Isnin, Januari 29, 2018

Tele MAB no.721.

Tele MAB no.721
Isnin, 29hb Januari 2018
No. tel.:03-22722687

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Terdapat 4 pengumuman baharu,

1.    Tongkat putih kepada OKU Penglihatan yang memerlukan

Sebuah organisasi kebajikan sosial akan menganjurkan satu perhimpunan pada hari Sabtu, 10hb Mac, dari 9.00 pagi hingga 11.00 pagi di Dewan MAB bagi mengedarkan tongkat putih kepada OKU Penglihatan yang memerlukan. Mereka yang berminat, sila berikan nama dan no. telefon anda kepada En. Subra sebelum 2hb Februari.

2.    Sesi-sesi nyanyian bersama.

Nyanyian bersama Inggeris akan diadakan pada hari Sabtu, 3hb Februari dari 1.30 petang hingga 4.30 petang dan sesi nyanyian bersama Mandarin akan diadakan pada hari Khamis, 1hb Februari, dari 10.00 pagi hingga 1.00 tengah hari. Yuran sebanyak RM2.00 sahaja. Sila berdaftar dengan Cik Violet atau En. Kok Keong di 22742576.

3.    Sambutan Tahun Baharu Cina BCF.

Ia akan diadakan pada hari Ahad, 4hb Februari, pukul 2.30 petang di Dewan MAB. Hadiah-hadiah istimewa akan diberikan dan seorang bekas penjudi akan memberitahu bagaimana untuk menyingkirkan ketagihan judi. Semua OKU Penglihatan bukan Muslim dijemput hadir. Sila berdaftar dengan En. Eugene Ng di 019-3237780.

4.    Sambutan Tahun Baharu Cina di Perpustakaan Negara.

Ia akan diadakan pada hari Sabtu, 24hb Februari dan van akan disediakan. OKU Penglihatan yang berminat untuk menghadirinya, sila berdaftar dengan En. Lai di 26871891 atau En. Iskandar di 0113-3170176.

Terima kasih,

Ikhlas,
En. Godfrey Ooi.
Cik Roslina Mohamed.

Tele MAB no.721
Monday, 29th January 2018
Tel. no.:03-22722687

Hello friends,

There are 4 new announcements,

1.    White canes to the needy blind.

A social welfare organisation will be holding a gathering on Saturday, 10th March, from 9.00 am to 11.00 am at The MAB Hall to distribute white canes to the needy blind. Those interested, please give your name and phone no. to Mr. Subra by 2nd February.

2.    Sing along sessions.

English sing along will be on Saturday, 3rd February from 1.30 pm to 4.30 pm and the Mandarin sing along session will be on Thursday, 1st February, from 10.00 am to 1.00 pm. The fee is RM2.00 only. Please register with Ms. Violet or Mr. Kok Keong at 22742576.

3.    BCF Chinese New Year Celebration.

This will be on Sunday, 4th February at 2.30 pm at The MAB Hall. Special gifts will be given and the ex-gambler will tell how to get rid of the gambling addiction. All non-Muslim blind are invited. Please register with Mr. Eugene at 019-3237780.

4.    Chinese New Year Celebration at National Library.

This will be on Saturday, 24th February and the van will be provided. Blind persons are invited to attend. Please register with Mr. Lai at 26871891 or Mr. Iskandar at 0113-3170176.

Thank you,

Regards,
Mr. Godfrey Ooi.
Ms. Roslina Mohamed.

Selasa, Januari 23, 2018

Teley MAB 720.

Tele MAB no. 720
Isnin, 22hb Januari 2018
No. tel.: 03-22722687

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Terdapat 3 pengumuman baharu dan 2 pengumuman lama,

1.    Hobi photografi.

Adakah anda berminat dalam bidang photografi sesebagai satu hobi? Jika demikian, sila berdaftar dengan En. Subra. Berikan nama anda dan no. yang boleh dihubungi.

