Ahad, November 30, 2008

Orang buta dan laman web.

Seperti mana yang diketahui, orang buta kini telah boleh mengaccess komputer dengan bantuan perisian khas yang dipanggil pembaca skrin atau pun, screen reader.  Walau pun begitu, masalah tidak selesai sepenuhnya.

 

Ramai yang masih belum tahu lagi masalah-masalah yang kami hadapi apabila melayari laman-laman sesawang di alam cyber ini.  Banyak laman sesawang yang amat sukar kami layari.

 

  • Laman web yang punya flashing atau animasi.

Apabila sesuatu laman itu punya animasi dan flashing, maka amat sukar bagi kami untuk mengaccess lelaman tersebut.  Ini adalah kerana, perisian screen reader akan menghadapi masalah untuk membaca kerana lelaman tersebut bergerak-gerak.  Ini boleh menyebabkan perisian screen reader hang atau pun melambatkan komputer.

 

  • Lelaman grafik dan gambar.

Lelaman ini akan juga menyebabkan perisian screen reader sama ada sangkut atau hanya mendiamkan diri dan hanya menyebut nombor-nombor grafik atau pun extention gambar tersebut contohnya .jpg.

 

  • Laman bersuara.

Apabila memasuki laman bersuara contohnya, blog-blog yang punya lagu atau suara-suara yang lain, apa akan berlaku ialah, kami tidak dapat mendengar apa yang perisian screen reader bacakan.  Sebab itu, amat payah bagi kami jika terjumpa laman-laman seperti ini.

 

  • Laman chat.

Kami tidak boleh memasuki laman chat kerana lelaman tersebut sentiasa refresh apabila chat masuk.  Apabila keadaan ini berlaku, perisian screen reader akan menjadi slow respons, atau pun hang.  kalau tidak, perisian Internet Explorer atau Firefox yang akan jadi error.

 

Jadi, itulah serba sedikit tentang permasalahan orang buta ketika melayari laman-laman web seperti yang dinyatakan di atas.

Cabaran untuk PKR

Artikal dari utusan.  Baca dan renungkan.
 
 

Cabaran untuk PKR

Pada tahun ini Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengadakan kongres tahunannya dalam suasana berbeza. Ini kerana selain mempunyai 31 anggota di Parlimen, parti tersebut juga memerintah Selangor dan mentadbir Perak serta Kedah bersama-sama Pas dan DAP.

Sudah pastilah kejayaan berkenaan yang dicapai melalui tsunami politik yang berlaku pada 8 Mac lalu dalam Pilihan Raya Umum Ke-12 dianggap sesuatu yang memberangsangkan bagi sebuah parti baru seperti PKR.

Namun begitu persoalannya mampukah pencapaian berkenaan dikekalkan dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti? Ini kerana mandat yang diberikan oleh rakyat kepada wakil-wakil rakyat PKR boleh dianggap sebagai satu ujian untuk melihat sejauh manakah parti yang sentiasa melihat Barisan Nasional (BN) buruk dalam segala segi melaksanakan pentadbirannya.

Setakat ini selepas tujuh bulan mentadbir Selangor dan menghantar 31 wakilnya ke Parlimen, PKR dilihat masih belum mampu memenuhi impian rakyat yang menyokong mereka.

Malah ketaksuban pemimpin-pemimpin parti itu untuk menubuhkan kerajaan melalui pintu belakang tetapi akhirnya hanya menjadi satu mimpi dikatakan turut menjejaskan imej PKR.

Pelbagai kemelut yang berlaku dalam pentadbiran negeri itu yang diketuai oleh PKR di Selangor juga turut menjadi perhatian rakyat.

Mereka melihat hakikatnya pemimpin-pemimpin PKR hanyalah bijak berpolitik tetapi tidak mampu memenuhi apa yang diharapkan oleh rakyat.

Langkah melancarkan serangan bertubi-tubi ke atas kerajaan pusat diterajui oleh Barisan Nasional (BN) pula hakikatnya tidaklah menguntungkan parti berkenaan. Ini kerana rakyat sekarang sudah bijak menilai, apatah lagi PKR pernah meletakkan rakyat negara ini berada dalam kedudukan tidak selesa apabila mengembar-gemburkan kononnya sebuah kerajaan baru akan ditubuhkan pada 16 September lalu.

Tetapi kesudahannya, apa yang dilihat oleh rakyat hanyalah satu pembohongan dan satu impian yang sampai ke bilapun tidak akan menjadi kenyataan. Namun begitu pemimpin PKR masih belum mahu berputus asa dalam soal berkenaan. Sehingga ke hari ini masih lagi kedengaran usaha untuk menubuhkan kerajaan melalui pintu belakang dan sasaran terbaru dikatakan akan bermula di Sarawak pula.

Dalam soal ini, PKR seharusnya tahu bermuhasabah dan tidak melihat ia adalah sebuah parti yang cukup sempurna dalam semua segi. Tindakan terlalu menyerang kerajaan BN seolah-olah parti komponen itu tidak pernah melakukan kebaikan kepada rakyat boleh memakan diri sendiri.

Sama ada hendak diakui atau tidak, kejayaan PKR dalam pilihan raya umum lalu bukanlah kerana parti itu atau pakatan pembangkang lebih baik daripada BN, sebaliknya kejayaan berkenaan adalah kerana nasib semata-mata.

Ini kerana rakyat membuat keputusan tidak mengundi BN bukan kerana mereka benci kepada parti tersebut tetapi sekadar ingin memberi peringatan apabila segala janji-janji yang dibuat pada Pilihan Raya Umum Ke-11 tidak ditunaikan.

Mendabik dada

Kini BN sedang memperkukuhkan semula kedudukan manakala PKR pula boleh dikatakan masih 'berbulan madu' dengan kejayaan yang dicapai dalam pilihan raya umum lepas. PKR tidak harus terlalu mendabik dada mengatakan bahawa mereka adalah sebuah parti yang kuat kerana setakat ini sudah wujud pelbagai masalah sama ada dalam parti itu atau di negeri yang mereka tadbir bersama pakatan pembangkang yang lain.

Keadaan menjadi lebih buruk lagi, apabila Penasihat parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim terus berdolak-dalih soal penubuhan kerajaan baru sehinggakan ada di kalangan ahli PKR sendiri menganggap kepimpinan parti itu berbohong.

Atas sebab itulah, ketika berucap di kongres berkenaan, Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Melaka, Zamzirul Nordin mengingatkan PKR agar mengutamakan usaha untuk memantapkan pentadbiran di kelima-lima negeri di bawah pakatan pembangkang daripada terlalu menumpukan perhatian kepada usaha mengambil alih pemerintahan kerajaan pusat. Beliau mungkin memahami bahawa rakyat akan menilai prestasi pemimpin-pemimpin pembangkang berkenaan sebelum memutuskan akan membenarkan mereka terus memimpin atau menolak mereka dalam pilihan raya umum akan datang.

Selain itu sebagai parti yang terlalu melaung-laungkan soal membanteras rasuah dan melahirkan pemimpin yang bersih serta sering melihat pemimpin BN kesemuanya buruk, cadangan Wanita PKR supaya mana-mana wakil rakyat parti itu terlibat dalam rasuah disingkirkan perlu diberi perhatian.

Tetapi dalam soal ini, sudah ada cakap-cakap yang mengatakan bahawa kepimpinan PKR tidak akan berani berbuat demikian biarpun ia benar-benar berlaku terutamanya di peringkat negeri yang dikuasai oleh pembangkang. Ia kerana sebarang tindakan menggugur atau menyingkirkan mana-mana pemimpin PKR yang rasuah akan memungkinkan pentadbiran pembangkang berada dalam keadaan terumbang ambing terutamanya di Kedah dan Perak.

Dalam soal ini, sudah pasti cadangan Wanita PKR hanya akan menjadi catatan perhimpunan sahaja dan ia tidak akan sama sekali direalisasikan kecuali mahkamah menentukan seseorang wakil rakyat PKR itu bersalah.

Turut menjadi perhatian ialah sejauh manakah hubungan antara pakatan pembangkang mampu dikekalkan kerana pada masa ini PKR dilihat lebih selesa bekerja rapat dengan DAP berbanding dengan Pas. Walaupun parti itu sering mendakwa pakatan pembangkang mempunyai kerjasama yang kukuh tetapi ia hakikatnya ibarat ada api dalam serkam yang sedang membara.

Pelbagai isu yang tercetus di Selangor contohnya sudah memaparkan dengan jelas bahawa kehadiran Pas dalam pakatan berkenaan hanya sekadar untuk memastikan pembangkang tidak hilang kuasa di negeri-negeri yang dikuasai oleh mereka kecuali di Kedah.

Sebenarnya, sudah ada perasaan tidak puas hati di kalangan ahli-ahli Pas sendiri berhubung tindak tanduk PKR ini yang dilihat lebih suka memenuhi impian DAP berbanding parti itu. Isu penjualan arak secara terbuka di Selangor sudah menjadi bukti bahawa Pas seolah-olah tidak mempunyai apa-apa kuasa sebaliknya hanya mengikut sahaja.

Mungkin sekali lagi, kita akan dituduh cuba memecah belahkan kerjasama antara pakatan pembangkang tetapi dalam masa yang sama kebenaran tetap kebenaran. Ia akan terserlah juga apabila tiba masanya.

Justeru adalah lebih baik jika setiap pandangan dan kritikan yang dilemparkan kepada PKR atau pembangkang diterima sebagai input dan bukannya dilihat dari sudut negatif semata-mata. Janganlah menganggap seolah-olah pakatan pembangkang terlalu sempurna kerana Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pun menganggap pakatan itu ibarat bayi yang baru lahir.

Mengisytiharkan

Cabaran untuk membina sebuah gabungan seperti BN hakikatnya terlalu getir untuk PKR dan pakatan pembangkang yang lain. Tidak kisahlah apa pun tuduhan pembangkang ke atas parti komponen itu tetapi apa yang pasti rakyat masih tetap berkeyakinan bahawa BN masih parti pemerintah yang terbaik.

Malah UMNO masih dianggap parti yang menjadi pelindung kepada orang Melayu dan Islam. PKR seharusnya perlu mengakui ketaksuban mereka untuk mencari kuasa politik telah menyebabkan orang Melayu menuduh mereka sebagai pengkhianat bangsa itu.

Ini jelas apabila ada pemimpin-pemimpin PKR terus bersuara lunak biarpun ada pemimpin bukan Melayu melakukan tindakan yang bertujuan menggugat kepentingan bangsa itu dan Islam.

Justeru tidak hairanlah sehingga ke hari ini, sebahagian besar orang Melayu berasa kecewa dan marah dengan PKR yang dianggap sanggup mengorbankan kepentingan Melayu demi mencapai cita-cita politik mereka. Mungkin pemimpin PKR tidak mempedulikan semua itu kerana mereka akan melakukan apa sahaja untuk meraih sokongan kaum-kaum lain tetapi seandainya orang Melayu melihat kedudukan mereka tergugat sudah pasti ia akan menjadi bahaya yang cukup besar kepada parti berkenaan.

Hakikatnya, kejayaan dalam pilihan raya umum lalu bukanlah melambangkan kekuatan sebenar parti berkenaan sebaliknya ia berlaku kerana senario politik negara ketika itu. Justeru banyak perkara yang harus dilakukan oleh PKR jika ia mahu dilihat mempunyai kekuatan sendiri seperti DAP dan Pas. Kedua-dua parti berkenaan dianggap 'musuh tradisi' kepada BN berbanding dengan PKR yang boleh dianggap masih tercari-cari apakah 'harapan baru' yang hendak diberikan kepada rakyat.

Kini rakyat sudah sedar dan sedang menilai kesilapan yang mereka lakukan. Tidak mustahil PKR akan kehilangan kekuasaan di Selangor dan majoriti ahlinya di Parlimen dalam pilihan raya akan datang, jika kepimpinan parti itu merasakan ''merekalah parti paling sempurna''.

update : PENGUMUMAN PENTING UNTUK SEBARAN SEMUA AHLI BLOGGER PEMBELA NEGARA

 

update : PENGUMUMAN PENTING UNTUK SEBARAN SEMUA AHLI BLOGGER PEMBELA NEGARA

MAKLUMAN PENTING

KEPADA SEMUA AHLI BPN SILA DAFTAR IDENTITI ANDA DI CHATROLL BAGI MENGELAKKAN PENYAMARAN IDENTITI BERLAKU.
ADA ADUAN DARI SUARASELANGOR DAN WARGA BORNEO TENTANG MASALAH DIBAN / DISEKAT DARI MENGIKUTI CHAT.. INI BERIKUTAN LANGKAH SETIUSAHA I BPN IAITU SAUDARA CHE MOQ YANG MENSYARATKAN SETIAP AHLI SIDANG MAYA MENDAFTAR NAMA TERLEBIH DAHULU BAGI MENGELAK KEKELIRUAN PADA MASA AKAN DATANG..

