Rabu, April 20, 2016

teley maklumat pertis 18 April 2016

 

membawakan pengumuman-pengumuman untuk minggu yang bermula pada 18 April  2016, bersamaan 10 Rejab  1437 Hijrah Isnin.
 
Pengumuman Terkini.
 
1. Pengumuman dari ibu pejabat PERTIS.
 
1.1Pengumuman lanjut mengenai   Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-duapuluh satu 2016.
Sebagaimana dimaklumkan bahwa Mesyuarat Agung Tahunan Kali ke-21/2016 PERTIS 
akan dijalankan seperti berikut:
Tarikh: 20 dan 21 Sya’ban 1437 Hijrah bersamaan 27 dan 28 Mei 2016 (Jumaat dan Sabtu)
Tempat: City Villa Hotel,
No. 69 Jalan Raja Hussein off Jalan Tuanku Abdul rahman,
Kuala Lumpur.
No. Tel: 03-2692 6077.
Masa: 3.0 Petang 20 Sya’ban 1437 Hijrah bersamaan 27 Mei 2016 Masihi (Jumaat) Hingga 05.00 Petang 21 Sya/ban 1437 Hijrah bersamaan 28 Mei 2016 Masihi (Sabtu)
 
Kepada ahli-ahli yang akan menyertai Mesyuarat Agung Tahunan ke-21/2016
Perlu melunaskan  yuran tahunan sama ada semasa atau yang tertunggak.
Ahli  juga perlu menjelaskan yuran penyertaan untuk Mesyuarat agung Tahunan kali Ke-21/2016.
Berikut merupakan yuran penyertaan:
 
1. Untuk Ahli PERTIS Pusat:
yang menginap:   RM50.00
yang tidak menginap:   RM20.00
2. Bukan Ahli:
Yang menginap:    RM150.00
Yang tidak menginap:   RM60.00
 
Untuk ahli PERTIS Wilayah bayarannya adalah sama seperti ahli PERTIS  Pusat.
Walau bagaimana pun jika ada kos penambahan ianya tertakluk kepada pengerusi PERTIS wilayah masing-masing.
 
Untuk sebarang pendaftaran dan pembayaran yuran penyertaan sila hubungi:
En. mMohd Azim Firdaus Bin Mohd Fekkeri:
Pembantu Tadbir PERTIS Pusat di talian 03-4021 2631 pada waktu pejabat.
Untuk ahli PERTIS  Wilayah sila berdaftar dengan pengerusi atau pembantu tadbir PERTIS Wilayah masing-masing
 
Pendaftaran dianggap sah setelah menjelaskan yuran penyertaan tersebut.
 
Tarikh tutup pendaftaran dan pembayaran adalah seperti berikut:
ahli PERTIS Pusat: 28 Rejab 1437 Hijrah bersamaan 06 Mei 2016 Masihi (Jumaat)
ahli PERTIS Wilayah: 27 Rejab 1437 Hijrah bersamaan 05 Mei 2016 Masihi (Khamis) 
 
Pendaftaran atau pembayaran yang dilakukan selepas tarikh yang  tersebut di atas
tidak akan dilayan.
 
Semasa membut pendaftaraan sila nyatakan sama ada perlu penginapan atau tidak perlu penginapan.
 
Pihak PERTIS akan menyediakan bas dari Brickfields ke hotel dan sebaliknya  sekiranya menerima permintaan dari ahli-ahli.
Sehubungan dengan itu sila maklumkan jika memerlukan  pengangkutan.
Kerjasama dari semua pihak amat diharapkan dan pihak PERTIS dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
 
1.2 Majlis Isra’ Mikraj dan Program Saudara Baru 2016.
PERTIS menerusi Biro Pendidikan dan Dakwah Pusat,
Akan menganjurkan Majlis Isra’ Mikraj dan Program Saudara Baru 2016.
Kedua-dua program tersebut akan dijalankan seperti berikut:
Tarikh: 8 Sa’ban 1437 Hijrah bersamaan, 15 Mei 2016 (Ahad)
Tempat: Kompleks MAB.
Masa: 9.00 pagi – 4.30 Petang.
Yuran penyertaan:
I. Ahli PERTIS:   RM5.00
II. Bukan ahli:   RM10.00
III. Kanak-kanak bawah 12 tahun:   RM3.00
 