2.    Hari tongkat putih dan talentime.

SBM akan mengadakan sebuah program di Sabah dari 19hb hingga 21hb Oktober tahun ini (Jumaat hingga Ahad). 24 tempat telah diperuntukkan bagi ahli-ahli cawangan KL/Selangor. Yuran bagi ahli sebanyak RM200.00 dan bagi bukan ahli sebanyak RM400.00, tidak termasuk caj perjalanan. Anda boleh mengikuti kontinjen KL/Selangor atau membuat aturan anda sendiri. Sila berdaftar dengan En. Adha di 22765276, nyatakan pilihan perjalanan anda.

3.    Sambutan Hari Wilayah Persekutuan dan voluntarisme dalam Program Penglibatan Komuniti.

Ia akan diatur oleh Jabatan Kebajikan, bersama-sama dengan laian-lain NGO pada hari Ahad, 25hb Februari di Dataran Medan Pasar, KL dari 7.30 pagi hingga 1.30 tengah hari. Aktiviti-aktiviti termasuk aerobik, jalan kaki perdana, memasak dan mengecat bangunan-bangunan awam. Anda akan menerima t-shirt dan beg cenderamata. Sila berdaftar dengan cawangan SBM KL/Selangor di 22765276, berikan saiz t-shirt anda.

4.    Nyanyian bersama Mandarin.

Ia akan diadakan pada hari Khamis, 1hb Februari (Hari Wilayah Persekutuan) dari pukul 10.00 pagi hingga 1.00 tengah hari di Pusat Warga Emas OKU Penglihatan. Yuran sebanyak RM2.00. Sila berdaftar dengan En. Lai Kok Keong di 22742576

5.    Kem Kick Start Pembangunan Diri bagi OKU Penglihatan oleh MAB dan Jawatankuasa Kerja KL Selamat.

Ia akan diadakan dari hari Jumaat, 26hb Januari hingga Ahad, 28hb Januari di Corus Paradise Resort, Port Dickson. Semua OKU Penglihatan dijemput menghadirinya tetapi anda mestilah sihat secara fizikal dan anda hendaklah membawa pakaian sukan anda bagi aktiviti-aktiviti waktu petang. Bas akan meninggalkan MAB pada hari Jumaat, pukul 2.00 petang. Untuk maklumat lanjut dan pendaftaran, sila hubungi Cik Siti Huraizah di samb. 136.

Terima kasih,

Ikhlas,
En. Godfrey Ooi.
Cik. Roslina Mohamed.

Tele MAB no. 720
Monday, 22nd January 2018
Tel. no.: 03-22722687

Hello friends,

There are 3 new and 2 old announcements,

1.    Photography hobby.

Are you interested in photography as a hobby? If so, please register with Mr. Subra, giving your name and contact no.

2.    White Cane Day and talentime.

SBM will be holding a program in Sabah from 19th to 21st October this year (Friday to Sunday). 24 places have been allocated for KL/Selangor branch members. The fee for members is RM200.00 and for non-members is RM400.00, excluding travel charges. You can follow The KL/Selangor Contingent or make your own arrangement. Please register with Mr. Adha at 22765276, indicating your choice of travel.

3.    Federal Territory Celebration and voluntarism in Community Engagement Program.

This will be organised by The Welfare Department, together with other NGOs on Sunday, 25th February at Dataran Medan Pasar, KL from 7.30 am to 1.30 pm. Activities include aerobics, big walk, cooking and painting public buildings. You will receive t-shirt and goody bag. Please register with SBM KL/Selangor branch at 22765276, giving your t-shirt size.

4.    Mandarin Sing Along.

This will be on Thursday 1st February (Federal Territory Day), from 10.00 am to 1.00 pm at The Elderly Blind Centre. The fee is RM2.00. Please register with Mr. Lai Kok Keong at 22742576.

