Khamis, Jun 28, 2007

Ikim.fm platform terbaik mengembangkan dakwah islamiah


Beberapa hari yang lalu, siaran Ikim.fm telah dapat didengari di sebahagian kawasan Pulau Pinang melalui 102.7 FM yang dipancarkan dari Bukit Genting Balik Pulau.



Ikim.fm adalah sebuah stesen radio yang dikendalikan oleh pihak Ikim (Institut Kefahaman Islam malaysia) dan radio ini adalah radio berunsur islam.



Siaran radio ini adalah platform terbaik untuk mengembangkan dakwah islamiah kepada penduduk Malaysia. Tapi sayang, saya lihat siaran ini sepertinya tidak mensasarkan kepada pendengar-pendengar yang bukan melayu di malaysia ini. Saya berkata demikian kerana, siaran ini disiarkan dalam bahasa arab, inggeris dan melayu.



mengapakah mesti disiarkan dalam bahasa arab dan inggeris? mengapakah tidak ianya disiarkan dalam bahasa tamil dan cina?



Seperti yang kita ketahui, golongan terbesar di Malaysia ialah golongan melayu, india dan cina. Mengapakah Ikim.fm tidak memikirkan hal ini? Saya fikir, belum terlambat bagi Ikim.fm untuk mengubah keadaan ini.



Dan lagu-lagu yang disiarkan saya cadangkan, janganlah tertumpu pada lagu-lagu nasyid sahaja. Bolehlah masukkan lagu berentak perlahan. Dan nasyid pula kalau boleh, cuba dapatkan nasyid cina, inggeris dan bahasa-bahasa lain.



Saya yakin, jika sekiranya Ikim.fm disiarkan dalam bahasa melayu, cina dan tamil, sudah pastinya ia akan mendapat sambutan yang hangat dari semua penduduk di Malaysia ini. Dan bolehlah menjalankan dakwah islamiah dengan agak lancar.


Harap maaf


Di sini saya memohon maaf pada pihak SBM Penang kerana telah tersalah siar informasi pada beberapa hari yang lalu.



Segala kesulitan amat dikesali.


Sabtu, Jun 16, 2007

Kuala Lumpur 2006 bahagian dua


Menyambung kembali cerita Kuala Lumpur 2006 bahagian dua.



17 Disember 2006. lebih kurang jam tujuh empat puluh



lima

minit pagi, setelah bersiap semua, Ayam mengetuk pintu bilikku.


"Encik, Abian dah telefon." "Dia kata, dia menunggu kat simpang." Ayam memberitahuku. Aku segera mengemaskan begku. Maklumlah pagi itu, aku akan ke hotel Khooi Ping. Ini kerana, aku dan Paul Keong akan menyewa bilik Tan Ah Bah, pengerusi SBM cawangan Pulau Pinang.



Setelah semuanya siap, Ayam membawaku ke simpang jalan di mana, Abian telah sedia menunggu di situ. Setelah itu, Ayam pun pulanglah ke rumah. Maka, berjalanlah aku dan Abian ke Hotel Kooi Ping.



Sesampai di hotel, aku naik ke tingkat dua kalau tak salahku. Bilik Tan Ah Bah terletak tidak jauh dari lif. Jadi, tak susahlah bagi kami untuk turun nanti.



Abian meninggalkan aku di pintu bilik. Dia berjanji akan datang semula membawaku pada lebih kurang jam lapan setengah pagi.



Aku duduk berehat sebentar di bilik yang sejuk dan nyaman itu. Maklumlah ada penghawa dingin. Wah, tulah yang best tu. Aku menikmati kedinginan penghawa dingin itu sepuas-puasnya.



Di bilik itu, ada dilengkapi dengan tv. Penghawa dingin itu sudah semestinya. Bilik air pun bersih. Aku tak nampak, belasah sajalah kata bersih.



Setelah puas berehat, maka aku bersiap-siaplah hendak turun. Pada hari itu juga, ada mesyuarat agung luarbiasa SBM. Mesyuarat itu akan dilangsungkan di Kompleks MAB pada kira-kira jam sembilan pagi. Abian pula, nak datang bawa aku jam lapan setengah pagi. Jadi, kenalah bersiap cepat.



Tiba-tiba telefon berdering. Rupanya, Abian telah pun sampai di tingkat bawah dan tak reti nak menuju ke tingkat dua. Maka, aku pun memberitahunya macammana hendak menuju ke bilik kami.



Abian pun masuk lalu duduk berehat sebentar. Entah mengapalah dia balik ke rumahnya, aku sendiri pun tidak mengetahuinya. Mungkin nak ambik barang kot. Beliau pun duduk menikmati kenyamanan penghawa dingin yang terdapat di bilik kami.



Lebih kurang jam lapan setengah pagi, aku dan Abian pun keluarlah. Abian membawa aku ke sebuah gerai makan di tepi jalan. Gerai itu dipanggil kedai Ayu. Di situ, aku memakan sepinggan bihun goring kalau tak salah aku.



Dan yang tak sedapnya, tengah-tengah orang seronok makan, datanglah sebuah lori sampah untuk mengutip sampah di tong sampah yang terletak bersebelahan gerai Ayu ini. Alahai, bau sampahlah pulak. Dahlah tu, bising dan membingitkan telinga pula dengan bunyi enjin lori sampah yang sedang mengaum tu.



Di gerai itu, terdapat juga beberapa orang buta yang juga sedang menikmati sarapan pagi. Salah seorang daripada mereka ialah kawan yang satu kursus dengan aku pada tahun 1995 iaitu Zulkarnain.



"Ai Zul, hang pun makan kat sini jugak?" Aku bertanya. "Yalah." Zul menjawab rengkas. "Eh, siapa ni?" Zul bertanya kehairanan kepada Abian.



"La, hang tak kenaikah?" "Ni Khai Eong." Beritahu Abian kepada Zul. "Oh Khai Eong." Zul menjawab pendek.



"ha, tulah masa kursus dulu



satu batch." "Aku ada rakam beberapa peristiwa masa kat GTC dulu." Terangku. "Engkau tu memang." Zul menjawab pendek.


"Kak, cepatlah kira kak." "Ni nanti saya nak pi mesyuarat ni." Perintah Zul pada towkeh gerai untuk mengira bayaran dengan segera sebab dia akan menghadiri mesyuarat khas E G M SBM di Kompleks MAB pada kira-kira jam sembilan pagi nanti.



Pada pagi itu, aku memakan sepinggan mi goring dan minum kopi ais. Kopi dia manis bukan main. Minum dan makan sambil diiringi dengan bunyi lori sampah yang agak kuat. Aku segan nak makan banyaklah sebab orang yang tolong bayarkan.



Apabila selesai makan, kami pun bertolaklah ke MAB untuk menghadiri mesyuarat EGM SBM.



Abian membawaku ke MAB dengan berjalan kaki. Maklumlah dekat sahaja jaraknya. "Ha, ni kat atas kepala hang ni ada mono rel. kadang-kadang, hang boleh dengak LRt tu lalu atas kepala hang." Abian menerangkan situasi tempat itu padaku.



Dan secara kebetulan, ada sebuah LRT yang lalu di situ. "Ha tu, hang dengak tu." Abian berkata. Wah, laju sekali si LRT itu berjalan. Aku agak terpegun sebentar.



Kami terus berjalan untuk menuju ke MAB. Dan tidak lama kemudian, kami pun tibalah ke perkarangan kompleks MAB. Kelihatan orang begitu ramai sekali di perkarangan kompleks tersebut.



Sebelum masuk ke bilik mesyuarat, Abian telah membawa aku ke tingkat dua dengan menaiki lif. Di tingkat dua, kami dibawa ke sebuah bilik kelas agama. Di situ Abian charge telefon. Beliau meletakkan telefon bimbitnya di situ untuk charge bateri. Dan selepas itu, kami beredar dari situ untuk ke bilik mesyuarat.



Di dewan mesyuarat telah penuh sesak dengan manusia. Dewan mesyuarat yang sepatutnya sejuk, kini telah menjadi panas akibat manusia yang terlalu ramai. Suasana agak hangar-bingar seperti pasar pagi.



Ada

kedengaran juga suara setiausaha agung SBM Nazari osman. Beliau sedang memberikan taklimat mesyuarat kepada semua ahli-ahli yang hadir.


Kini, mesyuarat telah bermula. Aku dan Abian duduk di bahagian belakang sekali. Almaklumlah, dewan mesyuarat sudah dipenuhi oleh para ahli yang hadir. Penghawa dingin yang sepatutnya sejuk, telah tidak terasa kesejukannya lagi. Semuanya gara-gara ramai orang.



Di dalam mesyuarat tersebut, pengerusi majlis telah merakamkan ucapan tahniah dan terima kasih kepada ahli-ahli SBM Pulau Pinang kerana telah hadir beramai-ramai ke mesyuarat agung luarbiasa di



Kuala Lumpur

ini. Pengerusi juga telah memohon maaf di atas apa yang telah berlaku.


Tidak lama selepas mesyuarat, aku dan Abian terasa nak ke tandas. Maka, bangunlah kami berdua dari kerusi nak menuju ke pintu keluar. Berjalanlah kami melanggar sana-sini. Apabila kami sampai di pintu keluar, pintu keluar itu telah terhalang oleh beberapa orang manusia yang duduk di situ. Aku terdengar suara kak Norazlin.



