Rabu, Julai 29, 2009

KempenPelancaran Penempatan Pekerjaan Oku Penglihatan

Dari seorang sahabat, Muhammad Adam Lee.
 
Salam bahagia, rakan-rakan sekalian.
 
Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk berkongsi satu kenangan
pahit yang belum pernah dialami sebelum ini, terutamanya dalam kita
ghairah mendakwa kita dan pertubuhan kita adalah pembela lagi pejuang
hak asasi OKU penglihatan negara. Sememangnya, cerita yang akan saya
kemukakan ini bakal mengundang risiko, namun, saya rasa
bertanggungjawab mendedahkan perkara sebenar agar setidak-tidaknya
kemungkaran sama dapat dicegah. Justeru, perhatikanlah dan hayatilah
kisah ini sedalam-dalamnya berasaskan iman/agama dan pertimbangan aqal
nan waras, bukan sebaliknya. Justeru, suka saya maklumkan, hanya nama
pertubuhan/persatuan yang terlibat sahaja akan saya dedahkan, tidak
nama individu. Kalau ya pun, saya hanya akan mendedahkan dari segi
kedudukan, itupun, tidak secara "detail", demi menjaga aib dan maruah.
Untuk itu, sebelum saya mulakan kisah ini, saya terlebih dahulu
memohon jutaan ampun dan maaf sekiranya ada apa-apa yang tidak/kurang
menyenangkan. Namun begitu, saya akan cuba mengelak lagi
mengurangkannya sedaya upaya.
 
Tanggal Selasa, 28 Julai, 2009 bersamaan 6 Sha'ban, 1430 Hijrah, saya
menyertai sesi pameran untuk majlis Pelancaran Penempatan Pekerjaan
OKU Penglihatan di Persatuan Orang-orang Buta Malaysia (MAB),
Brickfields, Kuala Lumpur. Saya telah dijemput secara peribadi
menerusi telefon oleh Pengerusi Kelab Cyber, beberapa hari sebelum
berlangsungnya pameran itu, di samping menerima Email yang menyebut
secara umum mengenainya.
 
Pada pagi tersebut, saya sampai di lokasi pameran seawal jam 8:00
pagi. Setelah bersarapan minuman ringan, saya terus menunggu untuk
beberapa ketika hingga hampir jam 8:30 pagi. Namun, disebabkan tiada
khabar berita, saya mengambil keputusan pergi ke perpustakaan, membaca
buku demi mengisi masa lapang. Puas saya membaca buku sambil menunggu
berita hingga pada jam 9:15 pagi; saya mula berasa tak sedap. Di hati
kecil ini, sudah tertanya-tanya, "apa dah jadi ni? tak ada pun telefon
atau panggilan?"
 
Tiba-tiba, ketika saya di bilik air, hampir pukul 9:30 pagi, saya
dihubungi oleh Pengerusi Kelab tersebut, menanyakan kedudukan saya.
Malah, beliau ketika itu, masih menyangka saya di rumah. lantas, saya
menjawab dengan nada yang agak marah, "Dah sampai pun seawal pukul 8
tadi, tau!" Lantas, sepantas kilat, beliau menanyakan lokasi terkini.
Saya pun memberitahu yang ketika itu, saya berada di tingkat 1, sedang
berjalan turun. Saya pun bertanya, "Di mana lokasi pameran itu?" Dia
menjawab, "Di 'corridor' dekat luar dewan." Bila saya bertanya lanjut,
penjelasan yang diberikannya tidak memungkinkan saya mampu mengagak
arah sebenarnya. Lalu, saya pun mencelah, "OK ... OK, saya tengah nak
turun ni. Terima kasih." Lantas, terputuslah komunikasi setakat itu.
 
Sesampainya di tingkat bawah, saya cuba mengagak lokasi pameran,
tetapi hampa. Yalah, saya pun jahil akan arah 'corridor' luar tu ...
Sebelah mana, ada tanda apa, ...? Tiba-tiba, saya ditemani seorang
hamba Allah yang prihatin akan keadaan saya, lalu membawa saya ke
Dewan Besar dan membawa sebuah kerusi.
 
Setelah menunggu agak lama, akhirnya muncullah para tetamu kehormat,
diketuai Timbalan Menteri Sumber Manusia. Namun, bolehlah saya
katakan, kebanyakan tetamu kehormat tersebut, hatta Timbalan Menteri,
adalah wakil pengarah/ketua jabatan/kementerian masing-masing. Begitu
jugalah dengan persatuan ini; Presidennya juga tidak hadir.
Barangkali, mereka ada urusan rasmi yang tidak dapat dielakkan.
 
Aturcara dimulai dengan menyambut ketibaan para jemputan khas tersebut
dengan semua hadirin diminta berdiri untuk menyanyikan lagu
"NEGARAKU". Namun, setelah dimainkan muziknya, rupa-rupanya muzik
tersebut juga sudah ke hadapan dua baris ... Bayangkanlah, jika anda
hanya mendengar muzik bermula di "Rakyat hidup, ..."? Nak nyanyi macam
mana lagi? Lalu, semuanya hanya berdiri membatu mendengarkan muzik
merdu tersebut.
 
Setelah itu, doa pembuka majlis disajikan. Namun, tragisnya, terdapat
kekalutan pada bacaan tersebut yang begitu ketara, seolah-olah, kurang
bersedia. Seterusnya, ucapan dimulai Timbalan Presiden MAB, diikuti
ucapan Presiden yang dibaca Pengarah Eksekutif, bagi pihaknya. Yang
menariknya, cadangan-cadangan penempatan pekerjaan yang diutarakan
seolah-olah tiada kepelbagaian, dengan dimulai meramaikan lagi
"Operator/Telephonist" OKU Penglihatan. Ia seolah-olah tidak
mencerminkan keprihatinannya terhadap tsunami perubahan global,
khasnya di bidang IT serta bakat-bakat lain yang dimiliki rakan-rakan
senasib. Namun begitu, Senator Timbalan Menteri pula, menjanjikan
kepelbagaian bidang pekerjaan lain yang akan cuba ditawarkan, di
samping cuba mencapai matlamat 1 % kuota OKU dalam kedua-dua sektor
perkhidmatan awam dan swasta. Juga, kata beliau, kedua-dua Kementerian
Sumber Manusia dan Pembanguna Wanita, Keluarga Dan Masyarakat akan
bersepakat merangka sesuatu untuk dibawa dalam mesyuarat Kabinet demi
memperbaiki nasib OKU.
 
