Isnin, Julai 30, 2007

Bagaimanakah menggunakan perkhidmatan Fun Talk dari Celcom


Sekarang ini, telefon tangan sudah menjadi satu perkara yang amat lumrah sekali. Budak kecik darjah satu pun dah ada telefon dah encik oi. Ha kira ok lah pasai bill mak pak depa yang bayak.



Ok, kepada pengguna Celcom, mari kita belajar cara-cara menggunakan perkhidmatan Fun Talk. Ha, ini si buta nak ajak ni. Dengak baik-baik.



1. Untuk guna fun talk, dial bintang, diikuti dengan nombor celcom.


2. Tempoh masa rakaman, tiga puluh saat.


3. Bila Fun Talk diterima, ada bunyi macam sms.


4. Untuk membalasnya, kena buat mesej baru pasai takdak option reply.



Ini Celcom gila tau, dia buat option forward tapi tak buat option reply. Merepek betoi.



Caj untuk fun Talk biasa dikenakan sepuluh sen setiap satu. Dan untuk jenis fun talk yang lain, sila rujuk pada celcom pasai aku tak tau. Sebab apa aku tak tau? Sebab aku tak pakai.



Sekian.


Bagaimanakah menggunakan my voice


Setiap rumah, pasti ada telefon kan? Mustahillah kalau tak ada telefon. mesti ada.



Untuk pengetahuan semua, telekom melalui perkhidmatan talian tetapnya, ada menyediakan satu perkhidmatan sms bersuara yang dipanggil My Voice. Perkhidmatan ini sangat mudah untuk digunakan. Ikuti langkah di bawah.



1. Angkat gagang telefon. kalau ada hand free, pakailah hand free, tak reti-reti?


2. Kemudian, dial 1555 diikuti dengan butang hash di sebelah kanan butang 0.


3. Kemudian, ikutlah arahan yang diberikan.


4. Tempoh maksima untuk merakamkan suara ialah tiga puluh saat.


5. Selepas itu, anda akan diminta masukkan nombor telefon supaya mesej yang anda rakam itu boleh dihantar.


6. Cara untuk memasukkan nombor telefon, mesti didahului dengan kod kawasan contohnya 04 untuk utara dan seterusnya.



Apabila orang menghantar my voice kepada anda, tiada perbezaan bunyi kepada telefon rumah anda. Bunyinya macam biasa saja. Tetapi, bila anda mengangkat gagang telefon, anda akan menerima ucapan selamat datang dari sistem my voice dan seterusnya, anda akan diberitahu bahawa anda mempunyai pesanan suara. Selepas itu, mesej akan diperdengarkan kepada anda.



Selepas selesai mesej itu anda dengar, anda akan diberi beberapa arahan untuk membalas message itu, atau untuk menghantar mesej itu pada orang.



Mengenai caj yang dikenakan, sila rujuk pada telekom. Sebabnya, aku sendiri pun tak tau. Aku tau pakai saja. Belasah jer.



Sekian.


Selasa, Julai 24, 2007

Bahasa Malaysia, sudah mantapkah penggunaannya?


Pada 31 Ogos ini, genaplah sudah 50 tahun negara kita mencapai kemerdekaan. Sudah banyak kemajuan yang telah negara kita capai sepanjang 50 tahun negara merdeka.



Seperti yang diketahui umum, bahasa kebangsaan negara kita ialah bahasa melayu atau pun dipanggil bahasa malaysia. Tetapi, sudah mantapkah penggunaan bahasa rasmi negara kita yang tercinta ini?



Pada pendapat saya yang buta ni, ianya masih belum mantap lagi. ya, memang ianya belum mantap dan kukuh penggunaannya lagi.



Cuba kita lihat, masih ada lagi papan-papan iklan yang terlalu gah menggunakan bahasa inggeris untuk menyiarkan iklan mereka. Sementara bahasa rasmi negara kita pula, diletakkan di bawah dengan tulisan yang amat kecil. Ini adalah kerana semata-mata hendak mematuhi undang-undang yang ditetapkan.



Rakyat negara kita pula, khususnya yang bukan melayu, lebih suka menggunakan bahasa inggeris sebagai bahasa pertuturan harian mereka. Eh, pak-pak menteri pun rasanya ada juga kot jenis semacam ni. Mereka amat malu hendak menggunakan bahasa melayu yakni bahasa kebangsaan Malaysia sebagai pertuturan harian mereka dengan alasan, nanti mereka akan dianggap sebagai orang kelas bawahan. Bila bercakap inggeris, mereka berbangga kerana kononnya dianggap kelas atasan. Apakah semua ini? Adakah mereka ini, rakyat Malaysia sejati?



Semangat kebangsaan juga amat kurang. Cuba kita bertanya pada generasi sekarang, apakah bangsa mereka. kalau yang melayu, akan berkata, "saya bangsa melayu." mengapa kita tidak mengaku sahaja yang kita ini bangsa malaysia? Saya sendiri, berbangsa Malaysia dan berketurunan cina. kalau begini, kan lebih bagus? Mereka kita harus memberitahu "saya bangsa cina, saya bangsa melayu atau bangsa india?" Itu kan tidak melambangkan Malaysia? kalau "saya bangsa Malaysia" ha, sedap. keturunan, cina, melayu atau india. Tapi bangsa, mestilah bangsa Malaysia.



Bagi media penyiaran pula, mengapa mesti terlalu banyak siaran bahasa inggeris? Adakah kita ini menggunakan bahasa inggeris sebagai bahasa rasmi negara kita? Alasan kononnya siaran inggeris mesti ada supaya rakyat boleh memahirkan diri untuk belajar bahasa inggeris tak boleh dipakai. Cuba kita lihat, adakah penguasaan bahasa inggeris di kalangan rakyat Malaysia amat hebat dengan adanya siaran radio dan tv dalam bahasa inggeris? Rasanya tidak bukan? Cuba kita lihat negara jiran, mereka lebih menitikberatkan bahasa kebangsaan negara mereka. Tetapi, bahasa inggeris mereka juga hebat.



