Selasa, Jun 30, 2009

Paralimpik dapat kemudahan

Ahmad Shabery Cheek (kanan) menunjukkan angka 43, simbolik menjelang Sukan Paralimpik ASEAN di Putrajaya, semalam. Turut kelihatan, Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan, Datuk Mohd. Yasin Salleh (tengah) dan pemangku Ketua Pengarah MSN, A. Jalil Abdullah.


PUTRAJAYA - Sukan Paralimpik akan mempunyai pusat pembangunan mereka sendiri yang serba canggih dan memenuhi keperluan atlet orang kurang upaya (OKU) bernilai RM40 juta.

Ketika mengumumkannya, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek berkata, ia bertujuan mengiktiraf sumbangan atlet paralimpik dengan menyediakan kemudahan terbaik untuk mereka.

"Pusat pembangunan Sukan Paralimpik berhampiran Kompleks Sukan Kg. Pandan itu nanti apabila siap nanti, boleh dianggap model yang terbaik di Asia Tenggara.

"Ia memiliki semua kemudahan yang mesra atlet paralimpik di negara ini serta kelengkapannya yang serba canggih seperti asrama dan pelbagai gelanggang untuk OKU," katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Seminar Pembangunan Sukan Paralimpik Prestasi Tinggi Malaysia di sini, semalam.

Sehingga ini katanya, kerja-kerja konsultan dan lakaran bangunan sudah siap dilaksanakan dan hanya menunggu kebenaran daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk meluluskannya.

Sekiranya semuanya berjalan lancar kata beliau, Pusat Pembangunan Sukan Paralimpik itu akan siap dua tahun dari sekarang.

"Pembinaan pusat yang boleh dianggap cukup sempurna itu merupakan satu lagi langkah ke depan buat atlet paralimpik negara," katanya.

Mengenai seminar pembangunan sukan paralimpik yang julung-julung kali diadakan, Ahmad Shabery berkata, ia sebagai antara persiapan untuk menghadapi Sukan Para-ASEAN di Kuala Lumpur, Ogos ini.

"Kita bukan sahaja mahukan publisiti tetapi ingin mewujudkan kesedaran di kalangan rakyat negara ini untuk bersama-sama menjadi sukarelawan bagi temasya sukan tersebut," tegasnya.

Para ASEAN: Sijil pengesahan kesihatan diperlukan

Para ASEAN: Sijil pengesahan kesihatan diperlukan

PETALING JAYA - Kontinjen dari 10 negara ASEAN dan Timor Leste perlu bebas dari selesema babi (influenza A(H1N1)) dengan mengemukakan sijil pengesahan kesihatan dari negara masing-masing sebelum dibenarkan menyertai Sukan Para ASEAN Ke-5 yang akan berlangsung di Lembah Klang, dari 15-19 Ogos ini.

Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM), Datuk Zainal Abu Zarin (gambar) berkata, saringan kesihatan di negara masing-masing merupakan langkah awal bagi mengelakkan wabak itu daripada tersebar semasa kejohanan tersebut.

"Langkah tersebut juga diguna pakai bagi kontinjen Malaysia. Kesemua atlet dan pegawai kontinjen akan menjalani saringan kesihatan yang akan dikendalikan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Majlis Sukan Negara dan Institut Sukan Negara," katanya semalam.

Beliau sebelum itu memberikan taklimat mengenai persediaan Malaysia sebagai tuan rumah Sukan Para ASEAN ke-5 dan langkah keselamatan mengenai wabak selesema babi kepada wakil-wakil negara peserta.

Zainal berkata, pihaknya juga akan mengadakan rundingan dengan pengendali Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Sepang minggu depan bagi mendapatkan keistimewaan kepada kontinjen luar.

"Kalau boleh, MPM mahu saringan kesihatan terhadap kontinjen luar dilakukan berasingan serta lebih teliti dan bukan bersama dengan orang awam yang lain.

"Ini bagi memastikan anggota kontinjen luar yang tiba benar-benar bebas daripada wabak tersebut," katanya.

MPM juga, katanya akan berunding dengan KKM untuk menempatkan pegawai kesihatan di hotel penginapan atlet dan melakukan saringan sebanyak dua kali sehari.

Sebanyak 980 atlet kurang upaya akan bertanding dalam 11 acara pada sukan ini.

Acara-acara tersebut adalah olahraga, renang, badminton, ping pong, angkat berat, catur, boling, pelayaran, tenis kerusi roda, bola keranjang kerusi roda dan bola tampar duduk. - BERNAMA

Guna teknologi canggih dalam pembelajaran OKU

Guna teknologi canggih dalam pembelajaran OKU


Shahrizat Abdul Jalil memangku Muhammad Aliff Danial Sazli, 4 tahun ketika berada di dalam bilik multi sensori di PDK 4 Divisyen Desa Tun Hussein Onn, Kuala Lumpur, semalam.


KUALA LUMPUR 25 Jun - Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) di seluruh negara perlu menggunakan teknologi canggih bagi memudahkan pembelajaran orang kurang upaya (OKU).

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Senator Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, peralatan terkini yang lebih sesuai dengan perkembangan semasa juga mampu mempercepatkan proses pemulihan golongan berkenaan.

"Kita yakin melalui penggunaan peralatan berteknologi tinggi mampu memberi keselesaan kepada golongan ini sekali gus memantapkan lagi pembelajaran mereka,'' katanya.

Beliau berucap pada majlis penyerahan bantuan wang tunai RM280,000 bagi pembinaan 14 buah bilik terapi multi sensori di PPDK 4 Divisyen, Kompleks Perumahan Desa Tun Hussein Onn di sini hari ini.

Sumbangan syarikat Procter & Gamble (Malaysia) Sdn. Bhd. (P&G) itu disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Yuri Hermida kepada Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Kebajikan Masyarakat, Halijah Yahya.

Bilik terapi multi sensori berfungsi membantu perkembangan minda kanak-kanak OKU termasuk mereka yang menghidap palsi serebrum, autisme, disleksia dan sindrom down.

Mengulas lanjut, Shahrizat memberitahu, untuk pembangunan golongan OKU, kerajaan memperuntukkan sebanyak RM60.2 juta setahun.

"Setiap bulan kita memperuntukan lebih RM3,000 untuk perbelanjaan asas di setiap PPDK seluruh negara,'' katanya.

Beliau turut menggesa PPDK menubuhkan yayasan sendiri bagi memudahkan kerajaan menyalurkan bantuan kepada mereka.

"Penubuhan yayasan itu akan memudahkan pusat tersebut menjalankan aktiviti selain mempertingkatkan kebajikan,'' katanya.

Isnin, Jun 29, 2009

Petaling Jaya mesra OKU





Oleh Hidayatul Akmal Ahmad
hidayatulakmal@hmetro.com.my

TUNJUK..Siva Balan (kanan) bersama Sharipah melihat <br>tempat laluan OKU yang akan diperbetulkan <br>di program Zon Bersih Seksyen 52.
TUNJUK..Siva Balan (kanan) bersama Sharipah melihat
tempat laluan OKU yang akan diperbetulkan
di program Zon Bersih Seksyen 52.

PETALING JAYA: Golongan Orang Kurang Upaya (OKU) sekitar Petaling Jaya bakal menikmati keistimewaan apabila Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) berhasrat mewujudkan kawasan 'Barrier City' atau kawasan bebas halangan di Seksyen 52, di sini.

Ahli Majlis MBPJ seksyen itu, Anthony Siva Balan Thanasayan, berkata hasrat mewujudkan kawasan itu bermula pada 1991 namun disebabkan kurang kemahiran dan kepakaran, projek itu terpaksa ditangguhkan.

"Selain mewujudkan kawasan itu, kami juga mahu menjadikan kawasan berkenaan sebagai kawasan yang bersih, hijau dengan bau yang menyenangkan selaras dengan seruan kerajaan negeri yang mahu menjadikan Selangor sebagai negeri bersih menjelang Mei 2010.

"Dengan adanya kawasan ini nanti, tiada lagi diskriminasi antara golongan OKU dengan yang normal, sebaliknya semua dapat merasai kemudahan yang disediakan.

"Bilangan golongan OKU meningkat setiap tahun dan perlu diingat, OKU bukan sahaja bermaksud kecacatan anggota badan, tetapi penyakit seperti strok, kencing manis dan buta juga turut diambil kira.

"Kami juga teraju utama dalam menjayakan kawasan mesra OKU di antara Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sedia ada," katanya.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Perancangan Pembangunan MBPJ, Sharipah Marhaini Syed Ali, berkata selain seksyen 52, MBPJ turut memilih lokasi Jalan Gasing sebagai kawasan sesuai untuk dijadikan kawasan bebas halangan dan kawasan zon bersih.

"MBPJ mahu menjadikan kedua-dua kawasan ini sebagai model kepada kawasan lain yang memberi kemudahan kepada golongan OKU.

"Lawatan tapak ini juga bertujuan membuat penilaian terhadap keadaan semasa, mengkaji kesesuaian lokasi bagi aktiviti yang dicadangkan di samping mengenal pasti cadangan penambahbaikan kemudahan lain yang perlu dijalankan," katanya.

Ahad, Jun 28, 2009

oku oku oku

Satu lagi karya orang Brunei.
 
Daripada: gaDiskecil
Tarikh: 27 June, 2009 7:38 PM

sungguh pun kau oku,

kau punyai pengaruh,

kau punyai tarikan,

kau punyai kelebihan untuk menarik perhatian orang,

kau boleh mengemis dan menjadi peminta sedekah di kaki lima kerana kekuranganmu akan menyebabkan orang sempurna menaruh simpati ,

kau diambil kesempatan atas kekuranganmu oleh insan tak bertanggungjawab meminta sedekah,

kau jadi alat untuk kepuasan dan keuntungan insan sempurna.

Jika kau tak dapat memberi hasil yang diinginkan,

kau akan dipinggir,

kau akan disingkir,

kau akan disindir,

kau akan dipulau,

kau akan dihalau,

kau akan ditendang,

kau akan dilempang,

kau akan dicincang.

oku oku oku,

kau sungguh hebat,

Kekuranganmu menyebabkan kerajaan bersimpati,

kau menerima bantuan kerajaan,

Tapi sayang,

Bantuan bulanan berupa wang bukan kau yang menggunakan untuk perbelanjaan dirimu,

Insan-insan rakus menggunakan wang bantuan itu untuk bermewah-mewah,

bersenang-senang,

membeli peralatan perabut rumah yang mahal-mahal,

membayar segala tonggakan,

membayar hutang,

membayar ansuran kereta,

membayar insuran,

membeli belah kerana duit telah membutakan mata insan kejam itu.

Oku Oku Oku, kau memang kasihan,

kau tak berpeluang bergaya,

kau tak berpeluang bermewah,

kau tak berpeluang bersuka-suka dengan bantuan kerajaan,

Kau tak berpeluang membela diri,

Jika kau cuba memperjuangkan hakmu,

Kekuranganmu akan diungkit,

kasihannya engkau,

alasan yang cukup mudah diberikan ketika kau menuntut hakmu,

Mereka yang menjagamu dari kecil,

Tanpa bantuan mereka, kamu tak akan boleh ke sana sini,

Kau insan cacat jadi buat cara cacat ajerlah,

Tak usah mengada-ngada,

Kau tak perlu simpan duit nanti hilang dan tercicir,

Sehingga pada perdebatan itu kau kalah jua,

Kau terpaksa memendamkan saja kerana tak boleh nak buat apa.

Dengan ini, kau tak berpeluang menyimpan duit untuk masa tuamu nanti.

Oku Oku Oku, kau memang hebat,

kau mendapat hak sebagai rakyat sesebuah negara,

kau mendapat keselesaan di tempat awam,

tapi sayang,

Ada pun kemudahan-kemudahan di tempat awam,

Insan-insan tak sepatutnya menggunakan kemudahan khas untuk kamu diambil,

Parking untuk oku jua diambil,

Jika kamu menuntut hak,

Mereka pandai berdolak dalik,

Mereka beralasan cukup mudah,

Tempat parker dan sebagainya jarang ditempati,

Dari membiarkan parker kosong,

Baik diisi meskipun mereka sedar,

itu kemudahan yang disediakan hanya untuk insan yang bernama oku sahaja.

Oku oku oku,

malangkah nasibmu?

Apakah nasib mu akan malang selalu?

Apakah tiada insan yang sudi mendengar keluhan dan rintihanmu?

Adakah kau akan selamanya tertindas?

Apakah dunia ini tidak adil bagimu yang bergelaroku?

