Khamis, September 01, 2011

Si buta beraya

Ok, ini cerita orang buta beraya.

Saudara Hashim ishak. Pada malam hari raya, beliau dan keluarga begitu sibuk. Pada setiap tahun, ada kumpulan takbir raya yang akan datang bertandang ke rumahnya untuk bertakbir raya. Itu rutin tiap tahun di taman tempat tinggal beliau. Pada tahun ini, mereka kumpulan takbir dihidangkan dengan ayam goreng dan beberapa hidangan lain.

Pada hari raya pertama, beliau dan keluarga sibuk pergi beraya di beberapa tempat di Melaka. Antaranya, beliau pergi beraya di rumah speaker DUN Melaka. Selepas solat sunat aidil fitri, beliau dah mula bertolak dan sampai ke rumah semula pada lebih kurang jam 6:00 petang. Pada sebelah malamnya, keluar lagi untuk beraya ke beberapa tempat.

Pada hari raya kedua sebelah pagi, beliau dan adik-beradiknya berkonvoi untuk pergi beraya ke beberapa tempat di Melaka. Beliau pergi beraya di rumah salah seorang yang berhormat Adun melaka.

Beliau juga pergi beraya di rumah salah seorang ahli SBM melaka dan beliau dijamu dengan hidangan choclat dodol. Apa tu choclat dodol, kenalah tanya beliau. Dan pada hari ini iaitu raya ketiga, beliau telah berkesempatan menelefon ke stesen Muzikfm untuk memberi ucapan selamat hari raya kepada semua ahli SBM.

Itulah dia laporan yang diberikan oleh Hashim Ishak dari melaka.

nasir pengerusi SBM Terengganu. Pada petang hari raya, beliau telah pulang ke rumah mertuanya dan akan balik semula pada hari Jumaat.

Mohd Fekeri Jusoh. Setiausaha agung SBM pada tahun ni beraya di kampungnya di Kelantan. Itu yang dimaklumkan dalam sms-nya kepada saya pada malam raya.

Mohd Rosmadi Ibrahim. Beliau juga beraya di Kelantan.

Rosnah Ahmad. Dua hari sebelum raya iaitu pada hari Ahad, beliau sibuk mengemas rumah. Pada hari raya pertama dan kedua, beliau sibuk beraya ke rumah kawan-kawan di KL. Beliau tak balik kampung. Beliau hanya cuti tiga hari iaitu dari Selasa hingga Khamis sahaja.

Itulah antara kawan-kawan empunya cerita raya.

Ahad, Julai 24, 2011

SBM Sana-sini. Pengerusi Pulau Pinang semakin pulih.

Selamat pagi.  Di saat siri anime Dragon Ball Z-Ki sedang disiarkan di NTV7, maka, tulisan ini datang lagi.

 

Sedikit info tentang pengerusi Pulau Pinang.

 

hari ini, beliau akan ke hospital lagi untuk menjalani pemeriksaan.  Beliau khabarnya akan menjalani pembedahan di tangan.  marilah kita sama-sama mendoakan semoga, beliau akan terus sembuh sepenuhnya.

 

Sekian.

Rabu, Julai 20, 2011

SBM Sana-sini. Pengerusi dah sihat walafiat.

Salam bahagia.  Bertemu lagi dalam SBM Sana-sini.

Info 1.

Pengerusi SBM Pulau Pinang, Md Akhir Embi, kini telah kembali sihat walafiat.  menurut sumber, beliau telah menjalani pembedahan kecil di bahagian tengkuk untuk membuang darah beku yang terdapat di situ.  Mujur darah beku itu dapat dikesan awal oleh para doktor.  kalau tidak, berkemungkinan besar, pengerusi akan diserang penyakit angin ahmar atau stroke.

 

Kini, beliau masih lagi di hospital untuk rawatan lanjut.  Semalam, kerani, Timbalan pengerusi iaitu Johari Saad dan seorang ahli Biasa, Fadil telah datang melawat beliau di Hospital Kulim.

 

Info 2.

Setiausaha SBm Pahang terlibat dalam kemalangan di Sabah.  keadaannya dikhabarkan tidak membimbangkan.

 

Info 3.

Setiausaha SBM Kl/Selangor kini sakit.  Beliau kerap masuk hospital.  Hospital tu, ibarat rumah keduanyalah.  Dan sekarang, Puan Rosnah Ahmad mengambil alih sementara tempat beliau sebagai setiausaha di SBM Kl/Selangor.

 

Info 4.

pengerusi SBM Negeri Sembilan masuk hospital.  Menurut sumber, paru-paru beliau ada sedikit masalah.  Khabarnya bernanah.  Semoga beliau akan cepat sembuh dan kembali bertugas seperti biasa.

 

Info 5.  pengerusi SBM Terengganu akan bertolak ke Kuala Lumpur pada hari Khamis, malam Jumaat iaitu, 21ST Julai.  Beliau akan datang bersama-sama dengan cikgu Muhammad ismail.

 

Sementara setiausaha Pulau Pinang akan bertolak pada Jumaat 22ND Julai, sebelah malam.

 

Sekian untuk kali ini.

Ahad, Julai 17, 2011

SBM Sana-sini. Pengerusi SBM Pulau Pinang sakit

Salam bahagia.  Berjumpa lagi dalam SBM Sana-sini.

 

Info 1.

Pengerusi SBM Pulau Pinang, Md Akhir Embi, masuk hospital kerana sakit.  Dia mengidap penyakit penat.  Dia dimasukkan ke hospital di Kulim pada 29TH Jun yang lalu.  Dan pada hari Isnin, 4TH Julai, beliau telah dibenarkan keluar dari hospital pada sebelah petang.

 

Tetapi, pada semalam, 16TH Julai, beliau sekali lagi dimasukkan ke hospital kerana penyakitnya menyerang kembali.  Semuanya gara-gara beliau degil atau pun ketegak kata orang utara.  Beliau dikatakan memakan sejenis buah.  Buah apa tu, aku tak reti nak sebut.  Akibat dari memakan buah itu, beliau mengalami sedikit kekejangan otot dan memori ingatannya menjadi amat lemah.  Beliau langgar pantang-laranglah tu.  Beliau khabarnya dihantar ke hospital di Sungai Petani.  Dan berita terbaru yang diterima, beliau dah sembuh dan kembali normal.  Sama-samalah kita mendoakan kesihatan beliau tersebut.  Untuk hubungi beliau, 0194260441.

 

Info 2.

Pada 1ST hingga 3RD Julai yang lalu, rombongan SBM Melaka telah datang melawat ke Pulau Pinang.  Rombongan mereka seramai 44 orang.  Pada 2ND Julai di sebelah pagi, mereka telah pergi berkelah di Batu Feringgi.  Dan, mereka hampir-hampir kehilangan salah seorang ahli rombongan akibat lemas semasa mandi-manda di pantai.  Mangsa tersebut telah dihantar ke hospital akibat tertelan air laut dan pasir.  Beliau dibenarkan keluar dari hospital pada sebelah petang.  Mangsa tersebut bernama cik Kadariah.

 

Pada 3RD Julai, rombongan SBM Melaka telah datang ke SBM Pulau Pinang.  Di sana, mereka dijamu dengan makanan tengahari.  Makanan tengahari tu, memanglah sedap sesedap-sedapnya.  Aku makan dua pinggan sebab salah seorang AJK iaitu Mona, taknak makan.  Dia kata, dia dah pekena roti canai tadi.  Jadi, kenyang.  Saudara Hashim ishak juga makan dua pinggan.

 

Mereka sampai di SBM pada lebih kurang jam 1:30 petang.  Saya dan beberapa AJK lain, menyambut mereka di pintu masuk SBM.  Pada hari itu, yang datang bertugas ialah saya, Mona, Sarida dan habsah.

 

Semasa jamuan makan itu, SBM Penang dan melaka bertukar-tukar ucapan dan juga cenderamata.  Dalam ucapan saudara Hashim ishak, beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak SBm Pulau Pinang kerana telah sudi menjadi tuan rumah kepada rombongan SBM melaka dan juga memberi jamuan makan tengahari kepada mereka.

 

Dalam ucapan balasnya, Habsah Saad, setiausaha SBM Pulau Pinang mengucapkan ribuan terima kasih kepada rombongan SBM Melaka kerana sudi datang melawat ke SBm Pulau Pinang.

 

SBM melaka dan Pulau Pinang juga bertukar-tukar cenderamata.  Mereka bertolak balik ke melaka pada kira-kira jam 2:30 petang dan sampai di melaka pada kira-kira jam 3:00 pagi.  Ini adalah kerana mereka terlibat dalam kesesakan akibat dua kemalangan jalanraya dan tayar bas mereka pecah.

 

Info 3.

Pada pagi hari Khamis, 14TH Julai, SBM Kedah telah dipecah masuk.  habis semua kelengkapan komputer dan set karaok dilarikan.  Akibat daripada kejadian itu, kesemua data-data ahli dan lain-lain data milik SBM kedah telah lesap.  Kerani SBM kedah, Puan Laily, telah membuat laporan polis atas kejadian ini.

 

Dalam perkembangan berkaitan, setiausaha SBM kedah, Sumairi Zainol menyatakan rasa sedihnya di atas kejadian yang menimpa SBM kedah ini.  Beliau memberitahu, kini beliau terpaksalah memulakan kerja-kerja di SBm Kedah itu, bermula dari A iaitu mula-mula, sampailah terkini.

 

Beliau juga memberitahu, bahawa beliau telah melaporkan kejadian ini kepada SBm pusat.  Dan, beliau juga melahirkan kebimbangannya sama ada SBm Pusat telah membelikan insurans kepada SBM kedah atau belum.  Ini kerana menurut beliau, SBM pusat mengambil alih hal-hal insurans dari SBM kedah.  Beliau berkata, kalau masih belum beli insurans tu, habislah.

 

 

Info 4.  Pada 16TH Julai, rombongan SBM Kedah telah datang melawat Pulau Pinang.  mereka singgah melawat ke SBM Pulau Pinang.  Mereka sampai pada lebih kurang jam 11:00 pagi.  Mereka dijamu dengan masakan bihun singapore.

 

Selepas itu, mereka pun bertolak ke distinasi yang seterusnya.

Info 5.

SBM Terengganu telah mengadakan mesyuarat branco mereka pada Jumaat, 15TH Julai, sebelah malam.

 

Info 6.

SBM melaka pula, mengadakan mesyuarat branco mereka pada Ahad, 17TH Julai.

 

Info 7.

SBM Pulau Pinang pula, akan mengadakan mesyuarat branco pada 14TH Ogos.

 

Info 8.

Sekarang ini, Rosnah Ahmad begitu sibuk sekali.  Pantang Sabtu dan Ahad, takkan melekat di rumah lagi.  Ada saja kerjanya di SBM, ICT MAB, mahu pun KRM.  Al-maklumlah jawatan yang dia pegang, bukannya calang-calang jawatan.  Di SBM, dia pegang jawatan naib pengerusi dan jawatankuasa wanita.  DI ICT MAB dan KRM, dia jadi setiausaha kalau tak salah.

 

Info 9.

Sebelum berangkat ke Pulau Pinang, suara Hashim Ishak telah menjadi suara Ramlee Sarip.  Ini kerana dia tak ada suara.  Mungkin panas badanlah tu.

 

Sekian SBM sana-sini kali ini.

Ahad, Julai 10, 2011

Makan angin bahagian dua

Bersambung lagi cerita.

 

24TH Disember, Jumaat.  pagi itu, aku terjaga pada kira-kira jam 6:30 pagi.  Ah Hong sudah terjaga dari tidur.  Dan, biasalah, pabila tidur, radio tidak ditutup.

 

Aku mendengar radio sebentar iaitu stesen Muzikfm.  Jam 7:00 malam, aku pun pergilah mandi.  Dan pada kira-kira jam 7:45 pagi, aku telah bersiap-siap dah.  Ah Hong pula pergi selepas itu.

 

Pada lebih kurang jam 8:15 pagi, aku telah menelefon Eu Khoon.  Eu Khoon beritahu, dia akan datang pada kira-kira jam 9:00 pagi dan menyuruh aku bersiap sedia.  Aku memutuskan talian telefon.

 

Kira-kira jam 9:00 pagi, Eu Khoon telah menelefon aku.  Dia beritahu, dia kini sedang berada di lobi hotel.  Aku memberitahunya yang aku akan turun sebentar lagi ke lobi.

 

Apabila pintu lif dibuka, Eu Khoon telah sedia menunggu di lobi.  Sementara Ah Hong pula, telah pergi makan Yong Tau Fu.

 

Aku dan Eu Khoon berjalan keluar dari hotel.  kami menuju ke bangunan SBM.  Eu Khoon kata, dia nak pergi punch card dulu dan kemudian, barulah nak bawa aku pergi bersarapan pagi.  Aku ikut sahaja.  Tak kisah semua tu.

 

Kami pun memanjat tangga untuk menuju ke bangunan SBM di tingkat atas.  Pintu pun dibuka.  Apabila masuk sahaja, sayup-sayup kedengaran suara Chok Siew Lee.  Beliau sedang berada di dalam biliknya.

 

“Eh Siew Lee, ini saya bawak AJK JKA wakil dari kawasan utaralah.”  Beritahu Eu Khoon.  “Ini saya nak perkenalkan pada awaklah Siew Lee.”  Eu Khoon menambah.

 

“You tak payahlah kenalkan Eu Khoon.”  “nanti, dia tulis dalam blog, baru kamu tahu.”  Beritahu Siew Lee.  “ha ha ha ha ha ha.”  Eu Khoon ketawa.  “Saya tak maulah kenal dia Eu Khoon.”  Chok Siew Lee menambah.  “Tak adalah Siew Lee, saya main-main dengan awak aja.”  Beritahu Eu Khoon.

 

Selepas Eu Khoon punch card, dia pun masuklah ke biliknya sebentar.  Aku pun ikut sekali.  Di dalam bilik, dia pun menghidupkan suis penghawa dingin.  Kemudian mendengar radio sebentar.

 

Tak lama kemudian, kami pun keluarlah.  “Eh Huraizah, taknak apa-apakah?”  Eu Khoon bertanya pada Siti Huraizah yang duduk berhadapan dengan bilik Eu Khoon tanpa aku sedari.  “Taknaklah.”  Jawab Siti Huraizah rengkas dan perlahan saja.  Dia malu-malu kucing tu.  “Taknak tak apalah.”  Eu Khoon membalas.