Semua ini, kerana minat. Kita sepatutnya harus mencari jalan untuk memahirkan diri untuk menguasai bahasa inggeris dan bukannya mengorbankan bahasa kebangsaan negara kita semata-mata ingin menguasai bahasa inggeris. Itu adalah sesuatu yang amat memalukan.



Perlu diingat, masih ada lagi rakyat Malaysia yang langsung tidak tahu bertutur dalam bahasa kebangsaan negara kita yang tercinta ini. Jadi, kita harus mencari jalan, macammana untuk mengatasi kesemua permasalahan ini. Malaysia sudah 50 tahun merdeka, amat memalukan jika rakyat sendiri tidak tahu bertutur dalam bahasa kebangsaan negara kita yang tercinta ini.



Para pembaca, marilah kita sama-sama memertabatkan bahasa Malaysia. Bahasa kebangsaan negara kita yang tercinta ini. Marilah kita sama-sama membuktikan bahawasanya, bahasa Malaysia juga, mampu berkembang ke segenap pelusuk dunia. Mari kita buktikan.



Hidup Bahasa Malaysia! Hidup Bahasa Malaysia! Hidup Bahasa Malaysia!



Sekian.


Rabu, Julai 18, 2007

Sebab saya taknak mendaftar sebagai seorang pengundi di Malaysia


Sekarang ni, SPR sedang menyeru rakyat Malaysia supaya mendaftarkan diri sebagai seorang pengundi.



Kemudian sekarang, dah keluar satu kenyataan mengatakan, orang yang tak pakai my card tak boleh mengundi. Ok, itu tak kisahlah kat depa.



Rakyat Malaysia tidak kira apa bangsa dan apa kategori, sama ada Ok atau KO, harus mendaftar sebagai seorang pengundi. harus diingat, undi kita ni amat berguna sekali dan kita haruslah menggunakan hak kita sebagai seorang rakyat Malaysia. Rugi sungguh kalau hak itu kita tidak menggunakannya.



Tapi bagi saya yang cacat penglihatan ni, saya rasa malas nak mendaftar sebagai seorang pengundi di Malaysia ini.



Orang kata, undi itu rahsia. Hanya kita yang tahu, siapakah calon yang kita undi itu. Ya, undi itu rahsia. Itu bagi yang OK. Tapi bagi yang tak nampak macam saya ni, rasanya, undi itu bukan rahsia dah.



Cuba fikir balik, kita harus gunakan pembantu bila hendak mengundi. Tak kiralah sama ada kakitangan petugas atau pun ahli keluarga sendiri. jadi, undi kami mana ada rahsia lagi? ya betul lepas undi, masukkan kertas undi dalam kotak undi. Tapi yang tersiratnya ialah, apa yang si buta itu pilih, maksud saya calon yang si buta itu pilih, sudah diketahui oleh pihak ketiga.



Undi itu rahsia? mana ada rahsia lagi kalau gini? Mana tidaknya, pihak ketiga dah pun tahu.



Saya rasa, pihak yang berkenaan harus melakukan sesuatu supaya orang-orang buta lebih selesa menjalankan kewajipan mereka sebagai seorang pengundi. Dengan cara itu, tidak payahlah mereka dibantu oleh petugas atau ahli keluarga semasa mereka menjalankan kewajipan mengundi.



Contohnya, mengapa tidak untuk orang buta, mereka dibenarkan mengundi dengan menggunakan ICT? Saya rasa, ini boleh dilakukan. yalah, sebelum mengundi, mesti diisikan borang seperti, nombor kad pengenalan, tempat mendaftar untuk mengundi, tarikh lahir, alamat tempat tinggal dan kemudian, sistem akan periksa sama ada betul atau tidak borang itu diisi.



Ini sebenarnya, boleh dilakukan memandangkan sekarang ini, sudah ramai orang-orang buta di Malaysia yang telah pun menggunakan komputer dan menggunakan perkhidmatan jalur lebar. Jadi, ianya boleh dilakukan.



Satu lagi cara ialah membuat kertas undi dalam bentuk braille. Tetapi, cara ini mungkin menelan belanja yang agak mahal dan berkemungkinan tidak sesuai untuk dilaksanakan.



Sekiranya sistem sekarang masih digunakan, nampaknya, saya takkan mendaftarlah sampai akhir hayat.


Selasa, Julai 17, 2007

Tolong kawan buat blog


Wah, nampaknya, kini, dua orang rakanku sudah punya blog mereka sendiri. Wah, tahniahlah aku ucapkan.



Pada hari Ahad yang lalu iaitu 15 Julai, aku telah menolong seorang rakanku iaitu saudara Hashim Ishak untuk mengwujudkan laman blognya. Dan akhirnya, aku berjaya membantunya mengwujudkan blognya sendiri.



Untuk ke blog saudara Hashim Ishak, alamatnya ialah http://www.hatiyangmelihat.blogspot.com/


tapi ini Hashim masih belum tulis apa-apa kot kat blog dia tu. Ah, pilah tengok no kalau ada masa? Jangan lupa.



Pada hari ini Selasa, 17 Julai, aku telah menolong seorang lagi rakanku mengwujudkan laman blognya sendiri. Beliau ialah cik Ayam. Akhirnya, berjaya juga. Wah, seronoknya.



Ok, untuk ke blog cik ayam, alamatnya ialah http://www.lampualadin.blogspot.com/


dan disebabkan blog ini baru saja diwujudkan, mungkin cik Ayam masih belum lagi meletakkan apa-apa di blognya tu. Tunggulah no? Tak lama lagi, adalah tu.



