Ahad, Januari 27, 2008

Pergi BGM 2002 bahagian enam


O k, sekarang kita sambung lagi.


Mesyuarat pada hari pertama itu tamat pada kira-kira jam 7 malam. Selepas
habis mesyuarat, kami pun pergilah makan malam di dewan makan. Malam itu,
kami makan gulai ayam dan beberapa jenis sayur-sayuran. Seperti biasa John
Kim dan Baskaran duduk di meja orang Penang.


Seperti biasa, aku makan dua pinggan juga malam tu. Maklumlah, dapat
makan dengan tangan. ulah yang paling aku syok sekali. Orang yang tukang
angkat makanan kat kami ialah Tajma dan Mr. Yow. Latifah pun turut sama
menolong.


Selepas makan, kami pun berangkat pulang menuju ke hotel penginapan kami
iaitu Empress Hotel. Kami menumpang bas dari Perak. Yang tinggal di
Empress Hotel ialah peserta dari Perak, Penang dan Terengganu. Peserta
Perak banyak, jadi, mereka telah menyewa sebuah bas.


Sesampainya kami di hotel, kami terus ke bilik masing-masing. Aku dan Mr.
Yow ke bilik kami.


Kami pun mandi dan menyalin pakaian kami.


Selepas aku mandi dan menyalin pakaian, aku telah ke bilik kawan baikku
iaitu Latifah dan kak Ros Aniza. Di situ, Norazliha juga turut berada
bersama.


Semasa di sana, aku telah meminta Norazliha supaya membancuh air nescafe
buat aku. Dia bancuhlah. Wah! Tak manis pun jadi manislah pasai dia yang
buatkan kat aku. Begitu sedap sekali tau? Aku sempat menonton cereka rama
di tv3 bersama-sama dengan mereka.


Tepat jam 12 tengahmalam, aku pun baliklah ke bilik aku. Latifah bawa aku
balik. Sementara kak Ros Azniza, dah tidur mati dah. Norazliha juga telah
balik ke biliknya juga. Dia sebilik dengan Tajma.


Bila aku balik ke bilik, aku terus ke toilet. Selepas ke toilet, aku
mendengar berita pula di tv1 dan selepas itu, aku pun tidurlah sambil
ditemani oleh radio kecilku. Sementara Mr. Yow pula telah bangun dan ke
toilet.



Kini, tibalah hari Ahad iaitu 16 Julai. Pada pagi itu, aku dan Mr. Yow
bangun jam 6 pagi. Pagi tu, aku pergi mandi dulu. Sementara itu, Mr. Yow
pula, buka tv. Entah apalah siaran yang dia buka tu. Aku sendiri pun
kurang pasti.


Setelah aku selesai mandi, Mr. Yow pula pergi mandi. Sementara aku pula,
mengemas-emaskan beg pakaianku. Maklumlah, dah nak check out ni.


Setelah Mr. Yow dah selesai mandi, dia pun mengemaskan beg pakaiannya.
Dia dah mula kelam-kabut. Syok juga kekadang tengok perangai si Mr. Yow
ni.


O k, masa nak pergi sarapan dah tiba. "Eh Mr. Yow, awak dah siapkah
semua?" Ah Bah bertanya. "O k, o k, o k, sudah siap. Sudah siap. Nanti
sekejap, saya nak tutup pintu ni." Mr. Yow berkata.


Dalam keadaan yang gopoh-gapah itu, pintu bilik kami pun ditutup. "Eh,
eh, eh, eh, eh, alamak, macammana ni? Eh, eh, eh, eh, Ah Bah, saya sudah
tinggal kunci bilik dalam biliklah. Macammana nak buat ni? Alamak,
susahlah kali ni." Mr. You merungut. "Tak apalah, nanti, awak pergi dekat
kaunter dan minta kunci spare dari mereka. Lagi pun, beg kita semua dalam
bilik lagi kan? Lepas makan, kita nak naik atas lagi untuk ambik beg." Ah
Bah menenangkan keadaan. "Ha, ha, ha, ha, yalah yalah. Nanti boleh minta
kunci spare ya itu saya tau." Beritahu Mr. Yow. "Hei, orang tua ni, gila
betullah." Rungutku di dalam hati.


Kami pun, pergilah bersarapan pagi. Pagi itu, kami makan nasi goreng dan
beberapa jenis makanan lagi. Aku pun dah lupa. Yang kuingat, aku makan dua
pinggan. Maklumlah, dapat makan dengan tangan.


Sementara itu, Mr. Yow sedang dok menggelabah. Dia kelam-kabut nak pergi
ambil kunci spare dari kaunter.


Selepas makan, dia pun pergilah ambil kunci dari kaunter. Maka, dapatlah
pintu bilik kami dibuka. "Eh Ah Bah, macammana nak buka pac-lock beg saya
ni? Kunci pac-lock nya, saya dah masukkan dalam beg. Ni, pac-lock nya,
saya dah kuncikan. Macammana nak buka? Awak boleh tolong bukakah Ah Bah?"
Mr. Yow bertanya. "Ha, kalau macam tu, awak kena pecahkan pac-lock tulah
Yow." Ah Bah mencadangkan. Mr. Yow diam.