 

Kami pun turun menuju ke kedai makan yang berhampiran.  Semasa kami berjalan, tanpa disedari, Eu Khoon telah melintasi kedai makan itu.  mana tidaknya, ada bunyi traktor di tengah-tengah jalan yang sedang korek jalan.  Bahaya.  “Aiyo, bahaya o.”  Eu Khoon merungut.

 

Kami pun masuklah ke gerai makan itu.  kedengaran ramai sekali orang buta yang sedang makan di situ.  Di situ, aku makan mi goreng dan nescafe o.  Eu Khoon makan apa, tak perasanlah pulak.  Setelah selesai makan, kami pun berlalulah dari situ.

 

Kami pun menuju semula ke bangunan SBM.  kami kena memanjat tangga untuk menuju ke bangunan SBM.

 

Pintu SBM pun dibuka dan aku dan Eu Khoon pun masuk.  Siti Huraizah sedang duduk di kerusi empuknya melakukan kerjanya.  Aku dan Eu Khoon pun masuklah ke bilik audio.

 

Aku berdiri beberapa lama di tepi pintu bilik audio.  Kemudian, aku mencapai sebuah kerusi lalu duduk sambil memerhatikan Eu Khoon yang begitu tekun melakukan kerjanya.

 

Eu Khoon telah beritahu padaku, dia inginkan aku membaca pengumuman SBM pusat buat minggu ini sebab bersempena aku datang ke Kl.  Jadi, aku bersetuju sahajalah.  Dan, aku pun nak bagi famous diri aku jugak.

 

Eu Khoon sedang tekun menyunting pengumuman-pengumuman SBM pusat yang bakal disiarkan.  Dan, setelah kerja-kerja penyuntingan itu siap, maka bermulalah kerja aku untuk membacakan pengumuman-pengumuman SBM itu.

 

Dalam masa sejam, kerja merakam dan menyunting pun selesai.  Setelah selesai, aku menolong Eu Koon setting skype dan download jaws.  Dan kerja itu selesai dalam tempoh satu setengah jam.

 

Setelah selesai kesemua kerja-kerja itu, aku pun duduklah melepak di bilik Eu Koon sambil ditemani oleh saudara Philip, suami Jasmin Khoo yang juga datang ke SBM menemani jasmin.

 

Jam sudah 1:30 tengahari.  Ada suara orang lalu-lalang di luar.  kedengaran orang memanggil nama Eng Keng.  Aku tidak pedulilah semua itu.

 

Philip yang tadinya keluar sebentar, kini dah masuk kembali.  Dan oleh kerana bilik terlalu sejuk, Eu Koon menutup penghawa dingin dan membuka pintu.  Apa philip masuk ke bilik, dia pergi meraba-raba meja dan terjumpa botol ubat nyamuk.  Dia pun gatal tangan, pergi tekan punat pada penyembur ubat nyamuk itu.  Maka, tersemburlah ubat nyamuk itu.

 

“Eh apa tu”?  Eu Koon bertanya.  “Orang main sembur ubat nyamuk kot.”  Aku berkata.  “Eh Philip, what are you doing”?  Eu Koon bertanya.  “Nothing lah.”  Beritahu Philip.  “Eh Eu Koon, dalam bilik ini, ada nyamuklah.”  Philip memberitahu.  “Mana ada nyamuk dalam bilik ini?”  Eu Koon bertanya kehairanan.  Philip ketawa.  Kemudian, ia berlalu dari situ.  Bilik Eu Koon kini dipenuhi dengan bau ubat nyamuk.

 

Aku masih lagi dalam proses memuat turun jaws untuk Eu Koon.  Talian internet agak lambat pada hari tersebut.  Jadi, terpaksalah bersabar sekejap.  Sambil-sambil itu, aku berbual-buallah dengan Eu Koon.  Bercerita hal-hal SBM.

 

Lebih kurang jam 3:00 petang, Abian menelefon aku, dia beritahu, dia akan datang sekejap lagi ke SBM selepas dia charging hanphone-nya yang dah kehabisan bateri.  Pada petang itu, kami dah merancang nak ke rumah kak Rosnah.

 

Jam 3:30 petang, Abian dah pun sampai ke SBM.  Proses memuat turun jaws masih belum selesai.  Aku terpaksa menyerahkan tugas itu pada Eu Koon.  Aku keluar dari bilik Eu Koon dan turun dari bangunan SBM itu.  Abian beritahu, Kak Ros di SBM Kl/Selangor.

 

Kami berjalan keluar dari bangunan SBM pusat itu dan terus membelik ke kanan untuk menuju ke SBM pusat.  Semasa dalam perjalanan, kak Ros dan abang Sharif pun dah muncul.  Rupanya, kak Ros dah selesai membuat kerjanya di SBM Kl/Selangor.

 

kami terus berjalan menuju ke jalan raya.  Pada awalnya, cadang nak menaiki mono rail saja ke rumah abang Sharif.  Tetapi, cadangan telah ditukar.  kami menaiki teksi sahaja untuk ke rumah kak Ros.  Sebuah teksi telah ditahan.  pada mulanya, teksi itu tidak mahu bawak kami, tapi akhirnya, dia nak bawak jugak.

 

Di dalam teksi, Abian dan kak Ros sedang rancak berbincang.  mereka membincangkan hal jamuan yang akan diadakan oleh SBM Kl/Selangor pada esok hari bersamaan 25TH Disember di Restoran milik Yusof Haslam.  Macam ragamlah kerenah Ahli SBM Kl/Selangor yang dibincangkan.  Aku hanya menjadi pendengar setia sahaja.

 

Selang beberapa minit kemudian, teksi pun berhenti.  Kami kemudian, turun.  kami singgah di sebuah kedai.  Aku makan sepinggan besar nasi dan sepinggan besar mi.  Cuaca pada petang itu, agak mendung.

 

Selepas makan, kami pun pergi ke rumah kak Ros.  Di pertengahan jalan, ada orang telah memberikan dua bungkus nasi kepada kak Ros dan abang Sharif.  Menurutnya, itu dari mesjid.  Bila sampai abang Sharif membuka kunci mangga pintu.  kami pun masuk.

 

Wah, memang benar, ruang dalam rumah kak Ros sudah tidak sempit lagi.  Ruang dalam rumah kak Ros telah pun diubahsuai sepenuhnya.  Dan sekarang, amat bebas untuk bergerak.

 

Di rumah, kak Ros dan Abian masih lagi sibuk membincangkan masalah nak aturkan tempat duduk untuk jamuan makan di Restoran pada petang esok.  Orang itu kena duduk dengan orang ini, dia tu angin satu badan dan pelbagai lagi kerenah-kerenah yang dihadapi.  kak Ros telah menelefon Abas untuk mendapatkan panduan.

 

“jangan esok nanti saya tak pergi, sudahlah kak.”  Tiba-tiba, terkeluar ayat power tersebut dari mulut Abian.  “Apa sal pulak tak pergi esok”?  Kak Ros bertanya.  “Awak kena jadi MC tau esok.”  Beritahu kak Ros.

 

Kak Ros dan Abian masih lagi sibuk berbincang.  Sementara aku pula, sibuk dengan membuat tetapan ke atas komputer kak Ros.  Tak taulah apa dah jadi dengan komputer kak Ros tu, semua dah jadi kacau.

 

Petang itu, sudah kedengaran bunyi guruh.  itu menandakan bahawa, hujan dah nak turun.  Bunyi guruh itu agak kuat juga.  Dan tak lama lepas tu, hilang.  Hujan tak jadilah nampaknya.

 

Abian sekarang, sibuk bermain dengan facebook-nya.  Dia sedang memeriksa mesej-mesej yang masuk ke facebook-nya itu.  Sambil-sambil itu, dia turut memeriksa laptop kak Ros yang juga menghadapi banyak masalah.  Abang Sharif pula, sudah pergi tidur.

 

lebih kurang pada jam 7:00 malam, abang Sharif telah pergi goreng keropok.  Wah bukan main sedap lagi keropok ikan tu.  Setting komputer kak Ros masih lagi belum selesai.

 

Selepas waktu Maghrib, kami makan nasi bungkus yang diberikan oleh orang mesjid tadi.  Sedapnya bukan main lagi.  Sekotak besar tu.

 

Kini, sudah pun menjelang jam 8:00 malam.  Aku dan Abian sudah bersiap-siap hendak pulang.  Tetapi, setting komputer kak Ros masih lagi belum ok.  Kini, nak setting gmaillah pulak.  Banyak masalah.

 

Dalam lebih kurang jam 9:00 malam, aku dan Abian pun pulang ke Brickfields.  Abang Sharif membawa kami ke tepi jalan dan menahan sebuah teksi untuk kami.  kami sampai di Brickfields 15 minit kemudian.  Aku turun di hadapan hotel new Winner dan terus ke bilik aku.

 

Sesampainya di bilik, aku berehat sebentar.  Ah Hong masih lagi belum pulang.  Kemudian, aku pun pergi mandi.

 

Dan lebih kurang jam 10P30 malam, Ah Hong pulang.  malam tu, aku tidur jam 1:00 pagi.

 

Bersambung di bahagian ketiga.

Selasa, Mei 10, 2011

Pekerja OKU cemerlang tak terpinggir

 

Pekerja OKU cemerlang tak terpinggir

KUALA LUMPUR: “Tak sangka saya akan menang. Saya bersyukur kepada Allah SWT dan berterima kasih kepada pengurusan dan kementerian kerana memilih saya sebagai pemenang.

“Tiada rahsia tertentu, cuma komitmen saya dengan majikan dan terbabit dengan pelbagai aktiviti. Saya mampu buat seperti mana orang lain dan tidak merasa rendah diri dengan kekurangan ini,” kata penerima Anugerah Pekerja Cemerlang 2011 bagi kategori Orang Kurang Upaya (OKU), Mahadzir Derani, 40.

Katanya, biarpun menghadapi masalah penglihatan sejak lahir, ia tidak mematahkan semangatnya untuk terus berjuang meneruskan hidup seperti insan lain kerana sejak dulu lagi sudah biasa dengan pelbagai tugasan, termasuk aktif di dalam kesatuan dan sukan.

Dia yang mula bekerja di Bank Pembangunan sejak 1992 turut mencatat sejarah tersendiri apabila dipilih menjadi Presiden Kesatuan Kebangsaan Pekerja-pekerja Perdagangan bank berkenaan selama dua penggal bermula 2006 sehingga kini.

Lebih menarik, operator telefon selama 15 tahun itu pernah mewakili negara dalam Sukan Para Asean pada 2005, 2008 dan 2009 dalam acara catur selain muncul pemenang peringkat Kebangsaan pada 1997.

Bapa empat anak itu berkata, setakat ini dia tiada masalah berhubung dengan rakan sekerja, malah jawatan disandang membolehkan dia berhubung dengan banyak pihak.

Menurutnya, golongan OKU tidak harus rasa terpinggir dan kecewa dengan keadaan diri, sebaliknya perlu reda dengan menjadikan kecacatan itu sebagai perangsang untuk terus hidup dan berjaya.

sumber: harian matro

Cacat penglihatan tak halang beri khidmat terbaik
2011/05/08

MUHYIDDIN menyampaikan Anugerah Pekerja Cemerlang (kategori Orang Kurang Upaya) kepada Mahadzir  sambil diperhatikan Datuk Dr S Subramaniam (kiri).

KUALA LUMPUR: Tinggal jauh dari tempat kerja dan terpaksa menggunakan kemudahan awam kerana cacat penglihatan sejak kecil tidak menghalang Mahadzir Derani@Abdul Ghani berkhidmat cemerlang sehingga dipilih penerima Anugerah Pekerja Cemerlang kategori Orang Kurang Upaya (OKU) sempena sambutan Hari Pekerja 2011 di sini, semalam.
Mahadzir, 40, tahun yang bekerja sebagai Operator Telefon di Bank Pembangunan terpaksa berulang alik menggunakan bas dan komuter dari Rawang ke Kuala Lumpur serta bersesak dengan penumpang lain, untuk mencari rezeki.

“Cabaran di tempat kerja tidak banyak kerana majikan sentiasa menyediakan kemudahan bagi memudahkan kerja saya selaku operator telefon,” katanya ditemui sempena sambutan Hari Pekerja di Stadium Putra Bukit Jalil di sini, semalam.

Beliau menerima piala, wang tunai RM5,000 dan sijil penghargaan yang di sampaikan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Terdahulu dalam ucapannya, Muhyiddin berkata, kerajaan sentiasa meneruskan inisiatif memastikan rakyat negara ini mendapat pekerjaan dan memastikan landskap pasaran buruh cekap supaya potensi pekerja dapat dioptimumkan.
“Kita patut bersyukur kerana inisiatif kerajaan membolehkan negara kita mengekalkan tahap guna tenaga penuh dengan mencatatkan kadar pengangguran kurang daripada empat peratus setiap tahun sejak 1995. Ini satu pencapaian membanggakan walaupun negara melalui krisis ekonomi global,” katanya.
Selain anugerah Pekerja Cemerlang kategori Orang Kurang Upaya (OKU), lapan lagi kategori anugerah untuk pekerja cemerlang diberikan. Anugerah Pekerja Cemerlang kategori Eksekutif dimenangi Penolong Pengurus Bahagian Operasi Rangkaian Kawasan Selatan, Telekom Malaysia (TM) Pawziah Yunos manakala kategori Pekerja Cemerlang kategori Bukan Eksekutif diterima Abdul Aziz Shawab juga kakitangan TM.

sumber: berita harian

TELEY MAB NO. 394 english version

Tel: 03 2272 2687

Tuesday, 3rd May 2011

Hello Friends.

Here are 6 new announcements and 2 old announcements.

Announcement 1: Cooking Lesson

The Blind Women’s Club is holding the first cooking lesson on Saturday, 7th May from 11.00 am – 2.00 pm at the Block A, Home Science Room, 3rd Floor. The recipe will be fish sambal. Places available for 8 blind women only. Please register with Ms. Mei Fong at tel. 019 280 1910.

Announcement 2: Massage Club AGM

This will be on Wednesday, 25th May, 8.30 am at the MAB Hall. Please register with Mr. Fong Chin Seng at tel. 016 225 0569. Closing date is 22nd May.

Announcement 3: Festive Hamper for the Blind

Registration forms are available at the reception counter. Please contact Mr. Subra at tel. 03 2272 2677. Closing date for registration is 31st May.

Announcement 4: Library Brainstorm

Library users are invited to attend this brainstorm session on Saturday, 21st May, 10.00 am at the Block A, Lecture Room, 2nd Floor. Please register with Pn. Zuraidah at tel. 03 2272 2677 extension 150.

