13 November 2015. Pada pagi itu, aku bangun awal lebih kurang jam empat pagi. Maklumlah tidur awal malam semalam.
Aku pun mengambil telefonku yang sedang dicas. Telefon yang dicas sudah pun penuh. Selepas plug pengecas dicabut, aku terus mendengar siaran NasionalFM.
Aku mendengar dengan khusyuk sekali. Tanpa disedari, sudah pun jam enam pagi. Wah, aku asyik melayan nasionalFM dan juga melayan WhatsApp group di telefonku. Dan pada lebih kurang jam 8:00 pagi, aku pun pergilah mandi.
Selepas itu, aku berehat-rehat di atas katil. Sakit perutku masih belum berapa ok. Tetapi, cirit-birit dah pun hilang sedikit. Aku berasa agak lega.
Lebih kurang jam 11:00 pagi, Muhammad Jusoh atau lebih dikenali dengan Tok Sidi pun datang seperti yang telah dijanjikan. Mereka datang untuk mengambil HP Samsung Grand2 yang dah pun aku jual pada kawannya tu dengan harga RM 300.
Tok sidi pun membelek-belek HP tersebut. Dia berpuashati. Kami berbual-bual beberapa ketika. Lebih kurang setengah jam setelah mereka datang, mereka pun berangkat pulang. Waktu itu, jarum jam sudah menunjukkan 11:40 minit pagi.
Setelah mereka pulang, aku pun memelefon Aswaz untuk memaklumkan bahawa, mereka yang datang mengambil telefon Samsung aku dah pun balik. Jadi, dia bolehlah mula bergerak untuk datang ke Brickfields untuk menemui aku.
Selepas itu, aku pun berehat-rehat di dalam bilik sambil menghirup udara penghawa dingin yang terdapat di dalam bilik itu. Aku terus melayan NasionalFM.
Apabila Aswaz tiba, jarum jam sudah menunjukkan pukul 12:10 tengahari.
Dan seperti yang telah dijanjikan, kami pun pergi ke Pertama Complex. Kami pergi dengan menaiki teksi. Nasib baiklah pada tengahari yang amat panas itu, teksi mudah didapati.
Apabila sampai di Pertama Complex, kami membayar tambang teksi sebanyak RM 9.00 kalau tak salah saya. Pintu teksi ditutup. Teksi bergerak pergi secara perlahan-lahan.
Kami berjalan masuk ke Pertama Complex. Pada mulanya, kami tersesat. Kami tersasar ke bahagian lain, bukannya bahagian telefon. Kami bernasib baik sebab ada yang sudi membantu dan membawa kami ke bahagian menjual dan memperbaiki telefon bimbit.
Apabila sampai ke kedai yang dicari, aku pun menyerahkan telefon Moto G kepada kedai tersebut untuk di-reformat.
Kerja-kerja reformat pun dilakukan. Aswaz pula, sibuk membelek-belek telefon-telefon yang terdapat di sana.
Lebih kurang setengah jam kemudian, siaplah telefon aku di-reformat. Setelah bayaran dibuat sebanyak RM 20, kami pun beredar untuk pulang. Dan kali ini, kami sekali lagi tersesat. Kami tak jumpa pintu keluar.
Setelah berjalan berpusing beberapa kali, kami telah mendapatkan bantuan seorang perempuan. Pada mulanya kami minta dia bawa kami keluar dari pertama Complex sebab kami dah tersesat.
Dia bertanyakan pada kami, ke manakah kami nak pergi. Aswaz memberitahu yang kami ni, nak balik Brickfields dan dia minta perempuan itu membawa kami ke stesen LRT. Perempuan itu memberitahu, agak jauh stesen LRT tu. Dia memutuskan supaya kami pulang saja ke Brickfields dengan teksi dan beliau sudi membayar tambang teksi tersebut.
Kami mengucapkan ribuan terima kasih pada perempuan tersebut. Kami telah mendapatkan teksi dan kami pun berangkat pulang ke Brickfields. Pada masa itu, cuaca sudah mula mendung. Terdapat tanda-tanda yang hujan akan turun.