Untuk sebarang pertanyaan dan pendaftaran sila SMS, wassap atau hubungi ustaz Mohammad Noor Bin Awang Ngah Pengerusi Biro Pendidikan dan Dakwah di talian
012-342 8745 atau 013-203 8510
 
Peringatan:
Sila ambil maklum, semua pengumuman yang ingin diumumkan menerusi talian maklumat ini hendaklah tiba ke peti emel atau ke peti SMS Setiausaha Agung PERTIS
selaku penyelaras talian maklumat ini selewat-lewatnya pada jam 8 malam setiap hari Jumaat. alamat dan nombor telefon beliau adalah seperti berikut,
rosmelati60@gmail.com ,
dan no. telefon 012-216 3354/012-288 7676
atau 03-2034 7007 Pada waktu pejabat.
 
Kami mohon berbanyak maaf kerana pengumuman yang tiba lewat daripada masa yang telah ditetapkan tidak dapat dimuatkan ke dalam kandungan pengumuman pada
minggu berikutnya. Segala kerjasama daripada semua pihak didahului dengan ucapan jutaan terima kasih
 
Diselaraskan Oleh
Puan Rosnah Ahmad
Setiausaha Agung
persatuan Orang-Orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS

Jumaat, April 15, 2016

Teley Info Pertis.

Inilah talian maklumat Persatuan Orang-orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS),
membawakan pengumuman-pengumuman untuk minggu yang bermula pada 11 April 2016 Masihi, bersamaan 03 Rejab 1437 Hijrah Isnin.

Pengumuman Terkini.

1. Pengumuman dari ibu pejabat PERTIS.

1.1 Ucapan Ribuan Terima Kasih.
PERTIS menerusi Biro Muslimah, Kebudayaan dan Kesenian Pusat,
Merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada mereka yang telah hadir ke program ceramah Nikah, kahwin, rujuk dan cerai yang telah diadakan pada 02 Rejab 1437 Hijrah
bersamaan 10 April 2016 (Ahad. Semoga apa yang disampaikan oleh penceramah tersebut memberi manfaat dan pedoman kepada kita semua.

1.2 Pengumuman daripada Setiausaha Agung PERTIS.
Notis Mesyuarat Agung Tahunan Ke-21/2016.

Assalamualaikum.
Dengan segala hormat dan takzimnya adalah dimaklumkan bahwa Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Orang-orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS)kali yang ke-21/2016
akan diadakan seperti berikut:
Tarikh:
20 dan 21 Sya’ban 1437 Hijrah bersamaan 27 dan 28 Mei 2016 (Jumaat dan Sabtu)
Tempat:
City Villa Hotel,
No. 69 Jalan Raja Hussein off Jalan Tuanku Abdul rahman,
Kuala Lumpur.
No. Tel: 03-2692 6077.
Masa:
3.0 Petang 20 Sya’ban 1437 Hijrah bersamaan 27 Mei 2016 Masihi (Jumaat)
Hingga 05.00 Petang 21 Sya/ban 1437 Hijrah bersamaan 28 Mei 2016 Masihi (Sabtu)

1. Syarat-syarat Untuk Menyertai Mesyuarat Agung Tahunan Ke-21/2016.
Berikut adalah syarat-syarat untuk menyertai Mesyuarat Agung Tahunan Ke-21/2016.
1.1 Ahli PERTIS sahaja.
1.2 Telah menjelaskan segala yuran keahlian sama ada yuran semasa atau yang tertunggak.
1.3 Telah menjelaskan pembayaran yurant penyertaan ke mesyuarat.
1.4 Tarikh akhir untuk menjelaskan yuran tahunan bagi tahun 2016 ialah pada 21 Rejab 1437 Hijrah bersamaan 29 April 2016 Masihi (Jumaat)

2. Yuran Penyertaan.
2.1 Untuk yang menginap: RM50.00
2.2 Untuk yang tidak menginap: RM20.00
2.3 Kanak-kanak atau bukan ahli RM150.00
2.4 Untuk ahli PERTIS wilayah bayarannya adalah sama seperti PERTIS Pusat.
Walau bagaimana pun sekiranya terdapat kos tambahan ianya adalah tertakluk kepada pengerusi Wilayah masing-masing.

