Khamis, Januari 31, 2008

Mak mertua/pak mertua


Ini pula kisah mak mertua dan pak mertua. Amboi, seronok betullah kalau dapat pak dan mak mertua yang sporting. Kalau sebaliknya, belah saja. jangan tinggal dengan depa tu.



Ada mak mertua ni, dia ok betullah dengan menantu dia. Dia tak pilih kasih. Semua dia layan sama rata. Yang mana patut marah, dia marah. Ha, kalau mana-mana menantu perempuan dan laki yang dapat mak mertua ini macam, kira ok dan bersyukurlah tu. lazimnya pak mertua ni tak banyaklah kerenah.



Kadang-kadang pulak, si menantu ni, tak bersyukur. Dah dapat mak dan pak mertua yang kira ok dan sporting habis, si menantu pulak yang gatai. Yalah, gatai nak cari pasai.



Maklumlah, menantu zaman sekarang ni, kan ada yang serba malas? Orang bangun awal pagi, dia bangun bila hari dah tinggi. Dahlah bangun lambat, si menantu ni, selamba saja bila tengok mak mertua dia punyalah sibuk kat dapur. memanglah muka tak malu betul si menantu ni.



Pada pendapat saya, menantu seperti ini, diletakkan di kategori penyegan. Serba-serbi dia penyegan. Dan, menantu seperti ini, layak mendapat mak mertua yang 24 jam pot-pet pot-pet. Ditambah lagi dengan pot-pet pak mertua, wah hebat dan lemak berkrim.



Ada pula jenis mak dan pak mertua yang suka sangat nak campur tangan hal rumahtangga anak-anak. Macamlah anak dia tu tak reti sangat nak urus rumahtangga lepas kahwin. Tapi yang lebih suka campur tangan ni, mak mertualah. Pak mertua ni, kira ok saja.



kalau mak mertua jenis ni, dapat menantu baik macammana pun, tak terpakai. yalah, jenis mak mertua ni, bolehlah dikategirikan mak mertua kepo. Semua dia mau kepo. Sehari dia tak kepo, dia tak boleh tahan. Dan lazimnya, jenis mak mertua seperti inilah yang boleh menyebabkan keretakan rumahtangga anak-anak.



Sebab itu, anak-anak yang telah berumahtangga, kebanyakannya mahu tinggal berasingan dengan ibubapa atau pun mak dan pak mertua. Eh aku rasa, aku pun nak tinggal berasinganlah jugak lain kali. yalah, nak romantik-romantik kan tiada hal?



Dan sekurang-kurangnya, kalau tinggal berasingan, dapatlah mereka ini belajar berdikari tanpa bergantung harap pada ibubapa atau pun mertua. Sebelum kahwin, semua orang buat kasi, tapi lepas kahwin, biarlah berdikari. Jadi, barulah mereka yakni orang tua tu, boleh berehat.



Ada juga mertua yang pilih kasih. Amboi, kat menantu A, dia sayang sesangat. Kat menantu B, lainlah pulak caranya. Ha ni pun tak baik jugak. Ini akan memecahkan keluarga akhirnya.



Ada juga berlaku di mana, mertua dibuli oleh menantu. Yalah, sebabnya mertua tu baik sesangat, jadi si menantu pun, ambiklah kesempatan suruh buat itu dan ini. Yang si mertua pulak, ikut saja macam kayu.



Pendek kata, jadilah seorang mertua yang sederhana supaya menantu tak berani nak membuli.


Sekian


Rabu, Januari 30, 2008

Laki/suami


Ok, ini kisah lelaki pulak. Ha, ada pelbagai.



lelaki ni adalah pelbagai jenis dan perangai serta tabiat. Susah nak dikirakan tu. kadang, pening kepala dibuatnya. Ini terutamanya yang dah menikah.



Laki bujang ni, kehidupannya serba ringkas. Kalau nak tengok bilik yang kurang kemas, lelaki bujang punya bilik tu bolehlah dijadikan contoh. Eh aku pun kurang kemas jugak. Ala, dok sorang-sorang, apa kisah?



Ha, ni cerita lelaki yang dah kahwin. lelaki yang dah menikah ni, ada yang ego. Ego macammana tu, dia buat bini dia tu, macam kuli. Balik saja dari kerja, terus duduk di kerusi malas sambil tengok suratkhabar atau tv. Lepas itu, suruh si bini buat itu dan ini. Macamlah dia sorang tau penat, si bini tu tak tau penatkah?



Lepas makan atau minum, tak pernah dicucinya bekas makanan dan minuman. Semua nak mengharapkan si bini. Inilah yang leceh. Kononnya kerja mencuci ni, kerja si bini.



Bila dah ada anak, kadang ada yang tak tau nak bancuh susu anak. Eh aku ingat aku pun nak buat tak tau jugak. Sebab, leceh nanti. Dan bila anak menangis tengahmalam, si ayah terus tidur. Si ibulah yang kena bangun bancuh susu anak. Aku rasa, aku nak masuk kategori tulah senang.



Ini bab mencuci pakaian pulak. Ini si bini juga yang kena. Si laki tak reti. Guna mesin basuh pun dia buat-buat tak reti tapi walhal, dia reti. Aku rasa aku pun nak buat ini macam jugak.



Ada sesetengah daripada lelaki ini, dia tak pernah nak tolong isterinya menyidai pakaian. yalah, basuh dahlah taknak, sekurang-kurangnya, tolonglah si bini menyidai pakaian. Ini taknak juga. Kerana apa? kerana takut dikata orang, kena queen control. Hanya orang bodoh serta bangang sahaja yang beranggapan begitu.



kalau kita menolong bini kita, sekurang-kurangnya, dapatlah juga beliau melakukan kerja lain. Dan sekurang-kurangnya, kerja-kerja rumah akan menjadi ringan.



Untungnya si bini kalau dapat si laki yang sanggup menolongnya membuat kerja-kerja rumah. Semuanya akan menjadi mudah dan cepat disiapkan.



Namun, masih ada lagi lelaki yang sanggup menolong kerja-kerja rumah si isteri. Tapi, payah nak jumpa. Yang selalu jumpa, malas nak tolong. Eh aku pun rasa gitu jugak kot.



Sungguh beruntung seorang isteri jika sekiranya mendapat seorang laki yang memanglah amat rajin menolong bininya. Tetapi, amat malang sekali jika seorang perempuan mendapat seorang laki yang kategorinya, pemalas. Ego sahaja lebih. mentang-mentang dia tu laki, dia anggap, dialah boss dalam sebuah rumahtangga. Kalau ini macam punya orang, senang saja. lebih baik pergi mati.



Sekian.


Selasa, Januari 29, 2008

Isteri dulu, isteri sekarang


Semua lelaki nak beristeri. Tak terkecuali, aku. Ada isteri, semua boleh jadi punya.




Tetapi, isteri zaman sekarang, sudah lain dari dulu. memang berbeza sangat. Kadang, pening kepala dibuatnya. nak ditegur salah, tak digegur, salah jugak.



Isteri dulu, pandai memasak. Isteri dulu, mesti bangun awal-awal pagi. kemudian, membersihkan rumah, menyiapkan sarapan pagi dan pelbagai lagi kerja yang dilakukan.



Tapi, isteri sekarang, ada yang langsung tidak tahu memasak. Mungkin kerana mereka ini semasa anak dara, telah dimanjakan oleh keluarga. Atau pun di zaman anak dara dan zaman persekolahan mereka, mereka duduk asrama. Jadi, tak payah masak.



malah, ada segelintir isteri yang meletakkan syarat, lepas kahwin, kena carikan orang gaji untuknya. Sebabnya, nak senang. Dan, satu lagi sebab, kerana tak tau memasak.



Isteri sekarang dah taknak bangun awal pagi. Mereka ni, bangun lewat pagi. Matahari dah tinggi, barulah nak bangun. Sarapan pula, pergi beli di kedai sahaja. Dah taknak buat. Nak senang kata mereka.



Isteri sekarang banyak yang lebih senang makan luar. Sebabnya, sama ada, mereka ini tak tahu memasak atau malas nak memasak. Alasan mereka, letih. Walhal sekarang, sudah pun ada buku resipi.



Isteri dulu boleh jaga anak ramai. mereka sedikit pun tak merungut. Malah mereka seronok kalau ada anak ramai. Mereka akan jaga anak-anak mereka ini sedaya yang mungkin.



Tapi, isteri sekarang, takut punya anak ramai. mereka ada target nak anak berapa. Malah, ada yang taknak anak langsung. Alasan mereka yang taknak anak langsung ialah sibuk dengan kerja. Dan alasan mereka yang taknak anak ramai ialah tak terjaga kerana sibuk.



Isteri sekarang, kadang-kadang anak dua orang pun dah tak terkawal. Mudah letih. Maklumlah semua nak kerja. Semua nak cari duit lebih.



Hmm, itulah perbezaan antara dulu dan sekarang. kalau nak diikutkan, panjang lagi yang nak ditulis. Tapi dah malas nak tulis dah.



Sekian.


Isnin, Januari 28, 2008

Pergi BGM 2002 bahagian tujuh. Terakhir


O k, kita sambung balik cerita kita no?


Kami pun pergilah meletakkan beg di bilik gerakan Sbm yang terletak di
sebelah tangga. Selepas itu, kami pun pergilah ke bilik mesyuarat.


Wah, hari ni, bilik mesyuarat begitu penuh sekali. Maklumlah, hari ni,
ada pengundian untuk memilih presiden, timbalan presiden dan AMP. AMP ialah
Ahli Majlis Presiden.


Beberapa minit kemudian, mesyuarat pun disambung semula. Benda yang tak
habis, disambung lagi. Iaitu pembentangan beberapa aktiviti. Dah lupalah
sebab dah terlampau lama. Dah sebulan peristiwa ni berlalu.


Sekarang, kembali ke mesyuarat 15 Jun iaitu Sabtu. Pada hari itu, satu
anugerah telah diberi kepada seorang orang lama SBM. Beliau ialah Jasmin
Khoo. Beliau telah begitu lama dan setia berkhidmat di SBM ni. Sekarang,
jawatan yang beliau pegang ialah bendahari agung SBM. Anugerah yang diberi
ialah anugerah kualiti perhikdmatan cemerlang.


O k, kembali ke 16 Jun. Semasa mesyuarat sedang berlangsung, tiba-tiba
aku mendengar suara kak Romainun. "Apalah kak ni, orang tengah dok
mesyuarat, dia sembang." Kataku di dalam hati.


"Akak! Akak!" Aku memanggil kak Romainun. Tapi sayangnya, kak Romainun
tak dengar panggilanku. Aku tidak berputus asa. "Akak! Akak!" Aku
memanggil lagi. Malangnya, dia masih tak dengar lagi. Dia asyik bersembang
dengan rakannya itu.


Masa rehat pun tiba. Pagi itu, kami makan di bilik mesyuarat aja. Kami
makan sekeping kuih kalau tak silap. Kuih apa tu, saya dah lupa. Selepas
makan, aku berehat. Kemudian, aku dapati, kak Romainun sedang menuju ke
mari. "Kak." Aku memanggil. Dia tak dengar. "Kak Romainun!" Aku
menyeru. Dia pun datang.


"Khai Eong, awak kenal Firdaus tak?" Kak Romainun bertanya. "Nah, awak
tolong bagi cd ni kat dia ya? Semuanya ada 4 keping." Minta kak Romainun.
Kemudian, dia mengeluarkan sesuatu dari beg. "Nah, ini untuk awak jam
kitching. Lepas tu, ni cd untuk awak. Dalam cd ni ada 63 programs tau?
Nanti, awak bagi taulah akak ya apa gunanya programs tu. Akak dah ambik apa
yang akak nak. Lepas tu yang ni akak bagi kat Khai Eonglah." Terang kak
Romainun panjang lebar.


Aku mencium kotak jam tu. Wah, wangilah. Bau bedak. Entahlah bedak apa.
Bau bedak tu, masih ada sampai sekaranglah tau. Dahsyatnya.


Jamiah pun datang. "Apa tu kak I?" Jamiah bertanya. "Tak, untuk Khai
Eong." Kak Romainun menjawab. "Habis untuk saya tak adakah kak I?" Jamiah
bertanya. "Awak tak tolong akak." Kak Romainun membalas. "Ala, yang kita
selalu bawa kak I pergi toilet tu, tak tolongkah? Ceh tak adil man kak."
Rungut Jamiah. "Kak, bagilah kak." Jamiah merengek. "Tak ada. Awak tak
ada. Khai Eong dah tolong akak dah hari tu." Kak Romainun menerangkan.
"Tolong apa kak?" Jamiah bertanya. "Dia tolong akak komputer." Kak
Romainun memberitahu. "Oh begitu." Jamiah berkata.


"Khai Eong, tengok kejap benda tu." Jamiah meminta padaku untuk tengok
jam itu. Dia pun, tengoklah jam tu. Kemudian, dia bagi balik.


"Kak, kak duduk di mana?" Aku bertanya. "Akak duduk di baris tiga. Awak
jalan ke belah kiri, kemudian awak jumpa meja, lepas tu, awak akan jumpa
tong sampah dan jumpalah barisan akak." Kak Romainun menerangkan.


"Kak, Shirin Tan Chai Cin datang tak?" Aku bertanya. "Ada, dia datang."
Kak Romainun membalas. "K H Wong datang tak?" Aku bertanya. "Ya, ada."
Balas kak Romainun. "Bawalah mereka datang jumpa saya kak. Saya susahlah
nak keluar kak." Pintaku pada kak Romainun. "Ha, o k tunggu." Kata kak
Romainun. Kak Romainun pun beredarlah.


Kemudian, dia pun datanglah. "Khai Eong, ini Kam Yong. Awak kenal tak?"
Kak Romainun bertanya. "Ha, kenal. Hai, awak apakhabar?" Aku bertanya.
"Baik. Khai Eong, awak buat apa sekarang?" Kam Yong bertanya. "Aku dah
kerja dah. Aku kerja di kilang." Aku menerangkan. "Kilang apa tu?" Kam
Yong bertanya kembali. "Kerja kat kilang HLB Denko di Bayan Lepas." Aku
membalas. "Awak kerja operatorkah di sana?" Kam Yong bertanya kembali.
"Ya, sebagai operator production aja." Aku menerangkan. "Kenapa tak ambil
operator telefon?" Kam Yong bertanya. "Malaslah. Lagi pun, aku
mengantuklah kalau kerja dengar telefon aja." Terangku kepada Kam Yong.


Kam Yong dan kak Romainun telah beredar ke tempat duduk mereka. Selepas
itu, aku pula telah ke tempat mereka. Di situ, aku telah bertemu dengan K H
Wong, Ho Siew Hwa, Shirin Tan dan suaminya.


:Ha, Wong, awak baca tak benda yang saya hantar ke testgroup tu?" Aku
bertanya. "Ada. Saya ada baca." K H Wong membalas. "Eh, jangan hantar
virus sudah." K H Wong berseloroh.


"Khai Eong, Khai Eong, komputer tu, rasanya apa Khai Eong?" Tanya Shirin
Tan. "Yalah Khai Eong, komputer tu rasanya apa Khai Eong? Kan dalam e v
mail dulu, awak ada cerita yang awak ni suka rasa itu dan ini?" Siew Hwa
memperingatiku. "Ala, komputer tu, rasanya tawarlah. Nak rasa apa lagi."
Balasku bersahaja.


