Sabtu, Ogos 31, 2013

Menghadiri upacara pembakaran mayat Lee Sai Sam.

 

Pada Khamis, 29TH Ogos, aku dan Ah Hong telah menghadiri upacara pembakaran mayat rakan kami, Lee Sai Sam. Kami bertolak jam 12:00 tengahari. Sampai di Green Lane berlaku kesesakan jalan. Kami sampai di tempat upacara dijalankan di Mount Eskeme pada lebih kurang jam 1:20 minit tengahari. Kami dibawa masuk ke dewan. Di dewan upacara mengikut adat-istiadat orang keristian sedang berjalan. Aku tak taulah apa mereka cakap sebab mereka cakap mandarin. haram sepatah pun aku tak faham apa yang depa cakap, doa dan nyanyikan tu.  Aku dan Ah Hong duduklah di situ seperti dua batang tunggul kayu.  Dan aku pula, memuat naik status fb dan twitter.

Tidak lama kemudian, upacara selesai. Aku dan Ah hong dibawa keluar oleh para petugas gereja. Sebelum keluar, Ah Hong telah sempat meminta kebenaran supaya kami dapat meraba keranda rakan kami, Lee Sai Sam.

Pihak gereja membenarkannya. lalu, petugas itu membawa aku dan Ah Hong pergi ke sebuah meja di mana terletaknya keranda rakan kami, Lee Sai Sam. Inilah pertama kalinya aku dapat meraba sebuah keranda. kami meraba di bahagian cerminnya. Amat sejuk sekali cermin tersebut kerana ada ais di dalamnya. petugas gereja memberitahu kami, muka Lee Sai Sam kelihatan senyum gembira. menurut petugas itu lagi, cermin yang kami raba ni akan ditutup dan seterusnya akan dibawa ke tempat pembakaran. menurutnya lagi, harga paling murah untuk sebuah keranda ialah RM 1800.

Kami pun keluar dari dewan gereja itu. Kini keranda sudah mula diusung keluar dan dibawa ke kenderaan khas untuk dibawa ke tempat pembakaran.

Ada rakan mencadangkan supaya kami tak payah ikut pergi. Tapi, kami membantah dengan alasan, nak tengok sahabat karib kami buat kali terakhir. jadi, kami pun ikutlah pergi ke tempat pembakaran mayat. kami dibawa oleh seorang petugas gereja dengan kereta.

Apabila sampai di tempat pembakaran, kami sekali lagi pergi meraba keranda Lee Sai Sam buat kali penghabisan. Kali ini, rakan kami iaitu Roslin dan kakak Lee Sai Sam iaitu Yati, juga pergi raba keranda tersebut. Kami diberikan sekuntum bunga tiap seorang untuk diletakkan di atas keranda sebelum keranda tersebut ditolak masuk ke bilik pembakaran.

Selepas itu, kami dibawa berdiri di suatu sudut. Dan, upacara doa dan nyanyian pun dimulakan. Dan, seperti biasalah, aku haram sepatah pun tak faham sebab ianya dalam bahasa mandarin.

Semasa upacara sedang berjalan, salah seorang petugas telah memaklumkan kepada kami bahawa, keranda telah ditolak masuk ke dalam bilik pembakaran. maka tahulah kami bahawa, pembakaran mayat akan dijalankan sebentar lagi.

Tidak lama kemudian, kedengaran bunyi enjin seperti enjin lori. maka tahulah kami, pembakaran sudah pun dimulakan.

Selang beberapa ketika, isteri Lee Sai Sam, Beh Sok Kee telah memberikan sedikit ucapan. Beliau mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi hadir dan kepada semua yang membantu menguruskan mayat suami beliau.

2:35 petang, upacara selesai. kami dibawa duduk di sebuah kerusi panjang. Selang beberapa ketika, aku dan Ah Hong pun berangkat ke St. Nicholas. kami dibawa oleh seorang petugas gereja. Sementara Roslin dan kakak lee Sai Sam telah balik ke seberang tanah besar.

2:45 petang. Aku dan Ah Hong tiba di St. Nicholas. Di sana, tempat pertama kami pergi ialah bilik unit braille. Di sana, ada tiga orang sedang bertugas iaitu Seong, Chok Siew Lee dan Gomis. mereka sedang tekun bekerja. Dan sebelum kami ke bilik unit braille, kami pergi toilet terlebih dahulu.

jam 3:00 petang. Beredar dari bilik unit braille. Kami telah terserempak dengan saudara Robert Maidin. kami bercerita sebentar tentang Lee Sai Sam. mengungkit kenangan-kenangan manis bersama Lee Sai Sam.

