Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia
Pengumuman Mingguan 20 Februari, 2017
Terdapat sebelas pengumuman baru pada minggu ini. Dua dari Ibu Pejabat,tiba dari SBM Cawangan Pulau Pinang, dua dari SBM Cawangan KL/Selangor, dua dari SBM Cawangan Pahang, satu dari SBM Cawangan Terengganu dan satu dari SBM Cawangan Kelantan. Juga dimuatkan adalah pengumuman ulangan, iklan pekerjaan untuk Juru Urut dan lirik bagi lagu "SBM Gemilang".
Pengumuman Dari Ibu Pejabat SBM
Assalamualaikum dan salam sejahtera
SBM ibu pejabat akan mengadakan satu sesi dialog bersama dengan pegawai PTPTN. Kepada semua peminjam PTPTN yang masih belum menjelaskan pembayaran atau yang sedang membuat pinjaman, dialu-alukan untuk mendaftar dengan pn. Nurfarahin Binti Norzaini, eksekutif pentadbiran ibu pejabat SBM di talian 03-2274 6162 untuk menyertai sesi dialog ini.
Tarikh tutup pendaftaran adalah pada 10 mac 2017. Adalah diharapkan agar para peminjam PTPTN dapat memberikan kerjasama yang sebaiknya supaya sesi dialog ini dapat dijalankan dengan jayanya.
Pengumuman dari Jawatankuasa Pembangunan Modal Insan (JPMI)
agro bank telah melancarkan satu produk insuran perlindungan untuk OKU,
iaitu agro nurani. ia mempunyai 3 plan yang memberikan perlindungan
yang hampir sama tetapi kadar perlindungannya berbeza. pelan pertama
hanya rm55 setahun, pelan kedua rm85 setahun dan pelan ketiga rm130
setahun.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi ibu pejabat sbm di talian 03-2274 6162.
anda boleh hubungi puan noorfadilah atau cik farahin jaafar untuk
mendapatkan penjelasan. kami akan aturkan pegawai
agrobank untuk ke ibu pejabat sbm untuk membantu anda.
Pengumuman Ulangan:
Pengumuman dari Jawatankuasa Pembangunan Belia (JPB)
Perhatian kepada belia cacat penglihatan yang berusia 18-35 tahun.
Japan Braille Library kini membuka permohonan untuk mengikuti program
Teruko Ikeda ICT Training 2017 yang akan diadakan di Pulau Pinang,
Malaysia.
terdapat dua kumpulan peserta untuk program tahun ini iaitu
Intermediate (24 Jun-10 Julai 2017) dan Advance (8-23 Julai 2017).
Semua peserta juga akan terlibat dengan Bengkel Pemerkasaan Kepimpinan
pada 8-10 Julai 2017.
Pemohon-pemohon hendaklah belia cacat penglihatan dari negara-negara
Asia Pasifik, mempunyai kemahiran asas dalam menggunakan komputer,
berkemahiran asas dalam bahasa Inggeris, berumur antara 18-35 tahun
pada Jun 2017, sihat tubuh badan, mampu berdikari dan mampu untuk ke
Pulau Pinang dengan sendiri.
mereka yang berminat perlu mendapatkan sokongan dari bekas pelatih
Program Teruko Ikeda ICT Training atau memohon melalui organisasi yang
berkaitan dengan orang cacat penglihatan di negara masing-masing.
untuk mendapatkan borang permohonan atau maklumat lanjut, anda boleh
berhubung dengan En. Ahmad Shamsuri, Pengerusi, Jawatankuasa
Pembangunan Belia (SBM) di talian 0122829575.
borang permohonan yang telah lengkap perlu diterima oleh pihak
penganjur sebelum atau pada 28 Febuari 2017.
hanya pemohon yang disenarai pendek akan dihubungi untuk ditemuduga
oleh pihak penganjur. Pengumuman senarai pemohon yang terpilih akan
dibuat pada akhir Mac 2017.
Pengumuman Dari Cawangan/Kawasan SBM
Pengumuman dari Zon Utara:
Pengumuman Dari SBM Cawangan Pulau Pinang
1. MESYUARAT AGUNG DWI TAHUNAN SBM CAWANGAN PULAU PINANG 2017
Mesyuarat Agung Dwi tahunan SBM Cawangan Pulau Pinang akan diadakan pada tarikh, masa dan tempat seperti berikut:
Tarikh: 30hb April 2017 (Ahad);
Masa: 10.00 pagi hingga 2.00 petang;
Tempat: Dewan Dato’ Arif Shah Bin Haji Omar Shah, SBM Cawangan Pulau Pinang, No.29, Lorong Inang 2, Taman Bunga Raya, 14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang.
