Selasa, Februari 14, 2017

Pengumuman Mingguan 13 Februari 2017

 

Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia
Pengumuman Mingguan 13 Februari, 2017
   

Terdapat dua pengumuman baru pada minggu ini.  Satu dari SBM Cawangan Pahang dan satu dari SBM CawanganTerengganu.  Juga dimuatkan adalah pengumuman ulangan, iklan pekerjaan untuk Juru Urut dan lirik bagi lagu "SBM Gemilang".

     Pengumuman Dari Ibu Pejabat SBM

Tiada Pengumuman.

     Pengumuman Ulangan:

Pengumuman dari Jawatankuasa Pembangunan Belia (JPB)

Perhatian kepada belia cacat penglihatan yang berusia 18-35 tahun.
Japan Braille Library kini membuka permohonan untuk mengikuti program
Teruko Ikeda ICT Training 2017 yang akan diadakan di Pulau Pinang,
Malaysia.
terdapat dua kumpulan peserta untuk program tahun ini iaitu
Intermediate (24 Jun-10 Julai  2017) dan Advance (8-23 Julai 2017).
Semua peserta juga akan terlibat dengan Bengkel Pemerkasaan Kepimpinan
pada 8-10 Julai 2017.
Pemohon-pemohon hendaklah belia cacat penglihatan dari negara-negara
Asia Pasifik, mempunyai kemahiran asas dalam menggunakan komputer,
berkemahiran asas dalam bahasa Inggeris, berumur antara 18-35 tahun
pada Jun 2017, sihat tubuh badan, mampu berdikari dan mampu untuk ke
Pulau Pinang dengan sendiri.
mereka yang berminat perlu mendapatkan sokongan dari bekas pelatih
Program Teruko Ikeda ICT Training atau memohon melalui organisasi yang
berkaitan dengan orang cacat penglihatan di negara masing-masing.
untuk mendapatkan borang permohonan atau maklumat lanjut, anda boleh
berhubung dengan En. Ahmad Shamsuri, Pengerusi, Jawatankuasa
Pembangunan Belia (SBM) di talian 0122829575.
borang permohonan yang telah lengkap perlu diterima oleh pihak
penganjur sebelum atau pada 28 Febuari 2017.
hanya pemohon yang disenarai pendek akan dihubungi untuk ditemuduga
oleh pihak penganjur. Pengumuman senarai pemohon yang terpilih akan
dibuat pada akhir Mac 2017.

 

Pengumuman Dari Cawangan/Kawasan SBM


    Pengumuman dari Zon Utara:

Pengumuman dari SBM Cawangan perak

Kepada ahli-ahli yang ingin menjelaskan yuran bagi tahun 2017, boleh menjelaskan yuran tersebut kepada
   kerani SBM cawangan Perak di waktu pejabat.

Mesyuarat Dwi Tahunan SBM Cawangan Perak

Mesyuarat Agong Dwi Tahunan SBM cawangan Perak akan diadakan pada hari sabtu  18 Mac 2017 mulai jam 9 pagi
   bertempat di tingkat 1 pejabat SBM Perak di alamat No 22A dan B, jalan lintasan Medan Kidd, Medan Kidd 30200 Ipoh.


      Pengumuman dari Zon Selatan:

Tiada Pengumuman.


    Pengumuman dari zon Tengah

Pengumuman dari SBM Cawangan KL/Selangor

Asalamualaikum dan Salah Sejahtera

Kelas Kraf Tangan Berasaskan Manik


Atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, kelas kraf tangan berasaskan manik yang sepatutnya diadakan pada 4 dan 5 Februari 2017 akan ditunda pada 12 (ahad  dan 18   Februari  (sabtu).
Untuk sebarang pertanyaan dan pendaftaran sila hubungi Pn. Rosnah Binti Hj Ahmad, pengerusi SBM Cawangan KL/Selangor merangkap pengerusi Jawatankuasa Wanita dan Komuniti (JPWK) Cawangan KL/Selangor di talian 012-216 3354 /  012-288 7676.
 
lokasi dan masa untuk program ini adalah sama seperti yang dimaklumkan sebelum ini.
SBM Cawangan KL/Selangor memohon maaf di atas segala kesulitan yang dialami.
 
Yuran tahunan Keahlian

Pembayaran yuran keahlian bagi tahun 2017 telahpun dibuka  sejak 3 Januari 2017.
Tarikh tutup pembayaran yuran keahlian ialah pada 30 April 2017.  Untuk ahli biasa ialah RM10.00
Untuk ahli bersekutu RM5.00
Untuk ahli seumur hidup bawah 60 tahun ialah RM60.00 dengan syarat tiada tonggakan yuran keahlian sepanjang lima tahun berturut-turut.
Bagi mereka yang telah mencapai 60 tahun akan menjadi ahli seumur hidup dengan syarat tiada tonggakan yuran keahlian semasa menjadi ahli selama lima tahun berturut-turut.  Walau bagaimanapun mereka yang ingin menjadi ahli seumur hidup perlu mengisi borang yang telah disediakan di pejabat SBM Cawangan KL/Selangor.