Announcement 5: Low Vision Brainstorm

Low Vision users are invited to attend this brainstorm session on Saturday, 21st May, 2.00 pm at the Block A, Lecture Room, 2nd Floor. Please register with Mr. Godfrey Ooi at tel. 03 2272 2677 extension 127.

Announcement 6: Visit to Kota Bharu by Pertubuhan Khidmat Masyarakat

This will be from Friday – Sunday, 3 – 5 June. The fee is RM60.00 for members and RM80.00 for non-members. The bus will be leaving from Kompleks MAB at 8.30 am on 3rd June. For more information, please contact En. Ramli at tel. 019 344 9873.

Announcement 7: Basic Computer Course for Massage Club Members

This course will be from Thursday – Friday, 5 – 6 May starting 9.00 am – 12.30 pm. The fee is RM20.00 only. Please register with En. Shukur at tel. 016 606 9779.

Announcement 8: Buddhist Caring and Sharing Program

200 blind persons are invited to attend this program at the Brickfields Buddhist Bihara on Sunday, 8th May. The bus will be leaving from Kompleks MAB at 8.45 am. All names should be registered with Mr. Subra at tel. 03 2272 2677. Those names which are not registered, will not receive the hamper.

That’s all for this week. Thank You.

Best regards,
Mr. Godfrey Ooi.

TELEY MAB NO. 394 versi bahasa Malaysia

Tel: 03 2272 2687

Selasa, 3 Mei 2011

Salam Sejahtera.

Terdapat 6 pengumuman baru dan 2 pengumuman lama.

Pengumuman 1: Kelas Masakan

Kelab Wanita Cacat Penglihatan akan mengadakan kelas masakan pertamanya pada hari Sabtu, 7 Mei dari jam 11.00 pagi – 2.00 petang di Blok A, Bilik Sains Rumahtangga di Tingkat 3. Resepinya adalah ikan sambal. Hanya ada tempat untuk 8 orang wanita cacat penglihatan sahaja. Sila mendaftar dengan Cik Mei Fong di talian 019 280 1910.

Pengumuman 2: Mesyuarat Agong Tahunan Kelab Urut

Ia akan diadakan pada hari Rabu, 25 Mei jam 8.30 pagi di Dewan Utama, MAB. Sila mendaftar dengan En. Fong Chin Seng di talian 016 225 0569. Tarikh tutup adalah 22 Mei.

Pengumuman 3: Hamper Perayaan Untuk Warga OKU Penglihatan

Borang-borang pendaftaran boleh didapati di kaunter resepsi. Sila hubungi En. Subra di talian 03 2272 2677. Tarikh tutup pendaftaran adalah 31 Mei.

Pengumuman 4: Sumbangsaran Perpustakaan

Pengguna-pengguna perpustakaan dijemput untuk hadir ke sesi sumbangsaran ini pada hari Sabtu, 21 Mei jam 10.00 pagi di Blok A, Bilik Syarahan di Tingkat 2. Sila mendaftar dengan Pn. Zuraidah di talian 03 2272 2677 sambungan 150.

Pengumuman 5: Sumbangsaran Unit Penglihatan Terhad

Pengguna-pengguna penglihatan terhad dijemput untuk hadir ke sesi sumbangsaran ini pada hari Sabtu, 21 Mei jam 2.00 petang di Blok A, Bilik Syarahan di Tingkat 2. Sila mendaftar dengan En. Godfrey Ooi di talian 03 2272 2677 sambungan 127.

Pengumuman 6: Lawatan ke Kota Bharu Anjuran Pertubuhan Khidmat Masyarakat

Ia akan diadakan dari hari Jumaat – Ahad, 3 – 5 Jun. Yuran pendaftaran adalah RM60.00 untuk ahli dan RM80.00 bukan ahli. Bas akan bertolak daripada Kompleks MAB jam 8.30 pagi pada 3 Jun. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi En. Ramli di talian 019 344 9873.

Pengumuman 7: Kursus Asas Komputer Untuk Ahli-Ahli Kelab Urut

Ia akan diadakan daripada hari Khamis – Jumaat, 5 – 6 Mei bermula dari jam 9.00 pagi – 12.30 tengah hari. Yuran pendaftaran hanya RM20.00 sahaja. Sila mendaftar dengan En. Shukur di talian 016 606 9779.

Pengumuman 8: Program Prihatin Bersama Buddha

Seramai 200 orang warga OKU penglihatan dijemput hadir untuk acara ini di Kuil Bihara Buddha Brickfields pada hari Ahad, 8 Mei. Bas akan bertolak daripada Kompleks MAB jam 8.45 pagi. Sila mendaftar dengan En. Subra di talian 03 2272 2677. Bagi mereka yang tidak mendaftar, tidak akan menerima hamper.

Sekian sahaja untuk minggu ini. Terima Kasih.

Yang benar,
En. Godfrey Ooi.

Sabtu, Mei 07, 2011

TeleMaklumat PERTIS (2 Mei 2011)

Inilah talian maklumat Persatuan Orang-orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS), membawakan pengumuman-pengumuman untuk minggu yang bermula pada 2 Mei 2011, bersamaan 28 Jamadil-Awwal 1432 Hijrah.

1. Ucapan Terima Kasih Dan Penghargaan.

Persatuan melalui Biro Kebajikan dan Khidmat Komuniti PERTIS ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan mengucapkan ribuan terima kasih di atas kehadiran semua ahli Persatuan serta rakan-rakan ke majlis bacaan surah Yasin dan tahlil pada hari Khamis lalu. Persatuan juga ingin merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada keluarga Al-marhumah Datin Jamaliah yang telah menyumbangkan 15 naskah Al-Quran Braille setakat ini.

2. Perletakan Jawatan Kakitangan PERTIS.

Adalah di maklumkan bahawa kakitangan PERTIS, Siti Fatimah binti Mohamed Ansari, telah meletakkan jawatannya berkuat kuasa pada 25 April 2011 yang lalu.

3. Kakitangan Baru Di PERTIS.

Berikutan dengan perletakan jawatan Siti Fatimah, maka PERTIS telah pun mempunyai seorang kakitangan baru bagi menggantikan kekosongan yang telah ditinggalkan. Kakitangan yang dimaksudkan ialan Cik Nurun Jamiah binti Hassan. Beliau akan bertugas di bahagian kewangan PERTIS. Beliau akan mula bertugas pada 3 Mei 2011.

4.              Mesyuarat Agung PERTIS Peringkat Wilayah.

Berikut adalah tarikh mesyuarat agung PERTIS peringkat wilayah:

Tarikh

Mesyuarat Agung

7 Mei 2011

PERTIS Wilayah Negeri Sembilan.

5.              Barisan AJK PERTIS Terengganu 2011-2012.

PERTIS Wilayah Terengganu telah pun mengadakan mesyuarat agung tahunannya pada 30 April 2011 yang lalu. Berikut adalah barisan kepimpinan PERTIS Terengganu untuk tempoh 2011-2012 Masihi.

Bil.

Nama Penyandang

Jawatan

1.

En. Mohd Fauzi bin Mansor

Pengerusi.

2.

Cikgu Mohd Khairuddin bin Abdul Wahab

Naib Pengerusi

3.

Cikgu Mohamed bin Ismail

Setiausaha.

4.

Pn. Mashitah binti Yunus

Bendahari.

5.

En. Ramli Md Som

AJK Biasa.

6.

En. Asmadi bin Abdul Wahab

AJK Biasa.

Pemeriksa kira-kira ialah Pn. Mariana binti Mad.

6. PROGRAM UKHUWAH DAN MEMPERKASA BELIA CEMERLANG

6.1.              Persatuan melalui Biro Tugas Khas PERTIS Malaysia buat julung-julung kalinya akan menganjurkan aktiviti khas untuk warga belia PERTIS pada hari Selasa, 13 Jamadil Akhir 1432 Hijrah bersamaan 17 Mei 2011 iaitu bersempena cuti umum Hari Weesak. Aktiviti bermula pada jam 9.00 pagi dan dijangka berakhir pada jam 5.00 petang bertempat di Kompleks MAB. Pengisian program akan dimuatkan dengan aktiviti khusus untuk ahli-ahli kalangan belia PERTIS dan segmen ceramah memperkasa jati diri mempertetuh iman. Penyertaan kepada ahli-ahli bukan kalangan belia (berusia 40 tahun ke atas) Cuma dibuka pada slot ceramah pada sebelah petang yang bermula pada jam 2.00 petang. Justeru, penyertaan daripada kalangan belia PERTIS amatlah dialu-alukan. Bagi tujuan pendaftaran atau pertanyaan lanjut, sila berhubung dengan Pengerusi Biro di talian, 019-255 1232 (penyediaan kupon makanan). Pendaftaran melalui perkhidmatan SMS turut dialu-alukan.

6.2.              Pada hari yang sama juga, satu program khusus berbentuk kuiz agama untuk Saudara Muslim akan turut dianjurkan. Penyertaan dan penglibatan daripada ahli-ahli kalangan Saudara Muslim amatlah dialu-alukan. Bagi tujuan pendaftaran atau sebarang pertanyaan, sila berhubung dengan Ustaz Mohd Nasir, Pengerusi Biro Kebajikan dan Khidmat Komuniti di talian, 019-394 1441.

7.             BERITA DARIPADA IBU PEJABAT PERTIS MALAYSIA

7.1.             Pihak Ibu Pejabat PERTIS Malaysia sedang dalam proses kemaskini daftar dan butiran keahlian. Pihak kami mendapati bahawa butiran peribadi ahli seperti No. Kad Pengenalan, No. telefon, alamat dan lain-lain maklumat keahlian wujud sedikit kecelaruan serta permasalahan. Butiran yuran juga didapati tidak seragam. Ahli-ahli yang telah berpindah alamat juga didapati gagal memaklumkan pihak Ibu Pejabat. Justeru, kerjasama dan jasa baik daripada semua ahli Persatuan adalah diminta untuk menghubungi Pn. Bariah, Pembantu Tadbir Pentadbiran di talian, 03-4021 2631, hari Isnin hingga Jumaat, jam 8.30 pagi hingga 5.30 petang bagi semakan daftar keahlian masing-masing. Ini adalah bagi memudahkan urusan kemaskini rekod keahlian dimaksud di samping melancarkan usaha pihak Ibu Pejabat yang akan menghantar surat kepada semua ahli sebagai pemakluman keahlian atau peringatan butiran yuran keahlian (jika berkaitan).

7.2             Adalah dimaklumkan juga bahawa pembayaran yuran keahlian bagi tahun 2011 Masihi sedang dibuka. Sebagai rujukan, kadar yuran tahunan bagi Ahli Biasa ialah RM6.00 seorang, Ahli Bersekutu RM3.00 seorang dan ahli tanggungan RM1,00 seorang. Semua ahli Persatuan adalah dinasihatkan untuk menjelaskan bayaran yuran semasa atau melangsaikan sebarang yuran tertunggak sebelum atau pada 28 Rejab 1432 Hijrah bersamaan 30 Jun 2011. Bayaran yuran dalam tempoh berkaitan adalah prasyarat layak menyertai sebarang aktiviti yang terhad atau yang memerlukan pendaftaran termasuk menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan serta pemberian sebarang bantuan terlibat. Bagi maksud kemaskini status yuran keahlian, sila berhubung dengan Puan Bariah di talian Ibu Pejabat, 03-4021 2631, jam 8.30 pagi hingga jam 5.30 petang, Isnin hingga Jumaat. Kami juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada para ahli yang telah menjelaskan yuran tahunan atau yang sudi memohon untuk menjadi ahli seumur hidup PERTIS.

8. IKLAN MINGGU INI

Dapatkan bekalan air Zamzam daripada Ramalek Shah bin Othman. Berat 10 liter. Harga RM120.00 sebotol. Bagi sebarang tempahan, Hubungi beliau di talian, 012-684 4559.

9. PENGUMUMAN DARIPADA LAIN-LAIN NGO

Pertubuhan Khidmat Masyarakat Cacat Penglihatan akan menganjurkan lawatan ke Negeri Kelantan Darul Naim pada 3 hingga 5 Jun 2011. Yuran pendaftaran, RM60.00 seorang yang merangkumi caj pengangkutan dan penginapan. Bas akan bertolak daripada pekarangan Kompleks MAB pada jam 8.30 pagi, 3 Jun 2011. Sarapan pagi pada 3 Jun 2011 disediakan. Pihak penganjur juga berjaya memperolehi 2 kali tajaan makan malam. Penyertaan Cuma dibuka kepada ahli dan anak ahli sahaja. Justeru tempat yang amat terhad, penyertan adalah berdasarkan KEPADA “siapa cepat, dia dapat”. Bagi maksud pendaftaran atau sebarang pertanyaan, sila berhubung dengan En. Ramli bin Abu Bakar (Pengerusi) di talian, 019-344 9873 atau pejabat Pertubuhan di talian 03-9221 1440. Pendaftaran akan ditutup sebaik sahaja quota penyertaan penuh.

* PENGUMAMAN INI DIBAWA DENGAN EHSAN DAN KERJASAMA DARIPADA PERSATUAN ORANG CACAT PENGLIHATAN ISLAM MALAYSIA (PERTIS)

Diselaraskan oleh,

(Zakaria bin yahya)

Yang Dipertua PERTIS Pusat.

Rabu, April 27, 2011

TELEY MAB NO. 393 english version.

Tel: 03 2272 2687

Monday, 25th April 2011

Hello Friends.

Here are 2 new announcements and 3 old announcements.

Announcement 1: Mandarin Sing Along Session

This will be on Monday, 2nd May from 10.00 am – 1.00 pm at the Elderly Blind Center. The fee is RM1.00 only. Please register with Mr. Lai Kok Keong at tel. 03 2274 2576.

Announcement 2: MRCB Development in Brickfields Update

Another building being constructed at KL Sentral will be known as Lot 348 or GSB Sentral (that is the Leed Gold-Certified Building). It includes an office tower plus 143 residential units. This is a joint development by MRCB, GSB and Gapurna.

Announcement 3: Basic Computer Course for Massage Club Members

This course will be from Thursday – Friday, 5 – 6 May starting 9.00 am – 12.30 pm. The fee is RM20.00 only. Please register with En. Shukur at tel. 016 606 9779.

Announcement 4: Self Employment Opportunity by Wong Yew Man of Singapore

This program will be on Saturday, 30th April, 10.00 am at the Block B, Meeting Room of Kompleks MAB. Mr. Wong will be introducing a new idea on self employment for the blind. Those interested, please contact Ms. Jacqueline at tel. 03 2272 2677 extension 175.