Ok sekian saja buat kali ni.


Sabtu, Julai 14, 2007

Jamuan perkahwinan Lee Sai Sam meriah


Seperti yang telah ditulis, hari ini, 14 Julai, kawan aku Lee Sai Sam ada buat sedikit jamuan sempena hari perkahwinannya dengan Beh Sok Kee.



Jamuan itu berjalan dengan lancar. Menurut khabar, ada banyak makanan yang telah disediakan. Ada ayam, udang besar dan sebagainya. Wah tu yang best tu.



Tapi apa nak buat, tiada rezeki untuk hadir ke majlis tersebut. Maklumlah gara-gara makan banyak durian dan rambutan, badan jadi panas. Mulut pun pecah. Nak makan pun payah.



Namun kini, segalanya telah berakhir. majlis itu telah berjalan dengan lancar dan jayanya. Semoga Lee Sai Sam dan pasangannya akan berbahagia sehingga ke akhir hayat mereka.



Sekian.


Jumaat, Julai 13, 2007

Lee Sai Sam buat jamuan sempena perkahwinannya pada 14 Julai


Ha, mai dah. Kalau aku mai, tu ada cerita atau laserlah tu.



kawanku Lee Sai Sam akan mengadakan satu majlis jamuan sempena meraikan perkahwinannya pada esok hari iaitu 14 Julai. Tapi rasanya, aku tidak dapatlah menghadiri jamuan tersebut pasai aku ni, kurang sihat. Almaklumlah sekarang ni, musim buah-buahan. Dah banyak makan buah.



Ok Lee Sai Sam ni, orang Kl. Dia tinggal di Bayan Baru, Pulau Pinang. Dulunya dia ni low vision. Tapi bila sampai tingkatan lima, entah mengapa, dia dah jadi totaly blind. Dia ada seorang kakak yang juga tak nampak iaitu yati. Mualaflah tu.



Lee Sai Sam bekerja di kilang Publid Packagess di Kawasan Perindustrian Bayan Lepas Pulau Pinang. Sudah melebihi sepuluh tahun beliau bekerja di sana.



Isterinya pula bernama Beh Sok Kee. Sok Kee adalah tukang urut. Mereka mengenali antara satu sama lain semasa mereka menghadiri acara lawatan anjuran SBM Pulau Pinang pada tahun lepas kalau tak salah. House Mother Miss Chai Gaik yang memperkenalkan mereka antara satu sama lain.



Sok Kee dalam lingkungan 20-an. Dah dekat nak tigapuluh dah tu sementara Lee Sai Sam pula dah empat puluh dua umurnya.



Khabarnya, Lee Sai Sam buat jamuan tu hanya untuk tiga meja sahaja. Tak apalah, buatlah sekadar yang dia mampu kan?



Sebut pasai perkahwinan Lee Sai Sam, adalah satu cerita. Minggu lepas, aku menelefon Chew Ling iaitu isteri pengerusi sBM Pulau Pinang. "Oi Khai Eong, Sai Sam punya jamuan kamu pergi tak?" Chew Ling bertanya dalam bahasa hokien. "Ha, kalau ada masa, saya pergilah." Aku menjawab ringkas.



"Hey hey, kamu mesti datang tau." "Ini kawan-kawan, kamu mesti datang." Chew Ling berpesan. "Ha ok lah kalau aku free." Aku menjawab.



"Eh Khai Eong, saya dengar kamu dah ada girl friend betulkah?" Chew Ling bertanya lagi. "hey, belum lagilah." "Eh, kamu sajalah tolong cari." Aku berseloroh.



"Eh, kamu carilah sendiri." "Kalau saya cari, nanti kalau apa-apa terjadi kamu jugak yang salahkan saya." "ha nanti kamu tulis di internet cerita ni, matilah saya." Chew Ling berbicara panjang lebar.



"Ha ha ha ha." Aku tergelak. "Ok lah nanti aku datanglah." Aku berkata. "ha, kamu mesti datang." "Raikan dia." Chew Ling berkata lagi.



Perbualan kami tamat di situ. Maka, gagang telefon pun diletakkan.



jadi diharapkan moga-moga, Lee Sai Sam akan berbahagia di samping isteri yang tersayang sehingga ke akhir hayat.



Sekian.


Selasa, Julai 10, 2007

Hipokrit


ha, dalam dunia ni, banyak yang hipokrit. Aku pun tak terkecuali. Semua orang ada hipokritnya yang tersendiri.



Tapi bagi aku, hipokrit biarlah tak keterlaluan. Taklah sampai nak bodek orang itu dan orang ini. Itu leceh punya kerja.



Di net, aku tulis apa yang aku rasa nak tulis. kekadang, aku hentam orang itu dan orang ini. Aku berhak nak bagi pendapat. Ah pedulilah asal tak melanggar akta ISA.



Aku wujudkan blog pun, semata-mata aku nak tulis apa yang aku berasa nak tulis. Siapa yang terkena tu, mau pahamlah. Itu pendapat aku saja. Ibarat kata pepatah, siapa makan cili, dialah yang rasa pedasnya.



Ada orang beritahuku, sebab mulut aku terlalu lancang, orang tak berani mengambil aku untuk bekerja. Oh, itu mudah. Orang yang membuat penilaian sebegini adalah orang yang tidak tahu memanafaatkan otak yang diberi oleh tuhan. mereka hanya takut pada penulisan seseorang itu. jadi mereka tidak berani mengambil orang tersebut untuk bekerja. mereka yang seperti ini, tidak tahu memanafaatkan ilmu dan kemahiran yang terdapat pada orang tersebut. mereka menilai orang melalui penulisan dan tidak pada ilmu dan kemahiran orang itu. Walhal, mereka tahu kehebatan orang tersebut. Kan hipokrit namanya tu?