Selesai sahaja majlis pelancaran kempen oleh Timbalan Menteri, majlis
diselangi acara penganugerahan serta pemberian risalah kempen kepada
agensi, jabatan, badan berkanun serta badan korporat. Majlis diakhiri
hiburan ringan, disusuli lawatan ke tapak pameran, diketuai Timbalan
Menteri.
 
Sesampainya saya di tapak pameran itu, rupa-rupanya, terdapat seorang
rakan lain. Dia pun terperanjat, lantas bertanya, "Kau buat apa kat
sini?" Saya pun memberitahunya, "Aku kena in-charge pameran ni." Lalu,
dengan nada agak kehairanan, dia pun mempersilakan saya duduk di
kerusi yang disediakan. Di sebelah kiri saya, terdapat seorang peserta
lain. Namun, saya tak pasti set komputer apa yang digunakan. Set
komputer yang ada pada saya ketika itu ialah sebuah notebook yang tak
ketahuan jenama apa, beserta sebuah "embosser" jenama Index, himpunan
kertas dan akhirnya di sebelah kiri notebook tersebut, himpunan buku
cerita bertulisan Braille Grade 1. Apa yang mengecewakan saya ialah
sudahlah saya belum pernah diperkenalkan dengan notebook tersebut
sebelum pameran, ditambah perisian pembaca skrin JAWS yang
pertuturannya ibarat selaju halilintar menyambar ... Untuk
mengubahsuai pertuturannya, tak boleh!!! "Icon" JAWS pada "System
Tray" tiada/tersembunyi!!! Bagaimana ni? Ditambah, kejahilan saya dalam memahami
kedudukan anak panah (arrow keys) serta kekunci mustahak lain ... Ya
Allah, inikah bentuk persembahan yang akan aku persembahkan kepada
khalayak ramai? Namun, mujurlah, JAWS mempunyai kekunci bantuan
(keyboard help). Juga, nasib baik, saya telah dapat mengagak "keyboard
layout" mana yang sedang digunakan. Lantas, saya mengambil sedikit
masa yang amat "KESEMPITAN" itu untuk mendapatkan bantuan tersebut,
dengan keadaan suasana riuh-rendah, ditambah volume yang cukup
didengari pasangan bercinta ...
 
Sebentar kemudian, tetamu kehormat pun tiba ke meja pameran kami.
Lalu, ketika itu, saya seolah-olah menjadi "remote device" kepada
rakan saya tersebut ... Tapi, itu bukan kisahnya. Lantas, fikiran
sesingkat beberapa milisaat terpaksa dikerah untuk mencetak sampel
dokumen Braille itu sebagaimana diarahkan. Di sini, kami berdua saling
menerangkan akan fungsi setiap titik A B C ... itu, diikuti angka 1,
2, 3 ... 10.
 
Nah, apa agaknya terjadi setelah selesainya lawatan tetamu kehormat?
Agaknya, adakah apa-apa lagi inquiry atau minat pengunjung, minta
demonstrasi, paling tidak, berbual dengan kita?
 
Selesai solat zohor, kira-kira jam 2:15 petang, saya pun bergegas ke
tapak pameran, menyedari sudah terlewat waktu. Namun, sesampainya di
situ, tiba-tiba, ... Apa ditekan, tak bunyi; kedudukan "plug" dan
suisnya pun tak tahu; tak pasti notebook tersebut "on/off" ... Ya
Allah, kenapa ni? Aku merungut sendirian. Semakin lama, semakin
gelabah, tak terkata. Sudahlah begitu, terpaksa pula saya mencuba
untuk membuka/menutup suis itu satu demi satu, maklum, tiada siapa
yang boleh diharap memberi bantuan!!!
 
Setelah mendengar suara "embosser", agak fahamlah saya: "Oh, ini
'plug' untuk 'embosser'". Geledah lagi dan lagi: Eh, apa pula empat
butang leper di atas notebook ni? Try-lah tekan satu demi satu ...
hampa!!! Akhirnya, saya cuba pula bermain dengan pemacu DVD di sisi
notebook itu untuk menguji status "on/off"nya, namun hampa. Terlintas
di hati, "Jangan-jangan, 'charger' tak masuk, tak?"
 
Ya, benar!!! Serentak itu, saya terjumpa beg notebook itu sudah berada
di bawah, setelah berada di kerusi di sebelah kiri saya pagi tadi!!!
Siapa punya kerja ni? Tak apalah; saya cuba mengusahakan menyambung
semula "charger"nya. Alhamdulillah!!! Setelah dicuba antara empat
bebutang leper di bahagian atas itu, tahulah bahawa suis "on/off" itu
rupa-rupanya di sebelah kanan sekali!!! Dengan marah, saya pun berkata
sendirian, "Kenapa orang-orang kat sekeliling ni tak boleh harap, ha!"
 
Nah, lagi hampa: Setelah on/off berpuluh kali pun, masih tak berbunyi
juga! Ketika itu, saya cuba mengangkat tangan, berdiri, malah menanya
dengan suara agak kuat, "Hello, ada siapa-siapa boleh tolong saya?"
Wah, semua orang macam tak peduli aja ... rungut hatiku sendiri.
 
Terpaksa bertindak nekadlah, kan? Saya lalu menghantar SMS kepada
rakan di sebelah kiri saya, yang ketika itu, sedang asyik berbual
online menggunakan perisian Skype. Sudahlah begitu, volume komputernya
agak kuat, ditambah suasana riuh-rendah; terdengar suara seorang
wanita di talian lain pada komputer tersebut! Ah, lantak kaulah ...
Yang penting, aku nak kau toloong aku sekarang ...
 
Sejurus maklumat sampai, dia pun cuba meneka jenama notebook tersebut
serta mencuba menekannya berpuluh kali, namun, gagal!!!
 
"Oh Tuhan, apa lagi yang patut aku buat? Aku dah rasa malu benar ni
..." Spontan, saya menelefon sahabat saya yang menolong seawal pameran
tadi, ketika itu sedang bekerja, menagih simpatinya. Dengan menyangka
saya baru hadir, dia seolah-olah tidak percaya akan cerita saya itu.
Namun, akhirnya, dia lapangkan masa juga untuk turun ke lokasi,
melihat sendiri apa yang berlaku.
 
"Ya Allah! Cam na boleh jadi begini?" Dengan penuh kehairanan, dia
mengajukan persoalan itu. Saya, sudahlah memang tergamam, dah macam
tak larat ... "tention", lalu mendiamkan diri. Akhirnya, dia berusaha
keras memperbaiki masalah tersebut. Setelah selesai, dia pun ...
mengambil langkah drastik lagi berani: mengemaskan semuanya untuk
dipulangkan semula ke jabatan/bahagian masing-masing.
 