DIHARAP SEBARANG MASALAH SILA RUJUK KEPADA SETIAUSAHA YB CHEMOQ YANG MENGENDALIKAN RUANG CHAT SIDANG MAYA BLOGGER PEMBELA NEGARA.
MAAF DIMOHON KEPADA SAHABAT SAHABAT DI ATAS KESULITAN BERLAKU. SEMOGA KITA DAPAT BERSIDANG SEPERTI BIASA ISNIN NANTI... AHAD HARI CUTI SIDANG PARLIMEN BLOGGER PEMBELA NEGARA MALAYSIA.
JIKA ANDA KELAPANGAN DIPERSILAKAN DATANG BERTEMU DI RUANG CHAT BILA BILA MASA UNTUK BERTUKAR INFO DAN MAKLUMAT BERKENAAN NEGARA KITA SEKARANG INI DENGAN AHLI FORUM YANG HADIR DAN BERDAFTAR SAHAJA..
ADALAH LEBIH BAIK DON'T TALK TO STRANGER YANG MENYAMAR KERANA DIKHUATIRI MEREKA DATANG DENGAN TUJUAN MEMECAHBELAHKAN KUMPULAN KITA IAITU BLOGGER PEMBELA NEGARA YANG SUDAH MULA MENJADI PERHATIAN DUNIA SIBER..

DIMINTA SETIAP AHLI MENULIS EMAIL MASING MASING DI RUANG PALING ATAS DAN SENANG DILIHAT DI BLOG MEREKA.

INI BAGI MENGELAKKAN INDIVIDU MENGAKU DARI BLOG TERTENTU TETAPI SEBENARNYA BERNIAT JAHAT DAN INGIN MEROSAKKAN PERSAUDARAAN AHLI AHLI BPN DI RUANG CHATROLL KITA ATAU KETIKA SIDANG MENGGUNAKAN YAHOO MESSENGER.
PERHATIAN DAN KESABARAN SERTA KERJASAMA DARI SEMUA YANG TERLIBAT DARI AWAL SEHINGGA SEKARANG INI DI DALAM MENJAYAKAN BPN SANGAT DIHARGAI DAN DIDOAKAN DIKURNIAAN ALLAH SERIBU KEBAIKAN DAN CAHAYA IMAN DALAM HIDUP MEREKA.
JUGA DIDOAKAN SEBARANG ANASIR JAHAT DAN NEGATIF YANG INGIN MEROSAKKAN BPN INI BAGI MENGHALANG PERPADUAN BLOGGERS PERIHATIN TERHADAP NASIB AGAMA DAN BANGSANYA AGAR DIHALANG OLEH ALLAH TAALA DENGAN BERKAT :

KAF HA YA AIN SHOD / HA MIM AIN SIN QOF.

MOGA MEREKA AKAN DIGAGALKAN DALAM PERANCANGAN MEREKA DAN TIPUDAYANYA SEHINGGA MEREKA TIDAK LAGI MENDAPAT BAHAGIAN DARI DOA ORANG ORANG SOLEH...
MARI KITA NAIKKAN SEMANGAT KE ARAH MENYATUKAN UMAT BERSAMA SAMA DENGAN SATU SUARA SATU ARAH DAN SATU AKIDAH INSYA ALLAH..
JASA TUAN PUAN AHLI BPN SEKELIAN MEMERAH KERINGAT DAN OTAK BAGI MEMBERI SUMBANGAN IDEA DAN SEMANGAT KE ARAH MEMPERTAHANAN NEGARA ISLAM MALAYSIA AKAN MENJADI SEJARAH INDAH DAN BERMAKNA SEBAGAI UMAT NABI MUHAMMAD YANG MENOLAK PERMUSUHAN DAN PERTELINGKAHAN SESAMA SAUDARA SEAGAMA APATAH LAGI SEBANGSA DAN SAMA WARGANEGARA MALAYSIA.
MESKIPUN ADA DI KALANGAN KITA YANG TIDAK DIKENALI ATAU TIDAK MAHU DIKENALI ATAU MAHU MENDAPAT PUJIAN DI ATAS APA YANG MEREKA LAKUKAN SEKARANG INI..
DIINGATKAN JUGA BPN TIDAK AKAN BERTOLAK ANSUR DENGAN CUBAAN MENJADIKAN IA SEBAGAI ALAT MENCAPAI CITA CITA POLITIK MANA MANA PIHAK DALAM ATAU LUAR MANA MANA PARTI SAMADA UMNO PKR PAS YANG BERTENTANGAN DENGAN MATLAMAT ASAL BPN BAGI MENJADI SUARA YANG KUAT DAN BEBAS UNTUK MENJAGA AGAMA BANGSA DAN NEGARA MERENTASI SEMPADAN PARTI DAN NEGERI.
SEKIAN, WASSALAM.
YANG BENAR,
PANGLIMA PERANG CYBER
http://penembak-tepat.blogspot.com
JAM 3.47 PAGI
AHAD 30 NOVEMBER 2008

SILA SALIN MAKLUMAN INI DAN SEBARKAN DI BLOG MASING MASI

Sabtu, November 29, 2008

RESOLUSI SIDANG 29 NOVEMBER 2008

 

RESOLUSI SIDANG 29 NOVEMBER 2008

Alhamdulillah, dengan izin Allah swt, semakin ramai yang berani dan bersemangat menyertai Parlimen Blogger Pembela Negara yang kini samada yang lama dan baru berjumlah 55 laman blog keseluruhannya. Kesungguhan dan sokongan ini yang kami mahukan agar semua umat islam dan melayu dapat sama-sama berkumpul dan berbincang bersama mengutarakan pendapat dan berbicara mengenai hal ehwal semasa samada dari pihak kerajaan dan juga pembangkang.

Dewan BPN juga telahpun diganggu oleh beberapa orang yang tidak bertanggungjawab membuat kacau dengan menyamar sebagai seorang bukan melayu, seorang gay dan seorang pejuang pro pakatan rakyat. Kira-kira 50% ahli BPN malam semalam, 29 November 2008 bersama berkumpul di dewan persidangan maya di laman pena picisan telah membincangkan isu tindakan Timbalan Presiden MCA, iaitu Chua Soi Lek yang membuat kenyataan berbaur perkauman apabila menafikan hak ketuanan melayu.

Kepada rakan-rakan BPN, sila maklumkan che moq jika terdapat maklumat atau info yang tidak dinyatakan semasa perbincangan di sini.Justeru, kami dengan sebulat suara berbincang mengusulkan :Kenyataan Chua Soi Lek menentang ketuanan melayu adalah demi populariti dan juga cuba menjadi seorang lagi jaguh masyarakat cina. Kenyataan Chua juga seperti mempunyai agenda tersembunyi mengkaburkan isu skandal seksnya bagi mempromosikan dirinya kembali ke pintu kabinet sebagai menteri setelah menang mengejut di dalam pilihanraya parti lalu.

Ianya bukanlah kenyataan yang bernas dan bijak kerana di dalam situasi keadaan politik yang tegang, tidak seharusnya Chua menambahkan lagi bahang suasana demi tujuan politik peribadi dan populariti. MCA seharusnya memberikan nasihat dan hukuman di atas kenyataan Chua yang berbaur perkauman.Semua pemimpin dan menteri kabinet bukan melayu seharusnya tidak menentang keistimewaan dan ketuanan melayu di bumi Malaysia kerana sebagai 'role model' dan ikutan teladan kepada pengikut-pengikut, perlunya mereka memahami dan menuruti untuk mendukung perlembagaan Malaysia sepenuhnya demi menjamin kestabilan politik semasa.

Perlunya menteri-menteri, exco-exco, pemimpin-pemimpin dan juga pegawai tertinggi tidak kira samada dari parti-parti kerajaan (UMNO) mahupun parti-parti pembangkang (PKR&PAS) untuk bersatu teguh bersama dan sepakat dengan lebih berani bersuara mengenai campurtangan hal ehwal agama Islam dan juga campurtangan mengenai hak dan keistimewaan melayu. Tindakan YB Zulkifli Nordin (PKR-Kulim-Bandar Bharu) bersuara dan menegur semua jemaah YB kerajaan dan pembangkang di sidang Parlimen Malaysia suatu ketika dulu amat terpuji dan berani kerana katanya mengenai agama yang perlu diutamakan seterusnya barulah berfikir mengenai parti adalah tepat.

Oleh kerana islam dan melayu adalah kelompok agama dan bangsa utama dan terbesar di Malaysia, seharusnya kita bersatu dan bukan berpecah belah sehingga memberi kelebihan kepada bukan bumiputera mempertikaikan hak-hak kita. Kerjasama kepimpinan akar umbi, pemuda dan wanita bagi kesemua parti dari kerajaan dan pembangkang perlulah diwujudkan bagi menghasilkan satu ikatan teguh dan berani bertindak membela dan memperjuangkan hal ehwal agama islam dan hak ketuanan melayu yang semakin dinafikan bukan islam. Kerjasama ini walaupun agak sukar diadakan, cukuplah sekadar tidak rasmi bersuara searah kearah mempertahankan hak agama islam dan bumiputera.

Sepatutnya orang bukan melayu lah yang sepatutnya memperingati dan perlu jelas dengan kontrak sosial kerana ianya telah memberikan peluang kepada nenek moyang mereka untuk menjadi warga Malaysia suatu ketika dahulu yang datang merantau di bumi tanah melayu mencari rezeki. Orang Melayu tidak untung apa-apa dengan perjanjian itu kerana sebahagian hak-hak melayu sebagai penduduk asal tanah melayu telah pun dilepaskan demi kesejahteraan bersama.

Kerajaan perlu bertegas kembalikan semula fungsi sistem sekolah wawasan di tahap WAJIB yang mana sebelum ini sekolah wawasan dikatakan kurang mendapat galakan kaum bukan melayu. Ianya perlu selepas kita melihat kegagalan sistem yang ada untuk menyatukan semua bangsa. Apatah lagi selepas generasi baru sudah tidak memahami asal kontrak sosial dan juga kemerdekaan negara yang bertunjangkan ketuanan Melayu Islam sejak zaman berzaman.

Perlunya setiap ahli BPN untuk menyiarkan resolusi ini bagi memastikan maklumat ini tersebar dan tiada lagi unsur sabotaj di dalam kontrak sosial oleh bukan melayu yang mahu menjadi ultra dan jaguh menuntut hak yang menjadi perkara muktamat di Malaysia.Ahli-ahli Blogger Pembela Negara akan menyiarkan resolusi ini di setiap laman blog masing-masing bagi menarik perhatian orang ramai dan pengunjung untuk turut serta memperjuangkan perkara yang telah diperbincangkan di konferensi sidang pada 28 November 2008.

Kerjasama para ahli BPN amat diharapkan demi merealisasikan suara kita tersebar kepada rakyat.Kami percaya apabila usaha ini dibuat secara kolektif dan bersepadu, pihak kerajaan akan terpanggil untuk melaksanakannya. Perbincangan selanjutnya akan dibincangkan dari semasa ke semasa untuk melahirkan satu suara yang relevan lagi bermanfaat bagi semua rakyat Malaysia.Oleh itu, adalah diharap pihak-pihak yang terlibat segera mengambil tindakan sewajarnya. Semoga perjuangan kita dapat melahirkan suasana masyarakat majmuk yang lebih erat dan harmoni.

Sekian terima kasih dari saya.

Moq a.k.a http://che-moq.blogspot.com

Setiausaha I BPN

Anak pangkat pegawai, ibu bapa jadi pengemis

Berita Harian Online

Anak pangkat pegawai, ibu bapa jadi pengemis

Oleh Rashidi Karim
bhnews@bharian.com.my

Warga emas Thailand antara ditahan JKM di pasar malam

KANGAR: Sepasang suami isteri yang anak mereka berkhidmat sebagai pegawai kerajaan kumpulan A adalah antara sembilan pengemis dan kutu rayau yang ditahan dalam 'Ops Menyelamat' Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di bandar ini, kelmarin.


Dua daripada tujuh lagi yang ditahan adalah warga emas dari Thailand yang memasuki negara ini menggunakan pas lawatan sosial semata-mata untuk mengemis manakala yang lain warga tempatan.


Timbalan Pengarah JKM Perlis, Mastura Abdul Rahim, berkata pasangan suami isteri berusia dalam lingkungan 60-an dari Kodiang, Kedah itu ditahan ketika mengemis di pasar malam berhampiran Stadium Utama Negeri di sini, jam 8.45 malam.


"Selain mempunyai seorang anak yang bekerja sebagai pegawai kerajaan kumpulan A, pemeriksaan mendapati pasangan itu turut menerima bantuan bulanan JKM.


"Kita sedih apabila siasatan mendapati anak yang berjawatan tinggi tidak mempedulikan ibu bapa dan membiarkan mereka mengemis," katanya pada sidang media selepas operasi itu. Pasangan itu diserahkan kepada waris mereka.


Mastura berkata, selain memberi kaunseling kepada pengemis terbabit, pihaknya mengadakan perjumpaan dengan waris masing-masing bagi mengetahui punca mereka mengemis.


Operasi itu disertai 40 anggota dari polis, Jabatan Imigresen, Jabatan Agama Islam Perlis dan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK).


