Rabu, Julai 23, 2008

Apa bezanya?

ha, cuba kita lihat perbezaan BN dan parti pembangkang no?

1.  Parti pembangkang, ada banyak blog.  Blog-blog depa ni, tumbuh bagai cendewan sebelum mai undi 8 Mac lagi.  Amboi, depa punya pulonlah menulis apa yang patut.  Depa pakai betoi-betoi ICT yang kerajaan buat.

    BN ni, blog ada.  Tapi tak tau mana dia.  masa belum undi, depa ingat, depa boleh menang besaklah tu.  Tu yang depa dok pandang rendah kat pembangkang tu.  Macam-macamlah depa dok pelekeh pembangkang.  Walhal depa tak tau, bala besak dok tunggu kat depan nu.

 

    yang BN tau buat, pakai media radio, tv surat-surathabak.  Guna semua benda lama ni, ceritalah apa depa dah buat.  Orang dah ke depan, hampa masih kat belakang.  Ni apa punya cerita?

 

    Tok Mahathir penat-penatlah buat Cyber Jayalah, MSC lah, tapi hampa langsung tak reti pakai.  pembangkang lagi pandai dari hampa semua.

 

    ha, bila habeh pilihanraya, barulah BN kalut nak buat blog.  Tapi masa tu, dah lambat dah.  Tapi tak palah kurang-kurang, depa buat jugak blog tu.

 

2.  Wah!  Harakah Daily ada buat berita online melalui sms o!  Kawan aku ada langgan.  Dia habak, sebulan lima ringgit.  Ha, ni satu lagi yang BN tinggai.  Takdak pun berita online sms dari BN.  nak tinggal belakang lagikah?

 

3.  Wakil rakyat pembangkang, semua orang muda.  Tapi apa pasai wakil BN semua orang tua?  Yalah, 30 ke atas, kategori tualah tu.  BN ni selalu macam tu.  Bagilah orang muda jadi wakil rakyat, bagilah orang muda pegang jawatan menteri.  Ni yang jadi wakil rakyat dan tok menteri, semua dah tua.  Kalau dah tua, otak tak cergas dah.

 

    Bagilah peluang kat orang muda.  Ni selalu orang muda diketepikan.  Bila orang muda joint pembangkang, hampa nak marah.  Ni salah hampa jugaklah ni.

Berhati-hati pabila menulis dan berkata-kata

Pepatah ada berkata, kerana pulut, santan binasa, kerana mulut, badan binasa.  Itu adalah pepatah melayu.  Satu lagi ialah pandu cermat, jiwa selamat.  Itu juga satu peringatan.

    Dan amalan berhati-hati inilah yang selalu mengelakkan kita dari ditimpa sesuatu bencana atau musibbah. kalau kita main belasah saja, buruk padahnya nanti.

 

    Peminpin juga, harus berhati-hati dalam mengeluarkan sebarang kenyataan atau pun penulisan.  kalau tidak, nanti buruk padahnya sebab orang dah salah anggap.

 

    Saya timbulkan persoalan ini merujuk kepada penulisan yang ditulis oleh Bekas Menteri Besar Selangor Dr.  Khir Toyo di blognya, Dr.  Khir Toyo.  Cuba perhatikan baris di bawah ini.

Datuk Seri Anwar Ibrahim memang tidak mahu Melayu bersatu kerana itulah beliau tubuhkan Pakatan Rakyat yang berjuang atas prinsip kesamarataan, menyamakan taraf agama Islam dengan agama lain, menyamaratakan kedudukan orang Melayu dengan bangsa lain, walaupun memiliki status bumiputera. Sebab itulah Anwar dapat menarik sokongan yang besar daripada golongan ekstremis Cina melalui DAP dan ekstremis India melalui Hindraf.

 

    ya benar, niat DS mengulas persoalan ini baik.  Tetapi, perkataan extrimis ini boleh menyebabkan orang bukan melayu tersalah anggap.

 

    Sepatutnya Dato Sri harus mencari suatu kaedah untuk menulis persoalan ini dengan lebih berhemah dan tidak akan menyinggung mana-mana kaum.  Dalam malaysia, kita harus berhati-hati.

 

    Bukan semua orang yang masuk DAP itu extrimis cina dan bukan semua yang masuk Hindraf itu extrimis india.  Mereka yang masuk kedua-dua organisasi ini lebih banyak terpengaruh dan rasa kecewa terhadap pemerintah.  Jadi, apabila kekecewaan itu menguasai diri, maka kewarasan sudah tidak dapat digunakan lagi dengan baik.  Di kala itu, pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab akan mengambil kesempatan mengeruhkan lagi keadaan yang sudah sedia keruh.

 

    Sebenarnya, mana-mana kaum dan kelompok juga ada masalah extrimisme.  melayu pun ada extrimis melayu juga.  Contohnya Jim dan Al-maunah.

 

    Bukanlah niat saya nak membesar-besarkan perkara ini tetapi, saya menegur ini untuk kebaikan jugak.  kalau Dato Sri tulis pada saya tentang extrimis, saya boleh faham apa yang Dato Sri perkatakan.  Tetapi, kalau tulis seperti ini diblog yang boleh dilawati oleh pelawat dari serata dunia, amat tidak molek sekali.

 

    Saya berpendapat, untuk meredakan keadaan, Dato Sri memohon maaf secara terbuka di blog Dato Sri.  Dan perlu diingatkan di sini, jangan biarkan pembangkang memanipulasi isu ini.  Ini amat merbahaya sekali buat BN yang kini sedang diubati.  Dan, jangan menjauhkan lagi orang dari BN.  Dekatkanlah orang dengan BN.