Di kalangan orang buta pun satu cerita jugak. Ada hipokrit jugak, jangan cakap tak ada. Orang buta tu, mata saja buta. lain-lain semua, ok punya.



Orang buta ni, dia dengan hipokritnya yang tersendiri. "Kita kalau nak kenal orang melalui skype, jangan bagi tau kita ni buta." "Kalau bagi tau kita buta, mereka tak mau kenal." Itulah kenyataan yang saya dengar.



Hello si buta si buta sekelian, apa barang punya statement ini babe? kalau dah buta tu, butalah jugak. Tak boleh celik melainkan kalau buat pembedahan mata. Itu pun belum tentu celiknya.



Kalau nak berkawan dengan orang, janganlah terlalu hipokrit sampai tak mengaku buta walhal awak tu buta. Teruk sangatkah kalau hang mengaku hang tu buta? Awat hang tu berasa lekehkah kalau hang mengaku kat orang yang hang tu buta?



Aku kalau dapat kawan baru, perkara pertama yang akan aku beritahu ialah aku buta. Terpulang kalau dia taknak kawan, boleh blah. Satu blah, sepuluh nanti mai. Tu pun tak reti-reti? Awat yang bodoh sangat?



Kenalah ingat, mata saja buta, lain-lain tu ok. Boleh kahwin lebih dari satu pun. Tu pun tak hebat lagikah?



Satu lagi kehebatan orang buta ialah menggatai. Mau tak hebatnya, dia boleh kenal anak dara atau pun mak dara. kadangkala, masa nak melintas jalan, kalau anak dara datang pegang wah ringan saja dia jalan. Kalau orang tua, dia rasa tak berapa nak seronok. Ini semua berdasarkan pengalaman akulah. jadi aku tau, ini adalah satu kehebatan orang buta. Hipokrit jugak tu.




Satu lagi kan, kalau kat tempat orang ramai, kalau ada ramai anak-anak dara berkumpul kat sesuatu tempat tu, aha, buat dah best punya taktik. Apa taktik tu? Dia sengaja jalan dengan laju ke kumpulan anak-anak dara tu lepas tu sengaja langgar. Lepas tu dia mintak maaf. Ha betul kan? janganlah nak tipu. Ni pun, berdasarkan pengalaman aku jugak. Tu pun satu punya hipokrit tu.



Ok lah wey, aku berhenti di sinilah. Kalau nak tulis, panjang lagilah. Sekarang aku nak pi mengorat anak-anak dara kat skype lah lagi best.


Isnin, Julai 09, 2007

Kuala Lumpur 2006 bahagian empat. Terakhir`


Ok, sambung kembali cerita ini. Bahagian terakhir.



Selasa, 19 Disember.


Hari itu, kami sudah hendak pulang. Pagi itu, kami pun bersiap-siaplah. Kami mengemas-emaskan pakaian dan kelengkapan kami.



"Eh apa pasal muntah-muntah oi?" Aku bertanya. "perut masuk angknlah." Ah Hong memberitahu. Ha, patutlah dia muntah-muntah pun.



Kira-kira jam lapan pagi, kami pergi bersarapan pagi. Kami ke kedai kopi happy. Di situ, kami dilayan oleh seorang pelayan



. Dia ni, baik sekali. Kami selalu ke



bila datang ke



.


Di situ aku telah memakan duabelas keeping roti. Belasah sajalah peduli apa. Tak mahal pun. Aku juga minum secawan kopi panas. Ah Hong juga makan roti. Roti apa dia makan, aku tak tau o.



Selepas makan, kami kembali semula ke bilik untuk berehat sebentar dan membuat persiapan terakhir sebelum keluar dari hotel Kwee Ping itu.



Lebih kurang jam sembilan setengah pagi, kamu pun check out dan keluar dari hotel. Kali ni, kami kenalah pulak mengambil teksi untuk ke Jalan Duta. Pagi tu pulak hujan. Amboi, leceh o.



Kami pergi ke simpang empat untuk mengambil teksi. Semasa di dalam teksi, Ah Hong yang bercakap dengan pemandu. Ah, manalah aku nak reti? Semuanya dalam bahasa Cantonese. Jadi, aku dok diam sajalah. Silap-silap, melayu pun tak pandai cakap rasanya.



Kami sampai di Jalan Duta iaitu di stesen bas pada lebih kurang jam sepuluh suku pagi. Masih ada setengah jam lagi untuk menunggu kerana bas dijangka bertolak pada kira-kira jam



minit pagi.


Semasa menunggu, sempatlah jugak aku mendengar katun alihbahasa di tv3. Wah best jugaklah ni kiranya.



Masa yang ditunggu telah pun tiba. Kami pun menaiki bas. Bas tu agak selesa jugak. Kami duduk di bahagian hadapan bas. Dua baris dari pemandu.



Di dalam bas, aku dapat mendengar suara seorang perempuan. Suaranya, sebiji macam suara Gina Gurmid Kaur, juruhebah THR. Eh takkan si Gina naik bas ekspress pi



? Wah ini sesuatu yang pelik ni.


Tapi tak kisahlah mungkin itu suara perempuan bangla kot yang kebetulan sama dengan suara si Gina Gurmid Kaur tu.



Lebih kurang



tengahari bas berhenti di distinasi pertama untuk makan. Dia berhenti di Tapah. Jadi, semuanya pakat turun.


Ok inilah perangai orang



. Dajai betoi. Apabila kami turun dari bas untuk ke tempat makan, tak ada siapa pun yang tolong. Katalah hello seribu kali pun tak ada yang peduli. Ish, orang

ni, betoilah punya dajai sungguh. Tapi bukanlah semua, itu aku pun tak tau.


Nasib baik datang dua orang mat salleh yang sudi membantu. "Hello, where you want to go?" Tanya mat salleh itu. "We want to go to have a lunch." Beritahu Ah Hong. Maka dua orang suami isteri itu pun membawa kami ke sebuah kedai makan. Siap tolong kami beli dan angkat makanan lagi.