"Eh Siew Hwa, sorry lah sebab tak dapat telefon awak ya? Saya sibuklah."
Aku memberitahu Siew Hwa. "Tak apa, tak apa." Balas Siew Hwa. "Eh Boon
Kiat tak datangkah?" Aku bertanya. "Tak, dia tak datang." Balas Shirin
Tan.


Selepas itu, aku pun beredar ke tempat dudukku. Ha, orang tengah
mesyuarat, aku sembang dengan geng aku. Hahahahahaha!!!!



O k, dah lepas jamuan pagi. Mesyuarat disambung kembali. Kini, tibalah
waktu nak mengundi. "Jaafar, hang nak pilih siapa?" Aku bertanya.
"Hishammmudin." Jawab Jaafar rengkas. "Ala, dia tu, asyik nak bangkang
aja." Aku menjawab. "Dak, Khai Eong, hang tak boleh kata lagu tu. Kalau
ada pembangkang baru best hang tau dak." Jaafar berkata lalu beredar dari
situ.


Jaafar Mat Isa ni, cakap memang pandai. Tapi, buat kerja satu apa pun tak
jadi. Itulah dia Jaafar.


Hishammudin ada bertanding beberapa jawatan. Semua yang bertanding telah
mengemukakan menifestor masing-masing. Macam-macamlah menifestor yang
dikemukakan. Malas nak layan. Semuanya baik-baik belaka.


Presiden SBM iaitu cik Mah Hassan telah menang tanpa bertanding. "Saya
berjanji, akan memberikan perhikdmatan yang baik kepada semua. Insya
Allah." Itulah ucapan rengkas Mah Hassan.


Setelah selesai proses pengundian, kami semua menunggu keputusan dengan
penuh debaran. Dan, untuk mengisi masa yang terluang, pengerusi mesyuarat
iaitu Mah Hassan yang juga presiden SBM telah membuat satu acara iaitu
meniru bunyi. Yang itu kita tak layan sebab kita sibuk mendengar berita jam
1 tengahari di radio 1.


Keputusan pengundian telah pun diketahui. Yang tak dapat kulupa,
Hishammudin kalah dalam semua jawatan. Apa nak buat kan? Setiausaha agung
SBM telah dipegang semula oleh Cik Nazari Osman. Timbalan Presiden telah
dipegang semula oleh
Jamilah@Marziah
atau dipanggil kak Jam olehku.
Bendahari juga telah dipegang semula oleh Jasmin Khoo. Tan Eng Guan telah
kalah. Wah, semua penyokongnya berasa amat kecewa. Muhammad Faes juga
tidak menang. Beliau hanya mendapat 60 undi. Orang baru yang menang ialah
antaranya ialah Mohd Fikri.


Mohd Fikri bertugas sebagai seorang guru di sekolah orang kurang upaya di
Alma Bukit Mertajam. Dia dah kahwin kalau tak salah.


"Assamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh dan salam sejahtera buat semua.
Di sini saya berjanji akan berhikdmat dengan penuh dedikasi kepada semua.
Terima kasih." Itulah ucapan kak Jamilah.


"Hello dan salam sejahtera. Terima kasih kerana telah memberikan
kepercayaan kepada saya sekali lagi untuk memegang jawatan bendahari agung
SBM ini. Saya berjanji kepada anda semua, yang saya akan mencurahkan segala
pengalaman saya kepada SBM ini dan saya berjanji akan berkhidmat untuk anda
semua. Sekian terima kasih." Itulah ucapan Jasmin Khoo.


Setelah pemilihan selesai, jam dah 2 petang. Masih tak makan lagi. Perut
dahlah lapar ni. Wah, leceh betul ni.


Mesyuarat kini tiba ke penghujungnya. Bangkitlah seorang peserta dari
Terengganu yang aku pun dah lupa namanya. Beliau telah membawa usul yang
menggemparkan seluruh ahli SBM. Usulnya ialah di masa depan, negeri-negeri
hanya boleh menghantar wakil aja untuk menghadiri mesyuarat agung SBM ni.
Wah! Dah jadi gamat seluruh dewan mesyuarat. Macam pasar kat Batu Lancang
pulak dah.


Maka, bangunlah seorang peserta. Entah dari negeri mana, aku pun dah
lupa. "Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua. Kita ni, bukanlah
Umno. Kalau Umno, bolehlah hantar perwakilan saja sebab ahli mereka ramai.
Ni ahli-ahli kita ada berapa saja? Cubalah fikir. Jadi di sini saya ingin
mencadangkan supaya usul ahli Terengganu ini ditolak saja. Sekian terima
kasih." Itulah ucapan beliau yang penuh semangat. "Ya, tolak, tolak."
Semuanya menjawab.


"O k, sekarang, saya nak mintak yang menyokong usul ni. Siapa yang nak
jadi penyokong, cepat, dah lewat ni. Kalau nak makan, cepat sikit." Kata
tuan pengerusi Mah Hassan.


Untuk meredakan keadaan, Silaturahim dari Penang pun bangunlah.
"Assalamualaikum, saya Silaturahim dari Pulau Pinang. Tahniah kepada ahli
Terengganu kerana telah membawakan usul ini. Tahniah. Sekian terima kasih.
Assamualaikum." Itulah kata-kata Rahim.


Maka, usul untuk menghantar perwakilan ke mesyuarat agung SBM pada masa
hadapan ditolak sebulat suara.


Acara akhir ialah cabutan bertuah. Inungkiran dapat, tapi tak hadir.
Sebenarnya, ada 12 cabutan bertuah kesemuanya. Aku satu pun tak dapatlah.
Hahahahaha!!!!


Mesyuarat pun berakhir. "Di sini, saya ingin mengucapkan ribuan terima
kasih kepada semua yang menghadiri mesyuarat agung ini. Semoga kita
berjumpa lagi. Dengan ini, saya menangguhkan mesyuarat ini." Itulah ucapan
pengerusi Mah Hassan.



Apabila mesyuarat selesai, kami pun beredarlah ke bilik makan. Petang
itu, kami makan kari sotong. Tapi sayang, nasi yang diletakkan di atas meja
dah sejuk dah. Maklumlah, makan lambat hari itu.


Silaturahim duduk di meja kami yang sama juga. Nampaknya, dia sedang
berbual-bual dengan seorang kerani dari Terengganu kalau tak silap.


"Jadi nampaknya, bolehlah kita berhubung melalui e-mail nanti ya?"
Silaturahim bertanya. "Boleh insya allah." Jawab perempuan itu rengkas.
Selepas itu, apa yang diperbualkan, aku dah tak ambik tahu dah. Yang
penting sekarang, aku nak makan. Hari itu, aku makan dua pinggan besar
nasi.


"Eh Eng Kheng, apa kata kalau tahun 2004, A G M SBM buat di Penang?" Ah
Bah mencadangkan. "Ha bagus, bagus, nanti, bolehlah kita panggil ahli
pengakap dan ahli St. John. Yalah, panggil mereka tolong. Di waktu malam,
kita bawa semua peserta pergi round iland. Bolehlah tu. Best." Tajma
memberikan pendapatnya.


"Ha, bolehlah tu sesuailah. Macammana Eng Kheng?" Ah Bah bertanya lagi.
"Tapi, perbelanjaannya, macammana?" Eng Kheng bertanya kembali. "Ala,
Jasmin Khoo kan bendahari? Kita mintalah dia buat sedikit peruntukkan untuk
kita. Nah, Jasmin Khoo duduk di tepi. Tanyalah." Suruh Ah Bah. "Awaklah
yang tanya." Eng Kheng membalas.


"Eh Jasmin, A G M SBM tahun 2004 nak buat di Penang bolehkah?" Ah Bah
bertanya. "Nak buat di Penang, kamu semua boleh buatkah?" Jasmin Khoo
bertanya kembali. "Bolehlah, awak berilah peruntukan untuk kami." Cadang
Ah Bah. Suasana diam kembali.


Jasmin Khoo, Chok Siew Lee, Firus, kak Jamilah atau kupanggil kak Jam dan
semua yang berjawatan duduk di sebelah meja kami. Aku tak peduli itu semua.
Yang penting bagi aku sekarang ialah makan dan makan dan makan
sepuas-puasnya.


Selepas makan, kami semua pergilah ke bilik gerakan untuk mengambil beg
kami masing-masing pasai dah nak balik dah. Pada mulanya, aku merancang nak
ikut Ah Bah balik. Tapi aku batalkan ajalah.


Ah Bah tak boleh balik lagi kerana terpaksa menghadiri mesyuarat. Semua
pengerusi SBM cawangan akan secara automatik menjadi Ahli Majlis Presiden
atau nama rengkasnya A M P. Jadi, mereka terpaksa menghadiri mesyuarat yang
diadakan pada petang itu juga.


Aku, Eng Kheng dan Mr. Yow pun pergilah menaiki bas yang menuju ke
Brickfields. Wah, penuh juga orang dalam bas itu.


Aku dan Eng Kheng pun duduklah di sebuah kerusi. Aku dapati Shirin Tan
duduk di depanku.


"Shirin," panggilku. Malangnya, dia tidak mendengar. "Shirin," aku
memanggil lagi. Malangnya dia tak dengar. "Shirin!" Sekali lagi aku
memanggil. "Yes, yes, siapa panggil saya?" Shirin Tan bertanya kembali.
"Sayalah." Aku menjawab. "Oh Khai Eong, awak dengan siapa?" Shirin Tan
bertanya. Dengan Eng Kheng dan seorang lagi Mr. Yow." Jawabku.


"Oh Eng Kheng," Shirin Tan memanggil. "Yes," Eng Kheng menjawab rengkas.
"Awak sekarang kerja di mana Eng Kheng?" Shirin Tan bertanya. "Southen
Still." Eng Kheng menjawab rengkas. "Sekarang ni, anak awak dah umur
berapa?" Shirin Tan bertanya lagi. "3 tahun." Jawab Eng Kheng. "Berapa
orang dari Penang yang datang ke sini Eng Kheng?" Shirin Tan bertanya
seperti seorang wartawan. "14 orang semua." Eng Kheng menjawab.


"Khai Eong, mana dia 10 biji burger tu?" Tanya satu suara. Itulah Jia
Jiann. "Tak jadilah Jia Jiann. Cuma beli 5 biji aja." Aku menjawab. "Eh
Jia Jiann, awak ada baca tak benda yang saya hantar ke gestgroup tu?" Aku
bertanya. "Ada. Eh, tapi, jangan hantar file besar o. Boon Kiat marah o."
Beritahu Jia Jiann. "Tak hantar dah." Balasku. Perbualan kami berhenti di
situ.


"Eh, perempuan yang tak dapat undi tu nama apa ha?" Eng Kheng bertanya.
Shirin Tan pun memperkenalkan perempuan itu pada Eng Kheng. Aku pun dah
lupalah nama perempuan itu. Mereka rancak berbual. Perempuan itu berasal
dari Cheras. Itulah yang aku dengar dia beritahu. Dia cakap cantonese lah.
Macammana nak faham.


Tidak lama kemudian, ada orang naik ke atas bas dan memberikan sebungkus
makanan dan sekotak air minum untuk kami. Makanan dari mesyuarat tadilah
tu. Aku tak boleh minum air tu. Sebabnya air coco. Geli aku.


O k, bas pun memulakan perjalanannya. Selepas makan, aku dan Eng Kheng
pun tidurlah. Bas bertolak lebih kurang jam tiga setengah petang.


Lebih kurang jam 5 petang, maka, sampailah kami di Brickfields. Kami pun
turunlah dari bas. Mr. Yow membawa aku dan Eng Kheng.


Tiba di satu persimpangan, Eng Kheng pun berpisah dengan kami. Dia kata,
nak ke rumah kawan. Dia pun pergi. Aku dan Mr. Yow meneruskan perjalanan.
Kami menuju ke kedai urut Blind Master yang dimiliki oleh kawan Ah Bah Bok
Kiat. Ah Bah suruh kami ke sana bila sampai di Brickfields nanti.


Bila sampai di kedai Blind Master, Mr. Yow pun bertanya kepada seorang
perempuan toilet. Perempuan itu pun menunjukkan kepadanya mana toilet.


Selepas berkemas-kemas, Mr. Yow pun keluarlah sebab katanya dia nak ke
rumah adiknya. Di mana tu aku dah lupa. Maka, duduklah aku keseorangan
seperti sebuah patung.


Beberapa minit kemudian, Eng Kheng menelefon aku. Aku pun pergilah untuk
mendengar telefon itu aku dibawa oleh seorang perempuan ke tempat telefon
diletakkan.


"Hello!" Aku berkata. "Hello Khai Eong," Eng Kheng membalas. "Ha,"
balasku. "Nanti, bila awak nak keluar makan dengan Ah Bah, jangan tunggu
sayalah. Dan nanti, lebih kurang jam 11 malam, saya datang tunggu di
tingkat bawah." Eng Kheng berpesan. "Ha, o k." Jawabku rengkas. Gagang
telefon pun diletakkan. Aku pun kembali semula dan duduklah aku seperti
anak patung.


Lebih kurang jam 6 petang, hujan lebat beserta ribut petir telah melanda
di sekitar K l ni. Sementara itu, Ah Bah, masih belum menampakkan dirinya
lagi. Aku menunggu dan terus menunggu.


Selepas Bok Kiat menyelesaikan tugasnya, dia pun datanglah kepadaku.
"Khai Eong," dia memanggil. "Yes," jawabku rengkas. "Ah Bah masih belum
sampai lagilah." Sambungku. "Hujanlah agaknya." Bok Kiat berkata. "Siapa
yang menang dalam undi tadi?" Bok Kiat bertanya. "Baru orang barulah.
Tapi, Eng Ghuan dah kalah." Ceritaku. "Anak haram, dia tak bawa geng dia
pergi, mana nak menang." Bok Kiat merungut marah.


Selepas berbual denganku, dia pun terus beredar. Hujan masih lagi
menurunkan dirinya di sekitar K l. Ah Bah pula, masih belum sampai.


Menghampiri jam 8 malam, barulah Ah Bah sampai. "Wah Ah Bah, lambatnya."
Kataku. "Yalah, tadi kami habis mesyuarat dah jam 5 petang. Kemudian, bila
sampai di pertengahan jalan, hujan lebat dah turun. Bila dah sampai di SBM
Kl/Selangor, kami berteduh dari hujan sebentar. Kemudian, bila aku rasa,
hujan dah reda sedikit, aku pun datanglah ke sini sebab aku tahu awak sedang
menunggu." Ah Bah bercerita panjang.


Ah Bah pun ke toilet sebentar. Selepas itu kami pun berehat-rehatlah
sementara yang lain-lain tu, sedang sibuk dengan world-cup di tv.


Kira-kira jam 9 setengah malam, kami pun beredarlah dari situ. Kami pergi
makan Wan Tan mi. Aku seorang saja yang makan. Ah Bah taknak makan.
Kenyang katanya.


Semasa makan, Ah Bah telah menelefon Eng Kheng. Dia suruh Eng Kheng
supaya menyuruh Alex menunggu di bawah tangga kedai Blind Master.


Selepas makan, kami terus ke bawah tangga kedai Blind master. Alex masih
belum sampai lagi. Kami terus menunggu Alex di sana.


Tidak berapa lama kemudian, terdengar suara memanggil Ah Bah. "Ha, Alex
dah sampai." Ah Bah berkata. Kami pun, pergilah ke sana.