 

    Untuk pengetahuan, saya ni penyokong setia BN.  Orang yang sayangkan BN, perlu menegur kalau ada kesilapan yang dilakukan.  Itu baru sayang namanya.

Selasa, Julai 22, 2008

Rahmat Skim Khas OUM kepada golongan OKU

Daripada: cahaya
Dihantar pada: Sabtu, July 19, 2008 2:35 PM


SUKA berjenaka dan ramah tapi bijak dan periang dengan senyuman sentiasa menguntum diiringi sinar mata yang seakan tidak pernah padam menyerlahkan perwatakan Thumaibah Muhamad, pelajar Open Universiti Malaysia (OUM), walaupun memiliki kekurangan.

Gadis berusia 26 tahun sedang mengikuti pengajian peringkat diploma dalam bidang sumber manusia di OUM ini sentiasa manis berbaju kurung dan bertudung, menyebabkan sukar menyangka gadis ceria ini sebenarnya kurang upaya, iaitu kecacatan pada tangan kanannya selain agak tempang apabila berjalan.

Walaupun memiliki kekurangan, namun ia tidak melemahkan semangat Thumaibah, malah bersyukur kepada Tuhan atas segala rahmat yang diperolehinya.

"Pepatah lama menyatakan jika ada pintu tertutup, akan ada tingkap lain terbuka untuk kita - bertepatan dengan kisah saya. Walaupun dilahirkan kurang sempurna, saya memiliki keluarga yang mesra dan sentiasa mencurahkan sepenuh kasih sayang kepada saya," kata bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Chukai, Terengganu, itu.

Thumaibah yang menjadi penghuni Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan Bangi (PLPP) sejak 2006, seorang daripada 12 pelajar di pusat itu menikmati rebet yuran pengajian 75 peratus ditawarkan OUM kepada golongan kurang upaya, iaitu skim OUM sebagai usaha murni mempertingkatkan pengetahuan dan kemahiran golongan seperti Thumaibah.

Gadis anak jati Terengganu itu adalah anak sulung dan mempunyai dua adik perempuan serta seorang adik lelaki. Bapanya, seorang nelayan, meninggal dunia akibat sakit tua beberapa tahun lalu.

Bagi menyara kehidupan, ibu Thumaibah mengambil upah membuang sisik ikan di kilang membuat keropok dan dua adiknya mula bekerja manakala seorang lagi masih bersekolah.

"Bukan mudah berpindah ke PLPP memandangkan hubungan saya dengan keluarga cukup erat. Namun, saya kuatkan semangat serta dorongan ibu dan adik yang mahukan saya mempunyai masa depan lebih cerah," kata Thumaibah.

Di PLPP, Thumaibah diajar kemahiran menjahit dan dengan bangganya menunjukkan pakaian dijahitnya sendiri dan rakan-rakan seperjuangan di pusat tersebut.

"Ketika pertama kali menjejakkan kaki di PLPP, saya berasa gundah, asyik teringatkan keluarga dan kampung halaman. Kini, hati saya lebih tenang memandangkan kami dijaga dengan baik. Terdapat lebih 100 penghuni dan kami umpama satu keluarga besar yang bahagia," katanya menceritakan kehidupan di PLPP.

Mengenai keputusannya melanjutkan pengajian, Thumaibah berkata: "Selepas tamat sekolah menengah, saya mendapat tempat universiti tempatan tetapi bertahan hanya dua semester.

"Saya menghadapi kesukaran mengikuti pengajian lalu terpaksa berhenti dan bekerja sebagai pembantu pemasaran di kedai muzik. Apabila usia meningkat, saya kian menyedari kepentingan pendidikan.

"Apabila saya mendapat tahu tentang OUM dan skim istimewa disediakan untuk golongan kurang upaya, cepat-cepat saya terima tawaran," ujar Thumaibah.

Thumaibah menganggap pendidikan ibarat cahaya menyinari kehidupan, berkata pada awalnya dia berhasrat melanjutkan pengajian setakat peringkat diploma.

"Saya berterima kasih kepada OUM kerana kini, cinta saya terhadap pendidikan kembali mekar. Saya merancang menyambung pengajian ke peringkat ijazah kedoktoran dan menyimpan impian menjadi ahli akademik satu hari nanti," katanya yang suka berkebun dan mendengar muzik itu.

Mengenai rutin hariannya walaupun tidak sempurna, Thumaibah berkata, dia dididik berdikari sejak kecil dan berterima kasih kepada ibu yang menerapkan sifat berani serta pekerti mulia dalam dirinya.

"Saya menggunakan tangan dan kaki kiri melakukan kerja. Saya tidak pernah menyesali takdir atau mengeluh keadaan fizikal sebegini. Kita perlu tabah menghadapi dugaan demi meneruskan kehidupan," katanya.

Ditubuhkan pada 2000, OUM adalah institusi pengajian jarak jauh terbuka pertama di Malaysia. Institusi itu menerima kemasukan kelompok pertama pelajar seramai 753 orang pada Ogos 2001 dan kini, mempunyai hampir 70,000 pelajar.

Untuk pertanyaan tentang program OUM, hubungi 03-2773 2002, e-mel enquiries@oum.edu.my atau layari www.oum.edu.my.

OUM menawarkan 62 program akademik dari peringkat diploma sehingga peringkat pascaijazah dari pelbagai fakulti seperti Perniagaan & Pengurusan, Teknologi Maklumat & Komunikasi Multimedia Sains & Teknologi serta Pendidikan & Bahasa dan juga Sains Sosial Gunaan.

KL 2008 bahagian enam dan terakhir

Ok, bahagian keenam dan terakhir.