Mastura berkata, dua warga emas lelaki dari Thailand yang ditahan itu diserahkan kepada pihak Imigresen .


Seorang kutu rayau dihantar ke rumah kebajikan manakala yang lain diserahkan kepada waris masing-masing.


"Warga Thailand itu menggunakan pas sempadan untuk masuk dan mengemis di pasar malam di sini.


"Perbuatan mereka dipercayai didalangi warga tempatan yang memperoleh komisen hasil kegiatan itu," katanya.

Jumaat, November 28, 2008

Pilihanraya kecil akan ada di Terengganu

Sebentar tadi, telah tersiar berita kematian Timbalan Menteri Pelajaran, Dato Razali Ismail.  Dia ni ahli parlimen kat Terengganu.  jadi maknanya, pilihanraya kecil perlu diadakan.

 

Aha, persoalannya sekarang,

  • Bolehkah BN mengekalkan kerusi ini?

adakah PR akan merampas kerusi ini dari BN?

 

Sekarang, BN haruslah menunjukkan kredebilitinya supaya dipercayai oleh para pengundi.  Sekarang, ketepikan soal kepartian, puak A B atau C dan bekerjalah bersungguh-sungguh supaya BN mampu mengekalkan kerusi ini.

 

Kepada BPN blog pembela negara, marilah berjuang.  perjuangan tidak selesai lagi.

Macam-macam

Hmm, macam-macamlah gelagat orang ni.  Suruh kerja, tapi kadang curi tulang.  Itulah manusia.  Yang penuh dengan tak tau apa nak kata.

 

Ni ha, ada sorang kawan ni, dia kerja operator telefon.  Telefonislah ni.  Dia ni butalah.  Oku penglihatanlah.  Baguslah dapat kerja kan?  Kira bolehlah tampung pendapatan ketika ekonomi dok meleset ni.

 

Tapi, satulah perangai dia ni.  orang dah bagi kerja telefonis tu, kerjalah elok-elok.  Ni tidak.  Apa dia buat?  Amboi, mentang-mentanglah telefonis, dia hantam telefon kat orang.  Kalau tak ada angin, masakan pokok bergoyang?

 

Dia telefon kat orang tanya hujankah tak, dok buat apa, kena nobor ekor boleh belanjakah dan pelbagailah gangguan.  Yang tak sedapnya, masa orang tengah kerja, dia dok menelefon kat orang.  kadang orang terpaksalah angkat.  maklumlah kan, kedai urut.  yalah, takutlah kalau panggilan itu, datangnya dari pelanggan.  Tapi, bila diangkat, ah, suara telefonis ni.  hampeh betul.

 

Mula tu, orang tak kisahlah.  Tapi bila orang tak kisah, dia dah melampaulah pulak.  Dan, kesabaran orang ni, ada hadnya.  Dua hari yang lalu, adalah seorang kawan, pi buat report kat boss tempat kerjanya.  Dia bagi tau boss kat sana, si A ni, suka telefon dan mengganggu orang dengan menggunakan telefon tempat kerjanya tu.  Jadi, boss tu berjanji akan mengawasi gerak-gerinya.

 

Ni saya nak habaklah.  Kita ni, oku.  Dan, seperti yang kita dah sedia maklum, oku ni, dah sukar nak dapat kerja.  Lagi-lagilah masa ekonomi meleset ni.  jadi, kita dah tau situasi kita ni, kenapa bila dah dapat kerja, taknak jaga elok-elok?  Kenapa masih nak main-main dan ambil kesempatan terhadap majikan yang pemurah?  Bila tak ada kerja, bising tak ada kerja.  Bila dah dapat kerja, taknak jaga elok-elok pulak.  Berubahlah sikit, jangan suka nak ambil kesempatan saja.

 

Telefonis ni kedekut sampai tak tau macammana nak cerita dah.  Bila waktu kerja, handphone tutup.  Wah, telefon sendiri, berkira bukan main.  Satu sen macam sejuta ringgit.  Tapi kalau telefon syarikat, main belasah saja pakai.

 

Berterimakasihlah pada majikan yang dah sudi nak bagi kerja.  janganlah ambik kesempatan pulak.

Khamis, November 27, 2008

LAPORAN RESOLUSI SIDANG PARLIMEN MAYA BLOGGER PEMBELA NEGARA NO 4/2008 BERTARIKH 26 NOVEMBER 9 - 11.40 MALAM

Khamis, November 27, 2008

LAPORAN RESOLUSI SIDANG PARLIMEN MAYA BLOGGER PEMBELA NEGARA NO 4/2008 BERTARIKH 26 NOVEMBER 9 - 11.40 MALAM

















Tajuk : NGO bukan Islam tidak patut tentang Fatwa danIsu berhubung NGO anti Islam di Malaysia

Resolusi Pertama : Blogger Pembela Negara mendesak Kerajaan supaya Majlis Agama diberi kuasa lebih luas untuk membanteras NGO NGO yang menentang Fatwa atau memporak perandakan fahaman Islam sebenar di samping menyelaraskan majlis agama negeri-negeri seluruh Malaysia..

Resolusi kedua : Kita kena hapuskan pengaruh NGO seperti Sister In Islam dan NGO bukan Islam yang bersikap anti kepada Islam dengan mendesak kerajaan menyekat gerakan mereka samada di media massa, media cetak atau media eletronik..Jika tidak berjaya barulah dikenakan tindaan keras seperti ISA dan sebagainya.

Resolusi Ketiga : Blogger Pembela Negara juga bersetuju ISA atau Akta Hasutan 1948 digunakan bagi mengekang kegiatan mengganggu ketenteraman awam termasuk menyebar fahaman feminin dan Islam Liberal oleh sesetengah NGO bernama Islam terutama SISTER IN ISLAM kerana menghasut rakyat menentang fatwa walaupun fatwa itu tidak terpakai ke atas bukan Islam.Kami bersetuju bahawa ISA masih lagi wajar di dalam mencegah kemungkinan mudarat besar berlaku serta ia tidak mencabul hak asasi manusia. Atau nas nas agama.

Resolusi Keempat : kerajaan perlu menyiasat dengan teliti semua NGO bernama Islam atau tidak, bagi memastika mereka tidak menjadi proksi barat yang ingin menghancurkan kemurnian akidah umat islam di malaysia.

Resolusi Kelima: Semua blogger perlu menyedarkan umat Melayu Islam di Malaysia tentang bahayanya fahaman Islam Liberal oleh Sister In Islam ini, terutamanya yang turut diperjuangkan oleh pemimpin pemimpin PKR sehingga menjadikan Islam sudah jauh berbeza dari akidah dan syariatnya yang asal.

Laporan disediakan oleh,
Panglima Perang Cyber
http://penembak-tepat.blogspot.com

Rabu, November 26, 2008

Bukan Melayu dipinggirkan?

Kepada BPN, kalau dapat, tolong lakukan sesuatu.  Anasir yang nak buat kacau ni, mesti dibanteras.  Sila baca artikal Utusan Malaysia di bawah ini.
 
ARKIB : 25/11/2008

Bukan Melayu dipinggirkan?


Peratusan bukan Melayu dalam sektor awam menurun kerana orang Cina sendiri dikatakan tidak berminat bekerja dengan kerajaan.
- Gambar hiasan


Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, Dr. P. Ramasamy menyalahkan rejim pemerintahan lama dan dasar UMNO sebagai punca wujudnya ketidakseimbangan kaum dalam sektor awam. Lebih ekstrem lagi, beliau mendakwa bahawa permohonan bukan Melayu untuk berkhidmat dalam sektor awam dikoyak tanpa diproses. Pemerintahan UMNO dikatakan menjadi punca ketidakseimbangan kaum dalam sektor pekerjaan negeri dan pusat.

Dalam mengulas isu ini, dakwaan mengoyakkan borang permohonan bukan Melayu amat berat. Kita perlu tahu prosedur dan undang-undang sebelum membuat dakwaan, apatah lagi cerdik pandai seperti Ramasamy yang pernah bergelar profesor semasa berkhidmat di universiti awam.

Semua sedia maklum bahawa segala permohonan perkhidmatan kerajaan diproses oleh Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA) yang kini diketuai oleh Tan Sri Ismail Adam. Beliau pernah mengeluarkan kenyataan satu ketika dahulu yakni, JPA sukar merapatkan jurang antara kaum dalam perkhidmatan awam kerana orang Cina dan India kurang berminat menyertai sektor perkhidmatan awam.

Tidak banyak permohonan daripada bukan Melayu adalah antara faktor utama wujud jurang besar, berbanding pegawai Melayu dalam sektor perkhidmatan awam. Statistik Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) katanya, menunjukkan hanya 1.78 peratus kaum Cina dan 2.5 peratus kaum India daripada 486,802 individu yang memohon untuk menyertai sektor awam tahun lalu. Aspek yang diambil kira dalam pengambilan adalah merit dan kelayakan akademik bukannya kaum.

Kenyataan JPA ini kemudiannya disangkal oleh MCA dalam buletin mereka, The Guardian. Orang Cina mempunyai persepsi bahawa hak mereka dalam perkhidmatan awam seperti peluang mendapatkan biasiswa dan kenaikan pangkat dinafikan oleh kerajaan. Adalah tidak benar bahawa orang Cina tidak tertarik menyertai perkhidmatan awam disebabkan oleh faktor kurang minat dan gaji rendah yang ditawarkan, berbanding sektor swasta.

Statistik berikut dikeluarkan oleh MCA mengenai permohonan sektor perkhidmatan awam berasaskan kaum, sebagai bantahan kepada JPA (The Guardian, Vol 6, December 2007)

Statistik

Saya tidak pasti statistik ini benar atau tidak tetapi, menurut MCA, jurang permohonan ke perkhidmatan awam berasaskan bangsa amat besar (Musa Ile Chong dan Christina Seah, 2007). Mengikut statistik tahun 2005 pula, mereka yang ditempatkan dalam perkhidmatan awam berasaskan kaum adalah, Melayu 77.4 peratus, Cina 9.37 peratus dan India 5.14 peratus.

Berbanding tahun 1971, angka kaum Cina dalam perkhidmatan awam adalah sebanyak 20.2 peratus. Dalam tempoh 35 tahun, angka ini menurun 10 peratus. Kini, kaum Cina dalam perkhidmatan polis berada pada aras di bawah tiga (3) peratus.

Kajian bekas Ketua Pemuda MCA, Datuk Liow Tiong Lai seterusnya pula menunjukkan bahawa orang Cina memang tidak berminat untuk berkhidmat dalam sektor awam sebagai kakitangan bawahan. Kalau ada pun yang berminat, mereka hanya akan memilih sektor yang banyak memberikan pulangan besar yang berpangkat tinggi. Misalnya dalam perkhidmatan polis, daripada 250 belia yang dikaji, lebih 80 peratus mahukan jawatan inspektor berbanding jawatan konstabel.

Kajian ini menunjukkan bahawa orang Cina tidak mahu berada pada kedudukan pangkat rendah. Mereka mahukan kedudukan yang lebih tinggi. Inilah yang saya istilah sebagai ultra kiasu.

Daripada kajian ini, apa yang saya dapat simpulkan adalah trend sengaja menonjolkan yang negatif atau hanya melihat perkara yang negatif, dan sengaja menyembunyikan perkara yang positif semakin menjadi-jadi hari ini. Ia ibarat menangguk di air keruh dan mengambil kesempatan di atas kelemahan politik Melayu hari ini. Lebih malang lagi, kerajaan jarang bertegas.

Apabila tuntutan ekstrem dikemukakan, maka jawapannya setiap kali adalah ia akan dikaji. Malangnya, kajian tidak dibuat-buat. Sedangkan orang lain terus membuat kajian dan mengkaji perkara yang negatif dan menyembunyikan yang positif.

Yang negatif sengaja ditonjolkan dan diuar-uarkan menjadi satu isu besar dan meletup ibarat bom sedia untuk meledak. Bila sesuatu isu itu meletup dan meledak, maka terkial-kiallah pemimpin kerajaan untuk mencari jawapannya. Inilah taktik dan strategi yang digunakan pada hari ini untuk mendapatkan sesuatu yang telah pun mereka dapat, supaya mereka terus dapat dan dapat lebih lagi.

Sedangkan kita sedia maklum, kerajaan telah memberi dan membuka peluang kepada bukan Melayu dalam sektor perkhidmatan awam. Jawatan-jawatan tinggi di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan perkhidmatan awam yang lain telah dibuka. Kita telah lihat muka-muka bukan Melayu berada di sana. Jika bilangan bukan Melayu yang berada pada posisi tinggi tidak ramai, itu adalah adil namanya, sebab peratusan mereka kecil berbanding orang Melayu. Pokoknya, ruang dan peluang telah dibuka oleh kerajaan.