Apabila berada di dalam perut teksi, Aswaz pun menghubungi Manisah melalui whatsApp bertanyakan sama ada beliau ingin bersama kami makan tengahari atau pun tidak. Di dalam balasan whatsApp Manisah kepada Aswaz, manisah memberitahu bahawa, dia rasa agak pening kerana mengharungi cuaca panas sebentar tadi jadi, dia tidak dapat bersama-sama kami untuk makan tengahari.
Apabila sampai di Brickfields, kami pun terus menuju ke kedai makan Hussin Cafe. Di situ aku menikmati sepinggan maggi goreng dan Aswaz pula makan mi kuah kalau tidak silap. Aku makan tak habis mi goreng tu sebab perut masih lagi kurang sihat.
Setelah selesai makan, aku balik sebentar ke hotel untu menyimpan beg aku. Pada masa itu, guruh sudah pun galak berbunyi. Ini telah menandakan bahawa, hujan akan turun bila-bila masa sahaja dari sekarang.
Setelah beg disimpan, aku pun turun semula ke lobi hotel. Aswaz sedang menunggu di bawah. Kami merancang untuk ke rumah Manisah sebelum kami sekali lagi ke Samsung Centre pada petang tersebut.
Semasa keluar dari New Winner hotel, hujan rintik-rintik sudah mula turun. Kami berjalan agak laju menuju ke rumah Manisah. Semasa kami berjalan itu, hujan semakin lebat. Kami mempercepatkan langkah kami.
Kami bersyukurlah sebab kami berjaya sampai ke tangga rumah Manisah. Jadi, taklah ditimpa hujan lagi. Kami pun menapak naik ke rumah Manisah yang terletak di tingkat empat kalau tak salahku. Manisah telah sedia menunggu kami di pintu. Kami pun bergerak masuk ke rumah Manisah.
Setelah itu, kami berehat-rehat di rumah Manisah sambil kami berbual-bual. Hujan semakin galak turun di luar sana. Ianya agak lebat juga.
Semasa kami berbual-bual itu, Manisah telah mengeluarkan dua bungkus besar twisstiss. “Hari tu, Chee wah datang”. “Dia bagi twisstiss nk”. “Nah makanlah”. Dia mempelawa aku dan Aswaz untuk makan twisstiss itu. Manisah dan Aswaz berkongsi satu bungkus dan sementara aku pula, agak special sebab aku makan sorang untuk satu bungkus besar tu.
Hujan sudah mula hendak berhenti. Jam pada ketika itu telah menunjukan pukul 4:30 petang. Sama ada kami akan ke Samsung Centre atau pun tidak masih lagi belum diketahui sebab Aswaz nak balik pukul enam petang nanti. Aku berserah sahajalah kepada takdir yang menentukan.
Jam sudah menunjukkan pukul 5:30 petang. Hujan baru berhenti sepenuhnya. Nampaknya, tak jadilah nak ke Samsung Centre pada hari ini sebab Aswaz akan bergerak pulang pada jam enam petang. Aku pula, perlu balik ke hotel bersiap sebab jam 7:00 malam nanti, Siew Eng dan K H Wong nak ajak aku makan malam.
Setelah mengucapkan selamat kepada Manisah, kami pun berangkat pulang. Aku telah menyerahkan bekas sandwich itu kepada Manisah. Kami pun berangkat ke hotel.
Setelah sampai di hotel, aku dan Aswaz pun berpisah. Aswaz pun bergerak pulang sementara aku, naik ke bilik aku di tingkat satu. Aku mandi dan berehat sebentar di bili sambil mendengar radio siaran NasionalFM.
Lebih kurang jam 7:30 malam, Siew Eng menelefon aku, aku pun turun. Kami pun pergi makan makanan cina yang kedainya terletak di tepi New Winner Hotel.
Agak banyak juga makanan yang dipesan. /Tapi sayangnya, aku ttidak dapat menikmati makanan itu dengan selesa kerana, aku mengalami sakit perut. Lagi pun baru baik dari cirit-birit.
Jam 8:30 malam, kami pun berpisah. Aku balik semula ke bilik. Aku berehat-rehat dan kemudian, aku pun terus tetridur. Lebih kurang jam 12:00 tengahmalam, aku terjaga sebentar. Dan kemudian, aku menyambung balik tidur.
Bersambung.
0 ulasan:
Catat Ulasan