Jumaat 20 Jun.

    pada pagi itu, aku bangun jam 6:30 pagi.  Aku pun bersiap-siap sebab nanti akan pulang.  Aku tak kelam-kabut sebab dari semalam kami berdua sudah pun berkemas beg pakaian kami.  Jadi, kami pun buatlah kerja dengan penuh releks.

 

    Jam 9:00 pagi, aku dan Ah Hong pergi bersarapan di sebuah kedai kopi.  Di situ, aku telah memakan 12 keping roti bakar dengan mentega.  Orang kedai itu agak terkejut.  "6 set atau 6 keping?"  "6 set, 12 keping o."  Beritahu pekedai itu.  "6 set."  Aku menjawab.  Sementara Ah Hong pula makan kuih tiau goreng.

 

    Setelah selesai makan, kami pergi semula ke hotel.  kami pergi untuk mengambil beg kami yang masih berada di dalam bilik.  Dan lebih kurang jam 10:00 pagi, kami pun turun.  kami check out dan pergi menunggu teksi.  Dengan dibantu oleh seorang wanita di situ, kami berjaya mendapatkan teksi untuk ke Jalan Duta.

 

    Apabila sampai di Jalan Duta, kami terus ke kaunter bas untuk memeriksa tiket.  Setelah tiket diperiksa, kami dibawa ke tempat menunggu bas.  kemudian, kami dibawa ke sebuah kerusi.

 

    Semasa Ah Hong hendak menurunkan begnya, tiba-tiba ada seorang makcik di belakang tolong menarik begnya.  Ah Hong terkejut.  Dia ingat ada orang nak ragut begnya itu.  "Wah, saya tolong awak, awak kata saya nak ragut beg awak."  Rungut nyonya cina itu.  "Tak dia terkejut."  Aku berkata.

 

    Jam 10:45 pagi, bas pun tiba.  kami dibawa ke bas.  kami duduk di belakang pemandu.  Dan kebetulan pada hari itu, pemandu bas kedua bas Trans nasional itu ialah jiranku.  Tidak lama kemudian, bas pun bergerak menuju ke distinasinya Pulau Pinang.

 

    Jam lebih kurang 1:00 tengahari, bas berhenti di Perak.  Perak kat mana tu, aku tak tahu.  Ah Hong telah turun.  Sementara aku pula, tak turun.  Aku duduk dalam bas sambil mendengar radio.

 

    Setengah jam kemudian, semua para penumpang termasuk Ah Hong dah naik.  Ah Hong belikan sebiji roti untuk aku.  Apabila semua para penumpang dah naik, maka bas pun menyambung perjalanannya.

 

    Lebih kurang jam 3:30 petang, sampailah bas di Sungai Nibung Pulau Pinang.  kami semua pun turun.  Aku dan AH Hong sampai rumah jam 4:00 petang sebab teksi yang kami tunggu tu, lambat datang.

 

    Aha, itulah cerita perjalanan ke Kuala Lumpur tu.

 

Selesai.

Isnin, Julai 21, 2008

KL 2008 bahagian kelima

Ok, bersambung di bahagian kelima.

Khamis 19 Julai.

    Pada hari itu, Yusof dan Ayana tidak ke sekolah.  Sebabnya, masing-masing dah kena sakit pasai terkena hujan lebat semalam.  Yalah, hujan sekarang ni, kena sikit, kalau imun tak kuat, memang sakit punyalah.

 

    Pada pagi itu, sekali lagi aku makan kat rumah Ayana.  Ha, pagi tu, mereka yakni Ayana buat nasi goreng pulak.  Wah, best o makan dengan telur dardar.  Ha, kena dengan selera akulah ni.

 

    Dan selepas makan itu, Yusof menyiapkan kerja latihan sekolah untuk diselesaikan oleh anak muridnya.  Nanti, anak muridnya akan datang ambik kertas latihan kerja rumah itu.

 

    Oleh kerana dah sakit, apa nak buat?  maka mereka berdua terpaksalah pergi ambik cuti sakit yakni MC.  Kalau tak, kacau jadinya tu.

 

    Oleh kerana dah sakit dan Yusof pula, komputer buruknya itu dah rosak, maka dia mengambil kesempatan untuk pergi ke Law yad untuk membeli CPU baru.  Ha, aku ikutlah depa dua orang tu.  Ha, berjalanlah nampaknya.  maklumlah, di masa lain, dah memang tak sempat dah.

 

    Jam 1:00 tengahari, kami berangkat dengan  mono rail ke Law Yad.  Dan pada masa itu, cuaca sudah mula menampakkan kemendungan wajahnya.  Ini bermakna, hujan akan menurunkan dirinya tidak lama lagi.  Ingatkan petang tu, cuaca akan baik.  Tapi, salah tekaanku ini.

 

    Apabila sampai di Law yad, kami terus ke kedai komputer yang selalu Yusof dan Ayana pergi.  Di sana Yusof telah mendapatkan sebuah CPU baru.  HDD 320 GB, Intel Original Mother Board dan sekeping sound card yang agak prestage.  kesemuanya hanyalah berharga RM 1650 sahaja.  Wah!  Sangat murah o.  lebih RM 20 saja dari CPU baruku yang akan sampai bila aku balik ke Pulau Pinang nanti.

 

    Selepas melakukan apa yang patut, kami pun pergilah pekena nasi kandak yang memang terkenal kat situ.  Inilah kali kedua aku ke sana.  Nasi kandarnya, memang amat sedap sekali.  Maklumlah original mai dari Pulau Pinang punya.

 

    Hujan sudah mula turun renyai-renyai.  Ada juga kedengaran bunyi guruh.  Dan ada juga angin meniup sepoi-sepoi bahasa.  kami tetap menikmati juadah nasi kandak yang terhidang di depan meja.

