Pada Ahad, 10TH Januari, Ah Hong sambut hari lahirnya. Hari lahir dia ialah Selasa, 12TH Januari. Tapi dia sambut hari Ahad.
Pada hari itu, dia belanja semua ahli komiti SBM makan nasi. Dia order 10TH bungkus. Sebungkus RM 10. Apabila tiba makan tengahari, mesyuarat AJK SBM dihentikan. Semua pakat turun pi makan tengahari yang ditaja makanannya oleh Ah Hong yang juga bendahari SBM Pulau Pinang.
pada mulanya, aku tak makan, tetapi, disebabkan ada lebih, dapatlah aku menghentam. Ha, dalam nasi tu ada lauk ikan, sayur, telur dan kuah.
Sebungkus nasi tu, sikit saja. Tak kenyang aku rasa bila makan. “Alahai, sikit saja, mana cukup?” Aku berkata.
“La, ini orang, dah bagi makan, dia lagi dok kata tak cukup.” Soon Eng berkata.
Aku terus makan. Sedap jugak nasi yang Ah Hong belanja tu. Tak apalah, sikit pun, sikitlah. petang karang, ada makan lagi.
Telefon Soon Eng berbunyi. “Ala Asrul, nantilah sat, baru call aku.” Soon Eng berkata. Dia membiarkan sahaja telefonnya itu berbunyi.
Telefon tetap juga berbunyi tanpa henti. Akhirnya, Soon Eng terpaksa juga menjawab panggilan itu. Dan, jam 2:30 mesyuarat AJK SBM disambung kembali. Dan jam 3:45, mesyuarat selesai.
Aku bergerak ke pejabat.
Aku duduk menyandar di tepi dinding atas sebuah kerusi.
Tidak lama kemudian, tukang cuci kak Joanne pun datang. Datang nak cuci bangunan dan untuk urusan beberapa hal yang lain.
Sedang Soon Eng asyik melayan panggilan telefon, tangannya telah tertempuh secawan milo yang terletak di atas meja kerani pejabat. “Wey!” Faizah terjerit. Habis milo tu tumpah ke lantai. “Tak pa tak pa.” “Satni kak cuci.” Kak Joanne beritahu.
“Mana aku nak tau tempat tu ada milo?” Beritahu Soon Eng. “Sorry sorry sorry sorry, aku tak nampak ma.” Soon Eng berkata.
“Hai yaa, ini ah pek.” Faizah merungut. Kak Joanne masih lagi membasuh milo tumpah. “La adik, kertaih ni tak boleh nak pakai dah.” “Akak buang na?” Kak Joanne beritahu. Dia panggil Faizah dengan panggilan adik.
Dan tidak lama kemudian, proses cuci-mencuci pun selesai. Tapi, bau milo itu masih lagi kuat.
“Khai Eong tinggal di mana?” Kak Joanne bertanya. “Saya dari Pulau Pinang.” Aku menjawab rengkas. “Pulau Pinang kat mana?” Joanne bertanya lagi. “Kat Bayan Lepas.” Jawabku. “macammana datang ke sini?” Joanne bertanya lagi. “Naik teksi dengan Ah Hong ke jeti, naik feri dan lepas tu, naik bas.” Terangku. “Balik macammana?” Joanne bertanya lagi. “Kalau balik, dari SBM naik bas, kemudian, naik feri, lepas tu naik bas lagi.” “Tapi kami naik teksi sahaja.” Terangku lagi. “Wah, jauhnya.” Joanne berkata.
4:30 petang, hujan turun. “Ha, dah hujan dah.” Joanne berkata. Tapi, nasib baiklah hujan turun sekejap sahaja. Hujan lalu kata orang.
Pada hari itu, kerani terpaksa balik jam 5:00 petang sebab nak siapkan urusan. Jam 5:00 petang, kerani telah pun bersedia nak balik. Pada ketika itu, Soon Eng
sedang bergayut di telefon. “Wey nak tutup dah!” “Tunggu aku nak naik moto Faizah mai no?” Soon Eng berkata di telefon. Dia gelak.
Kerani dan Soon Eng dah turun ke bawah. Soon Eng menuju ke perhentian bas. Semua dah balik. Kini, tinggallah aku, Sai Sam, Ah Hong dan Kat Ming sahaja.
Dan kini, aku, Lee Sai Sam Kat Ming dan Ah Hong sendiri telah bergerak ke perhentian bas. Pada petang itu, Ah Hong nak belanja kami bertiga serta tiga orang lagi yang sedang menunggu. Mereka ialah Roslin, Phek Chuan dan Simon. Mereka bertiga menunggu di Taman Chai Ling.