"hello, where are you from?" Ah Hong bertanya. "Ah, we're from



." Jawab lelaki itu. "Oh

" Ah Hong menjawab rengkas. "Yes." Balas lelaki itu.


"Hello friend, can you take we'll to toilet?" Tanya Ah Hong. "Ok ok, know problem." Jawab lelaki Amerika itu. Mereka membawa kami ke toilet.



Kali kedua bas berhenti makan pun kami dibantu oleh warga Amerika itu. Orang



dalam bas tu, haram tak Bantu pun. Dajai betoi.


Kami tiba di perhentian Sungai Nibung Pulau Pinang pada lebih kurang jam



petang. Ah Hong dan aku balik dengan menaiki kereta anak saudara aku. Dia tiba di rumah pada kira-kira jam

minit petang sementara aku jam

minit petang.


(Tamat)



Ahad, Julai 08, 2007

Rasa-rasa


Aku mempunyai satu hobi aneh. Hobi aku ni, suka nak merasa. Apa yang aku rasa boleh dirasa, aku nak rasa.



Yang paling banyak aku rasa ialah sabun dan syampu. Ada terdapat pelbagai rasa pada sabun dan syampu ni.




Contohnya kan, sabun Lax. Ok, sabun Lax ni, dia rasa manis dan pedas. Tak taulah apa mereka bubuh, tapi, memang pedas. Lidah jadi pedih.



Sementara syampu pula, pahit dan pedas sekali. Itu kalau ditelan, mahu masuk kubur tu. Syampu ni, dia tak kira apa jenis pun, rasanya tetap sama iaitu pahit dan pedas.




Satu lagi ialah sabun Datol. Sabun ni, bau dia memang kuat. Tapi, rasanya manis, pahit dan kelat.



Itulah selengkar kisah pendek yang dapat dititipkan.


Kuala Lumpur 2006 Bahagian tiga


Ok, menyambung kembali cerita Kuala Lumpur 2006.



Isnin 18 Disember.


Pagi itu kira-kira jam sembilan pagi, aku telah berada di lobi hotel. Kawanku Paul keong telah pergi bersarapan pagi. Aku pula, menunggu kedatangan si Abian.



Sesampainya Abian di lobi hotel, kami terus keluar. Mula-mula sekali, Abian membawa aku ke tempat kerjanya iaitu di MAB. Katanya, boss dia panggil untuk check emboser. Kami berjalan kaki ke MAB.



Sesampainya kami di MAB, Abian membawa aku ke kaunter menunggu. Kebetulan juga, hari tu, aku nak dapatkan calendar. Setelah aku ditinggalkan di kaunter, Abian pun beredar pergi.



Maka, duduklah aku di meja menunggu ibarat sebatang tiang lampu. Maklumlah, siapa pun aku tak kenal kat situ. Aku melihat orang lalu-lalang di situ.



dua orang akak juga masih sibuk di kaunter dengan urusan mereka masing-masing.



seorang lelaki. Dia bawa dua orang anaknyalah kot ke MAB. Amboi, anak dia tu, lari sana-sini. Amboi, lasak betul. Beliau beberapa kali menegur anaknya supaya jangan berlari ke

ke mari. Tetapi, tegurannya itu tidak dihiraukan oleh anak-anaknya itu.


Tiba-tiba aku terdengar suara yang serak-serak. Suara orang tua. Dan, aku terdengar lelaki itu memanggilnya dengan nama Barnibas. Jadi sekarang, tahulah aku yang orang tua yang bersuara serak-serak dan kasar itu ialah Barnibas.



Aku masih duduk di meja yang terdapat di hadapan kaunter menunggu. Tiba-tiba, datang seorang akak dari kaunter. "Adik nak apa?" Tanya akak tersebut. "Saya nak calendar dan nak pinjam buku kak." Aku menjawab dengan ringkas sahaja. "Ok, adik duduk sini dan tunggu dulu, nanti akak pergi ambik borang." Akak kaunter itu berpesan lalu beredar pergi.



Aku masih lagi duduk di situ sambil memerhatikan gelagat budak-budak yang berlari ke



dan ke mari itu. Mereka sungguh riang sekali.


Abian muncul. Tetapi, kerjanya masih lagi belum selesai. Dia merungut-rungut di kaunter. "itulah kak, saya dah kata, simpan tapi dia orang tak simpan." "Semua dah bersepah." Rungut Abian. Selepas itu, dia hilang entah ke mana.



Tidak lama kemudian, seorang lagi akak kaunter datang padaku. "Naka pa?" Tanya akak itu dengan agak kuat. "Saya nak calendar dan nak pinjam buku kak." Aku menerangkan. "Ok, tunggu sebentar ya?" Akak kaunter berlalu dari situ untuk pergi mengambil borang. Akak kaunter itu telah tolong mengisikan borang untukku. Selepas itu, dapatlah aku sebuah calendar tahun 2007 dan akak itu memberitahu bahawa, buku akan dikirimkan seminggu daripada sekarang.



Abian pun telah menyiapkan kerjanya. Dan, aku juga telah selesai mengisikan borang. Selepas semuanya selesai, aku dan Abian pun keluar dari bilik kaunter. Sebelum keluar dari bangunan MAB, kami singgah di bilik Rahim. Tapi saying, Rahim ada tetamu pada pagi itu.



Selepas itu, Abian singgah di pejabat pusat latihan gurney untuk menyerahkan kunci kepada pembantu di



. Dan selepas itu, kami terus beredar keluar dari bangunan MAB itu.


Sebelum ke rumah Abian, kami singgah sebentar di sebuah gerai di jalan Sultan Abdul Samad untuk minum. Di



aku makan beberapa biji karipap.


