

Aku terus makan.  Sedap jugak nasi yang Ah Hong belanja tu.  Tak apalah, sikit pun, sikitlah.  petang karang, ada makan lagi.

Telefon Soon Eng berbunyi.  “Ala Asrul, nantilah sat, baru call aku.”  Soon Eng berkata.  Dia membiarkan sahaja telefonnya itu berbunyi.

Telefon tetap juga berbunyi tanpa henti.  Akhirnya, Soon Eng terpaksa juga menjawab panggilan itu.  Dan, jam 2:30 mesyuarat AJK SBM disambung kembali.  Dan jam 3:45, mesyuarat selesai.

Aku bergerak ke pejabat.

Aku duduk menyandar di tepi dinding atas sebuah kerusi.

Tidak lama kemudian, tukang cuci kak Joanne pun datang.  Datang nak cuci bangunan dan untuk urusan beberapa hal yang lain.

Sedang Soon Eng asyik melayan panggilan telefon, tangannya telah tertempuh secawan milo yang terletak di atas meja kerani pejabat.  “Wey!”  Faizah terjerit.  Habis milo tu tumpah ke lantai.  “Tak pa tak pa.”  “Satni kak cuci.”  Kak Joanne beritahu.

“Mana aku nak tau tempat tu ada milo?”  Beritahu Soon Eng.  “Sorry sorry sorry sorry, aku tak nampak ma.”  Soon Eng berkata.

“Hai yaa, ini ah pek.”  Faizah merungut.  Kak Joanne masih lagi membasuh milo tumpah.  “La adik, kertaih ni tak boleh nak pakai dah.”  “Akak buang na?”  Kak Joanne beritahu.  Dia panggil Faizah dengan panggilan adik.

Dan tidak lama kemudian, proses cuci-mencuci pun selesai.  Tapi, bau milo itu masih lagi kuat.

“Khai Eong tinggal di mana?”  Kak Joanne bertanya.  “Saya dari Pulau Pinang.”  Aku menjawab rengkas.  “Pulau Pinang kat mana?”  Joanne bertanya lagi.  “Kat Bayan Lepas.”  Jawabku.  “macammana datang ke sini?”  Joanne bertanya lagi.  “Naik teksi dengan Ah Hong ke jeti, naik feri dan lepas tu, naik bas.”  Terangku.  “Balik macammana?”  Joanne bertanya lagi.  “Kalau balik, dari SBM naik bas, kemudian, naik feri, lepas tu naik bas lagi.”  “Tapi kami naik teksi sahaja.”  Terangku lagi.  “Wah, jauhnya.”  Joanne berkata.

4:30 petang, hujan turun.  “Ha, dah hujan dah.”  Joanne berkata.  Tapi, nasib baiklah hujan turun sekejap sahaja.  Hujan lalu kata orang.

Pada hari itu, kerani terpaksa balik jam 5:00 petang sebab nak siapkan urusan.  Jam 5:00 petang, kerani telah pun bersedia nak balik.  Pada ketika itu, Soon Eng

sedang bergayut di telefon.  “Wey nak tutup dah!”  “Tunggu aku nak naik moto Faizah mai no?”  Soon Eng berkata di telefon.  Dia gelak.

 

Kerani dan Soon Eng dah turun ke bawah.  Soon Eng menuju ke perhentian bas.  Semua dah balik.  Kini, tinggallah aku, Sai Sam, Ah Hong dan Kat Ming sahaja.

 

Dan kini, aku, Lee Sai Sam Kat Ming dan Ah Hong sendiri telah bergerak ke perhentian bas.  Pada petang itu, Ah Hong nak belanja kami bertiga serta tiga orang lagi yang sedang menunggu.  Mereka ialah Roslin, Phek Chuan dan Simon.  Mereka bertiga menunggu di Taman Chai Ling.

 

Beberapa minit setelah berada di perhentian bas, bas Rapid pun tiba.  kami bertiga pun naiklah bas menuju ke Taman Chai Ling.  Sesampainya kami di sana, hujan renyai-renyai masih turun.  Roslin dan rakan-rakan telah siap sedia menunggu di sana.  Maklumlah dah janji kan?

 

Kami pun bergeraklah ke kedai makan yang dijanjikan iaitu sebuah kedai makan cina.

 

Dan kini, Ah Hong terpaksa membawa enam orang.  Seperti menarik enam ekor lembu.  Kami berjalan terkedek-kedek seperti kura-kura berjalan.

Tepat jam 6:00 petang, kami sampai di Kedai Hwa Hong iaitu sebuah kedai makan cina.

Kami dibawa duduk oleh petugas di sana.  Petugas di sana memang sudah mengenali Ah Hong.  Jadi, tiada masalahlah.

Maka kami pun, memesanlah makanan.  Aku pesan sepinggan besar ayam, daging dan semangkuk besar mi cintan.  Ha, yang aku pesan tu, semuanya besar-besar belaka.