3:15 petang, pergi pula berbual dengan Linda Caple. Tentang Lee Sai Sam juga. Linda sedang sibuk membuat persiapan untuk jualan amal yang akan berlangsung di St. Nicholas Home Bagan jermal pada 7TH September ini.

3:30 petang, pergi tunggu teksi. 3:48 petang, teksi datang. kami pun balik. Aku sampai di rumah jam 4:27 petang.

Selasa, Jun 18, 2013

KL Febuari bahagian tiga akhir.

24TH Febuari Ahad.
    jam 6:00 pagi, aku dah pun terjaga dari tidur. hari ini, tibalah masanya untuk balik. Aku pun terus pergi mandi dan bersiap yang sewajarnya. Radio siaran Hitz.fm masih lagi berbunyi.

Jam 6:30 pagi, Eu Khoon pun pergi mandi. Ini diikuti oleh aku pada kira-kira lebih kurang jam 7:00 pagi. Semasa aku mandi, Eu Khoon sedang sibuk berbual dengan seorang rakan lama kami dari Johor Bahru iaitu Suhaily kamarudin. Agak panjang lebar juga perbualan mereka tu.

Selepas mandi, pada kira-kira lebih kurang jam 8:00 pagi, sementara menunggu waktu pergi naik teksi ke stesen bas Jalan Duta, aku sempat lagi tengok siri anime di tv3.

jam 8:30 pagi, bertolaklah dengan teksi ke stesen bas jalan Duta sambil ditemani oleh Eu Khoon kerana dia pun dah nak balik rumah.

Apabila sampai di stesen bas Jalan Duta, aku dibawa oleh pemandu teksi ke tempat duduk menunggu bas. Dan kemudian, pemandu teksi itu pun berlalu pergi.

Lebih kurang jam 9:30 pagi, bas pun tiba. Aku dibawa pergi menaiki bas oleh seorang pemuda. "Bolehkah"? Dia bertanya. "Boleh'. "Dah biasa dah". Aku menjawab.

Kini, aku sudah berada di atas bas. Ha, semasa datang, pemandu bas pasang lagu-lagu klasik. Ni masa balik pulak, pemandu bas pasang lagu-lagu tahun 90-an. Dia pasang CD ni. Dek kerana terlalu penat, aku pun tidurlah atas bas.

Lebih kurang jam 2:00 petang, bas pun tibalah di stesen Sungai Nibung. Selama lima minit aku menunggu kawan aku. Aku sampai di rumah pada kira-kira lebih kurang jam 2:30 petang.

Habis.

Sabtu, Jun 08, 2013

KL Febuari bahagian dua.

Sabtu, 23RD Mei.  Lebih kurang jam 6:00 pagi, aku terjaga dari tidur. pagi itu, cuaca amat sejuk. penghawa dingin di bilik tidak dihidupkan. Aku tak bolehlah tidur bawah penghawa dingin. itu mencari nahas namanya. Sebabnya, tak biasa.

Jam 6:30 pagi, seperti biasa, pergi gosok gigi, mandi dan yang sewaktu dengannya. Dan selepas aku dan Eu Khoon dah bersiap-siap, kami pun nak turunlah pi sarapan. Dan sebelum turun, Eu Khoon telah menelefon Nasir. Kami pun turunlah. Kami pergi ke gerai makcik sombong.

Depa kata la ni kedai tu bukan dijaga oleh makcik sombong dah. Depa kata anak dia dah take over dah kedai tu. Betuikah tak betui, yang tu aku tak tau. yang penting, nak makan.

Sesampai di gerai makcik sombong, kedengaran suara Nasir memanggil. Aku dan Eu Khoon pergi duduk semeja dengan nasir. Aku memesan sepinggan mi goreng. Dan tak lama kemudian, mi goreng datang. Adoi, mi goreng tu nak cerita, bukan hangat, tapi, dah sejuk dah. Adoilah hai.

