Rabu, Disember 03, 2008

Tiada pilihan selain wujudkan satu sistem pendidikan

Rencana Utusan online.
 
 

Tiada pilihan selain wujudkan satu sistem pendidikan

WALAUPUN sistem pendidikan Malaysia pada hari menuju taraf dunia, namun banyak yang perlu dikaji semula bagi memastikan perpaduan kaum terpelihara.

Sebagaimana dicadangkan oleh Datuk Mukhriz Mahathir supaya hanya satu sistem pendidikan diwujudkan maka sudah tiba masanya kerajaan menamatkan sistem persekolahan yang berbeza sekarang kerana ia menyumbang kepada masalah hubungan kaum di negara ini.

Semuanya bermula di sini. Tidak akan wujud perpaduan di dalam negara sekiranya rakyat dipisah-pisahkan sejak di peringkat sekolah lagi.

Realiti sekarang ialah sistem persekolahan telah menjarakkan jurang perpaduan di kalangan anak-anak mengikut kaum, sehingga menyebabkan mereka terpisah.

Negara kita agak 'unik' kerana mengamalkan aliran sekolah yang berbeza di peringkat asas pendidikan di sebalik sifatnya sebagai negara majmuk, yang sepatutnya menjurus kepada satu aliran sahaja.

Selama ini, bukan tidak disedari kelemahan dan kesan pelaksanaan pelbagai aliran ini terhadap pencapaian sebenar perpaduan tetapi dipendamkan kerana sentimen kaum yang tebal mengenai sistem persekolahan.

Untuk merawat perkembangan yang paling tidak sihat ini, kita memerlukan azam politik yang paling kuat. Langkah yang berani dan hebat perlu dibuat sebelum terlambat.

Kementerian Pelajaran digesa mewujudkan sistem persekolahan satu aliran dalam sistem pendidikan negara bagi meletakkan landasan yang lebih kukuh ke arah menyatupadukan rakyat berbilang kaum di negara ini.

Kewujudan banyak aliran telah menyebabkan tidak ada acuan khusus yang boleh digunakan untuk membentuk masyarakat yang bersatu padu.

Oleh itu kita menaruh harapan satu kajian perlu dijalankan untuk mencari satu sistem persekolahan yang menyatukan balik anak-anak Malaysia berbilang kaum di bawah satu bumbung.

Sistem yang ada sekarang semakin memisahkan generasi muda kita. Buktinya, kebanyakan anak Cina ke sekolah jenis kebangsaan Cina dan anak India ke sekolah Tamil.

Pemisahan ini pula ditambah apabila di kalangan Melayu cenderung menghantar anak-anak ke sekolah kebangsaan dan sekolah agama.

Demi masa depan negara, kita semua kena fikirkan kepentingan bersama ini. Janganlah politikkan perkara ini.

Hakikatnya, banyak pengorbanan besar yang perlu dilakukan oleh kaum-kaum di negara ini untuk merealisasikannya.

Pengorbanan paling besar ialah mengikis terus rasa cauvinis. Mungkin berat untuk melakukan pengorbanan ini, tetapi negara ini tidak mempunyai pilihan lain lagi jika kita benar-benar mahu melihat keharmonian yang berpanjangan.

Kita yakin sistem persekolahan satu aliran merupakan cara terbaik untuk memupuk perpaduan masyarakat berbilang kaum di Malaysia. Kita mesti mula menggerakkan usaha merealisasikan sistem persekolahan satu aliran sekarang juga.

Kita tidak nampak jalan keluar lain kecuali satu sistem pendidikan.

9 ulasan:

irsh berkata...

