Khamis, Januari 26, 2017

Pengumuman Mingguan 23 Januari 2017

Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia

   

Terdapat lapan pengumuman baru pada minggu ini.  Dua daripada Ibu Pejabat, satu daripadaSBM CawanganMelaka, tiga daripada SBM CawanganKL/Selangor, Satu daripada Cawangan Pahang dan satu daripada Cawangan Kelantan.  Juga dimuatkan adalah iklan pekerjaan untuk Juru Urut dan lirik bagi lagu "SBM Gemilang".

     Pengumuman Daripada Ibu Pejabat SBM

Pengumuman Daripada Jawatankuasa Pembangunan Modal Insan (JPMI)

1.  Klab Pekerja

SBM kini menubuhkan Klab Pekerja SBM.  Keahlian klab ini terbuka kepada pekerja-pekerja di sektor awam dan sektor suasta.  Mana-mana pekerja yang Cacat Penglihatan mahupun ahli atau bukan ahli SBM boleh menganggotai Klab Pekerja ini.  Ahli SBM tidak dikenakan sebarang yuran keahlian.  Walaubagaimanapun mereka yang bukan ahli SBM dikenakan satu yuran pendaftaran kecil.

Sila hubungi Puan Norfadzilah Abdullah di Ibu Pejabat SBM untuk urusan borang pendaftaran keahlian atau maklumat lebih lanjut tentang Klab ini.  Nombor telefon Ibu Pejabat SBM adalah 03-2274 6162.

2.  Urusetia Gabungan Pertubuhan dan Persatuan Cacat Penglihatan

Hasil forum anjuran Jawatankuasa Pembangunan Modal Insan SBM pada 21 Januari 2017 yang lalu, kini wujud satu Urusetia Gabungan Pertubuhan dan Persatuan Cacat Penglihatan yang diketuai oleh Saudara Faizal Yussof.  Tujuan Urusetia ini adalah untuk merangka platform yang berkesan bagi menyampaikan hasrat, pendapat dan kepentingan warga Cacat Penglihatan kepada pihak kerajaan.

Sama-sama kita mengikuti perkembangan Urusetia ini.


     Pengumuman Ulangan:

Tiada Pengumuman


Pengumuman Daripada Cawangan/Kawasan SBM


    Pengumuman daripada Zon Utara:

Pengumuman dari SBM Cawangan Perak

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Berikut adalah peggumuman daripada SBM cawangan Perak:

Kepada ahli-ahli yang ingin menjelaskan yuran bagi tahun 2017, boleh menjelaskan yuran tersebut kepada
   kerani SBM cawangan Perak di waktu pejabat.

Mesyuarat Dwi Tahunan SBM Cawangan Perak

Mesyuarat Agong Dwi Tahunan SBM cawangan Perak akan diadakan pada hari sabtu  18 Mac 2017 mulai jam 9 pagi
   bertempat di tingkat 1 pejabat SBM Perak di alamat No 22A dan B, jalan lintasan Medan Kidd, Medan Kidd 30200 Ipoh.


      Pengumuman daripada Zon Selatan:

Pengumuman dari SBM Cawangan Melaka

Pengerusi SBM Melaka mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina iaitu tahun ayam kepada semua ahli yang meraikannya. Berhati-hati di jalan raya ketika pulang ke kampung.


    Pengumuman daripada zon Tengah

Pengumuman Daripada SBM Cawangan KL/Selangor

1.       Pertandingan Ten-Pin Bowling.

Pertandingan ten-Pin bowling yang sepatutnya berlangsung pada 7 Januari 2017 telah ditunda ke 12 Februari 2017 (Ahad. Pukul 2 petang di Indah Parade. Pertandingan ini akan dijalankan secara berkumpulan dengan setiap kumpulan terdiri dari 3 orang peserta. Untuk sebarang pertanyaan dan mendaftar, sila hubungi En. Mohd Shahril Azrie Bin Zainudin Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Sukan (JPS) Cawangan KL/Selangor di talian 013-431 5539.