5.    Kick Start Self Development Camp for the blind by MAB and KL Selamat Working Committee.

This will be from Friday, 26th January to Sunday, 28th January at The Corus Paradise Resort, Port Dickson. All the blind are invited to attend but you must be physically fit and you should bring your sports’ wear for the evening activities. The bus will leave MAB on Friday, 2.00 pm. For more info and registration, please call Ms. Siti Huraizah at ext. 136.

Thank you,

Regards,
Mr. Godfrey Ooi.
Mrs. Roslina Mohamed.

Rabu, Januari 17, 2018

Teley MAB no. 719.

Teley MAB no. 719
Rabu, 17hb Januari 2018
No. tel.: 03-22722687

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Terdapat 4 pengumuman baharu dan 1 pengumuman buku,

1.    Kem Kick Start Pembangunan Diri bagi OKU Penglihatan oleh MAB dan Jawatankuasa Kerja KL Selamat.

Ia akan diadakan dari hari Jumaat, 26hb Januari hingga Ahad, 28hb Januari di Corus Paradise Resort, Port Dickson. Semua OKU Penglihatan dijemput menghadirinya tetapi anda mestilah sihat secara fizikal dan anda hendaklah membawa pakaian sukan anda bagi aktiviti-aktiviti waktu petang. Bas akan meninggalkan MAB pada hari Jumaat, pukul 2.00 petang. Untuk maklumat lanjut dan pendaftaran, sila hubungi Cik Siti Huraizah di samb. 136.

2.    Temuduga kerja secara walk-in di Intercontinental Hotel and Resorts, Jalan Ampang

Ia akan diadakan pada hari Jumaat, 19hb Januari dari 9 pagi hingga 5 petang dan Sabtu. 20hb Januari dari 9.00 pagi hingga 1.00 tengah hari di tingkat 2 hotel tersebut. Anda boleh pergi sendiri ke sana. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pn. Quin di samb. 118.

3.    Pustakawan baharu.

Cik Shanti Selvam adalah pustakawan kita dan beliau baru sahaja menyertai MAB dalam bulan Januari tahun ini.

4.    Nyanyian bersama Mandarin.

Ia akan diadakan pada hari Khamis, 1hb Februari (Hari Wilayah Persekutuan) dari pukul 10.00 pagi hingga 1.00 tengah  hari di Pusat Warga Emas OKU Penglihatan. Yuran sebanyak RM2.00. Sila berdaftar dengan En. Lai Kok Keong di 22742576.

5.    Di sini, ada sebuah buku Braille Bahasa Inggeris untuk dibaca.

Tajuknya adalah Band of Angles oleh J. Gregson dalam 4 jilid. Ia adalah sebuah cerita tentang keberanian, penderitaan dan kepahlawanan semasa satu daripada peperangan yang penuh dramatik dalam sejarah.

Terima kasih,

Ikhlas,
En. Godfrey Ooi.
Cik Roslina Mohamed.

Teley MAB no. 719
Wednesday, 17th January 2018
Tel. no.: 03-22722687

Hello friends,

There are 4 new announcements and 1 book announcement.

1.    Kick Start Self Development Camp for the blind by MAB and KL Selamat Working Committee.

This will be from Friday, 26th January to Sunday, 28th January at The Corus Paradise Resort, Port Dickson. All the blind are invited to attend but you must be physically fit and you should bring your sports’ wear for the evening activities. The bus will leave MAB on Friday, 2.00 pm. For more info and registration, please call Ms. Siti Huraizah at ext. 136.

2.    Walk-in job interview at Intercontinental Hotel and Resorts, Jalan Ampang

This will be on Friday, 19th January from 9 am to 5 pm and Saturday. 20th January from 9.00 am to 1.00 pm at Level 2 of the hotel. You can go on your own. For more info, please call Mrs. Quin at ext. 118.

3.    New librarian.

Shanti Selvam is our new librarian and she just joined MAB in January this year.