Saya setuju sekolah satu aliran kebangsaan. Bahasa Malayu sebagai bahasa utama dan Bahasa Cina dan Tamil diajar sebagai subjek tambahan. Setelah itu baru kita boleh merapatkan semua kaum dan Bangsa Malaysia yang dilaungkan baru membawa makna. Jika Cina masih tebal dengan pendidikan Cina tak payahlah nak bising pasal polarisasi kaum dan Bangsa Malaysia. Tak payahlah nak bising pasal hak sama rata untuk semua kaum dan sebagainya. Buang masa. Kerajaan patut mengkaji sedalam-dalamnya cadangan Mukhriz.

Tai berkata...

Ya, sangat setuju dengan pendapat awak. Memang tepat.

irhs
telah meninggalkan ulasan baru pada catatan "
Tiada pilihan selain wujudkan satu sistem pendidik...
" anda:

Saya setuju sekolah satu aliran kebangsaan. Bahasa Malayu sebagai bahasa utama dan Bahasa Cina dan Tamil diajar sebagai subjek tambahan. Setelah itu baru
kita boleh merapatkan semua kaum dan Bangsa Malaysia yang dilaungkan baru membawa makna. Jika Cina masih tebal dengan pendidikan Cina tak payahlah nak
bising pasal polarisasi kaum dan Bangsa Malaysia. Tak payahlah nak bising pasal hak sama rata untuk semua kaum dan sebagainya. Buang masa. Kerajaan patut
mengkaji sedalam-dalamnya cadangan Mukhriz.

~PakKaramu~ berkata...

Assalamu'alaikum Wr,Wb

Al Hamdulillah jika benar bagai di kata barulah Malaysia ni benar-benar merdeka kalau tidak di manakah maruah merdeka itu ? Tak guna ada negara merdeka jika tiada bangsa dan bahasa merdeka kan gitu ?

La ni cacamarba je! malu kita dengan negara lain yang sudah merdeka!

Tai berkata...

Terima kasih Pak karamu. maaf tak boleh jawab salam. Saya bukan melayu dan bukan islam.

~PakKaramu~
telah meninggalkan ulasan baru pada catatan "
Tiada pilihan selain wujudkan satu sistem pendidik...
" anda:

Assalamu'alaikum Wr,Wb

Al Hamdulillah jika benar bagai di kata barulah Malaysia ni benar-benar merdeka kalau tidak di manakah maruah merdeka itu ? Tak guna ada negara merdeka
jika tiada bangsa dan bahasa merdeka kan gitu ?

La ni cacamarba je! malu kita dengan negara lain yang sudah merdeka!

Unknown berkata...

Salam singgah,

Saya tetap setuju 100% dengan pandangan saudara arwah Tun Razak!

Tapi sayang semasa Najib jadi Menteri Pelajaran dia lupa pada ayahnya. Semasa menjadi Menteri Petahanan dan TPM, dia lupa dirinya!

Tai berkata...

Tak apa. Marilah kita berjuang dengan pena. pena itu tajam.

Cheguman berkata...

Saya amat setuju dengan pandangan saudara. Walaupun pemimpin kita dulu gagal melaksanakan kehendak perlembagaan, tak bermakna kita tak boleh laksanakannya sekarang. Adakah kita nak tunggu 50 tahun lagi? Atau kita nak tunggu sehingga pergaduhan kaum berlaku?

Tai berkata...

Jadi, dengan penalah kita berjuang. Bantulah Najib moga dia akan bertambah kuat apabila dibantu dari belakang. Mungkin dia tuang ayaq sejuk untuk meredakan keadaan.

Demang Lebar Daun
telah meninggalkan ulasan baru pada catatan "
Tiada pilihan selain wujudkan satu sistem pendidik...
" anda:

Saya amat setuju dengan pandangan saudara. Walaupun pemimpin kita dulu gagal melaksanakan kehendak perlembagaan, tak bermakna kita tak boleh laksanakannya
sekarang. Adakah kita nak tunggu 50 tahun lagi? Atau kita nak tunggu sehingga pergaduhan kaum berlaku?

Tai berkata...

Ha, ni dia, peranglah.





Arkit blog