Jumaat, Julai 07, 2017

Info SBM.

Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia

Pengumuman Mingguan 3 Julai, 2017

Salam bahagia daripada kami semua dari Ibu Pejabat.

Terdapat dua pengumuman untuk minggu ini. Kedua-duanya dari Ibu Pejabat. Yang Selebihnya adalah pengumuman ulangan atas permintaan.

Pengumuman Dari Ibu Pejabat

Pengumuman dari Jawatankuasa Komunikasi, Advokasi dan Hak Asasi (JAKAHA)

Kaunter tukar kad MyRapid dibuka di Stesen LRT Sri Rampai

Stesen LRT Sri Rampai adalah pusat penukaran kad konsesi keempat yang dibuka, selain Stesen LRT Awan Besar bagi Laluan Sri Petaling dan Stesen LRT Subang

Jaya bagi Laluan Kelana Jaya yang beroperasi sejak 21 Jun 2017.

Pusat penukaran kad konsesi ini beroperasi setiap hari bermula jam 7pagi hingga 7malam sehingga 15 Julai 2017.

ketiga-tiga pusat penukaran kad konsesi MyRapid ini bagi membolehkan pemegang kad konsesi MyRapid yang terdiri daripada pelajar, warga emas dan orang kelainan

upaya (OKU) menukar kad konsesi mereka kepada kad konsesi baru yang bercirikan platform Touch ‘n Go (TnG).

Penukaran kad MyRapid ke platform baharu ini perlu bagi membolehkan pengguna menikmati perjalanan yang lancar dan selesa dengan rangkaian bas Rapid KL,

LRT, Monorel dan Laluan MRT Sungai Buloh-Kajang

“Fasa dua projek MRT Sungai Buloh- Kajang akan berintergrasi dengan LRT Laluan Kelana Jaya di Stesen Pasar Seni, manakala bagi laluan Sri Petaling/Ampang

di Stesen Maluri dan Stesen Plaza Rakyat.

Pengumuman dari Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Komuniti (JPWK)

Perkhidmatan Sukarela Membaca dan Mengiring Untuk Membeli-belah

Berita baik untuk mereka yang memerlukan khidmat membaca dan pengiring untuk membeli-belah.

Program ini yang dikendalikan bersama oleh SBM dan Klab Komuniti Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU) akan beroperasi dua kali sebulan iaitu pada setiap

hari Sabtu pertama dan ketiga dari jam 9:00 pagi hingga 1:00 Tengahari. Sesi pertama telah dijadualkan pada 15 Julai ini. Tempat berkumpul adalah di

perkarangan Menara Vista Sentral.

Sesiapa yang berminat untuk mendapatkan perkhidmatan-perkhidmatan tersebut hendaklah menghubungi Puan Fadilah Aziz di talian 013-340 6511 atau En. Moktar

Soon di talian 013-340 9848 sebelum duabelas haribulan Julai 2017 dengan menyatakan jenis perkhidmatan yang diperlukan. Ini adalah untuk memastikan agar

perkhidmatan ini dapat berjalankan dengan lancar.

Pengumuman Ulangan:

Tiada Pengumuman.

Pengumuman Dari Cawangan/Kawasan SBM

Pengumuman dari Zon Utara:

Pengumuman dari SBM Cawangan Perak

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Berikut adalah pegumuman dari SBM cawangan Perak:

1. Majlis sambutan hari raya aidil fitri 2017

Tarikh : 22.7.2017

masa : 2 hingga 6 petang

Tempat : SBM cawangan Perak

Selain daripada mengeratkan hubungan persahabatan dan kemesraan, ahli-ahli yang hadir akan turut diberi sumbangan hari raya.

2. Pertandingan bakat antara ahli-ahli sbm cawangan perak turut diadakan pada tarikh, masa dan tempat seperti di atas. Pemenang bagi pertandingan tersebut

akan mewakili sbm cawangan perak ke pertandingan Bakat Seni Suara peringkat kebangsaan yang akan dimaklumkan kelak.

Ahli-ahli yang berminat untuk menyertai pertandingan tersebut diminta menghubungi kerani sbm cawangan perak

di talian 05-253 3029 atau terus menghubungi Puan Norfadilah bt Yunus Pengerusi jawatankuasa kebudayaan, Kesenian dan Sosial di talian 019-488 2439

3. Ahli-ahli yang ingin memohon Skim bantuan persekolahan anak-anak ahli bagi sesi 2018 boleh mendapatkan borang tersebut

di pejabat sbm cawangan perak, tarikh tutup permohonan ialah pada 31 ogos 2017.

