Selasa, Februari 19, 2019

Teley MAB isnin, 18 Febuari, 2019.

Tele MAB no. 775
Isnin, 18 Februari 2019
No. tel.: 03-22722687

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Terdapat 3 pengumuman baharu, 3 pengumuman lama dan 1 pengumuman buku,

1.    Pertandingan Membaca Braille MAB.

Pertandingan ini akan diadakan pada hari Sabtu, 6 April, 9.30 pagi di Dewan MAB, dengan hadiah-hadiah wang tunai. Sebanyak 4 kategori iaitu Bahasa Melayu 25 tahun dan ke bawah dan 26 tahun dan ke atas dan Bahasa Inggeris 25 tahun dan ke bawah dan 26 tahun dan ke atas. Sila berdaftar dengan Cik Roslina di samb. 150.

2.    Mesyuarat kelab-kelab.

Semua kelab di bawah MAB diminta untuk menghantar 2 orang wakil ke mesyuarat ini. Sila berikan nama, no. telefon dan nama kelab kepada penyambut tetamu. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi En. Fadhil di  samb. 177 atau 017-3202221.

3.    Sumbangan buku-buku dari Perpustakaan Negara.

10 keping CD telah diterima oleh Perpustakaan MAB. 3 tajuk dalam Bahasa Melayu adalah: Angkasa Lepas, Genetik dan Tabiat Makan untuk Kesihatan.

4.    Nyanyian bersama Inggeris Pertama 2019.

Acara ini akan diadakan pada Sabtu, 2 Mac, 1.30 petang hingga 4.30 petang di Pusat Warga Emas OKU Penglihatan. Bayaran sebanyak RM2.00. Sila berdaftar dengan Pn. Violet di 22742576.

5.    Penukaran Kad OKU.

Mereka yang berminat untuk menukar Kad OKU yang lama dan telah rosak, sila bawa bersama salinan fotostat Kad Pengenalan dan Kad OKU ke MAB. Sila hubungi Cik Aqilah di samb. 173.

6.    Kem Perubatan di MAB.

Kem ini akan diadakan pada hari Sabtu, 23 Februari, 10.00 pagi hingga 3.00 petang. Ia termasuklah ujian darah bagi paras gula, memeriksa tekanan, ketinggian dan berat, imbasan mata dan bicara tentang ginekologi dan obstetrik, nutrisi dan bantuan kecemasan. Semua OKU Penglihatan, rakan-rakan dan saudara-mara dijemput hadir. Sila berdaftar dengan penyambut tetamu.

7.    Di sini ada sebuah buku Audio Bahasa Melayu untuk dibaca.

Tajuknya adalah Warna Suasana oleh S. M. Mahsuri.

Terima kasih,

Ikhlas
En. Godfrey Ooi
Cik Roslina Mohamed.

Tele MAB no. 775
Monday, 18 February 2019
Tel. no.: 03-22722687

Hello friends,

There are 3 new, 3 old and 1 book announcements,

1.    MAB Braille Reading Competition.

This will be on Saturday, 6 April, 9.30 am at The MAB Hall, with cash prizes. The four categories are Bahasa Melayu 25 and below and 26 and above and English 25 and below and 26 and above. Please register with Ms. Roslina at ext. 150.

2.    Meeting of the clubs.

All the clubs under MAB are requested to send 2 representatives to the meeting. Give your names, phone numbers and name of the club to the receptionist. For more info, please call Mr. Fadhil at ext. 177 or 017-3202221.

3.    Donation of the books by The National Library.

10 cds have been received for the MAB Library. 3 titles in Bahasa Melayu are: Angkasa Lepas, Genetik and Tabiat Makan untuk Kesihatan.

4.    First English Sing Along 2019.

This will be on Saturday, 2 March, 1.30 to 4.30 pm at The Elderly Blind Centre. The fee is RM2.00. Please register with Mrs. Violet at 22742576.

5.    Changing th OKU Card.

Those interested to change the old and damaged OKU Card, bring along the IC and OKU Photostat to MAB. Please call Ms. Aqilah at ext. 173.

6.    Medical Camp in MAB.

This will be on Saturday, 23 February, 10.00 am to 3.00 pm. It includes blood test for sugar, check on pressure, height and weight, eye-screening and talks on genecology and obstetrics, nutrition and first aid. All the blind, friends and relatives are invited. Please register with the receptionist.

7.    Here’s a Bahasa Melayu audio book to read.

The title is Warna Suasana by S. M. Mahsuri.

Thank you,

Regards,
Mr. Godfrey Ooi
Ms Roslina Mohamed.

PENGUMUMAN TAMBAHAN.

PENGUMUMAN TAMBAHAN.

Assalamualaikum wbt.