"Kak, tak boleh keluarkah?" Aku bertanya. "Tak boleh dah." "Dah kena blok dah." Jawab kak Lin rengkas. "La kak, semua dah kena blokkah?" Aku bertanya. "Dah tak boleh lalu dah." Kak Lin menjawab rengkas.



Aku dan Abian berlalu segera dari situ. Kami kembali ke tempat duduk kami. Kami duduk sebentar sambil berfikir macammana nak keluar dari bilik mesyuarat ini untuk menuju ke toilet.



Akhirnya, kami bangun kembali. Kami terus menuju ke pintu yang terletak di belakang kami. Kami menolak meja yang menghalang pintu itu ke tepi. Dan akhirnya, kami telah dapat keluar. Wah, alangkah leganya kami.



Kami terus menuju ke toilet. Dan selepas keluar dari toilet, aku dibawa ke kantin MAB oleh Abian. Di satu ada mesin water cooller. Aku berasa gembira. Wah nampaknya, dapatlah aku menikmati air sejuk kali ini. Berkata aku dalam hati.



Kegembiraanku tidak berpanjangan. Rupanya kat situ langsung satu cawan pun tak ada. Alahai, macammanalah nak minum pulak ni? Aku berkata dalam hati. Abian memberitahu aku supaya menggunakan tangan untuk minum. Alahai, cara itu, aku tak retilah pulak.



Kebetulan pada ketika itu, lalu seorang perempuan lalu menerangkan cara-cara nak minum air dengan menggunakan tangan. Dia berpakaian baju lengan panjang. Habis basah lengan baju dia tu.



Selepas itu, kami beredar semula ke perkarangan dewan mesyuarat. Kami sudah tidak mmasuki dewan mesyuarat itu lagi kerana, kalau masuk pun, dah memang tak ada tempat duduk dah. Jadi, kami melepak sajalah di perkarangan dewan mesyuarat itu.



Di perkarangan dewan mesyuarat juga, kelihatan ramai yang sedang berkumpul.



Ada

yang sedang menghisap rokok dan pelbagai lagi kegiatan yang dilakukan. Sementara aku dan Abian berehat sebentar.


Wah nampaknya, pengerusi Pulau Pinang pun ada di perkarangan dewan mesyuarat. Ini mesti kerana dah tak ada tempat duduk dah ni. Beberapa AJK pun ada di perkarangan itu juga.



Di perkarangan dewan mesyuarat aku telah terserempak dengan Yatim. Wah, dia pun ada di situ jugak rupanya. "Oi, hang mai jugak no?" Aku menegur. "yalah." Yatim menjawab. "Awat tak masuk?" Aku bertanya. "Hmm, dah penuh." "Nak masuk lepas tu nak dok kat mana." Jelas Yatim.



Sementara Abian pula, sedang bercakap dengan seorang rakannya. "Eh duit makan tu macammana?" Rakan Abian memulakan bicara. "Aku dengar cik Yusuf kata, dia akan bagi dua tiga hari nanti." Beritahu Abian.



Tidak berapa lama selepas itu, aku dan Abian beredar dari situ. Kini, aku dibawa oleh Abian ke rumahnya. Kami hanya berjalan kaki sahaja untuk ke rumahnya. Maklumlah, dekat sahaja. Wah, bertangga-tangga terpaksa didaki untuk sampai ke rumah si Bian ni. Tingkat empat kalau tak salahku.



Kunci pintu dibuka. Kami pun masuklah ke rumah. Rumah Abian itu agak besar jugak. Tapi, dia Cuma menyewa bilik di rumah itu. Biliknya juga agak besar. Aku dibawa oleh Abian ke biliknya.



Rakan si Abian si Kanang masih lagi tidur terlentang walau pun jam telah menunjukkan hamper pukul


12:00
tengahari. Tidak lama selepas itu, beliau bangun. Abian memperkenalkan rakannya itu kepadaku. Kami berjabat tangan.


Kini, Abian pun membuka komputernya. Wah, komputernya ni, Pentium empat o! Memanglah laju sakan komputernya tu. Dan, aku telah membantunya untuk install Norton System work 2003 ke komputernya. Dan selepas itu, Abian pun menjalankan rutinhariannya iaitu memeriksa mail-mail yang dikirim ke Kumpulan Sinar Islam dan Komuniti Oku.



Setelah semuanya selesai, computer pun ditutup. Kini, kami pun bersiap-siap hendak turun. Abian akan membawa aku ke kedai kuning untuk makan tengahari. Sebenarnya, aku pun tak tau di mana kedai kuning tu.



Kini, Abian pun dah bersiap-siap. Jadi, kami pun turunlah. Semasa dalam perjalanan, Abian telah terserempak dengan kawannya cikgu Nazri. "Ha Khai Eong, nilah cikgu Nazri." Abian memperkenalkan cikgu Nazri kepadaku.



Kami kini dalam perjalanan ke kedai kuning. Wah rupanya, kedai kuning tu, berdekatan sahaja dengan rumah si Abian ni. Di kedai itu telah bersesak-sesak si buta si buta yang datang untuk makan. Jadi, agak penatlah jugak si pelayan indon itu melayan kerenah si buta si buta yang datang itu.



Aku hanya memakan nasi berlaukkan kuah kari dan sedikit sayur. Setelah makanan dipesan, aku dan Abian duduklah melihatkan kerenah-kerenah dari orang-orang buta yang berada di situ untuk makan.



"Eh, macammana ha mesyuarat SBM tadi?" Kedengaran satu suara lelaki bertanya. "Tak tau o aku tadi tak habis, aku dah balik dah." Seorang perempuan pula menjawab.



"Aku dengar tadi mereka



cuba

nak buat undi tak percaya." Sampuk pula seorang lelaki. "Dapat buat tak?" Tanya seorang lagi. "Tak dapat." Jawab yang seorang lagi. "Jaafar tu yang dok bising." Seorang lagi menyampuk.


Sedang aku leka mendengar perbualan sekelompok orang buta, makanan yang aku pesan telah pun sampai. Aku pun, apa lagi, makanlah dengan lahap sekali.



Sementara Abian telah membuat panggilan kepada cik Ayam. Aku tidak tahu bual bicara mereka sebab mereka bercakap menggunakan bahasa


Sarawak
. Yang aku tahu ialah cik Ayam nak datang makan di Kedai Kuning itu.


Aku tidak peduli semua itu. Yang penting bagi aku sekarang ialah makan sepuas-puasnya. Maklumlah, sekarang, perut pun dah lapar. Jadi, makan sahajalah.



Tidak lama kemudian, cik Ayam pun tibalah. Dia pun memesan makanan yang dia kehendaki. Pada tengahari itu, kami makan sambil ditemani oleh tiupan angin yang sepoi-sepoi bahasa. Sungguh nyaman sekali.



Selepas makan dan bayar, cik Ayam telah membawa aku dan Abian ke Kl Central. Kata cik Ayam, dia nak beli barang untuk orang rumah dan anaknya. Kami ke Kl Central dengan hanya berjalan kaki saja. Maklumlah, dekat saja tu.



Si Ayana pula telah meminta pertolongan cik Ayam untuk membelikannya kad prepaid Celcom. Alasan yang diberikan, dia tak sempat nak keluar. Dia suruh cik Ayam beli dulu, nanti dia bayar. Dia suruh beli yang RM 10.



Setelah sampai di Kl Central, kami pun berlegar-legarlah mencari barahg yang hendak dibeli. Rupanya barang makan yang hendak dibeli untuk anak cik Ayam tu tak ada pulak pada hari itu.



Setelah dah habis membeli, kami bertolak pula ke rumah cik Ayam. Rupanya, anak cikAyam sedang tidur ketika itu. Jadi, agak sunyilah rumah itu tanpa kelibat anak cik Ayam.



Apabila sampai, aku dan Abian berehat sebentar di ruang tamu. Beberapa minit kemudian, aku pun mengambil tualaku yang aku terlupa nak ambil ketika aku keluar pada pagi tadi. Dan selepas itu, aku dan Abian pun masuklah ke bilik computer cik Ayam.



Di bilik computer itu, aku menyambung tugasku yang kurasakan belum selesai itu. Sementara itu, cik Ayam pun memainkan lagu-lagu yang terdapat di dalam komputernya untuk diperdengarkan kepada Abian.



Sedang kami sibuk membuat kerja masing-masing, tiba-tiba kedengaran anak cik Ayam. Dah bangun rupanya anak cik Ayam ni. Isteri cik Ayam membawanya ke bilik. Ha, anak Ayam ni, memang ligat betul.



Kami terus membuat kerja kami masing-masing. Sementara anak ayam pula, sibuk mengacau



sana

dan sini. Cik Ayam dan isteri, naik rimas dibuatnya.


"Abang abang, kalau abang nak tolong



, abang kena tekan space." Beritahu anak cik Ayam. Alahai, ini apa punya arahan ni? Aku bertanya dalam hati. Ah tak apalah, budak-budak. Dia tak tau apa pun.


Anak cik Ayam masih ligat berlari ke



sana

dan ke sini. Dia pergi pula kepada Abian. "Abang abang, kalau abang nak tolong

, abang kena tekan space." Sekali lagi arahan yang sama diberi. "Ha yalah, tekan space." Abian menjawab.


Setelah selesai dengan urusan computer, maka kami pun keluarlah dari bilik cik Ayam yang berhawa dingin itu. Kami pergi duduk di kusyen di depan telivisyen. Di sebelah kanan kami terdapat satu pintu yang menuju ke beranda rumah. Bila pintu itu dibuka, maka, angin sejuk dari luar pun masuklah. Angin itu datang dengan sepoi-sepoi bahasa.