PENGUMUMAN DARI SBM CAWANGAN KEDAH

Assalamualaikum, Salam sejahtera, salam Muafakat Kedah, dan salam SBM.

SBM Cawangan Kedah akan mengadakan Program Perjumpaan Ahli sempena Hari Raya Aidilfitri 2017 seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 9 Julai 2017 Hari Ahad;

Masa : 10.00 Pagi;

Tempat : Dewan SBM Cawangan Kedah;

turut diadakan adalah pemeriksaan kesihatan percuma, sesi Dialog Bersama JKM berkenaan Elaun Pekerja Cacat, Taklimat dari Jobs Malaysia berkenaan bantuan

perniagaan yang disediakan untuk OKU dan Taklimat dari Agro Bank mengenai Insuran OKU. Semua ahli SBM Cawangan Kedah dijemput hadir bagi memeriahkan program

ini.

Pengumuman dari Zon Selatan:

Pengumuman dari SBM Cawangan Melaka

Salam SBM.

Mesyuarat AJK bil4/2017 akan diadakan pada 16 Julai 2017 (Ahad) bertempat di Bilik Mesyuarat SBM Melaka.

Pengerusi mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada semua ahli SBM. Kepada yang akan pulang ke kampong, berhati-hati di jalan raya.

Pejabat SBM Melaka akan ditutup pada 21 Jun hingga 2 Julai 2017. pejabat akan mulaberoperasi pada 3 Julai 2017.

Untuk perhatian semua ahli SBM Melaka, borang bantuan pendidikan persekolahan anak ahli akan mula diedarkan pada 3 Julai 2017. Tarikh tutup untuk mengembalikan

borang tersebut adalah pada 30 Ogos 2017.

PENGUMUMAN DARI SBM KAWASAN NEGERI SEMBILAN

SBM Kawasan Negeri Sembilan akan mengadakan Mesyuarat Agung LuarBiasa pada ketetapan seperti berikut:

Tarikh : 15 julai 2017 (sabtu)

Masa : 9:00 pagi-2:00 petang.

Tempat : Premis SBM Kawasan Negeri Sembilan, Era Square, 72100 Seremban, Negeri Sembilan.

Sehubungan dengan itu, semua ahli biasa dan bersekutu dijemput hadir ke mesyuarat ini. Selain itu, turut diadakan sesi ramah mesra bersama ahli SBM Kawasan

Negeri Sembilan serta beberapa aktiviti sampingan lain.

Untuk maklumat lanjut, sila berhubung dengan En. Khairul Azwan Bin Wahab, Pemangku Pengerusi SBM Kawasan Negeri Sembilan di talian 019-657 5795 atau En.

Mathialagan A/L Tanjung Tuan, Setiausaha SBM Kawasan Negeri Sembilan di talian 013-613 0057.

Jumpa anda di sana.

Pengumuman dari zon Tengah

PENGUMUMAN dari SBM Cawangan KL/SELANGOR

Assalamu’alaikum dan salam sejahtera

ada dua pengumuman pada minggu ini.

Pengumuman Pertama:

Program Hari Tongkat Putih Antara bangsa Peringkat Kebangsaan Edisi Ke-8 2017.

Tarikh pendaftaran untuk Program ini masih dibuka sehingga 30 Jun 2017. Selain mengadakan acara perarakan dan majlis makan malam bersama Tetamu-tetamu

kehormat, pihak penganjur akan mengadakan acara cabutan bertuah dan kuiz. Hadiah menarik akan disediakan termasuk satu hadiah istimewa (grand Prize) menanti

anda.

Pengumuman kedua:

Skim Bantuan Pendidikan Untuk Anak-anak Ahli Bagi Sesi Persekolahan 2018.

Permohonan Skim bantuan pendidikan anak-anak ahli bagi sesi persekolahan 2018 telah di buka. Sesiapa yang berhasrat untuk mendapatkan Bantuan berkenaan,

sila dapatkan borang permohonan bantuan tersebut di pejabat SBM Cawangan KL/Selangor pada waktu pejabat. Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dikembalikan

ke pejabat SBM Cawangan KL/Selangor selewat-lewatnya pada 8 September 2017. Borang yang lewat dihantar tidak akan dipertimbangkan. Sekiranya ada sebarang

pertanyaan, silalah hubungi Encik Muhammad Adha Bin Shamsuri di talian 03-2276 5276.