4.    Mandarin Sing Along.

This will be on Thursday 1st February (Federal Territory Day), from 10.00 am to 1.00 pm at The Elderly Blind Centre. The fee is RM2.00. Please register with Mr. Lai Kok Keong at 22742576.

5.    Here’s an English Braille Book to read.

The title is Band of Angles by J. Gregson in 4 volumes. This is a story of courage, passion and heroism during one of the most dramatic wars in history.

Thank you,

Regards,
Mr. Godfrey Ooi.
Ms. Roslina Mohamed.

Jumaat, Januari 12, 2018

Info SBM 8 Januari 2018.

Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia
Pengumuman Mingguan 8 Januari, 2018

Salam bahagia daripada kami semua dari Ibu Pejabat.

Terdapat empat pengumuman baru pada minggu ini.  Satu dari SBM Cawangan Melaka dan tiga dari SBM Cawangan KL/Selangor.  Yang selebihnya adalah pengumuman ulangan atas permintaan.


      Pengumuman Ulangan:

Pengumuman Dari Ibu Pejabat

Ucapan Tahun Baru Presiden Bagi Tahun 2018

Assalamu alaikum, salam sejahtera serta salam SBM serata-rata.

Saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan kepada semua ahli SBM, selamat tahun baru 2018. Kita harap dengan terbukanya jendela tahun 2018 ini, SBM akan bertambah maju. SBM akan bertambah cemerlang dengan saf kepimpinan yang ada.

Untuk makluman ahli-ahli SBM serta pendengar-pendengar tele info SBM, pada tahun 2018 ini, kita akan mengadakan dua program yang besar. Pertamanya, Mesyuarat Agung Dwi Tahunan bagi tahun 2018 yang akan kita adakan di Bandar Raya Ipoh. Saya ingin mengajak semua ahli SBM untuk hadir ke mesyuarat tersebut bagi merealisasikan impian SBM untuk kita memilih saf kepimpinan baharu bagi penggal 2018-2020.

Berikutnya, pada bulan Oktober nanti, kita akan merayakan satu program yang telah lama kita jalankan bermula pada tahun 2010, iaitu sambutan hari Tongkat putih antarabangsa yang akan kita adakan di Bandar Raya Kota Kinabalu, Sabah. Sengaja kita memilih Sabah kerana kita mahu memastikan supaya penggiliran dalam penganjuran program ini dapat kita zahirkan di Negeri Sabah, Negeri Di Bawah Bayu.

Akhirnya, saya juga ingin mengambil kesempatan ini supaya sama-samalah kita berdoa agar SBM terus dirahmati oleh Allah SWT dan semua ahli SBM akan terus istiqamah dalam memastikan SBM ini terus menjadi relevan kepada semua OKU Penglihatan di Malaysia.


Pengumuman Dari Cawangan/Kawasan SBM

    Pengumuman dari Zon Utara:

Tiada pengumuman.


    Pengumuman dari Zon Selatan:

pengumuman dari SBM Melaka

Salam SBM,

mesyuarat AJK SBM Cawangan Melaka bil 1/2018 akan diadakan pada 20 Januari 2018 (Sabtu) jam 10.30pagi. Antara agendanya termasuklah perbincangan mengenai takwim aktiviti cawangan bagi tahun 2018.


    Pengumuman dari zon Tengah

Pengumuman dari SBM Cawangan KL/Selangor

Assalamu'alaikum dan salam sejahtera.

1. Kursus Asas Penggunaan I-phone.

Atas beberapa sebab yang tidak dapat dielakkan, Kursus ini yang sepatutnya berlangsung pada 30 Disember 2017 yang lalu telah dijadualkan semula dan akan diadakan pada 14 Januari 2018 (Sabtu) bertempat di pejabat SBM Cawangan KL/Selangor Brickfields dari pukul 10:00 pagi hingga 5:00 petang.