Aku bersandar di atas kusyen. Dek kerana tiupan angin yang nyaman itu, maka aku telah terlena buat beberapa ketika. Maklumlah, dah penat agaknya.



Tidak berapa lama kemudian, isteri cik Ayam telah menyiapkan minum petang untuk aku dan Abian. "ha bian, marilah minum, ni ada sikit kuih." Beritahu isteri cik Ayam. "ok tak apa nanti kejap." Abian membalas. "Encik, mailah makan encik, ni ada kuih ni." Cik Ayam mempelawa aku untuk minum petang. "ha ok." Jawabku rengkas sahaja.



Selepas beberapa ketika, aku dan Abian pun pergilah ke meja makan. Di meja telah terhidang teh dan beberapa jenis kuih. "Kuih ni engkau beli di mana?" Abian bertanya. "Dekat-dekat sini jer." Isteri cik Ayam menjawab. "Oh." Abian menjawab rengkas.



Kami pun makanlah. Aku hanya berjaya memakan sekeping dua sahaja kuih tu sebab aku tak gemar yang manis-manis. "Hmm, aku dah makan tak habis dah." Aku memberitahu. "ha, hang makan bagi habis Khai Eong, kalau tak, aku tinggai hang kat sini." Abian berseloroh.



Aku rasa sayanglah pulak nak biarkan kuih ni membazir. Jadi, aku makan perlahan-lahan. "Eh encik, makanlah." "Ni ha tinggal beberapa keeping saja." Beritahu isteri ayam kepadaku. "Yalah encik, hang ni



kuat makan." "Kami pilah beli kuih ni." Cik Ayam pula berseloroh. Akhirnya kuih tu tertinggal sedikit juga.


Setelah makan, aku dan abian berehat lagi di atas kerusi kusyen yang empuk itu. Sambil melihat gelagat anak cik Ayam bermain dengan play stationnya. Anaknya begitu lincah sekali. Maklumlah anak lelakilah katakan.



"Oi Ayam, engkau nak gi tak rumah si Usop tu?" Abian melemparkan persoalan kepada cik Ayam setelah agak lama kami duduk menyandarkan diri di kerusi. "Bila hang nak pi?" Ayam pula bertanya. "Kejap lagilah nak bawa si Khai Eong ni gi kejap." Beritahu Abian.



"Ha, nak pergikah?" Isteri Ayam pula bertanya. "Ish, aku rasa, aku mengantuklah." Beritahu cik Ayam. "Tak apalah kau pergi dua orang, lepas tu kirim salam aku kat su Usop dan Ayana." "nah hang bawa sekali kat prepaid Celcom ni kat dia." Cik Ayam berpesan pada Abian.



Setelah agak lama kami berehat, kami pun meminta diri untuk pergi pula ke rumah Ayana. Kami ditemani oleh cik Ayam sekeluarga hingga ke depan pintu. Maka, kami pun memulakan perjalanan kami ke rumah Ayana.



Aku dan Abian hanya berjalan kaki sahaja untuk ke rumah Ayana tu sebab, rumahnya dekat sahaja dengan rumah cik Ayam. Kami pun sampailah di hadapan sebuah sekolah. Di dewan sekolah itu, kedengaran orang sedang menyanyikan lagu tamil.



"Encik,



cuba

telefon kat Ayana sat Tanya dia kat mana dan suruh dia buka pintu." Beritahu Abian. Aku pun menelefon si Ayana. "Hello, mana hang." Aku mula bertanya. "Wey hang habaq kat Abian, buka saja pintu pagak tu." "Pintu pagak tu tak berkunci." Beritahu Abian kepadaku.


Kami pun pergilah ke pintu dan membukanya. Maka, berjalanlah Ayana keluar dari rumah dengan kasut tingginya. Kertok, kertok, kertok, kertok, kertok, kertok. Ayana berjalan menarik kasutnya.



"Aku dah tengok dah hangpa mai tadi tu." Ayana memberitahu. Kami pun masuklah kat rumah Ayana dan Yusuf. Kami duduk di kerusi kusyen untuk menghilangkan kepenatan semasa berjalan tadi.



Rumah Ayana dan yusuf ni, agak besar jugak. Mereka ni, tinggal di quarters kerajaan. Boleh tahanlah keluasannya.



Ada

tingkat atas lagi. Berstatus sederhana kaya jugaklah.


Setelah agak lama berehat, aku pun pergilah mengklebek computer si Ayana tu. "ha, mana dia computer hang?" Aku bertanya. "Mai, aku nak tunjuk kat hang computer aku." Beritahu Ayana dan membawa aku ke meja komputernya.



"Weh, hang buat elok-elok sikit." "hang jangan dok pi masuk merata tempat." "Satni mukalau rosak computer aku, hang jaga no?" Ayana memberi amaran. "Ha, hang toksah dok risaulah." "Taulah aku apa aku nak buat." Aku memberi jaminan. "Ha, tau tak pa." "Hang toksah dok gatai pungkoq pi buat computer aku ikut suka hati hang." Ayana menyambung leterannya. "Tak apalah, hang toksah dok hingaklah." "Aku tau apa aku nak buat." Aku memberi jaminan.



Selepas itu, Ayana pun beredar ke bahagian dapur. Entah apa yang dibuatnya, aku sendiri pun tidak tahu. Sementara aku pula, mulalah sibuk menggodek computer si Ayana ni. Ish, teruknya computer dia ni.



Tiba-tiba aku terdengar suara orang dari luar. Yusuf pun pergilah membuka pintu. Rupanya, itu abang Yusuf atau pun nama asalnya, Joseph datang ke rumahnya. Abang dia tu, cakap loghat Sabahlah. Aku haram sepatah pun tak faham.



Kini, aku telah siap menggodek computer si Ayana. Tak ada apa yang rosak pun Cuma dia buat ikut suka dia. Sebab itu, computer dia bermasalah. Kini, segalanya dah kembali normal.



"Oi pungkoq, hang dah buat siapkah?" Ayana bertanya. "Ha, dah siap dah." "Hang ni mengarut betoilah." Aku berkata. Lagu manalah hang dok pakai computer ni?" Aku bertanya lagi.



"Mana aku nak tau?" "Aku pakai lagu tu sajalah mangkoq oi." Beritahu Ayana. "habeh awat boleh jadi lagu ni?" Aku bertanya pula. "Mana aku nak tau?" "Hang ni mangkoq betoilah." Ayana berkata.



Kini kami dah nak makan bihun. Ayana beritahu, dia membeli bihun tu tiga bungkus. Dia kata sedap. Hmm, biarlah apa dia nak kata. Yang penting bagi aku sekarang ialah makan. Sebab aku pun dah berasa sedikit lapar.



Alahai, kena duduk atas lantailah pulak untuk makan. Ish, teruk betullah mereka ni.



Ada

meja, tak mau duduk di meja, nak duduk lantailah pulak.


Ah, lantai pun lantailah asalkan makan. Kami makan bihun rebus petang itu. Dan disebabkan duduk atas lantai, maka aku telah menumpahkan kuah bihun ke atas lantai. Maklumlah, aku ni, tak reti nak pegang mangkuk.



Dan, disebabkan duduk dan makan atas lantai, maka aku hanya makan semangkuk sahaja. Sebabnya aku kurang selesa untuk makan. Kalaulah duduk di meja, aku rasa, dua mangkuk pun tak cukup.



Selepas makan, abang si Yusuf sudah hendak bertolak pulang. Yang aku faham, dia beritahu, kapalterbangnya akan bertolak jam sembilan malam ke


Sabah
. Itulah yang aku faham pun.


Selepas itu, abang Yusuf pun bertolak ke tempat penginapannya. Dan selepas makan, Ayana bawa aku duduk di sebuah kerusi kusyen yang agak empuk. Aku pun duduk tersandar sambil menikmati tiupan angin dari luar yang bertiup sepoi-sepoi bahasa itu.



Tidak lama kemudian, Yusuf pun membawa keluar bekas yang berisi kuih. "Wey encik,



cuba

hang rasa kuih ni." "Best o." Beritahu Yusuf kepadaku. "Ha Khai Eong, hang makan Khai eong." "kalau tak, nanti aku tinggai hang." Abian berkata. Selepas itu, Abian dan Yusuf pun pergi ke bahagian dapur. Dan tiba-tiba aku dengar si Abian ketawa terbahak-bahak. Kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah.


Yusuf membawa satu lagi bekas yang berisi kuih. "ha Khai Eong, yang ni, kuih dari istana." Beritahu Yusuf.



"ha Khai Eong, kalau hang tak makan kuih ni, hang menyesai o." "Kuih nip ayah nak dapat hang taukah?" "Kuih ni hanya kat istana saja yang ada." Ayana bercerita panjang lebar padaku. Aku pun mencuba sekeping kuih tu. Wah, boleh tahan sedapnya.



Aku hanya boleh makan dua keeping saja. "La Khai Eong, makanlah lagi." "



Ada

banyak lagi." Yusuf memberitahuku. "Ha, hang makan Khai Eong." "Kalau tak, aku tinggai hang nanti." Abian berkata sambil ketawa.


Selepas makan, aku tersandar di kerusi kusyen. Ayana pula duduk di sebelah aku. Sedang mendengar radio.