Announcement 5: Buddhist Caring and Sharing Program

200 blind persons are invited to attend this program at the Brickfields Buddhist Bihara on Sunday, 8th May. The bus will be leaving from Kompleks MAB at 8.45 am. All names should be registered with Mr. Subra at tel. 03 2272 2677. Those names which are not registered, will not receive the hamper.

Announcement 6: BM Braille Book

Here are 5 new BM braille books in the MAB Library. The titles are:-

  1. Pasrah by Rikyah Abdullah.
  2. Ragau by Sabri Said.
  3. Nafas Usia by Aripin Said.
  4. Bisikan Kasih by Norhayati Abd. Malik.
  5. Kompilasi Ada Cinta di Matanya by Zuraidah Othman.

That’s all for this week. Thank You.

Best regards,
Mr. Godfrey Ooi.

TELEY MAB NO. 393

Tel: 03 2272 2687

Isnin, 25 April 2011

Salam Sejahtera.

Terdapat 2 pengumuman baru dan 3 pengumuman lama.

Pengumuman 1: Sesi Nyanyian Lagu Mandarin

Ia akan diadakan pada hari Isnin, 2 Mei dari jam 10.00 pagi – 1.00 petang di Pusat Warga Emas. Yuran pendaftaran hanya RM1.00 sahaja. Sila mendaftar dengan En. Lai Kok Keong di talian 03 2274 2576.

Pengumuman 2: Perkembangan Terkini Mengenai Projek Pembangunan MRCB di Brickfields

Sebuah bangunan baru dalam pembinaan di KL Sentral akan dikenali sebagai Lot 348 atau GSB Sentral (iaitu Bangunan Leed Gold-Certified). Ia mempunyai menara pejabat dan juga 143 buah unit kediaman. Ini adalah projek usahasama di antara MRCB, GSB dan Gapurna.

Pengumuman 3: Kursus Asas Komputer Untuk Ahli-Ahli Kelab Urut

Ia akan diadakan daripada hari Khamis – Jumaat, 5 – 6 Mei bermula dari jam 9.00 pagi – 12.30 tengah hari. Yuran pendaftaran hanya RM20.00 sahaja. Sila mendaftar dengan En. Shukur di talian 016 606 9779.

Pengumuman 4: Peluang Bekerja Sendiri Oleh Wong Yew Man Dari Singapura

Program ini akan diadakan pada hari Sabtu, 30 April jam 10.00 pagi di Bilik Mesyuarat, Blok B, Kompleks MAB. En. Wong akan memperkenalkan satu idea baru berkenaan bekerja sendiri bagi OKU penglihatan. Sesiapa yang berminat, sila hubungi Pn. Jacqueline di talian 03 2272 2677 sambungan 175.

Pengumuman 5: Program Prihatin Bersama Buddha

Seramai 200 orang warga OKU penglihatan dijemput hadir untuk acara ini di Kuil Bihara Buddha Brickfields pada hari Ahad, 8 Mei. Bas akan bertolak daripada Kompleks MAB jam 8.45 pagi. Sila mendaftar dengan En. Subra di talian 03 2272 2677. Bagi mereka yang tidak mendaftar, tidak akan menerima hamper.

Pengumuman 6: Buku Braille BM

Berikut adalah 5 buku braille BM baru di Perpustakaan MAB. Tajuk-tajuknya adalah:-

  1. Pasrah oleh Rikyah Abdullah.
  2. Ragau oleh Sabri Said.
  3. Nafas Usia oleh Aripin Said.
  4. Bisikan Kasih oleh Norhayati Abd. Malik.
  5. Kompilasi Ada Cinta di Matanya oleh Zuraidah Othman.

Sekian sahaja untuk minggu ini. Terima Kasih.

Yang benar,
En. Godfrey Ooi.

Ahad, Februari 13, 2011

Jangan menang sorak

Jangan menang sorak

Oleh Dr. Mohd Ridhuan Tee

UNITY in diversity memang sedap disebut dan asyik didengar. Bagi yang berkepentingan, kata-kata ini dijaja merata-rata. Namun, bagi yang mengkaji, pahit untuk dibicara, jika fakta akademik terus disembunyikan demi kepentingan politik.

Lihatlah keberanian Perdana Menteri Britain, David Cameron minggu lalu, kenyataannya mengenai multi-culturalism yang selama ini menjadi polisi negara itu telah gagal dalam pembinaan negara bangsa. Katanya, kebebasan keterlaluan mengikut budaya dan cara hidup masing-masing secara berasingan tidak berjaya membentuk rakyat Britain yang diidamkan. Budaya yang dimaksudkan itu termasuk undang-undang dan peraturan peraturan yang sedia ada.

Kini, mereka yang ingin tinggal di Britian didesak supaya menghormati budaya British (majoriti), yang dikenali dalam sejarah sebagai "luas pemandangan" atau liberal. Kerajaan Britain bertindak mengejar mereka yang tinggal melebihi tempoh yang dibenarkan kerana menimbulkan banyak masalah.

Walaupun ucapan tersebut dirujuk kepada orang Islam, tetapi implementasinya adalah untuk semua yang ingin mendiami di sana. Dalam kata lain, gesaan Cameron itu tidak banyak bezanya dengan kenyataan Tun Mahathir baru-baru ini yang berbunyi "Tanah Melayu adalah milik orang Melayu". "Negara British adalah untuk orang British". Justeru, budaya dan bahasa majoriti mesti didaulatkan dan diterima bagi mereka yang ingin hidup bersama dalam sebuah negara.

Secara kebetulan pula, saya baru sahaja menonton cerita Shaolin yang sedang hangat ditayangkan di pawagam. Kata-kata "negara China milik orang Cina" begitu jelas sekali diungkapkan oleh hero filem Shaolin, Andy Lau. Babak tersebut langsung tidak dipotong oleh Lembaga Penapis Filem Malaysia, walaupun dari sudut pembinaan jati diri, babak tersebut sepatutnya boleh dipotong. Begitulah liberalnya kita hidup dalam negara berbilang kaum. Saling hormat-menghormati.

Justeru, apakah salah jika Tun Dr Mahathir berkata "Tanah Melayu adalah milik orang Melayu" dari segi fakta akademik? Sama ada Mahathir Melayu tulin atau tidak, serangan peribadi yang selalu dilakukan, itu bukanlah persoalan utama. Sejarah memang tidak boleh dipadamkan, walaupun diungkap oleh sesiapapun. Ia mesti diperakui seperti kata Einstein. Itulah hakikat kejadian manusia yang dijadikan oleh Allah SWT.

Setiap negara ada sejarahnya sendiri. Rakyat Malaysia mesti mengakui negara ini adalah asal usulnya milik orang Melayu, termasuk Singapura. Sepatutnya, kita hendaklah berlapang dada menerima budaya dan bahasa masyarakat yang mendominasi itu.

Berbilang bangsa bukan berlaku secara semulajadi atau telah wujud berbilang bangsa sejak dunia ini diciptakan. Kajilah negara mana sekalipun yang berbilang bangsa, semuanya berlaku disebabkan oleh migrasi. Dengan makna, setiap negara atau sesebuah kepulauan, ada penunggunya. Persoalannya, kenapa setiap kenyataan atau ungkapan hendak dipolitikkan?

Mual

Saya berada begitu mual apabila pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat menggesa Perdana Menteri agar memberi reaksi kepada kenyataan Mahathir mendakwa Malaysia hanya milik orang Melayu dan kaum-kaum lain perlu menghormati kedaulatan orang Melayu negara ini. Pendapat David Cameron pun hampir sama dengan Mahathir. Kenapa Cameron tidak dipertikaikan oleh mereka yang tinggal di sana? Saya yakin, pemimpin Britain berjaya melahirkan rakyat yang bersyukur.

Perdana Menteri tidak perlu memberi reaksi, kerana itu bukan pendapatnya? Ia datang daripada bekas Perdana Menteri, pendapat peribadi seorang negarawan. Mahathir bebas memberikan pendapat dalam sebuah negara yang mengamalkan demokrasi, seperti mana pembangkang dan orang lain memberikan pendapat.

Bacalah pendapat dan komen-komen dalam laman web Malaysian Insider, Malaysiakini, Malaysia Today, cpiasia dan sebagainya. Pendapat mereka langsung tidak bertamadun. Tetapi ia terus disiarkan dengan megah oleh laman web tersebut dan diberi markah yang tinggi. Tiada tindakan diambil. Saya yakin jika mereka berada di Singapura, sudah lama dihumbankan dalam penjara. Kenapa mereka bebas menulis, orang seperti Mahathir tidak boleh?

Inilah nasib yang menimpa penulis seperti kami. Setiap kali menulis, keturunan kami dihina dan diungkit. Cacian dan makian yang kotor dihemburkan tanpa meneliti fakta terlebih dahulu. Saya tidak hairan, sebab masyarakat kita telah ditanam dengan pemikiran etnosentrik, prejudis dan stereotaip, yakni memandang rendah kepada cara hidup atau budaya orang lain. Pada segelintir golongan ini, budaya mereka sahaja yang baik, orang lain tidak.

Yang lebih memelikkan, kenapa bila DAP (termasuk PAP) mempertikaikan tentang kedudukan Islam dan menghina Islam, pemimpin Pakatan Rakyat tidak ditanya supaya memberi reaksi akan pendapat sekutunya itu? Malah dipuji pula pendapatnya.

Lebih menjijikkan, bila ada sahaja pendapat yang agak kontroversi, gagasan 1Malaysia dijadikan batu loncatan untuk mematahkan apa juga perkara yang dikira bertentangan dengan pendirian ultra kiasu ini. Tidakkah gagasan 1Malaysia mesti difahami dalam konteks sejarah negara ini dan perlembagaan yang telah dipersetujui bersama?

Saya boleh bayangkan jika tiadalah idea gagasan 1Malaysia, mereka akan cari seribu satu alasan untuk menghalalkan tindakan mereka.

Bukankah lebih baik kata-kata Mahathir itu dikaji dan hujahkan dari sudut akademik daripada memaki dan mencaci? Sekurang-kurangnya berlaku percambahan ilmu. Ini tidak, mereka seolah-olah tiada kerja lain, hanya mencari kesalahan dan kelemahan orang lain.

Saya ingin mencadangkan, selain daripada mengkaji sejarah asal-usul Tanah Melayu, pada masa sama, perbandingan sejarah hendaklah juga dibuat dengan negara lain.

Jika tidak mahu lihat negara jiran yang berdekatan, cuba tinjau negara yang berjauhan seperti New Zealand, Fiji, Australia dan sebagainya. Adakah negara ini berbilang bangsa dari segi asal-usul. Saya tidak perlu ulang lagi akan sejarah asal-usul Tanah Melayu, kerana nanti pembaca akan mengatakan seolah-olah saya sudah tidak ada idea lagi untuk menulis.

Di New Zealand, pribumi Maori tidak memerintah, tetapi diperintah oleh Pakeha, imigran kulit putih. Begitu juga di Fiji. Pribumi Fijian diperintah oleh imigran India. Namun, hak-hak pribumi tetap dijaga dan dipelihara, supaya tidak timbul konflik.

Malangnya, Maori dan Fijian telah terlambat, kerana mereka tidak memerintah tetapi telah diperintah. Apalah erti hak terjaga, jika kampung telah tergadai. Iktibar di dua negara ini perlu dijadikan teladan. Inilah yang menjadi ketakutan orang Melayu, setelah terlepasnya Singapura.

Nenek moyang

Saya yakin selepas ini, pihak ultra kiasu akan berhujah, pribumi Tanah Melayu adalah orang Asli, sama seperti Maori di New Zealand. Jika itulah hujahnya, maka saya berani mengatakan semua negara ada Orang Asli.

Mahathir berkata lagi, nenek moyang negara ini memberikan orang Cina dan India taraf kewarganegaraan sebab mereka mengharapkan kedua-dua komuniti itu akan menghormati kedaulatan orang Melayu.

Kenyataan tersebut adalah benar berasaskan fakta sejarah. Ia tidak boleh diubah. Mahathir juga menekankan, bukan Melayu mesti menerima konsep Bangsa Malaysia untuk membantu memperkukuhkan perpaduan nasional. Jika orang Cina dan India terus melihat diri mereka berdasarkan negara asal mereka, maka ia bermakna mereka adalah imigran ke negara ini.

Dalam konteks politik, kenyataan ini memang tidak boleh dinafikan. Kiblat kita mesti Malaysia, bukan lagi negara lain jika benar-benar gagasan 1Malaysia hendaklah direalisasikan dengan jayanya.

Ahad, Januari 30, 2011

Sektor awam diminta beri peluang kepada OKU

Sektor awam diminta beri peluang kepada OKU

KUALA LUMPUR 28 Jan. - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) meminta agar golongan kurang upaya diberi peluang yang lebih luas untuk memegang jawatan dalam sektor berkenaan.

Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, setakat ini sasaran satu peratus orang kurang upaya (OKU) berkhidmat dalam sektor berkenaan masih belum dicapai.

Menurutnya, golongan tersebut sepatutnya diberi peluang untuk bekerja di dalam sektor awam kerana ada antara mereka merupakan golongan bijak pandai dan lulusan universiti.

"Kami mendapat banyak aduan daripada golongan OKU bahawa mereka banyak kali gagal pada sesi temuduga pekerjaan dalam sektor awam walaupun memenuhi kriteria yang diperlukan.

"Kami yakin mereka mampu melaksanakan tugas dengan baik sekiranya ditawarkan jawatan dan pekerjaan di dalam sektor awam seperti kerani, pengurus fail dan sebagainya yang tidak membabitkan tugasan fizikal kerana ada antaranya berkelulusan tinggi seperti ijazah dari universiti tempatan," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri majlis penyerahan cek saguhati perpindahan kepada penghuni kuarters kerajaan Jalan Cochrane di Kompleks Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di sini hari ini.

Hadir sama Timbalan Ketua Setiausaha Jabatan Perdana Menteri, Datuk Othman Mahmood; Setiausaha Bahagian Pengurusan Hartanah Jabatan Perdana Menteri, Hasnol Zam Zam Ahmad dan Pengurus Besar Pelaburan Lembaga Tabung Angkatan Tentera, Roslan Abu Talib.

Menurut Omar, setakat ini golongan OKU yang bekerja dalam sektor awam berpuas hati dengan kemudahan disediakan.

Katanya, rata-rata golongan tersebut memuji usaha kerajaan menyediakan tempat bekerja yang selesa untuk mereka.

"Tiada masalah dari segi kemudahan OKU di tempat kerja dalam sektor awam, cuma masalahnya kekurangan pekerja daripada golongan itu. Saya berharap perkara ini dapat diberikan perhatian," jelasnya.