Kepada mereka yang berhasrat untuk mengikuti  kursus tersebut, sila daftarkan nama anda dengan menghubungi Pengerusi SBM KL/Selangor di talian 012-288 7676 atau 012-216 3354 atau pembantu tadbir cawangan di pejabat SBM KL/Selangor di talian 2276 5276 pada waktu pejabat.

Setiap peserta akan dikenakan yuran penyertaan sebanyak RM10.00 seorang yang meliputi makan tengah hari.
Segala kesulitan amat dikesali dan pihak penganjur memohon kemaafan.

2. PROGRAM MESRA BELIA BERSAMA SBM


Jawatankuasa Pembangunan Belia SBM Cawangan KL/Selangor akan menganjurkan  Program Mesra Belia Bersama SBM pada ketetapan seperti berikut:
Tarikh: 27 Januari 2018 (Sabtu)
Lokasi: Pusat Aktiviti Wisma SBM.
Masa: 9:00 Pagi - 1:00 Petang.

Semua pelatih-pelatih Pusat Latihan Gurney dijemput mengikuti program tersebut.

3. Yuran Keahlian Tahunan SBM 2018.

Pembayaran yuran keahlian tahunan SBM bagi tahun 2018telah pun dibuka.  
Berikut adalah  yuran yang perlu dijelaskan mengikut katagori:
I. Bagi ahli biasa RM10.00.
II. Bagi Ahli bersekutu RM5.00
III. Bagi yuran ahli seumur hidup RM60.00.
Untuk menjadi ahli seumur hidup, ahli tersebut  perlu menjadi ahli selama 5 tahun berturut-turut tanpa sebarang tundakan.
IV. Bagi yang telah mencapai usia 60 tahun, mereka secara automatik menjadi ahli seumur hidup. Syaratnya ahli tersebut telah menjadi ahli selama 5 tahun berturut-turut tanpa sebarang tundakan. Walau bagaimana pun mereka perlu mengisi borang yang boleh diperolehi di pejabat SBM Cawangan KL/Selangor.

Tarikh akhir pembayaran:

Menurut peraturan 6.6 perlembagaan SBM, Tarikh akhir bagi menjelaskan bayaran yuran keahlian adalah pada 31 Mac setiap tahun. Walau bagaimanapun, pihak SBM Cawangan KL/Selangor telah bersetuju untuk melanjutkan tarikh akhir untuk menjelaskan bayaran hingga 30 April 2018, bersamaan Isnin.
Mana-mana ahli yang gagal menjelaskan yuran keahliannya pada tarikh yang telah ditetapkan akan  dianggap  sebagai mempunyai  yuran tertunggak dan akan gugur semua  keistimewaannya selaku  ahli  sehingga ahli berkenaan  menjelaskan tunggakannya. Mana-mana ahli yang tunggakannya masih berbaki pada 31hb. Mei pada setiap tahun akan dianggap sudah berhenti dari menjadi ahli kepada Pertubuhan ini.


      Pengumuman dari Pantai Timur

Tiada pengumuman.


     Pengumuman Dari Sabah dan Sarawak

Tiada pengumuman


Iklan

Explora 7 Online

Louis Prem akan menyiarankan satu bulitin mingguan yang dinamakan Explora 7 Online. Ini adalah perkhidmatan berita kepada orang ramai. Ia mengandungi artikel, berita, iklan dan banyak lagi. Sesiapa yang ingin mengiklankan produk mereka, perkhidmatan urut dan lain-lain, sila hantar iklan atau pengumuman anda melalui e-mel kepada

louisprem63@gmail.com

atau hubungi Subra di 03-2272 2677 MAB.

Sekian, terima kasih.

Selasa, Januari 09, 2018

Info MAB 8 Januari.

Teley MAB no. 718
Isnin, 8hb Januari 2018
No. tel.: 03-22722687

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Terdapat 3 pengumuman baharu, 1 pengumuman lama dan 1 pengumuman buku.