Angin sepoi-sepoi bahasa sedang bertiup dari luar. Aku menyandarkan badanku ke kusyen empuk itu. Kemudian aku bangun sekejap lalu menggoyangkan badan sebab lagu tu sedap didengar. "Ala Khai Eong, hang toksahlah dok menari Khai Eong oi, meluat aku tengok." Ayana berkata.



Tiba-tiba, telefon Abian berbunyi. "Asalamualaikum," kedengaran Abian memberi salam. "Ha, pasai apa?" Kedengaran suara Abian lagi. "Ni hang dok kat mana ni?" Bercakap lagi. "Habis tu, hang nak aku mai jumpa hangkah?" Abian bertanya. "Ni, aku dengan Khai Eong kat rumah si Usop ni ha." Beritahu Abian. "Ni hang nak aku mai jumpa hangkah?" Abian bertanya lagi. "Hang kat mana sekarang ni." Bertanya si Abian lagi. "Oh kat kedai Yusuf Alikah?" "Tak apalah, nanti aku mai cari hang." Beritahu Abian. Perbualan tamat di situ.



"Siapa tu?" Yusuf bertanya. "Fadzlin dan Rahim." Beritahu Abian. "Dia nak suruh aku pergi jumpa dia." Abian memberitahu. "ha Khai Eong, hang nak pi dak jumpa Rahim dan Fadzlin tu?" Abian bertanya. "Ha, boleh jugak tu." Jawabku rengkas sahaja. "Tak apalah kita duduk sekejap." Beritahu Abian.



Maka, kami pun berehatlah sekejap sambil menikmati tiupan angina yang sepoi-sepoi yang bertiup di luar rumah Yusuf ni. Rasanya sungguh nyaman sekali. Terasa mengantuklah pula bila angin itu mengembus ke badan.



Selepas itu, aku dan Abian meminta diri untuk beredar dari rumah Yusuf. "Ok lah Sop, kami pi dululah." "Nak pergi cari Rahim dan Fadzlin pulak. "ha ok lah cop, aku pun nak pi dah." Beritahu aku juga.



"Ha, ok lah Khai Eong, lain kali kalau hang mai Kl lagi, hang jangan lupa mai rumah aku no?" Yusuf berpesan. "Ha, boleh saja encik." Jawab aku rengkas.


Aku dan Abian pun keluar dari rumah Yusuf. Yusuf dan Ayana menghantar aku sampai ke pintu. "Ha, jalan baik-baik." Ayana berpesan. "Ha ok, jumpa lagi." Aku berkata.



"Besak o badan dia." Kata Yusuf pada Ayana. "La, badan dia bukan besak sangat, sederhana saja." Balas Ayana.



Maka aku dan Abian pun berjalanlah meninggalkan rumah Ayana dan Yusuf. Kini, kami menuju pula ke gerai Yusuf Ali. Abian membawa aku berjalan melintasi Jalan Sultan Abdul Samad iaitu bangunan asrama lelaki GTC. Rupanya, jalan itu dah pun berubah. Tidak seperti sebelas tahun yang lalu semasa aku berkursus di GTC.



Kini, sampailah kami di gerai Yusuf Ali. "Ha Khai Eong, mai duduk mai." Fadzlin mempelawa aku. "Ha encik, sini encik." Rahim menyampuk. "la ni nama dia bukan Ultraman dah." "La ni dia tulis question mark question mark question mark saja kat e-mail dia. Rahim bercerita.



Kini, aku dan Abian telah berada di gerai Yusuf Ali. "Ni Bian, hang nak minum apa?" Rahim bertanya. "Aku nak minum jerlah." "Aku dah kenyang makan kat rumah si Usop tadi." Beritahu Abian.



"Ha encik, encik nak minum apa?" Rahim pula bertanya pada aku. "ha kopi ais." Aku menjawab rengkas. "Mamak ada jual apa kat sini." Kedengaran pula Fadzlin bertanya. Pelayan di situ memberitahu apa yang ada.



"Ha mamak, bagi roti canai dua, teh ais satu." Beritahu Fadzlin.



Aku duduk mendiamkan diri sementara Abian pula berbual dengan seorang rakannya. Aku dah malas nak berbual sebab dah berasa kepenatan dah hari tu. Yalah, dari pagi ke petang, asyik makan saja kerjanya.



"Wey Khai Eong, aku ada satu business aku nak ajak hang joint." "Hang nak tak?" Rahim bertanya. "Business apa tu." Aku membalas. "Ni business melalui internetlah." Balas Rahim pendek. "Kalau hang nak, hang mai kedai kunin malam ni." Ajak Rahim. "Ha ok lah." Aku menjawab pendek sahaja.



Aku terus mendiamkan diri. Sementara itu, Abian sedang sibuk melayan rakannya itu berbual-bual. Aku pula, dah penat dan dah pun mula mengantuk.



Jam sudah menunjukkan pukul tujuh malam. "Ok lah, dah tujuh malam ni." "Ni aku nak bawa Khai Eong balik ke hotel. Beritahu Abian. "Ok Khai Eong, jangan lupa ha malam ni, kat kedai Kunin." Rahim memperingatkan aku. "Ok." Jawabku ringkas.



Selepas bersalaman, aku dan Abian pun berjalan pulang ke hotel Khooi Ping. Aku berasa penat dan agak mengantuk juga. Yalah, seharian berjalan dan juga makan.



Setelah memasuki bilik, aku terus pergi mandi. Sementara itu, Abian pula, bersembang dengan kawanku Paul keong. Entah apalah yang dibualkan, aku tidak ambil pusing semua itu. Yang penting, aku nak mandi.



Setelah mandi, aku pun bersiap-siap sebab pada jam lapan malam, aku dan Abian akan turun ke lobi hotel untuk menunggu cik Ayam datang. Pada malam itu, entah ke manalah cik Ayam nak bawa kami pergi makan. Rancangan nak makan Satay Kajang dah terbantut sebab orang yang ditugaskan membawa kami dengan van tu kemalanganlah pulak. Jadi, aku tak tahulah mana dia nak bawa kami ni pergi makan.



Setelah bersiap-siap dan lebih kurang jam


7:50
malam, kami pun turunlah ke lobi hotel. Cik Ayam masih belum tiba lagi. Abian menelefon cik Ayam. Entah apa yang dibualkan aku pun tidak tahu sebab mereka bercakap dalam loghat
Sarawak
.


Aku pula, asyik leka mendengar siaran tv yang sedang dibuka oleh towkeh hotel tersebut. Dia sedang menonton siaran 8 tv. Jadi, tak fahamlah aku sebab siaran cina.



Tepat jam lapan malam. Tiba-tiba siaran 8 tv telah bertukar ke siaran tv3. "Wah, towkeh ni tengok berita tv jugak no/" Aku berkata dalam hati. Entah dia faham, entah tidak. Tapi itu semua aku tak pedulilah asalkan aku dapat mendengar serba sedikit berita untuk hari itu.



Tidak lama kemudian, cik Ayam pun sampai. Kami pun pergilah makan. Cik Ayam membawa kami ke restoran RRC iaitu sebuah restoran yang bertaraf



lima

bintang di Brickfields. Itulah kali kedua aku ke restoran itu.


Di



sana

, aku makan sepinggan besar mi goring. Cik Ayam makan ayam dan beberapa hidangan lagi. Abian juga sama. Dan semasa makan, kami pun berbual-bual. Bermacamlah yang dibualkan. Dari satu topic, ke satu topic yang lain.


"Alamak, aku lupa aku janji dengan Rahim nak jumpa di kedai kuning." Aku berkata. "Ni dah pukoi sepuluh lebih dah." Aku menyambung. "Tak apalah, esok



hang nak pi MAB?" Ayam bertanya. "Jadi, hang pilah bagi tau dia hang terlupa." Ayam menambah. "ha ok lah." Aku menjawab pendek.


Lebih kurang sepuluh setengah malam, kami selesai makan. Kami pun bertolak pulang. Cik Ayam telah pulang ke rumahnya sementara Abian telah membawa aku pulang ke hotel penginapan.



Apabila sampai di pintu bilik, maka pulanglah Abian ke rumahnya.



Malam itu, aku teramat mengantuk. Aku pun pergi membasuh muka dan memberus gigi. Dan selepas itu, aku pun terus pergi tidur. Aku kena tidur awal sebab esok ada program lawatan ke MAB, rumah kak Rosnah dan rumah Lin.



(Bersambung)



Khamis, Jun 14, 2007

Alih suara, satu seni.


Sebut sahaja alih suara, ada yang memandang sinis. Ada yang berkata, tak best tengok siri/filem alihsuara. Alasan mereka, percakapan dengan mulut kurang tepat. macammana nak sama, nama pun alihsuara. Bercakap macam orang tak berfikiran.



Dari aku kecil, aku telah mengenali siri dan drama alihsuara. Aku masih ingat, siri alihsuara yang aku dengar di tv ialah siri carton Captain Future yang disiarkan di tv1 pada setiap Jumaat jam 5:00 petang.



Ini diikuti dengan siri-siri carton dan drama yang lain. Antara siri Carton ialah Thunder Sap, The Galaxi Cy cklone Brazer, siri Toriton, Space Cop Gaban dan banyak lagi. Sementara siri drama pula ialah siri Oshin, Drama brazil The Little Misi, drama Brazil The Write To Love dan banyak lagi.



