Khamis, Disember 04, 2008

Ada orang bertanya.

Ada orang bertanya pada penulis, “Awat blog hang dah jadi blog politikkah?”  Maka penulis beritahu, bukan.  Kan dah kata mengisi masa lapang?  Yang banyak politik itu adalah secara kebetulan sahaja bukannya dengan sengaja.

Penulis memikirkan ada sesuatu yang perlu dibantu untuk menyedarkan mereka yang telah buta sejarah dan sanggup menggadaikan maruah bangsa semata-mata kerana politik dan jawatan yang diidam-idamkan.  Penulis merasakan, amat penting untuk membantu para bloggers yang ingin melakukan sesuatu untuk menyedarkan semua pihak.

 

Ada juga yang bertanya kepada penulis, mengapa penulis berbangsa cina tapi bermati-matian membela orang melayu tetapi tidak membela bangsa sendiri?  Bagi penulis, soalan yang dilontarkan ini kerana mereka sendiri buta sejarah dan mereka ingin menipu sejarah serta tidak faham apa yang berlaku.

 

Jawapan penulis mudah.  Sila rujuk sejarah sebelum kemerdekaan malaysia dari awal hinggalah kemerdekaan Malaysia dan bagaimanakah susahnya para pejuang melayu untuk berjuang memerdekakan negara Malaysia.  500 tahun lebih Tanah Melayu dijajah.  Yang menentang penjajah hanya orang melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak.  Sementara yang lain-lain?  Lu fikirlah sendiri.  Adakah mereka juga bermati-matian berjuang dengan pahlawan-pahlawan melayu seperti Dato Bahaman, Mat Kilau, tok janggut dan banyak lagi?  Begitu juga dengan para pejuang di Sabah dan Sarawak.  penulis tidak kenal mereka, cuma yang penulis kenal hanyalah Mat Salleh.

 

Oleh itu, sebelum memperjuangkan sesuatu hal, sila selidik terlebih dahulu sejarah tanahair.  jangan main hantam kromo sahaja.  Memperjuangkan sesuatu itu dengan membuta-tuli, pasti akan mengundang bencana seperti mana yang berlaku sekarang.

 

Bagi penulis, siapa yang paling layak untuk negara ini adalah mereka yang sanggup berkorban selama lebih kurang 500 tahun berjuang untuk membebaskan negara ini daripada penjajah British dan Portugis.  Manakala yang lain-lain termasuklah penulis, bersyukurlah kerana dapat hidup dengan aman, tenteram dan damai di negara ini.

18 ulasan:

Unknown berkata...

Ya, betul saudara. Yang tak betul kena perbetulkan. Yang sudah betul, kena luruskan.

Yang mencanggah kita lawan, yang akur kita pupuk.

Tai berkata...

Ya itulah yang harus kita buat.

mountdweller
telah meninggalkan ulasan baru pada catatan "
Ada orang bertanya.
" anda:

Ya, betul saudara. Yang tak betul kena perbetulkan. Yang sudah betul, kena luruskan.

Yang mencanggah kita lawan, yang akur kita pupuk.

Cikgu Kool berkata...

Tahniah saudara...saya sentiasa mengikuti perkembangan terkini!

Mohd Farid Bin Mohd Taufik berkata...

Salam saudara .....

Salam perjuangan BPN...

Saya sangat setuju dengan catatan saudara....

Taminsari berkata...

Ketelusan perjuangan saudara membuatkan saya berfikir sejenak, masih ada yang sayang dan menghormati pengorbanan perwira-perwira Melayu walaupun beliau bukanlah orang Melayu. Alangkah aman dan tenteramnya negara ini jika semua bukan Melayu berfikiran waras dan matang seperti saudara. Semuga tuhan memberi kekuatan kepada saudara untuk terus berjuang demi mempertahankan ketuanan Melayu dan kedaulatan negara...

AbgTuah berkata...

Salam sejastera wahai sahabat.

Mengenang airmata ku selepas membawa tulisan mu. Tak ku sangka sungguh jauh dan mendalam kajian serta kefahaman mu terhadap sejarah bangsa dan negara kita ini. Terima kasih penghargaan ku ucapkan diatas sokongan mu terhadap usaha kami. Jadi bersama2lah kita berusaha agar negara kita yg dicintai ini selamat dari kemelut badai polimik politik yg nampaknya tiada jua surut redanya.

Tai berkata...

ya sama-sama.

Daddy Cool
telah meninggalkan ulasan baru pada catatan "
Ada orang bertanya.
" anda:

Tahniah saudara...saya sentiasa mengikuti perkembangan terkini!

Tai berkata...

