Isnin, Mei 21, 2012

Pekerja asing yang tak selamat atau kita yang tak selamat?

Baru-baru ini heboh diperkatakan Pengarah Eksekutif Tenaganita, Irene Fernandez pergi memburuk-burukkan negara di luar negara.  Dia kata kononnya Malaysia ni tak selamat untuk pekerja-pekerja asing.  Pelbagailah alasan yang dia bagi.  Nak tergelak pulak mendengar alasan-alasan dia tu.

Sekarang ni, mailah kita tengok, pekerja asing di sini yang tak selamat bekerjakah atau kita yang tak selamat akibat terlalu ramai pekerja asing?

 

  • Kes jenayah meningkat.  Akibat terlalu ramai pekerja asing, kes jenayah telah meningkat.  Tidak dinafikan penduduk tempatan juga ada yang terlibat dengan kes-kes jenayah.  Tetapi, pekerja asing juga merupakan penyumbang juga untuk kes-kes jenayah.
  • gadis-gadis selalu mendapat gangguan dari mereka.  yalah, bukanlah semua pekerja asing itu jahat tetapi, mereka juga adalah penyumbang kepada masalah sosial negara.  Tidak dinafikan juga, rakyat tempatan terlibat.
  • Budaya-budaya luar.  pekerja asing juga sering membawa dan mempromosikan budaya-budaya luar yang tidak selari dan tidak sealiran dengan budaya negara kita.  Akibatnya, ada segelintir rakyat tempatan yang terikut-ikut dengan budaya-budaya negetif yang dibawa oleh pekerja asing ini.

Nah, itu hanyalah sekelumit sahaja. Ada lagi yang tidak disenaraikan.  nah sekarang, siapa yang tak selamat di malaysia ini?

 

memang tidak dinafikan, ada berlaku kes-kes penderaan dan penganiayaan terhadap pekerja asing di negara kita.  Tetapi, itu semua merupakan kes-kes terpencil.

 

kepada makcik tua ni, Irene Fernandez, janganlah bertindak seperti kata pepatah, kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan.  Kalau dah tak suka duduk di malaysia, silalah angkat kaki dan pergi duduk di negara lain.

Pelik.

Ramai orang di luar sana kata, orang buta ni, mata mereka buta, tetapi, hati mereka ni terang.  Sedap sungguhlah didengar kata-kata gitu.  memang ada benarnya apa yang dikata dan kadangkala tu, ada juga yang tak benarnya apa yang dikata tu.

Di dalam berpersatuan, oku penglihatan sendiri ada banyak persatuan.  Ada 16 kesemuanya kalau tak salah perkiraan saya.  Saya sendiri pun tak tau pasai apa yang banyak sangat persatuan.

 

Sebenarnya, seronok bila masuk persatuan.  Almaklumlah, kita dapat membantu rakan-rakan yang senasib dengan kita.  Bantu-membantu tu, bagus kan?  Yang senang, membantu yang susah.  Itu kan bagus?

 

Tapi kan, ada satu sikap yang pelik dalam golongan orang buta ni.  Saya tak taulah mengapa sikap ini wujud.  Adakah kerana mereka hanya bercampur dengan kelompok sendiri dan tidak bercampur-gaul dengan masyarakat sepenuhnya?  Sikap ini wujud dalam berpersatuan, lagi-lagilah kalau mereka ada sesuatu jawatan hatta jawatan sekecil-kecilnya hinggalah ke jawatan utama, ada di antara mereka yang berasa amat tinggi diri.

 

Bila dah dapat sesuatu jawatan, mereka dah lupa asal-usul mereka.  Mereka dah lupa siapa diri mereka.  Semua mereka nak cantas saja.

 

Satu sikap orang buta yang paling tak elok ialah suka syak yang bukan-bukan.  Contohnya ada kakitangan yang bertugas di satu-satu pertubuhan orang buta.  Apabila ahli pertubuhan itu membuat panggilan telefon ke pertubuhan tersebut, kakitangan yang bertugas tidak menjawab panggilan mereka itu.  ha, mulalah syak yang bukan-bukan.  Kakitangan itu malas nak jawab panggilanlah, tak datang kerjalah, ponteng kerjalah, asyik leka bermain facebook lah dan pelbagai lagi sangkaan-sangkaan buruk yang terkeluar.  Mereka tak siasat dah kenapa kakitangan yang bertugas ni, tak menjawab panggilan dari mereka ni.