 

    Kini, hujan sudah mula menampakkan kelebatannya.  Guruh dan petir sabung-menyabung.  Akibatnya, selepas makan, terpaksalah kami duduk di situ buat beberapa ketika.  lebih kurang sejam kami duduk di sana.

 

    Menghampiri jam 5:00 petang, kami pun pergi semula ke kedai komputer.  Pada masa itu, hujan masih lagi turun renyai-renyai.  Basahlah juga kepala tu.  Tapi tak apalah.  Kami berjalan agak laju untuk melepasi hujan tersebut.

 

    Sebelum ke kedai komputer, Ayana dan Yusof ke mesin automatik untuk mengambil wang dari bank.  Tapi sayang, ada beberapa buah mesin yang rosak.  Tapi akhirnya, mereka berjumpa juga dengan mesin yang elok.

 

    Nasib Ayana agak baik kerana ada dua orang pemuda cina yang tolong tekan mesin duit tu untuk mereka.  Setelah duit berjaya dikeluarkan mereka mengucapkan terima kasih pada pemuda tersebut.

 

 

    Kami telah sampai di kedai komputer.  CPU Yusof telah siap.  Kini, tunggu nak masukkan ke dalam kotak sahaja.  Dan, selepas berbuat apa yang patut, maka, CPU dimasukkan ke dalam kotak.  Dua lapisan plastik terpaksa dibubuh untuk mengelakkan plastik itu koyak.  Dan sebuah Tump drive juga dibeli oleh Ayana dan Yusof.

 

    Selepas semuanya dah diselesaikan, kami pun bergerak untuk pulang.  kami akan pulang menaiki teksi sahaja.  maklumlah, susah nak angat CPU tu kalau naik train.

 

    Semasa kami keluar dari Law Yad Plaza, hujan masih turun renyai-renyai.  Tak apalah, tak lebat pun.  Lalu, kami pun pergilah ke perhentian teksi.  kami berjalan agak jauh jugak. yalah, turun tangga bergerak beberapa kali.

 

    Setelah beberapa minit menunggu, teksi sampai.  Kami naiklah teksi itu.  Teksi tersebut bergerak sangat perlahan.  Ini adalah kerana kesesakan lalulintas.  Biasalah kotaraya Kuala Lumpur ni.  Lagi-lagilah hujan pada petang itu.

 

    "Hey, tak tau aa bile nak sampai ke Brickfields ni."  Pemandu teksi itu merungut.  "Sesak teruknyer."  Rungutnya lagi.  Kami hanya tergelak kecil.  "yalah bang, lagi-lagilah kalau hujan."  Aku pulak menambah.

 

    "Abang, abang tau tak mana orang buta yang pandai mengurut?"  "Saye sakit belakang aa."  Pemandu teksi itu bercerita.  maka, Yusuf dan Ayana pun berceritalah tentang seorang tukang urut yang pernah mengurut Yang Dipertuan Agung tu.  Mereka juga memberikan nombor telefon kepada pemandu teksi itu.

 

    Teksi masih bergerak perlahan.  kesesakan lalulintas memang teruk.  Amat panjang sekali.  Itulah cerita pemandu teksi itu.  Hujan renyai-renyai pula, masih turun.  Kami menaiki teksi itu pada jam 5:30 petang, kini sudah 6:30, masih lagi belum sampai ke Brickfields.

 

    Lebih kurang jam 7:10 minit malam, kami sampai di Brickfields.  "Berapa bang?"  Yusof bertanya.  "Hmm, RM 10 boleh tak?"  "Hujanlah."  Kata pemandu teksi itu memberikan alasan.  Tapi, kami bagi RM 8.30 sahaja.

 

    Sesampainya di rumah, CPU yang baru itu terus diangkat naik ke atas.  Yusof pun membuatlah kerja-kerja yang patut untuk menghidupkan pc barunya ini.

 

    Pada malam itu, aku dan Yusof akan pergi makan di kedai Ina.  Aku nak makan nasi berlauk ayam masak merah yang aku hanya dengar namanya sahaja tapi tak pernah pun sekali aku makan.  Aku merancang nak panggil Rosmin jugak.

 

    Jam 9:00 malam, aku dan Yusof keluar.  Sebelum keluar, aku telah menghubungi Rosmin untuk mengajarnya keluar makan bersama di Kedai Ina.

 

    Sesampainya kami di kedai, Rosmin sudah menunggu.  Maka aku pun pesanlah nasi dan lauk ayam masak merah yang aku cerita tadi tu.  ha, malam ni, nak sebatlah ni.

 

    Rosmin dan yusof tu makan apa, aku dah tak ingat.  Sekarang ni, mudah sangat jadi lupa.  Dan sambil kami makan, kami berbual.  kami mengungkit hal sekolah, berlarutan ke hal-ehwal semasa dan meleret pula ke politik.

 

    Sedang kami makan dan berbual, kami terdengar suara seorang buta.  Orang tu ialah Chooi Ah Eng pelajar St.  Nicholas juga.  Wah, dia punya suara macam suara nenek tualah.  Banyak kasar.

 

    Setelah puas berbual, maka kami pun beredar.  Yusof menghantar aku pulang ke hotel.  Dah pun jam 11:00 malam dah.  Sementara Ah Hong pula, masih belum pulang lagi.  Dan tidak lama kemudian, Ah Hong pun balik.

 

Bersambung.

Khamis, Julai 17, 2008

KL 2008 bahagian empat.

Kita bersambung pula di bahagian yang keempat.

18 Jun, Rabu.

    Pagi itu, aku pergi rumah yusof jam 9:30 pagi.  Dan, sekali lagi aku dapat makan mi magi.  Wah, amat sedaplah sangat.  Dan, selepas makan, sekali lagi seperti biasa, aku bermain internet dengan menggunakan komputer Rosmin.