Ya terima kasih. Inilah sahaja yang mampu saya lakukan. Dengan berbekalkan penulisan kita berjuang.

AbgTuah
telah meninggalkan ulasan baru pada catatan "
Ada orang bertanya.
" anda:

Salam sejastera wahai sahabat.

Mengenang airmata ku selepas membawa tulisan mu. Tak ku sangka sungguh jauh dan mendalam kajian serta kefahaman mu terhadap sejarah bangsa dan negara kita
ini. Terima kasih penghargaan ku ucapkan diatas sokongan mu terhadap usaha kami. Jadi bersama2lah kita berusaha agar negara kita yg dicintai ini selamat
dari kemelut badai polimik politik yg nampaknya tiada jua surut redanya.

Taminsari berkata...

Salam sejahtera saudara Sedingin Salju. Saudaralah kawan menangis orang Melayu yang sukar dicari, satu dalam seribu. Keikhlasan saudara menghayati sejarah pejuang-pejuang Melayu membuatkan saya sangat terharu. Rupa-rupanya masih ada orang lain bukan Melayu yang menghormati kepayahan pejuang-pejuang Melayu terdahulu dalam mempertahankan tanahair tercinta ini. Alangkah aman dan damainya jika semua bukan Melayu yang terbuka fikirannya seperti saudara. Terimakasih kerana sudi berjuang bersama-sama kami demi mempertahan hak-hak kami seperti yang terkandung didalam perlembagaan. Semuga dengan adanya perjuangan seperti ini akan menyedarkan mereka-mereka yang telah diracuni fikirannya. Semuga mereka sedar dan kembali kepangkal jalan. InsyaAllah.

Taminsari

Tai berkata...

ya, kita berharap semoga mereka ini cepat sedar akan kesilapan mereka. Tugas kita sekarang ialah menghapuskan anasir-anasir jahat ini.

Taminsari
telah meninggalkan ulasan baru pada catatan "
Ada orang bertanya.
" anda:

Salam sejahtera saudara Sedingin Salju. Saudaralah kawan menangis orang Melayu yang sukar dicari, satu dalam seribu. Keikhlasan saudara menghayati sejarah
pejuang-pejuang Melayu membuatkan saya sangat terharu. Rupa-rupanya masih ada orang lain bukan Melayu yang menghormati kepayahan pejuang-pejuang Melayu
terdahulu dalam mempertahankan tanahair tercinta ini. Alangkah aman dan damainya jika semua bukan Melayu yang terbuka fikirannya seperti saudara. Terimakasih
kerana sudi berjuang bersama-sama kami demi mempertahan hak-hak kami seperti yang terkandung didalam perlembagaan. Semuga dengan adanya perjuangan seperti
ini akan menyedarkan mereka-mereka yang telah diracuni fikirannya. Semuga mereka sedar dan kembali kepangkal jalan. InsyaAllah.

Taminsari

Che Moq™ berkata...

teruskan menulis kerana ianya bukan sahaja dapat mengisi masa lapang malah dapat mencelikkan mata hati mereka yang buta sejarah, fakta dan ilmu.

Mohammad Roslan berkata...

Mamak terharu dan amat sanjungi fahaman sejarah politik tanah air Saudara.Kita perlu hormati tuan rumah supaya tuan rumah akan menghormati kita.Budaya orang Melayu adalah terbaik dalam dunia ini.Cara mereka menghormati tetamu dan melayan tetamu seperti saudaranya.Diberi tempat tidurnya yang selesa,makan minum yang terbaik dan layanan dan budi perkerti yang tersohor.Kalau kita boleh terima bahasa dan budaya penjajah british yang tak pernah menghormati kita dan menyusahkan kebanyakan negara Asia terutamanya negara India dan China di masa lampau kenapa kita menolak bahasa,budaya dan agama orang melayu yang memberi layanan yang terbaik pada kita.Kerana apa menolak bangsa Melayu yang berbudi pekerti yang luhur ini?.Inilah membuatkan mamak sendiri sayangkan bangsa Melayu ini dan rela berkorban untuk mereka mencapai hasrat murni melalai UMNO.Bila UMNO ini hancur, Bangsa melayu ini hancur, dan hancurlah sendiri negara ini.Rakyat bukan Melayu di negara ini perlu terima semangat keMelayuan ini sejak dari dulu lagi seperti India dan Cina Melaka (ceti melaka atau Nyonya Melaka).Komunis dan juga orang India yang tak memikirkan masa depan genarasi mereka telah memesungkan semangat nasionalisma KeMelayuan yang sebenar.

Walau macam mana pun Mamak memang sanjung tinggi sedingin Salju yang hebat ini.Tulisan anda memang membuka hati orang yang buta dengan racisma.Mamak tentu kembali lagi ke blog hang!!!syabas!