"Ha Alex, awak ada jual tak jam kitching tu?" Ah Bah bertanya dalam
bahasa hokian. "Ada." Jawab Alex rengkas. "Mari saya tengok sekejap."
Pinta Ah Bah. Alex pun memberikan jam itu kepada Ah Bah untuk dipegang.


"Alex, bagaimana dengan rancangan nak menghantar e-mail news tu?" Aku
bertanya pula. "Kita masih dalam perancangan lagi. Tak tahu lagi tu. Kita
nak tengok berapa ramai orang yang nak." Alex memberitahuku. "Ha Alex,
saya nak melanggan SBM news lah. macammana saya nak buat?" Aku bertanya.
"O k, awak boleh telefon saya di waktu pejabat." Beritahu Alex. "Hantar
e-mail bolehkah?" Tanyaku. "Boleh." Jawab Alex.


"Alex, jam ini berapa harganya?" Ah Bah bertanya. "RM 18." Jawab Alex
rengkas. "Wah, mahalnya. Ada yang jual RM 16 saja tau?" Beritahu Ah Bah.
"Saya cuma untung dua ringgit saja. Mana mahal?" Alex membalas. "O k lah
Alex, saya tak jadi belilah. Jenis yang saya nak tu, tak ada." Beritahu Ah
Bah.


Selepas itu, Alex pun beredar dari situ. Sekarang, kenalah kami menunggu
Eng Kheng pulak. Ah, entah ke mana dia pergi pun tidak diketahui. Dah jam
10 30 malam.


Beberapa minit kemudian, muncullah Eng Kheng. Maka, kami pun pergilah
menunggu teksi untuk ke Jalan Duta untuk menaiki bas jam 12 tengah malam.
Teksi pun tiba. Kami pun naiklah.


Di dalam teksi, Ah Bah dan Eng Kheng asyik berbual pasal mesyuarat yang
berlangsung. "Tadi, saya ada tanya Mohd Fikri tentang hal pendidikan ni.
Dia kata tengok dulu. Mohd Fikri ni gila tau, dia kata, sebenarnya dia
main-main aja bertanding. Rupanya dapat. Gilalah dia tu." Itulah antara
bicara Ah Bah. "Eh Ah Bah, habis tu, yang kerani punya claim tu,
macammana?" Eng Kheng bertanya. "Saya ada tanya Firus tadi, Firus pun diam
aja. Yang si Nazari pun diam juga. Ayo, saya pun tak tahulah." Beritahu
Ah Bah. "Biarkanlah, takkan kita nak bayar, mereka yang panggil, merekalah
yang kena bayar." Bicara Eng Kheng.


Setelah beberapa minit, maka sampailah kami di Jalan Duta. Setelah RM 6
dibayar kepada pemandu teksi, maka pergilah kami ke stesen bas.


Wah, stesen itu, canggihlah. Ada aircon lagi. Kami telah dibawa duduk di
sebuah kerusi.


"Eh Latifah balik naik bas apa ha?" Tanya Eng Kheng. "Aku tak taulah dia
kata tiket pun tak beli lagi." Beritahu Ah Bah. "Sebut pasal Latifah, tadi
masa mesyuarat M P tadi, Firus tanya aku, you tahu tak you punya kerani tak
buat kerja?." Ah Bah bercerita. "Awak jawab apa?" Eng Kheng bertanya
ingin tahu. "Saya jawablah tahu. Lepas tu, Mah Hassan pun tanya aku jugak.
Aku bagilah jawapan yang sama. Lepas tu dia kata, you balik nanti, tegur
dan nasihat dia, tapi jangan marah dia. Aku sendiri pun tak faham apa
maksud dia. Nasihat dan tegur tapi jangan marah. Teruklah Latifah ni.
Pergi mana-mana pun, orang tak berkenan. Hei susahlah." Ah Bah bercerita
panjang.


Bas dah sampai, kami dibawa menaiki bas. Bila kami dah naik, kami
pergilah mencari tempat duduk seperti yang dicatat di tiket bas. "Nah
encik, encik, di depan boleh duduklah. Tak payah ikut nombor." Kata
pemandu bas. Aku dan Ah Bah duduk di belakang pemandu bas sementara Eng
Kheng duduk di barisan yang agak ke belakang.


Di dalam bas, siaran thr.fm dibuka bersama Ismahalil Hamzah. Beberapa
minit kemudian, bas pun memulakan perjalanannya. Dan, oleh kerana kami
terlalu letih, kami tertidur.


Sampai di suatu perhentian, aku tersedar. "O k, masa setengah jam."
Pemandu bas berkata. Dengan berpandukan gelombang fm, kini aku tau, dah
melepasi Ipoh dan dah sampai Taiping.


Tepat jam 4 45 pagi, maka sampailah kami di Butterworth. "Butterworth,
Butterworth." Kata pemandu bas. Aku terkejut dari tidur. Kami turun.
Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada pemandu bas itu.


Ah Bah menemani aku dan Eng Kheng ke Penang. Bila aku dah dapat naik
teksi, dia pun naik feri dan kembali ke jeti butterworth semula. Dari jeti
Penang aku naik teksi sampai ke rumahku tambangnya RM 20. Aku sampai di
rumah jam 6 5 minit pagi.


Segala macam cerita semasa mesyuarat di Kuala Lumpur yakni Sepang tidak
akan dapat kulupakan. Ianya akan tetap menjadi kenangan yang abadi.


Sekian dari Spongebob.


Ahad, Januari 27, 2008

Pergi BGM 2002 bahagian enam


O k, sekarang kita sambung lagi.


Mesyuarat pada hari pertama itu tamat pada kira-kira jam 7 malam. Selepas
habis mesyuarat, kami pun pergilah makan malam di dewan makan. Malam itu,
kami makan gulai ayam dan beberapa jenis sayur-sayuran. Seperti biasa John
Kim dan Baskaran duduk di meja orang Penang.


Seperti biasa, aku makan dua pinggan juga malam tu. Maklumlah, dapat
makan dengan tangan. ulah yang paling aku syok sekali. Orang yang tukang
angkat makanan kat kami ialah Tajma dan Mr. Yow. Latifah pun turut sama
menolong.


Selepas makan, kami pun berangkat pulang menuju ke hotel penginapan kami
iaitu Empress Hotel. Kami menumpang bas dari Perak. Yang tinggal di
Empress Hotel ialah peserta dari Perak, Penang dan Terengganu. Peserta
Perak banyak, jadi, mereka telah menyewa sebuah bas.


Sesampainya kami di hotel, kami terus ke bilik masing-masing. Aku dan Mr.
Yow ke bilik kami.


Kami pun mandi dan menyalin pakaian kami.


Selepas aku mandi dan menyalin pakaian, aku telah ke bilik kawan baikku
iaitu Latifah dan kak Ros Aniza. Di situ, Norazliha juga turut berada
bersama.


Semasa di sana, aku telah meminta Norazliha supaya membancuh air nescafe
buat aku. Dia bancuhlah. Wah! Tak manis pun jadi manislah pasai dia yang
buatkan kat aku. Begitu sedap sekali tau? Aku sempat menonton cereka rama
di tv3 bersama-sama dengan mereka.


Tepat jam 12 tengahmalam, aku pun baliklah ke bilik aku. Latifah bawa aku
balik. Sementara kak Ros Azniza, dah tidur mati dah. Norazliha juga telah
balik ke biliknya juga. Dia sebilik dengan Tajma.


Bila aku balik ke bilik, aku terus ke toilet. Selepas ke toilet, aku
mendengar berita pula di tv1 dan selepas itu, aku pun tidurlah sambil
ditemani oleh radio kecilku. Sementara Mr. Yow pula telah bangun dan ke
toilet.



Kini, tibalah hari Ahad iaitu 16 Julai. Pada pagi itu, aku dan Mr. Yow
bangun jam 6 pagi. Pagi tu, aku pergi mandi dulu. Sementara itu, Mr. Yow
pula, buka tv. Entah apalah siaran yang dia buka tu. Aku sendiri pun
kurang pasti.


Setelah aku selesai mandi, Mr. Yow pula pergi mandi. Sementara aku pula,
mengemas-emaskan beg pakaianku. Maklumlah, dah nak check out ni.


Setelah Mr. Yow dah selesai mandi, dia pun mengemaskan beg pakaiannya.
Dia dah mula kelam-kabut. Syok juga kekadang tengok perangai si Mr. Yow
ni.


O k, masa nak pergi sarapan dah tiba. "Eh Mr. Yow, awak dah siapkah
semua?" Ah Bah bertanya. "O k, o k, o k, sudah siap. Sudah siap. Nanti
sekejap, saya nak tutup pintu ni." Mr. Yow berkata.


Dalam keadaan yang gopoh-gapah itu, pintu bilik kami pun ditutup. "Eh,
eh, eh, eh, eh, alamak, macammana ni? Eh, eh, eh, eh, Ah Bah, saya sudah
tinggal kunci bilik dalam biliklah. Macammana nak buat ni? Alamak,
susahlah kali ni." Mr. You merungut. "Tak apalah, nanti, awak pergi dekat
kaunter dan minta kunci spare dari mereka. Lagi pun, beg kita semua dalam
bilik lagi kan? Lepas makan, kita nak naik atas lagi untuk ambik beg." Ah
Bah menenangkan keadaan. "Ha, ha, ha, ha, yalah yalah. Nanti boleh minta
kunci spare ya itu saya tau." Beritahu Mr. Yow. "Hei, orang tua ni, gila
betullah." Rungutku di dalam hati.


Kami pun, pergilah bersarapan pagi. Pagi itu, kami makan nasi goreng dan
beberapa jenis makanan lagi. Aku pun dah lupa. Yang kuingat, aku makan dua
pinggan. Maklumlah, dapat makan dengan tangan.


Sementara itu, Mr. Yow sedang dok menggelabah. Dia kelam-kabut nak pergi
ambil kunci spare dari kaunter.


Selepas makan, dia pun pergilah ambil kunci dari kaunter. Maka, dapatlah
pintu bilik kami dibuka. "Eh Ah Bah, macammana nak buka pac-lock beg saya
ni? Kunci pac-lock nya, saya dah masukkan dalam beg. Ni, pac-lock nya,
saya dah kuncikan. Macammana nak buka? Awak boleh tolong bukakah Ah Bah?"
Mr. Yow bertanya. "Ha, kalau macam tu, awak kena pecahkan pac-lock tulah
Yow." Ah Bah mencadangkan. Mr. Yow diam.


Setelah semuanya dikemaskan, kami pun turunlah ke bawah dengan membawa beg
dan terus check out. Ianya diuruskan oleh Mr. Wong. Siapa dia Mr. Wong
tu, tak tau sangatlah aku. Selepas itu, kami pergi menunggu bas. Bas masih
belum sampai. Kami tunggu, dan tunggu, dan tunggu.


Akhirnya, bas sampailah. Pada pagi ini, barulah kami naik bas yang ber
aircon. Semalam masa balik dari mesyuarat dah ada aircon dah. Sebelum itu,
tiada. Macam duduk dalam arbon saja bila naik bas tu.


Setelah semuanya naik, salah seorang petugas dari Perak yang bernama Ayu
telah memanggil nama tiap seorang. Suara si Ayu ni, memang canggih.
Lembut, kecil dan halus. Macam Doraemon.


"Eh Latifah, Latifah," Ah Bah memanggil. "Ya," jawab Latifah rengkas.
"Tengok kita punya orang semua sampai cukuplah." Perintah Ah Bah.


"Eh nanti, dengar dulu." Salah seorang kerani mengarahkan supaya diam.
"Tengok sudahlah kita punya orang .........." Ah Bah tidak sempat
menghabiskan cakapnya lalu dipotong oleh Latifah. "Ha, cukup dah." "Cukup
ha, o k." Kata Ah Bah pendek. "Kita tak payah panggil punya." Ah Bah
berkata lagi.


Nama telah selesai dipanggil. "O k, buka lagu hindustan." Kataku.


"Ah Yow! Ah Yow!" Ah Bah memanggil. "Ha, ha," Mr. Yow menjawab. "Awak
di mana?" Ah Bah bertanya. "Mari, saya nak bagi duit claimm pada awak."
Ah bah memberitahu. "Ah, tak payahlah nanti dulu." Mr. Yow berkata. "Ha,
Ah Bah panggil ambil duit. Pergi ambil." Beritahu Tajma kepada Mr. Yow
dalam bahasa hokian. "Ha, ini RM 50. Tajma tolong ambil bagi dia. ada RM
4 lagi. Nah." Ah Bah memberitahu.


"O k, lagu hindustan!" Aku berseru lagi sebab lagu hindi masih belum
dimainkan.


"Faes!" Eng Kheng memanggil. "Ooooo!" Jawab Faes. "Hidup England!"
Kata Eng Kheng.


"Khai Eong," Ah Bah memanggil. "Ops!" Jawabku rengkas. "Saya bagi awak
duit pecah ya?" Beritahu Ah Bah. "Nah, ini RM 40 ya? Ini RM 40." Ah Bah
memberitahu. "Ha," Jawabku rengkas.


"England lawan Brazil o." Eng Kheng berkata kepada Faes. Si Eng Kheng
ni, dok sibuk pasal world-cup. "England lawan Brazil o. Second round.
Second round kalau Brazil menang." Eng Kheng memberitahu Faes. "Wah,
hebat." Faes menjawab. "Bila?" Faes bertanya. "Second round, kalau dia
menang, dia kena lawan dengan Brazillah." Eng Kheng menjelaskan. "Berapa
haribulan?" Faes bertanya lagi. "Tak tahulah." Eng Kheng menjawab
rengkas.


"Nah Khai Eong, ini lagi RM 14. Ini duit shiling emas. Nak makan nanti
senang. O k, tak hutang kamu semua dah ha?" Ah Bah memberitahu.


"Pertandingan akhir, Jerman lawan Brazil." Eng Kheng memberitahu.


Lagu hindustan pun dimainkan. "Ini bukan lagu hindustan." Kata Eng
Kheng. "Eh, lagu hindustankah?" Eng Kheng bertanya. "Ya, lagu dari filem
Kabhi Kushi Kabhi Gham." Aku menerangkan.


"Ah Bah, oh Ahbah," Norazliha memanggil. "Ya," Ah Bah menjawab rengkas.
"Ah Bah duduk sebelah awet diam aja." Kata Norazliha. "Yakah? Saya
takut." Ah Bah berseloroh. "Takutkah?" Norazliha bertanya.
"Hmmmmmmmmmmm." Ah Bah menjawab rengkas. "Takut malu." Ah Bah menyambung.
"Takut malukah?" Norazliha bertanya kembali. "Ya, takut malu. Saya
sebelah Siapa ha?" Ah Bah bertanya. Tiada jawapan.


"Ha, barang tertinggallah." Eng Kheng berkata. "Apa yang tinggal?" Aku
bertanya. "Barang kemas." Eng Kheng berseloroh. "Pakcik, pakcik, barang
lupa bawalah." Eng Kheng berkata. "Apa barang yang tak bawa?" Tanya
pakcik Ibrahim. "Ha tu, tv tu tak bawa. Hahahahahahaha!!!" Kata Eng Kheng
sambil ketawa. pakcik Ibrahim turut ketawa sama.