3. Penyertaan dianggap sah setelah segala pembayaran yang berkaitan selesai dilunaskan.

4. Tujuan Pendaftaran dan Pembayaran:
4.1 Bagi ahli Pusat, Sila hubungi En. mMohd Azim Pembantu pentadbir Kewangan PERTIS di talian 03-4021 2631 pada waktu pejabat.
Atau En. Jasmadin Ahli Jawatankuasa Pusat di talian 016-331 5707.
4.2 Bagi Ahli Wilayah, sila hubungi pengerusi atau pembantu tadbir wilayah masing-masing.
4.3 Tarikh tutup pendaftaran atau pembayaran seperti berikut:
Bagi ahli PERTIS Pusat ialah 28 Rejab 1437 Hijrah bersamaan 06 Mei 2016 Masihi (Jumaat)
Bagi ahli PERTIS Wilayah ialah 27 Rejab 1437 Hijrah bersamaan 05 Mei 2016 Masihi (Khamis)
4.4 Pendaftaran atau pembayaran yang dilakukan selepas tarikh yang tersebut di atas tidak akan dilayan.
4.5 Semasa membut pendaftaraan sila nyatakan sama ada perlu penginapan atau tidak.

2. Pengumuman dari lain-lain organisasi.

Hari Keluarga & Mesyuarat Agung Pertubuhan/Koperasi Orang Kurang Upaya Penglihatan Perak Berhad

Majlis ini akan diadakan pada 30 APRIL sehingga 2 MEI 2016 bertempat di Pusat Latihan UiTM Sungai Galah, Tanjung Tualang Perak. Bagi ahli-ahli pertubuhan ini yang ingin menyertai majlis tersebut hendaklah mendaftarkan diri sebelum 20 APRIL 2016. Bayaran yang dikenakan adalah sebanyak RM 60.00 (DEWASA) dan RM 40.00 (KANAK-KANAK DI BAWAH 12 TAHUN KE BAWAH). Pengangkutan bas akan disediakan. Bertolak dari perkarangan M.A.B pada 30 APRIL 2016 jam 8.00 pagi dan bertolak balik pada 2 MEI 2016 jam 11.00 pagi.
Untuk mendaftar dan membuat pembayaran, sila hubungi
ENCIK YUSOF B ABDULLAH : 013 – 3404406 PN JAMALIAH BT SIDI : 016 – 6984414
Atau terus kepada
EN AHMAD NIZAR B YEOB AHMAD : 012 - 5251190

Peringatan:

1. Sekiranya anda menghadapi masalah untuk menghubungi telemaklumat ini menerusi talian telefon (03-40223950), sila maklumkannya kepada Pn. Siti Haida Hamedan di talian ibu pejabat PERTIS Pusat, 03-4021 2631 pada waktu pejabat.

2. Sila ambil maklum, semua pengumuman yang ingin diumumkan menerusi talian maklumat ini hendaklah tiba ke peti emel atau ke peti SMS Setiausaha Agung PERTIS selaku penyelaras talian maklumat ini selewat-lewatnya pada jam 8 malam setiap hari Jumaat. alamat dan nombor telefon beliau adalah seperti berikut,
rosmelati60@gmail.com,
dan no. telefon 012-216 3354/013-261 7278
atau 03-2034 7007 Pada waktu pejabat.