Alasan lain yang boleh saya perturunkan adalah;

(i) menurut kajian, penyertaan kaum Cina tidak bertambah kerana mereka lebih gemar terbabit dalam sektor korporat atau perniagaan sendiri. Ia dilihat sebagai satu kerjaya yang lebih baik berbanding makan gaji dalam sektor awam sekadar cukup makan;

(ii) kenaikan pangkat dalam sektor awam agak sukar disebabkan oleh bilangan kakitangan Melayu agak ramai;

(iii) orang Cina berjiwa besar, bangga dengan tamadun mereka, bongkak (Comber, 2007) dan lebih suka berdikari. Pendek kata, penglibatan dalam sektor perniagaan sendiri telah menjadi darah daging mereka. Maka tidak hairan jika mereka menguasai lebih 70 peratus ekonomi persendirian seperti di Filipina, Thailand, Indonesia dan Malaysia (Amy Chua, 2003);

(iv) awal-awal lagi orang Cina berpersepsi adalah sukar untuk mendapat jawatan dalam perkhidmatan awam kerana sektor ini dibolot oleh orang Melayu atau persekitaran Melayu. Jika berjaya pun mendapatkan sesuatu jawatan itu, terlalu sukar untuk mendapat kenaikan pangkat; dan

(v) orang Cina biasa tidak selesa bekerja dalam persekitaran Melayu, kerana bringing-up atau sosialisasi politik mereka amat berbau perkauman seperti pendidikan, tempat tinggal, media dan sebagainya.

Keadaan ini menyebabkan, majoriti orang Cina (mungkin juga India), lebih selesa bergaul sesama mereka berbanding bangsa lain. Inilah fakta yang mesti dihadapi dan ditangani apabila kita gagal mengintegrasikan dan mengasimilasikan bangsa yang berhijrah.

Tuntutan yang lebih ekstrem lagi, MCA terus mendesak mahukan sektor perkhidmatan awam mestilah mencerminkan populasi kaum iaitu penguasaan 25 peratus orang Cina (The Guardian, Vol 6, December 2007).

Kajian

Persoalannya, kenapakah orang bukan Melayu tidak melihat isu yang sama dalam bidang ekonomi (DEB) seperti yang telah dibincangkan sebelum ini? MCA, DAP dan Gerakan mahukan DEB dihapuskan sedangkan pemilikan ekuiti bumiputera (Melayu) baru mencapai 18 peratus (45 peratus mengikut kajian Lim Teck Ghee), berbanding populasi mereka sebanyak 65 peratus.

Kenapakah MCA tidak membangkitkan mengenai agihan pemilikan ekuiti ekonomi negara berasaskan formula peratusan populasi kaum, 65 peratus bumiputera, 25 peratus Cina dan selebihnya lain-lain kaum, seperti yang dituntut dalam perkhidmatan awam?

Persoalan yang perlu difikirkan bersama, jika bilangan orang Melayu ramai dalam perkhidmatan awam, siapakah pelanggan-pelanggan mereka? Sudah tentu pelanggan-pelanggan mereka adalah orang bukan Melayu (Cina) yang terlibat dalam sektor perniagaan. Misalnya, dalam perkhidmatan sektor pembinaan dan perumahan.

Kita lihat pula berapa ramai orang Melayu diambil bekerja dalam sektor perniagaan orang Cina. Seperti mana yang saya katakan dahulu, kalau ada pun orang Melayu diambil bekerja hanya untuk melariskan perniagaan sahaja, terutama dalam sektor perkhidmatan dan pemakanan. Misalnya, perbankan Islam, orang Islam 'dipergunakan' untuk mendapatkan pelanggan-pelanggan Melayu Islam. Begitu juga dalam sektor pemakanan. Orang Melayu dijadikan sebagai simbol untuk melariskan jualan.

Tidak kurang juga orang Melayu yang dilantik menjadi pengerusi syarikat ini dan itu yang dipunyai oleh orang Cina. Pelantikan dibuat hanya untuk mendapatkan projek dan tender kerajaan semata-mata. Orang Melayu dipergunakan sebagai puppet (patung) untuk mendapatkan keuntungan berjuta dan berbilion ringgit. Sedangkan kita tahu, orang Melayu yang dilantik sebagai pengerusi dalam syarikat tersebut itu hanya dibayar elaun beberapa ribu ringgit sahaja.

Justeru, bagi saya, penurunan peratus bukan Melayu dalam sektor awam tidaklah mengejutkan kerana memang sudah menjadi budaya Cina mereka tidak berminat menyertai sektor awam, apatah lagi sektor keselamatan seperti polis dan tentera. Kerana ia sudah menjadi budaya orang Cina bukan sahaja kiasu (takut kalah) tetapi juga kiasi (takut mati).

Justeru, bagi saya tuntutan DAP yang akan disokong oleh MCA dan Gerakan tidak lama lagi, sekadar untuk mengaburi mata masyarakat agar tuntutan mereka yang lain sebenarnya dipenuhi, bukan kerana jumlah bilangan bukan Melayu yang tidak diproses.

Satu lagi kebimbangan orang Cina ialah mengikut statistik kadar populasi (kadar kelahiran) orang Melayu semakin bertambah berbanding orang Cina yang semakin lama semakin menurun disebabkan oleh kadar kelahiran yang rendah. Ini bermakna, hak-hak Melayu menjadi semakin banyak dan bertambah, manakala hak-hak orang Cina pula semakin berkurangan.

Sekali lagi orang Cina akan menjadi mangsa. Justeru, pelbagai tuntutan mesti dikemukakan (Lee Boon Kok, Temubual, 8 Januari 2007).

Saya tidak menafikan campur tangan politik UMNO dalam perkhidmatan kerajaan, tetapi tidaklah sampai sanggup mengoyakkan permohonan tersebut. Inilah pemikiran ultra kiasu yang selalu saya bangkitkan kalangan pemimpin dan pengikut DAP yang mendakwa mereka adalah jaguh memperjuangkan semua kaum di negara ini atau parti untuk semua kaum. Hakikatnya, parti ini tetap parti Cina yang ultra.

LAPORAN III SIDANG MAYA BLOGGER PEMBELA NEGARA

LAPORAN III SIDANG MAYA BLOGGER PEMBELA NEGARA

LAPORAN PERSIDANGAN MAYA BLOGGER PEMBELA NEGARA 4/2008bertarikh 24 NOVEMBER 2008 HARI SELASA.

Sidang Parlimen Blogger Pembela Negara ( BPN ) semalam telah dihadiri seramai 17 peserta termasuk pemerhati. Jumlah ini menyamai rekod sebelumnya dan ada yang hadir merupakan buat kali pertama. Sidang yang sepatutnya membahaskan tajuk Hudud antara arah PAS dan sikap UMNO ditangguhkan oleh majoriti memandangkan ahli merasa ia satu tajuk yang berat dan memerlukan masa yang banyak untuk mengkajinya.Semakan terkini bagi blog ahli baru yang mendaftar boleh dilihat di senarai blog induk BPN atau di blog Speaker Dewan Parlimen Blogger iaitu Panglima Perang Cyber…Berikut antara agenda yang telah dibincangkan :

1. Logo diterima sebulat suara dan turut dihadiri perekanya iaitu Desperado Blogger Pilihan Anda,,,Namun keputusan berubah kemudiannya apabila Dr Novandri Blogger Minda Intelek mencadangkan untuk mengubah kedudukan keris dan juga saiz. Ahli lain turut sependapat dan mencadangkan untuk warna yang lebih terang lagi.Serta dimasukkan kalimah Allah dan Rasulullah dalam logo seperti komen SangTawal dalam blog Penembak Tepat . Cadangan ini harapnya dibaca oleh Desperado dengan hati terbuka dan sedia berkhidmat demi negara.

2. Desperado juga dilantik mengetuai Biro Multimedia bagi menjadi pakar rujuk kepada permasalahan IT para ahli BPN..Memandangkan kemahirannya di dalam bidang tersebut.

3. Selendang Delima seorang peserta bertaraf Senator ( kerana tidak ada blog ) turut dilantik sebagai Biro Promosi pasukan BPN ini..

4. Sumandak Bayu dipilih sebagai Exco Negeri Sabah. Yang lain belum ada cadangan dan perlantikan lagi setakat ini.

5. Semua besetuju agar ahli ahli memberi laporan melalui Yahoo Messenger kepada Penembak Tepat selaku Speaket Dewan jika mereka menemui blog yang membuat fitnah atau menghasut untuk tindakan lanjut.Seterusnya beliau akan membuat pengumuman kepada pasukan untuk buat tindakan sewajarnya samada digerakkan pasukan untuk menjawab kembali di blog ahli dengan membuat artikel atau memberi komen penjelasan beramai ramai di blog tersebut…

6. Ipoh Malay cadangkan dibuat hari tertentu untuk bahas sesuatu tajuk dan juga dibuat nombor untuk setiap resolusi seperti 3/08 untuk rujukan.. Dicadangkan hari Isnin Rabu dan Jumaat untuk perbahasan. Hari lain untuk perbincangan tentang organisasi BPN..

7. Abang Tuah telah dilantik sebagai Biro Etika dan Tatacara bagi mengawal etika blogger BPN agar sentiasa mengikut lunas undang undang negara Malaysia..

8. Dr Novandri dilantik menjadi Penasihat Blogger Pembela Negara dan Panglima sedang menunggu persetujuan beliau…Jika tidak calon lain akan dipilih..

9. Biro Akhbar dicadangkan kepada sidang dengan melantik Ipoh Malay yang sering menulis kepada utusan Malaysia sebelum ini dan sering juga disiarkan artikelnya di sana.Blog himpunan artikel beliau ialah http://tempelak.blogspot.com/

10. Speaker ( Penembak Tepat ) juga dipersetujui untuk membina Yahoo Group bagi memudahkan edaran email sesama anggota BPN bagi melicinkan lagi gerak kerja semua dalam memerangi musuh negara.

Itulah antara hasil permesyuarahan ahli Parlimen Bloggers dan semoga ia akan menjadi asas kepada pergerakan ini untuk terus cemerlang gemilang dan terbilang dengan SATU SUARA SATU ARAH DAN SATU AKIDAH dalam memberi manfaat kepada Agama Bangsa dan Negara.

Diharap semua ahli menyalin kembali laporan ini untuk disiarkan di blog peribadi masing masing...Diharap semua ahli menyalin kembali laporan ini untuk disiarkan di blog peribadi masing masing...Sekian.


Laporan disediakan olehPanglima Perang Cyber

http://penembak-tepat.blogspot.com/

Selasa, November 25, 2008

Usah malu dikurnia anak OKU

Artikal akhbar.


Usah malu dikurnia anak OKU


PETALING JAYA: "Jangan sesekali malu jika memiliki anak istimewa sebaliknya
berani tampil ke depan mencari bantuan bagi membolehkan mereka belajar cara
berdikari.

"Ini bukan penamat tapi satu permulaan memberi kehidupan yang lebih baik
memandangkan mereka tidak mampu menguruskan diri sendiri," kata Evelyn Chan.

Beliau yang memiliki anak terencat akal berkata, kehadiran cahaya mata itu
menjadikannya sentiasa berfikiran positif dan mahukan perkara terbaik untuk
anaknya itu.

Menurutnya, sejak anaknya berusia 18 bulan lagi dia bangkit mencari bantuan
sewajarnya bagi memastikan satu hari nanti anaknya boleh menguruskan diri
tanpa bantuannya.

Kini, selepas 26 tahun akhirnya ketekunannya menjalankan terapi anaknya,
Gerald Chan, membuahkan hasil walaupun hanya sedikit tapi sekurang-kurangnya
dia boleh berjalan sendiri tanpa bantuan.

"Satu masa nanti saya takkan mampu lagi mengangkatnya dan dia takkan terlalu
mengharapkan saya dalam semua perkara," katanya ketika ditemui pada sidang
media di Karnival Amal Pusat Latihan Kanak-Kanak Istimewa di sini, semalam.

Sementara itu, Timbalan Presiden Pertubuhan Orang Terencat Akal Selangor dan
Wilayah Persekutuan (SSMH), Fadillah Yakin, berkata cabaran terbesar
dihadapi adalah daripada ibu bapa sendiri.

Beliau berkata, tidak dapat dinafikan kebanyakannya malu mengakui bahawa
mereka memiliki anak istimewa dan memilih berdiam diri dan menyembunyikan
hakikat itu daripada pengetahuan umum.

"Tindakan itu salah kerana ia menjadikan anak istimewa terlalu bergantung
pada ibu bapa bagi melakukan semua perkara," katanya.

Fadillah berkata, kutipan dana RM87,000 berjaya dipungut melalui karnival
itu dan kebanyakannya diperoleh daripada syarikat besar tempatan yang
sentiasa menyokong aktiviti amal.

Hanya 500 dapat kerja

Hanya 500 dapat kerja
Oleh Rosmaliana Aida Mohd Adnan
rosmaliana@hmetro.com.my


KUALA LUMPUR: Hanya 500 daripada 9,000 golongan cacat penglihatan yang
berdaftar di Jabatan Tenaga Kerja diambil bekerja dalam sektor swasta kerana
majikan tidak yakin kemampuan mereka.