"Heghanlah aku, Pengerusi tu pun, dah tak tau ke mana hilangnya!"
Dengan nada marah, saya suarakan rasa tidak puas hati. Secara
berseloroh, rakan itu pun menjawab, "Dah yang kau pergi bom dia tu,
kenapa? Ha, kan dah berkecai semuanya ..." Wah! Lagi geramlah saya
jawabnya, lantas saya bersuara, "Lantak dialah, mampus dialah. Dah
memang orang macam tu, lebih mengutamakan kejahilan! Gaya Hitler-lah!"
sambil masing-masing membimbit apa yang larat dibawa.
 
Akhirnya, setelah kesemua perkakasan dipulangkan dengan selamat, rakan
itu pun mengajak saya ke kantin, menikmati minuman petang yang telah
disediakan, dalam keadaan saya ketika itu benar-benar kecewa. Namun
begitu, saya agak terhibur dengan kehadirannya, juga dengan juadah
enak yang disajikan. Setelah semuanya selesai, dia pun menghantar saya
ke pintu hadapan Persatuan dengan selamat, lalu saya pun meneruskan
perjalanan pulang.
 
Belum habis lagi rupanya ... Sudahlah stress semalam belum habis, tiba
pula Email rakan semaperan saya, yang saya katakan duduk di sebelah
kiri tu, memberi laporan palsu bin janggal cucu penipu, cicit
pembohong!!! Dua fakta yang dibohongkan dalam laman kumpulan CyberClub
MAB ialah, kedudukan saya di dewan, terlibat dengan aturcara di dewan
sepanjang pameran semalam, dan, suasana pameran berjalan lancar!!!
Akhirnya, tahulah saya, siapakah para peserta lain, di samping kami
berdua. Yang penting di sini, penglipur lara palsu tersebut, tak lain,
tak bukan, Timbalan Pengerusi CyberClub itu!!!
 
Sehingga kini, masih timbul beberapa persoalan berat pada fikiran
saya. Antaranya, adakah wajar kita hanya mengenali peralatan
(mujurlah, bukan perisian) yang akan digunakan untuk pameran itu
spontan, bukan beberapa ketika sebelumnya? Sekiranya komputer tersebut
akan digunakan untuk pameran, mengapa aturan (setting) yang ada,
terutamanya pada perisian pembaca skrin JAWS, tidak dikembalikan
kepada aturan asal/seragam? Di manakah keprihatinan tuan rumah ketika
menjemput tetamunya melaksanakan tugasan, hatta ke lokasi pameran,
tiada bantuan? Paling menyedihkan, anda sebagai antara NGO "senior"
lagi antara yang terunggul di Malaysia, mengapa kerja saat akhir
(last-minute work) ini juga yang diamalkan, kemudian mendakwa anda
pembela lagi pejuang hak asasi OKU penglihatan? Mengapa tiada
pembantu/petugas sampingan di tapak pameran untuk membantu pempamer
ketika saat genting? Mengapakah cadangan pekerjaan Presiden
seolah-olah tidak matang, malah melambangkan kurang prihatinnya anda
terhadap arus perubahan? Telah berpuluh ratus kali janji ditabur
memperbaiki masalah dan penghidupan masyarakat golongan Kurang Upaya,
masih terdapat diskriminasi dan pengasingan meskipun pihak-pihak
berkenaan sedia maklum akan kebolehan dan kecenderungan golongan
sasar? Akhirnya, adakah program dan aktiviti bercorak IT yang
dilaksanakan selama ini hanya menjana keuntungan segolongan kecil,
berbanding keperluan mendesak golongan dha'if yang jauh lebih besar?
 
Sekali lagi, ampun dan maaf dipinta andainya kisah serta persoalan
yang diajukan ini melampaui lingkungan. Paling penting, usahlah kita
bekerja hanya mencari nama, kemasyhuran serta laba nan sebentar; kelak
tak terbawa walau sesen pun bila tiba waktunya. Janganlah kita
mendakwa berilmu, hakikatnya jahil, serta bersikap terbukalah apabila
menerima pandangan. Tiada yang sempurna, kecuali Dia Yang Maha
Segalanya. Menutup bicara, yang baik itu daripada-Nya, yang kurang
itu daripada kelemahan serta kejahilan saya sendiri.
 
Terima kasih.
 
Muhammad Adam Lee,
malba79@gmail.com
 
Skype: ultraman5984
Facebook: http://www.facebook.com/tai.cute

Selasa, Julai 28, 2009

The sighted in blindfolds in eye-opening walk in the dark


The Malaysia Star, Malaysia

The sighted in blindfolds in eye-opening walk in the dark
Monday June 29, 2009

GEORGE TOWN: It was an enlightening experience for some 2,000 participants of the Walk for Sight
2009 at Padang Polo here yesterday.
Led by the St George's Girls School band, the sighted walked blind-folded alongside the visually
impaired in a meaningful show of solidarity. They were guided by friends who served as their "eyes".
Participant Irene Shiu, 48, said she came all the way from Petaling Jaya to support the event and
would return once the event was over.
The 2.3km walk in Jalan Sepoy Lines was organised by the Region 1 Lions Clubs and Leo Clubs jointly
with St Nicholas' Home Penang.
The event was to raise funds for new equipment for the home and for its Penang Low Vision Eye Clinic
as well as to conduct cataract operations organised by the Lions Club.
Organising chairman Christina Choong said the event raised about RM60,000 and she hoped to make it
into an annual affair.
St Nicholas' Home executive director Ooi Chee Khoon said there are 40 million blind people in the
world.
State Health, Welfare, Caring Society and Environment chairman Phee Boon Poh said Penang is
committed to create a barrier-free environment for all.

SOURCE

http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2009/6/29/nation/4216863&sec=nation

Sabtu, Julai 11, 2009

Para ASEAN V kurang RM600,000

Para ASEAN V kurang RM600,000
 
Oleh HISYAMMUDIN AYUB
sukan@utusan.com.my
 
KUALA LUMPUR - Penganjuran Sukan Para ASEAN V Kuala Lumpur 2009 masih lagi mengalami kekurangan dana sebanyak RM600,000 walaupun sudah mendapat geran kerajaan
sebanyak RM4 juta.
 
Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Sukan Para ASEAN Kuala Lumpur 2009 (KLAPGOC), Datuk Zainal Abu Zarin berkata, meskipun pihaknya telah mendapat geran berkenaan,
jumlah dana tersebut masih tidak mampu menampung segala perbelanjaan kejohanan.
 