Sedang aku mentekedarah mi goreng, ada orang menepuk bahu aku. Oh, rupanya, bekas pengerusi SBm Pulau Pinang, Md Akhir.  Dia kata, tadi anaknya ada menegur aku. Tapi apa nak buat, tak dengarlah pulak. kami bersembang rancak sambil aku makan.  Md Akhir kata, dia taknak makan sebab dah makan tadi. Jadi, kami pun berbuallah sambil aku menyuapkan mi goreng sejuk ke mulut aku. Mi goreng ni memang sejuk pun. Bila depa angkat mai tadi pun, dah sejuk dah.

Selepas aku pekena mi goreng sejuk, aku makan pulak nasi lemak sepinggan. ha, nasi lemak ni, bagoih. Sebab apa? Sebab dia masih panas. Bila panas-panas, barulah syiok nak makan.

Sedang aku mentekedarah sambil bersembang dengan Md Akhir, tiba-tiba kedengaran suara Fadzlin dan isterinya datang. Isteri Fadzlin memberitahu kepada Fadzlin apakah menu-menu yang ada kat kedai makcik sombong tu. Lepas tu Fadzlin pun pesanlah apa dia nak makan.

"Khai Eong, bulih dak aku bagi duit kat hang, hang tolong bayak sat yuran SBM kat aku"? "hang balik satni, hang bayak sat". Fadzlin meminta tolong kepada aku. Ha, alang-alang dia pun ahli Pulau Pinang, ambik sajalah duit tu. "Lepaih hang bayak, resit tu hang suruh depa pos mai na"?  "habak kat depa, pakai alamat MAB". Fadzlin berpesan panjang lebar.

Selepas dah mentekedarah semua dan dah bayar semua, aku dan Eu Khoon berangkat pulang. nasit telah beredar dari situ awal lagi sebab dia perlu hadiri mesyuarat MP yang akan berlangsung pada jam 9:00 pagi. Dan makanan pagi itu ditaja oleh Eu Khoon.

Jam 8:30 dah kembali semula ke bilik hotel.  Eu Khoon pula, dah pergi kerja.  Apabila dah sampai di hotel, seperti biasalah, lepas makan, masuk toilet.  Itu dah wajib dah.  Dan, selepas tu, bukalah tv. Maklumlah, Sabtu, ada banyak kartun kat tv. jadi, duduklah tengok tv.

jam lebih kurang 9:40 pagi, telefon tanganku berdering.  Aku menjawab panggilan tu. "Hello Khai Eong, jam berapa nak datang"?  Bertanya di gagang telefon itu.  Oh, Norhidayah dari mAB yang telefon rupanya.  Aku memberitahu yang aku sedang tunggu abang Sharif datang.  "Oh, kenapa tak cakap awal-awal tadi"?  "kalau cakap awal-awal, boleh saya bawa awak pergi makan dan terus ke MAB".  "Tak apa, tak apa".  "nanti, saya cari orang untuk ganti sekejap tempat saya dan saya datang bawa awak".  Beritahu Norhidayah Abdul Halim dengan panjang lebar.  Dan selepas itu, talian pun diputuskan.

Selang beberapa minit kemudian, abang Sharif menelefon dan beritahu dia ada di lobi hotel.  Kemudian, aku pun turunlah. Di lobi hotel, Norhidayah juga turut sama menunggu aku. Maka, kami pun terus ke MAB.

Inilah pertama kali aku menjejakkan kaki ke pejabat kaunter MAB.  Bila sampai di pejabat tu, aku pun duduk berehat sebentar.

Dan selepas itu, mulalah aku tengok laptop si norhidayah ni. Tak taulah apa yang tak kena sebab dia kata, tak boleh nak pasangkan aplikasi jaws walhal aplikasi jaws 14 sememangnya boleh dipasang di windows 8.  Cumanya, kenalah tau caranya saja.  Dok korek pi, korek mai, rupanya, video intersep dah dirosakkan oleh mereka yang main hentam saja install aplikasi jaws. Jaws telah berjaya dipasang dengan cantiknya.  Tetapi, akibat daripada kerosakan video intersep yang dihadapi oleh laptop si Norhidayah ni, pemasangan jadi tak lengkaplah.  Aku telah mencadangkan kepada Norhidayah supaya memformat laptop itu untuk mengatasi masalah kerosakan pada video intersep tu.

