Setelah selesai dengan urusan computer, maka kami pun keluarlah dari bilik cik Ayam yang berhawa dingin itu. Kami pergi duduk di kusyen di depan telivisyen. Di sebelah kanan kami terdapat satu pintu yang menuju ke beranda rumah. Bila pintu itu dibuka, maka, angin sejuk dari luar pun masuklah. Angin itu datang dengan sepoi-sepoi bahasa.
Aku bersandar di atas kusyen. Dek kerana tiupan angin yang nyaman itu, maka aku telah terlena buat beberapa ketika. Maklumlah, dah penat agaknya.
Tidak berapa lama kemudian, isteri cik Ayam telah menyiapkan minum petang untuk aku dan Abian. "ha bian, marilah minum, ni ada sikit kuih." Beritahu isteri cik Ayam. "ok tak apa nanti kejap." Abian membalas. "Encik, mailah makan encik, ni ada kuih ni." Cik Ayam mempelawa aku untuk minum petang. "ha ok." Jawabku rengkas sahaja.
Selepas beberapa ketika, aku dan Abian pun pergilah ke meja makan. Di meja telah terhidang teh dan beberapa jenis kuih. "Kuih ni engkau beli di mana?" Abian bertanya. "Dekat-dekat sini jer." Isteri cik Ayam menjawab. "Oh." Abian menjawab rengkas.
Kami pun makanlah. Aku hanya berjaya memakan sekeping dua sahaja kuih tu sebab aku tak gemar yang manis-manis. "Hmm, aku dah makan tak habis dah." Aku memberitahu. "ha, hang makan bagi habis Khai Eong, kalau tak, aku tinggai hang kat sini." Abian berseloroh.
Aku rasa sayanglah pulak nak biarkan kuih ni membazir. Jadi, aku makan perlahan-lahan. "Eh encik, makanlah." "Ni ha tinggal beberapa keeping saja." Beritahu isteri ayam kepadaku. "Yalah encik, hang ni
kuat makan." "Kami pilah beli kuih ni." Cik Ayam pula berseloroh. Akhirnya kuih tu tertinggal sedikit juga.
Setelah makan, aku dan abian berehat lagi di atas kerusi kusyen yang empuk itu. Sambil melihat gelagat anak cik Ayam bermain dengan play stationnya. Anaknya begitu lincah sekali. Maklumlah anak lelakilah katakan.
"Oi Ayam, engkau nak gi tak rumah si Usop tu?" Abian melemparkan persoalan kepada cik Ayam setelah agak lama kami duduk menyandarkan diri di kerusi. "Bila hang nak pi?" Ayam pula bertanya. "Kejap lagilah nak bawa si Khai Eong ni gi kejap." Beritahu Abian.
"Ha, nak pergikah?" Isteri Ayam pula bertanya. "Ish, aku rasa, aku mengantuklah." Beritahu cik Ayam. "Tak apalah kau pergi dua orang, lepas tu kirim salam aku kat su Usop dan Ayana." "nah hang bawa sekali kat prepaid Celcom ni kat dia." Cik Ayam berpesan pada Abian.
Setelah agak lama kami berehat, kami pun meminta diri untuk pergi pula ke rumah Ayana. Kami ditemani oleh cik Ayam sekeluarga hingga ke depan pintu. Maka, kami pun memulakan perjalanan kami ke rumah Ayana.
Aku dan Abian hanya berjalan kaki sahaja untuk ke rumah Ayana tu sebab, rumahnya dekat sahaja dengan rumah cik Ayam. Kami pun sampailah di hadapan sebuah sekolah. Di dewan sekolah itu, kedengaran orang sedang menyanyikan lagu tamil.
"Encik,
cuba
telefon kat Ayana sat Tanya dia kat mana dan suruh dia buka pintu." Beritahu Abian. Aku pun menelefon si Ayana. "Hello, mana hang." Aku mula bertanya. "Wey hang habaq kat Abian, buka saja pintu pagak tu." "Pintu pagak tu tak berkunci." Beritahu Abian kepadaku.
Kami pun pergilah ke pintu dan membukanya. Maka, berjalanlah Ayana keluar dari rumah dengan kasut tingginya. Kertok, kertok, kertok, kertok, kertok, kertok. Ayana berjalan menarik kasutnya.
"Aku dah tengok dah hangpa mai tadi tu." Ayana memberitahu. Kami pun masuklah kat rumah Ayana dan Yusuf. Kami duduk di kerusi kusyen untuk menghilangkan kepenatan semasa berjalan tadi.