Di



juga terdapat beberapa orang buta sedang minum juga. Mereka rancak bersembang. Tiba-tiba, terkeluar topic minyak naik harga.


"mereka ni pandai." "Bila nak naikkan harga minyak, mereka suka nak bandingkan dengan Negara lain." Berkata seorang buta. "memanglah." "Dia orang ingat, rakyat ni bodoh." "Sikit-sikit nak bandingkan dengan negara lain." Sampuk seorang buta lagi. "yalah, kerajaan ni, kalau apa-apa barang naik harga, dia mesti bandingkan dengan Negara lain." "Hey bodoh betullah." Sampuk seorang lagi.



"Itulah yang masalah tu." "Mereka suka nak bandingkan dengan Negara lain." Sokong Abian.



Makanan pagi itu Abian yang tolong bayarkan. Jadi, terima kasihlah banyak-banyak kepada Abian.



Kini, kami menuju pula ke rumah Abian. Abian membawa aku ke rumahnya sebab aku hendak menolongnya install Norton System Work 2003.



Sesampainya di rumah, Abian terus membuka komputernya. Selepas Orton System Work itu di install, maka Abian pun moderade lah mail-mail dari mailist Sinar Islam. Dan apabila telah selesai semua kerjanya, dia pun menelefon yusuf.



"Eh Sop, kau nak pergi tak?" Abian memulakan bicaranya. "pergi ke rumah kak Ros.' "Aku nak gi dengan Khai Eong." Abian menerangkan. "Ok kau tunggu kat mana ni?" Abian bertanya pula. "Ok ok, baik." Abian membalas. Gagang telefon diletakkan.



Kami pun beredar keluar dari rumah. Kami menuju ke stesen LRT pasal nak ke rumah kak Rosnah. Yusuf menyuruh kami menunggu di



. Kami terpaksa bertukar LRt untuk ke rumah kak Rosnah. Kami sampai di rumah kak Rosnah pada kira-kira jam

tengahari. Abang Syarif suami kak Rosnah telah datang menjemput kami di stesen.


Sesampainya kami di rumah kak Rosnah, kami duduk berehat sebentar. Aku mengambil kesempatan yang ada untuk menyuruh akak Rosnah membuka siaran Astro yang ada rancangan kanak-kanak yang dialihbahasa itu. Wah, aku seronok bukan main lagi. Aku pun, mendengarlah dengan begitu asyik sekali.



Tidak berapa lama kemudian, makan tengahari pun dihidangkan. Seingat aku ada lauk ayam goring dan beberapa lagi. Tapi, ayam goring tu amboi, masin o. Dan menurut kata kak Ros, dia terbubuh banyak garam.



Oleh kerana terlalu lapar, aku belasah saja dua pinggan besar. Ayam goring tu masin pun, masinlah aku tak peduli. Sebabnya, ada kulit ayam. Itulah kegemaranku. Aku memang makan dengan gelojoh dan lahapnya pada hari itu. Dan sambil makan, aku mendengar siaran Astro Ceria.



Selepas makan, aku berehat-rehat sebentar sambil terus mendengar siaran Astro Ceria. Maklumlah, siaran itu ada banyak siri katun yang telah dialihbahasa ke bahasa



. Itulah yang paling aku minat sekali dalam hidup aku.


Selepas berehat beberapa ketika, aku pun, mulalah menggodak computer akak Rosnah. Entahlah apa yang tak kena dengan computer kak Ros ni. Bermacam masalah dan problem yang dia beritahu. Wireless keyboard dia pun satu celaka. Asyik nak buat hal sahaja.



Maka aku pun tolonglah dia buat setting beberapa barang di komputernya. Sambil-sambil itu, aku terus mendengar siaran Astro Ceria, siaran kegemaranku.



Setelah selesai membuat kerja-kerja di computer kak Rosnah, aku pun duduk di kerusi sambil menikmati tiupan angina yang sepoi-sepoi bahasa dari luar rumah kak Ros dan sambil itu, terus mendengar siaran Astro Ceria.



Sambil-sambil itu juga kami pun bersembang-sembang. Macam-macamlah yang kami sembang dengan kak Ros. Kak Ros memang kreatif orangnya.



banyak topic yang dia boleh sembang. Tulah yang best tu.


Kini sudah menjelang petang. Dah jam empat lebih. Aku masih setia dengan siaran Astro Ceria. Amboi best betul siaran tu.



Kini, makanan petang pula dihidangkan. Kalau tak salah, petang itu, makan cucok udang. Wah, belasah lagilah ni. Yalah, cucok udang tu, kegemaran aku. Makan dengan cili sos, amboi nyam-nyam! Dan sambil itu, terus mendengar siaran Astro Ceria.



Selepas makan, kami bersembang lagi. Tapi kali ni, tv dah ditutup. Maklumlah, dah puas dah tengok. Bermacam hallah yang kami sembang. Hal cikgu dan anak murid di sekolah dan pelbagai lagi. Maklumlah, Yusuf pun ikut sama.



Pada malam ini kami akan ke rumah si Lin iaitu kakak si Raihan juga. Aku, Abian dan Yusuf



nak mengajak bini si Yusuf iaitu Ayana ikut sama. Tapi hari tu, si Ayana sakit kepalalah pulak. Leceh betoi si Ayana tu.


Aku telah menelefon Ayana. "Hello oi, hang nak ikut dak kami?>" Aku bertanya Ayana. "Ikut pi mana?" Ayana bertanya. "Pi rumah si Lin tu." Aku menjawab. "



Ala

, aku sakit kepalalah." "hangpa pi sudahlah." "Kirim salam aku kat dia." Beritahu Ayana,. "Ha ok lah bye." Aku menjawab ringkas.