Agak lama jugak nak mengorek permasalahan kat laptop si Norhidayah ni. Maklumlah, baru pertama kali pegang laptop yang dipasangkan dengan sistem pengoperasian windows 8 ni.  Tetapi nasib baiklah aku telah banyak membaca artikal tentang cara penggunaan windows 8 oleh orang buta.  jadi, tak adalah masalah sangat. Aku mengambik masa selama lebih kurang sejam untuk mengkaji dan berjalan-jalan di dalam sistem pengoperasian windows 8 ni.  Selepas itu, dah ok dah.  Aku telah mula memahami perjalanan dalam sistem pengoperasian windows 8 ni. memang menyeronokkan sekali.

Aku berasa dahagalah pulak.  Jadi aku mintak abang Sharif tolong pi beli ayak sat. kebetulan pada hari tu, abang Sharif pun berada di MAB sekali sebab aku juga nak krosek komputer kak Ros ni.  Tak taulah apa sudah jadi dengan komputer kak Rosnah ni.  Macam-macam hallah pulak.  Abang Sharif pi beli ayak Coca Cola kat aku satu tin.

Setelah proses checking laptop si Norhidayah selesai, aku pergi pula buatkan akaun skype dan sambungkan akaun facebook ke akaun skype beliau.    Lebih kurang setengah jam proses ini berjalan.  Selepas itu, pasangkan pula scripts untuk skype.  Dan selepas itu, bantu dia nak habak bagi, lagu mana nak pakai menatang skype ni.

Pi mai, pi mai, pi mai, pi mai, dah pun 12:30 tengahari.  Wah, masa begitu cepat sekali berjalan.  Sikit kerja saja, dah setengah hari berjalan. Adoi.  Setelah selesai semua, aku duduk-duduk berenat sambil menikmati aircon yang tak sejuk.

Pada hari itu, kaunter MAB ni agak ramai orang jugak.  Ada yang datang ke situ kerana tunggu bas. pada pagi tu ada rombongan nak pi melaka.  Pi makan kenduri kahwin. Sapa menikah tu, tak taulah aku.  Ada jugak suara dok beletiak pot pet, pot pet.  Yalah, bas janji pukoi 10:00 pagi.  Tapi dah sejam dok tunggu, bas haram tak mai-mai lagi.

Abang Sharif dah ke SBM.  Tak taulah apa pasai.  Dia suruh aku tunggu di situ.  Dia kata, satni dia mai balik.  jadi, aku duduklah macam tunggoi kayu tunggu abang Sharif.  Sambil-sambil menunggu tu aku bersembanglah dengan Norhidayah tu.

menghampiri jam 1:00 tengahari, abang Sharif pun datang semula ke MAB.  Aku pun bersiaplah hendak balik ke hotel.  maklumlah hari tu, MAB buka separuh hari sahaja pasai hari tu, hari Sabtu.  Jam 1:00 tengahari, dah tutup kedai.  Dan Norhidayah pula, nak pi makan kenduri. Bas pun dah sampai katanya.

Aku dan abang Sharif pun pulang ke hotel.  Abang Sharif membawa laptop kak Rosnah sebab kak Rosnah nak suruh aku check apa dah jadi dengan sistem audio yang tak ketahuan tu.  Semasa keluar dari MAB tu, aku terserempak dengan kak Zuraidah.  kak Zuraidah hanya pakai selipar saja. Inilah kali kedua aku berjumpa kak Zuraidah.  Sampai di suatu simpang, aku dan kak Zuraidah pun berpisah pasai kak Zuraidah nak balik rumah.  Aku dan abang Sharif terus balik ke hotel.

Sesampai di bilik, abang Sharif pun sambungkanlah plug laptop tu untuk menghidupkan laptop tersebut.  Setelah laptop dan speaker dihidupkan, maka aku pun mulalah menggodek apa yang tak ketahuan dengan sistem audio kat laptop kak Rosnah tu.

Sementara itu pula, abang Sharif telah mula bergerak turun dari bilik. katanya, nak pergi kedai sekejap.  Dan aku pula, terus menggodek laptop kak Rosnah tu.  Aku terpaksa hidupkan program zello untuk membuat sedikit ujian sistem audio laptop kak Rosnah ni.