Kami mohon berbanyak maaf kerana pengumuman yang tiba lewat daripada masa yang telah ditetapkan tidak dapat dimuatkan ke dalam kandungan pengumuman pada minggu berikutnya. Segala kerjasama daripada semua pihak didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

Ahad, April 03, 2016

update: pembetulan telemaklumat pertis 28mac2016

 

1.3 Kakitangan/staf Bertugas Bergilir-gilir Pada Hari Sabtu.
Mulai 24 Jamadil-akhir 1437 Hijrah bersamaan  02 April 2016 (Sabtu)
Pejabat PERTIS  Kawasan Brickfields Kuala Lumpur akan beroperasi.
Ianya akan bermula pada 09.00 pagi hingga 05.00 petang setiap hari sabtu.
Salah seorang kakitangan/staf akan bergilir-gilir menjalankan  tugas di pejabat tersebut.
Untuk minggu pertama, En. Azim akan mula bertugas. Sesiapa yang berhasrat untuk menjelaskan
yuran tahunan atau  mempumyai sebarang urusan sila ke pejabat PERTIS Kawasan Brickfields
pada masa yang telah ditetapkan. Alamat PERTIS Kawasan Brickfields ialah 42A,  Jalan Padang Belia, Brickfields, Kuala Lumpur. No. telepon 03-2276 2634.
Sayugia diingatkan bahwa ini merupakan peringkat percubaan. Ianya akan berjalan selama 2 bulan berturut-turut. Jika tiada sambutan dari ahli-ahli, perkhidmatan  tersebut akan dihentikan.
Sehubungan dengan itu, , kerjasama dari semua pihak amat diharapkan.

Jumaat, April 01, 2016

Pengumuman Mingguan 28 Mac 2016

 


Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia

Pengumuman Mingguan 28 Mac, 2016

 

 

program Walkathon (program Orang Kurang Upaya besar-besaran)

 

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera.
 

Saya Zakiah dari pada Universiti Malaya ingin menjemput ahli-ahli persatuan Orang Kurang Upaya untuk sama-sama memeriahkan program Walkathon (program Orang Kurang Upaya besar-besaran) anjuran Jawatankuasa Pelaksana Kerohanian dan Perpaduan (JKP KEP) Kolej Kediaman Ketujuh (Za'ba) ini, pada:
 

Tarikh: 3 APRIL 2016

 

Masa: 8 pagi sehingga 11.30 pagi

Hari: Ahad

 

Tempat: Tasik Varsity dan Gazebo Universiti Malaya

Tempat untuk berkumpul: Tasik Varsity
 

Peserta akan diberikan sijil.
Makanan akan disediakan (sarapan dan tengahhari).
 

Bagi orang kurang upaya yang menggunakan kerusi roda, laluan yang digunakan semasa program dijalankan, akan dipantau rapi oleh pihak keselamatan Universiti Malaya.
 

TENTATIF PROGRAM :
 

07:30 AM Pendaftaran pelajar dan sarapan
08:30 AM Ketibaan tetamu VIP
08:45 AM Ketibaan perasmi program
08:50 AM Program bermula
08:55 AM Bacaan doa
09:00 AM Ucapan pengarah
09:05 AM Ucapan Pengetua Kolej
09:15 AM Ucapan perasmian
09:25 AM Gimik perasmian program
09:35 AM Senam robik
09:50 AM Larian walkathon bermula (Tasik Varsity)
10:10 AM Larian walkathon tamat (Gazebo, KPS)
10.15 AM Penyerahan kutipan sumbangan
10:20 AM Penyerahan cenderahati kepada tetamu VIP
10:35 AM Nyanyian lagu Universiti Malaya
10:40 AM Sesi bergambar
10:45AM Bersurai

 

Pengumuman Daripada En. Rosham Bin Sidek

Setiausaha Agung SBM

 

Kepada Semua Ahli SBM

 

Tuan / Puan,

 

NOTIS MESYUARAT AGUNG DWI TAHUNAN SBM 2016 (EDISI KE-11)
PERTUBUHAN ORANG CACAT PENGLIHATAN MALAYSIA (SBM)
 
Dengan segala hormatnya, notis adalah diberi bahawa Mesyuarat Agung Dwi Tahunan 2016 SBM (Edisi Ke-11) akan diadakan seperti berikut :-

 

Tarikh:           29 – 31 Julai 2016 (Jumaat hingga Ahad)

Tempat:        Primaland Port Dickson Resurt & Convention Centre

No. 1, PD Prima, Batu 13, Jalan Pantai, Pasir Panjang,

71250 Port Dickson, Negeri Sembilan

Tel: 06-6626363

           

2.         Mana-mana ahli SBM yang ingin menyertai Mesyuarat ini adalah dikenakan Yuran Pendaftaran sebanyak RM150.00 seorang. Manakala bagi bukan ahli/anak/pengiring pula dikenakan Yuran Pendaftaran sebanyak RM220.00 seorang.  Pendaftaran bolehlah dibuat melalui Pejabat Cawangan / Kawasan masing-masing sebelum 15 Jun 2016. Pendaftaran peserta mesyuarat yang lewat dari tarikh tersebut tidak akan dipertimbangkan.