Apakah semua insan normel jahat?

Apakah semua keluarga oku tak dapat terima dan jahat terhadap oku?

Adakah kau ingin selamanya begini?

Jika di dunia kau sudah begini,

percayakah kau pada kekuasaan tuhan yang akan memberi keadilan padamu di hari muka?

Adakah kau berfikir tuhan tak mengasihimu?

Adakah terlintas dalam benakmu bahawah tuhan menjadikan kau insan oku tiada sebab dan hikmah yang tersembunyi?

Oku Oku Oku,

percayalah,

tuhan maha pengasih,

Kejadianmu ada hikmahnya,

Tidak selamanya kau bernasib malang,

Masih ada insan di dunia mahu mendengar luahan dan rintihan hatimu,

Kau tidak selamanya akan tertindas dan ditindas,

Keluarga oku tidak semua jahat,

di dunia ini,

tiada yang adil seratus peratus,

Mesti ada yang kurang,

Yang adil dan maha mengadili hanyalah tuhan yang maha pencipta,

Bersabarlah,

Hidup bukan setakat di sini,

Ada alam lain yang menanti,

Di situ, barulah kau dapat kemenangan sejati yang tak pernah kau dapatkan semasa di dunia.

Jumaat, Jun 26, 2009

Apa dosa kami





Oleh Mary Victoria Dass
maryvictoria@hmetro.com.my

JOHOR BAHRU: Sekiranya anda menganggap memeritkan menghadapi cabaran kehidupan semasa, ada sepasang suami isteri warga emas di sini hidup lebih perit kerana terpaksa menjaga empat anak yang dilahirkan cacat tanpa mendapat sebarang pembelaan daripada mana-mana pihak.

Empat beradik itu yang tinggal di sebuah flet di Bandar Baru Kangkar Pulai di sini cacat penglihatan, pekak, penyakit mental, lembam dan tumbesaran terbantut sejak dilahirkan.

Lebih menyedihkan, seorang daripada mereka ibarat sudah jatuh ditimpa tangga apabila menjadi mangsa rogol dan kini mempunyai seorang cahaya mata berusia setahun setengah.

Ada bomoh pula berpendapat nasib menimpa empat beradik terbabit akibat hasad dengki pihak tertentu seperti didakwa ketua keluarga berkenaan, Othman Hassan, 69.

Menurut Othman, anak sulungnya, Umi Kalthom, 38, mengalami pembesaran yang terbantut, anak kedua, Milhan, 36, pula buta dan pekak, manakala Sofiah, 33, mengalami masalah lembam dan anak bongsunya, Fatimah, 31, mengalami gangguan mental.

Katanya, walaupun hidup dalam serba kekurangan dengan menyara keluarga sebagai pengawal keselamatan, dia tidak mempunyai pilihan daripada terus membanting tulang untuk menjaga dan menyediakan keperluan empat anaknya.

Othman juga perlu menyediakan bekalan makanan untuk dua cucunya yang berusia tujuh bulan dan satu setengah tahun.

"Walaupun seorang daripada anak saya menjadi mangsa rogol lebih setahun lalu, saya tidak ada pilihan melainkan memeliharanya kerana dia tidak berdosa.

"Mereka semua kini di bawah tanggungjawab saya dan saya tidak pernah terfikir untuk lari daripada tanggungjawab ini," katanya ketika menerima kunjungan daripada wakil Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Pengerusi Biro Kebajikan, Kesihatan dan Bencana Alam Umno Gelang Patah, Dr Zaini Abu Bakar di sini, semalam.

Menurut Othman, dia dan isterinya, Jamilah Ariffin, 68, sanggup bergolok bergadai dan melakukan sebarang pekerjaan halal selagi terdaya demi menyara empat anak kurang upayanya itu.

"Bukan saya meminta kehidupan sebegini, tetapi sudah ditakdirkan menjadi bapa empat anak kurang upaya yang memiliki pelbagai kecacatan. Mereka darah daging saya.

"Selagi saya masih hidup, saya pastikan semua anak saya cukup makan dan minum biarpun tidak mampu menyediakan mereka kehidupan selesa seperti bapa lain.

"Namun, saya berharap ada pihak yang prihatin dan menyalurkan bantuan kepada kami supaya mampu meringankan beban keluarga," katanya.

Difahamkan, seorang penduduk di flet berkenaan yang prihatin mengadu nasib keluarga itu kepada Umno dan JKM supaya bantuan dapat disalurkan kepada mereka.

ya Allah.

Satu lagi kisah dari Brunei.  Penulis oku penglihatan.
 
Daripada: gaDiskecil
Tarikh: 26 June, 2009 12:11 AM

Bersediakah kamu menjadi oku?

Menjadi oku, amatlah ditakuti oleh kita semua. Ini kerana, bila seseorang itu sudah tergolong sebagai insan oku, akan terbataslah pergaulan dan pergerakkannya serta akan mendapat tanggapan negetiv oleh sebahagian masyarakat normel di luar sana.

Huh? terbatas? mendapat tanggapan negetiv? kenapa terbatas dan kena pandang negetiv pulak bila menjadi oku?

Ya, memang tepat. pergerakan akan terbatas dan akan mendapat pandangan sinis serta negetiv kerana beberapa hal. Nak tau apa dia?

1. Oku buta (penglihatan) tidak akan mempunyai peluang memandu kereta sepertimana insan celik. Dalam keadaan ini, si buta terpaksalah menggunakan pemandu untuk memandu kereta membawanya ke tempat mana yang dihajati seperti menggunakan khidmad teksi, bas, keluarga dan sebagainya. Jika dia memandu sendiri, kemana kereta itu akan menuju destinasi? mungkin, belum sampai ke destinasi, dah goal. Dalam keadaan ini, terpaksalah mengharap orang celik jugak membawak kereta

2. penglihatan terhad. Katigori penglihatan seseorang oku buta tidaklah sama. Ianya bermacam-macam jenis. Ada yang rabun, ada yang nampak sedikit bak jarang kain dan tidak kurang juga langsung tidak boleh melihat. Jika insan rabun, mereka mempunyai kelebihan melihat tulisan, berjalan tanpa harap orang memimpin namun penglihatannya tetap terhad dan masih tergolong dalam golongan insan oku. Insan yang nampak sedikit, boleh melihat, tapi golongan ini tidak tau apakah objek di lihat itu sebelum memegang atau meraba. Mereka ini masih dikatakan bernasib baik kerana tahu siang dan malam, cerahnya mentari bersinar di siang hari, dan keindahan bulan dan bintang ketika senja menjelang tiba. Jika golongan oku yang tidak boleh melihat langsung, lagilah terhad dan golongan ini, tidaklah dapat melihat dan tahu siang dan malam. Tapi, meski pun mereka tidak pernah tahu siang malam, mereka ada cara mengetahui sama ada hari itu siang ke malam dan sebagainya. Allah dah bagi mereka kelebihan dan itulah pengasihnya tuhan.

3. Terpaksa menggunakan alat khas untuk berkomunikasi. Ya, memang insan oku penglihatan terpaksa akur dengan keadaan. Jika mereka tidak mahu ketinggalan zaman, mereka terpaksa menggunakan alat ini untuk mengikuti peredaran zaman seperti talifon bimbit yang bercakap, komputer bercakap, braille yang menjadi kepentingan utama oku penglihatan untuk menulis nota, open book yakni satu alat untuk menSsken buku atau kertas yang bertulisan celik dan yang paling penting, tongkat untuk berjalan serta yang sewaktu dengannya. Namun begitu, tidak semua orang buta oku dapat menggunakan alat canggih itu. Disebalik sekian ramai orang buta menggunakan komputer, talifon bimbit dan apa-apa barang canggih, masih terdapat juga insan oku buta yang tidak reti menggunakannya sebab beberapa faktor. Malas, tak pandai sebab dah belajar pun masih tak tangkap jugak, tiada wang untuk dapat memiliki barang-barang canggih itu dan sebagainya. harus diingat, orang buta pun bukan semua ingin bertongkat sebab tak pandai atau malu menggunakannya.

4/\. Masyarakat oku penglihatan terkenal dengan masyarakat yang kecil. Apa-apa sahaja tindakan kita oku, menjadi perhatian masyarakat normel. Mereka akan hairan jika insan oku penglihatan pandai itu dan pandai ini, melakukan perkara yang bagi mereka diluar kemampuan insan yang bernama si buta. Dalam pada itu jika mereka nampak dengan mata kepala sendiri, mereka akan bertanya macam-macam soalan baik pada si buta itu sendiri mahupun menggunakan orang tengah. Adakalanya soalan mereka itu menyampah dan tidak logik. Contohnya, bila si buta ini pandai main talifon dan komputer, mereka seakan tidak mempercayainya dan melhat dengan mata yang terbeliak seolah-olah perkara itu asing pada mereka. Jika terdengar oleh mereka bunyi talifon atau komputer bersuara, mereka bukan saja melihat, malah mereka akan mendengar dengan seteliti-teliti pendengaran. Kalau boleh, nak saja telinga itu dibuka lubangnya luas-luas. Ini suatu kebanggaan bagi insan buta. Tak perlu malu menunjukkan pada masyarakat. mereka peduli apa?

Kalau mereka nampak orang buta pandai berdikari, macam-macam tanggapan diorang. Bagi mereka, insan oku ini hanya mengharap bantuan insan celik seperti mereka menggosok baju, memasak, berpakaian lebih sempurna, mengurus anak dan suami atau isteri, mencukur janggut bagi lelaki, memotong kuku, menghias diri, mandi dan sewaktu dengannya tanpa bantuan mereka. Hai insan normel, tau kah kamu bahawa insan seperti ini dikurniakan akal fikiran oleh tuhan yang maha pengasih? kenapa kamu normel tapi fikiran tidak logik. Biarpun ada insan oku yang tidak pandai berdikari, namun tidak semua. golongan normel seperti kamu pun, ada yang tak pandai berdikari dan tidak berakal walau pun kamu normel tapi kenapa kamu tidak mengambil kisah? Bukan setakat itu, kamu tanya pulak dan anggap macam-macam. Tanpa bantuan, orang oku takkan tahu mengurus diri dengan baik sedangkan kecacatan itu tidak membabitkan akal dan tidak sama sekali menghalang oku berdikari.

5. Jika mereka tahu insan buta berkahwin, persoalan terlintas ialah, pandai ke orang buta ini mengurus rumah tangga? terpikul ke tanggungjawab sebagai suami atau isteri? akan bahagiakah nanti rumah tangga mereka? macammana boleh insan oku mendapat anak dan mengurus anak, satu persoalan yang bodoh dan tak logik seolah-olah insan oku makhluk asing yang tiada bernafsu syahwat seperti mereka apatah lagi jika suami isteri sama-sama buta. Sedih bukan? tapi itulah hakikat insan yang bergelar buta.

6. Jika seseorang itu baru saja menjadi insan oku, mereka akan hilang banyak kawan. Semasa normel dulu, kawan keliling pinggang tapi bila dah jadi oku, kawan yang keliling pinggang sampai sukar nak bahagikan masa tu entah kemana perginya. Wallahhuwaklam.

7. Penerimaan keluarga. Keluarga tidak semua dapat menerima insan oku. Berapa banyak kawan-kawan oku yang dibuang keluarga dek kecacatan yang dialami. Jika keluarga menerima, syukur banyak-banyak dipanjatkan dan kalau keluarga tak dapat terima? Ada jugak keluarga sampai hati, menyerahkan tanggungjawab memelihara anak oku pada pembantu rumah seratus peratus, pada nenek, sampai anak itu tidak biasa dengan mak ayah kandungnya dan paling parah, mereka sanggup serah pada keluarga angkat menyebabkan anak itu hilang kasih sayang keluarga sebenar.

8. Insan bernama oku diambil kesempatan jika mempunyai wang yang sepatutnya untuk kegunaan peribadi mereka seperti membeli keperluan diri, membeli barang-barang disukai, bersuka-suka dan sebagainya. Insan-insan normel yang tidak berhati perut ini menggunakan wang itu untuk perbagai kegunaan seperti membayar bil-bil, membeli peralatan dapur, membeli peralatan rumah yang mewah-mewah, membayar ansuran kereta dan hutang dan sewaktu dengannya. Mereka sama ada keluarga atau orang lain tidak memperdulikan perasaan orang oku dan lupa hukum tuhan menanti mereka kerna mereka membelanjakan wang oku tanpa kerelaan. Wang itu haram tapi mereka buta mata hati menilai. Mereka sudah kabur melihat wang. Apakah insan oku ini tak layak memegang duit, bersenang-senang, membelanjakan duit untuk kegunaan mereka? Paling penting, oku sepatutnya menyimpan sedikit wang untuk kegunaan masa hadapan namun insan-insan yang rakus dek harta sanggup memeras duit oku tanpa memikirkan masa tua insan itu.

