Rabu, Disember 02, 2015

Perjalanan Cirit Dan Hujan1

12 November 2015, hari yang ditunggu-tunggu telah pun tiba. Pada hari itu aku akan ke Kuala Lumpur. Biasalah nak pergi makan angin dan nak pergi ambil HP baru, Galaksi J7 Samsung.

 

Pada hari yang sama juga, aku telah diserang cirit-birit. Ini semua gara-gara aku makan kari ayam pada hari sebelumnya iaitu 11 November 2015. Dan oleh kerana tiket bas dah beli, maka pergi ajalah. Hari itu, aku naik bas Plus Liner dan bas dijangka bertolak jam 10:00 pagi.

 

Lebih kurang jam 8:20 pagi, teksi pun datang. Aku menaiki teksi. Teksi datang awal kerana takut nanti berlaku kesesakan lalulintas. Pemandu teksi juga pergi mengambil rakan sekerja aku, Lawrence yang kebetulan hari tu nak ke hospital untuk menjalani pemeriksaan rutin. Aku sampai di Stesen Bas Sungai Nibung pada lebih kurang jam 9:30 pagi.

 

Sesampainya aku di sana, aku dibawa duduk di sebuah kerusi tempat menunggu bas. Duduk di bawah matahari pulak tu. Dan selepas itu, pemandu teksi pun berlalu pergi.  Duduklah aku di situ untuk beberapa minit.

 

“Cik nak ke mana cik”? Seorang perempuan bertanya pada aku. “Saya nak naik bas ke KL kak”. Aku menjawab rengkas saja sambil menunjukkan tiket bas Pluss Liner pada kakak tersebut. “Mai akak bawa, bas tu dah ada dia cuma jauh sikit”. Akak tersebut pun membawa aku ke bas tersebut. Sesampainya di sana, aku pun naiklah bas tersebut.

 

Aku menunjukkan tiket kepada pemandu bas. Pemandu pun bawalah aku ke tempat duduk hadapan. Aku duduk bersebelahan dengan seorang lelaki india.

 

Bas Pluss Liner ni, dia tak ada tempat duduk untuk seorang macam bas Trans nasional. Dianya tempat duduk biasa saja untuk dua orang.

 

Lebih kurang jam 10:00 pagi, bas memulakan perjalanannya ke Kuala Lumpur. Pemandu bas membuka siaran SinarFM di dalam bas tersebut.

 

Seperti biasa aku pun mainlah wechat dan whatsApp yang ada di smartphone aku. Maklumlah nak berbual dengan rakan-rakan sekelian.

 

“Dulu, you ada nampakkah”? Lelaki india itu memulakan bicara dengan aku. “Dulu, saya nampak sikit”. Aku menjawab. “Lepas itu, masa form 3, saya diserang demam panas dan tak nampak terus”. Aku menambah. “Dulu kamu sekolah di mana”? Lelaki itu bertanya lagi. “Saya dulu bersekolah di St. Nicholas Bagan jermal”. Aku bercerita. “Oh, kemudian kamu sekolah menengahkah”? Tanya lelaki india itu ingin tahu. “Ya, saya sekolah menengah di Sekolah Menengah Haji Zainul Abidin di Jalan Scotland”. Aku bercerita.

 

“Phone yang kamu pakai ni, dia punya skrin ada braille kah”? Lelaki india itu bertanya ingin tahu. “Tak, ini phone biasa saja”. “Cuma, dia ada voice over”. Aku menerangkan dengan panjang lebar. “Boleh tengokkah”? Pinta lelaki itu. “Boleh”. Aku lalu menyerahkan HP itu pada beliau. Perbualan tamat di situ.

 

Lebih kurang jam 12:30 tengahari, bas berhenti di Sungai Perak. Pemandu bas memaklumkan bas akan berhenti selama 10 minit. Siapa yang nak pergi ke tandas, bolehlah pergi. Aku mengambil kesempatan meminta pertolongan daripada rakan india yang duduk bersebelahan dengan aku untuk membawa aku ke tandas. nasib baiklah beliau ni baik orangnya.

 

Aku pergi ke tandas, selepas itu, aku pergi membeli air mineral sebotol besar. Selepas semua selesai, aku pun dibawa naik bas kembali.  10 minit kemudian, bas memulakan perjalanannya kembali. Aku punambil kesempatan untuk tidur. Maklumlah, rasa tak sihat sahaja.

 

Aku terjaga lebih kurang jam 2:20 petang. Aku melihat telefonku. Ada beberapa panggilan tidak berjawab. Itu dari Aswaz. Tak apalah, abaikan sahaja dahulu. Menurut orang yang duduk bersebelahan dengan aku, sudah hampir sampai ke stesen KTM Lama Kuala Lumpur. Sekarang, dah sampai Jalan Duta.

 

2:30 petang, bas pun sampailah ke distinasinya. Aku mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan yang duduk bersebelahan aku sebelum aku turun. Bila aku turun, aku meminta pemandu bas membawa aku ke pintu kaunter tiket. Sesampainya aku di pintu, aku terus masuk. Aku dibawa duduk oleh seorang perempuan.

 

Aku pun menelefon rakanku Aswaz. Sebenarnya, dia juga sedang menunggu aku di stesen bas KTM Lama. Cuma, tak tahu di mana dia ni. Dia kata, dia berada di kaunter jual tiket. Jam pula sudah menunjukkan jam 2:30 petang. Cuaca pula amat panas sekali.

