Selasa, Julai 24, 2007

Bahasa Malaysia, sudah mantapkah penggunaannya?


Pada 31 Ogos ini, genaplah sudah 50 tahun negara kita mencapai kemerdekaan. Sudah banyak kemajuan yang telah negara kita capai sepanjang 50 tahun negara merdeka.



Seperti yang diketahui umum, bahasa kebangsaan negara kita ialah bahasa melayu atau pun dipanggil bahasa malaysia. Tetapi, sudah mantapkah penggunaan bahasa rasmi negara kita yang tercinta ini?



Pada pendapat saya yang buta ni, ianya masih belum mantap lagi. ya, memang ianya belum mantap dan kukuh penggunaannya lagi.



Cuba kita lihat, masih ada lagi papan-papan iklan yang terlalu gah menggunakan bahasa inggeris untuk menyiarkan iklan mereka. Sementara bahasa rasmi negara kita pula, diletakkan di bawah dengan tulisan yang amat kecil. Ini adalah kerana semata-mata hendak mematuhi undang-undang yang ditetapkan.



Rakyat negara kita pula, khususnya yang bukan melayu, lebih suka menggunakan bahasa inggeris sebagai bahasa pertuturan harian mereka. Eh, pak-pak menteri pun rasanya ada juga kot jenis semacam ni. Mereka amat malu hendak menggunakan bahasa melayu yakni bahasa kebangsaan Malaysia sebagai pertuturan harian mereka dengan alasan, nanti mereka akan dianggap sebagai orang kelas bawahan. Bila bercakap inggeris, mereka berbangga kerana kononnya dianggap kelas atasan. Apakah semua ini? Adakah mereka ini, rakyat Malaysia sejati?



Semangat kebangsaan juga amat kurang. Cuba kita bertanya pada generasi sekarang, apakah bangsa mereka. kalau yang melayu, akan berkata, "saya bangsa melayu." mengapa kita tidak mengaku sahaja yang kita ini bangsa malaysia? Saya sendiri, berbangsa Malaysia dan berketurunan cina. kalau begini, kan lebih bagus? Mereka kita harus memberitahu "saya bangsa cina, saya bangsa melayu atau bangsa india?" Itu kan tidak melambangkan Malaysia? kalau "saya bangsa Malaysia" ha, sedap. keturunan, cina, melayu atau india. Tapi bangsa, mestilah bangsa Malaysia.



Bagi media penyiaran pula, mengapa mesti terlalu banyak siaran bahasa inggeris? Adakah kita ini menggunakan bahasa inggeris sebagai bahasa rasmi negara kita? Alasan kononnya siaran inggeris mesti ada supaya rakyat boleh memahirkan diri untuk belajar bahasa inggeris tak boleh dipakai. Cuba kita lihat, adakah penguasaan bahasa inggeris di kalangan rakyat Malaysia amat hebat dengan adanya siaran radio dan tv dalam bahasa inggeris? Rasanya tidak bukan? Cuba kita lihat negara jiran, mereka lebih menitikberatkan bahasa kebangsaan negara mereka. Tetapi, bahasa inggeris mereka juga hebat.



Semua ini, kerana minat. Kita sepatutnya harus mencari jalan untuk memahirkan diri untuk menguasai bahasa inggeris dan bukannya mengorbankan bahasa kebangsaan negara kita semata-mata ingin menguasai bahasa inggeris. Itu adalah sesuatu yang amat memalukan.



Perlu diingat, masih ada lagi rakyat Malaysia yang langsung tidak tahu bertutur dalam bahasa kebangsaan negara kita yang tercinta ini. Jadi, kita harus mencari jalan, macammana untuk mengatasi kesemua permasalahan ini. Malaysia sudah 50 tahun merdeka, amat memalukan jika rakyat sendiri tidak tahu bertutur dalam bahasa kebangsaan negara kita yang tercinta ini.



Para pembaca, marilah kita sama-sama memertabatkan bahasa Malaysia. Bahasa kebangsaan negara kita yang tercinta ini. Marilah kita sama-sama membuktikan bahawasanya, bahasa Malaysia juga, mampu berkembang ke segenap pelusuk dunia. Mari kita buktikan.



Hidup Bahasa Malaysia! Hidup Bahasa Malaysia! Hidup Bahasa Malaysia!



Sekian.


0 ulasan:





Arkit blog