Bila satu sen pun tak ada dalam simpanan, suatu masa nanti, oku nak makan apa? makan batu ke? nak belanja bagai mana? mengemis ke? tergamak kah kamu wahai keluarga dan insan-insan normel yang sebenarnya cacat perangai dan lebih hina dari insan oku fizikel? Nak ke sesebuah negara itu banyak pengemis yang terpaksa menjawat pekerjaan itu semata-mata untuk sara hidup dan cari makan?

9. Barang bekas diberi, barang baru mereka tak layak pakai. Ini juga salah satu sinario yang berlaku. Kenapa demikian? Berikut adalah contoh-contohnya. Jika baju itu sudah buruk dan lusuh, barulah diberikan pada oku untuk dipakai, bila talifon bimbit yang sudah rosak dan menunggu masa untuk goal akan diberi pada insan malang ini sementara si pemberi membeli talifon baru, tudung bekas, pakaian dalam bekas, beg tangan bekas, minyak wangi yang dah expired, alat mandian yang dah digunakan, kasut bekas dan sebagainya. Nak dibuang sayang, jadi, insan okuLah terpaksa menerima pemberian itu. Bagi insan normel ini, insan oku tak layak bergaya, tak layak pakai barang baru sebaliknya hanya layak pakai barang bekas dan buruk sebagaimana buruk dan cacatnya fizikel mereka.

Ya Allah, kesiannya makhluk mu yang cacat ini. Kami tercela ya Allah, namun kami terpaksa bersabar kerna percaya, kau ada kuasa, kau uji insan oku dengan penindasan-penindasan dari sesetengah insan normel tapi kejam dan zalim.

Itulah antaranya dari sekian banyak perkara dan tanggapan yang terpaksa dihadapi oleh insan oku. ini adalah sebahagian saja. Mereka (insan celik) tidak menyedari bahawa mereka juga ada peluang menjadi insan oku baik kecacatan kekal mahupun sementara, buta, lumpuh, hilang akal dan kecacatan-kecacatan lain. Setelah ini terjadi, barulah mereka sedar dan boleh memahami dan terasa bila ada yang memandang dan berfikiran negetiv sedang mereka dulu asalnya berpendapat sama (satu kepala). Tinggi langit dan rendahnya bumi ini serta kekuasaan tuhan tiada siapa tahu. Mungkin dulu, mereka pernah membuli dan menindas insan oku tapi sekarang, terjadi pulak pada mereka. Kesian. Ini salah satu balasan tuhan atau ujian yang diturunkannya pada kita sebagai makhluknya yang kerdil.

Ingatlah, bahawa kita tidak selamanya akan senang, kita tidak selamanya akan sempurna, orang cacat tidak semua tak pandai bela diri dan memberontak demi mendapat keadilan, tak semua oku tak pandai berdikari dan berkeluarga sendiri, tak semua orang oku bodoh dan mudah diperbodoh, tak selamanya oku akan menjadi oku kerana tuhan berkuasa. Jika tuhan nak menjadikan dia bukan oku lagi, tuhan boleh buat tak mustahil, dan tak mustahil kamu (insan normel) akan menjadi insan oku. Jangan sekali ego, angkuh dan sombong. Jika tuhan berfirman "jadilah engkau", pasti akan menjadi jua. Yakinlah dengan kekuasaannya.

 

Pada insan oku, jangan takut membela diri, jangan biarkan kita dibuli, jangan biar kita bodoh, bersemangatlah untuk hidup kerana semua ini ada hikmah tersendiri yang tersembunyi.

Sekian.

The Star Online PJ folk question the need for another upgrade

 

PJ folk question the need for another upgrade

THE Section 5 Petaling Jaya Residents Association is questioning the rationale behind spending a substantial amount of ratepayers money to upgrade the pedestrian pavement along Jalan Gasing since the current one had only been in use for seven months.

They said the pavement built with interlocking bricks was in excellent condition and had already been resurfaced in December last year.

"We do not know why the bricks need to be replaced and we are informed that the project cost RM1.2mil," association president Johan Tung Abdullah said.

Ripped apart: The old paving slabs have been pulled up to make way for tactile blocks.

Barely seven months later, part of the new pavement was cut out and tactile blocks were inserted to make the pavements more disabled friendly. This, the residents discovered, cost about RM200,000.

"We are very unhappy with what's happening now. Why did they replace the interlocking bricks in the first place and why did they only make it disabled friendly seven months later? Why the poor planning?" Johan asked.

He said while creating disabled- friendly features was commendable, the council should also survey the area to see if there was a demand.

"We are of the opinion that the previous administration and its councillors had spent ratepayers' money in a rushed and irresponsible manner as evidenced by the Petaling Jaya Municipal Council (MBPJ) having to spend additional money to rip apart the seven-month-old pavement to install disabled-friendly features," he said.

The association also questioned the need to replace the road name plaques in the neighbourhood as the old ones were still in good condition.

"Ratepayers in 2006 protested against a 10% increase in assessment and this is a good example why the protest was valid as the council seems to lack good financial governance and accountability in its expenditure," Johan said.

He said the residents demanded for a reduction in assessments for landed property owners since serviced apartment owners had enjoyed a 2% drop in assessment rates this year.

"Our assessment rates were raised from 8% to 8.8% in 2006 but property owners in premium areas such as Bangsar and Bukit Damansara pay only 6% to 7%," he said.

All-Petaling Jaya Residents Associations Coalition (APAC) chairman Liew Wei Beng did not welcome the upgrading of the pavement, either.

"Has the council done any survey to see how many blind people would use the facility to justify the high amount of money spent? The councillor involved in the decision should explain the move," he said.

"If it is only for the use of one or two blind persons, then it is certainly not justifiable as there are a lot more old drains, roads and infrastructure in Petaling Jaya in need of an upgrade," he added.

Petaling Jaya mayor Datuk Mohamad Roslan Sakiman said he was not aware of the upgrading of Jalan Gasing's pedestrian pavement and would demand a report from the council's engineering department.

"The move was made without consulting me and I would not have agreed to it.

"Anyway, I take the complaint positively and will table it to the board of councillors," he said.

On the replacement of road name plaques, he said the move was necessary to enhance Petaling Jaya's image as a city.

"The city cannot remain unchanged for decades. In fact, we need to replace the street lamp posts to spruce up the city's image.

"Can you imagine coming back to Petaling Jaya 10 years later and discover that nothing has changed? That should not be the way," he said.



ILTC CHARITY BAZAAR - FOOD, FUNFAIR & CHARITY SHOW

ILTC CHARITY BAZAAR - FOOD, FUNFAIR & CHARITY SHOW.



“PLEASE HELP US TO HELP THE NEEDY”
Majlis Perbandaran Selayang (MPS) in collaboration with Independent Living & Training Centre (ILTC) are Jointly Organizing “ Charity Carnival Bazaar Food & Funfair 2009” and a Charity Show on Saturday, 4th July 2009 between 10.00am to 11.50pm at Sekolah Kebangsaan Rawang, Jalan Kuala Garing, 48000 Rawang, Selangor Darul Ehsan
ILTC CHARITY BAZAAR – FOOD & FUN FAIR 2009
(Together With A blood Donation Campaign and FREE health screening to the public)
With reference to the above-mentioned event,
I / my company would be willing to help the disabled with the following donation / sponsorship/ Coupons for the food & fun fair are RM10 per booklet
口 RM 5,000 口 RM 3,000 口 RM 2,000
口 RM 1,000 口 RM 500 口 RM ______________
Cheque No: _______________________________
Please send us your crossed cheque made payable to
“INDEPENDENT LIVING & TRAINING CENTRE”
Or Bank in your donation to our Bank Account at Affin Bank, Rawang Branch
Account Number 10-043-001007-8
Please Fax your bank in slip & address to 03-6091 2531, we will send you the tax-exemption receipt.
· I / my company wish to sponsor the following for Charity Sales
Items: _______________________Quantity: _________________ boxes / cartons / pieces
Name/Company:_____________________
Address:___________________________

Person Contact: ______________
Tel: _______________________
Email: _____________________


Sumber : ILTC

Kuala Lumpur 2009 siri 2

ya, kita sambung cerita bahagian kedua.

 

Jumaat, 29 Jun.

Aku bangun jam 6:30 pagi.  Begitu juga dengan Ah Hong.  Suasana terasa amat sejuk sekali kerana bila nak tidur malam semalam, aku terlupa memakai jacket.  Maklumlah, dah penat sangat malam tu.

 

Pada petang semalam, semasa hendak pergi makan setelah meletakkan beg di bilik hotel, Ah Hong pun mencarilah ubat-ubat untuk dibawa dan dimakan bersama semasa makan nasi.  Itu memang perlu.

 

“Alamak, aku terlupa bawa ubat darah tinggi akulah.”  Ah Hong berkata.  “Wah, sudah tertinggal di rumahkah?”  Aku bertanya.  “Bukan, aku letakkan di atas meja makan pagi tadi masa makan roti canai.”  “Aku letak sebab aku mengeluarkan kertas tisu untuk lap mulut.”  “Lepas tu, terus terlupa nak masukkan balik dalam beg.”  Cerita Ah Hong dengan panjang lebar.

 

“Wah jadi macammana?”  “Kacau jugaklah ni.”  Aku berkata.  “Tak apalah nanti bila aku balik, aku cuba pergi tanya kat kedai itulah.”  “Kalau mereka simpan, aku ambik baliklah.”  “Tapi kalau mereka dah buang, aku kenalah pergi mengambilnya di klinik kesihatan kat Bayan Lepas.”  Beritahu Ah Hong.

 

Tetapi, nasib Ah Hong agak baik.  Pemilik kedai itu telah menyerahkan ubat darah tinggi itu kepada adiknya.  Jadi, tak payahlah dia bersusah-payah pergi mengambilnya di klinik lagi.  Pemilik gerai roti canai tu mengenali keluarga Ah Hong.

 

Ok, kembali semula ke cerita hari Jumaat.  Selepas bangun, kami berehatlah sebentar.  Aku mendengar berita jam 7:00 pagi di tv3.  Ah Hong pula, seperti biasalah membuka radio transistornya untuk mendengar berita di Trax FM.  Aha, seorang tv dan seorang radio.  Kira ok lah tu.  Aku telah menutup radio aku.  Maklumlah, dah berbunyi dari malam hingga ke pagi.

 

Selepas mendengar berita dan mendengar rancangan media di 1 di tv1, aku pun pergi mandi.  Selepas mandi, aku bersiap-siaplah kerana jam 9:00 pagi, kami akan turun pergi bersarapan di kedai yang berhampiran dengan Hotel Lido.  Jam 8:00 pagi, dengar kartun pulak kat tv2.  Ah Hong pula pergi gosok gigi.  Selepas dengar kartun kat tv2, berehat-rehatlah sebentar.  Aku baring-baring di katil.

 

Jam 9:00 pagi telah tiba.  Kami berdua pun turunlah untuk pergi bersarapan pagi.  Kami menyerahkan kunci kepada petugas kaunter.  Kami nak pergi makan Yong Tau Fu.  maka, kami pun, berjalanlah terkedek-kedek ke kedai makan yang berhampiran dengan Hotel Lido.

 

Lima minit kemudian, kami pun tiba di kedai itu.  Kami memesan Yong Tau Fu.  Kami pesan RM 10.00 semangkuk.  Seorang, makan sepuluh ringgit semangkuk, jadi dua orang, RM20.00 lah.  Aku memesan Nescafe 0 iaitu minuman wajib pada setiap pagi buat aku.  Sementara AH hong pesan milo kalau tak salah aku.

 

“Aku terima pesanan suara dari jasmin Khoo.”  “Dia kata, nak jumpa aku.”  Cerita Ah Hong.  “Jadi, bila nak pergi jumpa dia?”  Aku bertanya.  “Tengoklah nanti kalau ada, aku jumpalah.”  Balas Ah Hong.

 

Setelah selesai makan, jam telah menunjukkan pukul 9:55 pagi.  “Tak apalah, jam 10:00 pagi, kita mula berjalan ke SBM.”  Ah Hong mencadangkan.”  Aku ikut sajalah.  Sebab, itu adalah masa yang terbaik.