Namun begitu katanya, pihaknya yakin mampu mengurangkan jurang kekurangan kewangan tersebut berdasarkan mesyuarat penyelerasan antara pihaknya dengan agensi
kerajaan dalam tempoh terdekat.
 
"Mesyuarat tersebut akan memberi peluang pihak kami untuk berbincang dengan agensi kerajaan dalam membantu menjayakan kejohanan ini dengan menghulurkan
bantuan.
 
"Ia bakal melibatkan perbincangan mengenai kadar sewa stadium atau venue kejohanan dan pengangkutan.
 
"Kami berharap perbincangan tersebut akan membuka ruang kepada agensi kerajaan menghulurkan bantuan untuk perkara tersebut, sekali gus dapat mengurangkan
perbelanjaan," katanya pada sidang akhbar di sini, semalam.
 
Mengulas lanjut, Zainal Abu Zarin berkata, jumlah defisit itu disebabkan masih banyak penaja yang masih belum melunaskan janji mereka.
 
"Kami pada mulanya menjangka kekurangan RM1.2 juta, tetapi selepas beberapa penaja utama mengotakan janji, KLAPGOC masih belum mencapai sasaran sebenar,"
katanya.
 
Beliau berkata, cara terbaik mengurangkan perbelanjaan kejohanan tersebut adalah menerusi bantuan agensi-agensi kerajaan.
 
Jelasnya, jika pihak tersebut tidak mengenakan sebarang bayaran ke atas perkhidmatan yang diberikan, ia akan mengurangkan bebanan pihaknya menganjurkan
sukan tersebut.
 
"Sebagai contoh mereka boleh tidak mengenakan sebarang bayaran penggunaan kesemua 11 venue, pengangkutan dan pelbagai perkhidmatan lain yang akan digunakan
KLAPGOC," katanya.
 
Selain itu katanya, KLAPGOC akan berbelanja secara berhemat seperti peralatan yang sepatutnya disewa akan dipinjam manakala yang perlu dibeli, diperolehi
melalui tajaan.

15 pelajar cacat ikuti pengajian di PUO

15 pelajar cacat ikuti pengajian di PUO
 
Mohd. Khair Saidin dan Mariani Mustafa bersama anak mereka, Fatin Fazleena pada hari pendaftaran pelajar baru di Politeknik Ungku Omar, Ipoh, kelmarin.
 

--------------------------------------------------------------------------------
 
IPOH 8 Julai - Seramai 15 pelajar cacat pendengaran dan bisu antara 1,300 pelajar baru yang mendaftar mengikuti pengajian peringkat diploma dan sijil di
Politeknik Ungku Omar (PUO) bagi sesi Julai 2009 di sini.
 
Pengarah PUO, Mohd. Jayus Bunasir berkata, empat pelajar perempuan dan 11 pelajar lelaki terbabit akan melanjutkan pelajaran di peringkat program Diploma
Kejuruteraan Awam (DKA) dan Sijil Kejuruteraan Awam.
 
''Kita mempunyai pensyarah yang berkebolehan bagi mengajar pelajar-pelajar istimewa ini mengikuti pengajian program masing-masing,'' katanya di sini semalam.
 
Menurut Mohd. Jayus, pendaftaran pelajar baru yang diadakan itu berjalan lancar dan PUO juga mendapatkan kerjasama Jabatan Kesihatan Perak mengadakan ujian
saringan wabak selesema babi atau influenza A (H1N1).
 
''Setakat ini tiada pelajar yang dikesan membawa wabak tersebut dan keadaan pelajar di sini terkawal," katanya.
 
Sementara itu, seorang pelajar cacat pertuturan, Fatin Fazleena Mohd. Khair, 18, berkata, dia gembira mendapat tawaran melanjutkan pengajian peringkat Diploma
Kejuruteraan Awam di PUO.
 
Bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Convent Alor Setar, Kedah itu berjanji akan belajar bersungguh-sungguh demi mencapai kejayaan yang diharapkan.
 

''Saya yakin boleh mencapainya kerana sokongan daripada keluarga saya," kata anak bongsu daripada tiga beradik itu.
 
Seorang lagi pelajar, Che Norahimi Che Hassan, 18, dari Kuala Lumpur yang mengikuti pengajian peringkat Sijil Kejuruteraan Awam pula berkata, dia mendapat
sokongan keluarga untuk melanjutkan pengajian di politeknik itu.
 
''Saya akan berusaha untuk membuktikan kami juga boleh berjaya jika berusaha,'' katanya.

Zul Amirul sasar tiga emas pada KL'09

Zul Amirul sasar tiga emas pada KL'09
 
ATLET paralimpik negara gigih menjalani latihan di Pusat Akuatik Nasional, Bukit Jalil, semalam.
 
--------------------------------------------------------------------------------
 
KUALA LUMPUR - Atlet renang Paralimpik negara, Zul Amirul Sidi Abdullah menyasarkan tiga emas dalam Sukan Para ASEAN V (KL'09) yang akan berlangsung di
Kuala Lumpur bulan depan.
 
Walaupun menyedari bakal berdepan saingan sengit, Zul Amirul optimis dan yakin dapat beraksi cemerlang untuk mengharumkan nama negara.
 
"Persediaan setakat ini berjalan dengan lancar. Saya berharap saya mampu memberi kilauan emas buat negara.
 
"Tunjuk ajar dan sokongan daripada jurulatih banyak membantu saya untuk memperbaiki mutu renangan," katanya ketika ditemui di sini, semalam.
 
Zul Amirul sebelum ini pernah beraksi pada peringkat akhir acara kuak lentang lelaki S5 di Kejohanan Sukan Paralimpik Beijing 2008.
 
Walaupun tidak meraih sebarang pingat, dia tetap bersemangat untuk melakukan yang terbaik.
 
Pada saingan peringkat akhir di Beijing tahun lalu, Zul Amirul mencatat 42.94 saat berbanding 42.87s yang dilakukan di Sukan ASEAN IV di Korat, Thailand
awal tahun yang sama.
 
Pingat emas acara itu dimenangi atlet dari Brazil, Daniel Dias dengan catatan 35.28 saat, 0.15 saat lebih pantas daripada juara bertahan, perenang tuan
rumah, He Jungquan yang mencatat 35.43s untuk pingat perak manakala gangsa menjadi milik Zsolt Vereczkei dari Hungary dengan 38.78s.
 
Mengulas lanjut mengenai kejohanan yang bakal disertai bulan depan, Zul Amirul memberitahu dia akan menyertai tiga acara iaitu 50m gaya bebas, 100 meter
gaya bebas dan 200m gaya bebas.
 
"Saingan pastinya dari negara seperti Thailand, Laos dan Vietnam.
 