Penasihat Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia (MAB), Dr Wong Huey
Siew, 39, berkata, walaupun hakikat itu perit diakui, tetapi terdapat
majikan tidak mengetahui cara berurusan dengan golongan terbabit.

Beliau yang juga pensyarah bahagian sosiologi, psikologi dan moral di sebuah
universiti swasta berkata, majikan beranggapan golongan ini tidak mampu
memberikan komitmen terhadap tugas seperti orang lain.

"Tidak dapat dinafikan, kami tidak boleh melihat tapi ini tidak bermakna
pergerakan kami terbatas dan mengharapkan simpati orang lain untuk hidup,"
katanya.

Menurutnya, jika dipanggil ditemuduga ada cara tertentu boleh digunakan
bersesuaian untuk mereka yang cacat penglihatan.

"Untuk itu, pendekatan lisan adalah lebih bersesuaian memandangkan golongan
ini tidak boleh melihat tapi boleh mendengar serta bercakap.

"Jangan bersikap diskriminasi dengan memandang rendah terhadap keupayaan
kami kerana ia tidak adil," katanya ketika ditemui di pejabat MAB di sini,
semalam.

Wong berkata, kini terdapat pelbagai teknologi yang mampu membantu OKU cacat
penglihatan bekerja, malah melayari Internet.

"Majikan boleh menambah perisian Jaws menggunakan suara memberi arahan
kepada penggunanya menaip perkataan serta melayari laman web berkaitan.

"Malah, telefon bimbit juga mempunyai perisian sama yang mana membolehkan
kami menggunakannya seperti orang normal.

"Oleh itu diharapkan setiap majikan memberi peluang kepada OKU seperti kami
untuk turut sama merasai bidang kerja bersesuaian dengan tahap pendidikan
yang ada," katanya.

RESOLUSI BANTAHAN PENGGUGURAN TULISAN JAWI OLEH KERAJAAN PAKATAN

RESOLUSI BANTAHAN PENGGUGURAN TULISAN JAWI OLEH KERAJAAN PAKATAN RAKYAT DI PULAU PINANG


Alhamdulillah, dengan izin Allah swt, seramai lebih kurang 17 ahli Parlimen Blogger Pembela Negara samada yang lama dan baru dapat sama-sama berkumpul dan berbincang bersama untuk mengutarakan pendapat dan sokongan padu mengenai resolusi bantahan pengguguran tulisan jawi oleh kerajaan Pakatan Rakyat di Pulau Pinang.

Kami ahli BPN telah bersama berbincang dan mencadangkan beberapa persoalan dan masalah yang timbul di kala pengguguran tulisan jawi di papan tanda yang menjadi isu dan hal yang dibangkitkan kerajaan Pakatan Rakyat di negeri-negeri kekuasaan mereka lebih-lebih lagi oleh pemimpin-pemimpin bukan melayu pakatan rakyat.

( Kepada rakan-rakan BPN, sila maklumkan che moq jika terdapat maklumat atau info yang tidak dinyatakan semasa perbincangan di sini. )

Justeru, kami dengan sebulat suara mengusulkan:

1. Penggunaan bahasa selain bahasa kebangsaan di papan tanda jalan tidak dapat diterima selain mendapat kelulusan dan penilaian pihak yang lebih arif dan patut bertanggungjawab untuk memartabatkan bahasa kebangsaan contohnya Dewan Bahasa dan Pustaka. Isu ini harus diteliti dan perhalusi kerana di kebanyakan negara utama industri pelancongan, negara maju dan kuasa besar dunia tidak juga mengaplikasikan papan tanda pelbagai bahasa kerana lebih menghormati bahasa kebangsaan.

2. Pengguguran tulisan jawi di papan tanda di kawasan Wilayah Persekutuan tidak harus berlaku kerana tulisan jawi juga adalah bahasa kebangsaan dan tiada unsur pencabulan Perlembagaan Persekutuan berlaku, malah disesetengah tempat seperti di Johor Bahru dan lain-lain bandar besar, ianya diterima masyarakat.

3. Setiap individu beragama Islam di negara ini seharusnya menguasai tulisan jawi, menekankan penguasaan tulisan jawi pada anak-anak mereka dan juga memartabatkan jawi sebagai tulisan yang melambangkan identiti melayu bagi memastikan tulisan jawi menjadi tulisan kedua umat Melayu-Islam dinegara ini dan dengan ini, sebarang usaha memartabatkan jawi tidak dipandang sinis oleh mana-mana pihak lebih-lebih lagi kepada bukan melayu kerana kita sendiri menghargai tulisan jawi sebagai tulisan budaya melayu zaman berzaman.

4. Dewan Bahasa dan Pustaka sepatutnya diberi kuasa sebagai badan rujukan untuk membuat penilaian atas spesifikasi papan tanda jalan yang hendak dibangunkan oleh PBT termasuklah menjadi pihak rujukan kerajaan tempatan dalam meluluskan lesen papan tanda premis-premis perniagaan untuk semakan penggunaan bahasa melayu yang betul dan sempurna.

5. Tindakan individu dan pemimpin Melayu dalam Pakatan Rakyat membiarkan isu-isu sensitif islam dan tulisan jawi yang digunakan untuk pengajian agama Islam-Melayu ratusan tahun dahulu ternoda dek kerana mengejar agenda peribadi adalah tindakan menghina dan meminggirkan tulisan dan agama rasmi Malaysia secara perlahan-lahan kerana mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang melayu islam

6. Semua orang Islam dan juga bukan islam dari semua parti politik tidak kira pengikut mahupun pemimpin diseru hendaklah didesak hentikan tindakan mempertikaikan isu-isu sensitiviti masyarakat yang telah dipersetujui dalam kontrak sosial dan perlembagaan sebelum ia akan menjadi tragedi 13 Mei yang boleh mengancam keselamatan negara kita yang turut dihuni oleh pelbagai bangsa dan agama.

7. Suara bloggers perlu menjadi suara persepakatan dalam satu tujuan membetulkan kepincangan yang berlaku dalam politik yang didalangi oleh mereka yang berkepentingan peribadi dan politik tanpa mengira kesan yang akan timbul kepada perpaduan dan keamanan negara kita

Ahli-ahli Blogger Pembela Negara akan menyiarkan resolusi ini di setiap laman blog masing-masing bagi menarik perhatian orang ramai dan pengunjung untuk turut serta memperjuangkan perkara yang telah diperbincangkan di konferensi sidang maya pada 24 November 2008.Kerjasama para ahli BPN amat diharapkan demi merealisasikan suara kita tersebar kepada rakyat.

Kami percaya apabila usaha ini dibuat secara kolektif dan bersepadu, pihak kerajaan akan terpanggil untuk melaksanakannya. Perbincangan selanjutnya akan dibincangkan dari semasa ke semasa untuk melahirkan satu suara yang relevan lagi bermanfaat bagi semua rakyat Malaysia.

Oleh itu, adalah diharap pihak-pihak yang terlibat segera mengambil tindakan sewajarnya. Semoga perjuangan kita dapat melahirkan suasana masyarakat majmuk yang lebih erat dan harmoni.

Sekian terima kasih dari saya.

Che Moq a.k.a http://che-moq.blogspot.com
Setiausaha Parlimen Blogger Pembela Negara

______________________________________________________________ _


tambahan : Blogger yang tidak 'bersungguh sungguh' memberi sokongan dengan membuat senarai ahli BPN dan juga tidak menyiarkan resolusi dianggap tidak berminat dan akan diputuskan samada dikekalkan dalam senarai atau tidak selepas 14 hari diberi peluang untuk mengemukakan alasan atau melaksanakannya.

Perjuangan memerlukan tindakan bersepadu dan bersepakat dan tidak ada lagi prejudis atau persepsi negatif sesama ahli blogger yang ingin membina SUARA BLOGGER yang kuat dan hebat impaknya...Walaupun kita bukanlah blogger yang hebat dan tinggi hitsnya atau terkenal di Malaysia.

Perbahasan semalam turut disertai ahli PAS dan suasana perbahasan sangat hangat sehingga masa sepatutnya tamat jam 11 malam terlajak ke 11 40 malam.. Namun suasana ukhwah sesama ahli sidang dapat dilihat dengan mereka berlapang dada memberi pendapat dan menerima kritikan.

Syabas kepada semua....
< /FONT>

Ahad, November 23, 2008

RESOLUSI SIDANG PARLIMEN BLOGGER 23 NOVEMBER 2008 BERKAITAN ISU HARGA BARANG KHUSUSNYA DI SABAH SARAWAK

RESOLUSI SIDANG PARLIMEN BLOGGER 23 NOVEMBER 2008 BERKAITAN ISU HARGA BARANG KHUSUSNYA DI SABAH SARAWAK

Bloggers Pembela Negara yang bersidang secara maya pada 23 November 2008, jam 9.00pm-10.00pm atas tajuk :

"Bagaimanakah kita boleh membantu Sabah, khususnya dan semua negeri umumnya bagi merendahkan harga barangan?"

Kami telah mengenalpasti bahawa kegagalan menurunkan harga barangan walaupun kerajaan telah menetapkan harga siling dan menurunkan harga petrol adalah disebabkan sikap para peniaga, dan bukannya  kerana masalah kos terutamanya kos pengangkutan, termasuk di Sabah.

Justeru, kami dengan sebulat suara mengusulkan:

1. Para petani dan pengusaha produk asas tani diberi insentif khas sebagaimana para pesawah dan nelayan. Insentif ini boleh diberikan berdasarkan produktiviti mereka. Contohnya, jika mereka mengeluarkan sayur kangkung bernilai RM10 maka kerajaan patut membayar insentif sekurang-kurangnya 50% iaitu berjumlah RM15 kepada petani tersebut. Oleh itu, mereka mendapat tambahan pendapatan yang meninggikan kuasa membeli mereka.
 
 2. Kedegilan pihak pemborong di Sabah untuk menurunkan harga barangan keperluan dikenalpasti sebagai akibat kurangnya persaingan daripada pemborong lain. Selama ini para pemborong sedia ada telah memonopoli pasaran dan membina rangkaian tersendiri sehingga berupaya menentukan harga secara wewenang. Oleh itu kami mengesyorkan para pemborong daripada kaum lain termasuklah kaum India-Muslim untuk menyertai pasaran di Sabah.
 

 3. Kerajaan perlu melantik syarikat GLC bagi mewujudkan rangkaian pengedaran bagi memberi saingan kepada pemborong sedia ada. Persainagn yang sihat akan memberi lebih pilihan kepada pengguna dan mampu mengawal kualiti serta harga pengguna.

4. Pihak kementerian iaitu KDNHEP perlu menguatkuasakan semua peraturan dan ketetapan yang telah diputuskan oleh kerajaan.

Kami akan menyiarkan resolusi ini di setiap blog kepunyaan Bloggers Pembela Negara (BPN) bagi menarik perhatian orang ramai untuk turut serta memperjuangkan perkara ini. Kami percaya apabila usaha ini dibuat secara kolektif dan bersepadu, pihak kerajaan akan terpanggil untuk melaksanakannya.

Oleh itu, adalah lebih baik pihak-pihak yang terlibat segera mengambil tindakan menurunkan harga barang agar perkara ini dapat diselesaikan dengan cara yang baik.

Sekian terima kasih.


Disediakan oleh :

CHEGUMAN  ( BLOGGER WAADAT )
& lt; /DIV>

Wah, dah ada perkumpulan blog

Tahniah pada Panglima Perang Cyber yang telah mengwujudkan satu perkumpulan bloggers.  nanti mungkin dalam comment, bolehlah dia cerita.

 

Dia juga ada ajak aku joint persidangan para bloggers di YM.  Tapi aku terpaksa tolak.  Bukannya taknak joint.  Tapi, ada sebab-sebab tertentu.

 

1.  Aku takut nanti komputer hang.  Maklumlah dia ambik banyak memory.

2.  Aku sibuk nak explore software.

3.  Aku kena tolong kawan-kawan yang ada masalah komputer.

 

ha, sebab tulah payah nak joint.

 

Tahniah dan moga team ini akan dapat menegur pihak-pihak yang suka buat fitnah dan buat cerita bohong dalam blog mereka.

kebenaran mengatasi kebatilan

Dulu, TPM, teruk difitnah pasal kes pembunuhan wanita Monggolia.  Tapi beliau tetap tabah menghadapi itu semua.  Dan semasa kempen pilihanraya di Permatang Pauh, beliau telah bersumpah di sebuah mesjid mengatakan beliau tidak pun mengenali wanita Monggolia tersebut.  Beliau amat tenang dalam menghadapi situasi ini.  Beliau langsung tidak kelihatan resah-gelisah mahu pun melatah di atas segala fitnah yang menimpa beliau.  Tetapi, beliau menghadapinya dengan tabah, tenang dan bersifat berserah pada tuhan yang maha esa.

 

Dan, seperti mana kata orang, kebenaran, tetap mengatasi kebatilan.  Pada Rabu lepas, semasa Razak Baginda mengadakan sidang media, beliau dengan tegas telah menafikan segala apa yang difitnahkan terhadap TPM.  Penafian beliau ini amat besar kesannya bagi kita semua dan Malaysia.  Ini terutamanya, TPM dan keluarga di mana, nama TPM telah dibersihkan oleh Razak Baginda.  Nampaknya, tuhan telah memakbulkan doa orang yang telah dizalimi.