 

Jam 10:00 pagi, kami mulakan perjalanan ke SBM.  matahari sudah terik memancar dari ufuk timur.  Panas sekali.  kami berjalanlah ke SBM pusat.  Kami jalan lambat-lambat sajalah.  Buat apa nak laju-laju, bukan boleh lari pun itu SBM.

 

10 minit kemudian, kami pun sampailah di bangunan SBM pusat.  Kami memanjat tangga.  Pintu dibuka.  “hello, ada siapa?”  Tegur Ah Hong.

 

“hello, Ah Hong.”  Jawab satu suara.  “Ya, George Wong.”  “Apa kamu buat.”  Balas Ah Hong.  Oh, baru aku tau, lelaki yang bersuara itu ialah George Wong.  Ah Hong dan George Wong berbual dengan rancak sekali.

 

Pelbagai topik yang diperbualkan.  Ini terutamanya tentang mesyuarat PLSNPP.  “Bila mesyuarat PLSNPP akan diadakan Ah Hong?”  George bertanya dalam bahasa inggeris.  “Oh, pada Ahad ini.”  Ah Hong menjawab.  “Awak tak pergi?”  Ah Hong bertanya.

 

“Ala, saya tak mau pergilah.”  “Kadang-kadang saya terfikir, apalah yang X-nicolites tu buat untuk kita?”  “Kita, bayar yuran tiap tahun.”  “Tapi tengok, tak ada apa-apa aktiviti atau sumbangan pun yang dibuat untuk kita para ahli.”  “Useless lah.”  George Wong berleter.

 

Chok Siew Lee masih belum balik ke SBM lagi.  Menurut George Wong, dia keluar sebentar tadi.  George Wong dan Ah Hong masih lagi rancak berbual.  Pelbagai topik yang diperbualkan.

 

“Eh kamu pernah ke St.  Nicholas lagikah?”  Aku bertanya dalam bahasa inggeris.  “Sudah sepuluh tahun dah saya tak ke sana.”  George Wong menjawab rengkas.

 

Tidak lama kemudian, Chok Siew Lee pun masuk ke bilik SBM.  “Eh pagi tadi, saya ada terima mesej dari Jasmin.”  “Dia kata, dia nak jumpa saya.”  Beritahu Ah Hong pada Chok Siew Lee dalam bahasa inggeris.  “Dia adakah hari ini?”  Ah Hong bertanya.  “Oh, dia belum masuk lagi.”  Beritahu Chok Siew Lee.

 

Tidak lama kemudian, Jasmin Khoo pun masuk.  “Eh, boleh saya jumpa dia hari inikah?”  Ah Hong bertanya.  “Nantilah saya tanya dia.”  Beritahu Chok Siew Lee.

 

Ah Hong telah dibenarkan berjumpa dengan Jasmin Khoo.  Maka dia pun masuklah ke dalam bilik Jasmin.  Jadi, duduklah aku di atas kerusi yang berhampiran dengan saudara George Wong.  George sedang sibuk melipat sampul surat.

 

Sementara itu, Chok Siew Lee sedang sibuk perbaiki kaki kerusi.  Tak taulah apa kena dengan kaki kerusi itu.  “Eh, kenapa dia sangkut di sini?”  “Kenapa dia tak boleh masuk ke tempat dia ha?”  Chok Siew Lee pun hairan.  “Actualy what happen?”  Chok Siew Lee bertanya.

 

Tiba-tiba telefon tangan aku berdering.  “Ha, apa mau?”  Aku menjawab.  “Khai Eong, check lah komputer akak.”  Berkata kak Rosnah dari hujung talian.  “macammana nak check kak?”  “Siapa nak bawak saya pi rumah akak?”  Aku bertanya.  “nantilah akak tanya abang Sharif, tengok boleh tak dia datang bawak.”  kak Rosnah berkata.

 

“Tak taulah kenapa, e-mel tu asyik hilang saja.”  Rungut kak Rosnah.  “ha, tak apalah akak tanya abang Sharif tengok, boleh tak dia datang bawak.”  “Tapi kena esoklah.”  Beritahu aku.  “Ha, yalah esoklah.”  Kak Rosnah berkata.  kemudian, talian pun diputuskan.

 

Sementara itu, Chok Siew Lee pula, masih sibuk memperbaiki kaki kerusi.  Tak tau apa yang serba tak kena dengan kaki kerusi itu.  Dan sementara itu, pertemuan Ah Hong dengan Jasmin Khoo masih lagi belum selesai.

 

Seketika kemudian, Alex Lee pun keluar dan menuju ke arah George Wong.  “Can you buy the fruit for me?”  “If i not here, you keep the fruits in refrigerator.”  Alex Lee berpesan lalu pergi ke biliknya.

 

Aku pun terus pergi ke bilik Alex Lee.  “Wah Alex, bilik ni sejuklah.”  Beritahuku.  “Ha, apa cerita Alex?”  Aku memulakan persoalan.

 

“Ini TM, banyak celaka.”  “Dia tak bagi aku courtless lagi.”  Rungut Alex Lee.  “Biasalah tu Alex, TM tu.”  “mereka lambat sikit.”  Aku berkata.  “Celaka betullah TM tu.”  Rungut Alex Lee lagi.  “Aku dah ambik lama dah pakej RM 10 tu tapi sampai sekarang, aku belum dapat courtless lagi.”  Alex menyambung.  “Jadi, awak kena tunggulah Alex, dia bubuh awak di waiting list tu.”  Beritahuku.  “Celakalah TM tu.”  Alex merungut lagi.  kemudian, aku pun keluarlah dari bilik Alex Lee.  Perjumpaan Ah Hong dan Jasmin Khoo masih belum selesai lagi.  Chok Siew Lee pula, masih sibuk perbaiki kaki kerusi.

 

Aku pun terus duduk semula di kerusi yang aku duduk sebentar tadi sambil menunggu perjumpaan Ah Hong dan Jasmin Khoo itu selesai.  George Wong dan seorang lagi perempuan tua yang entah apa namanya aku sendiri pun tak tau, sedang sibuk buat kerja.

 

Telefonku berdering lagi.  “ha, apa mau?”  Aku bertanya.  “Ha, abang Sharif kata, boleh.”  Beritahu kak Rosnah Ahmad dari hujung talian.  “Tapi, besoklah kak.”  Beritahuku.  “Yalah, besoklah takkan hari ni.”  Beritahu kak Rosnah.

 

“jadi, pukul berapa abang Sharif nak mai kak?”  Aku bertanya.  “Ah kak, jam 9:00 pagilah.”  Aku mencadangkan.  “Ha, nanti akak tanya abang Sharif sekejap.”  Beritahu kak Rosnah lalu memutuskan talian.

 

Aku menyimpan telefon bimbitku.  Aku duduk berehat-rehat di kerusi sambil menikmati udara nyaman dari penghawa dingin.  Sms berbunyi.  Rupanya, si Barnabas yang lebih dikenali dengan Fish Burger menghantar sms.  Dia beritahu, dia sedang tolong si Azman Rejab.

 

Tidak lama kemudian, telefon berdering lagi.  Aku menyambut.  “Abang Sharif kata, jam 9:00 pagi.”  Beritahu kak Rosnah di hujung talian.  “ha cantik kak.”  Aku menyambung.  “kak, akak nak bagi saya makan apa kak?”  Aku bertanya.  Bab makan, wajib tanya.  Jangan malu.

 

“ha kak, saya nak cucok udang.”  Aku terus mencadangkan.  “ha cucok udang?”  “Ha, bolehlah tu.”  Kak Rosnah setuju.  “Saya nak banyak kak, sikit-sikit, saya tak mau o.”  Beritahuku.  “Ha yalah.”  Kak Rosnah menjawab pendek.  kemudian, talian perbualan pun ditamatkan.

 

Tidak lama kemudian, perjumpaan Ah Hong dan Jasmin Khoo pun selesai.  Ah Hong keluar dari bilik Jasmin Khoo lalu berjalan ke tempat George Wong.  Kini, sudah pun waktu tengahari.  Cuaca amat panas sekali.

 

“Eh Khai Eong, 6TH Jun ni, kita pergi SB sekejaplah.”  “Nak buat laporan akaun.”  Beritahu Ah Hong.  “Ha, boleh boleh boleh.”  Aku bersetuju.  “Eh Siew Lee, bolehkah saya nak pegang satu rim kertas braille tu?”  “Saya nak tengok, berat tak.”  Pinta Ah Hong.  “Ok tunggu.”  Beritahu Chok Siew Lee.

 

Beliau pergi mengambil satu rim kertas braile.  “Nah ini.”  Beritahu Chok Siew Lee.  Ah Hong menimbang-nimbang kertas braille itu.  “Wah!”  “Berat jugalah.”  Beritahu Ah Hong.  “Tak apa, kita bawa balik hotel bergilir-gilir angkat.”  Cadang Ah Hong.  “ha, eloklah tu.”  Aku bersetuju.  “Jadi, pukul berapa kita nak beredar?”  Aku bertanya.  “Jam 12:00, kita mula keluar.”  Beritahu Ah Hong.  Ah Hong pun terus berbual dengan George Wong.

 

Jam 12:00 tengahari, kami pun berangkat keluar dari bangunan SBM.  Aku memegang kertas braille itu.  Wah, kertas braille satu rim itu agak ringan juga bila mula-mula diangkat.  Kami berjalan perlahan-lahan untuk menuju ke bilik hotel.  Sampai di suatu persimpangan, giliran Ah Hong pula mengangkat kertas braille itu.  Jadi, bergilir-gilirlah kami mengangkat kertas braille itu sampailah ke bilik hotel.

 

Sampailah kami di bilik hotel itu.  Kami terus mendapatkan kunci dan naik semula ke bilik.  Apabila sampai di bilik, kami terus meletakkan kertas braille itu di atas katil.  Penghawa dingin dihidupkan.  kami duduk berehat-rehat sebentar.  Ah Hong membuka radio transistornya.  Kami bercadang untuk turun makan tengahari pada jam 1:00 tengahari.

 

Jam 1:00 tengahari, kami pun turun pergi makan tengahari.  Kami pergi ke Kedai yang berdekatan dengan Lido Hotel iaitu kedai Happy.  Di situ, kami makan nasi campur.  Aku makan sepinggan besar nasi campur jugak.

 

Selepas makan, Ah Hong bercadang nak makan buah.  Jadi, kami pun pergilah mencari gerai buah-buahan.  Ah Hong telah bertanya kepada petugas di kedai Happy di manakah gerai buah-buahan yang paling dekat.  Petugas itu memberitahu bahawa gerai yang terdekat ialah terletak bersebelahan dengan Mexico Hotel.  jadi kami pun pergilah mencari.

 

Akhirnya, kami pun berjumpa dengan gerai menjual buah-buahan itu.  “Ok, di sini, ada jual buah apa?”  Ah Hong bertanya dalam bahasa cantonese.  “Di sini ada jual buah mangga dan tembikai sahaja.”  Jawab petugas di gerai itu.  “Berapa harga?”  Ah Hong bertanya.  “Satu bungkus, seringgit.”  Jawab petugas gerai itu.  “Ok, awak bagi tiga bungkus buah mangga.”  Beritahu Ah Hong.  “Ya baik, tunggu ya?”  Berkata petugas di gerai itu.

 

Petugas di gerai itu sibuk memotong buah mangga yang dipesan.  Dua bungkus sudah pun siap.  Kini, hanya tinggal sebungkus lagi.  Kami terus setia menunggu.

 

“Wah, kenapa lambat sangat ni?”  Ah Hong merungut.  “Itulah.”  Aku menyokong.  memang lambat.  Apa yang mereka buat, kami pun tak tau.  “Hello, sudah siapkah?”  “Kenapa lambat?”  Ah Hong bertanya.  “Ok sudah siap.”  Jawab petugas gerai itu pendek.

 

Semua sudah sedia.  Tiga bungkus buah mangga sudah berada di tangan.  Rasanya sejuk.  Ni sah, baru keluar dari peti ais.  Setelah harga dibayar, kami pun pulang semula ke hotel.  Kami nak makan di bilik dan selepas itu, pergi pula melepak di kedai urut Relax.

 

Sesampainya di bilik hotel, kami makanlah mangga itu.  Alamak, buah mangga ni nampak macam dan nak rosak.  Dahlah lembik, tak manis.  Orang utara kata, Tawaq hebiaq.  Tapi kena makan jugalah sebab dah beli.