"Tv tak bawa baliklah. Lupalah." Kata Eng Kheng. "Lupakah?" Aku
bertanya. "Tv tak bawa balik ya Eng Kheng?" Norazliha bertanya. "Tv, kain
cadar, kain selimut semua." Pakcik Ibrahim ketawa.


"Awat tak bawak balik Eng Kheng?" Norazliha bertanya. "Lupa." Jawab Eng
Kheng pendek. "Rugilah Eng Kheng. Barang tu mahal tau?" Kata Norazliha.
"Tak rugilah, bukan saya punya duit." Eng Kheng membalas. "Lipatlah."
Norazliha berkata. "Tak boleh lipat." Balas Eng Kheng.


"Eh, mana name tack ha, ha ada. Tak ada name tack tak boleh undi o."
Beritahu Eng Kheng.


Setelah diam beberapa ketika, Mohd Faes pun memecah keheningan. "Ah Bah,
kalau you mau tanding, you kena rezine Penang dulu." "Ha, rezine dulu baru
bertanding." Eng Kheng menyampuk. "Nak tanding dulu. Tanding dulu kalau
lapat balu lezine Penang. Lia punya law itu maciam punya." Beritahu Ah
Bah yang tidak fasih bahasa melayu. "Taklaklah. Saya mana boleh?" Ah Bah
merendah.


"Siapalah saya ni," Eng Kheng menyampuk. "Ha, kalau Ah Bah bertanding,
nanti kami mai sini, dah tak kenai kami dah." Gurau Norazliha. "Awat tak
kenai? Kenai o." Ah Bah membalas. "Ha, action." Latifah membalas.
"Taklak action lah." Ah Bah membalas kembali.


"Kalau saya jadi presiden, saya berenti Pulau Pinang punya, habeh Ahmad
Yusof mai baliklah. Ahmad Yusof mai balik jadi Pulau Pinang punyalah." Ah
Bah memberitahu. "Apa pasal, orang lain takdakkah? Penang punya banyak
ahli SB takkan orang tua ni pulak?" Norazliha bertanya. "Taklak, kot lah."
Ah Bah menjawab pendek. "Ahmad Yusof mai balik saya rezine." Eng Kheng
memberitahu.


Suasana sepi kembali. Aku terus menikmati lagu hindustan yang diputarkan
di dalam bas tersebut.


"Jaafar," Eng Kheng memanggil. "Ho," jawab Jaafar rengkas. "Hang nak
bukak kilang, kilang ubatkah?" Eng Kheng bertanya. "Ha." Jawab Jaafar
rengkas. "Ubat apa?" Aku menyampuk. "Ubat apa, tongkat alikah?" Eng
Kheng bertanya. "Ha." Jawab Jaafar rengkas. "Hahaha!!!" Pakcik Ibrahim
gelak. Orang tua gatal tau sajalah. "Tongkat Jaapak kot?" Aku bergurau.
"Ha, tongkat ali." Jaafar membalas kepada pakcik Ibrahim yang gelak tadi.


"Tongkat aku maukah?" Eng Kheng berseloroh. Kedengaran ada seorang
perempuan ketawa seperti hantu. "Tongkat berlomoih sapa mau." Norazliha
membalas. Semua orang ketawa termasuk pakcik Ibrahim orang tua gatal tu.
Dia kalau topik ni, memang cukup suka. Gatal!


"Hang mana tau berlomoih?" Eng Kheng bertanya. "Apalah Eng Kheng," Ah
Bah berkata sambil ketawa. Sementara itu, pakcik Ibrahim yang gatal tu,
ketawalah terbahak-bahak. Hmmmmmmm!!! Tak kuasa aku. "Ai, nampaknya, otak
semua ni, tak sekolah kot?" Norazliha membalas. "Orang tak sekolah aja
yang gatal ni." Sambung Norazliha. "Eng Kheng ada sekolahkah Eng Kheng?"
Ah Bah bertanya. "Saya, saya tak sekolah tapi berpelajaran." Eng Kheng
menjawab. "Saya pun tak sekolah. Saya memang tak sekolah." Ah Bah
membalas.


Sementara itu, pakcik Ibrahim yang gatal tu, punyalah dok gelak. Gelak
ala-ala gatal gitu. "Amboi pakcik gelak." Eng Kheng berkata sambil
tergelak. "Amboi pakcik ni. Sabak, sabak pakcik. Mengucap mengucap
pakcik. Satni kalau darah tinggikah, sakit jantungkah susah. Mengucap
pakcik." Norazliha berkata. "Oh tu no?" Pakcik Ibrahim bertanya. "Hangpa
tadi cakap itu, dialah yang paling suka o." Ah Bah memberitahu.


Suasana tenang kembali. Masing-masing dengan hal masing-masing.


Sebenarnya, mereka tidak sedar yang aku telah merakam segala percakapan
dan perbualan mereka. Aku rakam secara senyap-senyap. Kalau tak, taklah
cerita dalam bas ni begitu panjang. Orang buat camera apo, aku buat radio
apo.


Tidak lama kemudian, tibalah kami di Hotel Sri Malaysia. Kami pun
turunlah dengan membawa beg kami masing-masing. Beg kami diletakkan di
bilik gerakan SBM.


O k bersambung!


Sabtu, Januari 26, 2008

Pergi BGM 2002 bahagian lima


O k, kita sambung lagi.


Sekarang, kami telah tiba di hotel Sri Malaysia. Tempat mesyuarat. Dewan
mesyuarat telah dipenuhi oleh orang ramai. Kami pun masuklah. Wah, meeting
room tu, ada aircon lagi. Kelas gitu.


Mesyuarat pun bermulalah. Ia dimulakan oleh ucapan pengerusi jawatankuasa
penganjur iaitu cik Nazari Osman. Ini diikuti oleh ucapan timbalan pengarah
Jabatan Kebajikan Masyarakat dan akhir sekali, ucapan pengerusi persatuan S
b m iaitu cik Mah Hasan. Selepas itu, timbalan pengarah JKM telah
merasmikan mesyuarat tersebut.


Sepanjang ucapan, aku tak dengarlah. Aku mengantuk. Jadi, untuk
menghilangkan mengantuk, aku pun dengarlah walkman iaitu rancangan bersama
Aby di thr.fm. Di dewan mesyuarat ni pulak, siaran thr.fm aja yang jelas.
Lain-lain, tak jelas.


Lebih kurang jam 10 setengah pagi, kami telah pergi makan yakni minum teh.
Semua yang tinggal di hotel Sri Malaysia iaitu peserta Penang, Perak dan
Terengganu makan di bilik berhawa dingin sementara mereka yang tinggal di
hotel Sri Malaysia makan di ruang terbuka. Wah! Kami diberi layanan
istimewalah nampaknya.


Semasa nak ke bilik makan, Mr. Yow telah membawa aku, Eng Kheng dan Ah
Bah. "Eh Mr. Yow, awak ikut aja mereka tau." Ah Bah berpesan. "O k, o k,
o k, o k, o k." Mr. Yow menjawab.


Setelah sampai di bilik makan, kami duduklah. Alamak, pagi tu, makan
sempoilah. Sebiji cucok badak dan kuih apam kalau tak silap dan minum
secawan teh.


Rupanya, si Eng Kheng ni, tak suka makan apam. tapi, dia terpaksa makan
jugalah. Apa nak buat kan?


Selepas makan, Mr. Yow pun bawalah kami balik ke dewan mesyuarat.


"Eh Mr. Yow, awak tau jalankah?" Ah Bah bertanya penuh kebimbangan.
"Tahu, tahu, tahu, tahu. Saya tau punyalah. Awak semua jangan bimbang. O
k, o k, o k, jangan risau. Jalan aja." Kata Mr. Yow.


Kami ikut saja ke mana Mr. Yow membawa kami. Kami dah rasa pelik dah.
Entah ke manalah dia bawa kami. "Eh Mr. Yow, awak taukah tak tau jalan
ni?" Ah Bah bertanya lagi. "Ayoyo, saya tak tahulah, sudah lupa macammana
mau jalanlah. Tak apalah. Mesti boleh sampai punya." Kata Mr. Yow.


Kami ikut saja ke mana dia bawa kami. Tiba-tiba kami dibawa membelok ke
kanan. Kemudian, kami terdengar bunyi air mengalir.


"Eh Mr. Yow, awak bawa kami mai swimming pool ni buat apa? Awak nak
berenangkah?" Eng Kheng bertanya.


"Oh, ini salah jalankah? Ayo, mana jalan mau ke dewan mesyuarat ha?" Mr.
Yow mula menggelabah.


Kami ikut aja dia berjalan. Sampai juga kami ke dewan mesyuarat akhirnya.
Sebelum masuk dewan semula, kami semua pergi toilet dulu. "Ha, tengok dah
sampai dah. tak ada apa-apa punya." Mr. Yow berkata bangga.



Selepas minum pagi itu, kami telah masuk semula ke dewan mesyuarat. Tidak
lama selepas itu, mesyuarat bermula kembali. Aku dah mula mengantuk.
Maklumlah, segala topik yang diperbincangkan itu tidak menarik buatku.
Jadi, aku pun, dengarlah walkman. Jadi, segala apa yang diperbincangkan,
aku pun tak tahu hujung pangkal.


Jam sudah menunjukkan jam 1.30 minit tengahari. Maka sekarang, tibalah
waktu makan tengahari. Kami pun pergilah ke dewan makan. Semua meja sudah
ditandakan dengan negeri masing-masing.


Tapi, yang tak seronoknya, di meja yang kududuk itu, ada pulak peserta
dari sbm cawangan Kl/Selangor. Mereka ialah Baskaran dan John Kim. Mana
boleh begitu.


"Eh bolehkah kami duduk di meja awak? Kami ni kan dari cawangan
Kl/Selangor?" Tanya John Kim kepada pengerusi sbm Penang Tan Ah Bah.
"Bolehlah. Awak pergilah minta permition dari kita punya presiden. Kalau
boleh, awak marilah duduk dengan kami. Ala, mesti boleh punyalah." Ah Bah
menyakinkan John Kim.


Maka, duduklah mereka berdua di meja Penang. Oh, kalau kawan-kawan boleh
langgar peraturan. Kronilah tu. Nilah yang paling aku tak suka. Kawan
tetap kawan, sementara peraturan tetap peraturan.


Pada tengahari itu, kami makan best sekali. Semuanya favourites aku. Ada
daging lembu, sayur dan bermacam lagi. Yang syoknya, aku dapat makan dengan
tangan. Wow! Alangkah syoknya dan betapa hebatnya tengahari itu. Aku
hentam sampai dua pinggan.


Semasa makan, Ah Bah dan kroni-kroni nya pun bincanglah. "Eh John, aku
harap, esok, awak sokonglah Asangki. Dia adalah dari cawangan Penang. Awak
sokongnya. Sebabnya, tiada satu ahli Mp pun dari Penang. Ha, awak beritahu
Baskaran." Ah Bah berkata dalam hokian.


Untuk pengetahuan semua, Mp itu maksudnya, ahli majlis presiden. Mereka
ni terdiri dari beberapa jawatankuasalah. Yang terperinci akan diberitahu
lain kali. Ya, Mp itu ialah majlis presiden. Sementara ahli majlis
presiden dipanggil A M P.


John Kim pun memberitahu Baskaran apa yang diperbincangkannya dengan Ah
Bah tadi. Aku pun, sajalah nak menyampuk. "John Kim, nanti bila undi, awak
sokonglah Francis Asangki tu." "Boleh Khai Eong, saya boleh sokong. Tapi,
bila pilihanraya nanti, boleh tak awak tolong saya? Boleh tak awak tolong
undi dan sokong DAP?" Balas John Kim. "Khai Eong ni bukan pergi mengundi
pun." Ah Bah membalas. Aku malas nak layan.


"Ha, inilah dia cina yang tak sedak diri. Tak sedak dek untung. Tak
mengenang budi kerajaan. Tak sokong kerajaan. Nilah dia cina haprak. Cina
sampah. Boleh balik Tongsanlah. Apa yang DAP bagi?" Aku
menyumpah-seranah di dalam hati.


Selepas makan, kami masuk semula ke dewan mesyuarat. Sebelum masuk ke
dewan, kami pergi toilet dulu. Mr. Yow membawa aku dan Eng Kheng ke
toilet. Lepas tu, kami masuklah.


Jam dah menghampiri 3 petang. Mesyuarat masih belum mula lagi.
Maklumlah, semua orang tak masuk lagi. Aku dan Eng Kheng berpindah tempat
duduk. Kali ini, kami duduk di bawah aircon. Wah! Alangkah dingin dan
nikmatnya duduk di bawah aircon di tengah-tengah cuaca panas ni.


Beberapa minit kemudian, beransur-ansurlah orang masuk ke dewan mesyuarat.
Dan lebih kurang jam 3.5 minit petang, mesyuarat disambung kembali.


Oh ya. Lupa nak beritahu satu perkara. Francis Asangki tu, nama islamnya
Muhammad Faes. Dia dah convert.


Semasa mesyuarat di petang itu, kami duduk di bawah aircon. Di belakang
aku ialah Fadzlin dan Silaturahim iaitu komputer instructur di St. Nicholas
Home. Sementara di sebelahnya ialah beberapa orang mek dari Kelantan. Mek
tua bukan mek muda. Yalah, pasai depa dah tua. Sebab itulah aku kata mek
tua.


Ha, petang itu, mesyuarat agak best pasai ada topik yang aku sangat suka
iaitu teknologi maklumat atau i t. Semasa topik itu diperbincangkan,
Fadzlin Hiezrie telah bertanyakan pada Chok Siew Lee, kenapakah laman web
sbm tidak dikemaskinikan. Chok Siew Lee menjawab beliau tidak mengetahui
mengenai hal ini. Dan kalau betul ada, dia nak pi check.


O k, cuba anda ke laman web ini.
www.sbm.org.my
Tengok ada tak laman web
ni. Sbm adalah persatuan bagi orang buta. Dalam english ia dipanggil The
Society Blind Of Malaysia.


Selepas itu, Eng Kheng pula telah mencadangkan supaya pihak sbm
mengwujudkan talian toll fre 1800 supaya memudahkan kesemua ahli sbm
mengetahui berita-berita dari sbm pusat.


Cik Alex Lee Guan Hock telah menjelaskan, sbm tidak boleh mengwujudkan
talian 1800 itu kerana sbm akan terpaksa membayar kos yang tinggi kerana ada
yang membuat panggilan itu beberapa kali sehari.


Kemudian, bangun seorang ahli Kl/selangor dan mencadangkan supaya pihak
sbm meminta tmnet memberikan bayaran separuh harga kepada orang-orang buta
yang menggunakan perhikdmatan tmnet untuk internet. Sebab dan alasan yang
diberi, apabila kami yang buta ni masuk ke web-site, kami terpaksa tekan tab
key untuk mencari sesuatu di laman web tersebut. Untuk orang normal, mereka
cuma clic aja. Ha, betullah tu. Memang susah.


Bincang punya bincang, debat punya debat, maka topik pun bertukar. Ini
sekali lagi menghilangkan minat aku.


Lebih kurang jam 4 setengah, minum petang diedarkan. Kali ini, kami makan
di dewan mesyuarat. Petang itu, kami makan lodeh dan satu lagi kuih apa,
aku pun dah lupa. Air pula, kami diberi air coco seorang sekotak. Naik
geli aku meminumnya.