    Berikut adalah pengumuman tambahan.
Persatuan Orang-orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS)

PERTIS melalui Biro Kesejahteraan dan Khidmat Komuniti dengan
kerjasama Persatuan Kebangsaan Kanser Malaysia (NCSM) akan
menganjurkan program Pemeriksaan percuma Mammogram Dan Pap Smear untuk
wanita.  Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi kesedaran
kepada kaum wanita betapa pentingnya pengesanan awal kanser
terutamanya kanser payudara dan kanser serviks.  Berikut adalah
kriteria yang diperlukan untuk menjalani pemeriksaan ini:

1.      Warganegara Malaysia.
2.      Berumur 40 tahun ke atas untuk mammogram dan 21 tahun ke atas untuk pap smear
3.      Pendapatan isi rumah sebanyak RM 5,000 ke bawah.
Berikut adalah maklumat lanjut mengenai pemeriksaan tersebut:

Tarikh:         9 Mac 2019 (Sabtu).
Masa:           8:30 pagi.
Tempat: Klinik Kesihatan dan Saringan Kanser NCSM.
Bas akan disediakan dan akan bertolak dari Kompleks MAB pada pukul 8
pagi.  Untuk pendaftaran, sila hubungi Puan Ruslina di Ibu Pejabat
PERTIS Gombak di talian 03-40212631.  Program ini terhad untuk 40
orang terawal sahaja.

Terima kasih.


--
*Muhammad Shahril Azrie bin Zainudin*
*Setiausaha Agung Persatuan Orang-orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS)*

Jumaat, Februari 15, 2019

engumuman PERTIS februari dan mac 2019

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
 
Pengumuman dari biro penerbitan dan pembangunan modal insan pertis.
 
Satu forum ke arah pemahaman gagasan oku muqarrabun sebagai wadah pembangunan modal insan dan penyampaian kitab hadith 40 kepada institusi terpilih akan di adakan pada ketetapan berikut
 
Tarikh 24 februari 2019
Masa 9 pagi hingga 1 tengah hari
Tempat dewan dr ismail salleh mab
 
Sehubungan dengan itu pihak pertis mengalu-alukan muslimin dan muslimat untuk menghadiri program tersebut. Tempat terhad kepada 150 orang sahaja,
 
Untuk tujuan pendaftaran sila hubungi puan ruslina di talian 03-4021 2631 pada waktu pejabat.  Makan tengahhari di sediakan.  Pendaftaran akan ditutup sebaik sahaja kuota di penuhi.
 
Terima kasih.
 

Pengumuman dari biro Pendidikan dan Dakwah PERTIS
 
PERTIS melalui Biro Pendidikan dan Dakwah akan menganjurkan Program
Tanyalah Ustaz seperti ketetapan berikut:
 
Tarikh:  3 Mac 2019, Ahad.
Tempat:  Dewan MAB, Brickfields, Kuala Lumpur.
Masa:  9:00 pagi hingga 1:00 tengahari.
 
Dijemput kepada semua ahli PERTIS untuk menyertai program tersebut.  Kepada ahli yang mempunyai soalan untuk di ajukan kepada ustaz, sila hantarkan soalan anda kepada Cik Raihah Bt Pauzi, menerusi email : raihah91@gmail.com atau hubungi pertis brickfields di talian : 03-2276 2634. 
 
Tarikh tutup menghantar soalan adalah pada 22 mac 2019.
 
Untuk pendaftaran dan maklumat lanjut, sila hubungi Cik Raihah
Binti Pauzi di talian ?03-22762634,  di pejabat PERTIS  Brickfields.
 
Terima kasih.
 

PENGUMUMAN DARI BIRO BELIA PERTIS
 
Perhatian kepada semua ahli PERTIS. Biro Belia akan mengadakan PROGRAM KEM JATI DIRI BELIA ISLAM PERTIS, ketetapan adalah seperti berikut:
 
  Tarikh: 29-31 Mac 2019 (Jumaat-Ahad).
  Tempat: Kem Rivertercare Chalet & Cafe Ulu Yam Selangor.
  Penyertaan: 40 orang sahaja.
  Umur peserta : 18 hingga 35 tahun
  Yuran penyertaan:  RM30.00 bagi yang ahli, manakala RM50.00 bukan ahli
 
Maklumat yang diperlukan adalah:
 
1) Nama penuh
  2) Nombor kad  pengenalan
  3) Nombor telefon bimbit
  4)  Sais t-shirt
  5) Nama waris
  6) Nombor telefon waris
 
Untuk pendaftaran dan bayaran sila berhubungi Cik Siti Najiha ditalian 03-22762634.
 
Tarikh akhir pendaftaran dan bayaran program ini adalah 28 Feb 2019 (Khamis).
  Keutamaan akan di beri kepada mereka  yang telah menjelaskan bayarannya.
 
Sekian, terima kasih.

Arkit blog