 

Setelah selesai makan, kami pun bersiaplah untuk pergi ke kedai urut Relax.  Yalah nak pergi melepak di sana.  Kami turun dari bilik hotel.  Kunci diserahkan.  Kami pun berjalan kaki menuju ke kedai urut Relax.  Cuaca agak mendung disebabkan jerubu.

 

Kami telah sampai di kedai urut tersebut.  Kami masuk.  “hello,” Ah Hong menegur.  “Wah Ah Hong.”  Samuel Khor menjawab.  “Eh Bok Kiat mana?”  Ah Hong bertanya.  “Dia pergi makan.”  Jawab Samuel Khor.

 

kami mencari kerusi kusyen lalu duduk.  “Kau orang hari ni tak ke manakah?”  Samuel Khor bertanya lagi.  “Baru balik dari SB dan pergi makan tengahari.”  Aku menjawab.  “Kau dah makan?”  Ah Hong bertanya Samuel Khor.  “Sudah, tadi dah makan.”  jawab Samuel Khor.

 

Kedai urut itu hanya ada Samuel Khor dan sorang lagi perempuan.  Tak taulah siapa tu.  Sebabnya, aku bukannya kenal sangat pun orang kat sana.

 

“Eh Ah Hong, kamu orang keturunan haka kan?”  Perempuan itu bertanya pada Ah Hong.  “Ya betullah, saya orang haka.”  Ah Hong mengiakan.  “Kamu orang apa ya?”  perempuan itu bertanya aku.  Dia tak kenal aku.  “Saya ni, orang hokkien.”  Jawabku rengkas.

 

“Eh Ah Hong, kau kenalkah siapa dia tu?”  Samuel Khor bertanya.  “Ha, kalau tak salah aku, itu Siew Im kan?”  Ah Hong menjawab.  “Ya betul sayalah.”  Siew Im mengiakan.

 

“Eh yang sorang lagi tu siapa Ah Hong?”  Siew Im bertanya Ah Hong.  “Oh itu Khai Eong.”  “Nama penuh dia, Tai Khai Eong.”  “Tapi kadang-kadang, orang tak reti nak pronounce, dia akan jadi Taik Khai Eong.”  Ah Hong bercerita panjang lebar.  “Ok lah, saya nak balik dulu.”  “Nak pergi cuci dan jemur baju.”  Beritahu Siew Im.  Maka dia pun beredar.

 

Seorang lagi pemuda masuk.  “Hello,” dia menegur.  Alamak, suaranya tu, sengaulah.  “Ha, Ah Hong, ini nama dia Choo Kiat.”  Samuel Khor memberitahu.  “Choo Kiat, ini kawan baru, Paul Keong.”  Samuel Khor memperkenalkan.  Tapi aku tak faham sangat butir percakapannya sebab sengaunya teruk juga.

 

Tidak lama kemudian, Bok Kiat pun masuk.  “Wah, dah lamakah datang?”  Bok Kiat bertanya.  “Baru setengah jam lalu.”  Ah Hong menjawab.  “Wah, sekarang sudah jadi bendahari, duit banyak o.”  Bok Kiat berkata.  “Mana ada?”  “Itu bukan duit saya o.”  “Itu duit rakyat.”  Beritahu Ah Hong.  “Wah, bolehlah belanja.”  Bok Kiat berseloroh.

 

Tidak lama kemudian, seorang lagi tetamu datang.  Namanya Teck Koon.  Teck Koon ni, aku pernah jumpa dia di satu aktiviti anjuran SBM Pulau Pinang di Kuala Lumpur.  Tapi, aku dah lupa bila aku jumpa.

 

“Wah, bendahari, duit berjuta-juta o.”  Teck Koon pula berkata.  “Eh, boleh pinjamkah?”  Teck Koon bertanya.  “Ha, kalau duit saya, bolehlah pinjam.”  Ah Hong beritahu.  “Tak apalah boleh kot.”  Teck Koon berkata.

 

Tidak lama kemudian, datang seorang perempuan india.  “Eh Sam, dia jadi tukang urut di sinikah?”  Ah Hong bertanya.  “Ala, dia tak tetap, sambilan sahaja.”  Samuel Khor menerangkan.  “Oh jadi, dia akan lari sana-sinilah?”  Ah Hong bertanya.  “Ha yalah.”  Samuel Khor menjawab.

 

Kemudian, datang lagi seorang pemuda.  “ha Ah Hong, yang ini, dia orang Haka.”  “Dia boleh cakap haka.”  “Awak cakaplah haka dengan dia Ah Hong.”  Terang Samuel Khor panjang lebar.  “Awak panggil saja nama dia Ah Pau.”  Sambung Samuel Khor.

 

Lalu kemudian, Ah Hong pun bercakap dengan Ah Pau dalam bahasa haka.  Aku tak taulah segala butiran percakapan sebab aku tak faham sepatah haram pun bahasa haka tu.  Jadi, tak dapatlah nak dituliskan di sini butir-butir percakapan antara Ah Hong dan juga Ah Pau.

 

“Wah, dia ni mencarut pulak.”  Beritahu Ah Hong.  Kalau aku tau butir percakapan, wah, dah sah hangat.  Dapatlah dituliskan di sini.

 

Masa begitu cepat berlalu.  Kini, sudah jam 3:30 petang.  Bok Kiat sedang asyik mendengar drama hokkien di saluran ntv7.  Menurutnya, dia selalu mendengar drama tersebut.

 

Jam 4:00 petang, kami sudah hendak bertolak pulang ke hotel.  Secara kebetulan, aku berasa nak terberak.  “Eh, di sini, tak boleh berakkah?”  Teck Koon bertanya.  “Tak apalah, lagi pun kami nak pergi beli kuih.”  Beritahu Ah Hong.  “Ha, aku nak, sepuluh biji pisang goreng.”  Beritahuku.  Kami pun berangkat pulang.

 

Semasa hendak keluar dari pintu kedai, tiba-tiba, telefon Ah Hong berdering.  Ah Hong menyambut panggilan itu.  “Alamak, dia tanya aku, nak makan mi atau tak, aku jawab, tak maulah.”  Beritahu Ah Hong.

 

Sesampainya di bilik, aku terus pergi berak.  Sementara Ah Hong pula, pergi membeli kuih.

 

Setengah jam kemudian, dia kembali.  “Nasib awak malanglah.”  “Hari ni, goreng pisang tak adalah.”  Beritahu Ah Hong.  Aha, apa nak buatlah kan?  Tak apalah, bukan rezekilah tu.  Jadi, taklah makan.  Kami pun berehat di bilik sambil Ah Hong mendengar radio transistornya.

 

Jam 6:00 petang, aku pun pergi mandi.  Sebentar nanti aku akan ke rumah Yusuf.  jadi, kenalah mandi awal.  Dan selepas aku mandi, Ah Hong pula yang pergi mandi.

 

Setelah mandi, kami berehat dan bersiap untuk program masing-masing.  Dan pada jam 7:00 malam, aku dan Ah Hong pun turun ke bawah.  Kunci bilik telah diserahkan.  Ah Hong telah pergi makan dengan Moktar Soon.  Yusuf masih lagi belum tiba.  Aku menunggu dia di lobi hotel New Winner.

 

Tidak lama kemudian, Yusuf pun sampai.  “ha, cikgu.”  Sapa lelaki yang bertugas di kaunter.  “ha, mana itu orang?”  Yusuf bertanya.  Aku nak keluar sudah kini.

 

Kami meninggalkan hotel.  Kami berjalan ke rumah Yusuf.  Cuaca petang itu agak nyaman dengan angin yang bertiup sepoi-sepoi bahasa.

 

“Wah, tadi aku dengar kat bilik, ada india bergaduh o.”  Aku memberitahu Yusuf.  “Ha, pasai apa ha?”  Yusuf bertanya penuh minat.  “pasai mungkin kereta kena langgarlah sebab ada dok bising pasai siapa nak bayar ganti rugi.”

 

Kini, dah pun sampai.  Yusuf membuka pintu pagar rumahnya.  kami pun masuklah.  Kelihatan Ayana sedang sibuk di dapur.  Wah, Ayana sedang menggoreng nasi.  Wah, ini sudah bagus.  Aku memanglah suka dengan nasi goreng.

 

Aku terus pergi ke dapur dan duduk.  “ha, hang tengok, nasi goreng aku, mesti sedap punya.”  Beritahu Ayana.  Ayana Mencedokkan nasi goreng padaku semangkok besar.  Aku, makanlah tunggu apa lagi.  Dan yang paling best, ada ais kosong.

 

Sementara itu, Yusuf sedang mandi.  Aku tak pedulilah makan sajalah tak payah tunggu dia.  Selepas mandi, dia pun turut makan bersama.  Semasa makan, pelbagai cerita yang kami bualkan.  Antaranya, cerita Pua Ming Hui, cerita X-nicolites, kenangan St.  Nicholas dan yang paling panjang dan merupakan topik terakhir ialah kisah di suatu selekoh di Gurun Kedah yang dikatakan berhantu terutamanya di sebelah malam.

 

Kakak Ayana pun turun dari tingkat atas.  “Ha, kak, saya nak kopi.”  Aku berkata.  “Awat hang tak beli mai kopi, biak aku bancuh.”  Kakak Ayana berkata.  Tapi hari tu, memang ada dia buat seteko kopi.  Tapi aku tak minumlah sebab dah ada ais kosong.  Jadi, kira dah cukuplah.

 

Setelah selesai makan dan sembang, kami pun pergilah duduk di ruang tamu di mana tv telah dibuka.  Entah apalah siaran tu aku pun tak pasti.  Duduk berehat sebentar.

 

“ha kak, jom hantar dia balik hotel kak.”  Yusuf berkata.  “Hmm, aku tak maulah, aku dah tukak baju dah.”  Beritahu kakak Ayana.  Kami duduk bersembang sebentar sebelum balik.

 

“Ha jom,” kakak Ayana tiba-tiba berubah angin.  “ha, jom kita balik naik kereta.”  Beritahu Yusuf.  Kami pun keluar.  Kami masuk dalam kereta.  Kakak Ayana ni, suka pasang lagu inggeris.

 

Apabila sampai, aku pun turun.  “Wey hang kena lintas jalan.”  Beritahu Yusuf.  “Tak apa, boleh.”  Aku beritahu.  Aku pun melintas jalan dan menuju ke Hotel New Winner.  Aku naik ke bilik.

 

Tidak berapa lama kemudian, Ah Hong pun pulang.  “Wah, tadi pergi makan di mana?”  Aku bertanya pada Ah Hong.  “Pergi makan dengan Moktar Soon di IRC.”  Beritahu Ah Hong.  “kali ni, makan agak murahlah.”  Beritahu Ah Hong.

 

Selepas itu, aku pergi menggosok gigi dan mengenakan baju jacket.  Dah nak tidur.  Ah Hong membunyikan transistor radionya.  Aku pula membuka siaran 1 FM.  Kemudian, aku terlena.

 

Bersambung.

Rabu, Jun 24, 2009

Kisah orang buta dari Brunei.

Sedikit kisah seorang oku buta dari Brunei Darussalam.  Semoga menja pedoman.

 

Dari:
gaDiskecil <gadiskecil_leezza@hotmail.com>

gadiskecil_leezza@hotmail.com

 

Date:
Tue, Jun 23, 2009 5:12 pm

Assalamualaikum Pada kawan yang dikasihi dalam group ini. Dikongsikan pengalaman yang diceritakan emak pada saya baru-baru ini.

Sepertimana yang diketahui, aku dan kakak merupakan anak oku penglihatan dalam keluarga kami. Aku dilahirkan mengalami buta sejak kecil manakala kakak, tiga bulan barulah dia mengalami kecacatan seperti aku.

Aku tak tau sejarah dan kisah yang berlaku setelah diorang mak bapak tau anak-anak mereka cacat. Kami, bukanlah dilahirkan kembar, setelah akak dilahirkan, barulah aku lahir. Namun semua ini tidak pernah dipinta dan diharapkan oleh setiap ibu yang mengandungkan anak.

Anak mereka yang sulung, tidaklah cacat seperti kami. Kelahiran pertama, mereka cukup bernasib baik kerana anak yang normel jua yang dianugerahkan oleh tuhan. Alhamdulillah!

Namun kekuasaan tuhan amatlah luas. Semua telah ditakdirkan sejak azali lagi. Bila ibu mengandung seterusnya melahirkan kakak, nasib tidak menyebelahi mereka. Mereka rupanya dianugerahkan anak cacat jua! Pada mulanya, mereka tidak tau akak cacat. Tapi entah, aku tak tau macammana mereka sedari kekurangan akak. Aku tak tanya emak pun.