 

    Dalam lebih kurang jam 12:00 tengahari, si Ayam telah menghubungi aku bertanyakan macammana nak setting dia punya gmail di outlook express.  Aku beritahu dia yang aku akan tolong dia bila aku dah balik nanti sebab sebentar lagi aku bercadang nak ke rumah Tok Sidi.

 

    Tapi, kita hanya merancang tapi tuhan yang menentukan.  Petang itu, hujan telah turun dengan lebatnya.  jadi, rancangan untuk ke rumah Tok Sidi telah terbatal secara rasmi.

 

    Hari itu, kakak si Ayana tu balik awal.  Lebih kurang 1:30 petang, dia dah balik dah.  Aku terkejut bila pintu diketuk oleh orang.

 

    "Ha, aku nak pi tidok sat."  "mengantuklah."  Kakak Ayana berkata.  Dan, dia pun naik tingkat atas.  Sementara aku, main lagi internet.

 

    Hujan masih turun dengan amat lebat.  Ini diikuti dengan guruh dan jugak kilat.  Aku berasa agak risau jugak bila main internet dalam keadaan kilat ni.  Tapi menurut cerita Yusof, mereka ada memasang penangkap kilat.

 

    Lebih kurang jam tiga petang kakak Ayana pun turun.  "Hang nak makan dak?"  Dia bertanya.  "Ha, boleh jugak, hang buat kopi panas kat aku."  Aku memberitahu dengan cepat.

 

    "Roti hang nak tak, ada banyak o roti, depa tak makan."  Dia berkata.  "Ha, boleh jugak, hang boh mentega."  Aku mencadangkan.  Ha, petang tu, makan roti dan kopilah.

 

    Pada petang itu juga, Ayana online skype dia kat sekolah.  Maka, kami pun berceritalah apa yang berlaku di rumah.  Sementara itu, hujan masih lagi tidak berhenti setelah turun lebih kurang jam 1:30 petang tadi.  Sekarang, ia sudah renyai-renyai.  Cuaca dingin petang itu.

 

    Kopi panas telah siap dibancuh.  Begitu juga dengan roti berisi mentega kegemaran aku tu.  Ha, aku pun, mulalah nak membantai.  Ini mesti sedap punya ni.

 

    Sambil makan, kakak Ayana mendengar siaran tv Astro Ria.  Aku dapat makan empat keping roti mentega.  Wah, best sekali.  Sambil makan, sambil main internet.

 

    Selepas makan, aku meletakkan cawan dan pinggan di atas meja di belakang.  Aku dah mula biasa dengan rumah si Ayana ni.  Jadi, senanglah sekarang ni.

 

    Petang itu selepas Ayana dan Yusof pulang,  aku pun bersiap nak keluar makan dengan yusof.    Aku dan Yusof merancang nak ajak Zulkarnain sama untuk keluar ke kedai Ina untuk makan.

 

    Kami merancang nak keluar jam 9:00 malam.  Tetapi, semasa nak keluar, Yusof telah menerima suatu panggilan dari kawannya sebab komputer beliau terkena virus.  Yusof mengambil masa lebih kurang sejam untuk memberi arahan kepada rakannya itu untuk membersihkan virus di komputernya itu.  Masa yang diambil sudah pun sejam.

 

    Jam sepuluh malam, kami pun keluarlah.  kami bercadang nak pergi makan di kedai Ina pada malam tu.  Kami berjalanlah dengan penuh releks.  yalah, takkan lari masa dikejar.

 

    Apabila sampai di persimpangan jalan Thambipillay, kami dapati ada beberapa buah lori.  Kami tidak mengesyaki apa-apa luarbiasa yang berlaku.  Kami menganggap bahawa lori-lori itu adalah lori yang mengangkut bahan-bahan pembinaan.  Kami meneruskan perjalanan kami untuk ke Kedai Ina.

 

    Tiba-tiba, seorang perempuan indonesia datang membantu kami.  "Mau ke mana ini?"  Perempuan itu bertanya.  "Kami nak pergi makan."  Yusof menjawab.  Perempuan itu membawa kami melintasi persimpangan di situ.

 

    Aku terdengar ada tiupan wisel.  Seolah-olah ada road block pulak kat situ.  "Accident kah?"  Terdengar suara seorang lelaki india.  Kami masih tidak mengesyaki apa-apa lagi.  Kami terus berjalan sambil dibantu oleh perempuan Indonesia itu.

 

    Setelah sampai di tempat untuk melintas ke kedai Ina, perempuan itu pun beredar.  Aku dan Yusof pun melintas jalan untuk menuju ke kedai Ina.  Lori-lori memang banyak di situ.  Apa sedang berlaku, kami pun tidak tahu.  maka, sampailah kami di Kedai Ina.

 

    "Bang, bang, malam ni, tak ada makanlah, abang faham kan?"  Zinie, pekerja di kedai memberitahu.  "Oh ya ya."  Yusof menjawab.

 

    "Oh, DBKL buat operasilah malam ni."  Beritahu Yusof.  "Ala, teruk betullah."  Yusof merungut.  "Zinie!"  Yusof memanggil.  "Kejap kejap bang."  Zinie menjawab.  Dan tidak lama kemudian, Zinie pun datang.

 

    "Ada apa bang?"  Zinie bertanya.  "Dah lamakah dia orang datang buat operasi?"  Yusof bertanya.  "Pukul sembilan tadi dia orang sampai."  Jelas Zinie.  "Oh jadi, kena ambiklah barang semua?"  Yusof bertanya lagi seperti seorang penyiasat.  "Tak, kedai kita orang ada lesen."  "Tu ha, kedai makcik sebelah, semua dah kena angkut."  Terang si Zinie dengan panjang lebar.  "Ok lah bang, gi dulu ya?"  Pinta Zinie lalu beredar dari situ.