Kami menikmati makanan yang dipesan.  Makan sampai kenyang.  Selepas makan, Ah Hong memesan sekotak ais kerim.  Dalam kotak tu, ada berkeping-keping aiskrim.  Khabarnya, ais kerim ni, untuk majlis perkahwinan punya.  So kami berkongsilah.  Besar kotak tu.  Sepuluh ringgit sekotak.

Tapi bagi aku, aku boleh hantam sekotak aku sorang.  Tak cukup rasanya.  Sedap o!

Selepas makan, kami duduk-duduk sebentar.  Sambil menikmati udara penghawa dingin yang amat nyaman sekali.  Seronok sekali rasanya tu.

 

Semasa makan, kawan Simon telah menelefonnya.  Joseph kalau tak salah aku.  Dia ingin tahu apa yang dimakan.  maka berceritalah si Simon apa yang dimakan.

 

Selepas itu, Ah Hong pun membayarlah segala yang kami makan dan minum itu.  Semuanya berharga RM 160.60.

Semasa kami hendak bergerak keluar, hujan lebat pun turun secara tiba-tiba.  maka, terpaksalah kami menangguhkan perjalanan kami untuk keluar dari kedai makan itu.  Jam sudah menghampiri 8:00 malam.  Namun, hujan masih lagi belum berhenti.  Kami terpaksalah duduk di kedai makan itu menunggu hujan berhenti.

 

Lebih kurang jam 8:05 malam, kami bergerak keluar.  Semua dah keluar kecuali Roslin dan Phek Chuan.  Petugas yang membawa kami keluar telah masuk semula ke dalam untuk mencari Phek Chuan dan Roslin.  Rupanya, mereka pergi toilet.

Bila semua dah keluar, kami mula berjalan ke perhentian bas.  Hujan rintik-rintik masih lagi turun.  Aku dan Ah Hong memakai topi yang kami beli beberapa minggu yang lalu.

“Oi Khai Eong, aku dah makan dan dah pergi berak dah tadi.”  Beritahu Roslin semasa kami sedang berjalan.

Apabila sampai di bekas tapak supermarket Fajar, sekali lagi hujan lebat turun.  Kami terpaksalah berlindung di sana buat sementara waktu.  Nak tunggu hujan berhenti.

Selang sepuluh minit kemudian, hujan reda sedikit.  kami dengan segera, bergeraklah ke perhentian bas.  Kami bernasib baik.  Apabila sampai sahaja di perhentian bas, bas pun sampai.  Kami naik bas.

Dalam bas, Roslin bertekak pulak dengan pemandu bas.  “Eh, why you all speak english?”  “You must speak your own language.”  “So, every body can understand lah.”  Kata pemandu itu.  “Eh, this is a demokrasi country lah, we can speak any language we want.”  Roslin menjawab.  Pemandu itu terus bertekak.

“Wah, mabuk kot dia ni.”  Ah Hong berkata.  Seronok jugak dengak pemandu itu bertekak dengan Roslin dan Phek Chuan.

Akhirnya, kami sampai di jeti.  Roslin, Phek Chuan dan Simon menaiki bas untuk pulang.  Ah Hong, aku, Kat Ming dan Sai Sam, pergi menaiki feri.

Ha, masalah timbul lagi.  Kami terpaksa menunggu feri agak lama.

 

Jam 9:00 malam, feri sampai.  “Eh, feri ni tak jalan dah.”  “Depa dah habeh reja.”  Beritahu seorang wanita.  Maka, terpaksalah kami menunggu lagi.

 

Lebih kurang jam 9:35 malam, feri pun datang.  Kami naik.  Feri sampai di Pulau Pinang lebih kurang jam 9:50 malam.

 

Kami menaiki teksi.  Aku sampai di rumah jam 10:36 minit malam.

 

Tamat.

Isnin, Januari 11, 2010

Cerita EGM bahagian tiga, akhir

Ok, kita sambung lagi.

 

Pagi itu, aku bangun jam 6:00 pagi.  Dan seperti biasa, aku pun, pergilah mandi dan sebagainya.  jam 6:30 pagi, Ah Hong, Swarn Singh dan Marimuthu pun dah bangun.  Ha, semua dah siap sedia untuk mesyuarat EGM pada pagi itu.

Jam 7:00 pagi, kami pergi sarapan.  Di dewan makan, ramai orang dah pun bersarapan.  Sebentar kemudian, Tajma dan kerani Faizah pun datang.

Pagi itu, makan ok jugak.  Tajma tolong ambik, ha kalau Tajma, mudahlah aku nak bantai makan banyak-banyak.

Pada pagi itu, aku telah menghentam sepinggan besar kek yang dalam pinggan tu, ada dekat lima ke 10 keping kek jugak.  Aku juga sempat menghentam empat pinggan bihun kalau tak salah, tiga cawan kopi dan secawan teh.

Sementara itu, Swarn Singh jadi kalut nak balik ke biliknya.  Dia dok bising tak pekena rokok lagilah dan pelbagai lagi.