Tai berkata...

Terima kasih banyak-banyak atas galakan encik.

Che Moq™
telah meninggalkan ulasan baru pada catatan "
Ada orang bertanya.
" anda:

teruskan menulis kerana ianya bukan sahaja dapat mengisi masa lapang malah dapat mencelikkan mata hati mereka yang buta sejarah, fakta dan ilmu.

Tai berkata...

Terima kasih. Itulah yang seharusnya dilakukan. Ingat kita kena hormati tuan. Serupalah macam kita di dunia ini. Siapakah yang empunya dunia ini, sudah tentu tuhan maha esa. jadi, secara tidak langsung, kita harus menerima, menghormati dan menyembah tuhan. Kita tidak langsung boleh menyanggah.

Mamak Penang
telah meninggalkan ulasan baru pada catatan "
Ada orang bertanya.
" anda:

Mamak terharu dan amat sanjungi fahaman sejarah politik tanah air Saudara.Kita perlu hormati tuan rumah supaya tuan rumah akan menghormati kita.Budaya
orang Melayu adalah terbaik dalam dunia ini.Cara mereka menghormati tetamu dan melayan tetamu seperti saudaranya.Diberi tempat tidurnya yang selesa,makan
minum yang terbaik dan layanan dan budi perkerti yang tersohor.Kalau kita boleh terima bahasa dan budaya penjajah british yang tak pernah menghormati kita
dan menyusahkan kebanyakan negara Asia terutamanya negara India dan China di masa lampau kenapa kita menolak bahasa,budaya dan agama orang melayu yang
memberi layanan yang terbaik pada kita.Kerana apa menolak bangsa Melayu yang berbudi pekerti yang luhur ini?.Inilah membuatkan mamak sendiri sayangkan
bangsa Melayu ini dan rela berkorban untuk mereka mencapai hasrat murni melalai UMNO.Bila UMNO ini hancur, Bangsa melayu ini hancur, dan hancurlah sendiri
negara ini.Rakyat bukan Melayu di negara ini perlu terima semangat keMelayuan ini sejak dari dulu lagi seperti India dan Cina Melaka (ceti melaka atau
Nyonya Melaka).Komunis dan juga orang India yang tak memikirkan masa depan genarasi mereka telah memesungkan semangat nasionalisma KeMelayuan yang sebenar.

Walau macam mana pun Mamak memang sanjung tinggi sedingin Salju yang hebat ini.Tulisan anda memang membuka hati orang yang buta dengan racisma.Mamak tentu
kembali lagi ke blog hang!!!syabas!

Terbitkan
ulasan ini.

AbgTuah berkata...

Salam sejastera wahai sahabat.

Kawan kembali menziarah blog sahabat. Semuga sahabat sentiasa sihat dan menemui kejayaan didalam apa jua usaha.

Tai berkata...

ya, terima kasih banyak-banyak.

AbgTuah
telah meninggalkan ulasan baru pada catatan "
Ada orang bertanya.
" anda:

Salam sejastera wahai sahabat.

Kawan kembali menziarah blog sahabat. Semuga sahabat sentiasa sihat dan menemui kejayaan didalam apa jua usaha.

Unknown berkata...

Cuba saudara kembali melihat sejarah dan pertubuhan MPAJA. Janganlah jadi tali barut kepada kaummu. Kerana sesungguhnya kaummulah yang banyak membantu mengusir Jepun yang telah memerintah dengan kejam di tanahair ini.

Tai berkata...

Saya bukan menjadi tali barut. Saya bercakap atas dasar sejarah. Kamu faham sejarah? kamu belajar sejarah Malaysia? Apakah kamu belajar sejarah malaysia dari sebelum merdeka sehingga selepas merdeka? Selain dari sumbangan MPAJA untuk mengusir jepun dari tanah melayu, apakah lagi sumbangan besar MPAJA itu? Adakah mereka menentang Malayan Union? Siapa yang masuk tentera, adakah mereka bertungkus-lumus memerangi british dan Portugis dari tanah melayu?

hang ni aku rasa belajaq sejarah sekerat-sekerat. Mukalau hang nak belajaq sejarah, hang kena belajaq perhabeh. lagu nilah mukalau belajaq tak habeh. Mudah kena cong, tak ketahuan hala.

Nak tanya kat hang sat. Sapa tak sayang bangsa cek oii. Tapi hang kena ingat, jangan menipu sejarah. Toksah dok cong. Orang kata, tang mana bunyi dipijak, tang situ langit dijunjung. Ada fahamkah encik?





Arkit blog