 

3.         Sejajar dengan Peraturan 8.8 – Perlembagaan SBM, mana-mana Ahli yang ingin mengemukakan sebarang usul untuk dibincangkan semasa Mesyuarat berkenaan hendaklah dihantar secara bertulis kepada Setiausaha Agung SBM tidak lewat dari 15 Jun 2016.

 

4.         Sehubungan dengan itu, tuan/puan adalah dijemput hadir.

 

Sekian, terima kasih.

 

Yang benar

 

(ROSHAM BIN SIDEK)

Setiausaha Agung

Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia (SBM)

 

 

Pengumuman Ulangan:

 

Pengumuman Dari Jawatankuasa Pembangunan Modal Insan (JPMI)

 

SBM melalui wakil dalam Majlis OKU telah menyuarakan beberapa masalah pengangkutan yang dihadapi oleh OKU penglihatan kepada Kementerian Pengangkutan Malaysia. Masalah tersebut termasuk kes seperti sesetengah pemandu rapid bas yang tidak mahu berhenti mengambil penumpang OKU penglihatan dan ketiadaan pandu arah tektile untuk OKU Penglihatan di kebanyakan platform KTM.

 

Kepada semua pekerja OKU cacat penglihatan, dimaklumkan bahawa Kursus Peningkatan Motivasi Pekerja Cacat Penglihatan yang dicadangkan berlangsung pada bulan Mei 2016 terpaksa ditukarkan kepada Seminar Pekerjaan dalam konteks pekerjaan OKU penglihatan.  Ini disebabkan oleh tiada sambutan yang memberangsangkan daripada pekerja cacat penglihatan. Seminar tersebut akan diadakan dalam tempoh 1 hari sahaja dan dijadualkan akan berlangsung pada bulan Ogos di hotel yang akan dimaklumkan kemudian. Yuran penyertaan yang dikenakan melalui majikan adalah RM 200.00 manakala individu RM 150.00. Sekiranya berminat, anda boleh berdaftar dengan puan fadilah bt Abdullah di Ibu Pejabat SBM di talian 03-22746162.

Butir-butiran yang diperlukan adalah seperti berikut:

 

-Nama penuh peserta

 

-Nombor kad pengenalan

 

-Nombor telefon bimbit

 

-Nama majikan

 

-Nombor telefon majikan

 

-Nombor faks majikan

 

Pengumuman daripada setiausaha eksutif

 

Senarai jualan peralatan braille

 

Tongkat putih Hong Kong dengan pemegang berukuran 115, 120 dan 125 sentimeter, berharga RM27.00 untuk ahli dan RM35.00 untuk bukan ahli.

 

Sekotak 10 Kaset TDK D60 RM25.00

 

Kertas embossing harga untuk ahli adalah RM5.00 manakala bukan ahli RM6.00

 

Kalkulator bersuara jenama Genta Bahasa Mandarin RM19.00

 

Kalkulator bersuara Bahasa Inggeris 12 digit RM36.00

 

Jam bersuara keychain RM20.00

 

Pemain MP3 (E-bolang) harga untuk ahli adalah RM340.00 manakala untuk bukan ahli RM375.00.

 

Permainan Scrabble cetakan besar RM76.00

 

Permainan Quarto RM99.50

 

Braille poket 4 dan 9 baris RM12.00 seunit

 

Untuk maklumat lanjut dan urusan pembelian peralatan braille, sila hubungi Cik Nurfarahin Jaafar di talian 03-2274 6162 pada waktu Pejabat.