Sementara itu, Omar berkata, CUEPACS dan beberapa kesatuan sekerja lain seperti Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) akan mengadakan perbincangan dengan Kementerian Sumber Manusia pada 8, 11 dan 12 Februari ini mengenai isu pelaksanaan gaji minimum.

"Sebagaimana yang umum ketahui, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengumumkan penubuhan Majlis Konsultasi Gaji Negara untuk pengenalan gaji minimum, tetapi kami masih tidak mendapat bayangan bahawa ia akan dilaksanakan dalam tempoh terdekat ini.

"Jadi, satu perbincangan akan diadakan pada tarikh tersebut dengan Kementerian Sumber Manusia bagi mengetahui status terkini pelaksanaan gaji minimum di negara ini," katanya.

Ahad, Januari 23, 2011

Jauhi pakatan keji

Jauhi pakatan keji

Oleh Harussani Zakaria

Minggu yang lepas telah memaparkan semula perbahasan tentang ancak serta beberapa isu yang berkesinambungan dari perkara-perkara yang sepatutnya sudah selesai dan tidak diperbincangkan lagi di media cetak dan elektronik mahupun laman sesawang. Tidak kurang juga beberapa ulasan dari blogger tentang isu ancak yang masih tidak berkesudahan nampaknya. Tambah menyemarakkan keadaan, terdapat komen-komen yang agak pedas di samping cacian, pendustaan dan kalam-kalam yang terbit dari hati sekiranya dibaca berulang kali boleh membawa kepada kesedihan yang amat mendalam.

Itulah realiti yang perlu ditempuh oleh semua orang terutamanya para pemimpin, pendakwah atau pun sesiapa sahaja. Itulah juga mentaliti sebahagian dari kita yang banyak menghabiskan masa dan memerah fikiran semata-mata untuk memuaskan hawa nafsu mereka yang selama-lamanya tidak akan puas. Masih ramai di kalangan umat Melayu- Islam ini tertarik dan terpesona untuk membuat ungkapan, percakapan mahu pun penulisan mereka yang sering mengaitkan itu dan ini tanpa sandaran dan fakta yang benar. Sekiranya diamati, kebanyakan dari kita masih gagal untuk bersikap jujur dalam berkata-kata, berbicara dan menulis sedangkan ia amat dituntut dalam Islam. Sebagaimana diketahui bahawa jujur atau benar ialah memberitahu, atau menuturkan sesuatu dengan sebenarnya. Lawannya ialah dusta, iaitu memberitakan sesuatu berlainan dengan sebenarnya, walaupun dengan tidak disengajakan.

Firman Allah SWT di dalam surah al-Qalam ayat 7-11 yang bermaksud, Sesungguhnya Tuhanmu, Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalannya, dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat petunjuk. Oleh itu (berpegang teguhlah pada ajaran Islam yang sedang Engkau amalkan, dan) janganlah engkau menurut kemahuan orang- orang yang mendustakan (agama Allah). Mereka suka kalaulah Engkau bertolak ansur (menurut kemahuan mereka), supaya mereka juga bertolak ansur berlemah-lembut (pada zahirnya terhadapmu). Dan janganlah Engkau (berkisar dari pendirianmu yang benar, dan jangan) menurut kemahuan orang yang selalu bersumpah, lagi yang hina (pendapatnya dan amalannya), yang suka mencaci, lagi Yang suka menyebarkan fitnah hasutan (untuk memecah belahkan orang ramai).

Al Imam al-Razi ketika menafsirkan ayat tersebut menyatakan bahawa ayat ini mendefinisikan dengan jelas sifat pendusta iaitu orang-orang kafir itu antaranya sifat suka mencela dan menjaja fitnah. Yang dimaksudkan dengan ‘hammaz’ ialah suka mencela orang dan suka berbalas celaan. Ia juga bermaksud mereka yang suka menceritakan sesuatu yang tidak disukai oleh orang yang diumpat itu dengan tujuan membuka keaibannya. Sementara itu Imam al-Alusi pula menyatakan bahawa asal pada kata ‘hammaz’ itu ialah memukul atau menikam dengan tangan, kayu atau sebagainya. Ini bermaksud manusia yang mencerca manusia lain samalah seperti dia memukul atau menikam sahabat atau saudaranya itu. Mereka bukan sekadar mencerca dan mencaci malah berusaha menjaja berita dusta atau keaiban saudaranya ke serata tempat.

Imam At-Tabarani meriwayatkan dari Abu Hurairah r.a berkata, Nabi SAW telah bersabda yang bermaksud “ Yang paling dikasihi oleh Allah di antara kamu, ialah mereka yang baik akhlak, yang merendah diri dan mereka yang suka dan mesra dengan manusia lain dan orang lain juga menyenanginya. Dan yang paling dimarahi oleh Allah, ialah mereka yang pergi membawa fitnah, yang memisahkan di antara sesama saudara dan mencaci orang yang tidak bersalah.”

Imam Abu Laits al-Samarqandi di dalam kitabnya Tanbihul Ghafilin dan Imam al-Ghazali di dalam Kitabnya Ihya Ulumiddin, telah menyatakan bahawa Umar ibnu Abdul Aziz telah didatangi oleh seseorang lalu menceritakan hal orang lain, maka ditanya oleh beliau “Jika engkau suka maka kami akan menyelidiki kebenaran keteranganmu itu, jika engkau dusta maka engkau termasuk ayat : ( Jika datang kepadamu seorang fasiq membawa berita-berita maka selidikilah. Dan jika benar, maka kau termasuk pula dalam ayat (tukang ejek dan suka mengadu domba). Dan jika engkau suka kami maafkan engkau. Maka jawab lelaki tersebut, "Maafkan saya Ya Amirul Mukminin, dan saya tidak akan mengulangi lagi.”

Beliau berkata lagi, “Jika ada orang yang memberitahumu bahawa si polan merendah-rendah engkau. Maka hadapilah ia dengan enam perkara:

1. Jangan percaya kerana tukang fitnah tidak dapat diterima kesaksian.

2. Cegahlah fitnah tersebut.

3. Engkau harus membencinya ( si tukang fitnah ).

4. Jangan engkau rasa bersangka jahat pada sahabatmu yang dicela.

5. Jangan diselidik pula orang yang difitnah.

6. Jangan contohi perlakuan tersebut.

Islam bukan pada nama

Segelintir umat Melayu Islam kini, apabila dilihat pada nama pengenalan dirinya menggambarkan suatu yang amat indah dan menarik. Akan tetapi apabila dilihat tutur bicaranya, Masyaallah! Amat menakutkan seolah-olah tidak kenal dosa dan pahala. Apakah tidak kedengaran di telinga mereka hadis Nabi SAW yang diriwayatkan oleh Ibnu Hibban, Ahmad dan Al Bukhari dalam Adabul Mufrad yang bermaksud “Jauhilah perkataan keji, kerana Allah tidak menyukai perkataan keji dan kata mengata dengan perkataan keji”. Nama saya sendiri juga sudah dipopularkan dengan panggilan “Haramsani” di laman-laman blog dan laman sesawang. Barangkali jika tidak menghormati saya sebagai Mufti sekali pun, maka itu hak mereka. Akan tetapi, apakah mereka sudah melupai ajaran dan didikan orang tua-tua yang menghormati orang yang lebih dewasa dari kita. Apakah barangkali asing bagi mereka apa yang disabda oleh Nabi SAW yang diriwayatkan oleh At Tirmizi, Ahmad, Ibnu Hibban, Al Hakim dan Al Bukhari dalam Adabul Mufrat yang bermaksud “Orang Mukmin itu bukan orang yang suka mencemarkan kehormatan, bukan pula orang yang suka mengutuk, berkata keji dan mengumpat”.

Berbalik semula isu ancak yang didendangkan oleh pihak-pihak tertentu sejak akhir-akhir ini yang saya tidak mengetahui apa tujuan mereka. Isu ini menjadi lebih popular apabila dikatakan bahawa ia dilakukan oleh Menteri Besar Perak ketika beliau telah dijemput untuk melancarkan Program Projek Infra Bina Upaya (IBU) di Kampung Guar, Manong, Perak. Saya sendiri pun sudah sekian lama tidak mendengar perkataan ini. Namun apabila dialunkan semula, ia menyegarkan ingatan saya terhadap aktiviti yang berleluasa sejak saya kecil lagi.

Bagi generasi sekarang, barangkali perkataan itu agak terlalu asing bagi mereka. Ini berbeza dengan warga tua yang rata-rata di kalangan mereka mengetahuinya dan pernah melihat aktiviti tersebut begitu aktif dilaksanakan suatu ketika dahulu. Sekiranya kita merujuk kepada Kamus Dewan, maka akan terdapat perkataan “ancak” yang ditakrifkan sebagai talam daripada anyaman tempat menyajikan barang-barang untuk hantu.

Menurut Wikipedia perkataan “acak” atau “ancak” merujuk sebagai sebarang jenis persembahan kepada makhluk halus dalam kebudayaan Melayu.

Persembahan ini biasanya merupakan makanan yang terdiri daripada hidangan berupa bertih, pulut kuning, ayam panggang, telur dan anak patung tradisional. Aktiviti “acak” atau “ancak” kebiasaannya akan dilaksanakan oleh pawang sama ada untuk tujuan perubatan, membuang saka atau perkara-perkara yang mempunyai kaitan dengan makhluk halus. Kesemua bahan tersebut akan dihanyutkan ke sungai setelah jampi serapah serta mentera dibaca.

Khurafat yang jelas

Seperkara yang menarik, amalan ini sememangnya tercatat dalam kitab karangan orang terdahulu seperti mana yang terdapat dalam kitab Tajul Muluk. Sebagai contoh, bagi mereka yang baru berpindah dan tinggal di rumah baru, maka beberapa keperluan perlu disedia dan dilaksanakan seperti menyediakan nasi sebanyak tiga warna iaitu kuning, merah dan putih di samping sajian lauk telur ayam tiga biji yang diletakkan di atas nasi-nasi tersebut. Antara keperluan lain ialah menyediakan tiga jenis pisang dan tiga jenis buah-buahan iaitu nangka, kurma dan durian. Kesemua bahan tersebut diletak atas tiang seri rumah tersebut. Barangkali kegiatan sebegini tersebar luas di kalangan masyarakat terdahulu dan sesiapa yang tidak melaksanakannya bererti sengaja membiarkan diri dalam bahaya dan menyanggah arus perdana masyarakat ketika itu. Ketika menelaah kitab ini saya tersenyum dan terfikir apakah masih ada saki baki perlakuan ini dilakukan oleh masyarakat Islam di negara kita sedangkan seruan untuk kembali kepada pengamalan Islam yang bersih dan luhur dari sebarang khurafat disebar siarkan saban waktu.

Dalam hal dakwaan bahawa ancak ini juga telah dilakukan oleh pemimpin utama di negeri Perak seperti mana dakwaan sesetengah pihak, saya telah bersemuka dengan beliau dan bertanyakan tentang perjalanan program tersebut. Beliau mengakui bahawa kehadirannya ke majlis tersebut atas undangan bagi merasmikan program bagi membina rumah fakir miskin. Beliau juga mendakwa bahawa tidak terdapat sebarang unsur pemujaan dan pembacaan mentera seperti mana definisi yang saya sebutkan tadi. Apatah lagi tiada sebarang mentera yang dibaca dan dialunkan bagi memuja semangat dan memanggil jin. Adapun tindakan menepung tawar dan merenjis, bagi saya ia adalah amalan biasa masyarakat Melayu asalkan mereka tidak beriktiqad dengan sesuatu Iktikad yang bercanggah dengan syara’.

Selesaikan masalah menerusi dialog

Selesaikan masalah menerusi dialog

Oleh Mohd Ridhuan Tee

Nampaknya hari demi hari isu-isu agama sentiasa menghantui masyarakat kita, seolah-olah tidak pernah habis. Belum pun reda isu azan dan novel Interlok, kini timbul isu pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) beragama Sikh dipotong rambutnya oleh pelatih-pelatih lain sekhemah dengannya. Sama ada benar atau tidak, atau sengaja dibuat-buat, kita tunggu hasil siasatan. Saya yakin selepas ini akan timbul lagi, lagi dan lagi. Punca dan tujuan dibangkitkan Tuhan sahaja yang tahu. Tetapi kita tidak boleh duduk diam.

Apakah kita akan terus dilingkungi dengan masalah-masalah sebegini? Tidakkah lebih baik masa yang ada digunakan untuk memikirkan cara untuk menjayakan gagasan 1Malaysia yang bermatlamatkan perpaduan? Di manakah titik toleransi untuk kita bekerjasama?

Pada saya, sudah sampai masanya dialog antara agama dan peradaban mengambil tempat seperti yang dipelopori Islam sejak zaman berzaman. Dialog bukan bertujuan mencari siapa yang salah atau siapa yang betul. Tetapi pendekatan lebih kepada untuk mencari kebenaran. Dialog tidak boleh mendabik dada dengan mengatakan kita sahajalah yang terbaik, sedangkan orang lain tidak. Jika itulah kesudahannya, dialog tidak akan mencapai persetujuan. Yang wujud adalah bertegang leher antara kedua-dua belah pihak. Gagasan 1Malaysia perlu menjadikan dialog sebagai agenda utama.

Sebagai agama yang bersifat universal, kepentingan dan keperluan dialog amat jelas dan tuntas dalam Islam. Menurut Ramli Awang (2008), Islam sentiasa menyeru supaya penganutnya berfikiran bebas, tidak bertaklid membuta tuli kepada mana-mana manusia. Umat Islam diseru supaya hidup bersama orang lain dengan saling menjaga keamanan satu sama lain.

Dalam sejarah Islam, banyak terjadi perbahasan dan dialog antara para cendekiawan Islam dengan cendekiawan agama-agama lain. Bekas Presiden Iran, Mohammed Khatami, telah mengemukakan dialog antara peradaban kepada masyarakat dunia. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) juga telah menamakan 2004 sebagai tahun Dialog Antara Peradaban.

Menurut Diez-Hochleitner (2009) pemimpin-pemimpin negara (dunia) jangan sesekali berhenti untuk melibatkan diri dalam dialog, dan bekerjasama atas nama kewujudan bersama secara harmoni. Barat seharusnya berhadapan dengan Timur secara bersemuka atas dasar sama rata. Walaupun kita mempunyai asal usul budaya dan kepercayaan yang berbeza, kita telah menunjukkan di dalam dialog, bahawa betapa luasnya titik persamaan kesefahaman kita dalam usaha untuk memberi khidmat kepada manusia dan juga alam semula jadi. Daripada terlibat dalam pertembungan peradaban, lebih bermakna lagi jika kita memberi tumpuan kepada berdialog dan bekerjasama, terutama pada ketika seluruh dunia sedang mengalami ketidakpastian dan kebimbangan yang semakin menjadi-jadi akibat dominasi kuasa-kuasa besar.