 

    Yusof menelefon si Zulkarnain.  "Kau di mana?"  Yusof memulakan bicara.  "Aku dekat depan Kedai Ina ni, dah terkepung dek lori DBKL."  Yusof menyambung bicara.  Selepas itu, talian diputuskan.

 

    Tidak lama kemudian, Zulkarnain pun sampai.  "Oi!"  Zulkarnain memanggil.  "Dah lamakah sini?"  Zulkarnain bertanya.  "Tak lamalah, kami payah nak lalu."  "Lori banyak."  Terang Yusof.  Zulkarnain pun membawa kami.

 

    "Kau datang tadi, DBKL dah datang?"  Yusof bertanya.  "Tak, aku duduk lama kat kedai Ina tu."  "Lebih kurang jam sembilan tadi, dia datang."  Terang Zulkarnain dengan panjang lebar.

 

    Zulkarnain membawa kami berjalan meronda di persekitaran kawasan Brickfields ni.  Wah, ada banyak sekali orang berkumpul di tepi jalan melihat proses penguatkuasa DBKL menjalankan operasi mereka.

 

    Kami berjalan lebih kurang setengah jam dan akhirnya, kami sampai di suatu kedai india.  Aku pun dah lupa apa nama kedai tu.  Tapi dapatlah makan.

 

    Di kedai tu, adalah seorang perempuan sedang bercakap dalam telefon.  Cara percakapannya melambangkan bahawa dia ni, seorang yang agak kasar.

 

    "Ha Khai Eong, ni Sofia Lorell."  "hang sembanglah dengan dia."  Zulkarnain memperkenalkan aku pada Sofia Lorell.  Sofia Lorell duduk di hadapan sebelah kiri aku.

 

    Telefon beliau berdering lagi.  Dia terus bercakap.  "Eh apa kau cakap, aku tak fahamlah, kau cakap, aku kencing kau, aku mana ada kencing kau?"  Itulah antara patah-patah perbualan Sofia Lorell di telefon.

 

    Di sana, aku telah makan mi magi sepinggan besar.  Yusof pula makan magi rebus.  Aku minum kopi ais kalau tak salah.  Dah lapar sangat sampai tak tahan dah.

 

    Di samping Sofia Lorell, aku, Yusof dan Zulkarnain, ada dua orang lagi yang duduk semeja dengan kami.  Tapi, aku dah lupa dah nama mereka berdua tu.  Mereka ni, orang tua.

 

    Di meja belakang, rakan kami Bok Kiat dan Samuel Kor duduk.  Zulkarnain pun pergilah berbual dengan mereka berdua.  Topik yang mereka perbualkan ialah tentang pemilihan SBM yang berlangsung baru-baru ni.

 

    Mi yang dipesan sudah pun sampai.  Apa lagi, belasahlah.  Sebelum sampai, aku makan sebiji kek.  "Eh, kek tadi tu ada lagi tak, sedap o."  Yusof bertanya.  "Ha, dah habis dah.  Beritahu Sofia Lorell.  "mamak, itu kek ada lagikah?"  Sofia Lorell bertanya dengan kuat.  "Ada, nanti."  India kedai itu menjawab.

 

    Petugas di kedai itu pun membawa sebakul penuh kek tersebut ke meja kami.  Yusof pun makanlah beberapa biji lagi kek itu.  Memang sungguh sedap rasanya.

 

    Sekarang, Bok Kiat dan Samuel Kor dah nak balik.  "Ok, jumpa lagi."  Kataku dalam bahasa hokkien.  "Ok Khai Eong, jumpa lagi."  Balas Samuel Kor.  maka mereka pun balik.

 

    Selepas makan, kami pun balik.  Zulkarnain kena cepat sebab Abian Jambot dah panggil dia ke rumah beliau untuk bermain dam.  Apabila tiba di simpang, Zulkarnain meninggalkan kami untuk ke rumah Abian Jambot.  yusof membawa aku balik ke hotel.  Waktu itu, dah pun jam 12:00 tengahmalam.

 

    Rupanya, Ah Hong masih belum balik lagi.  Aku terus naik ke bilik dan terus berehat.  Dan lebih kurang jam satu suku pagi, Ah Hong pun balik.

 

    Dia menceritakan kepadaku bahawa dia pergi buat rakaman CD kat rumah Moktar Soon dan salah satu keping CD tu dah hilang entah di Mana Moktar letak.

 

    Aku memberitahunya bahawa pada malam ini, DBKL ada membuat satu operasi besar-besaran.  Dia kata memang dan dia ada terserempak dengan orang DBKL yang membantunya melintas jalan.  Selepas itu, kami pun tidur.

 

Bersambung.

Rabu, Julai 09, 2008

KL 2008 bahagian tiga

Ok, sekarang, kita bersambung di bahagian ketiga.

    17 Jun Selasa.  Pada hari itu, aku ke rumah Yusof jam sembilan pagi.  Sebelum pergi ke rumahnya, Yusof telah membawa aku ke kedai percetakan untuk foto stap kerja sekolahnya dan juga Ayana.  Selepas itu, kami pergi beli telur pulak.  Dan selepas itu, kami Yusof pun bawalah aku ke rumahnya.

 

    Ayana pada pagi itu, masak mi magi.  Ha, amat sedaplah dia masak.  Ayana ni, bab masak-memasak, memang dia sangat pandailah.  Begitu jugalah bab kebersihan.

 

    Pagi itu, Zulkarnain akan datang untuk membawa aku pergi membeli tiket bas Trans Nasional ke Pulau Pinang pada pagi hari Jumaat.  jadi, tunggulah aku kedatangan si Zul.