Pengumuman dari Pantai Timur

Pengumuman dari SBM Cawangan Pahang

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Skim bantuan pendidikan anak-anak ahli bagi sesi persekolahan 2018.

Permohonan bagi skim bantuan pendidikan anak-anak ahli bagi sesi persekolahan 2018 telah dibuka. Mana-mana ahli SBM Cawangan Pahang yang ingin memohon

skim bantuan tersebut, bolehlah mendapatkan borang permohonan di pejabat SBM CAWANGAN PAHANG.

Borang permohonan yang telah lengkap diisi perlu dikembalikan semula ke pejabat SBM Cawangan Pahang pada atau sebelum 30 Ogos 2017. Borang permohonan

yang diterima selepas 30 Ogos 2017 tidak akan diproses.

Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, sila hubungi Cik Radziah Husain pembantu tadbir, pejabat sbm cawangan pahang di talian 09-296 4197 pada

waktu pejabat.

PERHIMPUNAN AHLI BERSEMPENA SAMBUTAN HARI RAYA AIDIL FITRI 2017

Sbm Cawangan Pahang akan mengadakan Program Perhimpunan Ahli 2017 bersempena Sambutan Hari Raya Aidil fitri seperti ketetapan berikut:-

Tarikh: 9 Julai 2017 (Ahad)

Masa: Bermula 10.30 pagi

Tempat: Sbm Cawangan Pahang,

G46G,

Jln Mentakab,

Kg. Batu Satu,

28000

Temerloh,

Pahang.

Antara pengisiannya adalah :-

Meraikan ahli-ahli SBM Cawangan Pahang bersama dengan semua barisan jawatankuasa serta penyelaras dalam satu majlis santai sambil meraikan sambutan Aidil

fitri.

Mengeratkan jalinan silaturrahim dan ukhwah antara ahli-ahli dengan penjawat serta bertukar pandangan dan idea demi kebaikan ahli Sbm Cawangan Pahang khususnya.

Bagi pihak barisan jawatankuasa, saya Shereen Azura Bt Abdul Rahim, selaku Pengerusi Sbm Cawangan Pahang ingin menjemput dan mengalu-alukan kehadiran semua

ahli biasa dan ahli bersekutu Sbm cawangan Pahang ke Program Perhimpunan Ahli 2017 pada tarikh yang tersebut di atas. Saya juga menggalakkan semua yang

hadir berpakaian cantik dan bersesuaian dengan perayaan aidil fitri.

LAWATAN JARAK JAUH 2017 Ke KELANTAN dan TERENGGANU

Sbm Cawangan Pahang di bawah Jawatankuasa Kebudayaan, Keseniaan dan Sosial (JKKS), berhasrat untuk mengadakan Program Lawatan Jarak Jauh 2017 Ke Kelantan

Dan Terengganu.

tarikh yang dicadangkan untuk lawatan adalah 16 dan 17 September 2017 (Sabtu dan Ahad)

Tempat-tempat yang akan dilawati akan dimaklumkan kelak.

Tambang yang dikenakan adalah seperti berikut:-

RM90.00 seorang bagi ahli;

RM120.00 seorang bagi bukan ahli.

Bayaran tersebut adalah untuk menampung kos pengangkutan dan penginapan.

Bagi ahli-ahli yang berhasrat untuk mengikuti program ini,

Pendaftaran boleh dibuat dengan menghubungi pembantu tadbir cawangan di talian 09-296 4197 pada waktu pejabat.

Untuk sebarang pertanyaan, bolehlah berhubung dengan Pengerusi Jawatankuasa kebudayaan ,kesenian dan Sosial (JKKS) Encik Ooi Kee Bing di talian 013-921

9776.

Pengumuman Dari Sabah dan Sarawak

Tiada Pengumuman.

Iklan:

Minuman Kesihatan Mata Cenroma

Tuan-Tuan dan Puan-puan,

Dapatkan Minuman Kesihatan Mata Cenroma. Mimuman Cenroma amat berhasiat untuk memulihkan banyak penyakit mata.

Ada dua perisa minuman Cenroma, iaitu Koko dan kopi. Harga Cenroma

koko, RM68.00 manakala harga Cenroma kopi, RM64.00.