2.      Kelas kraf tangan Berasaskan manik.

Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Komuniti (JPWK) Cawangan KL/Selangor, Akan mengadakan kelas kraf tangan berasaskan manik pada ketetapan seperti berikut:
Tarikh: 4 dan 5 Februari 2017 (Sabtu dan Ahad).
Tempat: Premis SBM Cawangan KL/Selangor.
Masa: 10 Pagi hingga 5 Petang.

Setiap peserta akan dikenakan yuran penyertaan sebanyak RM10 seorang. Untuk sebarang pertanyaan dan mendaftar, sila hubungi Pn. Rosnah Hj Ahmad Pengerusi SBM Cawangan KL/Selangor merangkap
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Komuniti (JPWK) Cawangan KL/Selangor, Di talian 012-216 3354 / 012-288 7676.

3.       Penutupan sementara Pejabat SBM Cawangan KL/Selangor Sempena Cuti Tahun Baru Cina dan Hari Wilayah Persekutuan.

Sempena Sambutan Tahun Baru Cina dan hari Wilayah Persekutuan, Pejabat SBM Cawangan KL/Selangor akan ditutup mulai 27 Januari 2017 (Jumaat) hingga 1 Februari 2017. pejabat Cawangan akan beroperasi semula pada 2 Februari 2017 (Khamis).

Sehubungan dengan itu, SBM Cawangan KL/Selangor mengucapkan selamat menyambut Tahun Baru Cina Kong Hee fat Choi kepada semua yang menyambutnya. Kepada mereka yang akan balik ke kampung, berhati-hati di jalan raya semoga selamat pergi dan selamat kembali.

Waktu operasi biasa adalah  Isnin hingga Jumaat dan Sabtu Minggu pertama, ketiga dan kelima. Nombor telepon pejabat SBM Cawangan KL/Selangor adalah 03-2276 5276.

Pembayaran Yuran Dan Mengemaskini Keahlian.

Mulai bulan Januari 2017, mereka yang berhasrat untuk menjelaskan yuran keahlian tahunan bolehlah berbuat demikian di pejabat SBM Cawangan KL/Selangor
pada waktu pejabat. Pihak pejabat juga sedang mengemaskini keahlian. Sehubungan Dengan itu sila maklumkan dengan memberi butir-butir peribadi yang terkini kepada  pembantu tadbir seperti berikut:
i. Nama sebenar yang tercatat di kad pengenalan.
ii. Nombor kad pengenalan.
iii. Alamat tempat tinggal yang terkini.
iv. Nombor telepon talian tetap atau telepon bimbit yang mudah dihubungi.
v. Salinan kad pengenalan dan kad OKU yang terbaharu.


     Pengumuman daripada Pantai Timur

Pengumuman dari SBM Cawangan Pahang

Pertandingan Permainan Dalaman

Sbm cawangan Pahang akan meneruskan penganjuran karnival sukan peringkat SBM
Pahang bagi 2017 dengan pertandingan Dam dan Congkak pada 4 Februari 2017. Jadual pertandingan sukan lain dan keputusan pertandingan tersebut akan diwarwarkan dari semasa ke semasa. Maklumat mengenai karnival sukan ini telah pun diedarkan kepada semua ahli SBM Cawangan Pahang.

Jika ada sebarang pertanyaan, sila hubungi kerani cawangan di talian 09-296 4197.

Pengumuman Daripada SBM Cawangan  Kelantan.

SBM Cawangan Kelantan  akan menganjurkan   kursus mengenai android pada hari Ahad, 5 Februari 2017 bertempat di premis SBM Cawangan Kelantan untuk 14 orang peserta.


     Pengumuman Daripada Sabah dan Sarawak

Tiada pengumuman


Iklan:

Singgah sana foot reflexsology & spa yang terletak di Shah Alam memerlukan beberapa orang juru urut lelaki dan perempuan. Oleh yang demikian, kepada OKU penglihatan yang berkemahiran dalam bidang urut namun masih belum mendapat peluang pekerjaan, anda boleh menghubungi Encik Saiful di talian 012-5082368 untuk mendapatkan maklumat lanjut.