 

    Selepas makan, aku pun seperti biasa, main internet.  Sebenarnya, komputer Rosmin dah pun siap di update.  Pagi itu, aku berskype dengan Sumairi.  Sumairi kini sedang berada di rumah mak saudaranya di Johor.

 

    Menghampiri jam sebelas pagi, kami makan nasi pula.  Ayana menggoreng ayam.  Wah, best jugak ayam goreng yang dia buat tu.  Aku dah lupalah nama masakan tu.

 

   Sedang kami makan, Zulkarnain telah sampai.  "Asalamualaikum!"  Zulkarnain memberi salam.  "Walaikum salam."  Yusof menjawab.  maka Zulkarnain pun masuk.  "Kami tengah makanlah Zul, engkau taknak makan ker?"  Yusof bertanya.

 

    "Tak apa, tak apa."  "Aku dah makan dah tadi."  Zulkarnain menjawab.  maka kami pun berbual-bual sebentar sementara Zulkarnain menunggu kami makan.

 

    Kira-kira jam sebelas pagi, aku dan Zulkarnain pun pergi ke KL Central untuk membeli tiket.  Selepas membeli tiket, Zulkarnain menghantar aku pulang ke hotel New Winner.  Aku mengucapkan terima kasih kepadanya.

 

    Aku pulang ke hotel sebab pada tengahari nanti, aku akan ke rumah Lengki pula.  Dia dok bising sebab komputer dia, tak boleh nak mendengar siaran radio di internet.

 

    Sementara menunggu Ah Hong, aku sempat mendengar siri drama jepun Oshin kat tv9.

 

    Jam 12:30 tengahari, Ah Hong pun balik ke hotel.  Kami sama-sama ke rumah Lengki.  Sebelum ke rumah Lengki, kami pergi makan terlebih dahulu.  Makanan pada tengahari itu dibelanja oleh Lengki.

 

    Selepas makan, kami terus ke rumahnya.  Perjalanan dengan berjalan kaki sahaja.  Maklumlah, dekat sahaja.  Cuaca pada hari itu, begitu punya panas sekali.

 

    Aku membuka komputer Lengki.  Entah kenapa, talian internet di komputernya tidak berfungsi.  jadi, terpaksalah restart modem dan komputer sekali.  Selepas restart, barulah talian internet itu dapat berfungsi dengan baik.

 

    Aku pun cubalah menyiasat kenapa radio internet kat komputer si Lengki itu tidak boleh berfungsi.  Setelah disiasat, rupanya, talian internetnya itu, tidak begitu memuaskan.  Amat lambat sekali.

 

    Kira-kira jam empat petang, Ah Hong, seperti yang dirancang nak pergi beli goreng pisang.  Ha, aku minta dia tolong belikan kat aku, sepuluh biji pisang goreng.

 

    Dan di rumah Lengki juga, inilah pertama kali aku minum air Root Beer.  Selama ini, aku sangkakan, Root Beer tu adalah minuman keras.  Rupanya, Root Beer ni, sedap sekali.  Rasanya, macam air sasi.

 

    Sudah setengah jam Ah Hong pergi membeli goreng pisang.  Tapi, masih belum pulang-pulang lagi.  Aku pun, dah tutup komputer si Lengki tu sebab dah tak boleh nak buat apa lagi.  Talian internetnya tu, sememangnya tak elok.

 

    Jam lima petang, Ah Hong pun baliklah.  Aha, sepuluh biji pisang goreng, sudah siap dibeli.  Lengki pula, memesan pada Ah Hong untuk membeli goreng ubi.

 

    Apa lagi, belasahlah aku pisang goreng yang juga merupakan makanan kegemaran aku tu.  Ah Hong berkata, memang mengambil masa yang agak lama untuk membeli sebab, dia terpaksa jalan lambat-lambat.  Maklumlah orang buta, mana boleh jalan laju-laju? Aha, betul jugaklah tu.

 

    Semasa menunggu itu, Ah Hong telah meminum secawan teh panas di kedai kopi yang berhampiran dan memakan dua biji pisang goreng.

 

    jam 5:45 minit petang, aku dan Ah Hong dah nak balik ke hotel.  Ada lima biji lagi pisang goreng.  jadi, aku bawa baliklah ke hotel untuk dimakan malam nanti.

 

    Aku, Ah Hong dan Lengki pun berjalan turun dari rumah Lengki.  Apabila sampai di satu persimpangan, Lengki pun berpisah dengan kami.  Maka kami pun meneruskan perjalanan balik ke hotel.

 

    Jam 6:00 petang, aku pun mandi dan bersiap.  Ayana nak datang ambik aku pi rumahnya.  Dan semasa aku mandi, Ayana telah menelefon.  Tak apalah tu.

 

    Selepas sudah bersiap, aku pun turunlah ke lobi hotel dan menunggu Ayana di luar pintu.  Dan tidak lama kemudian, Ayana pun datang.

 

    Semasa aku sampai di rumah Yusof, dia masih tak balik lagi.  Dan, tidak berapa lama kemudian, dia pun balik.  Sementara aku, sempat bermain internet lagi.

 

    Malam itu, kami makan di rumah saja.  Dah tak ingat dah apa lauk-pauk yang dihidangkan tu.  Dan kira-kira jam 10:00 malam, Yusof menghantar aku balik ke hotel.

 

Bersambung.

Sabtu, Julai 05, 2008

Kl 2008 bahagian dua.

Bersambung pula di bahagian kedua.

    16 Jun Isnin.  Pagi itu, lebih kurang jam 8:30 pagi, Yusuf datang bawa aku ke rumahnya.  Yalah, nak pergi perbaiki komputer si Rosmin tu.  Dan, hari tu best.  Sebabnya, internet dah boleh pakai.