Rumah Ayana dan yusuf ni, agak besar jugak. Mereka ni, tinggal di quarters kerajaan. Boleh tahanlah keluasannya.
Ada
tingkat atas lagi. Berstatus sederhana kaya jugaklah.
Setelah agak lama berehat, aku pun pergilah mengklebek computer si Ayana tu. "ha, mana dia computer hang?" Aku bertanya. "Mai, aku nak tunjuk kat hang computer aku." Beritahu Ayana dan membawa aku ke meja komputernya.
"Weh, hang buat elok-elok sikit." "hang jangan dok pi masuk merata tempat." "Satni mukalau rosak computer aku, hang jaga no?" Ayana memberi amaran. "Ha, hang toksah dok risaulah." "Taulah aku apa aku nak buat." Aku memberi jaminan. "Ha, tau tak pa." "Hang toksah dok gatai pungkoq pi buat computer aku ikut suka hati hang." Ayana menyambung leterannya. "Tak apalah, hang toksah dok hingaklah." "Aku tau apa aku nak buat." Aku memberi jaminan.
Selepas itu, Ayana pun beredar ke bahagian dapur. Entah apa yang dibuatnya, aku sendiri pun tidak tahu. Sementara aku pula, mulalah sibuk menggodek computer si Ayana ni. Ish, teruknya computer dia ni.
Tiba-tiba aku terdengar suara orang dari luar. Yusuf pun pergilah membuka pintu. Rupanya, itu abang Yusuf atau pun nama asalnya, Joseph datang ke rumahnya. Abang dia tu, cakap loghat Sabahlah. Aku haram sepatah pun tak faham.
Kini, aku telah siap menggodek computer si Ayana. Tak ada apa yang rosak pun Cuma dia buat ikut suka dia. Sebab itu, computer dia bermasalah. Kini, segalanya dah kembali normal.
"Oi pungkoq, hang dah buat siapkah?" Ayana bertanya. "Ha, dah siap dah." "Hang ni mengarut betoilah." Aku berkata. Lagu manalah hang dok pakai computer ni?" Aku bertanya lagi.
"Mana aku nak tau?" "Aku pakai lagu tu sajalah mangkoq oi." Beritahu Ayana. "habeh awat boleh jadi lagu ni?" Aku bertanya pula. "Mana aku nak tau?" "Hang ni mangkoq betoilah." Ayana berkata.
Kini kami dah nak makan bihun. Ayana beritahu, dia membeli bihun tu tiga bungkus. Dia kata sedap. Hmm, biarlah apa dia nak kata. Yang penting bagi aku sekarang ialah makan. Sebab aku pun dah berasa sedikit lapar.
Alahai, kena duduk atas lantailah pulak untuk makan. Ish, teruk betullah mereka ni.
Ada
meja, tak mau duduk di meja, nak duduk lantailah pulak.
Ah, lantai pun lantailah asalkan makan. Kami makan bihun rebus petang itu. Dan disebabkan duduk atas lantai, maka aku telah menumpahkan kuah bihun ke atas lantai. Maklumlah, aku ni, tak reti nak pegang mangkuk.
Dan, disebabkan duduk dan makan atas lantai, maka aku hanya makan semangkuk sahaja. Sebabnya aku kurang selesa untuk makan. Kalaulah duduk di meja, aku rasa, dua mangkuk pun tak cukup.
Selepas makan, abang si Yusuf sudah hendak bertolak pulang. Yang aku faham, dia beritahu, kapalterbangnya akan bertolak jam sembilan malam ke
Sabah
. Itulah yang aku faham pun.
Selepas itu, abang Yusuf pun bertolak ke tempat penginapannya. Dan selepas makan, Ayana bawa aku duduk di sebuah kerusi kusyen yang agak empuk. Aku pun duduk tersandar sambil menikmati tiupan angin dari luar yang bertiup sepoi-sepoi bahasa itu.
Tidak lama kemudian, Yusuf pun membawa keluar bekas yang berisi kuih. "Wey encik,
cuba
hang rasa kuih ni." "Best o." Beritahu Yusuf kepadaku. "Ha Khai Eong, hang makan Khai eong." "kalau tak, nanti aku tinggai hang." Abian berkata. Selepas itu, Abian dan Yusuf pun pergi ke bahagian dapur. Dan tiba-tiba aku dengar si Abian ketawa terbahak-bahak. Kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah.
Yusuf membawa satu lagi bekas yang berisi kuih. "ha Khai Eong, yang ni, kuih dari istana." Beritahu Yusuf.