SBM GEMILANG

RANGKAP 1:

Melangkah,
menuju ke hadapan,
Menempuhi rintangan dan dugaan yang mendatang,
Teguhkan,
semangat yakin diri,
Terus bangkit dan tegak berdiri.

RANGKAP 2:

Pastikan,
tiada jurang membeza,
Kerna dunia dicipta bukan untuk mengalah,
Tunjukkan,
agar mereka tahu,
Kau dan aku di dunia yang satu.

KORUS:
Ayuh SBM,
bersatu membawa kejayaan,
Satu tekad sama bergandingan,
Impian yang menggunung segenggam harapan,
Teruslah kita mendaki hingga ke puncak kemenangan.

Mari bersama lupakan segala kekurangan,
SBM pasti akan gemilang,
Berkat doa,
usaha dan kurnia dari Tuhan,
Lakukan bersama,
Yakinlah SBM pasti akan berjaya.

ULANG RANGKAP 2:

Ulang KORUS:

Sekian, terima kasih.

TELEY MAB no. 671

TELEY MAB no. 671

Rabu, 25hb  Januari 2017

No. tel.: 03-2272687

Assalamualaikum & Salam sejahtera,

Terdapat 4 pengumuman baharu dan 1 pengumuman lama,

1. Taklimat tentang Takaful Agro-Nurani Insurans untuk OKU.

Taklimat tersebut akan diadakan pada hari Isnin, 6hb Februari, pukul 3.00 petang di  Dewan MAB. Semua OKU Penglihatan dan kakitangan MAB dijemput untuk menghadirinya. Produk insurans ini telah dilancarkan oleh Menteri Pertanian, sempena Karnival Kewangan, dianjurkan Bank Negara sebagai penganjur bersama dengan Agro Bank, JKM and Takaful Nasional Ikhlas Berhad. Sila berdaftar dengan En. Subra. Tarikh tutup pendaftaran pada hari Jumaat, 3hb Februari, pukul 12.00 tengah hari.

2.            Atendan separuh masa bagi Kafeteria MAB diperlukan.

Calon-calon bagi jawatan Atendan mestilah celik dan sihat tubuh badan. Borang-borang permohonan boleh didapati di kaunter penyambut tetamu. Sila hubungi En. Subra.

3.            Coklat dan Hari Valentine dipadankan di syurga.

Jadikan 2017 paling romatik dengan hadiah coklat Sampel coklat boleh didapati dari hari Rabu, 25hb  Januari bagi anda untuk membuat pra-pesanan dari Unit Jualan. Sila hubungi Pn. Kameni di samb. 154.

4.            Pertandingan Ten Pin Bowling SBM KL/Selangor.

Pertandingan ini akan diadakan pada hari Ahad, 12hb Februari di Endah Parade, Cheras. Ia suatu pertandingan berkumpulan. Setiap kumpulan mengandungi 3 pemain. Untuk perincian, sila hubungi En. Shahril Azrie di 013-4315539.

5.            Nyanyian bersama Mandarin.

Sesi Nyanyian Bersama Mandarin yang pertama bagi tahun ini akan diadakan pada hari Khamis, 9hb Februari (Hari Thaipusam) di Pusat Warga Emas OKU Penglihatan.dari 10.00 pagi hingga 1.00 tengah hari. Yuran sebanyak RM2.00 sahaja. Sila berdaftar dengan En. Lai Kok Keong di 22742576.

Terima kasih,

Ikhlas,

En. Godfrey Ooi.

Cik Roslina Mohamed.