Sekiranya berminat, dan ingin mendapat maklumat lanjut, sila hubungi Puan Jamaliah Jaafar di talian 013-340 3537.

Jawatan Kosong untuk Juru Urut di Kota Bharu Kelantan

• 60% / 40% (tempoh percubaan 3 bulan)

• 70% / 30% (selepas 3 bulan)

Pengangkutan dan penginapan disediakan

Tawaran Pekerjaan Sebagai Juru Urut Bagi OKU Cacat Penglihatan di Golden Touch Reflexology.

Jawatan ini terbuka kepada OKU Cacat Penglihatan yang berminat untuk menjadi warga Golden Touch Reflexology. Untuk makluman semua, antara cawangan Golden

Touch Reflexology :

i. Kampung Pintu Geng

ii. Tesco Kota Bharu, Kelantan

iii. Pusat Transformasi Bandar (UTC) Kota Bharu, Kelantan

Untuk sebarang maklumat lanjut, sila hubungi Encik Hairy di talian 09-743 8096 atau 013-928 9096

Pejabat kami terletak di

Lot 278-E,

Kampung Pintu Geng,

15100 Kota Bharu,

Kelantan,

Tel: 09-743 8096 atau 013-928 9096 atau 017-988 9096.

Info MAB.

TELEY MAB no. 694. Pembetulan.

Isnin, 3hb Julai 2017

No. tel.: 03-22722687

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Terdapat 3 pengumuman baharu dan 2 pengumuman lama,

1. Potongan rambut, urutan kaki dan rawatan kecantikan percuma oleh Power of Love Consultancy.

Ia akan diadakan pada hari Sabtu, 29hb Julai, dari 10.00 pagi hingga 12.00 tengah hari di Bilik Kuliah, Tingkat 2. Sekurang-kurangnya, 50 OKU Penglihatan, lelaki dan perempuan dialu-alukan. Sila berdaftar dengan En. Subra dan untuk maklumat lanjut, sila hubungi Cik Manogayathry di samb 297.

2. Terkini Kejohanan Goalball.

Kejohanan Goalball Piala Terbuka Dato’ MBPJ akan diadakan dari 14hb – 16hb Julai (Jumaat-Ahad). Mereka yang berminat, sila dapatkan borang pendaftaran dari Kaunter Resepsi MAB atau dari pejabat MBSA.

3. Terkini lawatan ke Betong, Thailand – 30hb Julai hingga 2hb Ogos.

Lagi berita baik! Yuran bagi ahli dan sukarelawan ialah RM250 dan bagi bukan ahli RM300. Sila berdaftar dengan Pn. Rani di 016-6854837 dan untuk maklumat lanjut, sila hubungi En. Eddie Chong di 013-3600192.

4. Perhimpunan warga emas OKU Penglihatan.

Perhimpunan dengan Mesyuarat Agung dan pilihanraya akan diadakan pada hari Sabtu, 8hb Julai, bermula 10.00 pagi. Yuran bagi ahli sebanyak RM6.00 dan bagi bukan ahli RM8.00. Sila berdaftar dengan Pn. Rani di 016-6854837.

5. Imbasan mata.

Para Optometri boleh didapati di Pusat Low Vision setiap Selasa, 9.30 pagi hingga 1.30 tengah hari. Jika anda mahu mata anda diperiksa, sila buat temujanji dengan Pn. Santhana di samb. 318.

Terima kasih,

Ikhlas,

En. Godfrey Ooi.

Cik. Roslina Mohamed.

Subjek: Teley MAB no. 694 - Correction

TELEY MAB no. 694

Monday, 3rd July 2017

Tel. no.: 03-22722687

Hello friends,

There are 3 new and 2 old announcements,

1. Free haircut trimming, foot massage and beauty treatment by Power of Love Consultancy.

This will be on Saturday, 29th July, from 10.00 am to 12.00 pm at The Lecture Room, 2nd floor. At least 50 blind, men and women are welcomed. Please register with Mr. Subra and for more info, please Ms. Manogayathry at ext.297.

2. Goalball Tournament update.

The Open Trophy Dato’ MBPJ Goalball Tournament will be from 14th – 16th July (Friday-Sunday). Those interested, please collect the registration forms from MAB Reception or the MBSA office.

3. Excursion to Betong, Thailand – 30th July to 2nd August update.

More good news! The fee for members and volunteers is RM250 and for non-members is RM300. Please register with Mrs. Rani at 016-6854837 and for more info, please call Mr. Eddie Chong at 013-3600192.