"ha Khai Eong, kalau hang tak makan kuih ni, hang menyesai o." "Kuih nip ayah nak dapat hang taukah?" "Kuih ni hanya kat istana saja yang ada." Ayana bercerita panjang lebar padaku. Aku pun mencuba sekeping kuih tu. Wah, boleh tahan sedapnya.
Aku hanya boleh makan dua keeping saja. "La Khai Eong, makanlah lagi." "
Ada
banyak lagi." Yusuf memberitahuku. "Ha, hang makan Khai Eong." "Kalau tak, aku tinggai hang nanti." Abian berkata sambil ketawa.
Selepas makan, aku tersandar di kerusi kusyen. Ayana pula duduk di sebelah aku. Sedang mendengar radio.
Angin sepoi-sepoi bahasa sedang bertiup dari luar. Aku menyandarkan badanku ke kusyen empuk itu. Kemudian aku bangun sekejap lalu menggoyangkan badan sebab lagu tu sedap didengar. "Ala Khai Eong, hang toksahlah dok menari Khai Eong oi, meluat aku tengok." Ayana berkata.
Tiba-tiba, telefon Abian berbunyi. "Asalamualaikum," kedengaran Abian memberi salam. "Ha, pasai apa?" Kedengaran suara Abian lagi. "Ni hang dok kat mana ni?" Bercakap lagi. "Habis tu, hang nak aku mai jumpa hangkah?" Abian bertanya. "Ni, aku dengan Khai Eong kat rumah si Usop ni ha." Beritahu Abian. "Ni hang nak aku mai jumpa hangkah?" Abian bertanya lagi. "Hang kat mana sekarang ni." Bertanya si Abian lagi. "Oh kat kedai Yusuf Alikah?" "Tak apalah, nanti aku mai cari hang." Beritahu Abian. Perbualan tamat di situ.
"Siapa tu?" Yusuf bertanya. "Fadzlin dan Rahim." Beritahu Abian. "Dia nak suruh aku pergi jumpa dia." Abian memberitahu. "ha Khai Eong, hang nak pi dak jumpa Rahim dan Fadzlin tu?" Abian bertanya. "Ha, boleh jugak tu." Jawabku rengkas sahaja. "Tak apalah kita duduk sekejap." Beritahu Abian.
Maka, kami pun berehatlah sekejap sambil menikmati tiupan angina yang sepoi-sepoi yang bertiup di luar rumah Yusuf ni. Rasanya sungguh nyaman sekali. Terasa mengantuklah pula bila angin itu mengembus ke badan.
Selepas itu, aku dan Abian meminta diri untuk beredar dari rumah Yusuf. "Ok lah Sop, kami pi dululah." "Nak pergi cari Rahim dan Fadzlin pulak. "ha ok lah cop, aku pun nak pi dah." Beritahu aku juga.
"Ha, ok lah Khai Eong, lain kali kalau hang mai Kl lagi, hang jangan lupa mai rumah aku no?" Yusuf berpesan. "Ha, boleh saja encik." Jawab aku rengkas.
Aku dan Abian pun keluar dari rumah Yusuf. Yusuf dan Ayana menghantar aku sampai ke pintu. "Ha, jalan baik-baik." Ayana berpesan. "Ha ok, jumpa lagi." Aku berkata.
"Besak o badan dia." Kata Yusuf pada Ayana. "La, badan dia bukan besak sangat, sederhana saja." Balas Ayana.
Maka aku dan Abian pun berjalanlah meninggalkan rumah Ayana dan Yusuf. Kini, kami menuju pula ke gerai Yusuf Ali. Abian membawa aku berjalan melintasi Jalan Sultan Abdul Samad iaitu bangunan asrama lelaki GTC. Rupanya, jalan itu dah pun berubah. Tidak seperti sebelas tahun yang lalu semasa aku berkursus di GTC.
Kini, sampailah kami di gerai Yusuf Ali. "Ha Khai Eong, mai duduk mai." Fadzlin mempelawa aku. "Ha encik, sini encik." Rahim menyampuk. "la ni nama dia bukan Ultraman dah." "La ni dia tulis question mark question mark question mark saja kat e-mail dia. Rahim bercerita.
Kini, aku dan Abian telah berada di gerai Yusuf Ali. "Ni Bian, hang nak minum apa?" Rahim bertanya. "Aku nak minum jerlah." "Aku dah kenyang makan kat rumah si Usop tadi." Beritahu Abian.
"Ha encik, encik nak minum apa?" Rahim pula bertanya pada aku. "ha kopi ais." Aku menjawab rengkas. "Mamak ada jual apa kat sini." Kedengaran pula Fadzlin bertanya. Pelayan di situ memberitahu apa yang ada.