"Saya cukup bersedia untuk menggalas cabaran ini dan berharap kejayaan berpihak kepada saya," katanya.
 
Bagi ketua jurulatih negara, May Ang Seok Leng, prestasi konsisten yang ditunjukkan anak buahnya membuktikan mereka mempunyai peluang yang cerah untuk menyumbangkan
pingat untuk negara.
 
Skuad renang Paralimpik negara bakal menurunkan 35 orang perenang untuk menyahut cabaran dalam kejohanan tersebut.

Bengkel Daya Sungai Petani latih OKU berdikari

Bengkel Daya Sungai Petani latih OKU berdikari
 
ZULKIFLI Ramli (dua dari kanan) memerhatikan Razlena Rosa Zila (kiri) dan rakannya, Rosnidawati Saharudin (dua dari kiri) menghasilkan coklat di Bengkel
Daya Sungai Petani, Kedah, baru-baru ini.
 
--------------------------------------------------------------------------------
 
SUNGAI PETANI 7 Julai - Usaha untuk membolehkan golongan orang kurang upaya (OKU) berdikari dan menyertai masyarakat bukan hanya terletak pada tanggungjawab
kerajaan semata-mata, tetapi semua pihak termasuk syarikat dan badan perniagaan perlu memainkan peranan masing-masing.
 
Peranan itu kini dipergiatkan melalui kewujudan pelbagai pusat pemulihan dan latihan pekerjaan untuk golongan istimewa seperti Bengkel Daya Sungai Petani
yang terletak di Jalan Pahlawan di sini.
 
Bengkel tersebut digerakkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Kuala Muda dan lebih 20 sukarelawan membantu melaksanakan program latihan serta
pekerjaan untuk memenuhi keperluan setiap pelatihnya.
 
Pengarah JKM Kedah, Zulkifli Ramli berkata, bengkel itu yang ditubuhkan sejak beberapa tahun lalu berfungsi mengenal pasti, mengembang dan memberi latihan
kemahiran kerja kepada pelatih dengan tujuan menyediakan mereka dengan pasaran pekerjaan untuk mencari nafkah.
 
"Pada masa ini, pusat tersebut boleh menampung lebih 25 pelatih OKU. Sebelum ini, kami berasakan golongan berkenaan sukar untuk berdikari apatah lagi mendapat
pekerjaan di luar.
 
"Bagaimanapun kami kini berusaha memberikan latihan berkaitan agar mereka lebih berkeyakinan apabila berhadapan dengan masyarakat luar," katanya pada majlis
ramah mesra JKM bersama masyarakat di sini baru-baru ini.
 
Hadir sama Naib Ketua Puteri UMNO, Shahanim Mohd. Yusof dan Pegawai JKM Daerah Kuala Muda, Mohamad Md. Noor.
 
Menurut Zulkifli, selain latihan, Bengkel Daya Sungai Petani turut menjalinkan kerjasama dengan beberapa syarikat untuk mengambil pekerja OKU bagi menghasilkan
produk makanan dan pakaian.
 
"Selain menjalani latihan, para peserta turut memperoleh pendapatan apabila mereka diterima sebagai pekerja untuk menghasilkan produk yang dikeluarkan dalam
bengkel ini," katanya.
 
Dalam pada itu, Pengarah Urusan Syarikat Inang Suri Enterprise, Siti Farah Mansor, 28, berkata, pihaknya yang menjalankan kegiatan mengeluarkan produk coklat
memberi peluang kepada OKU untuk menjalani latihan di samping bekerja di bengkel tersebut sejak setahun lalu.
 
Katanya, selain menyahut seruan kerajaan yang memberikan peluang sewajarnya kepada OKU, pihaknya berpendapat langkah berkenaan boleh meningkatkan lagi semangat
golongan tersebut untuk hidup bermasyarakat.
 
"Kami mengambil empat pekerja OKU untuk menghasilkan coklat. Mereka berjaya menunjukkan prestasi cemerlang setanding orang biasa semasa bekerja," katanya.
 
Beliau berkata, lebih membanggakan, produk yang dihasilkan golongan OKU tersebut berjaya dipasarkan secara meluas di institusi pengajian tinggi (IPT) di
seluruh negara.
 
Sementara itu, seorang pekerja OKU, Razlena Rosa Zilah, 17, berkata, dia amat berterima kasih kepada kerajaan dan juga pihak yang memberikan peluang kepadanya
untuk mencari nafkah sendiri.
 
"Sebelum ini saya sering berasa rendah diri kerana sentiasa berfikir, saya menyusahkan orang lain," ujarnya.

Kanak-kanak OKU sertai larian amal

Kanak-kanak OKU sertai larian amal
 
DENNIS Ngau (empat dari kiri) menyampaikan kad kutipan kepada Lau Siew Hui sambil disaksikan Rilian Salutan (dua kiri) dan kanak-kanak PDK selepas majlis
Larian Amal 2009 anjuran Hotel Dynasty di Miri, baru-baru ini.
 
--------------------------------------------------------------------------------
 
MIRI 6 Julai - Mereka tergolong dalam kategori orang kurang upaya (OKU), namun keadaan itu tidak menghalang 20 kanak-kanak dari Pusat Pemulihan Dalam Komuniti
(PDK) Miri untuk menyertai Larian Amal 2009 anjuran Hotel Dynasty di sini baru-baru ini.
 
Pegawai bertugas PDK Miri, Chong Bee Lan berkata, hasrat kanak-kanak itu bukan untuk bertanding, sebaliknya sebagai tanda sokongan kepada kegiatan amal
yang dilaksanakan oleh hotel itu.
 
''Mereka berlari bukan untuk bertanding, tetapi sebagai salah satu aktiviti menyihatkan badan. Pada masa yang sama menunjukkan bahawa kanak-kanak istimewa
mampu menyumbang sesuatu kepada komuniti.
 
''Kita mahu kanak-kanak di sini bergaul dengan masyarakat agar mereka tidak berasa disisihkan dan ini sejajar dengan usaha PDK untuk memberi peluang kepada
kanak-kanak istimewa ini melibatkan diri dalam aktiviti sosial," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.
 
Pada majlis itu, PDK Miri menerima 15 kad tajaan untuk Larian Amal Hotel Dynasty Kali Ke-6 pada 26 Julai ini.
 
Kad tersebut disampaikan Pemangku Pengurus Hotel Dynasty, Kaunselor Dennis Ngau kepada Pengerusi PDK Miri, Lau Siew Hui. Hadir sama Pengerusi Jawatankuasa
Penganjur, Rilian Salutan.
 