Lebih kurang jam enam petang, abang Syarif pun menggoreng keropok udang. Amboi, belasah lagi ni. Kegemaran aku tu. Makan dengan cili sos, best o.



Kini, aku sudah betul-betul kekenyangan. Maklumlah, dari pagi hingga ke petang, asyik makan saja di rumah kak Rosnah ni. Jadi apa lagi, dah jadi macam ular sawalah sekarang ni.



Tiba-tiba, aku terasa nak beraklah pulak. Tapi seperti biasa, aku bertahan dululah. Sebabnya, aku tak sukalah pulak pergi toilet kat rumah orang. Jadi, aku bertahan sahajalah. Biarlah taknak layan.



Tetapi, perut aku semakin memulas. Jadi, aku tiada pilihan. "Kak, toilet kat mana kak?" Aku bertanya. "ha taka pa, nanti abang Syarif bawa." Beritahu kak Ros. Hmm yalah aku mengikut sahaja.



Sebenarnya aku semasa itu sedang berbual dengan rakan baikku dari


Sarawak
. Perut pula memulas. Ish, mengacau betul.


Abang Syarif pun membawa aku ke toilet. Inilah pertama kali aku pergi ke toilet rumah kak Rosnah setelah dua kali datang ke rumahnya. Toilet rumah akak ni, kecik saja. Taklah besar.



Selepas berak, kami iaitu aku, Abian dan Yusuf dah bersiap-siap nak bertolak ke rumah Lin iaitu kakak si Raihan di Cheras. "Ok lah kak, balik dulu." Aku berkata. "Ha taka pa, nanti abang Syarif hantar pergi stesen." Beritahu kak Rosnah. Kami dihantar oleh abang Syarif ke stesen.



Lin telah sedia menunggu kami di stesen LRT Cheras. Amboi, wanginya dia pakai bedak. Kami terus dibawa ke rumahnya. Perjalanannya agak jauh jugak. Jalannya pun tak rata.



Sesampainya di rumah, pintu dibuka. Rakan Lin iaitu Ilah, sedang duduk dan asyik menonton siaran berita tv3. Apabila dia nampak kami sampai, segera dia bangun dan menyambut kami.



Rumah si Lin ni, agak sederhana besarnya. Rumah pangsa jugak ni. Tapi, kira ok lah tu. Bolehlah.



dua bilik tidur kalau tak salah.


Si Abian dan Yusuf, tak habis-habis dengan toilet. Pergi ke rumah kak Rosnah tadi pun asyik ke toilet. Mereka ni, bolehlah kita panggil raja toilet. Wah hebat tu raja toilet empunya gelaran.



Lin dan rakannya sudah mula sibuk memasak. Sementara aku, Abian dan Yusuf duduk berehat-rehat di ruang tamu rumah. Siaran tv3 masih lagi berkumandang di ruang tamu.



"Alahai Lin oi, awat kipas tu pelan sangat?" "Panaslah." Aku berkata.



"Hish, hang ni, mengarut betoilah." "Jangan dok layan dia akak, bukan boleh sangat layan dia ni kak." Abian berkata.



Lin pun datang untuk menguatkan kipas. Dan kemudian, dia pergi semula menyambung tugasnya di dapur bersama-sama dengan rakannya.



Siaran tv3 masih lagi berkumandang. "Oi Lin, awat hang tak bukak siaran tv9 oi?" "Hang mai sat bukak siaran tv9." Aku berkata.



"Hish hang ni, mengarut betoilah." "Tv9 lah, itulah inilah." "jangan dilayan si Khai Eong ni kak, mengarut betoi." Abian berkata lagi.



Sekali lagi Lin datang dan membuka siaran tv9. Dan kemudian, kembali semula ke dapur untuk menyambung tugasnya di



.


Tidak lama kemudian, makan malam telah siap dan telah sedia untuk dihidangkan. Selepas terhidang di atas meja. Lin dan Ilah pun menyenduk nasi pada kami. Antara lauk pada malam itu ialah tomyam dan ikan serta beberapa jenis sayur.



"ha Lin, hang bubuhlah kuah banyak-banyak kat aku no?" "Kuah sikit-sikit tu, aku tak maulah." Beritahuku.



"hish, hang ni, mengarut betoilah." "jangan dilayan si Khai Eong ni kak Lin." Abian berkata lagi. "Taka pa, budak ni sekali-sekala je datang dia bukan datang selalu." Lin berkata.



Malam tu aku pun makanlah dengan perlahannya. Maklumlah kat rumah kak Rosnah tadi, dah banyak dah makan. Jadi, dah kenyang dah. Kalau tak, aku belasah sajalah peduli apa aku?



"Eh Ultraman, hang tak makan ikankah?" Lin bertanya. "Ha, saya takut ikanlah Lin." "Kalau hang nak aku makan, hang tolonglah kopek kat aku Lin oi." Pintaku.



Maka, si Lin pun mengopek ikan untuk aku. Wah, puas aku makan ikan pada malam itu. Namun, aku masih takut jugak. Yalah, takut tercekek duri ikan.



Kami minum jus limau pada malam itu. Wah, sungguh sedap sekalilah. Tapi saying, aku dah teramat kenyang sangat. Ish, rugi aku tak dapat belasah makanan kat rumah Lin malam itu.



Semasa makan, Lin telah membuka siaran tv3 sebab ada drama yang amat dia minati. "ha Ultraman, hang makanlah lagi." "Takkan hang dah kenyang kot."



Lin mempelawa aku makan. "Hmm, aku dah kenyanglah Lin oi pasai makan banyak kat rumah Kak Rosnah tadi." Aku memberitahunya dengan jujur sekali.



