Selasa, Januari 09, 2018

Info MAB 8 Januari.

Teley MAB no. 718
Isnin, 8hb Januari 2018
No. tel.: 03-22722687

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Terdapat 3 pengumuman baharu, 1 pengumuman lama dan 1 pengumuman buku.

1. Prograam Yoga baharu.

Adakah anda berminat untuk menyertai program yoga ini? Sesi pertama akan diadakan pada hari Khamis, 11hb Januari, 9.30 pagi di Bilik Judo, Tingkat 3, Block A, Kompleks MAB. Cik June akan mengendalikan program ini. mereka yang berminat, sila berikan nama anda kepada En. Subra bersama no. telefon anda.

2. Kursus asas penggunaan iPhone.

Ia akan diadakan pada hari Ahad, 14hb Januari dari pukul 10.00 pagi hingga 5.00 petang di premis SBM KL/Selangor. Yuran sebanyak RM10.00 sahaja. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pengerusi Wanita SBM KL/Selangor di 012-2887676.

3. Perhimpunan belia SBM KL/Selangor.

Belia OKU Penglihatan dan pelatih-pelatih GTC adalah dijemput ke perhimpunan belia di Wisma SBM pada hari Sabtu, 27hb Januari, dari pukul 9.00 pagi hingga 1.00 tengah hari. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi pejabat SBM KL/Selangor di 22765276 semasa waktu pejabat.

4. Terkini tentang Skim Pencen Persendirian AIA bagi orang-orang yang tidak menyumbang kepada EPF seperti yang bekerja sendiri dan juru urut bebas.

Para pegawai AIA akan berada di MAB pada hari Rabu, 17hb Januari dari 11.00 pagi hingga 2.00 petang untuk memaklumkan bagaimana anda boleh mendapatkan manfaat daripada skim tersebut. Sesi berbahasa Melayu dan Cina akan diadakan. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Dr. Jacqueline di samb. 303

5. Di sini, terdapat sebuah buku Braille bahasa Inggeris untuk dibaca.

Tajuknya ialah Limitations oleh S. Turow dalam 2 jilid. Ini adalah sebuah novel misteri dan penuh ketegangan.

Terima kasih.

Ikhlas,
En. Godfrey Ooi.
Cik Roslina Mohamed.

Teley MAB no. 718
Monday, 8th January 2018
Tel. no.: 03-22722687

Hello friends,

There are 3 new, 1 old and 1 book announcements,

1. New Yoga Program.

Are you interested in joining this yoga program? The first session will be on Thursday, 11th January, 9.30 am at The Judo Court, 3rd floor, of Block A, Kompleks MAB. Ms. June will be conducting the program. Those interested, please give your name to Mr. Subra with your contact no.

2. Basic course on using iPhone.

This will be on Sunday, 14th January from 10.00 am to 5.00 pm at The SBM KL/Selangor Premises. The fee is RM10.00 only. For more info, please contact The SBM KL/Selangor Chairwoman at 012-2887676.

3. SBM KL/Selangor Youth Gathering.

The blind youth and GTC Trainees are invited to the youth gathering at Wisma SBM on Saturday, 27th January, from 9.00 am to 1.00 pm. For more info, please call the SBM KL/Selangor office at 22765276 during office hours.

4. AIA Private Pension Scheme for people who don’t contribute to EPF like the self-employer or free-lance masseurs update.

AIA Officers will be in MAB on Wednesday, 17th January from 11.00 am to 2.00 pm to inform how you can benefit from the scheme. There will be Malay Speaking and Chinese Speaking Session. For more info, please call Dr Jacqueline at ext. 303.

5. Here’s an English Braille book to read.

The title is Limitations by S. Turow in 2 volumes. This is the mystery, suspense novel.

Thank you,

Regards,
Mr. Godfrey Ooi.
Ms. Roslina Mohamed.

0 ulasan:





Arkit blog