Menurut Dennis, pihaknya gembira dengan komitmen yang ditunjukkan PDK Miri untuk bersama-sama menjayakan larian amal itu.
 
''Kita gembira dengan kesungguhan mereka, sehubungan itu pihak hotel akan menaja mereka untuk berlari," katanya.

Jumaat, Julai 10, 2009

Three blind persons take part in cycling expedition



The Malaysia Star, Malaysia

Three blind persons take part in cycling expedition
Friday June 5, 2009

JOHOR BARU: Some 120 people including three disabled persons took part in a bicycle expedition to
Malacca recently.
Raja Muda of Johor Tunku Ismail Ibrahim flagged off the expedition called Jom Kayuh 2009 in Danga
Bay.
The expedition was organised by Gerakan Belia 4B's Bandar Baru UDA branch and supported by the state
Youth and Sports Department.
The participants were required to ride their bicycles from Danga Bay to the Malacca city centre, a
distance of 180km.
Present at the expedition was Youth and Sports Committee chairman Md Jais Sarday, who rode with the
group to Universiti Teknologi Malaysia (UTM).
 For unity: Participants in the Jom Kayuh 2009 riding off to Malacca after being flagged off by Raja
Muda Johor Tunku Ismail Ibrahim at Danga Bay in Johor Baru recently.
Programme co-ordinator Abdullah Awang said the participants started the expedition at 8am and
reached Malacca at 6pm.
Before the participants arrived in Malacca, they stopped at destinations like UTM's Rumah Alumni,
the pineapple museum in Pontian, Hentian Mahkota and Dataran Kesang.
Awang said the disabled persons, who were blind, would cycle with the normal participants.
"Even though they are blind, they participated in the expedition to create unity," he said.
Awang added that the expedition's purpose was to appreciate Malaysia's natural beauty and forge a
working relationship between the participants.

SOURCE

http://thestar.com.my/metro/story.asp?file=/2009/6/5/southneast/3873249&sec=southneast

Khamis, Julai 09, 2009

Club donates typewriter to blind girl


The Malaysia Star, Malaysia

Club donates typewriter to blind girl
Wednesday June 17, 2009

Twelve-year-old girl Lim Pei Yem, who has been blind since birth, received a braille typewriter from
The Kiwanis Club of Petaling Jaya recently.
The gift was presented to her at Restoran Hock Hin in SS19/6 Subang Jaya where her father Ken Lim
operates a stall.
She is now studying at SK Pendidikan Khas in Jalan Batu, Kuala Lumpur.
 Write on!: Pei Yem receiving the braille typewriter from Ya (second from right). With them are Pei
Yem's mother Gwee (left), Chang (standing behind) and Leow (right).
With her at the presentation ceremony were mother Gwee Ai Wah, club president Yap Yun Fatt,
treasurer Michael Chang and secretary Eugene Leow.
On another matter, the club will be organising a charity golf tournament on July 11 at the Bangi
Golf Club.
The money raised will benefit autistic children and children with thalassemia.
It is looking for donors either in cash or in kind.
For details, call the organiser at 03-7781 6181 or email to
eleow51@streamyx.com

SOURCE

http://thestar.com.my/metro/story.asp?file=/2009/6/17/central/4121486&sec=central

Anwar, Munich, liwat & penjara Sungai Buloh



dari egroup AIDC

-- In anwaribrahimdotcom@yahoogroups.com, nshinah@... wrote:

Salaam,

I was one of the many specialist-consultant doctors who treated Anwar Ibrahim at Sg. Buloh hospital. Malaysia has some of the best surgeons and physicians in the world. Our surgeons and physicians are trained in some of the most advanced centres in the world, thank you to the current government which generously supported us financially.


The FIRST-CLASS treatment and hospitality we gave Anwar at all times, and when he's admitted in Hospital Kuala Lumpur, was nothing but the best. Note that he did not deserve such special treatment in the first place. He was a prisoner. Just like the rest. But as obedient government servants, we complied with the government's decision to provide him with the best doctors in the country.

Despite the over-the-board treatment and the time we spent on him (on government's expenses), this man was never grateful.

Despite the best surgeons available in the country, he vehemently insisted on being treated "overseas". He picked Munich.

The rest is history.

Paul Wolfowitz, the war-mongering neoconservative Jew who drafted the pro-war US Foreign Policy and influenced much of the US foreign policies, met him for a lengthy time there. Paul later became President of the World Bank and "roped" in his croney Anwar to join in. What a coincidence. Who accuses others of cronyism?

The World Bank,for people's information, works hand-in-glove with IMF, and sucks nations DRY, of their natural assets and strategic industries, and lead domestic enterprises and local banks into bankrupcy,thus enabling "foreign" companies to buy them over at rock-bottom prices. Anwar worked in THAT kind of organisation.

Therefore, what nonsensical "People's Justice Party" (PKR) is he trying to build? Mission? Vision? You can guess.

Welcome to part of the NEW WORLD ORDER.

Read the books:

1. THE GLOBALISATION OF POVERTY & The New World Order, by Prof. Michel Chossudovsky.

2. High Priests of War, Michael Collins Piper

In the next 1-3 years that followed, Anwar was "roped" into various "posts" in Washington.

The "overseas medical treatment (read: to be overseas to meet up with the Washington group in private) was a Global agenda? You bet.

Without disclosing any details, let me say one thing and one thing only -
After my direct encounter with this gentleman and having followed the events that followed after his release from prison, and the countless independent articles available these days on the Global Agenda of the " J..........." and about him by independent writers around the world (who have NO self-interest ), I conclude that :

PKR should never be allowed to govern Malaysia.

It will be the end of (Malaysian) civilisation and WASHINGTON will take over surreptitiously. By the time our children and children's children realise the mistake, it'll be too late.

NK
SELANGOR

-- In anwaribrahimdotcom@yahoogroups.com, aidceditor@... wrote:

Salam,

Saya bersetuju dengan pandangan dr nshinah tentang Anwar mendapat rawatan terbaik di hospital kerajaan semasa berada di penjara sg buloh.

Pandangan doktor yang pernah merawat Anwar, semasa berada di dalam penjara di hospital kerajaan perlu diperbesarkan lagi, kerana selama ini Anwar menggambarkan infrastruktur hospital tempatan tidak bagus, hingga membuatkan dirinya memilih Munich, Jerman sebagai destinasi terbaik pilihannya.

Apakah hospital kerajaan terlalu teruk, sepertimana yang digambarkan oleh Anwar ? Jadi dengan penjelasan dr nshinah yang pernah terlibat dalam rawatan Anwar ketika dalam penjara, menceritakan sebaliknya. Anwar diberi rawatan terbaik. Keistimewaan dan layanan VVIP diberikan kepadanya, walaupun statusnya sebagai banduan.