Selepas makan, aku, Ah Hong dan Marimuthu pun nak balik ke bilik.  Swarn Singh sudah menghilang entah ke mana.  kami tercari-cari di manakah Swarn Singh.  Akhirnya, kami terpaksa turun ke kaunter untuk mendapatkan kunci kedua sebab kunci bilik kami, si Swarn Singh yang pegang.  Setelah mendapatkan kunci, kami pun naiklah semula ke bilik.

Di bilik, Swarn Singh sedang berkemas-kemas.  Kami pula, sedang bersiap-siap untuk hadiri EGM di tingkat enam.

Jam 9:00 pagi, kami ke tingkat enam untuk hadiri EGM.  Di dewan mesyuarat, Setiausaha agung, tuan Hj Nazari Osman sedang memberi ucapan.

Kini, tibalah waktu rehat.  Kami hanya makan di dewan.  kami makan sepinggan kecil mi dan sebiji kuih ketayap.  Alahai, sepinggan mi, manalah nak cukup?

“Ha Khai Eong, nak lagi?”  Tajma datang bertanya.  Wah!  Ini sudah cantik.  Aku jawab sajalah nak.  hah, apa lagi, aku dapatlah hentam empat pinggan mi goreng dan empat biji kuih ketayap.  Ha, barulah rasa puashati.  Aku juga minum, tiga cawan air teh.

Jam 12:30 tengahari, EGM ditamatkan.  Kami balik ke bilik dan bersiap-siap untuk balik dah.  Jam 1:00 tengahari, kami turun ke dewan makan.  Tengahari itu, kami makan nasi ayam.  Dan disebabkan Tajma tak ada, maka aku makan sikit sajalah.

Setelah kami selesai makan, kami pergi menunggu di ruang hadapan.  Di sana, ramai sekali orang-orang buta.  Maklumlah, mereka nak balik ke distinasi masing-masing.

Jam 2:30 petang, kami memulakan perjalanan balik ke Pulau Pinang.  Kami singgah di Sungai Siput untuk beli-belah.  Tapi kat sana, takdak apa sangat yang nak dibeli.  Kami juga singgah di satu lagi tempat yang aku dah lupa kat mana.

Aku sampai di Bayan Lepas pada jam 7:30 malam dan sampai di rumah jam 7:45 malam.

Tamat.

Ahad, Januari 03, 2010

Cerita EGM bahagian dua

Ok, jumpa lagi.

 

Edisi pindah-memindah bilik.

 

Ha, Ini kisah pindah-pindah bilik.  Ini adalah perkara biasalah.  Mungkin terdapat sana-sini kelemahanlah.  Tak apa, perkara ini boleh diatasi.

Perkara bermula semasa aku sedang sibuk tengok kartun kat tv9.  Kerani menelefon aku memberitahu yang bilik kami 487 akan berpindah.  Aku jawab ya saja.  Beberapa minat kemudian, kerani telefon balik mengatakan, tak jadi pindah.  Jadi, tak apalah.  Terus dengan kartun di tv9.  Ingatkan, dah selesai kes tu.

 

Di sebelah malam, selepas makan malam, tiba-tiba petugas hotel membawa dua orang ahli iaitu Megat dan Husin ke bilik kami.  Kami diberitahu, mereka berdua ni mesti ditempatkan di bilik kami kerana bilik mereka iaitu 309, adalah bilik untuk pemandu bas.  Swarn Singh agak marah jugak.  Dia kata, kalau sampai enam orang, macammana nak jalan pi toilet tengah-tengah malam nanti?  Petugas hotel beritahu, dia hanya mengikut arahan.

 

Bincang punya bincang, akhirnya, Husin dan Megat balik semula ke bilik mereka kerana pemandu bas dah ada bilik mereka.  Jadi, selesailah masalah.

Sementara itu, kerani sibuk memindah tilam besar dan berat.  Sementara si buta si buta ni, hanya dok tau beletiak dan buat bising.  Depa tak tau hujung pangkal.  hanya dok tau, pot-pet pot-pet bising.

Kerani dah mula naik bengang.  Dia terus buat kerja dia.  Sampai ke satu tahap, dia terjatuh.  Akibatnya, pinggangnya mengalami cram.  Begitu juga dengan kakinya.  Dia telah dipapah balik ke bilik oleh Noraini Ghazali dan kak Tajma.

Sementara itu, mereka yang tadinya dok pot-pet pot-pet bising tiba-tiba menjadi diam seribu bahasa kerana takut.  Ha tulah, padan muka bising lagi.

pada malam itu, Noraini Ghazali telah menjadi penyelamat keadaan.  Beliau telah mengurut cik kerani sehingga pulih seperti sediakala.  Noraini ni, kiranya heroinlah pada malam itu.

Pada malam itu juga, Noraini Ghazali tidak dapat menghadiri taklimat EGM yang akan berlangsung pada esok hari kerana telah menjadi seorang heroin.

Bersambung.





Arkit blog