Beberapa minit setelah berada di perhentian bas, bas Rapid pun tiba. kami bertiga pun naiklah bas menuju ke Taman Chai Ling. Sesampainya kami di sana, hujan renyai-renyai masih turun. Roslin dan rakan-rakan telah siap sedia menunggu di sana. Maklumlah dah janji kan?
Kami pun bergeraklah ke kedai makan yang dijanjikan iaitu sebuah kedai makan cina.
Dan kini, Ah Hong terpaksa membawa enam orang. Seperti menarik enam ekor lembu. Kami berjalan terkedek-kedek seperti kura-kura berjalan.
Tepat jam 6:00 petang, kami sampai di Kedai Hwa Hong iaitu sebuah kedai makan cina.
Kami dibawa duduk oleh petugas di sana. Petugas di sana memang sudah mengenali Ah Hong. Jadi, tiada masalahlah.
Maka kami pun, memesanlah makanan. Aku pesan sepinggan besar ayam, daging dan semangkuk besar mi cintan. Ha, yang aku pesan tu, semuanya besar-besar belaka.
Kami menikmati makanan yang dipesan. Makan sampai kenyang. Selepas makan, Ah Hong memesan sekotak ais kerim. Dalam kotak tu, ada berkeping-keping aiskrim. Khabarnya, ais kerim ni, untuk majlis perkahwinan punya. So kami berkongsilah. Besar kotak tu. Sepuluh ringgit sekotak.
Tapi bagi aku, aku boleh hantam sekotak aku sorang. Tak cukup rasanya. Sedap o!
Selepas makan, kami duduk-duduk sebentar. Sambil menikmati udara penghawa dingin yang amat nyaman sekali. Seronok sekali rasanya tu.
Semasa makan, kawan Simon telah menelefonnya. Joseph kalau tak salah aku. Dia ingin tahu apa yang dimakan. maka berceritalah si Simon apa yang dimakan.
Selepas itu, Ah Hong pun membayarlah segala yang kami makan dan minum itu. Semuanya berharga RM 160.60.
Semasa kami hendak bergerak keluar, hujan lebat pun turun secara tiba-tiba. maka, terpaksalah kami menangguhkan perjalanan kami untuk keluar dari kedai makan itu. Jam sudah menghampiri 8:00 malam. Namun, hujan masih lagi belum berhenti. Kami terpaksalah duduk di kedai makan itu menunggu hujan berhenti.
Lebih kurang jam 8:05 malam, kami bergerak keluar. Semua dah keluar kecuali Roslin dan Phek Chuan. Petugas yang membawa kami keluar telah masuk semula ke dalam untuk mencari Phek Chuan dan Roslin. Rupanya, mereka pergi toilet.
Bila semua dah keluar, kami mula berjalan ke perhentian bas. Hujan rintik-rintik masih lagi turun. Aku dan Ah Hong memakai topi yang kami beli beberapa minggu yang lalu.
“Oi Khai Eong, aku dah makan dan dah pergi berak dah tadi.” Beritahu Roslin semasa kami sedang berjalan.
Apabila sampai di bekas tapak supermarket Fajar, sekali lagi hujan lebat turun. Kami terpaksalah berlindung di sana buat sementara waktu. Nak tunggu hujan berhenti.
Selang sepuluh minit kemudian, hujan reda sedikit. kami dengan segera, bergeraklah ke perhentian bas. Kami bernasib baik. Apabila sampai sahaja di perhentian bas, bas pun sampai. Kami naik bas.
Dalam bas, Roslin bertekak pulak dengan pemandu bas. “Eh, why you all speak english?” “You must speak your own language.” “So, every body can understand lah.” Kata pemandu itu. “Eh, this is a demokrasi country lah, we can speak any language we want.” Roslin menjawab. Pemandu itu terus bertekak.
“Wah, mabuk kot dia ni.” Ah Hong berkata. Seronok jugak dengak pemandu itu bertekak dengan Roslin dan Phek Chuan.
Akhirnya, kami sampai di jeti. Roslin, Phek Chuan dan Simon menaiki bas untuk pulang. Ah Hong, aku, Kat Ming dan Sai Sam, pergi menaiki feri.
Ha, masalah timbul lagi. Kami terpaksa menunggu feri agak lama.
Jam 9:00 malam, feri sampai. “Eh, feri ni tak jalan dah.” “Depa dah habeh reja.” Beritahu seorang wanita. Maka, terpaksalah kami menunggu lagi.
Lebih kurang jam 9:35 malam, feri pun datang. Kami naik. Feri sampai di Pulau Pinang lebih kurang jam 9:50 malam.
Kami menaiki teksi. Aku sampai di rumah jam 10:36 minit malam.
Tamat.
0 ulasan:
Catat Ulasan