 

Akhirnya, Aswaz muncul. Aku pun cuba menelefon Mr. Mano salah seorang pemandu teksi. Tapi malangnya, setelah beberapa kali menelefon Mr. Mano, talian beliau tidak dapat dihubungi. Kemudian dalam keadaan cuaca yang panas, kami pun dengan dibantu oleh seorang wanita, mendapatkan sebuah teksi untuk ke KL Central.

 

Sesampainya di KL Central, kami pun turun. Tambang pun dibayar. RM4 sahaja tambang yang dikenakan kepada kami. Sebabnya, dekat sahaja.

 

Dari KL Central, kami pun berjalan kaki ke hotel New Winner hotel yang mesti aku menginap apabila berada di Kuala Lumpur. Sesampainya di hotel, Aswaz pun meninggalkan aku untuk ke rumah manisah. Dia ingin menolong Manisah untuk menyiapkan Sand-wich yang dibuat khas untukku oleh Manisah. Dan roti sand-wich itu ditaja pula oleh Aswaz.

 

Setelah selesai pendaftaran masuk di hotel, aku pun dibawa ke bilik aku di bilik 102 tingkat satu oleh pekerja yang bertugas di situ. Setelah semua barang-barang kuletakkan di atas katil, aku pun pergilah berak.

 

Lebih kurang jam 3:50 petang, Aswaz menelefonku. Dia meminta aku agar bersiap sebab sebentar nanti, dia dan Manisah akan datang mengambilku untuk ke CIMB dan Samsung Centre.

 

Aku pun bersiap alakadar. Selepas itu, aku pun turun ke lobi hotel menunggu Manisah dan juga Aswaz. masih dalam perjalanan beritahu Aswaz dalam telefon.

 

Lebih kurang lima minit selepas itu, mereka pun sampai. Kami pun bergeraklah ke CIMB Bank. Sesampainya di CIMB Bank, aku menyelesaikan urusanku. Selepas segala urusan selesai, kami mula bergerak ke Samsung Centre.

 

Hujan renyai-renyai sudah mula turun. Kami berjalan agak cepat. Kami sampai di pintu NCBM National Council For the blind. “Ha, nak ambik kalendar tak?” Anis bertanya. “Yalah, baik ambik sekaligus, lagi senang.” Sokong Aswaz.

 

Kami pun pergilah ke pusat percetakan NCBM di tingkat atas bangunan tersebut. Sesampainya di pusat tersebut Anis dan Aswaz telah terjumpa rakan mereka yang dipanggil Ita. Mereka pun rancak berbual.

 

Kemudian, K H Wong pun keluar lalu berbual dengan aku. Dan setelah kalendar kami ambil, kami pun beredar turun dari bangunan itu untuk terus bergerak ke Samsung Centre.

 

Aswaz, teraba-raba membawa kami ke Samsung Centre. Tetapi, berkat kesabaran, kami sampai jua akhirnya ke Samsung Centre.

 

Aku pun meneylesaikan urusanku di sana. Setelah telefon Samsung Galaksi J7 diperolehi, aku meminta petugas di Samsung untuk sign in ke gmail dan melakukan beberapa setting yang lain. Aku terlupa nak minta mereka selesaikan masalah login ke wechat.

 

Setelah semua urusan diselesaikan, kami pun bergerak keluar dari Samsung Centre tersebut. kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada petugas di situ sebelum bergerak keluar.

 

Kami bergerak ke sebuah kedai. Di sana, aku membeli beberapa batang pisau cukur dan dua botol kecil hundred pluss. Selepas semuanya selesai, kami bergerak pulang.

 

Sesampainya di hotel, Aswaz pun menyerahkan bekas berisi sandwich kat aku. “Eh Khai Eong, nanti you bagi balik tau bekas ni sebab bekas ni, I pinjam dari mariana.” Anis berpesan. “Ok”. Aku menjawab rengkas.

 

Semasa dalam perjalanan, Aswaz bercerita bahawa beberapa hari lepas, si apek ada call dan cuba hasut dia. macam-macam apek tu cerita. Apek tu ulang balik cerita lama yang dia tukar keahlian bukan kerana perempuan. Cerita Aswaz panjang lebar.

 

“Ala, walau dia nafi sekali pun, tapi kami pun tau sebab apa dia tukar keahlian dan pada siapa duit tu dia bagi.” “Duit tu seribu o”! Sambung Aswaz. “Ha betul”. Anis menyokong. “Saya bila orang bertanya, saya ceritalah usaha dia untuk tukar keahlian”. “Tak payah tambah apa-apa”. Aku menambah.

 

“Hmm,” “jangan layanlah orang tak matang ni”. Makin dilayan, makin sakit kepala”. Tambahku. “Betul tu kak As”, “kak As blok saja call dari dia tu”. Anis mencadangkan.

 

Aku berpisah dengan Anis dan Aswaz di pintu hotel. Aku terus ke bilik. Kemudian, aku pun berehat sebentar dan mandi. Selepas itu, aku tidur awal pada malam tu sebab rasa macam tak sihat badan. Malam tu, aku hanya minum hundred pluss saja.

 

Bersambung.

0 ulasan:





Arkit blog