Kita juga tahu di dalam hospital, ramai kakitangan kerajaan bersimpati kepada Anwar, tetapi kita juga tahu, ramai kakitangan hospital terutamanya doktor 'meluat' melihat karenah dan lakonan Anwar yang menggambarkan dirinya kesakitan melampau, walhal kesakitan itu tidaklah seperti yang digambarkan.

Masalahnya, walaupun para doktor yang pernah merawat Anwar tahu tentang status sebenar kesihatan Anwar, tetapi mereka mendiamkan diri, kerana terikat dengan prosedur kerajaan.

Pendedahan dr nshinah telah memberi gambaran sebaliknya dan kenyataannya dianggap paling valid kerana pernah merawat Anwar.

Misalnya, Anwar dan keluarganya serta partinya pernah mendakwa Anwar telah diracun arsenik, dan akan 'meninggal dunia' dalam masa terdekat (cerita 1998) jika tidak diberi rawatan luar negara. Namun begitu, setelah 3 tahun menghuni di penjara sg buloh, keseriusan racun arsenik itu tidak menjejaskan kesihatannya.

Rakyat yang tidak tahu tentang arsenik ini tertipu dan turun ke jalan raya semata-mata terpengaruh dengan propanganda murahan.

Hari ini, ketika Anwar menghadapi kes liwat, kepakaran para doktor sekali lagi diuji. Nota-nota perubatan hospital Pusrawi digunakan secara sewenang-wenangnya, walaupun Anwar sendiri menyedari nota perubatan itu tidak relevan di mahkamah.

Sekali lagi kepakaran para doktor diperlukan, apabila Anwar dan barisan peguamnya membangkitkan soal, tiada koyakan atau tanda-tanda kemasukan objek tumpul dalam dubur si mangsa.

Sivarasa rasiah, salah seorang peguambela Anwar, tahu wujudnya DNA dan semen Anwar di dalam dubur Saiful, tetapi tidak menggunakan hujah ini, sebaliknya menggunakan hujah 'tiada koyakan' di dalam dubur si mangsa seperti yang terdapat dalam laporan doktor sebagai justifikasi untuk menggugurkan kes.

Walhal, untuk menjustifikasikan liwat, bukan semata-mata bergantung kepada 'tanda koyakan', kerana pemangsa boleh menggunakan bahan pelincir seperti KY Jelly, untuk tidak meninggal kesan koyakan.

Namun Anwar dan barisan peguamnya tetap mengambil hujah 'tiada kesan koyakan' sebagai hujah utama. Kita tahu, rakyat Malaysia yang tidak pakar dalam kaedah saintifik perubatan akan terpengaruh dengan dakwaan itu.

Itupun yang dikehendaki oleh Anwar, bukan untuk menang di mahkamah, tetapi untuk memenangi minda rakyat.

Jadi sekiranya Anwar secara terus menerus memanipulasikan kaedah saintifik perubatan untuk kepentingannya, tanpa diperbetulkan oleh pihak-pihak yang pakar, semua ini akan menguntung Anwar.

Jadi sampai bila kita harus berdiam diri dengan pembohongan Anwar, walaupun kita tahu kebenarannya?

-- In anwaribrahimdotcom@yahoogroups.com, ccikkiah@... wrote:

Salam Dr Nshinah...

Sepatutnya kita sebagai rakyat Malaysia berbangga sekiranya dapat melakukan rawatan di hospital Kerajaan. Hospital Kerajaan tidaklah seteruk yang digambarkan. Malangnya Anwar sendiri yang mengaku sebagai warganegara Malaysia tidak menunjukkan contoh yang baik terhadap perkhidmatan negara kita.

Sememangnya Anwar mempunyai agenda lain. Kerana itulah dia bersungguh-sungguh untuk mendapatkan rawatan di luar negara. Kenapa, apabila tiba di Alpha klinik, dia boleh terus berdiri & berjalan (walaupun masih berlakon dipapah) walhal di dalam negara, perlu menggunakan kerusi roda. Satu penipuan dan lakonan yang tidak boleh dimaafkan sampai bila-bila.

Kenapa anwar & peguambelanya perlu memanipulasikan laporan perubatan? Buta sangatkah rakyat Malaysia tentang hal-hal perubatan ini? Nampak sangat anwar & peguambelanya terdesak dan cuba mengalih isu dengan mengatakan dia tidak bersalah. Penting sangatkah tiada kesan tusukan / koyakan?

Bagaimana pula jika sekiranya seseorang itu mengalami pendarahan otak atau sebagainya (yang melibatkan organ dalaman), sedangkan tiada kesan luka di luaran.

Adakah itu boleh diklasifikasikan sebagai tiada pendarahan?

Jangan kita mudah terpedaya dengan taktik jahat mereka ini dan nampaknya mereka lebih pakar dari doktor.


Untuk mengikuti semua perbincangan-perbincangan seperti di atas, sila daftarkan diri menjadi ahli e-group AIDC. Untuk mendaftar sila klik di sini



artikel lain berkaitan :

. Anwar and Munich ? read private meeting

PPSMI dimansuh

Salam sejahtera.  Dah lama Ss tak menulis.  maklumlah, sibuk sikit.  Cerita pun setakat bahagian dua saja.  Bahagian tiga, belum lagi ditulis.

 

Pada petang semalam, 8 Julai, TPM yang juga Menteri Pelajaran telah mengumumkan pemansuhan PPSMI yang akan berkuatkuasa pada tahun 2012.

 

Ss pernah memberitahu bahawa, Ss menyokong perlaksanaan PPSMI.  Tetapi, apabila mendengar penerangan Menteri mengapa PPSMI ini harus dimansuhkan, Ss menerimanya dengan penuh sedar dan hati terbuka.

 

Ya benar, demi untuk anak-anak kita.  Dan juga, demi memertabatkan bahasa kebangsaan negara kita yang tercinta ini.  Tahniah kerana telah mengambil tindakan yang amat-amat berani ini.

 

Dan ini bukan kerana desakan pembangkang menteri kata.  Baguslah tu.  Biar kita buat kerja kita, orang lain hanya tau berkokok saja.  Kerjanya habuk tarak.

Jumaat, Julai 03, 2009

Wanita mengadu diraba OKU




p/s OKU ni memang tak sedar diri, dah orang bantu dia ada hati nak raba orang pulak. Tetapi yalah kita tahukan OKU pun ada nafsu jugak. Tetapi patutnya sedarlah diri tu. Janganlah buat kerja-kerja gila yang memalukan kaum OKU jugak.