 

TELEY MAB no. 671

Wednesday, 25th January 2017

Tel. no.: 03-2272687

Assalamualaikum & Hello friends,

There are 4 new and 1 old announcements,

  1. Briefing on the Takaful Agro-Nurani Insurance for the disabled.

The briefing will be on Monday, 6th February 3.00 pm at The MAB Hall. All the blind and staff of MAB are invited to attend. The insurance product was launched by The Minister of Agriculture, in conjunction with The Financial Carnival, organised by Bank Negara as a joint effort with Agro Bank, JKM and Takaful Nasional Ikhlas Berhad. Please register with Mr. Subra. The closing date for registration is on Friday, 3rd February at 12.00 noon.

  1. Part time attendant for The MAB Cafeteria needed.

Applicants to be part time attendant must be sighted person and in good health. Application forms are available at the reception desk. Please contact Subra.

  1. Chocolate and Valentine Day are match made in heaven.

Make 2017 most romantic with chocolate gift. The chocolate samples are available from Wednesday, 25th January for you to make your pre-orders from the Sales Unit. Please call Mrs. Kameni at ext. 154.

  1. SBM KL/Selangor Ten Pin Bowling Competition.

This will be on Sunday, 12th February at The Endah Parade, Cheras. It is a group competition. Each group consist 3 players. For details, please call Mr. Shahril Azrie at 013-4315539.

  1. Mandarin Sing Along.

The first Mandarin Sing Along Session for this year will be on Thursday, 9th February (Thaipusam Day) at The Elderly Blind Centre from 10.00 am to 1.00 pm. The fee is RM2.00 only. Please register with Mr. Lai Kok Keong at 22742576.

Thank you,

Regards,

Mr. Godfrey Ooi.

Ms. Roslina Mohamed.

Khamis, Januari 19, 2017

TELEY MAB no. 670

TELEY MAB no. 670

Isnin, 16hb Januari 2017

No. tel.: 03-22722687

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Terdapat 3 pengumuman baharu, 2 pengumuman lama dan 1 pengumuman buku,

1. Nyanyian bersama Mandarin.

Sesi Nyanyian Bersama Mandarin yang pertama bagi tahun ini akan diadakan pada hari Khamis, 9hb Februari (Hari Thaipusam) di Pusat Warga Emas OKU Penglihatan.dari 10.00 pagi hingga 1.00 tengah hari. Yuran sebanyak RM2.00 sahaja. Sila berdaftar dengan En. Lai Kok Keong di 22742576.

2. Program Kembali Ke Sekolah bersama MAB.

MAB akan memberikan beg-beg sekolah kepada 60 orang kanak-kanak sekolah OKU Penglihatan dari 3 buah sekolah di Kuala Lumpur. Majlis akan berlangsung pada hari Khamis, 19hb Januari, dianjurkan oleh Jawatankuasa Kebajikan dan Pembangunan Sukarelawan.

3. Pemeriksaan mata.

Khidmat Pemeriksaan Mata boleh didapati di Pusat Low Vision setiap Selasa. Sila buat temu janji bersama Pn. Santhana di samb. 170.

4. Terkini Hari Braille pada 4hb Januari.

Bagi memperingati hari jadi Louise Braille pada 4hb Januari, MAB sedang menawarkan 15% diskaun bagi servis dan membaiki mesin Braille. Juga, 50 pelanggan pertama akan menerima satu rim kertas percuma. Tawaran sah hingga 4hb Februari. Sila hubungi Cik Hema di samb. 298.

5. Kekosongan bagi Pembantu Kerani di Perkhidmat,

Pembantu Kerani akan dibayar gaji harian sebanyak RM30.00 dan akan bekerja untuk 20 hari sebulan. Untuk info lanjut, sila hubungi En. Ramli di 013-3287965.

6. Di sini, ada sebuah buku Braille Inggeris untuk dibaca.

Tajuknya adalah Stained Glass oleh Michael Bedard dalam 2 jilid. Dalam novel ini, Charles menemui seorang perempuan yang keliru, tidak berumah dan menemui dirinya sendiri dalam satu perjalanan ke arah bentuk serpihan cantik dan penuh misteri seperti kaca jendela yang kotor. Untuk meminjam buku ini, sila hubungi Cik Lynette di samb. 150.