Selepas itu, kami berehat sebentar. Tiba-tiba, kak Romainun pun datang.
"Akak, saya selalu telefon handphone akak, tapi tak bolehlah." Aku
memberitahu. "Telefonlah rumah." Kak Romainun berkata. "Apa nombornya
kak?" Aku bertanya. Kak Romainun pun memberikan nombor telefonnya kat aku.
03-22.......com.my. Selepas itu, mesyuarat dah nak mula dan kak Romainun
pun beredar.


Pada petang itu juga, aku telah berkenalan dengan seorang tua iaitu ahli
dari Johor. Namanya Awang. Katanya, dia dah tua. Tua pun tualah, peduli
apa aku.


Tidak lama selepas itu, kawanku iaitu Rosmaria pun datanglah duduk di tepi
aku. Di tepi Rosmaria ialah Jaafar. Jaafar pula, sedang cuba nak mengorat
mek dari Kelantan. Dia berlagak action cakap kelantan. Tapi kan, tak
menjadi. Keluar jugak loghat penang dia tu. hahahahahahahahahaha!!!!!!!
Geli aku. Tak kuasa aku mendengarnya.


Aku telah meminta nombor telefon dari Rosmaria. Rosmaria telah memberikan
nombor handphone nya kepadaku. 016.......com.my Itulah dia.


Selepas itu, datang seorang lagi kawan aku iaitu Noorhazira iaitu tunang
kepada Muhammad Faes. "Eh Khai Eong, kau buat apa sekarang?" Tanya
Noorhazira. "Aku dah kerja dah." Aku membalas. "Eh Khai Eong, aku dah nak
kahwin tau." Noorhazira memberitahu. "Aku tahu dah tu." Balasku.


Noorhazira pun beredar. Tidak lama selepas itu, Rosmaria pun beredarlah
kerana katanya sejuk betul duduk di bawah aircon ni.


Kira-kira jam 7 malam, mesyuarat untuk sesi hari Sabtu pun berakhirlah.


O k, bersambung.


Jumaat, Januari 25, 2008

Pergi BGM 2002 bahagian empat


O k, inilah kisah selanjutnya.


Kini, tibalah hari Sabtu 15 Jun. Kira-kira jam 5.45 pagi, aku dan Mr.
Yow pun bangunlah. Aku pergi mandi dulu sementara Mr. Yow pula,
mengemas-emas katil dan begnya.


Kira-kira jam 6 suku pagi, aku dah selesai. Sementara, radio walkman aku
yang dah dibuka sejak belum tidur malam semalam, masih terus berbunyi.
Setelah aku mandi, kini tibalah giliran Mr. Yow untuk mandi. Dia pun
pergilah mandi.


Setelah semuanya dah siap dan beres, kami pun keluarlah. Kami pergi ke
bilik 205 iaitu bilik Ah Bah. Mereka sedang bersiap-siap.


"You semua sudah siap?" Tanya Ah Bah dalam hokian. "Ha, sudah, sudah,
sudah, sudah, sudah, sudah siap." Mr. Yow berkata dengan kelam-kabutnya.


"O k lah, jom kita turunlah." Ah Bah berkata. "Eh Mr. Yow, jangan lupa
tekan M untuk makan ha?" Ah Bah berpesan. "O k, o k, o k, o k, o k, makan.
Tekan M. Untuk makan." Kata Mr. Yow.


Lif pun sampai. Kami pun turunlah ke tempat makan. Bila kami sampai,
kami dapati peserta dari Perak dan Terengganu sedang makan dengan lahapnya.
Wah! Bau begitu wangi sekali.


Tak lama lepas itu, dapatlah kami makan. Pagi itu, kami makan nasi lemak,
sossage, roti bakar dan bermacam-macam lagi. Kenyanglah aku. Tapi yang tak
bestnya, kena makan dengan sudu. Nilah yang buat aku tak boleh bantai
banyak-banyak tu. Ala, boringlah.


"Mr. Yow, Mr. Yow," Eng Kheng memanggil. "Ha, ya, ya, ya," Mr. Yow
menjawab. "Saya mahu air." Eng Kheng memberitahu. "Awak mahu airkah?
Nanti saya ambil. Nanti." Kata Mr. Yow. Dia pun, pergilah mengambil air.


"Ada buah apa ha?" Eng Kheng bertanya. "Tembikai susu." Ah Bah menjawab
rengkas. "Tembikai susu ajakah. Ada satu jenis buah sajakah?" Eng Kheng
bertanya. "Aku tak tau sebab aku hanya makan tembikai susu aja." Ah Bah
menjawab. "Tembikai susu, lepas tu, tak ada apa dah." Tajma yang sejak
tadi mendiamkan diri, menyampuk. "Kalau tembikai susu, aku tak mau makanlah
sebab aku tak makan." Beritahu Eng Kheng. "Tidak, tidak, tidak. Ada
........... Tembikai." Beritahu Tajma. "Oh, ada tembikaikah? Kalau gitu
saya mahulah." Eng Kheng memberitahu.


"In fron of me, have what ha?" Eng Kheng bertanya dalam bahasa english.
"Tak pedaslah kan Tajma?" Tanya Eng Kheng. "Hmmmmmmm," Jawab Tajma.


Mr. Yow pun datanglah membawa air. "Ha, nah." Kata Mr. Yow. "Ini air
apa, kopikah?" Eng Kheng bertanya. "Awak mau kopikah? Tak taulah sedapkah
tak." Mr. Yow berkata.


Eng Kheng telah terlanggar gelas. Nasib baik tak jatuh gelas tu.


"Ha, mari, mari, ini buah." Kata Mr. Yow. "Yang tu semua, tolak pi
belakang Eng Kheng." Kata Tajma.


"Eh, awak cakap dengan siapa Mr. Yow?" Eng Kheng bertanya. "Cakap
dengan awak semualah. Mahukah tak buah ni?" Tanya Mr. Yow. "Sossage dan
Lap Cheong mahukah?" Mr. Yow bertanya. "Saya tak maulah. Lap Cheong tu
masinlah." Beritahu Eng Kheng. "Saya tak maulah Lap Cheong. Saya dah
ada." Beritahu Ah Bah pula.


Setelah semua dah selesai makan, kami pun pergilah menunggu bas di hadapan
hotel.



Selepas makan, kami semua menuju ke bas. Kami menumpang bas perak.
Maklumlah dari Penang, sikit orang aja. Kami pun naiklah.


Kira punya kira, salah seorang dari peserta perak tiada. Wan Cik nama
dipanggil. "Wan cik! Wan Cik!" Panggil seorang lelaki yang duduk di
hadapanku. "La, dia tak menyahut." Rungutnya.


"Hei mari, mari, mari, Wan cik." Panggil orang yang mengawal selia kami
semua.


"Eh Wan Cik tak ader. Wan Cik tak ader tunggu." Kata lelaki yang duduk
di hadapanku. "Haia, dia pergi mana ha?" Tanya penyelia itu.


"Dia dengan you tadi bukan?" Tanya lelaki itu. "Ya." Jawab penyelia itu
rengkas. "Apalah, dia cari sapa pulak?" Rungut lelaki itu.


"Saya mau pegi cari Penang punya orang." Kata penyelia tersebut.


"Wan Cik, Wan Cik ada tak?" Tanya Ibrahim peserta dari Pulau Pinang.
"Tak der, tak der." Jawab lelaki itu.


"Wan Cik tak der." Bersuara seorang wanita di hadapan. "Lu lain kali
bawa ........" Penyelia terhenti berkata-kata. "Wan Cik dah ada dah?"
Tanya seorang lelaki. "Tak der, tak der." Jawab lelaki yang duduk di
hadapanku itu.


"Wan Cik yang mana satu ha?" Tanya Ibrahim peserta dari Pulau Pinang.


Bila bas dah mula berjalan, lelaki yang duduk di hadapanku pun mulalah
menelefon orang yang dipanggil Wan Cik itu.


"Hello Wan Cik, kamu ke mana? Ha! Baru bangun? La-illa ha-illaullah
kamu. Ape yang kamu buat baru bangun? Pegi mencari orang? Kami semua dah
dok ataih baih dah ni ha? Ha, kamu naik jerlah bas dari Johor tu. Hei!"
Lelaki itu bersuara agak kuat.


"Amboi, kuatnya suara." Kata seorang wanita.


Sementara itu, Tajma, Ros Aniza, Latifah dan Norazliha sedang berbincang
atas bas. Ni tugas keranilah ni.


"Ni satni kan, ahli bersekutu tolonglah sat no? Masa makan satni, kita
bawa depa pi duduk aja." Tajma memberikan taklimatnya. "Nak bawa
macammana?" Latifah bertanya. "La, kita bawa pi tempat duduk aja. "Ahli
bersekutu bawa pi tempat duduk ajalah. Kat meja tu, dah tuleh siap dah
mana-mana punya. Kalau Penang, dia tuleh Penang. Kita bawa depa pi duduk
aja. Lepaih tu, kita ambik makan kat depa tu. Lepaih tu, bawalah depa pi
toilet dan lepaih tu, bawa depa pi baliklah tempat depa tadi. Kena suruh
depa beratok dululah. Kalau tak satni, lambat. Ha lagu tu." Tajma
memberikan taklimatnya yang agak panjang lebar.


Maka, fahamlah semua kerani yang mendengar taklimat dari Tajma itu.


"Ha, semua ada name tack kah?" Eng Kheng mula bertanya. "Name tack,
ada." Latifah menjawab. "Semua mesti ada name tack tau? Kalau tak satni,
tak boleh masuk o." Eng Kheng memperingati kami semua.


Bas pun memulakan perjalanannya. Lagu hindi pun dimainkan. Aku sampai
tertidur mendengarkan lagu hindi itu.


"Amboi, awat hang dengak lagu hindustan sampai dok mimpikah? Hang dok
mimpi marka kah?" Norazliha mengusik aku. "Dak, aku mengantuklah.
Semalam, aku tidok lambat." Aku menerangkan. "Mengantukkah dok ingat
marka? Awat tidok lambat semalam?" Norazliha bertanya. "Dok teringat
marka kah?" Norazliha menyambung. "Dak aih." Jawabku rengkas. Bas
meneruskan perjalanannya.


Bersambung.


Pergi BGM 2002 bahagian tiga


O k, sekarang, kita kembali semula ke hotel.


Selepas meminum air kacang soya, saya, Ah Bah dan Mr. Yow pun kembalilah
ke hotel. Salah seorang kakitangan di kaunter menegur kami. "Wah! You are
so busy ha? Get out and in." "Yalah, begitu sibuk sekalilah." Aku
menyampuk. Kami semua ketawa. Kami naik semula ke bilik 322.


Eng Kheng masih belum mandi. "Awak tak mandi lagikah Eng Kheng tanya Ah
Bah dalam hokian. "Belumlah, nak berak dululah." Eng Kheng menyampuk.
"Ha, kalau macam tu, pergilah." Kataku.


Aku pula seperti biasa, membuka radio. Itulah hobi aku. Suka mendengar
radio. "Awak ni celaka betullah Khai Eong tak dengar lagu cina punya.
Dengar lagu melayu aja." Ah Bah berkata. "Ho, aku lagu cina tak faham.
Aku cuma mendengar lagu melayu dan lagu hindi aja." Aku menerangkan.


Eng Kheng pula, dah habis berak dan mandi. Sementara aku pula, seperti
mendengar bunyi guruh. "Eh hujankah?" Eng Kheng bertanya. "Yalah kot."
Jawabku. "Mr. Yow, cuba tengok di luar, hujan tak?" Perintah Eng Kheng.
"O k, o k, o k, all right, all right, all right," itulah kata Mr. Yow.
Beliau telah memandang ke luar. Sebentar kemudian, beliau berkata. "Ha, dah
hujan dah. Tak lebat." "Wah, macammana ya? Tak dapatlah nak pergi makan
kot?" Tanyaku penuh kerisauan. "Ala, kejap aja, nanti, hujan tu
berhentilah." Mr. Yow berkata.


Beberapa minit kemudian, hujan pun berhentilah. Selepas hujan berhenti,
kami pun turunlah pergi makan. Makan kat kedai mana tu, tak tahulah aku.
Yang penting sekarang ialah makan. Mr. Yow belanja lagi. Nilah yang
seronok ni. Boleh hantam sepuas-puasnya. Di situ, aku makan nasi dua
pinggan besar. Best sekali. Adalah kot melebihi 30 ringgit untuk 4 orang.


Selepas makan, aku terserempak pula dengan kawanku iaitu Kek Kong. "Kek
Kong, apa macam sekarang?" Tanyaku. "Apakhabar sekarang?" Tanya Kek Kong
kembali. "Baik." Jawabku. "La, cakap melayu pulak?" Ah Bah bertanya.
"Kami memang dah biasa dah." Aku menerangkan. Dan selepas semuanya dah
selesai, kami pun pulanglah ke bilik hotel.


Tentu ramai yang bertanya, mana Tajma pergi kan? Selepas turun dari
kereta api, kami telah berpisah dengan Tajma. Tajma kata, dia nak ke rumah
kawannya di Melawati.


Bila kami sampai di hotel, kami pun duduklah berehat. "O k, sekarang,
kita dah tak ke mana-mana dah. Tepat jam 5 petang nanti, kita turun dan
pergi ke pejabat sbm Kl/Selangor dan tunggu bas di sana." Ah bah berkata.
"O k lah, sekarang ni, aku nak pergi beraklah." Mr. Yow berkata.


Selepas keluar dari toilet, dia pun memakai seluarnya kembali. "Hei!
Isteri aku ni kan, suka tarik aku punya kemaluanlah." Mr. Yow bercerita.
"Pasal apa dia berbuat demikian?" Ah Bah bertanya. "Dia kata, kemaluan aku
ni pendek sangat. Dia nak bagi panjang." Mr. Yow bercerita dengan bangga
sekali. "La, gatal punya orang tua." Kataku dalam hati. Eng Kheng dan Ah
Bah gelak aja.


"Oh, orang Thailand suka buat macam tu ya?" Tanyaku ingin dia teruskan
cerita. "Ya, ya, ya, memang mereka suka buat macam tu." Mr. Yow
menerangkan.


"Eh, adakah suami-isteri mandi sekali ha?" Ah Bah bertanya. "Ada, ada,
siapa kata tak ada? Ada." Kata Mr. Yow. "Awak dan isteri awak mandi
sekalikah Mr. Yow?" Ah Bah bertanya. "Ya, ya, dia bubuh shampu di kepala
dan badan kita. Dia basuh semua anggota badan kita. Dia basuh dari atas
sampailah ke bawah. Tak kira tempat." Terang Mr. Yow. "Best tak Mr.
Yow?" Ah Bah bertanya. "Oh, wow! Wow! Wow! Best, best, best,
hahahahahahahahahahahahahahahaha!!!!!!!!!!!!!!!" Kata Mr. Yow galak.
"Amboi, gatal dan miang sungguh orang tua ni." Sumpahku dalam hati. "Ha,
Khai Eong, bila awak balik nanti, awak jangan pergi cerita merata pulak.
Nanti orang salah sangka pulak. Nanti orang kata, kita semua ni gatal
lebih-lebih." Pesan Ah Bah. "Taklah, aku tak cakaplah." Aku berkata
selamba.


Aku dah naik geli dengar topik-topik ni. Aku pun kuatkan radio. Malas
nak dengar.