1. Prograam Yoga baharu.

Adakah anda berminat untuk menyertai program yoga ini? Sesi pertama akan diadakan pada hari Khamis, 11hb Januari, 9.30 pagi di Bilik Judo, Tingkat 3, Block A, Kompleks MAB. Cik June akan mengendalikan program ini. mereka yang berminat, sila berikan nama anda kepada En. Subra bersama no. telefon anda.

2. Kursus asas penggunaan iPhone.

Ia akan diadakan pada hari Ahad, 14hb Januari dari pukul 10.00 pagi hingga 5.00 petang di premis SBM KL/Selangor. Yuran sebanyak RM10.00 sahaja. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pengerusi Wanita SBM KL/Selangor di 012-2887676.

3. Perhimpunan belia SBM KL/Selangor.

Belia OKU Penglihatan dan pelatih-pelatih GTC adalah dijemput ke perhimpunan belia di Wisma SBM pada hari Sabtu, 27hb Januari, dari pukul 9.00 pagi hingga 1.00 tengah hari. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi pejabat SBM KL/Selangor di 22765276 semasa waktu pejabat.

4. Terkini tentang Skim Pencen Persendirian AIA bagi orang-orang yang tidak menyumbang kepada EPF seperti yang bekerja sendiri dan juru urut bebas.

Para pegawai AIA akan berada di MAB pada hari Rabu, 17hb Januari dari 11.00 pagi hingga 2.00 petang untuk memaklumkan bagaimana anda boleh mendapatkan manfaat daripada skim tersebut. Sesi berbahasa Melayu dan Cina akan diadakan. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Dr. Jacqueline di samb. 303

5. Di sini, terdapat sebuah buku Braille bahasa Inggeris untuk dibaca.

Tajuknya ialah Limitations oleh S. Turow dalam 2 jilid. Ini adalah sebuah novel misteri dan penuh ketegangan.

Terima kasih.

Ikhlas,
En. Godfrey Ooi.
Cik Roslina Mohamed.

Teley MAB no. 718
Monday, 8th January 2018
Tel. no.: 03-22722687

Hello friends,

There are 3 new, 1 old and 1 book announcements,

1. New Yoga Program.

Are you interested in joining this yoga program? The first session will be on Thursday, 11th January, 9.30 am at The Judo Court, 3rd floor, of Block A, Kompleks MAB. Ms. June will be conducting the program. Those interested, please give your name to Mr. Subra with your contact no.

2. Basic course on using iPhone.

This will be on Sunday, 14th January from 10.00 am to 5.00 pm at The SBM KL/Selangor Premises. The fee is RM10.00 only. For more info, please contact The SBM KL/Selangor Chairwoman at 012-2887676.

3. SBM KL/Selangor Youth Gathering.

The blind youth and GTC Trainees are invited to the youth gathering at Wisma SBM on Saturday, 27th January, from 9.00 am to 1.00 pm. For more info, please call the SBM KL/Selangor office at 22765276 during office hours.

4. AIA Private Pension Scheme for people who don’t contribute to EPF like the self-employer or free-lance masseurs update.

AIA Officers will be in MAB on Wednesday, 17th January from 11.00 am to 2.00 pm to inform how you can benefit from the scheme. There will be Malay Speaking and Chinese Speaking Session. For more info, please call Dr Jacqueline at ext. 303.

5. Here’s an English Braille book to read.

The title is Limitations by S. Turow in 2 volumes. This is the mystery, suspense novel.

Thank you,

Regards,
Mr. Godfrey Ooi.
Ms. Roslina Mohamed.

Khamis, Januari 04, 2018

Pengumuman SBM 1 Januari 2018.

Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia

Pengumuman Mingguan 1 Januari, 2018

Salam bahagia daripada kami semua dari Ibu Pejabat.