Aku yakin, mestilah mereka dukacita, tapi mereka terima jua anugerah itu.

Dipendekkan cerita, tibalah masanya ibu mengandungkan anak ke tiga yakni aku sendiri. Sama sekali ibu tidak menyangka, anak yang bakal lahir akan mengalami nasib sama macam akak dia. Ibu siang malam berdoa, mudah-mudahan anak yang bakal lahir, tidak lagi cacat sepertimana akak.

Tiba saat aku dilahirkan, ya Allah, mereka diuji lagi. Mulalah kedengaran umpatan dari saudara-mara yang mempersoalkan takdir tuhan pada ibu dan bapak. Apalah sialnya keluarga ini sehingga mereka dikurnia anak cacat yang bagi penyoal tidak boleh mendatangkan hasil? Namun begitu, mereka tidak mendengar dan hirau akan semua tohmah dan aku dan akak cukup bersyukur, kedua orang tua menerima kami dan memberi kasih sayang cukup-cukup. Kami ditatang bagai minyak yang penuh biarpun anak mereka dua orang ini cacat.

sedikit Tentang sejarahku menyebabkan mereka tau aku cacat, baby, selalunya akan dibawa bermain dan ketawa. Namun diriku, lain macam. Di bawak senyum, aku tak bagi respond, dibawa ketawa macamtu jugak. Pokoknya, semua yang normel pada seorang baby yang dilakukan, aku tak respond. Satu lagi, bila dorang pakaikan lampin, aku buka walau sekuat mana pun lampin itu dipakaikan. Ajaib bukan?

Sedari kecil, kami dibawak jalan-jalan tidak kira sama ada ke pasar raya membeli belah, ke pejabat dan mana-mana tempat tanpa rasa malu dan aib, kami dipimpin kiri-kanan oleh ibu dan kadang mak dibantu bapa yang selalunya memimpin akak.

Dalam majlis yang membabitkan kami, majlis kebajikan untuk oku kat sini, majlis-majlis yang berkaitan dengan seminar oku dan apa saja majlis,mereka berdua selalu hadir dari kecil sampai sekarang. Mereka selalu ada di sisi kami terutamanya ibu. Mereka cukup memanjakan kami dan melayan kerenah kami.

Tidak dinafikan, dalam kehidupan seorang insan bernama si buta atau oku, mempunyai dugaan dan pengalaman yang pahit untuk ditelan. Namun apa nak buat, kita insan oku harus hadapi ujian itu dengan rasa tabah dan sabar. Antara dugaan yang paling getir, ketika kecil, kami sesuka hati diperlakukan oleh saudara-mara yang tiada perasaan belas. Kata-kata kesat, hmm dah masak dan biasa kami dengarkan. Namun masa kecil, tak tau apa-apa, manalah nak ambik hati sangat.

Pernah satu ketika, mungkin saudara tu menyampah dengan kami sanggup berkata seperti ini. Masatu entah apa yang kami buat tak ingatlah mungkin masih kecil kot. "kenapalah orangtuanya tak nak hantar dorang buta dua orang ni kat pusat kebajikan? pusat jagaan kebajikan kan ada, kenapa mesti dorang ni menyusahkan diri pelihara anak yang tiada dapat memberi keuntungan dan hasil? bodoh mereka berdua (mak bapa) mereka ni. habis duit saja pelihara dorang ni, bukan dapat hasil pun"

Namun memandangkan diri masih kecil, perkara itu taklah diambil kisah sangat. Dah besarni terasa pulak. Kalaulah mereka luah perkataan tu masa besar-besar macamni, entah tak taulah.

Ok tu pengalaman ku dan akak sendiri. itu sebagai permulaan.

Dipendekkan cerita, setelah lebih kurang 5 tahun emak tidak mengandung, tiba masa mak mengandung. Masa tu orang yang paling gembira adalah bapak. Namun disebalik kegembiraan itu, terasa jugak ketakutan mereka kalau-kalau anak keempat ini akan cacat lagi seperti anak mereka yang dua orang ni.

Emaklah yang paling terasa sebab dia kalau boleh minta jauhkan mendapat anak seperti ini lagi. Siang malam setiap solat dia berdoa pada tuhan, agar anak yang lahir ini sihat, sempurna dan normel serta cukup sifat. Tak cukup dengan itu, emak sembayang hajat pulak minta tuhan perkenankan permintaan dia. Ya tuhan, perkenankan permohonanya, jangan kau beri dugaan yang tak mampu dia pikul!

emak bercerita lagi. Setelah cukup sembilan bulan, emak pun tiba masa melahirkan. Di saat itu, hanya tuhan saja yang tau debaran hati mak dan bapa. Bapa menunggu dengan debaran di hatinya. walau pun dia kerja waktu itu, dia tetap berdebar hatinya.

Emak melahirkan anak perempuan yang comel. Bertambahlah lagi kerisauan bapa. Dia segera balik memberitau nenek. Hajatnya, untuk membawa nenek ke hospital melawat emak dan adik dan cucu baru. Nenek pun apa lagi, takut. Tak sabar lagi rasanya dia nak sampai ke hospital. Kereta dipandu bapa terasa amat perlahan meskipun kelajuan kereta lebih dari had dibenarkan. Nasib baik waktu itu tak ada poles buat buat roblock, kalau tidak, hmm, tak tau lah.

Sesampainya di hospital, neneklah yang paling tak sabar melihat cucunya. Dia berulangkali bertanya pada nurse itu seakan tak percaya mak lahir anak perempuan. Dia bertanya, "anak dia perempuan lagi ke nurse? macammana keadaan dia? normel ke? akak-akak dia dah dua orang cacat, dia macammana? cacat ke?"

Bertubi-tubi soalan ditanya pada nurse. Nurse menjawab, "alhamdulillah makcik, anak makcik melahirkan anak normel, tak ada cacat pun kami dah periksa."

"Cuba buka dan periksa matanya nurse, tolonglah pastikan. saya tak nak cucu saya cacat lagi!" Dia masih tak yakin dengan penerangan nurse.

"sudah makcik, kami dah bukak matanya dan periksa, semuanya ok, makcik jangan bimbang".

Alangkah gembiranya nenek setelah penerangan dibuat. Sebagai tanda syukur, nenek memberi semua wang dalam dompetnya pada jururawat itu sambil mengucap terimakasih.

Jururawat itu pada mulanya menolak, namun nenek beria-ia memberinya ikhlas. Jururawat itu menjawab. "jangan berterimakasih pada saya makcik, berterimakasih pada Allah kerna semuani takdirnya jua, cacat ke tidak ke anak tu, itu anugera Allah pada setiap ibubapa"

Setelah begitu panjang lebar ibu bercerita, hatiku berasa tersinggung, kenapa nenek macamtu? kenapa mak tak nak anak cacat? jadi kami lahir hanya untuk menyusahkanlah dioranglah? Aku cuba memahaminya dan menyembunyikan rasa kesalku.

Dalam pada itu aku bertanya, kalaulah adik aku cacat lagi macam kami, adakah mak akan terima. Dia jawab, dia boleh terima dengan jiwa dan tangan yang terbuka. Dia tak kan kisah pandangan masyarakat dan saudara-mara terhadapnya.

Aku buang jauh-jauh perasaan yang tersinggung tadi, namun dalam hatiku cukup bersyukur, adikku tidak cacat seperti kami. adik bongsu pun, alhamdulillah tidaklah cacat.

Bukan baru sekali ini aku cuba mencongkel cerita sebenar dari emak, tapi sudah banyak kali. Entahlah aku tak tau kenapa sebelumni bila ku tanya, mak tak nak bagi tau sejarah lama itu. Kini barulah terbongkar semuanya. Alhamdulillah, terimakasih Allah, kau bukakan hati ibu untuk cerita pada aku. Sekurang-kurangnya, dapatlah aku tau cerita dulu.

Semasa mak bercerita, akak tak ada bersamaku. Kebetulan pada waktu tu, kami borak kosong, entah, macam mana boleh tercerita topik itu.

Walaupun di luar, saudara-mara ada yang berpandangan serong, tapi aku dan akak tak memperdulikannya, sebab kami ada tempat untuk mengadu dan berlindung. Kami tak mintak perlindungan dari mereka-mereka yang hanya tau cakap dan pandang serong. kami ada keluarga yang menyayangi kami.

Itulah, berkali-kali syukur ku panjatkan pada Allah, memang dalam keluarga tu tak semua baik tapi itu tidak memberi kesan pada kami berdua. Sekianlah serba sedikit pengalaman sejarah untuk renungan para ibu bapa dan kawan-kawan kat sini. Setiap kita tidak bernasib sama, jadi untunglah anak oku yang dapat keluarga penyayang, sebaliknya bersabarlah bagi anak oku yang punyai keluarga yang sebaliknya.

Selasa, Jun 23, 2009

Launching of Web Accessibility Campaign, 25 Jun, 2009

serving the blind since 1951
PRESIDENT VICE PRESIDENTS COUNCIL MEMBERS
YB Senator Prof Datuk Dr Ismail Dato' L Krishnan Prof. Datuk (Dr) Abdullah Mailm Baginda En. S. Hadi Abdullah
Bin Md. Salleh Mr. Liew Yoon Loy Prof. Dr. M. Chandra Sekaran (Dr) S. Radha Krishnan
Prof. Dato' Dr Veera Ramani Datin Fauziah Mohd Ramly Mr. S. Santhirasegaran
DEPUTY PRESIDENT Mr. P. Navaratnarajah Dato' Sayed A. Rahman Sayed Mohd.
Dato' S. Kulasegaran HON TREASURER Dr. P.O. Thomas Datin Tina Ali Kadir
Dato' Mohamad Iqbal Prof Dr. S. Balabaskaran Dr. Zakaria Osman
EX OFFICIO EX OFFICIO Secretary/
Dato' Meme Zainal Rashid En. Bong Muk Shin Executive Director
(Director General, Dept. Social Welfare, Malaysia) (Director, Dept. Special Education, Malaysia) Mr. George Thomas
MAB/ap/ict
17 June 2009
To the addressee,
Launch of Web Accessibility Campaign for Visually Impaired Persons by Deputy
Minister of Science, Technology & Innovation.
The Malaysian Association for the Blind (MAB) has been promoting access to information for the Blind
through ICT and multimedia (websites). MAB have started training personnel of IT Dept. at the Ministry of
Women, Family and Community Development to develop websites with W3C compliances by abiding various
concepts to achieve the above.
The Malaysian Association for the Blind is happy to announce that YB Tn Hj Fadillah Bin Yusof,
Deputy Minister of Ministry of Science, Technology and Innovations (MOSTI) will launch the Campaign for
Web Accessibility for the Blind as well as witness the MoU signing between Binary University College & MAB for
special projects on access for the Blind and cheque presentations from DENSO and Sony in promotion of ICT for
the Blind.
We would be most grateful if you could kindly attend this function. Your support is greatly appreciated.
Date: 25 June 2009 (Thursday)
Time: 9.30 am
Venue: Kompleks MAB (at Dewan MAB)
Jalan Tebing, Off Jalan Tun Sambanthan 4, 50470 Brickfields, K L
(Programme enclosed)
Yours sincerely
MALAYSIAN ASSOCIATION FOR THE BLIND
(George Thomas)
Executive Director
CC: YB Senator Prof Datuk Dr Ismail Md Salleh, President MAB

Isnin, Jun 22, 2009

Guru Cacat Penglihatan Terima Anugerah Guru Cemerlang

       
BUKIT MERTAJAM, 18 Jun (Bernama) -- Cacat penglihatan bukan penghalang bagi seorang guru untuk menjadi pendidik cemerlang, sebaliknya ini membolehkannya lebih memahami pelajar-pelajar yang senasib dengannya.

Teow Cheng Poo, 49, guru Pendidikan Khas di SMK (P) St George, Pulau Pinang sudah sembilan tahun mengabdikan diri sebagai pembimbing kepada pelajar-pelajar cacat penglihatan sepertinya di sekolah berkenaan.

"Saya tidak pernah merasakan bahawa ianya sebagai satu beban untuk mengajar walaupun saya mempunyai masalah penglihatan dan menggunakan sistem braille dalam kelas," kata guru perempuan ini ketika dihubungi selepas menerima Anugerah Guru Cemerlang sempena sambutan Hari Guru Peringkat Negeri di sini, Khamis.

Anugerah itu disampaikan oleh Yang Dipertua Negeri, Tun Abdul Rahman Abbas di Dewan Mutiara Politeknik Seberang Perai.