Jam 4 petang, Ah Bah pergi mandi. Dan kira-kira jam 4.45 minit petang,
kami pun check out dari Lido Hotel. Sebelum kami ke perkarangan pejabat sbm
Kl/Selangor untuk menunggu bas yang akan membawa kami ke tempat mesyuarat di
Sepang, kami telah ke satu lagi pusat mengurut milik kawan Ah Bah. Aku tak
tahulah nama apa.


Di sana, Kami telah mengisikan air mineral ke botol yang kami bawa.
Setelah mengisi air dan berbual-bual sebentar dengan kawan Ah Bah tu, kami
pun berangkatlah ke perkarangan pejabat sbm Kl/Selangor untuk menunggu bas
yang akan membawa kami ke tempat mesyuarat agung sbm di Sepang tu.
Khabarnya, ada beberapa bas yang disediakan.




Jam sudah 5.15 petang hari Jumaat 14.6. Kami pun berjalanlah ke
perkarangan pejabat Sbm Kl/Selangor untuk menunggu bas yang akan membawa
kami ke tempat mesyuarat di Sepang. Bila kami sampai, bas masih belum tiba.
Terdapat beberapa kerat manusia yang telah menunggu di situ. Geng dari
Pulau Pinang, masih belum nampak batang hidung lagi.


Sedang asyik menunggu, tiba-tiba, aku terserempak dengan Silaturahim.
"Woi Rahim!" Aku menegurnya. "Ha Khai Eong," balas Rahim. "Hang pi mana
pagi tadi Rahim?" Tanyaku. "Pi rumah kawan." Jawabnya rengkas.


"Tadi pagi, hang pi mana Khai Eong?" Rahim bertanya kembali. "Ala,
nanti, hang bacalah dalam testgroup tu." Kataku rengkas. "Ceritalah mana
hang pi pagi tadi." Rahim memujuk. "Tak palah, hang balik satni, hang
bacalah." Balasku kembali. Aku beredar dari situ.


Lepas itu, muncul pula Jaafar. "Ha, Khai Eong, hang mai sat. Ada orang
nak jumpa. Amboi, asyik dok Khai Eong, Khai Eong, tak sabak-sabak." Leter
Jaafar. Dia membawa aku untuk berjumpa dengan orang itu. "Siapa dia yang
nak jumpa aku sangat ni Pak?" Aku bertanya. "Aku tak tau. Hang jumpa
sendiri." Jawab Jaafar rengkas. "Eh, mana dia ha?" Tanya jaafar
sendirian. "La, dia takdak dah." Jaafar berkata padaku. "Siapa tu Pak?"
Tanyaku kembali. "Aku tak kenai dia." Jawab Jaafar Rengkas.


Tajma telah datang berjumpa Ah Bah. "Ah Bah, saya duduk di kedai kopi
tau? John Kim dan anaknya pun ada di sana. Marilah kalau nak joint."
Tajma berkata.


Tidak lama selepas itu, aku, Eng Kheng dan Ah Bah pun pergilah ke kedai
kopi itu. Kami semua minum teh panas. Siapa yang belanja, aku tak tau.
Minum ajalah. Peduli apa?


Di sebelah kiriku ialah Eng Kheng. Pelayan kedai telah meletakkan teh di
hadapan Eng Kheng. Eng Kheng tidak sedar dia duduk di bahagian meja yang
ada garisan sambungan yakni dua meja dicantumkan sekali, akan terdapat
garisanlah di tengahnya. Sebaik sahaja dia terlangar cawan teh itu dengan
tangannya, cawan itu terus terbalik. Habis teh tumpah ke meja. "Ayo,
apasal itu macam?" Eng Kheng agak terkejut dengan kejadian itu.


Apabila air teh dah tumpah, budak perempuan yang duduk di hadapan Eng
Kheng itu tidak sempat mengelak lagi. Habis pakaiannya terkena teh panas.
Dahlah basah, panas pulak tu.


Ayooo!!! Habislah. Basah baju aku." Dia merungut. "Apa nak buat, pergi
tukar ajalah." Cadang anak John Kim. Budak perempuan itu pun, pergilah
menukar baju.


Jam sudah menunjukkan pukul 6 suku petang. Bas yang ditunggu, masih belum
tiba lagi. Kami terus melepak di kedai tersebut.


Semua sudah bising sebab bas tak sampai. "Wah, ni nak sampai di Sepang
pukul berapa ni pun tak taulah. Ish, depa ni kan, buat kerja tak
teraturlah. Kelam-kabut semuanya." Ah Bah merungut. Aku diam aja.


Kira-kira jam 6.30 petang, bas yang ditunggu-tunggu pun tiba. Ada dua bas
semua. Kami naik bas di depan. Aku duduk bersama seorang ahli Kl/Selangor.
Dia dan kawannya tu, asyik main handphone mereka. Peliklah orang buta ni
tau.


Maka, bermulalah perjalanan kami ke tempat mesyuarat di Sepang. Wah!
Suasana dalam bas begitu hingar-bingar sekali. Ibarat macam pasar borong.


Silaturahim dan Fadzlin Hiezrie duduk di belakang aku. Mereka asyik
sembang pasal komputer aja. Aku tak peduli itu semua. Aku dengar walkman.
Itulah hobi aku.


Di tengah perjalanan, aku terasa nak berak pulak. Ah, tahan ajalah. Tak
lama lagi, sampailah tu. Aku terus mendengar walkman. Tengah syok dengar,
siaran pula hilang. Ah! Malaslah nak dengar.


Sementara itu, di depan, ahli kl/Selangor begitu riuh sekali. Yang paling
riuh ialah suara seorang lelaki. Aku tak tau apa namanya. Tapi aku dengar,
orang panggil dia Awang.


Tiba-tiba, bas berhenti. Dia berundur ke belakang. Alamak, silap
jalanlah ni. Dahlah tak sampai-sampai, aircon pulak rosak. Dajai betoi.
Aku pula, terasa nak berak.


Jam sudah hampir 9 malam. Aku lihat, Jaafar mundar-mandir. "Tudia aih
punyalah jauh. Macam Penang ke Alok stak o." Jaafar berkata.


Tiba-tiba, aku dengar Awang berkata-kata dalam telefon. "Hello Firus,
engkau dah sampaikah? Ha, walau pun kami naik bas yang tercorot, tapi, kami
sampai dulu tau?" Awang berkata agak kuat.
"hahahahahahahahahahahahahahahahahaha!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!" Semua orang
Kl/Selangor ketawa. "Hai, macam-macamlah dia ni." Rosmaria berkata.


Tetiba jer, terdengar suara anak John Kim bercakap dalam telefon. Cakap
cina. "Hello! Belum sampai lagilah. Ayo, macam sardin. Tak taulah
punyalah jauh." Itulah serba ringkas.


Jam sudah menunjukkan jam 9.10 malam. Bas masih belum tiba lagi. Wah,
teruknya perjalanan. Dahlah silap jalan.


Akhirnya, sampai juga kami di Hotel Sri Malaysia. Aku terus pergi toilet.
Lepas tu, kami pergi menghadiri jamuan makan malam.


Semasa makan, Cik Nazari yakni setiausaha agung sbm telah memberikan
sedikit taklimat kepada kami. Aku gtak ingat sangatlah taklimatnya.
Antaranya, para peserta yang tinggal di Empress Hotel akan makan di bilik
yang berhawa dingin di Hotel Sri Malaysia semasa mesyuarat. Mereka hanya
akan bersarapan di Empress Hotel aja. Mesyuarat akan bermula jam 9 pagi.
Itulah antara kandungan taklimatnya.


Selepas makan, kami pun berangkatlah ke Empress Hotel. Kami menumpang bas
dari sbm perak. Kamilah yang paling lambat sekali. Terdengar leteran
seorang ahli wanita dalam bas. "Hai, dahlah lambat, nak bising pulak."


Bas pun memulakan perjalanannya. Alamak, takdak aircon pulak. Dajai
betoi.


40 minit kemudian, bas pun tibalah. Setdelah segala urusan selesai, kami
pun pilah bilik masing-masing. Aku dan Mr. Yow tinggal di bilik 206, Ah
Bah dan Eng Kheng di bilik 205, Tajma dan Norazliha di bilik 212 dan Latifah
dan kak Ros di bilik 213.


Di Em;press hotel ni ada siaran Astro. Semuanya english. Antaranya,
ESPN, CNBC dan beberapa lagilah.


Setelah mandi, semua dah tidur akibat keletihan.


O k, bersambung.


Khamis, Januari 24, 2008

Pergi BGM 2002 bahagian dua


O k, sambung lagi.
Setelah kereta api memulakan perjalanannya, aku pun mulalah menghentam 5
biji burger yang aku suruh Ah Bah beli tadi. Sedang aku seronok menghentam,
Mr. Yow pun datang. "Wah! Makan burger kah?" Tanya beliau dalam hokian.
"Ha, Mr. Yow nak tak?" Aku bertanya. "Oh, tak maulah, tak maulah, saya
tak mau makan o. Daging-daging ni saya tak mau o." Terang Mr. Yow. Dia
pun terus beredar dari situ.
Setelah aku menghentam dua biji burger, aku pun berehat sambil mendengar
rancangan kegemaranku iaitu Hindi Power di thr.fm.
Sedang aku seronok mendengar rancangan Hindi Power di thr.fm, tiba-tiba,
Mr. Yow pun datang. "Eh Khai Eong, you mau pergi toilet kah?" Tanya dia
dalam
hokian. "Mau pergi toilet kah? O k lah bolehlah." Aku menjawab dalam
melayu.
Dia pun membawa aku ke toilet. Sesampainya di pintu, dia cuba mengopek
pintu tersebut. "Ayo Mr. Yow, bukan macam tu lah pintu ini dibuka."
Terangku.
"Ha, yalah, betullah, bukan macam tu. Mari, mari, mari, mari, ini pintu
sudah rosak punyalah. Tak boleh buka punyalah." Kata Mr. Yow. "Bukan
pintu
tu tak boleh buka. Cuma hang yang tak tau buka. Bodohlah hang." Marahku
dalam hati.
Dia membawaku ke bahagian belakang coach. "Ha, mari, mari, di sini ada
toilet juga." Kata Mr. Yow. "Ha, hello, hello, hello, hello cik, mana
toilet
ha?" Tanya Mr. Yow secara tergesa-gesa. "Cik keluar terus dan di situ ada
toilet. Yang di sebelah kiri toilet ladies dan sebelah kanan untuk lelaki."
Terang suara itu. Beliau adalah Jaafar tapi, Mr. Yow tak kenal.
Mr. Yow pun bawalah aku ke toilet. Aku masuklah. "Eh, eh, eh, eh, eh,
eh, nanti dulu, nanti dulu, nanti dulu, ini perempuan punyakah? Eh nanti
dulu."
Mr. Yow dah mula gabra yang bermaksud kelam-kabut. "Ayo Mr. Yow, ini
lelaki punyalah." Terangku. "Eh, eh, eh, eh, eh, eh, you tunggu dulu,
tunggu
dulu. Keluar, keluar, keluar, keluar," kata Mr. Yow. "Hish! Orang tua
ni, gila betoilah." Marahku di dalam hati.
Dia bawa aku masuk semula. "Eh, eh, eh, eh, hello, hello, hello, hello,
mana itu lelaki punya toilet ha?" Dia bertanya pada Jaafar. "Cik, yang
sebelah
kanan tu, lelaki punya. Perempuan yang sebelah kiri." Jaafar menerangkan
secara terperinci. "Oh, ya, ya, ya, ya, ya, betul, betul, betul, betul,
toilet
lelaki di sebelah kanan, perempuan di sebelah kiri. Ya betul, betul, betul,
betul, betul, itu saya tau. Ha, mari, mari, mari, mari." Kata Mr. Yow.
"Ala, hang tak tau apalah. Mengarutlah hang tu." Kataku di dalam hati.
Aku pun pergilah ke toilet. Selepas itu, aku duduklah di tempat aku
semula. Kereta api meneruskan perjalanan ke distinasinya.
Pada keesokan paginya, jam 5 pagi, aku menyuruh Ah Bah membawaku ke
toilet. Selepas itu, kami dah tak boleh tidur lagi. Kami pun
bersembanglah. "Mr.
Yow, semalam boleh tidurkah?" Ah Bah bertanya. "Boleh, boleh, boleh.
Wah! Best o. Best." Jawab Mr. Yow. Kami bersembanglah. Dan kira-kira
jam
8 setengah, maka sampailah kami di Kl Central. Kami pun turunlah. Mr. Yow
yang membawa kami jalan.
"Eh Mr. Yow, awak tau jalankah?" Tanya Ah Bah. "Ha, boleh, boleh,
boleh, senang aja. Dulu, saya dah pernah datang dah. Senang." Jawab Mr.
Yow.
Dia terus membawa kami jalan. Eng Kheng dapat merasakan seperti ada yang
tak kena. "Eh Mr. Yow, awak tau jalankah tak ni?" Tanya Eng Kheng inginkan
kepastian. "Aya, saya tak tau jalanlah. Saya tak pernah datang sinilah."
Terang Mr. Yow. "Hish, orang tua ni mengarut betoilah. Gilalah." Aku
merungut.
Selepas dah dapat cari jalan keluar dengan bantuan petugas dari situ, kami
mula menuju ke Brickfields. "Mr. Yow, awak tahu jalankah?" Sekali lagi Ah
Bah bertanya. "ooooooo, boleh, boleh, boleh, saya pandai punya. Dulu,
pernah datang sini. Boleh, boleh. Mari, mari, mari, tak ada apa-apa
punya."
Kata Mr. Yow bangga. Kami terus ikut dia berjalan.
Eng Kheng dan Ah Bah yang dah masak di Brickfields telah dapat merasakan
seperti ada yang tak kena. "Mr. Yow, awak ada nampak hotel Y M C a tak?"
Ah
Bah bertanya. "Ha, ada, ada, ada, ada. Hotel tu, kat depan sana. Kena
lintas jalan." Terang Mr. Yow. "Habis tu, kenapa tak lintas?" Ah Bah
bertanya
kembali. "Ayoyo, saya tak tau jalanlah. sudah lupalah." Mr. Yow, berkata.
"Alamak! teruklah macam ni." Ah Bah merungut.
Akhirnya, dapat jugalah kami melintas jalan. Kemudian, kami terus ke Lido
hotel. Di sana, kami telah menyewa sebua bilik yang bernombor 322 di
tingkat
2. Harganya RM 30. Mr. Yow yang bayar. Petugas di situ memberitahu bahawa
bilik 322 masih belum dikemaskan. Jadi, kami pun pergilah makan di sebuah
kedai. Itu pun, Mr. Yow yang belanja. Aku telah memakan dua pinggan Wan
tan mi. Semuanya Mr. Yow yang belanja.
Setelah habis makan, kami pun kembalilah ke hotel. Bilik yang kami sewa
telah siap. Kami pergilah ke bilik kami. Kami terus pergi, mandi, berak
dan
gosok gigi.
Setelah semuanya selesai, Eng Kheng pula telah berangkat ke hq sbm untuk
menyelesaikan urusannya. Dia tak sempat mandi.
Selepas kami bertiga iaitu Mr. Yow, aku dan Ah Bah selesai mandi, kami
berangkat ke Blind Master iaitu pusat mengurut kawan Ah Bah iaitu Bok Keat.
Kami
duduk beberapa minit di sana.
"Eh, Book Keat, awak tak hadirkah mesyuarat sbm esok?" Ah Bah bertanya.
"Tak taulah, mereka kata malam ni, ada transport. Lepas tu, tiba-tiba kata
tak ada. Macammana nak pergi kalau macam tu?" book Keat merungut. "Siapa
yang uruskan?" Ah Bah bertanya. "Eng Ghuanlah." Balas Book Keat.
Selepas beberapa minit, kami pun beredarlah. Apabila hendak sampai di
hotel, kami singgah membeli air kacang soya. Amboi, secawan air tu,
harganya 80
sen. Kalau bungkus, harganya seringgit.
Sebelum kami ke Blind Master, kami singgah sebentar di hq sbm.
Rupa-rupanya Siew Lee dan beberapa orang lagi dah tiada. Mereka dah pergi
agaknya. Eng
Kheng juga, dah hilang entah ke mana. Eng Kheng telah menelefon ke
handphone Ah Bah semasa kami di Blind Master.
Selepas minum air kacang soya, kami pun pulanglah ke hotel. Eng Kheng
sedang dalam proses nak mandi. Dia baru habis buang air besar.