"Ha mamak, bagi roti canai dua, teh ais satu." Beritahu Fadzlin.
Aku duduk mendiamkan diri sementara Abian pula berbual dengan seorang rakannya. Aku dah malas nak berbual sebab dah berasa kepenatan dah hari tu. Yalah, dari pagi ke petang, asyik makan saja kerjanya.
"Wey Khai Eong, aku ada satu business aku nak ajak hang joint." "Hang nak tak?" Rahim bertanya. "Business apa tu." Aku membalas. "Ni business melalui internetlah." Balas Rahim pendek. "Kalau hang nak, hang mai kedai kunin malam ni." Ajak Rahim. "Ha ok lah." Aku menjawab pendek sahaja.
Aku terus mendiamkan diri. Sementara itu, Abian sedang sibuk melayan rakannya itu berbual-bual. Aku pula, dah penat dan dah pun mula mengantuk.
Jam sudah menunjukkan pukul tujuh malam. "Ok lah, dah tujuh malam ni." "Ni aku nak bawa Khai Eong balik ke hotel. Beritahu Abian. "Ok Khai Eong, jangan lupa ha malam ni, kat kedai Kunin." Rahim memperingatkan aku. "Ok." Jawabku ringkas.
Selepas bersalaman, aku dan Abian pun berjalan pulang ke hotel Khooi Ping. Aku berasa penat dan agak mengantuk juga. Yalah, seharian berjalan dan juga makan.
Setelah memasuki bilik, aku terus pergi mandi. Sementara itu, Abian pula, bersembang dengan kawanku Paul keong. Entah apalah yang dibualkan, aku tidak ambil pusing semua itu. Yang penting, aku nak mandi.
Setelah mandi, aku pun bersiap-siap sebab pada jam lapan malam, aku dan Abian akan turun ke lobi hotel untuk menunggu cik Ayam datang. Pada malam itu, entah ke manalah cik Ayam nak bawa kami pergi makan. Rancangan nak makan Satay Kajang dah terbantut sebab orang yang ditugaskan membawa kami dengan van tu kemalanganlah pulak. Jadi, aku tak tahulah mana dia nak bawa kami ni pergi makan.
Setelah bersiap-siap dan lebih kurang jam
7:50
malam, kami pun turunlah ke lobi hotel. Cik Ayam masih belum tiba lagi. Abian menelefon cik Ayam. Entah apa yang dibualkan aku pun tidak tahu sebab mereka bercakap dalam loghat
Sarawak
.
Aku pula, asyik leka mendengar siaran tv yang sedang dibuka oleh towkeh hotel tersebut. Dia sedang menonton siaran 8 tv. Jadi, tak fahamlah aku sebab siaran cina.
Tepat jam lapan malam. Tiba-tiba siaran 8 tv telah bertukar ke siaran tv3. "Wah, towkeh ni tengok berita tv jugak no/" Aku berkata dalam hati. Entah dia faham, entah tidak. Tapi itu semua aku tak pedulilah asalkan aku dapat mendengar serba sedikit berita untuk hari itu.
Tidak lama kemudian, cik Ayam pun sampai. Kami pun pergilah makan. Cik Ayam membawa kami ke restoran RRC iaitu sebuah restoran yang bertaraf
lima
bintang di Brickfields. Itulah kali kedua aku ke restoran itu.
Di
sana
, aku makan sepinggan besar mi goring. Cik Ayam makan ayam dan beberapa hidangan lagi. Abian juga sama. Dan semasa makan, kami pun berbual-bual. Bermacamlah yang dibualkan. Dari satu topic, ke satu topic yang lain.
"Alamak, aku lupa aku janji dengan Rahim nak jumpa di kedai kuning." Aku berkata. "Ni dah pukoi sepuluh lebih dah." Aku menyambung. "Tak apalah, esok
hang nak pi MAB?" Ayam bertanya. "Jadi, hang pilah bagi tau dia hang terlupa." Ayam menambah. "ha ok lah." Aku menjawab pendek.
Lebih kurang sepuluh setengah malam, kami selesai makan. Kami pun bertolak pulang. Cik Ayam telah pulang ke rumahnya sementara Abian telah membawa aku pulang ke hotel penginapan.
Apabila sampai di pintu bilik, maka pulanglah Abian ke rumahnya.
Malam itu, aku teramat mengantuk. Aku pun pergi membasuh muka dan memberus gigi. Dan selepas itu, aku pun terus pergi tidur. Aku kena tidur awal sebab esok ada program lawatan ke MAB, rumah kak Rosnah dan rumah Lin.
(Bersambung)