Pelopor

Islam telah mempelopori dialog sejak dahulu lagi. Dialog pertama antara Muslim dan Kristian telah berlaku semasa hijrah pertama umat Islam ke Habsyah. Disebabkan umat Islam ditindas dan ditekan oleh kaum Musyrikin Mekah. Menurut Martin Lings atau nama Islamnya, Abu Bakr Siraj Ad-Din, rombongan tersebut disertai oleh 14 orang lelaki dan empat orang perempuan termasuk Uthman bin Affan dan isterinya Ruqaiyyah, Jaafar bin Abu Talib dan isterinya lebih 1400 tahun dahulu (Ramli Awang, 2008). Justeru, tidak timbul soal Islam tidak bersifat terbuka dan mengambil pendekatan ekstrem seperti yang didakwa sesetengah pihak.

Namun demikian, dalam keadaan-keadaan tertentu, kadangkala dialog tidak mampu mengambil tempat, terutama apabila adanya tangan-tangan zalim yang dengan tidak semena-mena menyerang dan merompak kekayaan sesebuah negara. Sebagai sebuah negara yang meletakkan Islam sebagai agama persekutuan, kita perlu mengambil langkah ke hadapan. Dialog perlu dijadikan budaya masyarakat, bukan mengambil pendekatan “hentam keromo”.

Dialog ini penting kerana terdapatnya perbezaan fahaman dan amalan agama, kecurigaan kepada mereka yang berlainan agama dan didorong oleh keperluan menyebarkan dakwah.

Untuk mengurangkan sifat negatif ini, dialog harus memiliki tujuan yang positif bagi mengikis rasa curiga, memahami orang lain, merapatkan hubungan kemanusiaan, membina tamadun manusia yang utuh, menjelaskan hakikat sebenar tuduhan, memupuk rasa saling menghormati, mengakhiri dendam kesumat dan permusuhan, menciptakan persatuan dan mengeratkan silaturrahim, dan membimbing manusia ke jalan yang benar.

Jika perkara ini dapat difahami, saya yakin matlamat gagasan 1Malaysia akan menjadi realiti. Kita tidak mahu perkara yang telah selesai dipertikaikan. Permohonan maaf isu azan yang menimbul keributan baru-baru ini bukan bermakna, perkara ini tidak akan berbangkit lagi. Masih banyak lagi yang terpendam sebenarnya. Puncanya jelas, kita kurang memahami sensitiviti hidup umat Islam dan kedudukan Islam dalam perlembagaan.

Di pihak Islam pula, jika isu azan jika tidak ditangani dengan betul akan merugikan dakwah Islam. Sudahlah bilangan yang memeluk Islam kalangan bukan Islam kurang daripada satu peratus, mewakili setiap bangsa di negara kita, jika dipolitikkan lagi, sudah tentu minat untuk mendekati Islam semakin menurun.

Saya tidak pasti sama ada orang bukan Islam masih tidak dapat membezakan antara azan, tarhim, bacaan Quran dan zikir, yang selalu berkumandang pada pembesar suara masjid dan surau. Begitu juga dengan ceramah yang menggunakan pembesar suara.

Namun, jika azan itu tidak dapat dibezakan, alangkah malangnya setelah lebih 54 tahun merdeka perkara ini masih tidak difahami sedangkan ia dialunkan saban hari. Maka, sudah menjadi kewajipan kepada kita semua untuk menerangkan kepada orang bukan Islam hakikat yang sebenar.

Kadangkala saya tidak menyalahkan bukan Islam, kerana kita yang mengelirukan ajaran Islam yang sebenar. Saya masih lagi mencari jawapan kenapa tarhim, zikir, bacaan Quran dan wirid selalu diperdengarkan dengan kuat pada awal-awal pagi sebelum masuk azan solat subuh? Wajarkah amalan peribadi ini tersebut menggunakan pembesar suara?

Sedangkan Rasulullah SAW mengajar kita adab menghormati jiran. Sehinggakan jika bacaan Quran yang kuat boleh mengganggu jiran, maka kita disuruh perlahankan suara. Inilah pula menggunakan pembesar suara dihening pagi yang amat kerap dilakukan di surau-surau dan masjid-masjid.

Sepanjang bacaan saya, tidak ada nas yang membenarkan menggunakan pembesar suara sehingga mengganggu orang lain. Islam adalah agama yang sentiasa menghormati orang lain dan hak mereka. Walaupun bacaan al-Quran, wirid dan zikir amat baik, tetapi kita tidak boleh memaksa orang lain untuk mendengarnya. Apatah lagi semuanya dikategorikan sebagai amalan individu.

Nabi SAW sendiri telah melarang orang menguatkan bacaan al-Quran dalam masjid sehingga mengganggu jemaah lain.

Bayangkan ketika kita membaca Quran dengan kuat, masih ada kalangan jemaah yang masih bersolat, sudah tentu bacaan kita mengganggu kekhusyukan mereka yang bersolat. Saya tidak mengambil peduli jika semua penduduk sekitarnya beragama Islam. Namun, jika di kawasan tersebut dihuni oleh mereka yang berbilang kaum, maka tindakan ini perlu difikirkan semula. Dalam kariah saya, terdapat surau dan masjid, empat puluh minit sebelum masuk waktu subuh, akan dikumandangkan tarhim, bacaan Quran, zikir dan wirid dengan kuat. Tindakan ini adalah tidak wajar dan harus difikirkan semula?

Satu pesanan saya hargailah toleransi yang ada seperti pesan Perdana Menteri dan timbalannya. Pada masa sama, belajarlah memahami sejarah dan Perlembagaan. Bukan apa, kadangkala kita mempertikaikan sesuatu yang telah termaktub dalam Perlembagaan yang sudah tidak perlu di dialogkan. Misalnya, bacaan doa dalam majlis rasmi. Islam selaku agama rasmi dan agama persekutuan, perlu mendapat tempat dalam majlis-majlis rasmi. Dengan sebab itu, kita lihat ada bacaan doa. Akhirnya, dialog boleh mengambil tempat mengenai boleh atau tidak, umat Islam bekerja di premis yang menjual arak. Apakah tindakan itu dikira bersubahat? Sama juga umat Islam yang bekerja di bank konvensional. Jika semuanya bersubahat, apakah bidang kerja yang sesuai untuk umat Islam? Apakah mungkin nanti akan wujud pasar raya Islam dan pasar raya bukan Islam?

Saya amat bimbang jika kita tidak dialogkan masalah ini dan terus menjatuhkan hukum, apakah alternatif yang dapat disediakan kepada umat Islam yang ingin mendapatkan rezeki yang halal? Bagaimana pula dengan pramugari yang bekerja di atas kapal terbang yang dihidangkan dengan arak? Halal atau haram? Ini belum termasuk soal pakaian mereka yang kurang bersopan yang direkabentuk sedemikian rupa seperti Air Asia dan Firefly.

Pramugari tidak salah kerana mereka terpaksa mencari rezeki di bawah majikan yang ramai Islam, tetapi tidak ada roh Islam dalam jiwanya. Sedangkan pramugari Singapore Airlines dan Thai Airways masih kekal dengan pakaian tradisi yang begitu bersopan walaupun mereka tidak Islam tetapi nampak lebih Islamik. Apakah perkara ini juga perlu didialogkan? Sama-sama kita mencari kebenaran!

Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah ialah Pensyarah Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) merangkap Setiausaha Agung Dewan Perdagangan Islam Malaysia. Penulisan ini adalah pendapat peribadi penulis.

Sabtu, Januari 22, 2011

Makan Angin bahagian satu.

Salam bahagia.

 

23RD Disember 2010 Khamis, aku dan kawanku Ah Hong telah pergi ke KL.  Hari itu kami telah menaiki bas Trans nasional yang bertolak jam 10:30 pagi.  Bas tak penuhlah.  Tapi hampir-hampir saja nak penuh.

 

Dalam bas, Ah Hong asyik bercerita tentang kehilangan duit RM 1000 yang berlaku di persatuan pada 19TH Disember yang lalu.  Dia telefon beberapa rakan dan bercerita dengan kuatnya dalam bas.  memanglah suara dia tak boleh control punya.

 

Jam 12:30 tengahari, bas berhenti di salah sebuah tempat R & R.  Ah Hong turun pergi beli air kotak dan keropok.  Tempat tu, Sungai perak kalau aku tak salah.

 

Sementara itu pula, aku sibuk main facebook dan twitter semasa dalam bas.  Dok berceritalah perkembangan terkini.  main facebook dan twitter dengan menggunakan telefon bimbit.

 

Lebih kurang jam 12:50 tengahari, bas memulakan perjalanannya kembali.  Ah Hong pula, masih sibuk bercerita tentang kehilangan duit.  Antaranya yang menelefon beliau ialah Mee Lee dan Roslin.  Dia rancak bercerita.  Suara dia memang kuat.  memang kedengaran di dalam bas.  Suara dia saja yang kedengaran.

 

Lebih kurang menghampiri jam 3:00 petang, bas telah tiba di stesen bas jalan Duta Kuala Lumpur.  Kami para penumpang pun turunlah.  Aku dan Ah Hong pun jalanlah terkedek-kedek untuk mencari tempat membeli kupon teksi.  masa tu, tak ada oranglah pulak yang nak menolong kami.  Maka, terpaksalah kami merayau-rayau di stesen bas itu.

 

  Tidak berapa lama selepas itu, terdapat seorang yang datang menolong kami.  Dia membawa kami ke tempat menjual kupon teksi.  Kami membeli kupon teksi itu.  RM17.80 kalau tak salah untuk satu perjalanan ke Brickfields.  Selepas kupon dibeli, teksi telah sedia menunggu kami.

 

15TH minit kemudian, kami tiba di Brickfields.  kami pun pergilah daftar masuk di Hotel New Winner.  Kami menginap di bilik 101 dari 23RD sampai 26TH Disember.  27TH Disember, balik kampung.

 

Kami dibawa ke bilik kami di tingkat satu oleh seorang akak indon.  Selepas itu, dia pun meninggalkan kami.  Sebelum dia pergi, aku bertanya padanya, mana letaknya tv.  Itu adalah barang yang wajib aku nak tau sebab nak dengar tv.  Dan selepas dia menunjukkan di mana letaknya tv, dia pun beredar pergi.

 

Kini, satu lagi masalah timbul.  kami tak jumpa mana tempat soket.  kami tercari-cari dan teraba-raba untuk mencari, di manakah letaknya soket.  Akhirnya, aku terpaksalah menelefon kaunter untuk meminta bantuan mereka mencari, di manakah letaknya soket di bilik kami.  Tidak lama kemudian, seorang lelaki pekerja di situ datang lalu menunjukkan pada kami, di manakah letaknya soket plug.

 

Seoepas itu, pekerja itu pun beredar.  Aku pun, macam biasalah, buka tv9 nak dengar kartun.  kemudian, Ah Hong pun pergilah makan.  Aku tak pergi sebab, aku menunggu kedatangan si Allan Wong yang akan bawa telefon baru aku iaitu E75.  Sambil menunggu, aku dengarlah tv9.

 

Aku menelefon Allan.  Dia memberitahu, dia sedang di dalam perjalanan sekarang ini.  Aku pula, terus mendengar siaran tv9.

 

Tidak lama kemudian, Allan Wong pun tibalah.  maka, aku dapatlah memegang telefon baru aku iaitu E75.  Dia pun mengajar aku cara-cara untuk menggunakan telefon tersebut.  Sedang dia mengajar itu, Ah Hong pun pulang dari makan.  Ah Hong tadi pergi makan nasi ayam.

 

Selepas kira sejam lebih mengajar dan menerangkan kat aku tentang fungsi telefon tersebut, aku dan Allan pun pergi makan pada kira-kira lebih kurang jam 6:30 petang.  kami pergi makan di sebuah kedai makanan cina yang terletak di tepi New Winner Hotel iaitu Lok Fat.

 

Di sana aku telah makan sepinggan mi goreng iaitu mi cacing orang panggil.  Allan Wong jugak makan mi.  Sambil makan, kami pun berbual-bual tentang telefon yang aku baru dapat tadi.

 

Pada kira-kira jam 7:00 malam, kami pun berpisah.  Aku pulang semula ke bilik aku.  Dan di bilik Ah Hong sedang bersiap-siap nak turun pergi makan.  Aku duduk berehat sebentar sambil melayani facebook.

 

Tidak lama lepas itu, Aku menelefon Abian.  Aku bertanya, sama ada, dia nak pergi makan malam atau tidak.  Dia jawab ya.  Jadi, aku pun tunggulah dia datang.  jadi sementara menunggu tu, aku dengarlah siaran berita kat tv3.

 

Apabila Abian datang, aku pun turunlah ke lobi.  kami pergi ke kedai mamak bersebelahan untuk makan.  Di situ, aku membantai empat keping roti canai dan dua cawan ais kosong.  Sementara itu, Abian hanya minum air sahaja.

 

Abian sibuk menelefon makwanya.  makwanya hari tu tak berapa sihat.  Dia suruh makwanya itu makan ubat.

 

Setelah selesai makan, aku pun pulang ke bilik dan Abian juga dah balik ke rumah.  Aku berehat-rehat d bilik.  Ah Hong pula, masih belum balik lagi daripada makan malam.  jadi, aku pun, dengarlah radio.

 

Tidak berapa lama kemudian, Ah Hong pun balik.  Rupanya, dia pergi makan kat RRC.  Dia kata, makanan kat RRC sekarang, dah mahal dah.  Tak macam dulu lagi murah.

 

Berakhir sudah hari pertama makan angin di KL.

 

Bersambung.

Khamis, Januari 06, 2011

Salam mesra.

Sebelum memulakan bicara, ingin diucapkan ribuan terima kasih kepada PPC kerana sudi tolong mengemaskini blog saya.  Maklumlah, tak sempatlah nak buat kerja-kerja tu.  Dan, kepada rakan BPN, bolehlah add saya di facebook.  Search saja nama Tai Khai Eong, pasti ketemu.

 

Saya rasa amat seronok dan terharu sekali kerana saya telah berjumpa dengan blog Umi Hafilda Ali.  Saya menjumpai blog ini di blog Darul Ehsan Today kalau tak salah saya.