O k, sekarang ini, mari kita kembali semula ke dalam kereta api ya?


Selepas semua dah bangun dari tidur, kami pun berbual-buallah di dalam
kereta api.


"Eh Ah Bah, apa kata kita buat satu lawatan ke Hadyai atau Bangkok?"
Tajma mencadangkan. Dia cakap hokian. "Saya dah cuba dah hari tu. Tapi,
fahamlah ahli sbm ni tak ada pasportlah dan macam lagi." Terang Ah Bah.


"Taklah, gini. Kita sewa van. Kemudian, kita pergilah seramai 10 ke 11
orang. Itu lebih baiklah kan?" Tajma mencadangkan. "Ha, kalau gitu,
bolehlah saya buat." Nanti saya akan cubalah." Ah Bah memberikan jaminan.
"O k, kalau awak dah dapat nanti, awak hubungi saya." Pesan Tajma. Mereka
cakap hokian semua tau?


"Wah! Kalau awak semua pergi Bangkok, bagus tau? Ada macam-macam kat
sana. Awak semua boleh pergi lihat penanaman padi dan bermacam lagi." Mr.
Yow yang sejak tadi diam, memulakan kisahnya. "Perempuan di sana cantikkah
Mr. Yow?" Ah Bah bertanya. "Ya, memanglah cantik." Mr. Yow membalas
selamba.


"Tapi kan Ah Bah, saya lebih suka pergi melawat ke kampung-kampunglah.
Yalah, kalau kita ke sana, kita dapat melihat pemandangan indah dan
kehidupan rakyat di kampung. Best tau." Tajma mula bercerita.


Sepanjang perbualan mereka tu, aku hanya mendiamkan diri aja. Nak dengar
apa mereka cakap.


O k. Bersambung.


Rabu, Januari 23, 2008

Pergi BGM 2002 bahagian satu


Ok, ini cerita pada tahun 2002. Pergi hadiri mesyuarat agung BGM SBM di Sepang.



O k, inilah cerita perjalanan ke Kl.


13 Jun bersamaan Khamis. Lebih kurang jam 7 suku malam, maka bertolaklah
aku ke jeti feri. Maklumlah, nak naik feri kan?


Bila sampai di terminal feri, aku terus menelefon Eng Kheng. "Hello Eng
Kheng!" Aku menyapa. "Ha," Eng Kheng membalas pendek. "Aku dah sampai
tau?
Ni aku tunggu di geri Mr. Chew." Beritahuku dalam bahasa hokian. "Ha,
hang tunggulah sat. Satni aku keluak." Eng Kheng membalas dalam bahasa
hokian.


Selepas gagang telefon diletakkan, aku pun duduklah di sebuah kerusi.
Beberapa minit setelah aku duduk, aku terdengar bunyi tongkat. Dan
kemudian, aku
terdengar seperti ada suara. "Tu sapa tu?" Sapa si lelaki. "Khai Eong."
Jawab si perempuan. "Oi, Rahim," Sapaku. "Khai Eong, hang nak pi dengan
sapa ni?" Tanya Silaturahim. "Pi dengan Eng Kheng dan Tajma." Jawabku
rengkas. "Oh, hang pi naik reta apikah?" Aku bertanya. "Ha." Jawabnya
rengkas.
"O k lah Khai Eong, aku pi dululah satni feri terlepas pulak." Kata Rahim.
"O k lah Rahim." Balasku.


Maka, berjalanlah mereka menuju ke feri. Sementara aku pula, terus
menunggu ketibaan Tang Eng Kheng.


Beberapa minit kemudian, aku terdengar bunyi tongkat lagi. "Ha, ni mesti
Eng Kheng ni." Kata hatiku. "Eng Kheng!" Aku berseru. "Ha," jawabnya
bersahaja.
"Tajma dah maikah belum?" "Belum lagi. Hang janji dengannya pukul
berapa?" Tanyaku kembali. "Aku janji dengannya jam 8.45 malam ni." Eng
Kheng menerangkan
rengkas. "Eh, jomlah kita pi. Toksahlah dok tunggu. Satni, terlepas feri,
naya aja. Nanti lambat pulak." Cadang Eng Kheng. Sebelum kami beredar,
aku sempat membeli sebotol besar air mineral. Maka, berjalanlah kami menuju
ke feri.


Semasa di dalam feri Eng Kheng telah menelefon ke rumah Tajma. "Hello!
Di sini saya nak tanya, Tajma dah keluarkah? Oh yakah, O k terima kasih
ya?"
Eng Kheng terus menutup telefonnya. "Gila punya dia ni. Awai-awai pi
stesen kereta api buat apa entah.? Leter Eng Kheng.


Setelah kami tiba di terminal feri Sultan Abdul Halim, maka berjalanlah
kami menuju ke stesen kereta api. Semasa dalam perjalanan, kami telah
terserempak
dengan Rahim, Fadzlin dan Jaafar yang kebetulan nak ke Sbm di Kl juga. Mohd
Lee pun turut sama. "Oi, hangpa tunggu sapa ni?" Tegur Eng Kheng. "Kami
tunggu Jaafarlah." Fadzlin menjawab. "Dia pi mana?" Tanya Eng Kheng
kembali. "Dia pi kedai kopi sat." Fadzlin menjawab tenang. Selepas itu,
kami
terus beredar dari situ.




Setelah berbual dengan Fadzlin and the geng, maka kami pun berjalanlah
menuju stesen kereta api. Sesampai di stesen, kami masuklah ke tempat
menunggu.
Wahh! Kelas gitu. Ada aircon lagi. Dulu tiada.
"Eh, bila masa pulak tempat ini diubahsuai ya? Dulu takdak pun." Tanya
Eng Kheng dalam loghat hokian. "Hmmmm, aku pun tak tau. Dulu, masa aku
datang,
tak macam tu pun." Tan Ah Bah membalas. Tan Ah Bah adalah pengerusi sbm
Penang.
"Ha, Ah Bah, apamacam sekarang?" Tanyaku dalam hokian. "O k bagus. Ha
Khai Eong, ini you punya burger. 5 biji kesemua. Semua RM 9.50 tau? Nanti
aku kira balik kena bayar hang berapa." Ah Bah bersyarah panjang lebar.
"Tak apalah, itu kira kemudianlah. Masa panjang lagi." Aku membalas.
"Hmmmmm,
kalau awak kata gitu, tak apalah." Jawab Ah Bah rengkas.
Kemudian, aku diperkenalkan dengan seorang ahli bersekutu yang betul-betul
3 suku. Namanya hanya dipanggil Mr. Yow. "Hai Mr. Yow, apakhabar? I'm
Tai Khai Eong." Aku memperkenalkan diriku. "Ha, good, good, ada baik, ada
baik, hahahahahahaha!!!!!!!!" Gitulah jawabnya.
Jam 9.40 malam, Ah Bah telah menyuruh Mr. Yow, supaya pergi tengok sama
ada kereta api dah datang atau belum. Dia bawa Ah Bah Sekali sebab dia tak
tahu.
Beberapa minit kemudian, mereka pun kembali. "Ok, kereta api sudah mari.
Jom!" Arah Ah Bah pada kami semua. "Ha, jom, jom, jom, jom, jom, jom,
mari,
mari, mari, mari, mari, mari pelan-pelan jalan ha? Mari, mari, mari, o k
baik, baik, baik, baik," Itulah dia stile Mr. Yow. "Hei, gila betoilah
orang
tua ni. Kelam-kabut." Hatiku berkata agak marah. "Hello, hello, hello,
wah cantiknya. Ha, dia cantik o. Perempuan banyak cantik!? Tegur Mr.
Yow.
"Hmmmmmmmm, dahlah tua, gatai pulak. Kena penyepak sekali, baru ada akai.
Hei, meluatlah aku orang macam ni." kata hatiku marah.
Kami pun dah nak naik kereta api. Coach kami ialah k 1. Maka naiklah
kami. Aku duduk di tempat yakni kerusi nombor 14 dan Ah Bah duduk di katil
16
di sebelah aku. Tajma pula berada di belakangku dan Eng Kheng berada di
belakang sebelah kiriku. Mr. Yow pula, di katil yang sama dengan Eng Kheng
tapi
di sebelah atas.
Tiba-tiba, Mr. Yow datang padaku. Eh Khai Eong, nanti saya mau tidur,
saya boleh tidur dengan kasut-kasut sekalikah?" Tanya dia dalam cina
padaku.
"Eh Mr. Yow, you jangan gilalah. Mana boleh bawa kasut atas katil? Nanti
orang marah tau?" Terangku. "Ha, yalah, yalah, yalah, yalah, nanti orang
marah. Tak boleh bawa kasut naik katil o. Tak boleh, tak boleh. Nanti
orang marah." Kata Mr. Yow. "Hei, gila betoilah orang tua ni. Bawa dia
mai
buat apa entah. Aku pun tak tahu.
"Wah, kereta api ni, bantal dia terlalu rendahlah. Marilah saya nak ambil
sebiji lagi dari katil sebelah." Kata Mr. Yow. "Weh, Yow, tak boleh ambil
o. Nanti orang marah. Setiap orang hanya boleh ada satu aja." Ahbah
menerangkan dalam hokian. "Ha, Ha, yalah, yalah, tak boleh ambil o.
Seorang hanya
satu bantal. Ha, yalah, betullah, betullah. Nanti kena marah o. Tak boleh
ambil o." Kata Mr. Yow. "Astaghafirullah, orang tua ni, betullah 3 suku."
Kataku. Kereta api mula bergerak.
"Ha tudia. Dia jalan dah. Kereta api dah jalan. Wahhhhhhhhh!!!!!!!!"
Kata Mr. Yow.
Bersambung.


Selasa, Januari 22, 2008

Aku dapat Mini Hi-fi


Wah seronoknya aku sebab dapat Mini hi-fi dari temanku. Mini Hi-fi ni boleh mainkan CD dan juga VCD. Sebelum dihadiahkan pada aku, temanku telah pergi memperbaiki Mini Hi-fi tersebut. Mini Hi-fi tersebut dah tujuh tahun dia pakai. Dia memang pandai menjaganya.



Dia siap pasangkan sistem hi-fi itu buatku sebab takut nanti aku tak reti nak memasangnya. Segalanya berjalan lancar. Wah sekarang, dapatlah aku mendengar siaran radio dengan selesa terutamanya siaran Sinar FM bersama Aby Fana itu.



Ini kerana selama ini, aku sukar untuk mendengar siaran Sinar FM itu kerana radio yang aku ada, tak kuat siaran fm dia. Tapi, hi-fi ini, memang kuat siaran fmnya.



Jenuh juga aku hendak menghafal butang-butang yang terdapat di Mini Hi-fi itu. Maklumlah, digital. Mini Hi-fi ni, tak ada siaran gelombang pendek. AM pun tak ada. Hanya fm sahaja yang ada.



Jadi, terima kasihlah kepada rakan celikku itu. Wah best ada radio sekarang untuk didengar.



Demikianlah kisah pendek aku.


Isnin, Januari 21, 2008

Kenangan di GTC bahagian empatbelas. Terakyir.


Bersambung di bahagian empatbelas bahagian akhir.



Di pertengahan Oktober, perayaan depavali telah menjelang. Hari depavali pada tahun tersebut ialah Sabtu kalau tak salah aku. Depavali ialah cuti umumlah.



Pada hari tersebut, seperti biasa, Dato L. Krishnan akan mengadakan majlis bagi warga oku. Jadi, kami pun dapatlah pergi. Dia siap bawa bas datang angkut kami. kami satu GTC punya pelatih pergi.



Di majlis tersebut, begitu ramai sekali orang. Ada warga oku macam-macam. Amboi, tak reti nak bilanglah. Ada hiburan, permainan dan nyanyian oleh warga oku khususnya kanak-kanak.



Majlis berlangsung lebih kurang dua jam. Sebelum kami berangkat pulang, kami diberi sedikit buah tangan. Ini termasuklah duit raya. Sepuluh ringgit sorang kalau tak salah aku.



Pada bulan Oktober juga, kami telah menghadiri majlis bersama warga tua di Stadium Merdeka. Wah, itulah kali pertama aku ke Stadium Merdeka. Dan majlis itu ada disiarkan di tv secara langsung.



Di sana, kami diberi minuman sekotak air dan beberapa biji kuih. Tak berapa seronok sangat majlis tu sebab semua orang tua. Orang muda takdak langsung.



Kami juga ada bersama dengan Lion Club. Ianya berlangsung pada bulan Ogos atau September lebih kurang gitulah. Pihak Lion Club membawa sukarela mereka yang terdiri daripada pelajar-pelajar sekolah cina datang ke GTC. Mereka bawa kami berjalan kaki ke Taman Tasik Perdana.



Aku dipimpin oleh seorang pelajar perempuan. Amboi, suaranya begitu lembut sekali. Dia dalam tingkatan tiga rasanya. Aku rasa, mungkin sekarang, dia sama ada masuk universiti atau pun dah kahwin dah. Sebab dah lebih kurang tigabelas tahun berlalu.



Apabila sampai di Taman Tasik Perdana kami diberi makan dan minum dan main beberapa permainan. Dan kami dibawa balik dengan kereta pada sebelah tengahari.



Semasa di GTC juga, penyanyi arwah S. Jebing telah datang membuat satu video clipts di sana. Yang tu, aku tak turut sertalah. Kami hanya penonton.



Syarikat Serangkai Filem juga pernah datang untuk membuat penggambaran dokumentari. Dan ada juga satu produksi drama datang ke GTC buat drama. Ha, yang drama tu, sehari suntuk o!



Dan Mis Boon dan adik-adiknya juga pernah datang. Mereka datang pada waktu tengahari. Raja Azni menjadi jurucakap. kami dapatlah berjabat tangan dengan Mis Boon, Jailani, Rashid, Rahman. Mereka juga ada bagi T Shirt pada kami. Mereka semua ni, kurus sahaja.



Sepanjang kursus ini, ada dua orang yang tidak dapat menghabiskan kursus mereka. Mereka ialah Siti Maimunah dan Rohani. Rohani tu sakit Siti dihantar ke Jaro.



Seminggu sebelum kursus berakhir, budak-budak dari Sabah telah dihantar pulang. Mereka dihantar pulang oleh pihak GTC pada hari Jumaat iaitu 26 Oktober. Dan GTC ditutup pada 30 Oktober.