Tidak lama kemudian, abang Sharif pun kembali dengan dua biji roti krim dengan sebotol besar air sasi.  Hah, cantiklah tu pasai, aku pun tengah dok dahaga masa tu.  Abang Sharif pun berehat sebentar untuk menghilangkan penatnya.  Jam 2:00 petang, abang Sharif bergerak semula ke SBM pusat.  Sementara aku pula, teruslah main zello untuk menguji sistem audio laptop kak Rosnah yang jadi tak ketahuan ni.

Tiba-tiba baru aku teringat bahawa aku telah tertinggal pen-drive aku kat MAB.  jadi, aku menelefon Norhidayah untuk memaklumkan hal itu. Norhidayah kata, bila dia balik dari kenduri kahwin satni, dia pi ambik.  Legalah aku bila Norhidayah cakap macam tu.  Taklah dok kalut kena beli satu lagi pen-drive.

Aku terus menggodek nak cari apa yang tak kena dengan sistem komputer kak Rosnah ni.  Tapi tak jumpa.  Aku sempatlah main Zello dengan rakan-rakan.

Lebih kurang jam 4:45 petang, hujan mula turun. Tapi, tak lebatlah.  Jam 6:45 petang, Kak Rosnah dan abang Sharif pun datang untuk ambik laptop. Mesyuarat MP dah pun habis.  Apabila semua dah dikemaskan, mereka pun balik.

Selepas itu, aku pun pergi mandi.  Yalah Norhidayah kata, jam 8:00 malam, nak ajak aku dan Eu Khoon keluar makan.  Ok, baru jam 7:00 malam, aha, aku sempat lagi tengok siri Crayon Shin Chan dan Doraemon di Ntv7.  Maklumlah, keluar makan, jam 8:00 malam.

8:00 malam, Norhidayah masih belum menelefon aku lagi.  Aku sambung pulak tengok Buletin Utama di tv3. 8:05 malam, aku menelefon Norhidayah.  Menurut Hidayah, dia sedang bersiap-siap sekarang.  Sementara itu, Eu Khoon masih lagi belum kelihatan.  Entah mana dia pergi pun, tak taulah.

Pada lebih kurang 8:15 malam, aku turun ke lobi hotel.  Norhidayah suruh aku dan Eu Khoon pergi ke kedai makan yang telah diberitahu awal tadi.  Eu Khoon pula, entah ke mana menghilang. Masih lagi belum nampak batang hidungnya.

Jam 8:30 Eu Khoon muncul.  Kami berdua pun pergilah ke kedai yang dijanjikan.  Alamak!  Rupanya, kedai tu tutup. kami menghubungi Norhidayah untuk memaklumkan hal ini.  Norhidayah menyuruh kami menunggu di situ.  Sebabnya, dia agak musyikil kenapa kedai tu tak pasal-pasal tutup.

Beberapa minit kemudian, Norhidayah pun tiba.  Ya, kini, baru dia percaya, bahawa kedai itu ditutup pada hari tersebut.   Tidak ada sebab yang konkrit diberikan kenapa kedai tersebut ditutup.

kami pun pergi ke kedai mamak kat belakang hotel New Winner.  Di situ, aku makan sepinggan besar nasi dan lauk daging lembu serta karinya sekali.  Adoi, rupanya, daging lembu kat kedai mamak tu, keras dan liat tak terkata.  Hampir-hampir aku tercekek dibuatnya.  Kami makan sambil berbual-bual.

Lebih kurang jam 10:30 malam, kami pun berangkat balik ke hotel.  Aku dan Eu Khoon menghantar Norhidayah hingga ke tangga rumah.  Sebelum itu, Norhidayah telah ke sebuah kedai runcit untuk membeli minuman.

Setelah menghantar Norhidayah hingga ke tangga rumah, aku dan Eu Khoon pun pulanglah ke hotel.  Eu Khoon pun pergi mandi. Dan pada lebih kurang jam 12:30 tengahmalam, kami pun tidur sambil ditemani oleh siaran radio Hitz.fm.

Cerita habis.

Khamis, Mei 30, 2013

KL Febuari bahagian satu.