Setelah semuanya dikemaskan, kami pun turunlah ke bawah dengan membawa beg
dan terus check out. Ianya diuruskan oleh Mr. Wong. Siapa dia Mr. Wong
tu, tak tau sangatlah aku. Selepas itu, kami pergi menunggu bas. Bas masih
belum sampai. Kami tunggu, dan tunggu, dan tunggu.


Akhirnya, bas sampailah. Pada pagi ini, barulah kami naik bas yang ber
aircon. Semalam masa balik dari mesyuarat dah ada aircon dah. Sebelum itu,
tiada. Macam duduk dalam arbon saja bila naik bas tu.


Setelah semuanya naik, salah seorang petugas dari Perak yang bernama Ayu
telah memanggil nama tiap seorang. Suara si Ayu ni, memang canggih.
Lembut, kecil dan halus. Macam Doraemon.


"Eh Latifah, Latifah," Ah Bah memanggil. "Ya," jawab Latifah rengkas.
"Tengok kita punya orang semua sampai cukuplah." Perintah Ah Bah.


"Eh nanti, dengar dulu." Salah seorang kerani mengarahkan supaya diam.
"Tengok sudahlah kita punya orang .........." Ah Bah tidak sempat
menghabiskan cakapnya lalu dipotong oleh Latifah. "Ha, cukup dah." "Cukup
ha, o k." Kata Ah Bah pendek. "Kita tak payah panggil punya." Ah Bah
berkata lagi.


Nama telah selesai dipanggil. "O k, buka lagu hindustan." Kataku.


"Ah Yow! Ah Yow!" Ah Bah memanggil. "Ha, ha," Mr. Yow menjawab. "Awak
di mana?" Ah Bah bertanya. "Mari, saya nak bagi duit claimm pada awak."
Ah bah memberitahu. "Ah, tak payahlah nanti dulu." Mr. Yow berkata. "Ha,
Ah Bah panggil ambil duit. Pergi ambil." Beritahu Tajma kepada Mr. Yow
dalam bahasa hokian. "Ha, ini RM 50. Tajma tolong ambil bagi dia. ada RM
4 lagi. Nah." Ah Bah memberitahu.


"O k, lagu hindustan!" Aku berseru lagi sebab lagu hindi masih belum
dimainkan.


"Faes!" Eng Kheng memanggil. "Ooooo!" Jawab Faes. "Hidup England!"
Kata Eng Kheng.


"Khai Eong," Ah Bah memanggil. "Ops!" Jawabku rengkas. "Saya bagi awak
duit pecah ya?" Beritahu Ah Bah. "Nah, ini RM 40 ya? Ini RM 40." Ah Bah
memberitahu. "Ha," Jawabku rengkas.


"England lawan Brazil o." Eng Kheng berkata kepada Faes. Si Eng Kheng
ni, dok sibuk pasal world-cup. "England lawan Brazil o. Second round.
Second round kalau Brazil menang." Eng Kheng memberitahu Faes. "Wah,
hebat." Faes menjawab. "Bila?" Faes bertanya. "Second round, kalau dia
menang, dia kena lawan dengan Brazillah." Eng Kheng menjelaskan. "Berapa
haribulan?" Faes bertanya lagi. "Tak tahulah." Eng Kheng menjawab
rengkas.


"Nah Khai Eong, ini lagi RM 14. Ini duit shiling emas. Nak makan nanti
senang. O k, tak hutang kamu semua dah ha?" Ah Bah memberitahu.


"Pertandingan akhir, Jerman lawan Brazil." Eng Kheng memberitahu.


Lagu hindustan pun dimainkan. "Ini bukan lagu hindustan." Kata Eng
Kheng. "Eh, lagu hindustankah?" Eng Kheng bertanya. "Ya, lagu dari filem
Kabhi Kushi Kabhi Gham." Aku menerangkan.


"Ah Bah, oh Ahbah," Norazliha memanggil. "Ya," Ah Bah menjawab rengkas.
"Ah Bah duduk sebelah awet diam aja." Kata Norazliha. "Yakah? Saya
takut." Ah Bah berseloroh. "Takutkah?" Norazliha bertanya.
"Hmmmmmmmmmmm." Ah Bah menjawab rengkas. "Takut malu." Ah Bah menyambung.
"Takut malukah?" Norazliha bertanya kembali. "Ya, takut malu. Saya
sebelah Siapa ha?" Ah Bah bertanya. Tiada jawapan.


"Ha, barang tertinggallah." Eng Kheng berkata. "Apa yang tinggal?" Aku
bertanya. "Barang kemas." Eng Kheng berseloroh. "Pakcik, pakcik, barang
lupa bawalah." Eng Kheng berkata. "Apa barang yang tak bawa?" Tanya
pakcik Ibrahim. "Ha tu, tv tu tak bawa. Hahahahahahaha!!!" Kata Eng Kheng
sambil ketawa. pakcik Ibrahim turut ketawa sama.


"Tv tak bawa baliklah. Lupalah." Kata Eng Kheng. "Lupakah?" Aku
bertanya. "Tv tak bawa balik ya Eng Kheng?" Norazliha bertanya. "Tv, kain
cadar, kain selimut semua." Pakcik Ibrahim ketawa.