Terima kasih,

Ikhlas,

En. Godfrey Ooi.

Cik. Roslina Mohamed.

 

TELEY MAB no. 670

Monday, 16th January 2017

Tel. no.: 03-22722687

Hello friends,

There are 3 new, 2 old and 1 book announcement,

1. Mandarin Sing Along.

The first Mandarin Sing Along Session for this year will be on Thursday, 9th February (Thaipusam Day) at The Elderly Blind Centre from 10.00 am to 1.00 pm. The fee is RM2.00 only. Please register with Mr. Lai Kok Keong at 22742576.

2. Back to School Program with MAB.

MAB will be giving school bags to 60 blind school children from 3 schools in Kuala Lumpur. The function is on Thursday, 19th January, organised by Welfare and Voluntary Development Committee.

3. Eye check-up.

Eye check-up service is available at The Low Vision Centre every Tuesday. Please make appointment with Mrs. Santhana at ext. 170.

4. Braille Day on 4th January update.

To commemorate Louise Braille birthday on 4th January, MAB is offering 15% discount on the service and repair of the Braille machine. Also, the first 50 customers will receive a ream of paper free of charge. The offer is valid till 4th February. Please contact Ms. Hema at ext. 298.

5. Vacancy for Assistant Clerk at Perkhidmat.

The Assistant Clerk will be paid daily wage of RM30.00 and will work for 20 days in a month. For more info, please contact Mr. Ramli at 013-3287965.

6. Here’s an English Braille Book to read.

The title is Stained Glass by Michael Bedard in 2 volumes. In this novel, Charles meets a homeless confused girl and finds himself on a journey to as fragmented, beautiful and mysterious as a stained glass window. To borrow the book, please call Ms. Lynette at ext. 150.

Thank you,

Regards,

Mr. Godfrey Ooi.

Ms. Roslina Mohamed.

Pengumuman Mingguan 16 Januari 2017

Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia
Pengumuman Mingguan 16 Januari 2017
   

Terdapat lima pengumuman baru pada minggu ini.  empat daripadaSBM Cawangan Perak, satu daripada SBM CawanganKL/Selangor.  Juga dimuatkan adalah iklan pekerjaan untuk Juru Urut.

     Pengumuman Ulangan:

Pengumuman daripada Jawatankuasa Pembangunan Modal Insan (JPMI)

Pertandingan Menghasilkan Klip Video

Pertandingan Menghasilkan Klip Video OKU Penglihatan ini dianjurkan
oleh Jawatankuasa Pembangunan Modal Insan (SBM) dengan kerjasama
Majlis Kebangsaan Orang Kurang Upaya. para peserta pertandingan
terdiri dari ahli biasa SBM dan video yang dihasilkan bertujuan untuk
memberi pengetahuan dan memupuk kesedaran dalam masyarakat.


terdapat tiga penyertaan untuk pertandingan kali ini iaitu Puing Cinta
(Marcos Joel), Sekadar Untuk Kesedaran (Intan Zubaidah) dan VIP (Lim
Yew Yi).
selain dari penilaian juri, markah turut diberikan kepada video popular.


anda boleh mula mengundi dengan klik "like" pada video pilihan anda
yang boleh ditonton di saluran youtube Society of the Blind in
Malaysia.


tarikh tutup undian ialah pada 18 Januari 2017 jam 11.59 malam waktu Malaysia.


senarai pemenang akan diumumkan pada 21 Januari 2017.


Pengumuman Daripada Cawangan/Kawasan SBM


    Pengumuman daripada Zon Utara:

Pengumuman dari SBM Cawangan Perak

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Berikut adalah peggumuman daripada SBM cawangan Perak:

1. Mulai 16 januari 2017 , latihan temping bowling akan diadakan bertempat di Ipoh Parade mulai jam 10 pagi.

2. Pada 21 dan 22 januari 2017, latihan pingpong dan Catur akan diadakan di tigkat 1 pejabat SBM cawangan
perak mulai jam 10 pagi.