22ND Febuari 2013, Jumaat.
Hari tu, dah pun bersiap untuk berangkat ke Kuala Lumpur. Teksi datang jam 9:30 pagi. Semasa dalam perjalanan ke stesen bas di Sungai Nibung, pemandu teksi tu sempat jugak ambik penumpang. Jam 10:25 minit pagi, sampailah di stesen bas. Aku minta pemandu teksi tu bawa aku ke toilet.  Apabila keluar, aku diberitahu oleh pemandu teksi itu bahawa, bas dah berlalu pergi.  Ah sudah. Tapi, aku releks saja pasai, tu bukan salah aku. Itu adalah salah pemandu teksi itu sendiri kerana terlalu yakin yang bas akan datang lambat. Pemandu teksi itu bertekak sedikit dengan penjual tiket bas Trans Nasional.  Tekak pi, tekak mai, akhirnya, pemandu teksi tu pun terpaksalah bayarkan tiket baru untuk aku sebanyak RM 35 harga potongan. Syarikat bas tu dipanggil 5*.

Jam 11:30 pagi, bas memulakan perjalanannya. Inilah pertama kali aku menaiki bas bukan syarikat Trans Nasional. Tapi ok lah jugak bas tu.

Lebih kurang jam 4:30 petang, tibalah ke stesen bas jalan Duta.  Aku terus pergi membeli kupon untuk menaiki teksi ke Brickfields iaitu seperti biasa ke hotel New Winner.  harga standard dia, RM17.60.

Lebih kurang jam 4:45 petang. Tibalah di hotel. Aku pun mendaftar masuk. Aku diberi bilik 209.  Pada hari itu juga, ahli-ahli mesyuarat presiden juga telah mendaftar masuk ke hotel itu kerana mereka ada mesyuarat pada esok hari.

Apabila dah masuk bilik, aku pun duduklah berehat-rehat sambil tengok tv9 siri kartun SpongeBop. Al-maklumlah, nak menghilangkan penat di badan.

Jam 5:15 petang, aku menelefon nasir, pengerusi SBM Terengganu. Aku bertanyakan di mana bilik beliau. Beliau beritahu, beliau di bilik nombor 109. Aku pun memberitahu nombor bilik aku.

Jam 5:20 petang, nasir menelefon ke bilik dan ajak aku turun ke kedai mamak bersebelahan hotel untuk minum petang. Aha, peluang dah terbuka, aku turunlah. Tapi aku beritahu dia, aku kena tunggu Alan Wong untuk datang ambik HP X6 aku untuk diformat.

5:25, aku turun ke lobi hotel untuk menunggu kedatangan Allan untuk ambik HP aku. Dan lima minit kemudian, rakan beliau sampai untuk ambik telefon tu.

Dan pada kira-kira lebih kurang jam 5:40 petang, aku dan Nasir serta anak beliau pun pergilah makan di kedai mamak yang terletak bersebelahan hotel.  Aku makan dua keping roti canai dan minum ais kosong dua cawan. Sambil minum, kami berbual-bual kosong. Pada malam itu ada acara tahlil di SBM. itulah yang diberitahu oleh nasir kepada aku.

Lebih kurang Jam 6:25 petang. Sesudah selesai makan dan minum, kami masuk ke bilik semula. Dan aku seperti biasalah pergi toilet. Dan, sekali lagi aku berehat-rehat sambil mendengar radio siaran U.fm 101.3 FM.

Sementara itu, Eu Khoon masih lagi belum tiba. maklumlah, dia kerja. Jam 7:00 malam seperti biasa, buka tv3 untuk tengok siri naruto. Jam 8:00 malam seperti biasa, Buletin Utama tv3.  Selepas itu, buka radio, siaran Nasional FM, dengar rancangan Pilihan Bersama.

jam 11:00 malam. nasir sekali lagi ajak aku turun pergi minum. Aku beritahu supaya menunggu kedatangan Eu Khoon dulu dan turun. lebih kurang hampir setengah jam kami menunggu. Kami pun turun ke lobi hotel. Eu Khoon sudah tersedia menunggu di situ.

Kami menuju ke kedai mamak yang terletak di belakang hotel. Di situ, aku makan sepinggan besar nasi dan dua cawan ais kosong. Eu Khoon pun makan nasi juga. Sambil makan dan minum, kami berbual-bual.  Begitu hangat topik yang diperbualkan pada malam itu.

Lebih kurang jam 12:30 tengahmalam, setelah selesai makan. Kami pun pulang ke bilik. Dan seperti biasa, lepas makan, pergi berak.  Aku dan Eu Khoon tidur jam satu pagi sambil ditemani oleh siaran radio Hitz.fm.

Bahagian pertama, habis.