 

 

Pengumuman dari Cawangan dan Kawasan SBM:

 

Pengumuman dari Zon Utara:

 

Info dari SBM Cawangan Pulau Pinang

 

Salam bahagia dan salam sejahtera

 

Jawatankuasa Pembangunan Sukan (JPS) SBM Cawangan Pulau Pinang telahpun mengadakan pertandingan sukan dalaman SBM Cawangan Pulau Pinang dengan jayanya pada hari Sabtu, bersamaan 27hb Februari 2016 bertempat di SBM Cawangan Pulau Pinang.  Sebanyak empat jenis permainan telahpun dipertandingkan pada hari tersebut yang mana ianya merangkumi pertandingan catur, damaji, congkak dan pertandingan karom.  Berikut adalah disampaikan keputusan-keputusan pemenang bagi keempat-empat jenis permainan tersebut:--

 

Untuk pertandingan catur, juara bersama telahpun dimenangi oleh Encik Md. Akhir Bin Embi dan Encik Mohd. Asri Bin Saad manakala tempat ketiga dimenangi oleh Encik Md. Daud Bin Abdul Rahman.

 

Bagi pertandingan damaji, johan telahpun dimenangi oleh Encik Mohd. Rodzi Bin Ariffin, naib johan oleh Encik Md. Daud Bin Abdul Rahman manakala tempat ketiga dimenangi oleh Encik Johari Bin Saad.

 

Bagi pertandingan congkak, johan telahpun dimenangi oleh Puan Saadiah Binti Hassan, naib johan oleh Encik Mohd. Rodzi Bin Ariffin manakala tempat ketiga dimenangi oleh Encik Abu Bakar Bin Abas.

 

Bagi pertandingan karom pula, johan telahpun dimenangi oleh Puan Haslinda Binti Che Din, naib johan oleh Encik Razali Bin Noor Bux manakala tempat ketiga dimenangi oleh Puan Saadiah Binti Hassan.

 

Sekalung tahniah dan syabas diucapkan kepada para pemenang bagi keempat-empat jenis pertandingan tersebut.

 

Pengumuman dari Cawangan Perak

 

Assalamualaikum dan Salam sejahtera.

 

Program terdekat SBM cawangan Perak.

 

Sukacita dimaklumkan bahawa SBM cawangan Perak akan menganjurkan beberapa program seperti berikut:

 

1)    Kursus kepimpinan jati diri untuk 40 peserta pada 25 hingga 27 mac 2016 yang bertempat di D’Cherakoh riversite resort Sg Siput (u).

 

2)    Mengadakan promosi urut Refleksologi dan Kraftangan pada 8 hingga 10 April 2016 yang bertempat Sekolah Menengah Sains Tapah.

 

Pengumuman dari SBM Cawangan Kedah

 

Assalamualaikum dan selamat sejahtera…

 

Kepada semua ahli SBM yang berdaftar dengan SBM Cawangan Kedah, anda dikehendaki mengemaskini maklumat-maklumat berikut:

 

1.       Alamat terkini

 

2.       Alamat surat-menyurat

 

3.       Nombor telefon terkini

 

Maklumat-maklumat ini bolehlah dihantar melalui gmail SBM Cawangan Kedah iaitu

 

sbmkedah13@gmail.com

 

ataupun menghubungi pejabat SBM Cawangan Kedah ditalian 04-7302568 atau datang terus ke pejabat SBM Cawangan Kedah pada waktu pejabat.

 

 

Pengumuman dari Zon Selatan:

 

Pengumuman dari SBM Cawangan Melaka

 

Pengerusi mengucapkan Selamat Ulang Tahun yang ke 10 SBM Melaka. SBM Melaka telah

ditubuhkan pada 1 April 2006 ekoran perpisahan kawasan SBM NegerI Sembilan dengan

Melaka. Jumlah keahlian terkini adalah seramai 100 orang ahli biasa. Baki akaun tabung

bangunan dari 2011 hingga kini berjumlah sebanyak RM33, 648. Selama 10 tahun penubuhan

SBM Melaka, pelbagai aktiviti telah berjaya dijalankan seperti Hari Tongkat Putih

Peringkat Kebangsaan (2011), Kursus Kepimpinan Peringkat Kebangsaan(2012), Pertandingan

Bakat Seni Suara Peringkat Kebangsaan (2013) dan aktiviti lain. Sekian, Majulah SBM

Melaka.