Pada Mesyuarat kali ini akan diadakan pemilihan barisan Ahli Jawatankuasa (BRANCO) yang akan berkhidmat bagi sesi 2017-2019. Bagi anda yang ingin bertanding, anda perlu mengisi borang pencalonan yang boleh diperolehi dari Pejabat Cawangan. Borang pencalonan akan dikeluarkan pada hari Rabu, 1hb Mac 2017. Borang-Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dikembalikan ke Pejabat Cawangan selewat-lewatnya pada jam 11.00 pagi hari Ahad, 23hb April 2017. Borang pencalonan yang tidak lengkap atau yang lewat dikembalikan ke Pejabat Cawangan tidak akan dilayan.
Mana-mana ahli Cawangan yang ingin mengemukakan sebarang usul atau cadangan, anda boleh menghantar usul atau cadangan tersebut secara bertulis atau dalam bentuk audio kepada Setiausaha Cawangan tidak lewat dari hariKhamis, 30hb Mac 2017. Sebarang usul atau cadangan yang diterima selepas tarikh tersebut tidak akan dilayan.
2. Yuran Keahlian.
Ahli-ahli SBM Cawangan Pulau Pinang adalah diingatkan agar dapat menjelaskan yuran keahlian tahunan selewat-lewatnya pada hari Jumaat, 31hb Mac 2017. Kerjasama ahli Cawangan dalam hal ini amatlah dihargai.
3. Yuran Keahlian Seumur Hidup
Kepada mana-mana ahli biasa Cawangan di bawah umur 60 tahun yang ingin memohon keahlian seumur hidup, anda boleh berbuat demikian dengan syarat anda telah melunaskan yuran keahlian selama lima tahun secara berterusan tanpa sebarang tunggakan. RM60.00 akan dikenakan terhadap permohonan tersebut.
Kepada mana-mana ahli biasa Cawangan yang telah mencapai usia 60 tahun ke atas dan ingin memohon keahlian seumur hidup, anda juga boleh berbuat demikian dengan syarat anda telah melunaskan yuran keahlian selama lima tahun tanpa sebarang tunggakan. Tiada sebarang bayaran akan dikenakan kepada permohonan tersebut.
Bagi kedua-dua maksud tersebut dan untuk keterangan lanjut, sila hubungi Cik Norfaezah Binti Jaafar, Pembantu Tadbir SBM Cawangan Pulau Pinang di talian 04-3838437 pada waktu pejabat.
Pengumuman dari SBM Cawangan perak
Kepada ahli-ahli yang ingin menjelaskan yuran bagi tahun 2017, boleh menjelaskan yuran tersebut kepada
kerani SBM cawangan Perak di waktu pejabat.
Mesyuarat Dwi Tahunan SBM Cawangan Perak
Mesyuarat Agong Dwi Tahunan SBM cawangan Perak akan diadakan pada hari sabtu 18 Mac 2017 mulai jam 9 pagi
bertempat di tingkat 1 pejabat SBM Perak di alamat No 22A dan B, jalan lintasan Medan Kidd, Medan Kidd 30200 Ipoh.
Pengumuman dari Zon Selatan:
Tiada Pengumuman.
Pengumuman dari zon Tengah
Pengumuman dari SBM Cawangan KL/Selangor
1. Keputusan Pertandingan Ten-pin Bowling 2017
SBM KL/Selangor menerusi Jawatankuasa Pembangunan Sukan (JPS) telah menganjurkan pertandingan Ten-pin Bowling pada 5 Februari 2017. Pertandingan tersebut telah dijalankan secara berkumpulan. Berikut adalah keputusan pertandingan tersebut:
Tempat pertama: Kumpulan Muhamad Hairul Bin Miran
Tempat kedua: Kumpulan Ramlah Binti Husin
Tempat ketiga: Kumpulan Nor Azura Binti Che Lah
tahniah diucapkan Kepada yang Berjaya dan kepada yang tak Berjaya jangan putus asa, cuba dan cuba lagi di masa hadapan.
2. Lawatan Jarak Jauh Ke Pulau Langkawi
Jawatankuasa Kebudayaan, Kesenian dan Sosial (JKKS) Cawangan KL/Selangor akan mengadakan lawatan tiga hari dua malam ke Pulau Langkawi Kedah seperti ketetapan berikut:
Tarikh: 14 hingga 16 April 2017 (Jumaat - Ahad).