 

    Wah pagi tu, si Ayana masak mi magi goreng.  Wah sedap sekali.  ha, bedallah tunggu apa lagi?  Aku makan dengan lahap sekali.

 

    Dan selepas kami makan, aku pun, main internetlah sampai periksa apa yang tak kena dengan komputer si Rosmin tu.  Aku pun, update lah apa yang perlu di update kat komputer si Rosmin tu.  Dan, sambil aku update tu, aku main internetlah.

 

    Pada hari tersebut, Sumairi akan bertolak pula ke ohor.  Khabarnya, dia nak ke rumah mak saudaranya di sana.  kebetulan pada pagi itu, si Marziahana pula menelefon si Ayana.  kami pun usiklah si Sumairi.

 

    Makan tengahari pun sudah.  Kini, sudah hampir jam 12:30 tengahari.  Cuaca sudah mula mendung.  Ini menandakan hari nak hujan.  Ayana pula, sudah nak pergi sekolah.  Dia akan keluar bersama Sumairi yang kebetulan nak ke KL Central untuk membeli tiket bas ke Johor.

 

    Belum sempat mereka keluar, hujan rintik-rintik telah pun turun.  Dan apabila mereka keluar, hujan pun turun dengan lebatnya.  Dan tak lama selepas itu, Yusuf pun keluar.  Sementara aku, terus bermain internet.

 

     Lebih kurang jam 1:30 tengahari, Sumairi kembali semula ke rumah.  "Amboi, hujan lebat o."  "Habeh basah baju aku."  Cerita Sumairi.  "Ha, nak sembahyang sat."  "Bila hujan berhenti, baru pi beli tiket."  Sambung Sumairi.

 

    Pada ketika itu, hujan sudah mula reda.  Ianya menjadi sederhana lebat.  Aku pula masih main internet.

 

    Kini, Sumairi dah selesai menunaikan solat zohor.  "Hmm, ok lah aku pi dulu no?"  Sumairi berkata.  "Ha."  Aku menjawab.  Pintu pun ditutup.  Tinggal aku sorang lagi.  Maka, aku pun teruslah berinternet.  Sambil-sambil itu, upgrate lah komputer si Rosmin tu.

 

    XPSP3 dah install.  Banyak sudah program yang sudah diinstall.  Tak apalah, berinternetlah dahulu.

 

    Lebih kurang jam dua petang, kakak si Ayana pun pulanglah.  "Oi, hang buat apa tu?"  Tanyanya.  "Biasalah aku, main internet."  Jawabku rengkas.  "Mampoih hang dengan internet no?"  Kakak Ayana berkata pula.  "Biasalah tu."  Aku menjawab.  Dan selepas itu, kakak si Ayana pun naiklah ke atas.

 

    Lebih kurang jam empat petang, aku bersembang dengan cikgu Rashid di skype.  Cikgu Rashid menceritakan bahawa dia hampir mati pada Sabtu yang lalu sebab termakan kuah daging kambing di BGM.  Tapi nasib baiklah ada orang tolong urutkan.  Beliau menceritakan, sampai Ahad pagi, barulah rasa agak lega.

 

    Pada masa yang sama aku dengan nakalnya mengacau seorang chatters di laman chat skype Neo FM iaitu Ungu.

 

    Lebih kurang empat setengah petang, kakak Ayana turun.  "Hmm, aku nak pi cuci bajulah."  Dia berkata.  "Hang nak makan dak?"  Dia bertanya padaku.  "Tak maulah."  Aku menjawab.  "Hang nak minum dak?"  Dia bertanya lagi.  "Ha, aku nak minum kopi."  Aku menjawab.

 

    Lalu kakak Ayana membancuh kopi.  Wah, amat panas sekali kopi tu.  Selepas itu, dia pun tonton tv siaran Astro Ria.  Ada rancangan jenaka di Astro Ria.

 

    Sudah hampir jam 5:30 petang.  kakak Ayana yang tadi kata nak cuci baju, dah jadi asyik bila menonton siaran astro Ria.  Akibatnya, dia dah terlambat satu jam untuk mencuci baju.

 

    Sementara itu, kopi secawan yang dibancuh oleh kakak Ayana telah habis aku minum.  Aku terus bermain internet.  Maklumlah, tengah dok check dan repair komputer Rosmin.

 

6:45 petang Ayana pun baliklah.  Tak lama lepas tu, Usop pun balik.  Wah kini, sehari sudah pun berlalu.

 

    Pada malam itu, komputer buruk usop dah tak boleh start.  Entah kenapa, tidaklah diketahui.

 

    Malam itu, aku dan Usop pergi makan di kedai Ina.  Usop makan nasi ayam sementara aku hanya minum.  Malam itu, entah kenapa, aku mengantuk sesangat.

 

    Selepas itu, aku balik semula ke hotel pada kira-kira jam 11:00 malam.  Tak lama kemudian, Ah Hong pun balik.  Ha, lena sampai ke pagi.

 

    Pada malam hari Ahad, aku, Usop dan Abian pergi makan kat kedai Usop Ali.  Aku makan magi goreng tambah sepinggan besar.  Abian pula, makan mi magi rebus.  Usop tu, aku dah lupa.

 

    Aku berceritalah kat Abian dan Usop tentang aku beli komputer baru tu.  "Hang kena suruh orang tu buat partition supaya senang hang nak pakai hard disk tu."  Abian berkata.

 

    "Kalau hang tak partition, rugi o."  Abian menambah.  Ianya disokong oleh Usop.

 

    Setelah makan, aku pulang ke hotel.

 

Bersambung.

Arkit blog