 

nampaknya, minyak petrol Ron97 naik sekupang dan minyak tanah naik dua kupang.  Betoikah?  Wah, ini sudah tentu akan dijadikan issue oleh parti pembangkang.  Jadi, BPN kita ni kenalah bantu goverment untuk bagi penerangan tentang issue kenaikan ni.  Sebenarnya, rakyat tak tau pasai apa benda-benda ni mesti dinaikkan.

 

Dan, adalah diharapkan, gaji kakitangan kerajaan dan lain-lain sektor akan dapat dinaikkan lagi.  Ini untuk menseimbangkan kadar kenaikan bermacam benda sekarang ni.

 

Sejak Pulau Pinang jatuh ke tangan Pakatan, bermacam dan pelbagai kesusahan yang telah dirasai.  Ini khususnya kepada orang melayu.  Jadi, ambiklah ini sebagai iktibar agar tidaklah lagi seperti kata pepatah, marahkan nyamuk, kelambu dibakar.

 

Kata orang, BN itu parti rasuah.  Ok, kalau ada rasuah, buatlah laporan pada SPRM.  Dan, saksi yang dikemukakan, mestilah tepat dan betul.  janganlah saksi palsu pulak.  Tak elok tu.

 

Tahun 2010 telah berlalu dengan pelbagai kenangan pahit dan manis.  Wah, sungguh cepat masa berlalu.  Setahun ke setahun, amat cepat.  Dan pada 2011 ini, pembangkang sibuk pulak nak tunggu PRU 13.  Adakah ianya akan berlaku?  Agak kurang bijak jika PM adakan PRU pada tahun ini sebab tempoh masa untuk kerajaan adalah masih panjang.  Yang pasti, tahun ini, PRU bagi negeri Sarawak akan diadakan.

 

Pembangkang pula, asyik nak berpolitik 24 jam.  Apa saja yang boleh dijadikan bahan politik, akan dipolitikkan.  Sampai lain kerja tak buat.  Sultan dan raja pun diheret sama.  Sanggup menderhaka pulak tu.

 

Di sini, saya nak menyeru pada pihak kerajaan, supaya mengembalikan semula kekebalan raja dan sultan.  Bukan semua, tapi, yang mana dirasakan perlu.  Ini perlu dibuat kerana kita dapati sekarang, sudah ada yang berani melawan titah-perintah sultan mahu pun raja.  Keadaan ini, kalau dibiarkan, kelak akan mengundang padah.

 

Saya juga menyarankan agar kerajaan tidak berlembut mengenai hak-hak istimewa bumiputera yang sudah termaktub dalam perlembagaan.  Perlu diingat, orang melayu, masih lagi ketinggalan jauh di belakang.  Jadi, jangan biarkan hak istimewa bumiputera digadaikan.

 

Kepada Umi Hafilda dan rakan-rakan lain yang sedang dalam perjuangan untuk menegakkan keadilan dan kebenaran, saya ucapkan, selamat berjuang.  Ingatlah, tuhan sentiasa bersama anda semua.

 

Sekian.

Ahad, Januari 02, 2011

Politik murahan yang memualkan

Politik murahan yang memualkan

Oleh DR. MOHD RIDHUAN TEE

MINGGU ini kita dihidangkan dengan dua isu permohonan maaf melibatkan dua pemimpin utama negara. Pertama, Menteri Besar Kelantan dan Mursyidul Am PAS, Nik Abdul Aziz mahukan mereka yang menyebarkan berita memfitnah kononnya beliau meninggal dunia agar memohon maaf dengannya. Lebih berat lagi beliau berkata: "Saya tidak akan ampun dan akan menanggung dosa di akhirat kelak selagi dia tidak minta maaf dengan saya".

Kedua, ketua parti ultra kiasu Selangor dan pemimpin Pas Shah Alam mendesak Perdana Menteri memohon maaf berhubung satu arahan daripada pejabat Perdana Menteri supaya tidak menonjolkan elemen keagamaan Kristian seperti lambang salib, upacara sembahyang, doa dan nyanyian berunsur Kristian, dalam satu majlis sambutan Krismas (rumah terbuka) yang dihadiri oleh Perdana Menteri di kediaman ketua biskop gereja Katolik Kuala Lumpur, 25 Disember lalu, anjuran Persekutuan Kristian Malaysia (CFM) itu.

Pemimpin ultra kiasu ini menyifatkan arahan daripada pejabat Perdana Menteri merupakan satu tindakan yang "tidak menghormati" penganut Kristian. Ia juga dikatakan satu pengkhianatan terhadap (slogan) berbilang etnik, berbilang agama dan gagasan 1Malaysia yang diuar-uarkan oleh Perdana Menteri. Tindakan ini dilihat seolah-olah mahu "menyahkristiankan" majlis sambutan Krismas berkenaan dan menafikan kebebasan beragama bagi rakyat Malaysia.

Lebih ultra lagi, mereka menggesa Perdana Menteri mengeluarkan permohonan maaf secara terbuka dan mengarahkan kerajaan supaya menghormati tradisi Krismas dan hak rakyat Malaysia untuk bebas beragama. Ultra kiasu sungguh mereka yang tidak sedar diuntung ini. Mencari politik murahan yang amat memualkan, dalam keadaan umat Islam tersepit.

Pada saya, jika benarlah berita tersebut, permintaan pejabat Perdana Menteri itu tidaklah terlalu berat. Ia tidak ada kaitan langsung dengan tindakan untuk menghalang kebebasan beragama, kecuali mereka yang ingin mendapatkan laba politik. Selama ini, tidak ada siapapun melarang sambutan Krismas sehingga menenggelamkan suasana bandar raya, walaupun bilangannya begitu sedikit. Sambutan Krismas seolah-olah mempamerkan penganutnya lebih daripada 50 peratus. Atas dasar menghormati kebebasan beragama, tidak ada larangan untuk menghadkannya, walaupun sepatutnya berpada-pada dengan bilangan kurang dari 10 peratus.

Pemimpin Pas Shah Alam begitu beriya-iya mempertahankan isu ini dan mendakwa Perdana Menteri tidak mengamalkan toleransi beragama. Pada saya toleransi yang ditunjukkan oleh pemimpin negara selama ini terlalu tinggi, jika dibandingkan dengan negara-negara lain. Berapa banyak cuti perayaan bukan Islam yang diberikan cuti umum? Bandingkan perayaan-perayaan Islam di negara bukan Islam. Lihatlah apa yang berlaku di Singapura.

Cuba kita fikir sebentar berapa banyakkah gereja Kristian yang telah didirikan dengan penganutnya yang tidak sampai 10 peratus. Ini tidak termasuk di Sabah dan Sarawak. Begitu juga dengan rumah ibadat penganut Sikh yang kurang dari lima peratus. Hindu dan Buddha, tidak usahlah dikira lagi.

Pas tidak perlulah menangguk di air yang keruh. Saya yakin jika pemimpin Pas Shah Alam itu bertanding atas tiket ultra kiasu di salah satu kawasan Parlimen Kuala Lumpur, sudah tentu sambutan yang diterima amat luar biasa, kerana beliau jelas mewakili suara bukan Islam. Malang sungguh rakyat Shah Alam mendapat pemimpin sebegini rupa. Ternyata suara ketua ultra kiasu Selangor dan pemimpin Shah Alam ini sama dan senada, cuma agama sahaja yang berbeza. Jika tidak, mungkin mereka berjodoh.

Benar, Kristian berhak untuk menyambut perayaan mereka. Namun, tidakkah mereka juga patut menghormati Perdana Menteri selaku seorang pemimpin nombor satu yang beragama Islam? Jika mengikut hukum, banyak perayaan agama bukan Islam yang tidak boleh dihadiri oleh orang Islam. Tetapi atas toleransi dan keharmonian, pemimpin negara kita buat pejam mata sahaja. Saya juga ingin mendapat komen pemimpin Pas dalam hal ini. Dan juga, apakah hukum membina patung Buddha yang begitu besar di Kelantan dengan bilangan penganut mereka yang begitu sedikit di sana?

Cacatkah majlis tersebut dengan ketiadaan lambang-lambang tersebut? Selama ini kebanyakan sambutan perayaan Malaysia diadakan di tempat terbuka yang dihadiri oleh Perdana Menteri. Kali ini Perdana Menteri bermurah hati menerima jemputan yang diadakan di rumah bishop tersebut. Sudah tentu lambang-lambang keagamaan bersepah-sepah di rumah tersebut. Apakah permintaan Perdana Menteri begitu besar kesalahannya, hanya semata-mata untuk mengelakkan fitnah?

Maklumlah politik murahan hari ini hanya menunggu masa untuk menjatuhkan seseorang. Seribu kebaikan akan dilupakan hanya dengan satu kesilapan atau kesalahan. Inilah politik kotor saling jatuh-menjatuh yang tidak pernah berkesudahan kalangan orang Melayu Islam?

Lebih hina lagi pemimpin ini membanding dengan, apakah mungkin Perdana Menteri akan mengalihkan patung-patung di Batu Caves jika ada jemputan dibuat daripada penganut Hindu di sana? Ternyata ia merupakan dua isu yang berbeza. Saya yakin, semua pemimpin Islam tidak akan berada selesa jika majlis keramaian atau perayaan diadakan di tempat-tempat ibadat.

Justeru, kita lihat amat jarang sekali, rumah terbuka sambutan hari raya diadakan di dalam masjid, kerana kita menghormati sensitiviti orang bukan Islam. Sambutan akan diadakan di tempat-tempat awam untuk mengelakkan kontroversi. Matlamat utama adalah perpaduan.

Sepatutnya sambutan Krismas tidak sepatutnya dibuat di gereja atau di rumah paderi tetapi di tempat umum. Sama juga sambutan di Tahun Baru Cina, tidak wajar di adakan di tokong atau kuil Cina kerana sambutan tersebut tidak sesuai diadakan di sana kerana ditakuti boleh menimbulkan fitnah.

Sudah tentu kita masih ingat kisah Khalifah Islam kedua, Saidina Omar Al-Khattab yang pernah melawat gereja. Ketika tiba waktu sembahyang, paderi tersebut menawarkan Omar untuk solat di gereja. Namun, Saidina Omar menolak dan memilih untuk tidak solat di dalam gereja kerana ditakuti boleh menimbulkan fitnah. Mungkin orang Kristian akan beranggapan Omar mahu menukarkan gereja menjadi masjid. Semua ini dilakukan atas kebijaksanaan seseorang pemimpin.

Mencemar duli

Kesediaan dan kesudian Perdana Menteri yang sanggup 'mencemar duli' pergi ke 'rumah ibadat' tersebut sepatut diberikan penghargaan dan pujian, bukannya dilacurpolitikkan. Bayangkan jika Perdana Menteri tidak berhati-hati dan terus pergi ke 'rumah ibadah' tersebut, tiba-tiba muncul gambar Perdana Menteri bersama-sama lambang salib di atas kepalanya. Tidakkah nanti akan dipolitikkan oleh pembangkang ketika pilihan raya. Saya masih teringat bagaimana lambang salib dijadikan isu untuk mengaibkan dan menjatuh pemimpin Islam satu ketika dahulu. Tidak kiralah siapa yang melakukannya, tetapi semua peristiwa ini perlu dijadikan teladan.

Pada saya jika tidak ada arahanpun, sepatutnya pihak gereja perlu faham sensitiviti masyarakat Islam di negara ini setelah lebih 53 tahun kita merdeka. Jika perkara ini sudah tidak menjadi sensitif lagi, saya cadangkan Menteri Besar Selangor atau Menteri Besar Kelantan, satu hari nanti mungkin boleh mengambil kesempatan untuk merasmikan tokong atau gereja orang bukan Islam? Saya yakin orang bukan Islam juga tidak akan berasa selesa jika kita panggil menghadiri majlis keagamaan orang Islam di dalam masjid.

Sebenarnya, banyak cara untuk menunjukkan rasa hormat terhadap agama lain, tidak semestinya melalui jemputan rumah terbuka, apatah jika di buat di tempat ibadat. Saya tidak pasti, apakah Perdana Menteri akan melakukan permohonan maaf atau tidak. Dalam isu ini, yang pasti Perdana Menteri tidak bersalah. Terpulang kepada kebijaksanaan Perdana Menteri. Tetapi amatlah tidak molek dan bersopan, jika kita memaksa Perdana Menteri memohon maaf secara terbuka seperti yang cuba dilakukan oleh Nik Aziz.

Saya amat hairan, tidak seorangpun yang memberikan pandangan akan desakan Nik Aziz agar mereka yang menfitnah soal kematiannya supaya memohon maaf. Tidakkah tuan guru sebagai orang alim dan orang agama sepatutnya memaafkan mereka yang bersalah? Bukankah ini sifat Rasulullah yang sentiasa mengampunkan kesalahan umatnya? Sedangkan Nabi ampunkan umat inikan pula kita sesama manusia. Tutup buku dan habis cerita. Kenapa kita mesti bebankan mereka dengan 'dosa' yang tidak diampunkan. Jika demikian sifatnya, saya bimbang nanti, neraka di akhirat ini penuh dengan umat Islam yang tidak diampunkan dosanya oleh Nik Aziz.

Saya tidaklah sealim Nik Aziz. Apatah lagi ilmu agama amat cetek berbanding Nik Aziz. Saya tidak pernah meminta mereka yang mengutuk saya dan menfitnah saya selama ini menerusi penulisan saya dalam Mingguan Malaysia untuk memohon maaf. Kalau kita lihat dalan Internet, boleh dikatakan ratusan ribu, mungkin sampai juta, orang mengata dan mengutuk saya macam-macam. Saya tidak pula meminta mereka memohon maaf. Pada saya inilah adalah asam garam hidup yang perlu dihadapi dengan lapang dada.

Dahulu, saya amat menghormati Nik Aziz atas sifat ketokguruan beliau. Namun, sejak akhir-akhir ini saya mula rasa sangsi dan ragu. Pas sahaja yang betul, Umno semuanya salah.

Lantaran itu, Nik Aziz secara total menolak pintu perundingan dengan UMNO, walaupun demi kepentingan umat Islam. Beliau sentiasa berprasangka buruk kepada UMNO dalam apa jua cara sekalipun. Alasannya mudah, Pas pernah merasai peristiwa pahit ketika bersama UMNO dalam Barisan Nasional suatu masa dahulu.

Keadaan sudah banyak berubah pada masa kini. Walaupun kini Pas tidak bersama UMNO, tetapi saya amat yakin sekiranya Nik Aziz pergi berjumpa dengan Perdana Menteri dan berbisik kepadanya mengenai wang royalti minyak secara baik, tidak mustahil suatu hari nanti Nik Aziz akan merasa menggenggam wang royalti tersebut untuk diserahkan kepada rakyat Kelantan. Tetapi saya amat tidak faham kenapa sejak akhir-akhir ini sikap lunak tuan guru semakin hilang.