4. Elderly Blind Gathering.

The gathering with AGM and elections will be on Saturday, 8th July, starting 10.00 am. The fee for members is RM6.00 and for non-members is RM8.00. please register with Mrs. Rani at 016-6854837.

5. Eye-screening.

The Optometrist is available at The Low Vision Centre every Tuesday, 9.30 am to 1.30 pm. If you wish to have your eyes checked, please make an appointment with Mrs. Santhana at ext. 318.

Thank you,

Regards,

Mr. Godfrey Ooi.

Ms. Roslina Mohamed.

Info MAB. Pembetulan.

TELEY MAB no. 694

Isnin, 3hb Julai 2017

No. tel.: 03-22722687

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Terdapat 3 pengumuman baharu dan 2 pengumuman lama,

1. Potongan rambut, urutan kaki dan rawatan kecantikan percuma oleh Power of Love Consultancy.

Ia akan diadakan pada hari Sabtu, 29hb Julai, dari 10.00 pagi hingga 12.00 tengah hari di Bilik Kuliah, Tingkat 2. Sekurang-kurangnya, 50 OKU Penglihatan, lelaki dan perempuan dialu-alukan. Sila berdaftar dengan En. Subra dan untuk maklumat lanjut, sila hubungi Cik Manogayathry di samb 297.

2. Terkini Kejohanan Goalball.

Kejohanan Goalball Piala Terbuka Dato’ MBPJ akan diadakan dari 14hb – 16hb Julai (Jumaat-Ahad). Mereka yang berminat, sila dapatkan borang pendaftaran dari Kaunter Resepsi MAB atau dari pejabat MBSA.

3. Terkini lawatan ke Betong, Thailand – 30hb Julai hingga 2hb Ogos.

Lagi berita baik! Yuran bagi ahli dan sukarelawan ialah RM250 dan bagi bukan ahli RM300. Sila berdaftar dengan Pn. Rani di 016-6854837 dan untuk maklumat lanjut, sila hubungi En. Eddie Chong di 013-3600192.

4. Perhimpunan warga emas OKU Penglihatan.

Perhimpunan dengan Mesyuarat Agung dan pilihanraya akan diadakan pada hari Sabtu, 8hb Julai, bermula 10.00 pagi. Yuran bagi ahli sebanyak RM6.00 dan bagi bukan ahli RM8.00. Sila berdaftar dengan Pn. Rani di 016-6854837.

5. Imbasan mata.

Para Optometri boleh didapati di Pusat Low Vision setiap Selasa, 9.30 pagi hingga 1.30 tengah hari. Jika anda mahu mata anda diperiksa, sila buat temujanji dengan Pn. Santhana di samb. 318.

Terima kasih,

Ikhlas,

En. Godfrey Ooi.

Cik. Roslina Mohamed.

TELEY MAB no. 694

Monday, 3rd July 2017

Tel. no.: 03-22722687

Hello friends,

There are 3 new and 2 old announcements,

1. Free haircut trimming, foot massage and beauty treatment FOC by Power of Love Consultancy.

This will be on Saturday, 29th July, from 10.00 am to 12.00 pm at The Lecture Room, 2nd floor. At least 50 blind, men and women are welcomed. Please register with Mr. Subra and for more info, please Ms. Manogayathry at ext.297.

2. Goalball Tournament update.

The Open Trophy Dato’ MBPJ Goalball Tournament will be from 14th – 16th July (Friday-Sunday). Those interested, please collect the registration forms from MAB Reception or the MBSA office.

3. Excursion to Betong, Thailand – 30th July to 2nd August update.

More good news! The fee for members and volunteers is RM250 and for non-members is RM300. Please register with Mrs. Rani at 016-6854837 and for more info, please call Mr. Eddie Chong at 013-3600192.

4. Elderly Blind Gathering.

The gathering with AGM and elections will be on Saturday, 8th July, starting 10.00 am. The fee for members is RM6.00 and for non-members is RM8.00. please register with Mrs. Rani at 016-6854837.

5. Eye-screening.

The Optometrist is available at The Low Vision Centre every Tuesday, 9.30 am to 1.30 pm. If you wish to have your eyes checked, please make an appointment with Mrs. Santhana at ext. 318.

Thank you,

Regards,

Mr. Godfrey Ooi.

Ms. Roslina Mohamed.

Arkit blog