 

Begitu jugalah kepada segelintir mereka yang memegang jawatan dalam sesuatu pertubuhan.  Cakapnya, lebih hebat daripada tugasan yang dibuat.  Dan, apabila sesuatu tugasan itu tidak dapat dijalankan, mulalah nak mencari kesalahan orang lain untuk cover line.  Dan yang paling sesuai untuk dijadikan mangsa ialah si kakitangan yang bertugas.  Pelbagailah tuduhan yang dilemparkan untuk cover line mereka ni sebab tugasan yang diberi, tak dapat dijalankan.  Dah kantoi.

 

Jadi, apabila ini berlaku, kepada mereka ahli-ahli yang faham kedudukan yang sebenarnya, mereka tahulah mana yang intan dan mana yang permata.  Tetapi, kalau sebahagian lagi yang tak tau cerita di sebalik semua ini, maka akan berkokoklah mereka ke se-antero dunia menceritakan apa yang berlaku.

 

kepada mereka yang di luar sana, janganlah menganggap bahawa mereka yang buta mata ni, terang mata hatinya.  Kekadang, ada yang buta mata dan juga buta mata hati.  Untuk mendalami perangai-perangai orang buta yang kadangkala dirasakan amat-amat pelik bin ajaib ini, anda semua adalah digalakkan bercampur dan bergaul sendiri dengan orang-orang buta.

 

Kisah yang dipaparkan di atas merupakan sekelumit saja perangai-perangai orang buta di luar sana.  Silalah bercampur-gaul dengan orang-orang buta untuk mendalami perangai-perangai yang pelik dan yang tak berkenan di hati yang terdapat pada orang buta.

Khamis, Mei 10, 2012

Masukkan tajuk kiriman

Selamat ulang tahun kepada Umno yang ke-66.  Nampaknya, parti keramat Umno sudah begitu matang.  Pahit-manis yang dilalui di dalam perjuangan telah benar-benar mematangkan Umno.  Namun, perlulah diingat, Umno jangan leka.  Musuh sentiasa mencari ruang dan tempat untuk memecah-belahkan Umno parti keramat ini.  haruslah diingat, kerana Umnolah orang melayu bebas dari penjajahan.  parti Umno inilah yang paling banyak berjasa kepada orang melayu khasnya dan malaysia Amnya.  Hancur Umno, hancur melayu dan hancurlah Malaysia.

 

Oleh itu, parti Umno haruslah dipertahankan.  jagalah parti ini seeloknya.

Ahad, Mei 06, 2012

Corat-coret AGM SBM Pulau Pinang

Sudah lama rasanya tidak menulis di sini.  Maklumlah, tak tau apa yang nak dituliskan.

 

Baru-baru ini SBM penang telah selamat mengadakan AGM-nya yang telah dilangsungkan pada 29TH April yang lalu.  kedatangan para ahli agak memuaskan juga. 60 lebih ahli yang hadir.  Mesyuarat bermula pada kira-kira jam 10:15 pagi.

 

Ia dimulakan dengan ucapan pengerusi SBM Pulau Pinang saudara MD Akhir Embi.  pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada tuan presiden SBM, Hj Nazari yang sudi hadir ke mesyuarat agung ini.  Ini diikuti dengan ucapan tuan presiden yang amat dikasihi dan disayangi Tuan HJ Nazari.  Beliau menekankan perlunya bersatu dalam persatuan dan harus berpadu dan berusaha untuk memantapkan lagi persatuan orang buta ini.

 

Selesai ucapan, tuan presiden seterusnya merasmikan mesyuarat AGM SBM Cawangan Pulau Pinang.  Mesyuarat berjalan lancar dan selesai pada kira-kira jam 1:30 tengahari.  Hari tu, kami makan nasi berlaukkan ayam masak merah.  Wah, sedap sekali.  Pandai si Mona Ahmad, salah seorang AJK SBM Pulau Pinang order makan.

 

Itulah serba sedikit corat-coret AGM SBM Pulau Pinang dari saya.

Arkit blog