Ok, kita sambung lagi.
Pagi itu, aku bangun jam 6:00 pagi. Dan seperti biasa, aku pun, pergilah mandi dan sebagainya. jam 6:30 pagi, Ah Hong, Swarn Singh dan Marimuthu pun dah bangun. Ha, semua dah siap sedia untuk mesyuarat EGM pada pagi itu.
Jam 7:00 pagi, kami pergi sarapan. Di dewan makan, ramai orang dah pun bersarapan. Sebentar kemudian, Tajma dan kerani Faizah pun datang.
Pagi itu, makan ok jugak. Tajma tolong ambik, ha kalau Tajma, mudahlah aku nak bantai makan banyak-banyak.
Pada pagi itu, aku telah menghentam sepinggan besar kek yang dalam pinggan tu, ada dekat lima ke 10 keping kek jugak. Aku juga sempat menghentam empat pinggan bihun kalau tak salah, tiga cawan kopi dan secawan teh.
Sementara itu, Swarn Singh jadi kalut nak balik ke biliknya. Dia dok bising tak pekena rokok lagilah dan pelbagai lagi.
Selepas makan, aku, Ah Hong dan Marimuthu pun nak balik ke bilik. Swarn Singh sudah menghilang entah ke mana. kami tercari-cari di manakah Swarn Singh. Akhirnya, kami terpaksa turun ke kaunter untuk mendapatkan kunci kedua sebab kunci bilik kami, si Swarn Singh yang pegang. Setelah mendapatkan kunci, kami pun naiklah semula ke bilik.
Di bilik, Swarn Singh sedang berkemas-kemas. Kami pula, sedang bersiap-siap untuk hadiri EGM di tingkat enam.
Jam 9:00 pagi, kami ke tingkat enam untuk hadiri EGM. Di dewan mesyuarat, Setiausaha agung, tuan Hj Nazari Osman sedang memberi ucapan.
Kini, tibalah waktu rehat. Kami hanya makan di dewan. kami makan sepinggan kecil mi dan sebiji kuih ketayap. Alahai, sepinggan mi, manalah nak cukup?
“Ha Khai Eong, nak lagi?” Tajma datang bertanya. Wah! Ini sudah cantik. Aku jawab sajalah nak. hah, apa lagi, aku dapatlah hentam empat pinggan mi goreng dan empat biji kuih ketayap. Ha, barulah rasa puashati. Aku juga minum, tiga cawan air teh.
Jam 12:30 tengahari, EGM ditamatkan. Kami balik ke bilik dan bersiap-siap untuk balik dah. Jam 1:00 tengahari, kami turun ke dewan makan. Tengahari itu, kami makan nasi ayam. Dan disebabkan Tajma tak ada, maka aku makan sikit sajalah.
Setelah kami selesai makan, kami pergi menunggu di ruang hadapan. Di sana, ramai sekali orang-orang buta. Maklumlah, mereka nak balik ke distinasi masing-masing.
Jam 2:30 petang, kami memulakan perjalanan balik ke Pulau Pinang. Kami singgah di Sungai Siput untuk beli-belah. Tapi kat sana, takdak apa sangat yang nak dibeli. Kami juga singgah di satu lagi tempat yang aku dah lupa kat mana.
Aku sampai di Bayan Lepas pada jam 7:30 malam dan sampai di rumah jam 7:45 malam.
Tamat.
0 ulasan:
Catat Ulasan