Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia
Pengumuman Mingguan 8 Januari, 2018
Salam bahagia daripada kami semua dari Ibu Pejabat.
Terdapat empat pengumuman baru pada minggu ini. Satu dari SBM Cawangan Melaka dan tiga dari SBM Cawangan KL/Selangor. Yang selebihnya adalah pengumuman ulangan atas permintaan.
Pengumuman Ulangan:
Pengumuman Dari Ibu Pejabat
Ucapan Tahun Baru Presiden Bagi Tahun 2018
Assalamu alaikum, salam sejahtera serta salam SBM serata-rata.
Saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan kepada semua ahli SBM, selamat tahun baru 2018. Kita harap dengan terbukanya jendela tahun 2018 ini, SBM akan bertambah maju. SBM akan bertambah cemerlang dengan saf kepimpinan yang ada.
Untuk makluman ahli-ahli SBM serta pendengar-pendengar tele info SBM, pada tahun 2018 ini, kita akan mengadakan dua program yang besar. Pertamanya, Mesyuarat Agung Dwi Tahunan bagi tahun 2018 yang akan kita adakan di Bandar Raya Ipoh. Saya ingin mengajak semua ahli SBM untuk hadir ke mesyuarat tersebut bagi merealisasikan impian SBM untuk kita memilih saf kepimpinan baharu bagi penggal 2018-2020.
Berikutnya, pada bulan Oktober nanti, kita akan merayakan satu program yang telah lama kita jalankan bermula pada tahun 2010, iaitu sambutan hari Tongkat putih antarabangsa yang akan kita adakan di Bandar Raya Kota Kinabalu, Sabah. Sengaja kita memilih Sabah kerana kita mahu memastikan supaya penggiliran dalam penganjuran program ini dapat kita zahirkan di Negeri Sabah, Negeri Di Bawah Bayu.
Akhirnya, saya juga ingin mengambil kesempatan ini supaya sama-samalah kita berdoa agar SBM terus dirahmati oleh Allah SWT dan semua ahli SBM akan terus istiqamah dalam memastikan SBM ini terus menjadi relevan kepada semua OKU Penglihatan di Malaysia.
Pengumuman Dari Cawangan/Kawasan SBM
Pengumuman dari Zon Utara:
Tiada pengumuman.
Pengumuman dari Zon Selatan:
pengumuman dari SBM Melaka
Salam SBM,
mesyuarat AJK SBM Cawangan Melaka bil 1/2018 akan diadakan pada 20 Januari 2018 (Sabtu) jam 10.30pagi. Antara agendanya termasuklah perbincangan mengenai takwim aktiviti cawangan bagi tahun 2018.
Pengumuman dari zon Tengah
Pengumuman dari SBM Cawangan KL/Selangor
Assalamu'alaikum dan salam sejahtera.
1. Kursus Asas Penggunaan I-phone.
Atas beberapa sebab yang tidak dapat dielakkan, Kursus ini yang sepatutnya berlangsung pada 30 Disember 2017 yang lalu telah dijadualkan semula dan akan diadakan pada 14 Januari 2018 (Sabtu) bertempat di pejabat SBM Cawangan KL/Selangor Brickfields dari pukul 10:00 pagi hingga 5:00 petang.
Kepada mereka yang berhasrat untuk mengikuti kursus tersebut, sila daftarkan nama anda dengan menghubungi Pengerusi SBM KL/Selangor di talian 012-288 7676 atau 012-216 3354 atau pembantu tadbir cawangan di pejabat SBM KL/Selangor di talian 2276 5276 pada waktu pejabat.
Setiap peserta akan dikenakan yuran penyertaan sebanyak RM10.00 seorang yang meliputi makan tengah hari.
Segala kesulitan amat dikesali dan pihak penganjur memohon kemaafan.
2. PROGRAM MESRA BELIA BERSAMA SBM
Jawatankuasa Pembangunan Belia SBM Cawangan KL/Selangor akan menganjurkan Program Mesra Belia Bersama SBM pada ketetapan seperti berikut:
Tarikh: 27 Januari 2018 (Sabtu)
Lokasi: Pusat Aktiviti Wisma SBM.
Masa: 9:00 Pagi - 1:00 Petang.
Semua pelatih-pelatih Pusat Latihan Gurney dijemput mengikuti program tersebut.
3. Yuran Keahlian Tahunan SBM 2018.
Pembayaran yuran keahlian tahunan SBM bagi tahun 2018telah pun dibuka.
Berikut adalah yuran yang perlu dijelaskan mengikut katagori:
I. Bagi ahli biasa RM10.00.
II. Bagi Ahli bersekutu RM5.00
III. Bagi yuran ahli seumur hidup RM60.00.
Untuk menjadi ahli seumur hidup, ahli tersebut perlu menjadi ahli selama 5 tahun berturut-turut tanpa sebarang tundakan.
IV. Bagi yang telah mencapai usia 60 tahun, mereka secara automatik menjadi ahli seumur hidup. Syaratnya ahli tersebut telah menjadi ahli selama 5 tahun berturut-turut tanpa sebarang tundakan. Walau bagaimana pun mereka perlu mengisi borang yang boleh diperolehi di pejabat SBM Cawangan KL/Selangor.
Tarikh akhir pembayaran:
Menurut peraturan 6.6 perlembagaan SBM, Tarikh akhir bagi menjelaskan bayaran yuran keahlian adalah pada 31 Mac setiap tahun. Walau bagaimanapun, pihak SBM Cawangan KL/Selangor telah bersetuju untuk melanjutkan tarikh akhir untuk menjelaskan bayaran hingga 30 April 2018, bersamaan Isnin.
Mana-mana ahli yang gagal menjelaskan yuran keahliannya pada tarikh yang telah ditetapkan akan dianggap sebagai mempunyai yuran tertunggak dan akan gugur semua keistimewaannya selaku ahli sehingga ahli berkenaan menjelaskan tunggakannya. Mana-mana ahli yang tunggakannya masih berbaki pada 31hb. Mei pada setiap tahun akan dianggap sudah berhenti dari menjadi ahli kepada Pertubuhan ini.
Pengumuman dari Pantai Timur
Tiada pengumuman.
Pengumuman Dari Sabah dan Sarawak
Tiada pengumuman
Iklan
Explora 7 Online
Louis Prem akan menyiarankan satu bulitin mingguan yang dinamakan Explora 7 Online. Ini adalah perkhidmatan berita kepada orang ramai. Ia mengandungi artikel, berita, iklan dan banyak lagi. Sesiapa yang ingin mengiklankan produk mereka, perkhidmatan urut dan lain-lain, sila hantar iklan atau pengumuman anda melalui e-mel kepada
louisprem63@gmail.com
atau hubungi Subra di 03-2272 2677 MAB.
Sekian, terima kasih.
0 ulasan:
Catat Ulasan