Yuran penyertaan: RM350.00. Bagaimanapun, setiap peserta perlu membayar wang pendahuluan sebanyak RM100.00. Sebuah syarikat pelancongan akan membawa semua peserta dari kuala lumpur ke tempat-tempat menarik di Pulau Langkawi. Tarikh akhir pembayaran yuran sepenuhnya ialah pada 31 Mac 2017 (Jumaat).
Untuk sebarang pertanyaan dan pendaftaran sila hubungi En. Jebry Bin Demei, pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan, Kesenian dan sosial (JKKS) SBM Cawangan KL/Selangor di talian 017-372 1314 atau En. Mohamad Adha, pembantu tadbir SBM KL/Selangor di talian 03-2276 5276 pada waktu pejabat.
Pengumuman dari sbm cawangan pahang
Mesyuarat agung dwi tahunan SBM Cawangan Pahang 2017
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Sbm cawangan pahang akan mengadakan mesyuarat agung dwi tahunan 2017 seperti ketetapan berikut:
Tarikh: 9 april 2017
Masa: 10 pagi
Tempat: sbm cawangan pahang.
Setiap ahli dikenakan yuran pendaftaran sebanyak RM5 seorang. Bagi ahli-ahli yang berhasrat untuk bertanding pada kali ini, borang pencalonan boleh diperolehi dari pejabat sbm cawangan pahang atau sila berhubung terus dengan kerani Cawangan. Pencalonan boleh dibuat mulai pukul 9 pagi dari 1 April 2017 sehingga 9 April 2017.
notis mengenai mesyuarat agung ini akan diedar kepada semua ahli.
Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, sila hubungi kerani cawangan di talian 09-296 4197 pada waktu pejabat.
Kepada semua ahli sbm cawangan Pahang yang masih lagi belum menjelaskan yuran tahunan, sila berbuat demikian di pejabat sbm cawangan Pahang atau berhubung terus dengan kerani cawangan di talian 09-296 4197.
Yuran tahunan perlu dijelaskan pada atau sebelum 31/3/2017.
Jika ada sebarang pertanyaan sila hubungi kerani cawangan di talian 09-296 4197
Pada waktu pejabat.
Pengumuman dari SBM Cawangan Terengganu
SBM Cawangan Terengganu akan mengadakan Karnival Sukan Dalaman pada 23 24 dan 25 Februari 2017. Antara permainan yang akan dipertandingkan adalah ten pin bowling, ping pong, catur, Dam aji, congkak, dominos dan dart. Yuran penyertaan adalah rm5 seorang.
Untuk keterangan lanjut sila hubungi SBM Cawangan Terengganu di talian 09-666 1320 pada waktu pejabat.
PENGUMUMAN DARI SBM CAWANGAN KELANTAN
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Adalah dimaklumkan bahawa kursus Android yang sepatutnya diadakan pada lima Februari 2017 telah ditunda kepada 25 Februari 2017. Seramai 15 orang peserta akan turut serta dalam kursus tersebut.
Pengumuman Dari Sabah dan Sarawak
Tiada pengumuman
Iklan:
Singgah sana foot reflexsology & spa yang terletak di Shah Alam memerlukan beberapa orang juru urut lelaki dan perempuan. Oleh yang demikian, kepada OKU penglihatan yang berkemahiran dalam bidang urut namun masih belum mendapat peluang pekerjaan, anda boleh menghubungi Encik Saiful di talian 012-5082368 untuk mendapatkan maklumat lanjut.
SBM GEMILANG
RANGKAP 1:
Melangkah,
menuju ke hadapan,
Menempuhi rintangan dan dugaan yang mendatang,
Teguhkan,
semangat yakin diri,
Terus bangkit dan tegak berdiri.
RANGKAP 2:
Pastikan,
tiada jurang membeza,
Kerna dunia dicipta bukan untuk mengalah,
Tunjukkan,
agar mereka tahu,
Kau dan aku di dunia yang satu.
KORUS:
Ayuh SBM,
bersatu membawa kejayaan,
Satu tekad sama bergandingan,
Impian yang menggunung segenggam harapan,
Teruslah kita mendaki hingga ke puncak kemenangan.
Mari bersama lupakan segala kekurangan,
SBM pasti akan gemilang,
Berkat doa,
usaha dan kurnia dari Tuhan,
Lakukan bersama,
Yakinlah SBM pasti akan berjaya.
ULANG RANGKAP 2:
Ulang KORUS:
Sekian, terima kasih.
0 ulasan:
Catat Ulasan