Teow, yang cacat penglihatan sejak berusia 7 tahun, mengajar mata pelajaran Ekonomi, Bahasa Inggeris dan Sejarah untuk pelajar-pelajat Tingkatan Satu hingga Enam di sekolah berkenaan dan tidak pernah merasa terbeban dengan subjek yang sukar itu.

Selain mengajar pelajar cacat penglihatan, beliau juga mengajar kelas bimbingan untuk pelajar normal di luar waktu sekolah dan mendapat bantuan daripada rakan-rakan normal untuk memeriksa buku latihan mereka.

"Sekarang, dengan adanya teknologi canggih, sistem pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih mudah dan kami banyak mengaplikasi sistem pendidikan melalui komputer yang mempunyai suara," katanya.

Beliau berkata, anugerah yang diterimanya itu akan menjadi pendorong untuk beliau lebih berusaha memperbaiki prestasi perkhidmatannya.

Selain anugerah guru cemerlang, majlis hari ini juga mengangkat tiga pendidik di Pulau Pinang sebagai Tokoh Guru Negeri dan mereka ialah pesara guru, Datuk Chuang Keng Kung, 71; Nora L. Isa, 58; dan K.Mohan, 64.

Chuang, yang pernah menjadi guru kanan pentadbiran di SJK (C) Kong Min Cawangan 2 berkata, kerjaya sebagai guru memang tidak dapat menjamin kekayaan tetapi ia memberikan kepuasan apabila murid-murid yang dididik berjaya dalam pelajaran dan bidang yang mereka ceburi.

Menurutnya, penglibatan beliau dalam bidang perguruan didorong oleh bapanya yang menganggap kerjaya guru itu adalah sesuatu yang mulia dan kerana itu tujuh daripada 12 adik beradiknya berkecimpung dalam bidang berkenaan.

Sumber: BERNAMA

Rabu, Jun 17, 2009

Orang Kurang Upaya (OKU)



Kurang Upaya Secara Am

 

Orang yang kurang upaya (OKU) adalah :

"Seseorang yang tidak dapat menguruskan kehidupan sehariannya dengan sempurna akibat daripada masalah mental atau fizikal"

Lebih kurang 10% dari populasi penduduk mengalami pelbagai peringkat kurang keupayaan. Daripada jumlah tersebut, 6% boleh menyesuaikan diri dengan kekurangan mereka, 4% memerlukan rawatan pemulihan dan hanya 1% mengalami kurang upaya yang teruk.

Orang yang kurang upaya/cacat biasanya mempunyai kelebihan lain. Sebagai contoh, orang cacat penglihatan tidak mampu melihat, tetapi mempunyai deria lain yang lebih baik dari orang yang normal.

Walau bagaimanapun, perkara terpenting adalah belajar untuk menggunakan sepenuhnya kemampuan yang sedia ada.

Apakah jenis-jenis kurang upaya/ kecacatan?

  • Kecacatan penglihatan/buta
  • Kecacatan pendengaran/pekak
  • Kecacatan fizikal
    • contohnya 'Cerebral palsy, Stroke, Muscular Dystrophy, kecederaan tulang belakang, pemotongan anggota (Limb amputation)
  • Gangguan intelektual dan masalah dalam pembelajaran seperti terencat akal, 'dyslexia'
  • Masalah tingkahlaku seperti 'Autism, Attention Deficit Hyperactive Disorder (ADHD)'
  • Masalah komunikasi

Walaupun kurang upaya/kecacatan telah diklasifikasikan namun seseorang itu mungkin boleh mendapat lebih dari satu jenis ketidakupayaan/kecacatan. Ia mampu menjejaskan seseorang pada masa-masa tertentu dalam hidupnya. 

 

Apakah penyebab kurang upaya/kecacatan?

  • Sebab utama di kalangan bayi:
    • Genetik contohnya 'Downs Syndrome, Muscular Dystrophy'
    • Stress/tekanan kepada kandungan ibu terutamanya dalam 3 bulan kehamilan;
      • Penyakit semasa kehamilan seperti kencing manis, darah tinggi
      • Penyalahgunaan ubat seperti akohol, ubat-ubat tidak mematuhi preskripsi, merokok
      • Jangkitan kuman akibat 'rubela, syphilis'
    • Kekurangan zat makanan semasa hamil seperti kurang 'folic acid' boleh menyebabkan keadaan tertentu contohnya 'spina bifida, microcephaly, anencephaly
    • Kecederaan semasa hamil atau semasa proses melahirkan bayi yang menyebabkan kandungan lemas yang boleh menyebabkan kerosakkan kepada otak seperti 'Cerebral palsy'
    • Bayi mengalami penyakit kuning yang teruk (Kenicterus)

  • Sebab utama dikalangan kanak-kanak dan orang dewasa:
    • Jangkitan kuman seperti 'Heamophilus Influenza B' yang menyebabkan jangkitan pada selaput otak (meningitis) atau 'encephalitis' yang disebabkan oleh 'measles'
    • Kemalangan atau kecederaan seperti kecederaan fizikal, akibat bahan kimia, akibat terbakar kepada tubuh
    • Kekurangan zat makanan yang teruk seperti kekurangan vitamin A boleh menyebabkan rabun/buta
    • Kekurangan 'iodine' dalam badan yang menyebabkan keadaan 'Congenital Hypothyroidism' (terencat akal & susuk badan pendek)
    • Komplikasi dari penyakit-penyakit tertentu seperti kencing manis, angin ahmar (stroke)

Bolehkah kurang upaya/kecacatan ini dicegah?

Langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengurangkan kemungkinan mendapat kecacatan:

  1. Amalkan cara hidup yang sihat. Elakkan mengambil dadah, alkohol atau merokok.
  2. Elakkan dari terlibat dalam kemalangan atau kecederaan
  3. Dapatkan suntikan perlalian:
    • Setiap wanita perlu mendapatkan suntikan 'rubella' dan vaksin 'tetanus'
    • Setiap kanak-kanak perlu mendapatkan suntikan mengikut jadual perlalian yang terkini
  4. Rancang kehamilan anda. Dapatkan nasihat dari doktor/petugas penjagaan kesihatan berkenaan menjarakkan kehamilan, pembekalan 'folic acid' dan diet yang seimbang
  5. Memastikan sentiasa hadir pada setiap temujanji di klinik semasa proses kehamilan.
 

Saringan untuk kurang upaya atau kecacatan

Perlukah saringan untuk mengesan kurang upaya dilakukan?

YA

  1. Orang dewasa mungkin boleh memahami dan menerima kehilangan keupayaan deria mereka. Bagaimanapun dalam sesetengah kes, penilaian yang berterusan adalah perlu untuk mengesan awal kecacatan tersebut seperti:
    • Dapatkan ujian pendengaran secara berkala di tempat kerja
    • Melakukan ujian penglihatan secara berkala kepada pesakit-pesakit kronik seperti kencing manis

  2. Kanak-kanak tidak sedar atau tahu apa yang dimaksudkan dengan 'normal', oleh itu ibubapa, penjaga dan guru-guru mesti peka berkenaan perkembangan normal kanak-kanak tersebut. Jika berlaku kelembapan dalam perkembangannya, kanak-kanak tersebut mesti dibawa untuk saringan dan mengenalpasti masalah.

Bagaimana untuk mengesan kurang upaya atau kecacatan di kalangan kanak-kanak?

  • Melakukan pemeriksaan yang berkala dan tetap sepanjang kehamilan.
    • Pemeriksaan fizikal
    • 'ultrasound' kepada wanita hamil risiko tinggi terutama pada peringkat awal kehamilan

  • Ujian cecair 'amniotic' untuk mengesan keganjillan terhadap kromosom(amniocentesis)
  • Membuat penilaian perkembangan kanak-kanak di peringkat klinik-klinik kesihatan dalam perkara-perkara berikut:
    • Pergerakkan kasar
    • Kemahiran halus fungsi tangan
    • Menguruskan kehidupan seharian
    • Komunikasi dan pendengaran
    • Tingkahlaku dan kemahiran sosial
 

Langkah pemulihan

Apa yang perlu dibuat bila kurang-upaya atau kecacatan telah dikenal pasti?

Penjaga perlu memastikan kanak-kanak atau orang dewasa yang cacat/kurang upaya:

  1. Berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat.
    • Borang pendaftaran ada disediakan di Jabatan Kebajikan Masyarakat/klinik kesihatan dan hospital-hospital.
    • Borang tersebut mesti disahkan oleh doktor bertauliah
    • Orang kurang upaya tersebut akan menerima kad pengenalan khas yang membolehkan mereka mendapat faedah-faedah di sebabkan oleh kecacatan mereka.
  2. Mendapatkan perkhidmatan pemulihan yang berkaitan dengan kecacatan mereka seperti:
    • Perubatan:
      • Langkah pemulihan dari segi :
        • Pemulihan anggota
        • Pemulihan carakerja
        • Pemulihan pertuturan
        • Kaunseling yang juga terdapat di hospital kerajaan dan swasta dan sesetengah klinik.

    • Pendidikan:.
      • Kanak-kanak kurang upaya perla didaftarkan dengan Jabatan Pendidikan Khas.

    • Sosial:
      • Untuk membolehkan orang kurang upaya belajar bergaul dengan orang lain.
      • Program Intervensi Awal di sesetengah klinik kesihatan.
      • Pusat Pemulihan 'Community Based' yang terdapat di seluruh negeri.

    • Latihan Vokasional.
      • Ada disediakan di sesetengah pusat di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang berkaitan dengan jenis kecacatan tertentu.

Bagaimana orang kurang upaya atau cacat boleh mendapatkan pekerjaan?

Maklumat tentang pekerjaan dan penempatan pekerjaan boleh dididapati dari:

Kumpulan Sokongan

  • Malaysian Council for Rehabilitation
    Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah
    No 16 Lorong Utara A
    4th Floor, Room 3
    46200 Petaling Jaya, Selangor.
    Tel: 03-7955 3510
 

Khamis, Jun 11, 2009

Kuala Lumpur 2009 bahagian satu

Wah, baru balik dari Kl.  Ha, nilah ceritanya.

 

28 Mei Khamis.

Aku bertolak dari rumah jam 9:30 pagi.  Aku pergi ke Bayan Lepas untuk mengambil Paul Keong.  Dan selepas itu, kami terus menuju ke stesen bas Sungai Nibung.

 

Setelah sampai, kami dibawa ke tempat menunggu bas.  Maka, berdirilah kami dua orang di situ.  Menunggu bas.  Suasana agak bising dengan bunyi enjin bas.

 

Sedang kami menunggu, tiba-tiba kami terdengar suara saudara Thanga Vello.  Wah, tidak disangka, rupanya dia menaiki bas yang sama dengan kami.

 

Pembantu Thanga Vello membawa kami menaiki bas.  Dan, apabila semua urusan selesai, dia pun beredar.  Dan aku sempat temui Toh Wee Seong.  Tak taulah kenapa dia datang.  Ingatkan, dia juga akan ke Kuala Lumpur.  Rupanya tidak.

 

“Eh your food put here lah.”  kata pembantu Thanga Vello, NG.  Mereka berbual agak panjang.  Aku dan Ah Hong duduk di belakang pemandu bas sementara Thanga Vello di sebelah pintu.

 

Setelah semuanya selesai, NG pun beredar.

 

Kini, pintu bas telah ditutup.  Bas sudah mula bergerak.  Secara perlahan-lahan, stesen bas Sungai Nibung telah ditinggalkan oleh bas.  Kini, kami sedang menuju Kuala Lumpur.

 

Kini, aku sibuk ber sms.  Thanga Vello pula, sibuk menerima panggilan telefon.  Dan, dia juga ada, sms sikit-sikit.  Ah Hong hanya duduk.  Dia batuk-batuk.  Maklumlah cuaca tidak menentu.  Itulah sebabnya.

 

Selepas selesai menerima panggilan, Thanga Vello sibuk berbual dengan Ah Hong.  Banyaklah topik yang diperbualkan.  Antaranya tentang X-nicolites, tentang Chin Peng dan banyak lagilah.  Sementara aku, sibuk dengan sms.  Bas terus bergerak dengan lajunya.

 

Jam 12:30 tengahari, bas berhenti di distinasi.  Kalau tak salah, kat Sungai Perak.  Di salah sebuah stesen minyak.  Ah Hong pun turun.  maka, tinggallah aku dan Thanga Vello.  Aku pula, sibuk dengan Sms.