"Awat tak bawak balik Eng Kheng?" Norazliha bertanya. "Lupa." Jawab Eng
Kheng pendek. "Rugilah Eng Kheng. Barang tu mahal tau?" Kata Norazliha.
"Tak rugilah, bukan saya punya duit." Eng Kheng membalas. "Lipatlah."
Norazliha berkata. "Tak boleh lipat." Balas Eng Kheng.


"Eh, mana name tack ha, ha ada. Tak ada name tack tak boleh undi o."
Beritahu Eng Kheng.


Setelah diam beberapa ketika, Mohd Faes pun memecah keheningan. "Ah Bah,
kalau you mau tanding, you kena rezine Penang dulu." "Ha, rezine dulu baru
bertanding." Eng Kheng menyampuk. "Nak tanding dulu. Tanding dulu kalau
lapat balu lezine Penang. Lia punya law itu maciam punya." Beritahu Ah
Bah yang tidak fasih bahasa melayu. "Taklaklah. Saya mana boleh?" Ah Bah
merendah.


"Siapalah saya ni," Eng Kheng menyampuk. "Ha, kalau Ah Bah bertanding,
nanti kami mai sini, dah tak kenai kami dah." Gurau Norazliha. "Awat tak
kenai? Kenai o." Ah Bah membalas. "Ha, action." Latifah membalas.
"Taklak action lah." Ah Bah membalas kembali.


"Kalau saya jadi presiden, saya berenti Pulau Pinang punya, habeh Ahmad
Yusof mai baliklah. Ahmad Yusof mai balik jadi Pulau Pinang punyalah." Ah
Bah memberitahu. "Apa pasal, orang lain takdakkah? Penang punya banyak
ahli SB takkan orang tua ni pulak?" Norazliha bertanya. "Taklak, kot lah."
Ah Bah menjawab pendek. "Ahmad Yusof mai balik saya rezine." Eng Kheng
memberitahu.


Suasana sepi kembali. Aku terus menikmati lagu hindustan yang diputarkan
di dalam bas tersebut.


"Jaafar," Eng Kheng memanggil. "Ho," jawab Jaafar rengkas. "Hang nak
bukak kilang, kilang ubatkah?" Eng Kheng bertanya. "Ha." Jawab Jaafar
rengkas. "Ubat apa?" Aku menyampuk. "Ubat apa, tongkat alikah?" Eng
Kheng bertanya. "Ha." Jawab Jaafar rengkas. "Hahaha!!!" Pakcik Ibrahim
gelak. Orang tua gatal tau sajalah. "Tongkat Jaapak kot?" Aku bergurau.
"Ha, tongkat ali." Jaafar membalas kepada pakcik Ibrahim yang gelak tadi.


"Tongkat aku maukah?" Eng Kheng berseloroh. Kedengaran ada seorang
perempuan ketawa seperti hantu. "Tongkat berlomoih sapa mau." Norazliha
membalas. Semua orang ketawa termasuk pakcik Ibrahim orang tua gatal tu.
Dia kalau topik ni, memang cukup suka. Gatal!


"Hang mana tau berlomoih?" Eng Kheng bertanya. "Apalah Eng Kheng," Ah
Bah berkata sambil ketawa. Sementara itu, pakcik Ibrahim yang gatal tu,
ketawalah terbahak-bahak. Hmmmmmmm!!! Tak kuasa aku. "Ai, nampaknya, otak
semua ni, tak sekolah kot?" Norazliha membalas. "Orang tak sekolah aja
yang gatal ni." Sambung Norazliha. "Eng Kheng ada sekolahkah Eng Kheng?"
Ah Bah bertanya. "Saya, saya tak sekolah tapi berpelajaran." Eng Kheng
menjawab. "Saya pun tak sekolah. Saya memang tak sekolah." Ah Bah
membalas.


Sementara itu, pakcik Ibrahim yang gatal tu, punyalah dok gelak. Gelak
ala-ala gatal gitu. "Amboi pakcik gelak." Eng Kheng berkata sambil
tergelak. "Amboi pakcik ni. Sabak, sabak pakcik. Mengucap mengucap
pakcik. Satni kalau darah tinggikah, sakit jantungkah susah. Mengucap
pakcik." Norazliha berkata. "Oh tu no?" Pakcik Ibrahim bertanya. "Hangpa
tadi cakap itu, dialah yang paling suka o." Ah Bah memberitahu.


Suasana tenang kembali. Masing-masing dengan hal masing-masing.


Sebenarnya, mereka tidak sedar yang aku telah merakam segala percakapan
dan perbualan mereka. Aku rakam secara senyap-senyap. Kalau tak, taklah
cerita dalam bas ni begitu panjang. Orang buat camera apo, aku buat radio
apo.


Tidak lama kemudian, tibalah kami di Hotel Sri Malaysia. Kami pun
turunlah dengan membawa beg kami masing-masing. Beg kami diletakkan di
bilik gerakan SBM.


O k bersambung!


0 ulasan:





Arkit blog