Harian Metro

KUALA TERENGGANU: Tangan kirinya cacat, matanya juling dan dia juga tempang tetapi kecacatan lelaki ini bukan satu penghalang untuk dia mencabul kehormatan seorang wanita yang bersimpati dengan keadaannya.

Dalam kejadian di sebuah kedai kain di Bukit Payong pada 5 petang Ahad lalu, lelaki berusia dalam 40an itu, didakwa meraba wanita berusia 23 tahun itu walaupun selepas wanita itu memberikannya derma, kata Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu Supt K Manoharan.

"Lelaki itu membawa kad bukti dari Jabatan Kebajikan Masyarakat mengenai kecacatannya dan kerana bersimpati, wanita itu memberi derma RM5 dan sanggup pula duduk berhampirannya untuk bersembang," katanya di sini hari ini.

DEVELOPING ASSISTIVE PRODUCT

 

DEVELOPING ASSISTIVE PRODUCT

The Hon. Deputy Minister, YB Tn Hj Fadillah Bin Yusof had given his verbal support the development of a voice synthesizer. The proposal was made by MAB.

"Insyallah!" said the Hon. Deputy Minister, "with our short discussion, Binary University will be invited to collaborate with MDC [Multimedia Development Corp.] through the initiative with MOSTI later on.
MAB will be invited. We want MAB to be prime driver of this initiative."

Further clarification with En. Rahim revealed that the speech synthesizer engine will be in Malay. The engine can be used in existing screen readers such as Windoweyes, NVDA, HAL etc. They would apply for grants from MOSTI.

WEB ACCESSIBILITY

Information and communication technology has expanded the capabilities of the blind, allowing them to do things independently hitherto in the past, they had to rely on sighted assistance. En. Silatul Rahim Bin Dahman, is a firm believer in enabling the visually impaired through ICT.

On the importance of website accessibility, he gave confidentiality in banking transaction as an example. "If a blind person could not do online banking himself due to inaccessible features of the website," said En Rahim, "he would not be able to do any online transaction on his own and would have to rely on sighted assistance, thus putting confidentiality and security at risk." He pointed out that the alternative solution was to forgo the convenience of online banking- limiting his banking options vis-à-vis his sighted counterparts, all because a bank did not ensure accessibility of its website services.

The blind can now use text-to-speech software called a 'screen reader' to read everything on the screen of a computer. This software enabled the visually impaired to use the computer. En. Rahim gave further examples on how this development has impacted the lives of the visually impaired. They can search for and apply for jobs online, thereby enlarging job opportunities, used the internet for educational purposes, make reservations and buy online. ICT has enabled the blind to compete with the sighted on a more level playing field.

En. Rahim is visually impaired. Technology has enhanced his quality of life immensely. After high school En. Rahim furthered his studies in USA. The experience there made a profound impact on him. He took up courses in access technology from The Carroll Center for the Blind as well as further his studies in Overbrook school for the blind, Philadelphia. upon completion of his studies Em. Rahim returned home with a real appreciation of how new developments in information technologies for the blind could have a positive impact on the lives of the visually impaired.

Back in Malaysia, En. Rahim taught as a part-time instructor in Society of the Blind, Malaysia [SBM]. Later he moved to teach as a full time senior instructor in St. Nicholas Home in Penang. His skills and knowledge was noticed by The Malaysian Association for the Blind and was offered a position in their ICT Department. Currently En. Rahim is the IT Manager of the department. He also revealed he is a trained web accessibility specialist [one of three in Malaysia]. The other two are his full time staff, Fadzlin Hiezrie Bin Abd. Rahman and a part timer, Allan Wong. He admitted many more specialists have to be trained to cover the whole country.

MAB is the most well funded local organization serving the blind. It has been promoting access to information for the Blind through ICT and multimedia (websites). it also conducts workshops for employees of both private and public organizations and institutions as well as service providers and web developers

In 25th June, 2009 MAB launched a web accessibility campaign. At the launch, Dato' L Krishnan pointed out accessible websites benefits people with all forms of disability as well as for the sighted. The effect of accessible websites is to offer Unprecedented access to information for people with disability

He also revealed what MAB has been doing:
-ongoing promotion through awareness talks
- regional training workshops to blind trainers in ASEAN to enable them to promote web accessibility in their own country.
-conducted two workshops for the Ministry of Women, Family and Community Development. This has resulted in improvement in accessibility in agencies under the said ministry. MAB has also evaluated the website of BAKTI-MIND and made recommendations to improve accessibility.

Dato' L Krishnan said that MAB offer professionals consultation services. They planned to approach websites to allow MAB conduct web accessibility assessment and suggest proposals on making web content accessible

En. Rahim elaborated, They would like to promote web accessibility among the web developers and web owners but the main focus is on the government and service providers since their impact on the citizens is enormous.

The Hon. Deputy Minister, YB Tn Hj Fadillah Bin Yusof is supportive of the initiative and stated, "various ministry to submit to consultative support from MAB".

Enhanced website accessibility would be especially welcomed by the disabled community in the country.

EXCITING DEVELOPMENTS FOR BLIND IN MALAYSIA

 

EXCITING DEVELOPMENTS FOR BLIND IN MALAYSIA

By CS Khan

Recently the Malaysian Association for the Blind launched a 'Web Accessibility 'campaign. It was held at its headquarters in Brickfields, Kuala Lumpur. YB Tn Hj Fadillah Bin Yusof, Deputy Minister of Ministry of Science, Technology and Innovations (MOSTI) launched the Campaign for Web Accessibility for the Blind as well as witness the MoU signing between Binary University College & MAB for special projects on access for the Blind and cheque presentations from DENSO and Sony in promotion of ICT for the Blind.

MAB is collaborating with Binary University College to develop electronic walking stick, talking RFID and speech enabled GPS devices to make navigation easier for the blind. Existing products from OVERSEAS are very costly. Binary have developed a Basic concept and identified the components to be used.

With the assistance of these devices, the blind will be able to move even more independently than before. This is not to replace but to provide an alternative to what is available.

According to En. Silatul Rahim Bin Dahman, the IT Manager of Malaysian Association for the Blind [MAB], "We are waiting for grants, but even without grants, the project will still go ahead as Binary is committed [to complete the project]. In eight months' time we will be able to see the first prototype."

En. Rahim is a man with a dream, a big dream. Other than involving MAB in the development of devices for the blind, there is also software development. MAB hope to make all government websites accessible to the blind, not only in Malaysia but also in the whole ASEAN Region. He is working with like-minded people to make a dream into reality. Read about my interview with him in the July issue of Jumblebox/

Arkit blog