 

Pengumuman dari Kawasan Negeri Sembilan

 

Pengumuman dari Jawatankuasa Pembangunan Belia SBM Kawasan Negeri Sembilan

 

Kempemantapan belia SBM zon Selatan.

 

SBM kawasan Negeri Sembilan Darul Khusus akan menganjurkan kempemantapan belia zon selatan pada 30 April-2 Mei 2016 bertempat di Kem Biro Tata Negara Ulu Sepri Rembau Negeri Sembilan DarulKhusus.

Untuk makluman, hanya 10 orang peserta sahaja diperlukan bagi setiap negeri. Untuk pendaftaran, sila hubungi penyelaras berikut:

 

Bagi peserta Kl/Selangor, sila mendaftar dengan kerani SBM cawangan Kl/Selangor pada waktu pejabat di talian 0322765276.

 

Bagi peserta Negeri Melaka, sila mendaftar dengan kerani SBM cawangan Melaka pada waktu pejabat di talian 062815893.

 

Bagi peserta Negeri Sembilan, Sila mendaftar dengan En. Khairul Azwan Bin Wahab, pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia SBM kawasan Negeri Sembilan di talian 0196575795 atau melalui email khairulazwan87@gmail.com

 

Bagi peserta Negeri Johor, sila mendaftar dengan Cik Rosliza, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia SBM cawangan Johor di talian 0127059272/01140428783.

 

tarikh tutup pendaftaran pada 15 April 2016.

 

 

Pengumuman dari Zon Tengah:

 

Pengumuman SBM Cawangan KL/Selangor 28 Mac 2016 (Isnin)

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

 

1.       MAKLUMAT TERKINI BERKENAAN PROGRAM SAMBUTAN HARI TONGKAT PUTIH ANTARABANGSA PERINGKAT KEBANGSAAN 2016 dan PROGRAM LAWATAN JARAK JAUH 2016.

 

Memandangkan ramai di antara peserta SBM Cawangan KL/Selangor telah membeli tiket masing-masing,  sehubungan dengan itu, pihak SBM Cawangan KL/Selangor melalui mesyuarat khas antara Jawatankuasa JAKAHA dan Jawatankuasa Kebudayaan, Kesenian dan Sosial,   telah memutuskan bahwa kadar baru bagi kedua-dua program tersebut adalah  seperti berikut:

1.       Untuk program Sambutan Hari Tongkat Putih Antarabangsa Peringkat Kebangsaan 2016 ialah RM300.00 termasuk yuran penyertaan yang ditetapkan oleh pihak penganjur yakni RM50.00.

2.      Program Sambutan Hari tongkat Putih Antarabangsa Peringkat Kebangsaan

dan Lawatan Jarak Jauh 2016 ialah RM600.00 ianya termasuk yuran penyertaan RM50.00.

Bayaran tersebut adalah meliputi kos pengangkutan, penginapan dan lain-lain urusan.

Walau bagaimana pun jika ada wang lebihan ianya akan dikembalikan semula kepada peserta. Untuk tujuan tersebut,  sila jelaskan wang yuran penyertaan terlebih dahulu.  sila bawa bersama  Salinan kad pengenalan dan  nyatakan saiz T.shirt semasa membuat urusan pembayaran kelak.

Tarikh tutup pembayaran untuk  yuran penyertaan ialah 11 April 2016.

Untuk sebarang pertanyaan sila SMS atau  hubungi terus  En. Jamaluddin Bin Rashid Pengerusi Jawatankuasa JAKAHA SBM Cawangan KL/Selangor  di talian 013-382 1142

Atau En. Adha Bin Shamsuri kerani SBM Cawangan  KL/Selangor di talian 03-2276 5276 pada waktu pejabat.

Kerjasama dari semua peserta amat diharapkan dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

 

2.      MESYUARAT AGUNG DWI TAHUNAN2016 SBM (EDISI KE11)

 

SBM akan mengadakan Mesyuarat Agung Dwi Tahunan 2016 SBM (Edisi Ke-11/2017)

Mesyuarat tersebut akan dijalankan seperti berikut:

Tarikh:

29 hingga 31 Julai 2016 Yakni hari Jumaat hingga Ahad.