Selepas makan, kami duduk berehat sambil mendengar siaran tv. Aku pula, dah mula mengantuk. Sementara Abian dan Yusuf, sibuk ke toilet. Lin pula, memula menggodek komputernya. Dia membuka skype di komputernya.




belas minit kemudian, kami sudah mula hendak berangkat pulang. Lin dan Ilah akan menghantar kami. Pada mulanya dia hanya hendak menghantar kami ke stesen yang berdekatan dengan rumah kak Rosnah sahaja. Tetapi, dek kerana dia hendak menunjukkan pada Ilah di mana kompleks MAB, maka dia menemani kami hingga ke stesen Tun San Banthan.


"Ha, si Ultraman ni dia kalau tertidur, nanti kita tinggai dia." Lin bergurau.



Dan sekarang, maka sampailah kami di tempat yang dituju. Kami pun turunlah dari train tersebut.



Kini aku berjalan dengan Yusuf pula. Abian menyuruh Yusuf membawa aku pulang ke hotel



"Ha jadi kat depan tu Kompleks MAB lah." Aku mendengar si Lin menerangkan pada kawannya Ilah tentang bangunan MAB tu.



"Ok Lin, kita jumpa lagi." Aku berkata. "Ok bye." Lin membalas. Aku dan Yusuf terus berjalan ke hotel tempat penginapanku.



"hang bawa Khai Eong balik



kan

, depa dah balik dahkah?" Abian bertanya. "Ha, depa dah balik dah." Yusuf membalas. "ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha." Abian ketawa. Mengapa dia ketawa, tidak pula aku ketahui.


Aku sampai di tempat penginapanku. "Ok cop, jumpa lagi." Aku berkata. "Ok bye lain kali hang mai, hang bagi tau." Yusuf berpesan. "Ok baik." Aku menjawab.



Yusuf pun beredar untuk pulang ke rumahnya. Maka aku pun mengemas-emas beg pakaianku kerana besok sudah hendak pulang ke


Penang
. Sementara Paul Keong atau Ah Hong sedang asyik mendengar radio.


Pada malam itu, semalaman Ah Hong mengalami muntah-muntah.



(Bersambung)


Sabtu, Julai 07, 2007

Si buta dan blog


Seperti yang kita ketahui, kini telah ramai orang-orang buta di Malaysia ini sudah mula pandai menggunakan komputer. mereka bukan setakat pandai menggunakan komputer, malah telah pandai mengendalikan beberapa chat program seperti skype, yahoo messenger dan Windows Life Messenger.



Tetapi kini, zaman internet sudah melangkah jauh ke hadapan. Kini, sudah muncul satu lagi benda baru di internet iaitu weblog.



Weblog ini bolehlah diibaratkan satu diari buat kita. Kita boleh menulis apa isi hati kita di sana. Dan, segala tulisan kita ini akan dibaca oleh warga internet dari seluruh dunia.



Di dalam hal weblog ini, orang-orang buta di malaysia masih lagi belum begitu mahir menggunakan kemudahan ini. Hanya beberapa kerat orang buta saja seperti aku yang agak mahir menggunakan kemudahan weblog ini. yang lain itu, masih belum mahir, atau langsung tidak mahir atau pun, langsung tidak mengetahui apa itu weblog.



Mereka harus dididik atau diberitahu mengenai kemudahan ini supaya mereka boleh seiring dengan orang-orang normal.


Jumaat, Julai 06, 2007

Selamat ulang tahun Ikim.fm


Kini, Ikim.fm sudah pun menjangkau enam tahun. Pelbagai cabaran dan dugaan telah ditempuhi oleh stesen radio ini dalam usaha bersaing dengan stesen radio komersial yang lain.



Tetapi, Ikim.fm masih lagi perlu memperbaiki strateginya untuk menarik pendengar-pendengar yang bukan melayu pula. Ini perlu dilakukan kerana Ikim.fm adalah sebuah stesen radio dakwah islamiah.



Di sini saya ingin mencadangkan supaya iklan-iklan yang disiarkan di Ikim.fm itu harus diperbanyakkan untuk menambah pendapatan stesen radio ini. Ya memang saya tahu stesen ini adalah stesen berunsurkan islam, tetapi ada banyak iklan yang boleh disiarkan contohnya seperti iklan telekomunikasi. Janganlah hadkan penyiaran iklan. Siarkan asalkan tidak melanggar peraturan dan undang-undang.



Ikim.fm harus berdikari dan mencari pendapatan sendiri. Buktikan pada mereka yang selalu memperlekehkan islam kononnya, islam itu miskin dan selalu perlu dibantu. Inilah masanya.



mengenai penyiaran Ikim.fm, ianya harus disiarkan dalam tiga bahasa utama yang terdapat di negara kita iaitu Melayu, Cina dan India. Dengan cara ini, dapatlah Ikim.fm menarik pendengar-pendengar yang bukan melayu. Dan, dapatlah pihak Ikim.fm menceritakan kepada mereka apa itu islam. Sekarang ini, tafsiran mereka terhadap islam adalah salah. Ini kerana, mereka menerima segala berita tentang islam dari media barat.



mengenai penyiaran lagu pula, janganlah hanya terhad kepada lagu-lagu nasyid sahaja. Bolehlah juga disiarkan lagu-lagu lain asalakn tidak melalaikan. Dan, janganlah terhad pada lagu melayu dan arab semata-mata. Selitkan juga lagu cina dan tamil. Inilah caranya nak tarik pendengar bukan melayu.



Kepada para juruhebah pula, janganlah buat reaksi mengantuk. Saya dapati DJ Ikim.fm ni macam tak ada semangat. saja bila bertugas. Saya cadangkan kalau boleh, buat macam biasa, macam stesen radio lain. Tapi asal tak langgar peraturan. Jika DJ Ikim.fm terus begini, silap haribulan, boleh menghilangkan pendengar.



Akhir kata, selamat ulangtahun kke enam epada Ikim.fm dan percepatkan pengembangan siaran ke seluruh negara. Semoga dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur.


Arkit blog