Terdapat dua pengumuman baru pada minggu ini.  Satu dari Ibu Pejabat dan satu dari SBM Cawangan Melaka. Yang selebihnya adalah pengumuman ulangan atas permintaan.


Pengumuman Dari Ibu Pejabat

Ucapan Tahun Baru Presiden Bagi Tahun 2018

Assalamu alaikum, salam sejahtera serta salam SBM serata-rata.

Saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan kepada semua ahli SBM, selamat tahun baru 2018. Kita harap dengan terbukanya jendela tahun 2018 ini, SBM akan bertambah maju. SBM akan bertambah cemerlang dengan saf kepimpinan yang ada.

Untuk makluman ahli-ahli SBM serta pendengar-pendengar tele info SBM, pada tahun 2018 ini, kita akan mengadakan dua program yang besar. Pertamanya, Mesyuarat Agung Dwi Tahunan bagi tahun 2018 yang akan kita adakan di Bandar Raya Ipoh. Saya ingin mengajak semua ahli SBM untuk hadir ke mesyuarat tersebut bagi merealisasikan impian SBM untuk kita memilih saf kepimpinan baharu bagi penggal 2018-2020.

Berikutnya, pada bulan Oktober nanti, kita akan merayakan satu program yang telah lama kita jalankan bermula pada tahun 2010, iaitu sambutan hari Tongkat putih antarabangsa yang akan kita adakan di Bandar Raya Kota Kinabalu, Sabah. Sengaja kita memilih Sabah kerana kita mahu memastikan supaya penggiliran dalam penganjuran program ini dapat kita zahirkan di Negeri Sabah, Negeri Di Bawah Bayu.

Akhirnya, saya juga ingin mengambil kesempatan ini supaya sama-samalah kita berdoa agar SBM terus dirahmati oleh Allah SWT dan semua ahli SBM akan terus istiqamah dalam memastikan SBM ini terus menjadi relevan kepada semua OKU Penglihatan di Malaysia.


     Pengumuman Ulangan:

Pengumuman dari Ibu Pejabat

Mesyuarat Agung Luarbiasa 2017.

SBM telah mengadakan Mesyuarat Agung Luarbiasa di Pusat Aktiviti, Tingkat 1, Wisma SBM pada 10 Disember 2017 yang lalu.  Tiga Usul telah dikemukakan yang mana ketiga-tiganya telah diterima oleh perhimpunan.  Usul-usul tersebut adalah seperti berikut:--

1.  Mesyuarat menerima usul menaikkan kadar pembelian premis SBM kepada Cawangan SBM yang belum memiliki premis sendiri daripada 500 ribu Ringgit Malaysia kepada 1 juta Ringgit Malaysia;

2.  Mesyuarat menerima usul untuk menukar nama daripada pemegang amanah kepada nama SBM sepenuhnya;

3.  Mesyuarat menerima belanjawan SBM sejumlah RM3,441,041.90 untuk tahun 2018 dan sejumlah RM3,357,769.97 untuk tahun 2019.

Mesyuarat Agung Luarbiasa diikuti dengan penyampaian anugerah Perkhidmatan Cemerlang kepada beberapa kakitangan SBM dan beberapa orang pelajar yang telah mencapai keputusan cemerlang dalam peperiksaan.  Anugerah-anugerah tersebut adalah seperti berikut:--

ANUGERAH STAF SBM CEMERLANG

1.    PAKHRIAH BT MOHD DAUD
PEMBANTU TADBIR SBM CAWANGAN KELANTAN
BERKHIDMAT SELAMA 20 TAHUN
MENERIMA HADIAH WANG TUNAI BESERTA SIJIL

2.    NUR ALIYA NATASYA
PEMBANTU TADBIR CAWANGAN SARAWAK
BERKHIDMAT SELAMA 16 TAHUN
MENERIMA HADIAH WANG TUNAI BERSERTA SIJIL