 

Tapi kita perlu ingat.  Fitnah terhadap TPM tetap dijalankan juga oleh mereka yang hitam hatinya.  Mereka ini, hidup berpaksikan syaitan, iblis dan hawa nafsu, bukannya berpaksikan taqwa kepada tuhan.

 

Telah ada cakap-cakap kononnya Razak telah diberi sejumlah wang.  Sebab itu, dia membela TPM.  Di sini saya ingin menasihatkan, jangan percaya dengan semua ini.  Ingat, kebatilan pasti akan kalah pada kebenaran.

Sabtu, November 22, 2008

Akhirnya bertanding jua

Dan akhirnya, tok Sharizat isytihar nak cabar boss dia Tan sri Rafidah.  Bagus tok.  Inilah yang dikatakan keberanian.  Berani menyahut dan mendengar pendapat rakyat-rakyat bawah.  Tahniah.

 

Tan sri dalam statement yang disiarkan kat buletin utama kata, dia kecewa dengan plan peralihan yang telah dipersetujui tetapi tidak menjadi.  kepada Tan sri, manusia hanya merancang, tapi, tuhanlah yang menentu segalanya sama ada benda tu nak jadi atau pun tidak.  Tan Sri janganlah berasa kecewa.  Anggaplah ini sebagai takdir serta qada dan qadar dari yang maha esa.

 

Fikirlah hikmah di sebalik semua kejadian ini.  Mungkin ada kebaikannya apa yang menimpa ke atas Tan sri ini.  Usahlah Tan sri berasa kecewa dan gundah gulana di atas semua yang terjadi ini.

 

Lagi pun, Tan Sri harus inggat, parti lebih penting dari individu.  Ini pun Tan sri pernah kata bukan?  Oleh itu, kata harus dikota.  Demi kerana parti dan ahli-ahli Umno yang inginkan perubahan, maka, Tan sri haruslah memberikan suatu pengorbanan buat parti.  Tak rugi kalau berkorban.

 

Mereka yang hendakkan perubahan, bukannya sudah tidak suka pada Tan Sri.  Mereka juga tahu jasa Tan sri terhadap Umno selama ini.  Cuma sekarang, mereka mahukan orang baru untuk meminpin.  orang baru dengan idea-idea yang baru dan segar.

 

Kepada Tok Sharizat pula, bertandinglah mengikut saluran yang betul.  Ingat, kalau dah rezeki akan menang jawatan ketua wanita, rezeki takkan ke mana.  Tuhan yang menentukan segalanya.  Pesanan ini juga ditujukan kepada semua yang nak bertanding jawatan.  Ingat, kalau bertanding secara tak sihat, jawatan yang dipegang nanti tidak halal.  mahukah kita bagi anak keluarga kita makan duit haram?

 

Selamat berjaya tok Sharizat dan terima kasih Tan sri Rafidah atas jasa Tan sri selama di Umno.  menang atau kalah, terima sajalah nanti demi kerana parti.

Selasa, November 18, 2008

Minyak dah turun. bagaimana pula dengan harba barahg keperluan?

Aha, hari ni, minyak turun lagi 15 sen.  Dah lima kali minyak turun sejak bulan Ogos.  Dan, penulis yakin, minyak akan turun lagi.  Ini, tidak boleh disanggah.  Terima kasihlah kepada kerajaan yang begitu perihatin dengan masalah yang dihadapi oleh rakyat.

 

Tetapi, minyak dah turun lima kali, adakah harga barang juga dah lima kali turun?  Rasanya, belum.  Inilah sikap peniaga.  Belum diumumkan harga naik, awal-awal lagi mereka dah memandai-mandai menaikkan harga barang.  Tetapi, apabila disuruh turunkan harga barang, mereka begitu liat sekali hendak mengikutnya.  pelbagai alasan yang diberikan.

 

Kepada para pengguna termasuk penulis, bertindaklah dengan bijak untuk memaksa para peniaga menurunkan harga barangan dan kepada pihak berkuasa, buatlah pemantauan yang lebih ketat supaya para peniaga yang tidak bertanggungjawab ini, dapat diambil tindakan ke atas mereka.

Isnin, November 17, 2008

Penternakan babi di Kedah.

petang tadi, penulis ada dengar berita.  penulis agak terkejut dan seolah-olah tidak percaya bila terdengar berita bahawa MB Kedah nak buat projek penternakan babi macam kat Selangor tu di Kedah.  Alasan yang diberi, permintaan tempatan dah meningkat.

 

Hari ini dalam sejarah.  Apa sudah berlaku sekarang?  kenapa babi mesti menjadi pilihan?  Tidak bolehkah penternakan lain dibuat selain babi?  Apakah orang bukan islam akan merana atau mati jika tidak makan babi?  Apa dah jadi ni?  Bukankah babi itu dalam agama islam kata haram?  Orang nak kurangkan penternakan babi, tapi ini sebaliknya yang berlaku.  Apa dah jadi dengan Pas sekarang?  kenapa sampai jadi seteruk ini?

 

Kenapa tidak buat penternakan ayam itik atau lembu kambing?  Dan yang paling penulis terkejut, cadangan ini datang dari orang islam.  Dan kena ingat, mejoriti penduduk Kedah, bukankah melayu dan sudah semestinya, mejoriti penduduk Kedah beragama islam.  Tapi, kenapa babi?  kenapa tidak ayam, itik, lembu, kambing, kerbau atau lain-lain projek yang membawa faedah?

 

Dan tolonglah, janganlah mengaitkan orang bukan islam dengan babi.  ya betul saya ada makan babi juga.  Tapi kena ingat, bukan semua orang bukan islam makan babi.  Sudah kedapatan generasi muda bukan islam yang tak sentuh babi langsung.  kata mereka, babi itu racun.

 

kenapa sekarang, orang islam sendiri sudah berani tidak menghormati agama mereka?  Bukankah Pas itu parti islam?  kenapa jadi begini?  Saya berharap, ianya yakni penternakan babi di Kedah, tidak akan menjadi kenyataan.

Bahasa melayu terkenal di China dan dunia

Pada hari Khamis yang lalu, penulis telah mendengar siaran Radio Antarabangsa China atau pun rengkasnya, CRI.  Dan, salah satu rancangannya ialah tentang pengajaran bahasa melayu di institut pengajian di China.

 

Kini, bahasa melayu sudah mula terkenal di negara China.  Ramai yang berminat hendak mempelajari bahasa kebangsaan negara kita kerana kata mereka, bahasanya mudah dan mereka ingin mempelajari dengan lebih dekat tentang orang melayu.

 

Apa yang mengagumkan saya ialah salah seorang profesor di sana, begitu fasih sekali berbahasa melayu.  malah, lebih fasih 100 kali ganda daripada orang cina di negara kita Malaysia.  Malahan, ada orang cina di negara kita ni, langsung tak boleh nak berbahasa melayu.

 

menurut profesor tersebut, beliau akan cuba sedaya-upaya menolong institut pengajian di sana yang ingin memulakan pengajian bahasa melayu.  Beliau begitu bersemangat sekali untuk mengembangkan bahasa melayu di China.  menurut beliau, bahasa melayu juga sudah mula terkenal di serata pelusuk dunia.

 

Nah pembaca sekelian, lihatlah.  Orang luar begitu sekali menyanjung dan kagum serta bersemangat ingin belajar dan memperkembangkan bahasa melayu.  Tetapi orang negara kita?  Sudah terbalik.  Ingin sekali menjatuhkan mertabat dan maruah bahasa kebangsaan kita.  Mereka lebih membanggakan bahasa asing daripada bahasa kebangsaan sendiri.  mereka dengan beraninya menyatakan bahawa untuk maju, bahasa asing harus diutamakan.  Apakah dengan bahasa kebangsaan, kita tidak boleh maju?

 

Ya benar.  Tak salah belajar bahasa asing untuk kemajuan.  Tetapi, janganlah kerana kemajuan, maruah dan mertabat bahasa kebangsaan hendak dijadikan korban dan bahasa asing pula yang hendak disanjung dan dipuja.  Pihak berkuasa harus mengambil tindakan yang segera untuk menghapuskan anasir-anasir yang tidak sihat ini.

Sabtu, November 15, 2008

Tahniah YB Azhar Ibrahim

Di sini, penulis ingin mengucapkan setinggi tahniah kepada ketua pembangkang Dun Pulau Pinang Datuk Azhar Ibrahim kerana telah menolak tawaran elaun RM 1000 dari kerajaan ini.  Ini melambangkan bahawa datuk seorang yang berjiwa rakyat.  Memang benar, wang sebanyak itu dapat juga digunakan untuk membantu rakyat negeri Pulau Pinang yang miskin.  Dan, datuk bertindak bijak dengan tidak menerima elaun tersebut.  Ini kerana, apabila elaun itu diterima, datuk akan menghadapi kesukaran untuk menyuarakan apa-apa yang dirasakan perlu dibangkang.  Jadi sekali lagi, tahniah buat datuk.

Khamis, November 13, 2008

Apa dah jadi kak Fidah?

ha, exco wanita Umno dah mesyuarat dan kak Fidah kata, depa setuju jawatan ketua wanita Umno punya peralihan kuasa tetap pada Jun 2009.  Tub-tub lepas statement tu, mai pulak Dato kamaliah kata, dia tetap nak tanding naib ketua.  Dia kata, naib ketua dan ketua harus ditentukan oleh ahli.  Ha lepas tu, mulalah wanita bersuara.  mejoriti tak setuju.

kak Fidah oi, orang dah tak setuju.  Orang nak peralihan kuasa diselaraskan pada Mac ni.  jadi, ikut sajalah kak Fidah.  Demi kerana parti, kak Fidah berkorbanlah.  Tak rugi kalau kak Fidah berkorban kak.  Nah tengok, ahli dah bising.

 

Kepada kak Sharizat pula, saya rasa, elok bertanding saja jawatan ketua wanita tu.  Pasti akak akan menang.  Akak kena ingat jugak, suara ramai mahukan akak bertanding.  Kalau tak, apa pasai akak dapat sampai 70 lebih pencalonan?  Akak janganlah pandang sepi suara ramai.  Suara ramai perlu diberi perhatian kak.  Apa yang suara ramai nak, lebih penting dari apa yang exco mau kak.  Exco tak kuat tetapi, suara ramai yang kuat.  Kalau dah suara ramai kata akak kena tanding jawatan ketua, maka sahutlah seruan mereka.  jangan abaikan.

 

Akak jangan hampakan para ahli wanita kak.  mereka nampaknya, mahukan perubahan.  Ikut kehendak mereka.  mereka nak akak jadi ketua sebab mereka percaya pada akak.  Mereka percaya akak akan membawa perubahan pada wanita Umno.

 

Kepada kak Fidah pula, memanglah tidak dinafikan jasa kak Fidah selama berpuluh tahun dalam Umno.  Tapi, perubahan harus berlaku.  Saya sarankan, akak lepaskan sahaja jawatan ketua wanita pada Mac.  Berikan jawatan tersebut kepada kak Sharizat seperti yang dimahukan oleh suara ramai.  Walau pun kak Fidah mendapat 100 lebih pencalonan, tetapi, pencalonan kepada kak Sharizat, usah diambil ringan.

 

Tidak rugi berkorban kerana parti.  Walau pun sekarang kita tidak dihargai, tetapi, biarlah sejarah yang menghargai kita.  Ingat, penghargaan manusia, tidak penting.  Tetapi amat penting, penghargaan dari tuhan yang maha esa.  Biarlah tuhan membalas pengorbanan akak ini.  Balasan tuhan adalah lebih bagus dan mulia daripada balasan oleh manusia.

Ahad, November 09, 2008

Kenapa terlalu membela melayu?

Dua hari lepas, saya ada berbual dengan seorang rakan.  Dia bertanya, kenapa aku terlalu membela melayu dalam blog aku.  Ha, di sinilah titik permulaan aku nak cerita.

 

Aku beritahunya, aku bukannya membela melayu secara membuta-tuli.  Tetapi, aku membela kerana memikirkan, sejarah tidak boleh tipu.  Aku memberitahunya, jika sesiapa yang tahu tentang sejarah Malaysia, sudah tentu dia akan menulis seperti aku.

 

Parti pembangkang telah mengambil kesempatan untuk memutarbelitkan fakta sejarah sebab mereka tahu, generasi kini banyak yang tidak memahami sejarah malaysia.  Sebab itu, generasi muda dengan mudah telah diperdayakan oleh golongan yang tidak bertanggungjawab.

 

Aku memberitahu temanku ini, bahawa, jika hendak menyalahkan orang, salahkanlah generasi terdahulu kita yang datang ke malaysia.  Sebab apa mereka datang ke sini?  Sebab apa tidak duduk saja di tanah asal?  Jadi sekarang, kenalah menerima hakikat siapa kita walau pun hakikat itu amat pahit untuk ditelan.