Untuk sebarang pertanyaan dan urusan sila hubungi En. Mohammad Adha Bin Shamsuri pembantu tadbir SBM Cawangan KL/Selangor di talian 2276 5276 pada waktu pejabat.


     Pengumuman dari Pantai Timur

Pengumuman dari SBM Cawangan Pahang

Assalamualaikum dan salam sejahtera


Berikut adalah pengumuman bagi keputusan pertandingan dominos dan dart yang telah diadakan pada 12/2/2017 Jam 11 pagi Bertempat di pejabat sbm cawangan Pahang. Seramai 12 orang pemain telah menyertai pertandingan ini.


Keputusan bagi pertandingan dominos adalah seperti berikut
Johan: Azhar bin ismail
Naib johan en ghani bin daris
Tempat ketiga En mohd bakhri b MD said

Bagi pertandingan dart pula:
Johan idris Ahmad
Naib johan zurani hassan
Tempat ketiga Azhar bin ismail


Tahniah diucapkan kepada semua pemenang.  Dengan berakhirnya pertandingan dominos dan dart maka berakhirlah sudah karnival sukan dalaman sbm cawangan Pahang pada tahun 2017.


Semoga kita bertemu lagi dikarnival sukan
yang akan datang.

Kepada semua ahli sbm cawangan Pahang yang masih lagi belum menjelaskan yuran tahunan, sila berbuat demikian di pejabat sbm cawangan Pahang atau berhubung terus dengan kerani cawangan di talian 09-296 4197.
Yuran tahunan perlu dijelaskan pada atau sebelum 31/3/2017.


Jika ada sebarang pertanyaan sila hubungi kerani cawangan di talian 09-296 4197
Pada waktu pejabat.

Pengumuman dari SBM Cawangan Terengganu

SBM Cawangan Terengganu akan mengadakan Kursus Membuat Roti dengan kerjasama Kolej Komuniti Kuala Terengganu pada 15 Februari 2017 bertempat di Kolej Komuniti Kuala Terengganu. Untuk maklumat lanjut sila hubungi pejabat SBM Cawangan Terengganu ditalian 09-666 1320.

Pengumuman dari SBM Cawangan Kelantan

sambutan hari OKU Muqarrabun peringkat Negeri Kelantan

pada 2 Febuari 2017, telah berlansungnya sambutan hari OKU Muqarrabun peringkat Negeri Kelantan bertempat di Dewan Besar, Balai Islam, Lundang. Program ini telah dianjurkan oleh Urusetia Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan Negeri Kelantan dengan kerjasama Majlis Permuafakatan Pertubuhan-pertubuhan OKU Kelantan.

SBM Cawangan Kelantan telah menghantar 66 orang peserta dan membuka gerai jualan di program tersebut.

Tiga orang wakil dari SBM Kelantan juga telah memenangi anugerah di program tersebut iaitu En. Ahmad Shamsuri Muhamad yang menerima Anugerah Tokoh Akademik OKU Keelantan, Pn. Amy Suzani Binti Mohd Ainuddin yang menerima Tokoh Budayawanis OKU Kelantan dan En. Ahmad Ridzuan Fazri Bin Yahya yang menerima Anugerah Tokoh Usahawan OKU Kelantan.
Anugerah-anugerah tersebut telah disampaikan oleh Yang Amat Berhormat Dato Bentara Kanan Hj Ahmad Yaakub, Menteri Besar Kelantan.
SBM Cawangan Kelantan mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada ketiga-tiga penerima anugerah dan jutaan terima kasih kepada ahli-ahli SBM  yang telah menyertai program yang julung-julung kali diadakan ini.


     Pengumuman Dari Sabah dan Sarawak

Tiada pengumuman


Iklan:

Singgah sana foot reflexsology & spa yang terletak di Shah Alam memerlukan beberapa orang juru urut lelaki dan perempuan. Oleh yang demikian, kepada OKU penglihatan yang berkemahiran dalam bidang urut namun masih belum mendapat peluang pekerjaan, anda boleh menghubungi Encik Saiful di talian 012-5082368 untuk mendapatkan maklumat lanjut.


SBM GEMILANG

RANGKAP 1:

Melangkah,
menuju ke hadapan,
Menempuhi rintangan dan dugaan yang mendatang,
Teguhkan,
semangat yakin diri,
Terus bangkit dan tegak berdiri.

RANGKAP 2:

Pastikan,
tiada jurang membeza,
Kerna dunia dicipta bukan untuk mengalah,
Tunjukkan,
agar mereka tahu,
Kau dan aku di dunia yang satu.

KORUS:
Ayuh SBM,
bersatu membawa kejayaan,
Satu tekad sama bergandingan,
Impian yang menggunung segenggam harapan,
Teruslah kita mendaki hingga ke puncak kemenangan.

Mari bersama lupakan segala kekurangan,
SBM pasti akan gemilang,
Berkat doa,
usaha dan kurnia dari Tuhan,
Lakukan bersama,
Yakinlah SBM pasti akan berjaya.

ULANG RANGKAP 2:

Ulang KORUS:

Sekian, terima kasih.

0 ulasan:





Arkit blog