Sebenarnya, alihsuara ini merupakan suatu seni yang unik. Bukan semua orang boleh melakukan proses ini. Dan satu lagi, seorang pengalihsuara boleh memegang beberapa watak dalam satu masa. Ini adalah satu keunikan yang hanya kita boleh lihat dan dengar dalam siri/drama alihsuara sahaja. Kalau di drama sebenar, terlampau jarang kita menjumpai perkara semacam ini.



Proses mengalihsuara sebenarnya bukan mudah. Apa yang saya dengar melalui slot di tv, mereka yang berkecimpung di dalam bidang ini kadang-kadang terpaksa berada di studio sepanjang hari dan malam. Walau pun mereka hanya memegang watak orang, tapi kerja mereka bukanlah mudah. Kalau tiada komekmen, memang tidak terbuat kerja tersebut.



Sepatutnya, pihak-pihak yang berwajib contohnya <ementerian Penerangan harus memberikan suatu penghargaan kepada mereka yang melakukan kerja yang mulia ini. Kerana mereka inilah kita semua dapat menonton sesuatu siri/drama itu dengan mudah.



Dan dek kerana mereka ini jugalah kami orang-orang buta dapat mendengar filem-filem dari luar contohnya drama jepun dan Brazil. Kalau bahasa inggeris pun, bukanlah semua orang yang boleh memahaminya.



Dan sekarang, kami sudah tidak dapat lagi mendengar siri yang dialihsuara. Ini adalah kerana siri-siri tersebut sudah jarang ke udara. Kami hanya dapat mendengar cerita orang tentang drama Venezuela, Filipina dan lain-lain. Manalah kami nak tengok sarikata yang terpapar di screen tv? Siapalah yang hendak membacakannya untuk kami?



Kepada mereka yang menjalankan kerja yang amat mulia ini, berbanyak terima kasih diucapkan. Jasa anda, amat besar bagi kami.



Sekian


Selasa, Jun 12, 2007

Pengemis, menangguk, hello encik menangkap


Aku datang lagi. Kini nak bercerita lagi.



Semalam, saya ada mendengar rancangan awal pagi di salah sebuah stesen telivisyen. Kebetulan mereka membincangkan topik pengemis. Tiba-tiba, tekeluarlah satu kenyataan bahawa orang celik yang membantu orang buta dalam kegiatan ini dalam satu malam, mereka boleh dapat dalam anggaran kasar dua ratus satu malam. Wow!



Kenyataan ini memang ada kebenarannya. yalah rakyat negara kita ni kan pemurah? Tapi kadang-kadang, pemurah tak bertempat. Main bagi saja. Tak selidik pun.



Ini pula kerenah warga oku penglihatan. Saya ni, cacat penglihatan jadi saya lebih spesific ke oku penglihatan. Oku penglihatan ni pun satu kerenah juga.



Mereka ni, sudahlah buat kerja ini. Lepas tu, nak tunjuk kuasa mereka pulak. Saya ada diberitahu, apabila mereka datang ke gerai-gerai atau tempat makan, mereka akan pergi dari satu meja ke meja yang lain. Itu tak apalah, biasa.



Tapi, yang tak sedapnya, bila orang taknak bagi, siap dimarah atau dimaki orang itu. siapakah awak yang nak maki-maki orang? Hatta apa orang nak kata pun, kita tak ada hak nak maki. Sudahlah buat kerja menangkap dan yang sewaktu dengannya, ni nak tunjuk kononnya ni, kita boleh maki orang ikut suka hati. Mana boleh? kalau dah tau orang taknak bagi dan dah mula berleter, cepat-cepat beredar sahaja. Usah ditunggu lagi.



Satu lagi, bila orang taknak layan, buat apa tunggu lagi kat meja makan tu? Beredar sahajalah. Tahu tak sesetengah orang, dia amat pantang bila orang datang minta-minta macam ni semasa mereka tengah makan? Dan adakalanya, orang tu janji nak bagi selepas makan. Ok, kalau dia sudah berjanji begitu, beredar saja. Ini tidak, dia duduk di situ macam tunggul kayu, tunggu sampai orang lepas makan, sampai orang bagi, baru dia beredar.



Sebenarnya, disebabkan perangai-perangai tak senonoh orang buta inilah yang telah membuatkan orang marah dan terus membuat laporan kepada pihak yang berkuasa. Dan bila dah kena tangkap, tahu pulak nak marah. Kononnya tak perihatin. Tapi mereka tak sedar, bila mereka buat perangai-perangai yang tak senonoh pada orang, apakah perasaan orang pula. Dan mereka juga tidak sedar, berkemungkinan perangai tak senonoh yang mereka buat itu sedang diperhatikan oleh pihak berkuasa. Dan bila mereka maki orang, mereka tak sedar siapa yang mereka maki itu. Mungkin pak menterikah, orang JKM kah atau orang-orang lain.



Kita ni, dahlah mata tu buta, bila bercakap di tempat awam, berhati-hatilah sikit. jangan nak tunjuk kita punya angin. Orang pun ada angin jugak. Kalau kita garang, ada yang lebih garang. Kalau kita samseng, orang lebih samseng.


Sekian.


Sabtu, Jun 09, 2007

Ucapan selamat pengantin baru Pak Lah


Selamat pengantin baru diucapkan kepada perdana menteri yang dikasihi Dato Sri Abdullah Ahmad Badawi.



Semoga perkahwinan beliau kali ini akan berkekalan hingga ke akhir hayat.


Sekian.


Khamis, Jun 07, 2007

Takkan selamanya nak percuma


Mulai Januari 2008, pihak Rapik Kl akan mengenakan bayaran 50% untuk pengangkutan kelolaan mereka di Kuala Lumpur. Bagi pendapat peribadi saya, ianya berpatutan. Takkan oku ini terlalu miskin?



Namun, ada pihak-pihak yang masih lagi ingin meminta pihak Rapik KL memberikan oku percuma lagi dengan alasan masih ramai oku yang tiada pekerjaan dan miskin.



Bagi pendapat saya, adalah amat tidak menasabah jika alasan ini digunakan. Orang normal juga ada yang miskin dan ada juga yang tidak bekerja. Tetapi, adakah mereka diberi percuma untuk pengangkutan awam dan lain-lain lagi? Sudah tentunya tidak bukan?



Ada juga yang berkata, itu hak oku untuk mendapatkan kemudahan sedemikian. Negara luar, oku semua dapat percuma. Mengapa di sini tak boleh?



Bagi pendapat saya, kita adalah lebih baik, jangan bandingkan negara luar dan Malaysia yang tercinta ini. Kita selalu marah bila pihak kerajaan membandingkan negara luar dengan negara kita dalam sesuatu hal. Contohnya harga petrol. Kita marah bila pihak kerajaan membandingkan harga petrol di negara luar dan harga di negara kita. Tapi tiba-tiba bila pasal oku, kita dengan bangganya membandingkan oku negara luar dan negara kita. Inikan hipokrit namanya?



Bagi saya, oku masih boleh lagi bekerja. kecualilah kalau dah betul-betul dah tak boleh bergerak seperti salah seorang sahabat saya. Beliau hanya terbaring sepanjang masa. Hanya menggunakan satu jari beliau untuk menaip di papan kekunci komputer. Jika orang seperti beliau ini, memang layaklah untuk mendapat segalanya percuma. Sebabnya, beliau 100% memang perlu dibantu. Beliau sudah tidak mampu bergerak langsung.



Tetapi, kalau oku, tetapi masih boleh lagi bergerak, janganlah terlalu manja. Buktikanlah bahawa oku bukan golongan semua nak diberi percuma. Oku juga manusia yang perlukan wang dan pekerjaan. Saya takut suatu hari nanti, kalau sekiranya keadaan ini berterusan, iaitu oku suka meminta-minta, jangan terkejut bila masyarakat menganggap golongan oku ini manja dan suka meminta-minta itu dan ini. Kita tidak mahu ini semua berlaku. Buktikan, oku bukanlah seteruk itu. Oku juga boleh bekerja dan boleh berdikari seperti orang lain.



Kepada oku yang telah mendapat pekerjaan, saya nasihatkan, tolonglah bekerja dengan baik. janganlah bekerja dua tiga hari dan kemudian lari. Ini juga menyumbang kepada mengapa majikan enggan mengambil golongan oku untuk bekerja. Sudahlah golongan oku begitu sukar untuk mendapat pekerjaan, ini yang dah dapat kerja, nak lari.



Jangan beri alasan gaji murah. Kita oku, dah susah nak dapat kerja dan bila dah dapat kerja tu, bekerjalah dahulu. Gaji sama ada murah atau pun mahal, itu jangan diambil kira. Ini sudahlah susah nak dapat kerja, bila dah dapat, nak berkira dengan gaji pula.



Ya betul, gaji tak mampu nak tanggung keluarga. Tapi seboleh-bolehnya, bekerja dahulu. Di samping bekerja, kita juga bolehlah berusaha untuk mencari pekerjaan yang gajinya sesuai untuk kita.



Dan kepada orang-orang kuat dan orang-orang besar persatuan yang mewakili oku, perjuangan masih belum selesai. Perjuangkanlah hak pekerjaan bagi golongan oku. Dan kalau nak minta apa-apa kemudahan, saya mencadangkan, adalah lebih baik minta terus dari pihak kerajaan. Kerajaan ibarat ibu dan bapa kepada kita semua. Bagi saya, meminta terus dari pihak kerajaan adalah lebih baik daripada meminta kepada pihak lain.



Sekian.