Tempat:

Primaland Port Dickson Resort & Convention Centre,

No. 1, PD Prima, Batu 13, Jalan Pantai, Pasir Panjang,

71250 Port Dickson, Negeri Sembilan

Pendaftaran telah pun dibuka kepada  ahli-ahli SBM Cawangan KL/Selangor yang berhasrat untuk mengikuti mesyuarat Agung tersebut.

Kadar bayaran yuran penyertaan adalah seperti berikut:

1.       Untuk ahli ialah RM150.00 seorang.

2.      Untuk bukan ahli, anak-anak ahli dan pengiring ialah RM220.00 seorang.

Untuk tujuan pendaftaran sila hubungi En. Adha kerani SBM KL/Selangor di talian 03-2276 5276pada  waktu pejabat.

Tarikh tutup pendaftaran dan pembayaran ialah pada 30 Mei 2016.

 

3.       KERANI SBM CAWANGAN KL/SELANGOR Bercuti.

Pada 30 dan 31 Mac 2016 iaitu pada hari rabu dan khamis kerani SBM Cawangan KL/Selangor akan bercuti. Ini ialah kerana beliau menggantikan cuti hujung minggu  ketika beliau  menjalankan tugas rasmi  di Ipoh, Perak pada 24 dan 25 Mac 2016 yang lalu.

Beliau akan masuk bertugas pada 2 April 2016 yakni  Hari sabtu.

 

 

Pengumuman dari Pantai Timur:

 

Pengumuman Dari SBM Cawangan Terengganu

 

Salam Sejahtera. 

 

Pada 31 Mac 2016 akan diadakan Mesyuarat Perlaksanaan Kembara Kebajikan 1 Malaysia bersama Jabatan Kebajikan Negeri Terengganu yang akan diadakan di SBM Cawangan Terengganu pada Jam 10.00 pagi.

 

Untuk Pertanyaan lanjut, sila hubungi SBM Cawangan Terengganu di talian 09-666 1320.

 

 

Pengumuman dari Sabah dan Sarawak

 

Pengumuman dari SBM cawangan Sarawak

 

Peringatan kepada semua pengerusi SBM cawangan / kawasan di seluruh Malaysia, memandangkan tarikh tutup bagi program Sambutan Hari Tongkat Putih Kebangsaan di Sarawak semakin dekat iaitu pada bulan april 2016. Saya menggalakkan supaya semua pengerusi cawangan/kawasan mendaftarkan penyertaan dari sekarang bagi mengelakkan sebarang kesulitan di saat-saat akhir. Ini juga membantu pihak penganjur dalam pengurusan pengangkutan, makanan dan penginapan di Sarawak bermula dari 14 sehingga 16 Oktober 2016.

Sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi puan Alya di talian 082-571486 pada waktu pejabat atau pengerusi SBM Sarawak Encik Isak Ngau di talian 019-2112558.

 

Pengumuman dari Kawasan Sabah

 

Pengumuman dari Jawatankuasa Pembangunan Modal Insan (JPMI) Kawasan Sabah.

 

Kepada  mereka yang berada di Sabah dan ingin mendapatkan pekerjaan atau pelajar yang akan tamat

pengajian tidak lama lagi, sila hantar profile dan resume  anda kepada SBM Kawasan Sabah.  Alamat SBM Kawasan Sabah adalah:

 

Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia Kawasan Sabah,

Lot No 51,

Tingkat 1,

phase 2,

Wisma Telipok Ria,

Telipok, 89208 Tuaran Sabah.

Nombor telefon 088-495675

 

Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila hubungi Encik Khir Johari, pengerusi JPMI Kawasan

Sabah di talian 016-5825399 atau Puan Catherine, pengerusi SBM Kawasan Sabah di talian 019-222 9992.

 

Anda boleh juga menghantar biodata dan resume anda melalui emel ke

 

sbmkinabalu@gmail.com.

 

 

Iklan:

 

Tiada

 

Sekian, terima kasih.





Arkit blog