Kepada ahli-ahli yang telah berdaftar untuk menyertai latihan yang tersebut di atas boleh berhubung dengan
En Idris bin Hasim (Pengerusi SBM cawangan Perak) di talian 019-5217055 atau kerani Pejabat SBM
cawangan Perak di talian 05-2533029.

3. Kepada ahli-ahli yang ingin menjelaskan yuran bagi tahun 2017, boleh menjelaskan yuran tersebut kepada
   kerani SBM cawangan Perak di waktu pejabat.

4. Mesyuarat Agong Dwi Tahunan SBM cawangan Perak akan diadakan pada hari sabtu  18 Mac 2017 mulai jam 9 pagi
   bertempat di tingkat 1 pejabat SBM Perak di alamat No 22A dan B, jalan lintasan Medan Kidd, Medan Kidd 30200 Ipoh.


      Pengumuman daripada Zon Selatan:

Tiada Pengumuman


    Pengumuman daripada zon Tengah

Pengumuman Daripada SBM Cawangan KL/Selangor


Berita Ahli Meninggal Dunia

Dukacita dimaklumkan bahawa Timbalan Pengerusi SBM Cawangan KL/Selangor
Iaitu En. Esa Bin Hj Taib, telah meninggal dunia pada 9 Januari 2017 Isnin di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) pada pukul 11:15 pagi.
Beliau meninggal akibat pendarahan otak.  jenazah beliau telah dikebumikan pada hari yang sama pada sebelah petang. Sama-sama kita doakan agar roh beliau ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.

Waktu operasi biasa adalah  Isnin hingga Jumaat dan Sabtu Minggu pertama, ketiga dan kelima. Nombor telepon pejabat SBM Cawangan KL/Selangor adalah 03-2276 5276.

Pembayaran Yuran Dan Mengemaskini Keahlian.

Mulai bulan Januari 2017, mereka yang berhasrat untuk menjelaskan yuran keahlian tahunan bolehlah berbuat demikian di pejabat SBM Cawangan KL/Selangor
pada waktu pejabat. Pihak pejabat juga sedang mengemaskini keahlian. Sehubungan Dengan itu sila maklumkan dengan memberi butir-butir peribadi yang terkini kepada  pembantu tadbir seperti berikut:
i. Nama sebenar yang tercatat di kad pengenalan.
ii. Nombor kad pengenalan.
iii. Alamat tempat tinggal yang terkini.
iv. Nombor telepon talian tetap atau telepon bimbit yang mudah dihubungi.
v. Salinan kad pengenalan dan kad OKU yang terbaharu.


     Pengumuman daripada Pantai Timur

Pengumuman dari SBM Cawangan Pahang

Pertandingan Permainan Dalaman

Sbm cawangan Pahang akan menganjurkan Pertandingan Permainan Dalaman peringkat SBM
Pahang 2017 bermula dengan pertandingan ping-pong pada 21 dan 22
januari 2017 ini. Jadual pertandingan sukan lain dan keputusan
pertandingan tersebut akan diwarwarkan dari semasa ke semasa. Maklumat
mengenai pertandingan ini telah pun diedarkan kepada semua ahli SBM
Cawangan Pahang.

Jika ada sebarang pertanyaan, sila hubungi kerani cawangan di talian
09-296 4197.


     Pengumuman Daripada Sabah dan Sarawak

Tiada pengumuman


Iklan:

Singgah sana foot reflexsology & spa yang terletak di Shah Alam memerlukan beberapa orang juru urut lelaki dan perempuan. Oleh yang demikian, kepada OKU penglihatan yang berkemahiran dalam bidang urut namun masih belum mendapat peluang pekerjaan, anda boleh menghubungi Encik Saiful di talian 012-5082368 untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Arkit blog