Rabu, Jun 06, 2007

Aha, aku gaduh lagi


Aha, ini satu kisah yang menarik.


Hari tu ada timbul satu issue di share group tentang Rapik Kl akan kenakan bayaran separuh harga kepada golongan oku mulai 1 januari 2008.


Maka adalah suara-suara yang meminta agar NGO's yang mengendalikan permasalahan ini supaya pergi berbincang dengan syarikat tersebut supaya dapat diberi
kepada warga oku percuma untuk menggunakan pengangkutan Rapik.


Aku dan beberapa rakan lain tidak menyetujui pendapat tersebut. Aku kalau dah tak setuju memang akan berterus-terang. Lagi-lagi di share ni, kalau dah
terpaksa kurang ajar pun aku tak peduli.


Pada hari tu iaitu hari Jumaat 1 Jun, memang aku betul-betul kurang ajar. Kurang ajar untuk menegakkan pendapat dan pendirianku yang oku kalau boleh biarlah
diberi separuh harga dan tidak payahlah selamanya percuma. Itu tidak baik.


Rakanku Allan Wong pula telah mengemukakan satu persoalan. Beliau bertanya, kalau semua nak free, mengapa kahwin tidak diminta supaya diberi percuma? Ini
telah menyebabkan sesetengah pihak di dalam share mailing list menjadi marah. Mujur kami berdua masih mendapat sokongan. Dan yang paling lantang memberi
sokongan ialah Abang Kenyalang dari Sarawak. Terima kasih kami ucapkan.


Aku sanggup kurang ajar di share sebab bila ada apa-apa yang tak kena di list itu, selalu diminta kami bersopan dengan alasan di share ada banyak orang
besar-besar. Adakah kerana ada orang besar-besar kita harus bersopan? Itukah alasannya? Tidakkah ada alasan yang lain dari itu?


Depan orang besar-besar, semua tunjuk baik. Yang mana buruk kalau boleh nak sembunyi. Semua report baik-baik belaka. Semua akan pandai main drama swasta.


Aku tak mau semua itu. jadi, lebih baik aku jadi kurang ajar di situ. Aku hanya betul-betul menjadi kurang ajar di list itu sahaja.


Sedikit ulasan mengenai pemilihan baru SBM Cawangan Pulau Pinang


13 Mei, hari yang ditunggu-tunggu oleh ahli-ahli SBM cawangan Pulau Pinang. hari itu, akan terongkailah segala persoalan dan teka-teki barisan baru bagi
SBM Pulau Pinang sesi 2007-2009.


Semasa aku menaiki bas yang disewa khas untuk ke SBM, kempen pemilihan juga sedang dijalankan di atas bas. Orang yang paling kuat berkempen ialah saudara
Jaafar Mat Isa. Beliau sedang membuat siaran langsung melalui PTT.


"Ah Hong, i nak tanya you." jaafar memulakan bual bicara. "Siapa yang you pilih?" Persoalan dilontarkan. "Saya pilih Tan Ah Bah." Persoalan dijawab oleh
saudara Paul Keong. "ha, kenapa you pilih dia?" "You ingat tak apa yang sudah jadi masa kita pi KL untuk E G M tahun lepas?" Saudara Paul Keong telah memperjelaskan
segala apa yang berlaku pada saudara Jaafar.


Sebenarnya, saudara Jaafar sedang berkempen untuk Azmi Rejab dan beberapa orang lagi. Menurut beliau, beliau ingin melihat orang muda pula yang meminpin
SBM kali ini.


Menghampiri dua setengah petang, pemilihan selesai. Semua orang dah pun lapar dan pergi makan. Dan kini, terongkailah sudah segala persoalan dan teka-teki.


Sesuatu yang paling mengejutkan telah terjadi pada saudara Azmi Rejab di mana pada pertandingan kali ini, beliau kalah dalam semua jawatan yang ditandinginya
iaitu jawatan pengerusi SBM, timbalan pengerusi SBM dan AJK SBM. Antara yang paling mengejutkan, untuk jawatan timbalan pengerusi SBM, beliau hanya mendapat
sepuluh undi sahaja. Entah di mana silapnya saudara Azmi Rejab sehinga rakyat-rakyat SBM Pulau Pinang menghukumnya sebegitu rupa.


Dan kini, beliau harus mengkaji, apakah puncanya. Di mana silapnya dan adakah beliau salah percaturan atau strategi? Atau pun adakah rakyat-rakyat SBM
Pulau Pinang tidak berpuashati terhadap beliau? Kalau ya, mengapa? Adakah perkhidmatan beliau pada rakyat-rakyat SBM Pulau Pinang tidak memuaskan hati
rakyat-rakyat sekelian?


Sementara itu, percaturan seorang pemuda, saudara Oon Soon Eng, telah menjadi nampaknya. Beliau telah bertanding dalam beberapa jawatan iaitu timbalan
pengerusi, setiausaha, bendahari dan AJK. Percaturan beliau ialah, beliau akan memenangi salah satu jawatan daripada yang beliau tandingi ini. Percaturan
beliau menjadi nyata. Beliau menang Ajk dengan mendapat 49 undi daripada 90 undi. Beliau memegang jawatankuasa Kebajikan.


Satu lagi percaturan beliau ialah membawa beberapa rakannya masuk bertanding sama. Antaranya Muhammad fitri Abdullah dan Azrol Afandi. Tapi sayang, Muhammad
Fitri tidak memenangi sebarang jawatan dalam sBM tetapi Azrol memenangi AJK dengan memegang jawatankuasa sukan dan rekreasi.


Kini, semuanya sudah berakhir. yang menang, tunaikanlah janji pada rakyat-rakyat SBM Pulau Pinang. Sementara yang kalah, renung-renungkan atas kekalahan
anda. Jangan lupa untuk mencuba lagi pada tahun 2009.


Berakhirlah sudah kempen pemilihan SBM cawangan Pulau Pinang


Kini, segala-galanya telah berakhir. kempen pemilihan ahli-ahli jawatankuasa SBM kini selesailah sudah. 13 Mei adalah tarikh penentu siapa yang menang dan
siapa yang kalah.


Sepanjang tempoh berkempen, pelbagai taktik telah dilakukan. Ada yang berkempen cara telefon ke sana dan ke mari. Ada yang berkempen melalui PTT (Push
To Talk) dan yang paling tak sedapnya, ada yang berkempen memburukkan pihak lawan.


haha, pelbagai ragam. Ada juga yang setelah dipujuk, akan mempertahankan jawatan di SBM yang disandangnya sekarang. Jadi diharap, mereka akan berjaya mempertahankan
jawatan yang mereka sandang itu.


Yang dapat dilihat sekarang, terdapat banyak muka-muka baru yang mencalonkan diri untuk bertanding merebut jawatan di pemilihan SBM cawangan Pulau Pinang
pada kali ini. Jadi kita berharap jika sekiranya muka-muka baru ini terpilih nanti, mereka akan melaksanakan tanggungjawab yang diberi.


jadi, sama-samalah kita tunggu percaturan dan perkiraan yang telah dibuat. Adakah ramalan-ramalan yang mengatkan si Norazlin Yeoh akan kalah pada si Andrew
Oon Soon Eng untuk jawatan bendahari adalah benar? Adakah pengerusi SBM saudara Tan Ah Bah dapat mempertahankan jawatan yang disandangnya sejak tahun 2001?
Bagaimanakah pula dengan Tang Eng Kheng dan Andrew Oon Soon Eng? Dapatkah mereka merebut jawatan timbalan pengerusi SBM cawangan Pulau Pinang daripada
saudara Azmi Rejab? Bagaimana pula dengan saudara Azmi Rejab? Dapatkah beliau merebut jawatan Pengerusi SBM yang diidam-idamkannya daripada saudara Tan
Ah Bah?


Bagaimana puloa dengan jawatan setiausaha? Adakah ura-ura mengatakan Puan Habsah Saad akan mempertahankan jawatannya itu adalah benar? Dan adakah benar
khabar angin mengatakan saudari Lim Kooi Yong berminat dengan jawatan setiausaha SBM Pulau Pinang?


Antara muka baru untuk Ahli Jawatankuasa SBM Pulau Pinang ialah saudara Fitri Abdullah dan saudara Azrol Afandi. Adakah kedua-dua mereka ini akan berjaya?


Segala persoalan yang dikemukakan di atas akan terongkai pada siang nanti. Ahli-ahli SBM Pulau Pinang sendiri yang akan menentukan siapa yang layak dan
siapa yang tidak layak untuk meminpin mereka. Ahli SBM Pulau Pinang kini sudah bijak menilai yang mana intan dan yang mana kaca.


Mesyuarat agung SBM Pulau Pinang akan bermula pada jam 10:00 pagi Ahad 13 Mei dan akan dirasmikan oleh Yang Berhormat Adun Seberang Jaya, saudara Arif
Shah Omar Shah.


Terima kasih cik Azli Paad


Terima kasih kepada cik Azli Paad kerana telah memperkenalkan software ini. Dengan adanya software ini, ianya telah memudahkan saya untuk mengemas kini
blog saya.


Jadi, sekali lagi diucapkan, terima kasih banyak-banyak kepada cik Azli Paad.


Kuala Lumpur 2006 bahagian satu


Ha, maka bermulalah cerita Kuala Lumpur 2006.



16 Disember, tepat jam lapan setengah pagi, semua peserta rombongan yang akan berangkat ke



untuk menghadiri mesyuarat agung luarbiasa SBM telah berkumpul di perhentian bas berhampiran komtar yang terletak berhadapan dengan tokong cina.