 

Thanga Vello pun mengeluarkan makanannya.  “Khai Eong, you want a bun or not?”  Dia bertanya.  “Don’t want lah Thanga.”  Aku menjawab rengkas.

 

Tidak lama kemudian, dia bertanya lagi.  “Cukupkah untuk you Thanga?”  Aku bertanya.  “We share lah.”  Jelas Thanga Vello.  “Ha ok lah.”  Aku menjawab.  Thanga Vello memberikan aku sebiji roti bun ikan bilis.  Aku makanlah.

 

“Ok kah Khai Eong?”  Thanga Vello bertanya.  “Ok Thanga.”  Aku menjawab.  Selepas makan roti bun, sms lagi.  Lepas tu, telefon pula kak Rosnah Ahmad.

 

Tidak lama kemudian, Ah Hong pun naik bas.  Dia telah membeli sebungkus keropok udang dan beberapa bungkus kacang Shan Tong.  Dia juga membeli beberapa kotak air Kekwa.

 

Selepas itu, kami pun membuka bungkusan keropok untuk dimakan bersama.  “Thanga, i want to give you one peace of biscuits.”  Ah Hong memberitahu Thanga Vello.  “Oh ya?”  “Thank you Hong.”  Ucap Thanga Vello.

 

“Wah Hong, this biscuits so big lah Hong.”  Thanga Vello memberitahu.  “yes, this is a prawn biscuits.”  Beritahu Ah Hong.  “Ok Thanga, this is a drink for you.”  Beritahu Ah Hong sambil menghulurkan sekotak air kekwa padanya.  “Oh, thank you verry much Hong.”  Ucap Thanga Vello lagi.

 

Semasa kami makan dan minum itu, bas sudah pun mula berjalan.  Dari mula bas berjalan, orang asyik hairan melihatkan aku dan Thanga Vello dengan telefon bimbit.  yalah, mereka hairan, macammanalah orang buta ni, boleh balas sms dengan cepat sekali.  Aku pula, telah bagi suara Talks tu kepada maksima kuat.  ha, bergema satu bas kalau enjin bas berhenti.

 

Lebih kurang jam 3:00 petang, bas pun tibalah di stesen bas Jalan Duta, Kuala Lumpur.  Semua penumpang, termasuk aku, Ah Hong dan Thanga Vello pun turunlah.  Kami bertiga menuju ke kaunter teksi untuk membeli kupon teksi.  Harganya, RM13,20.  Agak mahal jugak.

 

“Thanga, you kno need to pay for we all lah.”  Kata Ah Hong.  “Oh Thank you Hong.”  Balas Thanga Vello.

 

Selepas kupon dibeli, kami dibawa oleh petugas kaunter ke sebuah teksi yang telah sedia menunggu.  Aku dan Thanga Vello duduk belakang sementara Ah Hong pula duduk depan.  Wah, penghawa dingin dalam teksi, bolehlah tahan sejuknya.

 

Selang beberapa minit kemudian, teksi telah sampai di hadapan Wisma YMCA, Brickfields.  “Ok, jadi, saya turun di sini.”  Beritahu Thanga Vello kepada pemandu teksi itu.  Teksi pun berhenti.

 

“Ok Hong, see you.”  Thanga Vello berkata.  “Ok Thanga bye.” Kami membalas.  Teksi pun meneruskan perjalananya.  “You bawa kami ke depan Lido Hotel dan berhenti di sana.”  Beritahu Ah Hong kepada pemandu teksi itu.

 

Pemandu teksi terus memandu teksinya.  Dia memandu perlahan untuk mencari di manakah letaknya Hotel Lido itu.  Kami dapat mengagak bahawa pemandu teksi itu tak tahu di mana letaknya Lido Hotel itu.

 

“Hmm, mana dia Lido Hotel ni.”  Rungut pemandu teksi itu.  Dia terus memandu teksinya untuk mencari Lido hotel.

 

“You tak pernah mai sinikah?”  Ah Hong bertanya.  “Pernah tapi kita selalu bawak orang pergi Mexico Hotel saja.  Lain-lain tu, kita tak tahu sangat.”  Cerita pemandu teksi itu.  “Chey Khai Eong, pemandu ni teruklah.”  “Louzy punyalah dia ni.”  “Tak tau jalan sini.”  Ah Hong merungut.  Aku gelak saja.  memanglah pemandu teksi ni, macam-macam kerenah punya.

 

“Tak apalah, ou berhentikan kami di depan Lido Hotel, lepas tu, kami jalan kaki ke New Winner Hotel.”  Beritahu Ah Hong.  Pemandu teksi terus mencari di manakah Lido Hotel.  “Chey, louzy lah dia ni.”  Sekali lagi Ah Hong merungut.

 

Akhirnya, Lido Hotel dijumpai.  Kami pun turun dan menutup pintu teksi.  Kami berjalan kaki ke New Winner Hotel.  Cuaca pada petang itu sangat panas sekali.  Maklumlah, dah lama tak hujan.

 

“Chey, louzy lah pemandu teksi ni.”  “Dia tak tau mana Winner Hotel.”  Ah Hong merungut lagi.  Kami pun terus berjalan kaki menuju ke New Winner Hotel.

 

Dan akhirnya, kami pun tiba.  Kami telah tiba di pintu Hotel New Winner.  “Wah, sudah datangkah?”  Sapa seorang lelaki cina yang bertugas dalam hotel itu dalam bahasa hokkien.  Lelaki itu telah mengenali aku dan Ah Hong sebab kami selalu menginap di sana bila berada di Brickfields ni.

 

“Ala, itu taxi driver louzy lah.”  “Dia tak tau mana letaknya New Winner Hotel.”  Ah Hong bercerita dalam bahasa hokkien.  “Akhirnya, kami suruh dia berhenti di depan Lido Hotel dan kami berjalan kaki ke sini.”  Ah Hong menyambung cerita.  “Lido Hotel pun dia tak tau o.”  Sambung Ah Hong.  “Mungkin dia baru kot.”  Jawab lelaki itu.

 

kami menguruskan bilik penginapan kami.  “Ok, saya bagi awak bilik 302.  Bayaran RM280.00.”  Beritahu lelaki yang bertugas itu.  jadi, kami pun, bayarlah seorang RM140.00.

 

Dan setelah semua selesai, kami dibawa naik ke bilik.  “Eh, you bawa dia orang naik bilik.”  “You tunjuk dia orang, mana bilik.”  “You tunjuk sekali saja, lain kali, dia orang boleh tau punya.”  Arah lelaki itu kepada seorang petugas perempuan Indon.  Kami pun dibawa ke bilik.

 

Selepas itu, perempuan indon itu pun beredar pergi.  Kami pun meraba-raba di persekitaran bilik.  Barang pertama yang aku cari ialah telivisyen.  Akhirnya, aku pun berjumpalah di manakah letaknya telivisyen itu.  Aku pun bukalah telivisyen itu.  Tetapi, tak tau mana tempat tekan untuk cari channel tv.

 

Aku cuba menggunakan telefon bilik hotel untuk telefon ke kaunter.  malangnya, telefon itu tidak boleh digunakan.  Maka aku pun, gunalah telefon bimbit untuk telefon ke tingkat bawah.  Apa nak buat, tv punya pasal, kena buat apa saja.  Aku memberitahu lelaki yang bertugas apa yang sedang berlaku.  Lelaki itu berjanji untuk menghantar petugas ke bilik untuk mengatasi masalah ini.

 

Tidak lama kemudian, seorang perempuan indon pun datang dan memperbetulkan telivisyen itu.  Selepas itu, dia terus beredar.  Telivisyen berbunyi.  Aku duduk berehat sebentar.

 

Alamak, kenapa perempuan indon tu tak ajar aku macammana nak tekan channel tv tu pulak dah.  Aku telefon lagi ke tingkat bawah.  Perempuan indon itu datang lagi.  “Kenapa lagi, dah ok dah.”  Dia merungut.  “Ha, akak tak ajar saya tekan channel.”  Beritahu aku.  Dia rasa tak puas hati.  Aku tak pedulilah, aku suruh dia ajar aku juga.  Kartun kat tv9 dah pun mula dah.  Aku akhirnya, tahu juga macammana nak mengoperasikan telivisyen ini.  Akhirnya, perempuan indon itu pun beredar.

 

Wah!  Sekarang, dapatlah aku mendengar siaran kartun di tv9 itu.  Sekarang, barulah rasa lega di hati.  Yalah, dah tau macammana nak kendalikan tv di bilik kami itu.

 

Kami pun berehat.  Kemudian aku pun menelefon Stephen Ooi untuk menetapkan waktu nak pergi makan.  yalah, Stephen kata, dia nak belanja, jadi, kenalah tetapkan waktu.  Aku pun sambung tengok kartun kat tv9.

 

Jam 5:30 petang, aku pun pergilah mandi.  Dah puas berehat.  Selepas itu, Ah Hong pula yang pergi mandi.  Cuaca masih lagi panas.

 

Selepas itu, kami pun bersiaplah untuk keluar pergi ke kedai massage Relax kerana Stephen dan Lengki menunggu di situ.

 

Jam 7:45 minit malam, kami pun berjalan keluar dan turun dari bilik.  Kami menyerahkan kunci bilik kepada petugas di kaunter.  Kemudian, kami berjalan ke kedai urut Relax.  Tidak lama kemudian, sampailah kami.

 

Stephen Ooi dan Lengki sudah menunggu.  Kami duduk di situ untuk beberapa minit.  Kami berbual-bual dengan Bok Kiat dan Samuel Khor.  Aku berbual dengan Stephen mengenai nombor telefon seorang budak perempuan yang aku bagi padanya.  Budak perempuan tu mengarutlah, cakap sekejap saja, dia tutup terus telefon.

 

Selepas berbual-bual beberapa minit, aku, Ah Hong, Stephen dan Lengki pun pergilah ke kedai makan yang dipanggil Pink Lotus.  Kedai itu, letaknya bersebelahan dengan kedai massage Relax sahaja.

 

Bila kami sampai, kami dibawa ke sebuah meja.  Kami semua duduk.  kami memesan makanan.  Aku hanya memesan mi.  Aku pesan mi tambah.  “Eh, awak jangan pesan yang besar, pesan yang sederhana dulu.”  Stephen berpesan.  “Nanti tak boleh habis.”  Sambung Stephen.  Aku pun, pesanlah yang sederhana.

 

Makanan yang dipesan telah sampai.  Alamak!  Besarnya pinggan mi yang aku pesan.  Setengah periuk rasanya.  “Ha, di KL ni kalau banyak, memang terlalu banyak, kalau sikit, memang sikit.”  “Tapi di sini, makanannya semua banyak.”  Beritahu Lengki.

 

Aku pun makan.  Alamak, rupanya, ini bukan mi kuning.  Ini mi cacing.  Mi gemok tu.  Mi yang paling aku tak suka sekali.  Ini sudah sah tak boleh habis ni.  Sementara itu, Ah Hong makan nasi dan kuah sayur serta beberapa jenis lauk lagi.  Stephen pula makan dengan lahapnya.  Dia makan mi juga.

 

Ha, memang sah, aku tak dapat menghabiskan mi cacing itu sebab aku dah naik geli.  Akhirnya, Stephen juga yang menghabiskannya.  Wah, si Stephen ni, memanglah kuat makan.  Baru sebentar tadi, dia makan sepinggan besar mi.

 

Sementara itu, Lengki pula, hanya meminum air sahaja.  Dia kata, dia sudah kenyang.  Dia kata, dia tak berapa gemar makanan di sini.  Aku pun tak tanya lanjutlah.  kami pun duduk-duduk sebentar.  Yalah, dah makan kenyang.

 

Dalam lebih kurang jam 9:45 malam, kami pun beredar.  Lengki terus ke kedai massage Relax sementara, Stephen membawa aku dan Ah Hong terus ke hotel New Winner.

 

Wah, badan Stephen tu besar dan tinggi o!  Itulah pertama kali aku pegang Stephen.  Apabila sampai di hotel, dia pun beredar.  Kami pun naiklah lif menuju ke bilik kami.  Aku pun pergilah gosok gigi kemudian, tengok Tv.

 

Ah Hong pula, dengar radio.  Tapi kali ini, Ah Hong dah tak bawa Recorder cassets lagi.  Dia hanya bawa Transistor radio sahaja.  Dia kata, transistor radio lebih mudah dibawa.

 

Tidak lama kemudian, kami pun tidur.  Aku biasalah, tidur sambil dengar radio   Kalau tak, susah o nak tidur.

 

Bersambung.





Arkit blog