Jumaat, April 05, 2013

Dia mai dah.

Salam satu Malaysia dan selamat pagi. Dah lama dah tak kemaskini blog. maklumlah, sibuk dengan mengemaskini facebook saya.

 

Seperti yang diketahui, pada lebih kurang jam 11:35 pagi hari Rabu, 3RD April 2013, maka tamatlah penggal ke-12 parlimen Malaysia ini. Perdana menteri yang kita kasihi, Dato Sri Najib Tun Abdul Razak, telah mengumumkan pembubaran parlimen yang disiarkan secara langsung oleh radio dan telivisyen ke seluruh negara. Beliau mengharapkan agar rakyat memberi mandat baru dan besar kepada beliau dan rakan-rakan BN yang lain supaya transformasi seterusnya dapat dilakukan oleh beliau dan rakan-rakan lain untuk memakmurkan negara, agama dan bangsa malaysia.

 

Sekarang, gendang pilihanraya sudah dipalu. Maka kepada rakan-rakan barisan Nasional, khususnya rakan-rakan blog, facebook, twitter, Google+ dan yang sewaktu dengannya, marilah kita sama-sama berusaha untuk memenangkan Bn untuk kelangsungan kemakmuran negara Malaysia yang tercinta ini. Ingatlah, undi pakatan bermakna, hangpa semua rela negara digadai, khalimah tuhan digadai dan banyak lagi yang tak kena kalau hangpa semua undi pakatan.

 

Selamat berjuang kepada semua. Undilah Barisan nasional. Hidup BN! Hidup PM!

Isnin, Januari 07, 2013

Tahniah Siti Huraizah Ruslan

Di sini, saya ingin mengucapkan setinggi tahniah kepada seorang teman saya yang bernama, Siti Huraizah Ruslan.  ucapan ini diberi kerana beliau kini, sudah mula dikenali ramai. Walau pun beliau seorang yang oku penglihatan, tetapi beliau tidak berputus asa atau pun malu untuk melakukan apa saja seperti orang normal.

 

Baru-baru ini, beliau telah muncul di dalam rancangan nasi Lemak Kopi O di tv9. Beliau muncul pada Sabtu lalu, bersamaan 5TH januari.

 

Dalam temuramah di rancangan itu, beliau antaranya memberitahu, beliau ada membuat skrip drama.

 

Pada pertengahan November 2012 yang lalu, beliau telah muncul di sebuah rancangan terbitan stesen NTV7 yang disiarkan pada setiap Selasa, 7:30 malam. Di dalam rancangan tersebut, beliau telah menceritakan mengenai kehidupan beliau dari kecil hinggalah sekarang. Ternyata daripada apa yang telah dikisahkan oleh beliau dalam program tersebut, beliau merupakan seorang gadis yang tabah dan cekal dalam mengharungi kehidupan pahit manis dari beliau kecil, sehinggalah beliau dewasa sekarang ini. Dan, kesemua yang beliau hadapi ini telah mematangkan beliau.

 

Beliau kini bertugas sebagai pegawai perhubungan awam di Persatuan Bagi Orang-orang buta atau pun disebut dalam orang putih, malaysia Asociation For the Blind. Kekadang, beliau juga mendapat undangan menjadi juruacara di majlis-majlis tertentu. Beliau amat berbakat dalam bidang pengacaraan. nak cari pengacara majlis, carilah Siti Huraizah Ruslan.

 

Bagi pendapat saya, kalaulah ada calon untuk ikon remaja oku penglihatan, Siti Huraizah Ruslan adalah orang yang paling sesuai untuk dijadikan ikon remaja bagi oku penglihatan tersebut kerana pencapaian cemerlang beliau dari dulu hingga kini.

Selamat tahun baru.

Selamat tahun baru 2013 kepada semua. Rasanya, masih belum terlambat bagi saya untuk mengucapkan selamat tahun baru kepada semua. Di tahun 2013 ini, adalah diharapkan malaysia akan terus aman damai di bawah pemerintahan BN.

Dan, seperti yang sedia maklum, tahun 2013 merupakan tahun yang amat penting bagi kita semua kerana pada tahun ini, akan berlangsungnya pilihanraya umum yang ke-13.  Adalah diharapkan agar rakyat bijak memilih peminpin untuk masa depan yang lebih cemerlang, gemilang dan terbilang.

Arkit blog