Bas telah tiba tepat jam lapan setengah pagi. Kami semua berduyun-duyunlah menaiki bas itu. Dan setelah semua dah naik, bas memulakan perjalanannya ke



.


Semasa di dalam bas, aku sempat berbual dengan saudara Najeri atau lebih dikenali dengan Jeruk dan saudara Saifudin tentang computer. Jeruk menceritakan tentang masalah yang melanda komputernya. Begitu juga dengan Saifudin.



Masa itu, aku duduk di belakang saudara Lee Ah kaw dan isterinya. Jadi, terpaksalah aku bersembang dengan menggunakan suara yang kuat dengan Jeruk dan Saifudin.



Tidak lama selepas itu, aku tertukar tempat pula. Aku duduk di belakang Jeruk dan Saifudin. Jadi, senanglah aku nak berbual-bual. Sementara itu, di sebelah kiri aku ialah Lee Ah Kaw dan isteri.



Bas terus bergerak meluncur dengan lajunya di atas jalanraya. Sementara itu, aku berbual-bual juga dengan Ah Kaw. Kami berbual-bual tentang pekerjaan dan beberapa topic lain.



Bila sampai di stesen KTM, bas berhenti lagi. Kali ini, ia berhenti untuk membawa para peserta yang menunggu di tempat tersebut. Di



, peserta agak ramai. Ini termasuklah saudara Paul Keong. Beliau sepatutnya dating ke stesen bas komtar dengan aku tetapi dek kerana aku tak dapat mengenal pasti tempat dia menunggu di Bayan Lepas, jadi aku tinggalkan sajalah dia.


Suasana sudah menjadi hiruk-pikuk. Suasana sudah menjadi seperti pasar pagi. Bising sebising-bisingnya.



Bas sudah mula penuh dengan para peserta yang akan berangkat ke



. Paul Keong duduk bersebelahan denganku.


Setelah agak lama berhenti, bas memulakan perjalanannya semula. Kini bas akan meneruskan perjalanannya ke



. Suasana di dalam hangar-bingar dengan suara-suara manusia yang dirasakan sudah begitu lama tidak bertemu antara satu dengan yang lain. Aku hanya mendiamkan diri saja. Tak ada modal untuk dipersembangkan.


Tidak berapa lama selepas itu, saudari Norazlin memulakan ucapannya. "Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua." "Seperti yang kita tahu, kita akan berangkat ke



untuk menghadiri mesyuarat agung luarbiasa atau E G M SBM yang akan berlangsung di Kompleks MAB pada 17 Disember iaitu esok."


Itulah ucapan pembukaan yang panjang lebar yang diberikan oleh kak Norazlin. Selepas itu, beliau menerangkan peraturan mesyuarat, waktu akan berangkat pulang dengan bas dan elaun makan untuk ahli SBM Pulau Pinang. Aku mendengar dengan khusyuk sekali.



Setelah panjang lebar penerangan diberi, maka selesailah. Suasana yang tadinya sunyi menjadi seperti pasar kembali.



Dalam lebih kurang jam duabelas setengah tengahari, kami berhenti makan di Sungai Perak. Maka turunlah kami dari bas itu.



Sebelum pergi makan, kami pergi toilet terlebih dahulu. Saya dan Paul ditemani oleh Ah kaw dan isterinya. Isteri si Ah Kaw ni, memanglah kelam-kabut sikit. Kadang, marah juga si Ah Kaw dibuatnya.



Selepas pergi toilet, barulah kami pergi makan. Di



, aku makan sepinggan mi goring. Alahai, mi goring dia tu sejuklah. Ah Kaw dan isterinya makan nasi goring. Paul juga makan mi goring seperti saya. Minuman pula, saya minum kopi ais. Ah kaw dan isteri minum teh.


Setelah semuanya dah selesai makan, Ah kaw pun bayarlah semuanya. Terima kasihlah pada Ah kaw kerana sudi belanja aku dan Paul.



"Hoi, sudah makankah?" Tiba-tiba Norazlin menyapa dari belakang. "Kami baru saja habis makan." Beritahu Ah Kaw dalam bahasa hokien. "Sekarang ni, nak keluarlah ni." Ah Kaw menyambung lagi.



Kami beredar keluar dari kedai makan itu. Selepas itu, kami singgah pula di gerai yang menjual buah-buahan. Di



, aku telah membeli dua bungkus besar jambu batu. Paul pula membeli sebungkus tembikai susu.


Selepas semua dah siap membeli, kami pun pergilah menaiki bas. Kami makanlah buah-buahan yang kami beli itu di dalam bas. Wah jambu batu tu, banyak yang lembik. Jadi, ianya agak kurang sedap sikit. Tapi belasah sajalah sebab dah beli dah.



Kini, bas sudah memulakan perjalanannya kembali. Kami akan menuju ke Kl sekarang. Menurut Norazlin, kami dijangka tiba di Kl pada lebih kurang jam dua setengah atau pun tiga petang.



Tidak berapa lama kemudian, Norazlin pun membuat satu pengumuman. Menurutnya, beliau telah mendapat khabar dari pihak SBM pusat mengenai tempat tinggal ahli SBM Pulau Pinang. Menurut beliau lagi, pihak SBM pusat akan menempatkan semua ahli SBM Pulau Pinang di SMK Setapak. Dan oleh kerana sekolah bercuti, jadi tempat tinggal kami ialah asrama dan tilamnya tak ada cadar, tak ada sarung bantal dan tak ada selimut.



Wah apa sudah jadi ni? Masing-masing telah meluahkan rasa ketidakpuasan hati mereka. Mengapa ahli cawangan lain boleh mendapat tempat tinggal yang selesa Pulau Pinang pula, mendapat yang sebaliknya?



Aku menelefon Ayam dan bercerita hal ni. "Ayo, jauhlah Setapak dari Brickfields encik." Itulah reaksi ayam. "Kenapa dia orang buat macam tu ha?" Ayam bertanya. "Tak taulah." Aku menjawab rengkas.



Selepas itu, aku menelefon pula namila dan bercerita hal yang sama. "Ayoyo, why like that ha?" Namila pula bertanya. "Manalah aku nak tau." Aku menjawab rengkas.



Kemudian, aku menelefon pula si Abian dan bercerita hal yang sama. "Ah sudah." "Mengarut betoilah SBM ni." Abian memberikan reaksinya.



Kini, masing-masing sudah mula berasa tidak puas hati terhadap SBM. Mengapa cawangan Pulau Pinang tiada hotel?



Tidak berapa lama selepas itu, sekali lagi Norazlin membuat pengumuman. Kali ini, pihak SBM pusat meminta semua ahli SBM cawangan Pulau Pinang membentuk satu Kumpulan kecil dan dalam Kumpulan tu ada empat orang. Setiap Kumpulan akan pergi mencari bilik hotel sendiri di Brickfields dengan harga RM 80 ke bawah. Kalau harga RM 80 ke atas, Kumpulan tersebut akan tanggung bayarannya sedikit.



Aha, satu lagi kerja gila sudah bermula. Aku menelefon dan memaklumkan pada Ayam, Namila dan Abian. Gila. Itulah reaksi mereka. Apa sudah jadi sebenarnya, tidaklah diketahui.



Maka kini, bermulalah suatu perbincangan di kalangan ahli SBM Pulau Pinang untuk membentuk satu Kumpulan empat orang untuk mencari bilik hotel di Brickfields nanti.



Aku dan Paul tidak masuk campur. Begitu juga Ah Kaw dan isterinya. Menurut Ah Kaw, mereka akan tinggal dengan anak mereka di Brickfields nanti. Sementara aku dan Paul akan menyewa berasingan hotel. Maksudnya, kami keluar duit sendirilah.



"Aku tak mau tinggallah dengan orang-orang yang aku tak kenal." Beritahu Paul kepada ah Kaw dalam loghat hokien. "Yalah, kita tak tau siapa mereka." "Adakah mereka ni panjang tangankah, pendek tangankah, kita tak tau." Paul menyambung ceritanya.



"kami dah tau akan ada masalah." "Sebab itulah kami nak tinggal dengan anak kami." Ah Kaw pula bercerita. "Tinggal satu malam, lepas tu esok dah balik." Ah Kaw menyambung ceritanya.



Sementara itu perbincangan hangat masih lagi berlaku. Kini masing-masing telah mempunyai Kumpulan masing-masing. Aku dan Paul berkecuali dalam hal ini. Kami akan menyewa berasingan.



"ha, Paul Keong dan Khai Eong, kamu dah ada group kah?" Norazlin bertanya kami. Paul pun pergi ke depan bas. "Eh, mengapa ini SBM buat kerja begitu teruk?" eliau bertanya pada Azlin. "Saya pun tak taulah." Azlin menjawab rengkas.



"Tak apalah, saya dan Khai Eong akan cari hotel sendirilah." "Susahlah tinggal dengan orang yang kita tak kenal." "Kita tak tau macammana dia punya stile." "Panjang tangankah, pendek tangankah, kita tak tau." Paul bercerita panjang dengan Azlin dalam bahasa inggeris.



Betul juga apa yang Paul perkatakan itu. Aku menyokong kenyataan yang diberikan. Memang benar. Agak merbahaya jika kita tinggal denhgan orang yang kita sendiri tak tahu gerak-gerinya. Paul begitu teliti sekali dalam semua hal ni.