 

Aku juga memberitahunya bahawa nusantara ini memanglah tempat orang melayu.  Ini adalah suatu hakikat yang langsung tidak boleh dinafikan.  Sejarah tidak akan menipu kita tetapi kita sendiri yang tidak memahami sejarah.

 

jadi, itulah serba sedikit perbualan aku dengan rakanku itu.  Secara rengkasnya, sejarah tidak akan menipu kita cuma, kita sendirilah yang harus memahami sejarah itu.

Jangan bermain api

 

Jangan bermain api


DATUK IBRAHIM ALI, Ahli Parlimen Pasir Mas.


Dalam arena politik tanah air, nama Datuk Ibrahim Ali sudah tidak perlu diperkenalkan lagi. Walaupun berhadapan dengan risiko, Ibrahim tetap lantang memperjuangkan sesuatu isu.

Kini sebagai Ahli Parlimen Bebas yang mewakili kawasan Pasir Mas, Kelantan, Ibrahim terus bersuara di Parlimen dan paling ketara apabila tercetus isu berkaitan dengan hak-hak istimewa orang Melayu. Tanpa mempedulikan sama ada ia dicetuskan oleh parti kerajaan atau pembangkang, sesiapa juga yang cuba mengganggu gugat kedudukan orang Melayu dan Islam, maka Ibrahim akan bangun menentang dengan nada yang keras.

Dalam pertemuan dengan wartawan Mingguan Malaysia, ZULKIFLEE BAKAR di pejabatnya, Ibrahim melahirkan perasaan tidak puas hati terhadap tindakan sesetengah pihak yang terus mempertikaikan hak orang Melayu. Bagi beliau, tindakan mereka ibarat bermain api dan boleh mengakibatkan tercetusnya permusuhan antara kaum di negara ini. Justeru Ibrahim yang merupakan Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) mahu pihak-pihak tertentu memberhentikan tindakan mereka.

Ini kerana tegas beliau, isu perkauman yang dimainkan sekarang dianggap lebih serius berbanding apa yang berlaku pada tahun 1987 yang menyaksikan kerajaan melancarkan 'Operasi Lalang' bagi mengawal keadaan.

Ibrahim tidak menolak kemungkinan bahawa tindakan sesetengah parti memainkan isu berkaitan kaum ini adalah demi survival politik mereka.

Beliau juga turut mengkritik sikap tidak tegas pihak-pihak yang berkenaan sehingga memungkinkan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan semakin tercabar serta tergugat.

MINGGUAN: Walaupun boleh mengundang perbalahan kaum, namun isu-isu berkaitan hak istimewa orang Melayu terus dimainkan oleh pihak tertentu, apa pandangan Datuk?

IBRAHIM: Mereka yang melakukan perbuatan berkenaan sengaja mahu menyemarakkan api dalam sekam. Maka sebab itu saya melihat tindakan Majlis Raja-Raja mengeluarkan kenyataan baru-baru ini berhubung kedudukan orang Melayu adalah satu perkara yang serius dan ia diperkuatkan lagi dengan pandangan oleh Sultan Perak, Sultan Azlan Shah.

Pada pandangan saya, perkara ini kalau tidak ditangani segera ia boleh mengundang mala petaka seperti mana tragedi 13 Mei 1969. Sememangnya kita tidak mahu peristiwa hitam itu berulang, tetapi saya bercakap soal hakikat sebab keghairahan pihak tertentu menyentuh isu-isu asas Perlembagaan negara iaitu Islam sebagai agama rasmi, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, kedaulatan Raja-Raja Melayu dan hak keistimewaan orang Melayu serta hak kerakyatan bagi kaum lain boleh mengundang bahaya.

Kita lihat dalam konteks Islam, ia sudah cuba digugat melalui isu-isu murtad. Semua ini berlaku kerana wujudnya apa yang dipanggil dasar liberalisasi. Ia adalah satu dasar yang cukup bahaya. Liberalisasi tidak boleh dibuka secara total kerana ia akan dikaitkan pula dengan hak asasi manusia, dasar keterbukaan dan lain-lain. Walaupun mengakui hak keadilan sejagat tetapi kita ada landasan dan prinsip-prinsip yang harus kita hormati. Dalam sesebuah negara ia ada sejarah dan undang-undang, begitu juga Malaysia yang mempunyai Perlembagaannya. Semua perkara yang sudah terkandung dalam Perlembagaan seharusnya tidak diganggu gugat tetapi malangnya kita melihat apa yang berlaku adalah sebaliknya. Selepas agama Islam, kini pihak-pihak tertentu cuba pula menganggu gugat bahasa Melayu. Ini jelas apabila Kerajaan negeri Pulau Pinang meluluskan permohonan pihak berkuasa tempatan untuk menggunakan bahasa lain di papan-papan tanda jalan.

Kenapa selepas agama, kelompok berkenaan cuba pula menganggu bahasa Melayu, apa motif tindakan itu?

IBRAHIM: Ini kerana dalam isu-isu lain mereka sudah mencapai apa yang dikehendaki. Ia termasuklah juga dalam soal ekonomi dan pendidikan. Kepada mereka, ekonomi sudah tidak lagi menjadi isu kerana mereka sudah menguasai 60 peratus daripada ekonomi negara malah kini mereka tidak mahu mendengar lagi soal Dasar Ekonomi Baru (DEB) sebaliknya bercakap soal meritokrasi dan kesamarataan.

Bagi bidang pendidikan pula, mereka sudah dapat apa yang mereka mahu apabila kerajaan begitu terbuka membenarkan kewujudan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) yang dinaungi oleh mereka. Oleh kerana semua isu sudah dianggap selesai mereka kini cuba pula menyentuh soal agama Islam dan bahasa Melayu. Mereka cuba menuntut supaya layanan diberikan sama rata dalam amalan beragama. Ini adalah satu tuntutan yang salah kerana apa pun keadaan Islam adalah agama rasmi negara ini.

Biarpun kita membenarkan agama-agama lain bebas dianuti sama seperti juga bahasa lain yang dibenar digunakan tetapi Islam tidak boleh disamakan dengan agama lain. Maknanya, mereka tidak boleh kata atas dasar bebas beragama, mereka berhak bersuara dan layanan mesti sama ertinya kalau mahu bina masjid ia mesti disertai dengan pembinaan kuil atau gereja. Ini tidak boleh dilaksanakan kerana ia berteraskan kepada Islam adalah agama rasmi.

Agama lain tidak berhak mendapat kesamarataan dalam banyak perkara terutama berkaitan dengan peruntukan daripada kerajaan dan sebagainya. Begitu juga bahasa Melayu walaupun kita benarkan bahasa Inggeris atau bahasa lain untuk digunakan tetapi ia tidak boleh diletakkan setaraf dengan bahasa Melayu. Ini kerana bahasa Melayu dijamin dalam Perlembagaan, jadi apabila kita mempertahankan perkara ini kita bukan rasis sebab perkara ini ada dalam Perlembagaan.

Soal rasis tidak timbul kerana setakat ini belum pernah ada mana-mana pertubuhan bukan kerajaan Melayu menganjurkan satu forum atau seminar bercakap mempersoalkan hak kerakyatan kaum lain. Justeru apabila ada orang mempersoalkan hak Melayu, ia adalah satu tindakan menghina asas Perlembagaan dan mencuit perasaan orang Melayu.

Sekarang sudah wujud pula tanggapan bahawa soal ketuanan Melayu tidak penting?

IBRAHIM: Ketuanan Melayu adalah soal panggilan sahaja, apa yang perlu difahami ialah asal usul sesebuah negara itu ada tuannya. Kalau mereka mengatakan Melayu adalah pendatang, ia adalah satu kenyataan yang melampau. Ini yang saya maksudkan menyemarakkan api dalam sekam. Dalam Perlembagaan, walaupun kaum lain diberi hak kerakyatan tetapi mereka orang luar yang kita terima menjadi rakyat. Kita orang Melayu tidak ada masalah kerakyatan kerana kita adalah penduduk pribumi asal, itu maksudnya.

Apa yang perlu kita tegaskan ialah soal bangsa menyentuh nadi sesebuah negara. Cuba lihat di Indonesia atau negara-negara lain, semangat nasionalisme mereka terhadap bangsa bukan kecil, kalau sesiapa menyentuhnya ia boleh mencetuskan huru-hara.

Jadi ini yang membimbangkan kita dan saya lihat pemimpin-pemimpin tertentu semakin ghairah membuat kenyataan berhubung isu hak orang Melayu. Apa yang membimbangkan isu menyentuh perkauman ini lebih dahsyat daripada apa yang berlaku pada tahun 1987 yang menyaksikan pihak berkuasa terpaksa melakukan 'Operasi Lalang' bagi mengawal keadaan.

Tetapi ada di kalangan pemimpin Melayu sendiri turut memainkan sentimen yang sama?

IBRAHIM: Saya tidak menafikan semua ini berlaku kerana ada juga beberapa pemimpin Melayu yang saya sifatkan tidak sedar diri. Mereka ini bercakap atas dasar liberalisasi akibatnya ia menyebabkan kaum lain begitu bermotivasi. Semua kerana ada pemimpin Melayu yang membuat kenyataan-kenyataan menyentuh soal Melayu semata-mata demi agenda politik iaitu untuk mendapat sokongan dan meraih undi. Akhir sekali yang akan menanggung kerugian akibat perbuatan pemimpin-pemimpin berkenaan ialah orang Melayu.

Mereka mengagungkan liberalisasi dengan menganggap ia adalah perjuangan bagi keadilan sejagat dan menyifatkan tidak perlu wujud kontrak sosial. Lebih mengecewakan ada pihak mengatakan tindakan mempertahankan kaum Melayu sebagai tidak Islamik. Hakikatnya, walaupun memang jelas Islam menjaga kepentingan kaum-kaum lain tetapi dari perspektif lain, adalah menjadi kewajipan kita untuk mempertahankan agama Islam dan kedudukan bahasa Melayu. Kalau kita merujuk kepada Piagam Madinah, ia sebenarnya kontrak sosial.

Ini kerana apabila pelbagai puak berkelahi dan Rasulullah SAW menubuhkan negara Islam, mereka patuh kepada langkah itu dan diwujudkan beberapa perkara bagi menjaga kaum-kaum tertentu. Dalam konteks Malaysia, Perlembagaan itulah kontrak sosialnya. Ertinya kontrak sosial itu adalah satu perjanjian yang dizahirkan sebelum kita mencapai kemerdekaan. Ia diputuskan oleh semua kaum dan diterjemahkan dalam bentuk Perlembagaan, ini termasuklah menjadikan Islam sebagai agama rasmi dan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Semua itu termasuk dalam kontrak sosial yang melibatkan perjanjian antara rakyat dengan negara, bukannya antara kaum.

Berdasarkan konteks itulah kaum lain diberikan kerakyatan kerana kesetiaan mereka kepada negara bererti mereka perlu setia kepada Perlembagaan. Di negara-negara lain keadaan lebih teruk apabila kaum minoriti tidak boleh menggunakan nama asal keturunan mereka. Contoh di Indonesia, semua nama jalan di negara itu menggunakan nama Indonesia begitu juga di Thailand, semua itu dilakukan demi menjaga nasionalisme bangsa masing-masing.

Ada yang berkata kelantangan kaum lain tercetus kerana mereka melihat politik orang Melayu semakin lemah, adakah Datuk bersetuju dengan pandangan ini?

IBRAHIM: Kalau mereka mengambil perhitungan ini mereka silap. Kita sememangnya menghormati keputusan yang dibuat oleh rakyat melalui pilihan raya tetapi parti-parti yang menang tidak semestinya boleh mengganggu gugat asas Perlembagaan negara atau cuba menguji kesabaran orang Melayu. Mereka boleh soal hak masing-masing dalam bidang tertentu tetapi jangan kaitkan dengan asas Perlembagaan negara ini, sebab itulah saya bersetuju dengan pandangan Sultan Azlan Shah bahawa kalau timbul kelemahan dalam satu-satu dasar, mekanismenya yang harus diperbetulkan bukannya menghapuskan dasar tersebut.

Adakah mungkin kelemahan kita sendiri mendaulatkan bahasa Melayu menyebabkan kaum lain bertindak menggugat kedudukan bahasa itu?

IBRAHIM: Hakikatnya, kelemahan orang Melayu dalam soal ini terlalu banyak. Sebagai contoh, menteri sendiri membenarkan IPTS menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar, malah ia diburukkan lagi dengan kewujudan semakin banyak sekolah jenis kebangsaan. Kalau beginilah keadaannya macam mana kita hendak memastikan bahasa Melayu terus disatukan, ertinya digunakan oleh semua kaum?

Seperkara lagi, mereka mendakwa integrasi boleh diwujudkan melalui kesamarataan, bagi saya ini adalah satu pendapat yang amat salah. Mereka perlu memahami bahawa bukan sahaja dasar Perlembagaan menyatakan dengan jelas mengenai kedudukan orang Melayu malah dari segi majoriti penduduk pun, orang Melayu merupakan kaum majoriti.