ANUGERAH PELAJAR OKU PENGLIHATAN CEMERLANG BAGI TAHUN 2016

1.    KATEGORI UPSR

NAMA : LEE XIN ER
ASAL : MELAKA
NAMA SEKOLAH : SJK ( C ) YU HWA
KEPUTUSAN : 7A 1B
MENERIMA HADIAH WANG TUNAI BESERTA SIJIL

2.    KATEGORI STPM

NAMA : TEH YONG SHING
ASAL : NEGERI SEMBILAN
NAMA SEKOLAH : SMK ST JOHN KUALA LUMPUR
KEPUTUSAN : 4.0
MENERIMA HADIAH WANG TUNAI BESERTA SIJIL

Pengumuman dari Jawatankuasa Pembangunan Modal Insan (JPMI)

Pengangkutan untuk warga OKU Penglihatan berkunjung ke Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) pada Sabtu kedua setiap bulan.

Bagi membolehkan warga OKU Penglihatan menikmati kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan oleh pihak PNM, sebuah van shuttle 8 kerusi telah disediakan untuk membawa warga OKU Penglihatan dari Stesen LRT/Monorel Titiwangsa ke PNM pada Sabtu kedua setiap bulan. Van akan bergerak meninggalkan stesen berkenaan pada pukul 11 pagi ke PNM. Van berkenaan akan bergerak dari PNM ke Stesen LRT/Monorel Titiwangsa pada pukul 3.30 petang.

Semua warga OKU Penglihatan adalah dengan ini dialu-alukan untuk menggunakan kemudahan ini untuk berkunjung ke PNM. Memandangkan tempat duduk dalam van berkenaan agak terhad, anda perlu menghubungi dan mendaftar dengan pegawai-pegawai PNM untuk menempah tempat duduk dalam van seperti berikut:
1.    En. Lai Sow Woon – tel. 03-2687 1891 atau 012-265 7075;
2.    Pn. Shafarah – tel. 019-222 2713;
3.    Cik Laura – tel. 017-303 3361;
4.    Pn. Anusia – tel. 011-2635 0739 atau
5.    En. Iskandar Borhan, pegawai pengiring dalam van – tel. 011-3317 0176.

Perkhidmatan yang disediakan untuk warga OKU Penglihatan di PNM adalah:
1.    Sudut maklumat untuk warga OKU;
2.    Penggunaan WIFI dan internet secara percuma di dalam bangunan PNM;
3.    Buku Braille, cetakan besar dan audio;
4.    Komputer yang dilengkapi dengan perisian pembaca skrin JAWS;
5.    Perpustakaan Bestari Samsung dan
6.    Kafeteria.


Pengumuman Dari Cawangan/Kawasan SBM

    Pengumuman dari Zon Utara:

Tiada pengumuman.


    Pengumuman dari Zon Selatan:

Pengumuman dari SBM Cawangan Melaka

Salam SBM,

Pengerusi SBM Melaka mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru 2018 kepada semua ahli SBM dan semoga tahun yang baru ini akan membawa banyak lagi kejayaan untuk SBM Melaka dan semua warga SBM


    Pengumuman dari zon Tengah

Tiada pengumuman.


      Pengumuman dari Pantai Timur

Tiada pengumuman.


     Pengumuman Dari Sabah dan Sarawak

Tiada pengumuman


Iklan

Explora 7 Online

Louis Prem akan menyiarankan satu bulitin mingguan yang dinamakan Explora 7 Online. Ini adalah perkhidmatan berita kepada orang ramai. Ia mengandungi artikel, berita, iklan dan banyak lagi. Sesiapa yang ingin mengiklankan produk mereka, perkhidmatan urut dan lain-lain, sila hantar iklan atau pengumuman anda melalui e-mel kepada

louisprem63@gmail.com

atau hubungi Subra di 03-2272 2677 MAB.

Sekian, terima kasih.

Arkit blog