Saya masih teringat kata-kata hikmah antaranya yang berbunyi, cara untuk menewaskan musuh adalah dengan mendekati dan memenangi hatinya, bukannya menjauhkan diri atau tidak mahu memaafkan kesalahannya. Jika nak tahu keburukan kita tanya musuh. Jika nak tahu kebaikan kita tanya kawan kita. Orang Pas sudah pasti tidak akan mengutuk Nik Aziz, kerana mereka amat menghormati ketokguruan Nik Aziz. Tetapi tidak pada orang bukan Pas. Mungkin mereka mempunyai pandangan sebaliknya. Tidakkah pandangan tersebut sepatutnya kita muhasabahkan untuk melihat diri kita dengan lebih mendalam?

Sabtu, Januari 01, 2011

Krisis Perak dan Selangor : Penghinaan Terancang Pakatan Rakyat Kepada Sultan !!!


Amaran Kepada Pakatan Haprak - BPN akan serang habis-habisan sesiapa sahaja yang biadap kepada Sultan !!!


Insiden kegagalan Pakatan di Perak nampaknya cuba diulang di Selangor kali ini apabila calon yang diperkenan oleh Sultan Sharifuddin untuk menjadi Setiausaha Kerajaan Negeri, tidak diterima oleh pembangkang. 

Di Perak apabila wakil rakyat mereka berpaling tadah sehingga kuasa gagal dipertahankan, mereka telah mencipta 'gempa politik' seperti bersidang di bawah pokok selain memboikot perjalanan Dewan Undangan Negeri Perak serta mencemarnya dengan pergaduhan.

Nampaknya mereka cuba menggunakan taktik yang sama untuk mengekalkan kuasa di Selangor yang semakin 'tidak bermaya' akibat kekacauan dalaman yang semakin parah dari hari ke hari, dengan menimbulkan polemik dan krisis dengan pihak Istana. Tindakan ini jelas bagi menutup kegagalan mereka menguruskan kejayaan besar merampas lima negeri pada PRU yang lalu agar matlamat ke Putrajaya pada PRU 13 akan berjaya.

Mereka sememangnya semakin terdesak akibat  'serangan demi serangan' oleh Perdana Menteri yang gigih memperkenalkan satu demi satu program di bawah payung - 1Malaysia Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan, telah mengambil tindakan kebudak-budakan ini walaupun tahu akhirnya penipuan mereka akan terdedah juga satu hari nanti. 

Di Perak seperti kita tahu, kekecohan demi kekecohan yang berlaku   jelas menzahirkan kepada kita bahawa mereka tidak ada rasa hormat kepada Sultan yang mana telah bertindak bijak mengikut peruntukan perlembagaan. Jangan mudah lupa bagaimana mereka memboikot majlis angkat sumpah serta enggan memakai songkok termasuk memijak gambar Adun Bebas Melayu adalah tindakan tidak bertamadun mereka sebenarnya.

Jelas Tindakan Sultan Perak yang memanggil wakil rakyat bebas dan Barisan Nasional sebelum memberi perkenan Dr Zambry sebagai MB, adalah jelas menunjukkan keadilan baginda di dalam memperkenan mana mana pihak menjadi Menteri Besar tanpa cenderung kepada mana mana parti.

Merujuk kepada situasi di Selangor, perlantikan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor Datuk Mohd Khusrin Munawi,54 sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang baru, berkuatkuasa 1 Januari telah diketahui pada 27 hb Disember yang lalu. Ia diumum oleh Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan dan beliau akan menggantikan Datuk Ramli Mahmud, 56, yang menamatkan perkhidmatan pada 31 Dis 2010.
Mohd Khusrin, berkelulusan ijazah Sarjana Muda Ekonomi dalam bidang Pengurusan Perniagaan, Universiti Kebangsaan Malaysia, pernah menyandang jawatan Yang Dipertua Majlis Daerah Kajang dan Yang Dipertua Majlis Daerah Kuala Langat.Tempat beliau di Jabatan Agama Islam Selangor akan diambil alih oleh Pegawai Daerah Sabak Bernam Marzuki Hussin, 56, juga mulai 1 Januari.

Pelantikan Mohd Khusrin dan Marzuki jelas telah mendapat perkenan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menurut Ketua Setiausaha Negara seperti laporan yang dikeluar oleh Bernama. Bagi mengesahkan perkara tersebut Setiausaha Sulit DYMM Sultan telah membuat kenyataan akhbar sekali lagi pada 28 Disember 2010 yang telah disiarkan oleh akhbar Utusan Malaysia di sini http://utusan-malaysia-online.com/lantikan-pengarah-jais-suk-muktamad-kata-istana-selangor

Selepas MB Khalid Ibrahim telah menolak perlantikan tersebut dengan memberitahu sudah mempunyai calon sendiri, beliau memberitahu media massa mahu mengadap Sultan dan membawa nama calon-calon pilihan pembangkang. Sayang sekali beliau tidak diterima mengadap kerana DYMM Sultan Sharifuddin bercuti. Malu besar MB Selangor apabila permintaannya ditolak dan diketahui seluruh dunia !!!
Apa yang dapat dilihat oleh rakyat dalam kes ini ialah tindakan tidak menerima calon yang diperkenan Ketua Negeri merangkap Agama Islam oleh seorang Menteri Besar berbangsa Melayu beragama Islam sangat melukakan hati dan perasaan kita semua. Khalid sanggup demi kuasa, menolak calon Sultan dan mahu mengenengahkan calon beliau yang sudah tentu tidak akan diperkenan dengan segera oleh baginda.
Keputusan tidak menerima perkenan Sultan bagi rakyat adalah jelas perbuatan orang yang mahu menderhaka kepada Sultan. Jika bekas Pengarah JAIS Datuk Mohd Khusrin ditolak atas alasan tidak diterima oleh pembangkang maka adakah MB sekarang ini disukai oleh Sultan ? Sewajarnya beliau sendiri disuruh meletak jawatan kerana terbukti gagal memastikan surau dan masjid Selangor bebas dari dijadikan medan politik seperti mana yang dikehendaki oleh DYMM Sultan. Beberapa kali juga perjuangan songsang Pakatan telah ditegur oleh DYMM Sultan kerana mengancam hak hak Melayu Islam di negeri dan negara kita.
Jangan lupa baru beberapa minggu yang lalu rakyat dapat melihat bagaimana DYMM Sultan Selangor telah diketepikan semasa memorandum air SYABAS. Lihat bagaimana MB Selangor secara sengaja menghantarnya kepada YDP Agong di Kuala Lumpur. Sedangkan masalah air yang melibatkan perbalahan antara Syabas dan beliau berlaku di negeri Selangor yang masih ada Sultan. Jelas dalam hal ini Pakatan Rakyat menerusi Khalid Ibrahim ingin menghiris hati Sultan Selangor ekoran ketegasan baginda mempertahan agama Islam serta bangsa Melayu dalam titah dan perbuatan baginda. 
Kini rakyat sudah tahu bahawa perjuangan Pakatan Rakyat adalah perjuangan menjatuhkan Raja untuk diganti dengan mereka yang rakus dengan kuasa untuk mencari habuan dunia. Rakyat tahu dan sedar institusi Raja bukan 'menggadaikan' ketuanan Melayu Islam bahkan menjaganya dengan jiwa raga. Raja dan institusinya perlu dikekalkan dan rakyat hanya menjalankan perintah dan titah baginda, bukan sebaliknya.
Dalam pada itu NGO pembela nasib orang Melayu PERKASA melalui Naib Presidennya telah membantah tindakan MB Selangor yang enggan menerima perlantikan Khusrin dengan mengancam akan mengadakan bantahan besar-besaran. Kita percaya PERKASA akan membuat apa yang mereka perkatakan berdasar apa yang berlaku sebelum ini. Siapa yang masih sedar kehebatan bangsanya akan marah apabila pemelihara hak warisan Melayu iaitu Raja kita, dipersenda dan dihina sesuka hati oleh segelintir rakyat yang tebal perkaumannya.
Menambah lagi 'luka' yang menghiris 'dada' bangsa Melayu dan institusi Diraja, ialah bapa Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Kit Siang yang sejak dulu sangat 'anti' kepada Melayu dan Islam serta Raja. Beliau turut memberi ulasan isu perlantikan SUK Selangor dengan mengatakan ia tidak selari dengan semangat perlembagaan. Penasihat DAP menyangkal hujah pegawai Istana Selangor bahawa tiada peruntukan yang mengatakan persetujuan Menteri Besar mesti diperlukan apabila pelantikan seumpama itu dibuat. Justeru kata Lim   hujah-hujah sedemikian "sangat lemah dan tidak boleh diterima."
Soalannya : bagaimana mahu membuatkannya selari dengan Perlembagaan ? Adakah selama ini perkenan Sultan tidak mencukupi untuk membolehkan seseorang SUK itu dilantik bagi bertugas di mana mana negeri ? Bukankah ia diputuskan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan disahkan oleh Ketua Setiausaha Negara telah mendapat perkenan Sultan Selangor ? Jadi apa lagi yang belum muktamadnya wahai MB Khalid Ibrahim ?
Tindakan ini jelas menampakkan kebiadapan beliau kepada DYMM Sultan Selangor yang patut dijunjung titah perintah baginda bukan dikritik sebarangan oleh rakyat biasa seperti beliau. Layakkah Lim Kit Siang mencampuri isu perlantikan SUK sedangkan beliau tidak ada sebarang hak sedikitpun mencampuri urusan tersebut ? 

Lagi malang apabila ada juga anak Melayu bergelar Adun Seri Setia seperti Nik Nazmi yang menjawat Pengarah Komunikasi PKR, yang berani melabelkan calon pilihan Sultan sebagai 'perkakas politik'... Tulisan di blog beliau berbunyi : "Adakah individu yang sanggup menjadi perkakas politik dan mempermainkan sentimen agama layak menjadi setiausaha kerajaan negeri Selangor?" soal Nik Nazmi dalam blognya !!!

Adakah tidak biadap kata-kata ini yang jelas menyindir DYMM Sultan Selangor dalam memilih Datuk Mohd Khusrin Menawi ? Pemilihan baginda jelas tidak ada dicemari sebarang kepentingan politik dalam membuat keputusan melantik SUK Negeri melainkan demi untuk menjaga hak dan kebajikan rakyat jelata. Nik Nazmi perlu memohon maaf secara terbuka bukan mengikut rasa dalam menuturkan sebarang kata-kata apatah lagi yang berkaitan Sultan dan Islam.

Dalam masa yang sama Penasihat PKR Anwar Ibrahim seperti mengiakan perkara tersebut apabila menyiarkan tulisan Nik Nazmi di blog beliau di sini http://anwaribrahimblog.com/2010/12/29/kelayakan-khusrin-jadi-suk-selangor-dipertikai/ Tindakan dan tulisan Nik Nazmi seakan akan menjadi lidah tidak rasmi kepada beliau dan pemimpin lain dalam Pakatan Rakyat. Cuma ia dibuat dengan cara yang selamat yakni dengan menyiarkan tulisan sahaja tanpa membuat apa-apa kenyataan setakat ini kalau tidak silap saya.

Ketua Pemuda PAS Nasaruddin Tantawi juga menuduh tindakan ini tidak ubah cubaan untuk menggulingkan Kerajaan Selangor seperti yang dilapor oleh Harakahdaily. Katanya : Sewajarnya Kerajaan negeri Selangor atau mana-mana kerajaan negeri yang lain tidak diganggu apa lagi cuba diguling semata-mata kerana ia dipimpin oleh parti yang berlainan ideologi dengan kerajaan persekutuan.
Adakah SUK ini mampu menggoncang pentadbiran MB ? Bukankah jawatan ini bukan jawatan politik tetapi jawatan yang diputuskan oleh Persekutuan ? 
Lagi menggelikan hati Khalid Samad telah menuduh Sultan telah diperalat oleh Umno untuk merampas Selangor. Dalam hal ini Khalid Samad barangkali masih belum insaf dan tidak reti menjaga lidahnya agar tidak berterusan mencemar nama baik Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan dengan tuduhan sedemikian.. Beliau turut mendakwa Umno telah mempergunakan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor dalam permainan politik sehingga sanggup melibatkan Sultan dalam perlantikan Khusrin.


Berita asal sila lihat di sini  http://www.selangorkini.com.my/my/berita/24720
Selepas menilai satu persatu komen pemimpin Pakatan maka adakah terlintas di akal fikiran kita, akan adanya jaminan Raja Melayu kita akan terus kekal berkuasa apabila Pakatan ini menang dalam PRU akan datang ?

Adakah akan semakin sejahtera negara kita atau akan semakin huru hara apabila kaum pelampau dari bangsa Melayu seperti Anwar dan Nik Nazmi, Cina seperti Lim Kit Siang dan India seperti Karpal Singh ini diberi  kuasa menjaga negara?

Adakah masa depan cerah boleh diperolehi melalui buku Jingga 100 Hari Pakatan Rakyat yang jelas ghairah dalam menjanjikan bulan bintang tetapi akan dilanggar juga akhirnya apabila menang seperti yang berlaku di negeri yang mereka kuasai sekarang ?

Anak Melayu Islam perlu sedar hal ini dan kebangkitan kita perlu dimulakan sekarang untuk menghalang mereka, bukan menunggu hingga esok atau lusa dan bukan menunggu musim pilihanraya.

Ayuh kita satukan tenaga anak muda kita, kaum ibu dan bapa serta alim ulama semua agar pertahanan terakhir yang cuba digugat oleh 'bidak' Dajal dan Illuminati ini akan dapat kita lawan dan sekat.

Jaringan internet insan yang sedar ancaman ini patut kita gunakan agar ia dapat membentengi maruah dan nilai diri Melayu Islam dan Malaysia buat selama-lamanya.

Kitalah yang terpilih melakukannya dan marilah kita menempa sejarah kebangkitan Islam dalam melawan musuh kepada agama, bangsa dan negara kita ini dengan membalas kembali pembohongan mereka sekuat mana yang kita mampu dan percaya.

Sejarah kebangkitan kedua Islam sedang berulang kali ini dari Timur dan kitalah yang akan menjadi antara kalangan senarai nama pejuang yang membinanya untuk menjadikan Islam kembali menguasai 2/3 dunia.

Ayuh kita berjuang dan jangan lagi duduk diam..



Arkit blog