Ada pandangan bahawa parti-parti tertentu kini mula memainkan isu perkauman demi survival politik mereka.

IBRAHIM: Sebenarnya itulah yang sedang mereka lakukan. Ia berasaskan kepada matlamat mereka menuju ke arah apa yang dipanggil konsep pelbagai kaum seperti mana diamalkan oleh Parti Keadilan Rakyat dan DAP. Bagaimanapun jika kita mengkaji perjalanan parti-parti berkenaan mereka tidaklah mengamalkan perkara itu sepenuhnya, malah kalau benar mereka mahu mengamalkan politik pelbagai kaum, DAP boleh melantik seorang Melayu menjadi Setiausaha Agung, tetapi itu tidak dilakukan biarpun DAP mendakwa mereka parti pelbagai kaum.

Dalam soal bahasa Melayu, apakah benar sikap tidak tegas dalam melaksanakan undang-undang menyebabkan kedudukannya semakin terancam?

IBRAHIM: Saya sudah banyak kali menyatakan bahawa bukan sahaja dari segi pelaksanaan bagi mendaulatkan bahasa Melayu kita lemah malah kalau ada orang gugat bahasa itu pun kita tidak mengambil tindakan.

Ini adalah satu sikap yang salah kerana dalam Akta Hasutan sudah menyatakan dengan jelas bahawa lima perkara asas yang termaktub dalam Perlembagaan tidak boleh disentuh atau diungkit. Kita perlu faham bahawa apa juga perkara yang termaktub dalam Perlembagaan perlu dilaksana dan dikuatkuasakan, sebab itulah saya pernah mencadangkan kepada kerajaan menubuhkan jawatankuasa di peringkat kementerian dan kerajaan negeri bagi mengkaji sejauh mana dasar-dasar dan program kerajaan yang dibuat bersesuaian dengan Perkara 153 Perlembagaan.

Bagaimana kita hendak menyedarkan orang Melayu supaya memahami ancaman yang ada di hadapan mereka?

IBRAHIM: Bagi saya cendekiawan dan ilmuwan Melayu termasuk alim ulama harus tampil ke hadapan dan bersuara serta memberi pendapat dan kena berani bercakap.

Dalam usaha mengelakkan ketegangan kaum, apa nasihat Datuk kepada ahli-ahli politik?

IBRAHIM: Saya pun orang politik dan sebagai orang politik masing-masing ada agenda dan cita-cita, saya tidak mahu hipokrit. Apa pun jangan sampai menang tetapi jadi arang, ertinya tiada makna negara ini membangun dengan segala kemajuan tetapi akhirnya ia musnah. Itu mungkin berlaku sebab isu kesamarataan kaum akan mengambil jangka masa panjang untuk diselesaikan.

Oleh itu jangan bermain dengan api kerana jika mereka terus berbuat demikian orang tua-tua kata 'rumah akan terbakar' akhirnya semua rakyat negara ini menderita. Mungkin pihak tertentu akan berhujah bahawa orang Melayu yang mengapi-apikan sesuatu perkara tetapi cuba kaji siapakah yang sering membuat ucapan mempertikaikan kedudukan Melayu dan siapa pula yang menganjurkan forum menyentuh mengenai sensitiviti orang Islam?

Kalau kita hendak mengamalkan sikap menuding jari, ia tidak akan menyelesaikan masalah. Mungkin mereka tidak berpuas hati dengan pelaksanaan beberapa dasar kerajaan tetapi semua kelemahan itu boleh diperbaiki kerana peluang masih banyak dan masa depan masih cerah untuk semua pihak. Apa yang penting masing-masing kena bersabar. Selain itu bagi pemimpin-pemimpin Melayu pula, kalau mahu bertolak ansur biarlah kena pada tempatnya. begitu juga kaum lain kalau hendak menuntut biarlah kena pada tempatnya.

Saya juga mengajak semua orang Melayu untuk memahami, biarpun kita berbeza fahaman politik tetapi kita perlu ingat bahawa kita datang daripada satu agama iaitu Islam, jadi paling tidak kita harus bersatu atas nama Islam atau atas roh Melayu. Kalau ada semangat ini insya-Allah kita akan selamat, kalau tidak maka berakhirlah masa depan orang Melayu dan kaum pribumi di negara ini.

 

Sedingin salju berkata:  Inilah padahnya jika orang melayu sendiri tidak memertabatkan bahasa kebangsaan.

Rintihan bahasa Melayu

ARKIB : 04/11/2008

Rintihan bahasa Melayu

SUDAH 51 tahun bahasa Melayu menjadi bahasa kebangsaan Malaysia. Dalam tempoh itu berbagai perubahan berlaku di dalam sistem pelajaran dan pentadbiran bertujuan mendaulatkan bahasa kebangsaan. Rakyat berbilang kaum fasih berbahasa kebangsaan. Sistem pentadbiran kerajaan berjalan lancar tanpa gangguan serius.

Namun tidak dapat dinafikan wujudnya beberapa kelemahan berpunca dari transisi bahasa Inggeris ke bahasa Melayu. Tetapi ia bukanlah sesuatu yang boleh membantut kelicinan pentadbiran dan pembangunan negara. Sebagai contoh ratusan ribu kalaupun tidak jutaan pelajar Malaysia yang berjaya melanjutkan pelajaran ke luar negara dan mendapat kejayaan cemerlang.

Sebagai sebuah bekas jajahan British, ramai rakyat negara ini khususnya golongan lama yang besar di zaman penjajahan berasa satu macam nostalgia terhadap bahasa Inggeris. Lantaran itu seringkali kedengaran rintihan tentang merudumnya taraf bahasa Inggeris di kalangan generasi muda termasuk pegawai-pegawai kerajaan. Ini tidak dapat dinafikan.

Tetapi dalam banyak hal ia dibesar-besarkan oleh berbagai pihak dengan berbagai sebab tertentu. Antaranya oleh orang Melayu sendiri. Setiap hari akhbar-akhbar dipenuhi dengan rintihan dan tangisan tentang betapa lemahnya bahasa Inggeris khususnya di kalangan pegawai dan pelajar Melayu.

Tetapi tidak ada orang Melayu yang tidak mahu pandai dalam bahasa Inggeris. Cuma sistem pembelajaran sahaja yang kurang berkesan. Malahan orang Melayu menerima hakikat bahawa bahasa Inggeris adalah bahasa kedua negara. Kalau sistem lemah ia perlu dikaji semula. Namun martabat bahasa kebangsaan tetap dipelihara.

Perkembangan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan boleh disamakan dengan konsep mobiliti yang pernah penulis pelajari lebih 30 tahun lalu. Umpamanya anak seorang penoreh getah memasuki universiti, apabila tamat belajar dan bekerja, cara hidup dan pemikirannya berubah. Sudah pandai makan bersudu dan paling penting sudah ada tandas di dalam rumah tidak seperti ketika kecil-kecil di kampung.

Perbezaan ini semakin ketara apabila anak orang kampung ini berkahwin dan mendapat anak. Anak-anak yang dilahirkan di bandar-bandar sudah tidak mahu makan belacan dan tempoyak kerana busuk. Mereka juga lebih senang bercakap bahasa Inggeris sesama sendiri meskipun kadang-kala tak ubah macam rojak atau pasembur Pulau Pinang.

Ketika bahasa Thai, Indonesia dan Tagalog digunakan dengan menyeluruh di dalam dan luar negara, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan semakin dipersoalkan. Agak kaget apabila melihat sekumpulan belia Indonesia keturunan China bercakap bahasa Indonesia sesama sendiri di sebuah pasar raya di Los Angeles, baru-baru ini.

Akhbar Melayu

Berdasarkan kepada loghat Amerika yang tebal (ketika bercakap dengan juruwang di kaunter) penulis rasa mereka bukannya lahir di Indonesia. Kemungkinan juga mereka datang ke Amerika ketika masih kecil. Tetapi apa yang menarik meskipun dilahirkan di Amerika mereka masih berbahasa Indonesia sesama mereka. Tiba-tiba sahaja penulis rasa rindu dengan Lagu Ayah dan Ibu nyanyian Allahyarham Sudirman.

Seperti mana anak kampung yang lebih selesa makan dengan sudu (baik juga untuk kesihatan), kecintaan orang-orang Melayu terhadap bahasa kebangsaan nampaknya semakin tipis. Ini jelas kalau dikaji dari jumlah akhbar-akhbar Melayu yang dijual setiap hari. Ini adalah andaian yang paling mudah.

Penulis amat terkejut apabila membaca satu rencana di akhbar ini beberapa hari lalu yang jumlah jualan harian setiap akhbar utama Melayu hanya kira-kira 200,000 naskhah. Ini sesuatu yang tidak dapat dipercayai dibandingkan dengan jumlah orang Melayu yang dianggarkan kira-kira 16 juta dari 26 juta penduduk.

Kalaulah sepuluh peratus orang Melayu membeli akhbar-akhbar Melayu sudah pasti jumlah akhbar-akhbar yang dijual melebihi 1.5 juta sehari. Bagaimana pula sikap orang-orang UMNO terhadap Utusan Melayu/Malaysia umpamanya yang sering dianggap sebagai lidah rasmi UMNO.

Dewasa ini ahli-ahli UMNO dianggarkan seramai 3.2 juta orang. Kalau 10 peratus orang UMNO membeli akhbar-akhbar terbitan Utusan Melayu sudah pasti jumlah yang dijual melebihi 320,000 naskah. Ini tidak termasuk rakyat Malaysia secara keseluruhannya. Apakah orang-orang UMNO sendiri tidak membeli akhbar-akhbar yang dianggap sebagai lidah rasminya.

Selain daripada itu, Ahli-ahli Parlimen dan Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) UMNO yang beratus-ratus orang itu tidakkah teringin melanggan akhbar-akhbar Melayu untuk kegunaan balai-balai raya, perpustakaan dan sekolah-sekolah di kawasan masing-masing. Berapalah sangat harga akhbar-akhbar tersebut dibandingkan dengan undi dan sokongan yang diberi.

Bagaimana pula dengan bahagian-bahagian dan cawangan-cawangan UMNO sendiri. Tidakkah mereka juga berhasrat melanggan akhbar-akhbar untuk kegunaan masyarakat di dalam bahagian masing-masing. Apa salahnya beli kalaupun tak suka dengan berita-berita yang disiarkan. Setidak-tidaknya boleh dibuat bungkusan goreng pisang atau untuk melindungi dari hujan sekiranya terlupa membawa payung. Harganya pun bukanlah mahal sangat.

Ini satu fenomena yang amat malang. Pejuang-pejuang Melayu di zaman menuntut kemerdekaan bermati-matian berjuang untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi. Sehingga ia diterima dan termaktub di dalam perlembagaan negara dan dasar pelajaran kebangsaan.

Ekoran itu penulis sekali lagi ingin menekankan betapa pentingnya matapelajaran sejarah diajar di sekolah-sekolah dari peringkat rendah dalam apa sahaja aliran (sains atau sastera) hingga ke peringkat universiti. Selain daripada itu matapelajaran politik dan sistem pemerintahan hendaklah dijadikan matapelajaran wajib kepada pelajar-pelajar menengah tinggi dan universiti.

Bahasa khususnya bahasa kebangsaan bukanlah sesuatu yang hanya cantik untuk dijadikan hiasan sebaliknya dipraktikkan. Ia adalah identiti sesebuah negara. Setiap negara di dunia mempunyai bahasa kebangsaannya sendiri dan bahasa ini digunakan seluas-luasnya baik di sekolah, universiti atau pentadbiran seharian. Masalah tidak akan selesai sekadar mencampuradukkan satu dua mata pelajaran di dalam bahasa asing.

Dalam konteks Malaysia isu pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris masih diperdebatkan. Ada di kalangan orang Melayu sendiri khususnya di bandar-bandar yang mahukan kedua-dua matapelajaran ini terus diajar di dalam bahasa Inggeris. Pokoknya setiap dasar hendaklah memenuhi kehendak majoriti dan berfaedah kepada negara. Paling penting setiap pelajar hendaklah berlumba di atas padang yang sama rata.

Mungkin benar juga kata pepatah Melayu "Lain padang lain belalang". Begitu juga dengan cita rasa generasi baru termasuk orang-orang Melayu sendiri yang dibesarkan dalam suasana mewah hasil perjuangan orang-orang terdahulu. Nampaknya sistem pelajaran yang dikatakan tempang ini berjaya membuka minda dan membolehkan rakyat berfikir dengan lebih kritikal.

Lalu penulis terfikir panjang kenapa Allahyarham Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak dan pemimpin-pemimpin terdahulu memilih bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara dan tidak bahasa Inggeris umpamanya. Sedangkan sebelum merdeka bahasa Inggeris adalah bahasa rasmi. Bukankah lebih mudah terus menerus menggunakan bahasa Inggeris. Paling menarik mereka adalah berlatarbelakangkan sistem pelajaran Inggeris.

 

Sedingin salju berkata:  Adakah bahasa melayu akan berkubur?





Arkit blog