Sabtu, Julai 11, 2009

Kanak-kanak OKU sertai larian amal

Kanak-kanak OKU sertai larian amal
 
DENNIS Ngau (empat dari kiri) menyampaikan kad kutipan kepada Lau Siew Hui sambil disaksikan Rilian Salutan (dua kiri) dan kanak-kanak PDK selepas majlis
Larian Amal 2009 anjuran Hotel Dynasty di Miri, baru-baru ini.
 
--------------------------------------------------------------------------------
 
MIRI 6 Julai - Mereka tergolong dalam kategori orang kurang upaya (OKU), namun keadaan itu tidak menghalang 20 kanak-kanak dari Pusat Pemulihan Dalam Komuniti
(PDK) Miri untuk menyertai Larian Amal 2009 anjuran Hotel Dynasty di sini baru-baru ini.
 
Pegawai bertugas PDK Miri, Chong Bee Lan berkata, hasrat kanak-kanak itu bukan untuk bertanding, sebaliknya sebagai tanda sokongan kepada kegiatan amal
yang dilaksanakan oleh hotel itu.
 
''Mereka berlari bukan untuk bertanding, tetapi sebagai salah satu aktiviti menyihatkan badan. Pada masa yang sama menunjukkan bahawa kanak-kanak istimewa
mampu menyumbang sesuatu kepada komuniti.
 
''Kita mahu kanak-kanak di sini bergaul dengan masyarakat agar mereka tidak berasa disisihkan dan ini sejajar dengan usaha PDK untuk memberi peluang kepada
kanak-kanak istimewa ini melibatkan diri dalam aktiviti sosial," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.
 
Pada majlis itu, PDK Miri menerima 15 kad tajaan untuk Larian Amal Hotel Dynasty Kali Ke-6 pada 26 Julai ini.
 
Kad tersebut disampaikan Pemangku Pengurus Hotel Dynasty, Kaunselor Dennis Ngau kepada Pengerusi PDK Miri, Lau Siew Hui. Hadir sama Pengerusi Jawatankuasa
Penganjur, Rilian Salutan.
 
Menurut Dennis, pihaknya gembira dengan komitmen yang ditunjukkan PDK Miri untuk bersama-sama menjayakan larian amal itu.
 
''Kita gembira dengan kesungguhan mereka, sehubungan itu pihak hotel akan menaja mereka untuk berlari," katanya.

0 ulasan:





Arkit blog