Segala kenangan dan peristiwa yang berlaku di GTC, memang tidak dapat dilupakan. Dan sekarang, masing-masing telah memilih haluan sendiri. Shahrim bekerja operator telefonis, Jamiah bergiat dalam sukan. Dia dari dulu lagi. Noorhazira kerja operator juga. Dan, Rohaizad Haroon ada buka kedai urut di Ampang.



Aha, sementara aku pernah kerja kilang lepas tu sekarang dok rumah main komputer. Aku tak kerjalah kat mana-mana persatuan buta sebab mereka tak ambil aku. Sebabnya mereka kata, aku suka menghentam mereka dan suka tulis macam-macam. Aha itu lagi bagus. Kalau tak kerja dengan mereka, lagi senang nak menghentam dan protes mereka. yalah sebab bukan mereka bagi makan kat aku, bukan mereka tiap bulan bagi duit lima/enam ratus atau beribu kat aku. Jadi, tiada hal punya.



Ok, selesai cerita.


Ahad, Januari 20, 2008

Kenangan di GTC bahagian tigabelas.


Bersambung di bahagian tigabelas.



hari yang ditunggu-tunggu kini telah tiba. pada pagi Isnin di pertengahan September, kami, para pelajar operator terpaksa bangun seawal jam enam pagi kerana pada hari itu, akan bermulanya praktikal bagi kami semua. Segala ilmu yang dituntut di GTC akan digunakan sepenuhnya oleh kami semua nanti.



Aku dan Rohaizad kini sudah bersiap-siap. Kami terus menuju ke perkarangan GTC. Noorhazira, Jamiah, kak Zuraidah atau kak Ju dan yang lain-lain semuanya sudah bersiap. Tapi mana Shahrim? Ini dah kes naya kali ni.



Kami pun keluarlah dari GTC menuju ke perhentian bas lido. Pagi tu pulak, hujan. Alahai, kami disambut dengan hujanlah pulak. Inilah yang buat malas ni.



Pada pagi itu, Jamiah membawa aku. Di pertengahan jalan, kami terserempak dengan Surina. "Shahrim mana?" Jamiah bertanya. "Tak tau." Jawab Surina pendek. Tak kisahlah, kami meneruskan perjalanan. Hujan pula semakin lebat.



Kini, kami sudah berkumpul di perhentian bas lido. Semuanya sudah ada kecuali Shahrim. Inilah yang merisaukan kami semua. dia tu, lemah dalam mobiliti.



Akhirnya, pergilah kami ke tempat praktikal masing-masing. Perasaan kami bercampur-baur. Takut pun ada, seronok pun ada. Tapi, kami buat tak layan saja.



Semasa di tempat praktikal aku menerima panggilan dari beberapa orang rakan yang bertanya khabar. Aku merasa agak keboringan sedikit pada hari pertama. Inilah yang susah ni.



Sampai waktu tengahari, aku mendapat tahu, Shahrim tak pergi praktikal. Sebabnya, entah ke mana dia pergi. Akhirnya, setelah puas merayau dalam hujan, Cikgu Latif membawanya balik. nasib baiklah cikgu Latif menjumpai Shahrim. Kalau tidak, tak taulah.



Aku lagi best. Masa tengahari, aku telefon cikgu Latif. aku beritahu yang aku nak tukar tempat praktikal. Ha, tak pernah dibuat dek orang benda ni. Tapi, aku yang buat. Agak gila sikit kerja ni. Tapi, tak tukarlah. mana boleh itu macam bikin?



Hari demi hari terus berlalu. Sudah seminggu kami menjalani praktikal. Wah, begitu cepat masa berlalu. Hanya tinggal seminggu lagi sahaja, praktikal akan berakhir. Yahoo! Merdeka!



Pada Isnin minggu kedua, semasa aku balik dari praktikal, aku telah terserempak dengan seorang makcik dan anaknya. "Ha, dah balik?" Tanya makcik itu. "Dah." Jawabku. "Ha, jalan baik-baik." "Eee'eee'eee'eee'eee! Geramnya!" Kata makcik itu lalu mencubit pipiku. Aku pun tak tau kenapa. Aku terserempak dengan makcik dan anaknya tu dekat bekas tapak perpustakaan MAB yang sekarang dah pindah dari situ.



Apabila aku sampai di GTC, cikgu Norsaadah memanggilku. "Ha, macammana dengan praktikal?" Tanya cikgu Norsaadah. "Ha ok cikgu, seronok." Aku memberi jawapan. "Ha, baguslah gitu." Kata cikgu Norsaadah. Aku pun berlalu. Agak penat aku pada hari itu.



Ada satu peristiwa yang memang tak dapat aku lupa. Kejadian ini berlaku pada hari Selasa minggu kedua praktikal. Kira-kira jam empat petang, langit telah mula gelap segelap-gelapnya. Ini menandakan, hujan lebat akan turun.



Tepat jam empat suku petang iaitu waktu habis kerja sektor awam pada masa itu, hujan pun turunlah dengan lebatnya. Apa lagi, kami terpaksalah berkurung di pejabat buat sementara waktu. Hujan memang lebat sungguh disusuli dengan kilat dan petir yang sabung-menyabung.



Tiba-tiba lampu letrik pejabat terpadam. "Mak tak ada lampu." Rutiah berkata. Wah, bergelaplah pulak mereka. Aku gelapkah, siangkah, sama saja. Tak peduli punya.



Rutiah pun balik dengan rakannya sementara aku dan Abzul menunggu hujan reda. Dan hujan reda kira-kira jam enam setengah petang. Aku dan Abzul pun berangkat pulang.



Banjir sudah mula melanda di perhentian bas Bangkok Bank. Setelah Abzul membawa aku menaiki bas, dia pun pulang. Aku pun duduklah dalam bas yang akan menuju ke Brickfields. Duduk sambil termenung.



Tiba-tiba pemandu bas menepuk lututku. "Dah sampai." Katanya. "Oh, dah sampai encik?" Aku bertanya. "Ya, dah sampai, awak tertidur." kata pemandu bas itu. "Ok, terima kasih abang." Aku mengucapkan terima kasih pada pemandu bas itu lalu turun. Nasib baiklah pemandu bas itu mengejutkan aku. kalau tidak, habislah.



Hari itu kebetulan di tempat praktikalku ada majlis. Jadi, kami telah diberi bekalan sebungkus nasi beriani. Tapi bila balik, bukak, dah basi. Hmm, tak ada rezekilah tu.



Pada esok hari, extention telefon di tempat praktikalku telah mengalami kerosakan akibat kilat dan petir yang berlaku pada petang semalam. Jadi hari tu, agak relax jugalah.



Hari terakhir praktikal sudah pun tiba. Dan pada hari itu, aku dibawa berjumpa Encik Jalil yang merupakan pengurus kalau tak salahku. Aku mengucapkan terima kasih kepada beliau.



Wah, praktikal kini sudah habis. Yahoo! Dah merdeka dah sekarang! Lega dan lapang rasa dada kami semua setelah selesainya praktikal selama dua minggu itu.



Bersambung.


Sabtu, Januari 19, 2008

Kenangan di GTC bahagian duabelas


Bersambung di bahagian duabelas.



Kini hari praktikal sudah dekat. Lebih kurang dua minggu lagi. Kami, para pelajar operator pun sibuklah memperlengkapkan diri kami dengan ilmu mobiliti yang diajar oleh guru kami.



Mr. Peter telah mula mengajar aku ke Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia kerana aku akan menjalani praktikal di sana. Dia pun mengajar aku cara-cara bagaimana hendak menaiki bas ke sana.



Sesampainya di perhentian bas Lido, dia pun suruh aku tanya orang nombor bas. "Encik, tumpang tanya, bas dah datang?" Aku bertanya. Orang tu dah jadi pelik. "Oh i'm sorry, i not understand because i'm from japan." hah, dari Jepunlah pulak orang tu. "Oh, sorry sir, sorry sir." Aku meminta maaf. Aku dan Mr. Peter tergelak.



Bas yang ditunggu dah datang. Kami naik. Aku duduk di tepi sorang perempuan. Anak dara rasanya. Dan selang beberapa minit kemudian, aku bertanya. "Cik, dah sampai Bangkok Bank?" "Belum." Jawab perempuan itu perlahan. "Cik nanti sampai beritahu ya?" Aku berpesan. Perempuan itu diam.



Tiba-tiba aku terdengar loceng ditekan. "Ok, dah sampai." Beritahu perempuan itu. "Sampai ke mana kak?" Aku sengaja bertanya walhal aku tahu bahawa dah sampai Bangkok Bank. "La, Bangkok Bank lah." Akak tu agak marah. Aku tergelak. Akak tu pun gelak.



Aku dan Mr. Peter pun turun. Perempuan tu pun turun jugak kalau tak salah. "ha Khai Eong, awak dengar sini, sekarang awak turun, awak ikut ini Payment. Kemudian, awak kena naik bas nombor 60 untuk ke Timber Board tu. Terang Mr. Peter.



Nasib kami baik sebab bas cepat datang. Kami pun naik dan pergilah ke Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia. Tak jauh perjalanan masa yang diambil tu.



Di Lembaga itu, ada dua orang buta yang bekerja di sana. Mereka ialah Abzul dan juga Rutiah. Rutiah ni, suara halus tapi berangin. Abzul tu tinggal di Gombak. Aku tak kenal sangatlah.



Aku dibawa melawat di sekitar kawasan itu. "Ok Rutiah dan Abzul, awak boleh jaga ini Khai Eong ha?" Mr. Peter bertanya.



Selepas itu, kami pun berangkat pulang. Kami sampai di GTC dah pun tengahari. Wah, penatnya bukan main lagi. Kami terus berehat di kelas.



Semua pelajar dah suksis dan sudah dapat menghafal macammana hendak ke tempat praktikal mereka. Ada yang kena di UKM. Itu Noorhazira kalau tak salah. Surina dan Muhamid di Hospital Tun hussein On kalau tak salah aku.



Tetapi, yang paling dibimbangi ialah Shahrim. Ini kerana, mobilitinya begitu teruk sekali. Dia tidak berapa boleh ingat dan menghafal macammana nak ke tempat praktikalnya itu. Itulah yang membimbangkan semua guru.



Walau pun kami sudah boleh menghafal tempat praktikal kami, perasaan bimbang tetap menghantui kami. Yalah, sekarang semuanya ok, manalah tahu bila tiba harinya nanti, lain pulak yang berlaku. Itulah yang menghantui fikiran kami. Tapi, kami pendamkan sahaja.



Jadi, untuk mengisi hari-hari terakhir sebelum menjelangnya praktikal, maka kami mengulangkajilah apa yang telah kami pelajari itu. Kami belajar cara menjawab telefon. "Selamat pagi, nombor encik." Itu dia.



"Selamat pagi, nombor encik." Itu bila operator angkat telefon. Kalau nada dering sudah kali ketiga atau keempat, cakapnya gini, "saya cuba sambungkan encik." Kalau keenam atau ketujuh, gini pulak. "Maaf encik, saya cuba sambungkan encik." Kalau sudah menghampiri sepuluh deringan, gini pulak. "Maaf encik, panggilan tidak berjawab."



Ha, betapa hemahnya operator. Tapi sekarang, mana ada? Kadang tu ada yang bunyi suara macam orang baru bangun tidur pun ada. Ada yang jawab dalam keadaan malas dan macam-macam hal.



Bersambung.


Jumaat, Januari 18, 2008

Kenangan di GTC bahagian sebelas


Bersambung lagi di bahagian sebelas.



Seorang guru bahasa inggeris telah masuk ke GTC. Buat beberapa bulan sebelum itu, tiada guru untuk mengajar bahasa inggeris. Guru Bahasa inggeris itu masuk pun dah pertengahan Ogos kalau tak salahku. nama beliau Rosli. Kami panggil dia, cikgu Rosli. Cikgu ni, peramah tapi hisap rokok.



Dan dia akan mengajar bahasa inggeris. Aku pun dah ingat-ingat lupa sama ada dia hanya mengajar bahasa inggeris untuk kelas operator sahaja atau untuk semua kelas. Itulah yang aku tak pasti.



Pada pertengahan September, kami telah pergi ke rumah cikgu Rosli. Ini pun aku dah tak berapa ingat di mana rumahnya. Tapi kalau tak salah, kami kena naik dua bas. Dan, beberapa hari sebelum pergi, kami telah bertanya pada cikgu Rosli macammana nak pergi.



Jadi, tibalah harinya di mana kami para pelajar kelas operator akan berangkat ke rumah cikgu Rosli. Hari tu ialah hari Ahad. Kami bertolak pada sebelah tengahari. Kami pergi dengan menaiki bas mini. Kami kena naik dua bas kalau tak salah. Dan nasib baik pada hari itu, bas tak ramai orang sangat.



Sesampainya di perhentian bas, kami pun turun. Cuaca sudah mula gelap. Wah, sudah nak hujan ni. Dan, dengan berpandukan arah yang diberitahu oleh cikgu Rosli, kami berjalan dengan laju menuju ke rumah cikgu Rosli. Kini, hujan rintik-rintik sudah mula turun.



Kami sampai di rumah cikgu Rosli. Kami disambut mesra oleh cikgu Rosli dan isterinya. Kami pun dijemput masuk oleh cikgu Rosli. Lega kami sebab dah sampai dengan selamat.



"Bolehkah cari rumah saya?" Cikgu Rosli bertanya. "Mula-mula, sesat jugak." Beritahu Zainal. "Tapi kami ikutlah panduan yang cikgu bagi." Zainal menambah. Dan kini, hujan sudah mula menjadi sederhana lebat.



Kami duduk di ruang tamu rumah cikgu Rosli sambil mendengar rancangan yang popular di tv3 iaitu siaran Sinaran Pasport Kegemilangan. masa tu, siri pertama. Ada peserta yang sekarang dah jadi anggota dan bekas anggota kumpulan lawak Senario.



Setelah selesai mendengar rancangan Sinaran Pasport Kegemilangan, cikgu Rosli dan isteri mengajak kami makan. Rupanya, nasi dan lauk sudah pun terhidang.



Kami pun duduk di keliling meja. Lauk pada petang itu ialah kari ayam. Amboi, kegemaran aku tu. Ha, perut pun, tengah lapar, jadi, kami pun makanlah. Sedap sungguh masakan isteri cikgu Rosli.



Sambil makan, kami bersembang. Cikgu Rosli ni rupanya pelajar sekolah Princess Elizeberth. Isterinya dah biasa bergaul dengan orang buta, jadi tiada masalah baginya untuk melayan orang buta.



Setelah makan, kami duduk semula di ruang tamu rumah cikgu Rosli. Dan kini, hujan sudah pun berhenti. Kami mendengar tv lagi. Sinaran Pasport masih belum selesai. Maklumlah, kalau tak salah, itu siaran langsung.



menghampiri jam enam setengah petang, kami mula bersiap untuk pulang. Kami mengucapkan ribuah terima kasih kepada cikgu Rosli kerana melayan kami. Kami pun dibawa ke stesen bas. Nasib kami baik, bila sampai di stesen, terus ada bas. Kami pun naik.



Kami sampai di GTC kira-kira jam tujuh malam. Malam tu kami tak makan malam kat GTC. Kami dah beritahu kat tukang masak yang kami ni, tak makan.



Bersambung.


Arkit blog