Setelah semuanya selesai, masing-masing pun duduklah kembali di tempat masing-masing. Bas terus berjalan menuju ke distinasinya. Kini, jam sudah menunjukkan pukul tiga suku petang. Bas masih belum tiba ke distinasinya. Sepatutnya ia dijadualkan tiba jam dua ke dua setengah petang. Tapi, ini dah tiga suku petang, masih lagi belum tiba.



Lebih kurang tiga setengah petang, tibalah kami ke Brickfields. Kami diturunkan di M A B. Cuaca amat panas sekali pada petang itu.



Kini, tibalah masanya untuk mencari tempat tinggal iaitu hotel penginapan. "Eh Ah Kaw, awak bawa kami ke



, lepas tu, kami pergi cari hotel sendiri." Beritahu Paul kepada Ah Kaw dalam loghat hokien. "Ok." Ah Kaw menjawab rengkas sahaja.


Maka sekarang, bermulalah pencarian hotel bagi kami. Ah Kaw membawa kami ke lido. Hotel pertama yang kami tujui ialah



hotel. "Hello, di sini ada bilikkah?" Paul bertanya. "Tak, semua sudah penuh." Jawab seorang petugas di

. "Ok terima kasih." Paul berkata lalu kami keluar dari hotel tersebut.


Kami bergerak pula ke New Winner Hotel. "Hello, di sini ada bilik kosongkah?" Paul pula bertanya. "Tak, semua sudah penuh." Jawab seorang kakitangan yang bertugas. "Ok, terima kasih." Paul menjawab lalu kami keluar dari hotel tersebut.



Kini, Ah Kaw dan isterinya telah meninggalkan kami. Mereka telah pergi ke rumah anak mereka. Kami pun terus mencari bilik hotel untuk kami menginap.



Kami pergi ke Lido Hotel. Hotel yang paling murah sekali. "Hello, di sini ada bilikkah untuk malam ni." Paul bertanya. "Tadak encik, semua sudah punuh." Jawab seorang kakitangan



. "Ok thanks." Paul menjawab lalu kami keluar dari hotel tersebut.


Sudah satu jam kami berjalan mencari hotel untuk menginap. Namun, segalanya hampa belaka. Tiada satu hotel pun yang kosong. Wah, manalah kami nak tinggal malam ni? Ini sudah kes naya ni.



Aku dan Paul sudah mula membuat plan kecemasan. Jika betul-betul tiada hotel untuk menginap, kami akan bermalam di rumah kawan sahaja. Itulah plan kecemasan kami.



Setelah penat, kami pun pergi ke sebuah kedai kopi yang terletak bersebelahan dengan Lido Hotel. Di situ kami memesan air untuk minum. Paul minum the sementara aku minum kopi ais. Di samping itu kami membeli tiga keeping pisang goring untuk dimakan juga. Maklumlah, cuaca panas dan perut berasa agak lapar.



Semasa kami makan, aku telah menelefon Azlin. "Oi kak, dah dapat bilik hotel." Aku memulakan bicara. "ha, kami baru dapat satu." Azlin menjawab rengkas. "Kat mana tu kak?" Aku bertanya ingin tahu. "Kat Brickfields In." Azlin menjawab. "Wah, ada juga bilik kat



no?" Aku bertanya. "Hmm yalah, kami cari punya cari, akhirnya berjumpa juga." "Jadilah tu, lebih baik dari tak ada." Azlin berkata.


"ha kak, tadi, Rosnah ada telefon." Aku memberitahu Azlin. "Ha, hang telefon balik, bagi tau kat dia, tak jadi." Azlin berpesan padaku. "Ok lah kak." Aku menjawab rengkas.



Setelah habis makan pisang goring dan minum, kami beredar dari kedai tu. Kali ni Paul bercadang hendak ke rumah Boon Kim iaitu kakak Boon Kiat. Maka, pergilah kami ke rumah Boon Kim dengan hanya berjalan kaki. Maklumlah, dekat saja.



Maka, panjatlah kami tangga-tangga yang terdapat di situ. Maklumlah, rumah pangsa. Rumahnya terletak di tingkat empat kalau tidak salah aku. Tangga di situ agak curam juga.



Setelah penat kami memanjat tangga rumah pangsa itu, rupanya, Boon Kim tiada di rumah. Mungkin dia ke mana-mana entah. Maklumlah, petang Sabtu dan Sabtu adalah hari bekerja sekerat hari.



Setelah itu, kami turun kembali ke tingkat bawah. Di pertengahan jalan, kami telah ditegur oleh seorang pemuda.



"Hello, kamu nak ke mana?" Pemuda itu bertanya. "Eh, kami nak cari Boon Kimlah, tapi dia tak ada." Paul menjawab.



"Eh, kami tak ada hotel tinggallah." "You boleh bagi kita tinggal you punya rumahkah?" Paul bertanya secara bergurau. "Eh, mana boleh, rumah saya sempitlah." "Tak ada tempat tinggal." Jawab pemuda itu dengan cepat.



"Tak apalah, tinggal di hall pun jadilah." Paul bergurau lagi. "Tak boleh, sempit." Pemuda itu menjawab lagi. "Oh yakah, tak apalah." "Hahaha." Jawab Paul sambil ketawa.



"Eh awak Siew Hwa





?" Aku bertanya. Aku mengenali suara Siew Hwa. Aku benar-benar mengenali suara Siew Hwa kerana, aku pernah mendengarnya semasa kami ber chat melalui evmail dahulu.


"ya, saya Siew Hwa, awak siapa?" Siew Hwa bertanya agak terkejut. "La, saya Khai Eonglah." Aku memberitahunya. "Ha, siapa?" Siew Hwa bertanya semula kerana tidak mendengar jawapanku dengan teliti. "Khai Eong." Aku menjawab rengkas.



"Oh, Khai Eong." "Kamu semua datang KL, apa hal?" Siew Hwa bertanya ingin tahu. "Kami ada E G M esok." Aku bercerita pendek. "Oh, E G M esok." Jawab Siew Hwa. "SBM tak bagi tempat penginapankah?" Siew Hwa bertanya kehairanan.



"I don't know what are SBM doing, but they didn't give we all the place to stay." Beritahu Paul dalam bahasa inggeris. "Oh." Siew Hwa menjawab. "Eh kamu tak pergi cari Hotel Floridakah?" Siew Hwa bertanya.



"Kami tak tau jalan nak keluar nanti." "nanti, dia bagi masalah pulak." Paul memberikan keterangannya. "Jadi, bukan kami tak mau." Paul menyambung lagi "oh macam tu." "So awak nak ke mana sekarang?" Siew Hwa pula bertanya..



"kami nak berjalan lagilah." "Nak



mencari hotel lagi." Paul memberitahu. "Kalau tak jumpa jugak, macammana?" Siew Hwa ingin tahu. "Kalau tak ada tempat, we must stay in friends house lah." Paul memberikan jawapannya.


"Oh begitu." "Ok lah, saya nak pergi dulu." Kata Siew Hwa sambil meminta diri. "Ok bye, jumpa lagi." Aku dan Paul mengucapkan selamat tinggal. "Ok bye, jumpa lagi. Siew Hwa membalas.



Siew Hwa beredar dari situ dan naik ke tingkat atas menuju ke rumahnya. Sementara aku dan Paul, mula berkira-kira, apakah yang harus kami lakukan sekarang. Jam sudah



setengah petang.


Kami pergi pula ke hotel Brickfields In. ila kami sampai, kedengaran suara Norazlin sedang mengaturkan tempat tinggal kepada beberapa orang ahli SBM Pulau Pinang yang mendapat bilik di hotel tersebut.



"Eh, sini ada bilik lagikah?" Paul bertanya. "Tak ada, sudah penuh." Jawab Norazlin rengkas. Kami berhenti sekarang. Kini kami akan menjalankan plan kedua pula.



Kami berdiri di tepi hotel Brickfields In. "Ok, aku nak



call Moktar sekejap." Paul memberitahu. Paul pun menelefon Moktar Soon untuk mendapatkan bantuan. "Alamak, tak boleh masuk pulak." Paul merungut. "Ini Moktar ni lecehlah, apa dia buat pun tak tau." Paul berleter. Dia

menelefon Moktar beberapa kali. Tapi saying, telefon Moktar tidak berfungsi.


"Tak apa, aku



telefon itu sam." Paul memberitahuku. Paul menelefon Samuel Koh. Setelah bercakap beberapa minit dengan Samuel Koh, dia berhenti. "Samuel sekarang dalam bas menuju Kl." Paul memberitahuku.


Sementara itu, aku pula menelefon kawan aku Ayam. "Hello," kedengaran satu suara dari hujung gagang telefon. "ha encik, ayam ada tak?" Aku bertanya. "oh, ayam dia turun bawah sekejap." Beritahu isteri ayam. "Apa hal ni?" Isteri Ayam pula bertanya.



"macam ni, kami tak ada hotel tinggai hang tau." "Jadi, aku rasa, aku nak tinggai kat rumah hangpalah malam ni." Aku bercerita. "Nak tinggai buat malam nilah." Aku menyambung keteranganku. "Ha, taka pa, boleh." Isteri Ayam menjawab. "nanti aku call Ayam." Kata isteri Ayam. Dan selepas itu, gagang telefon diletakkan.



Sementara itu, Paul pula menelefon kawannya Bok Kiat. "hello, awak Bok Kiatkah?" Paul memulakan perbualan." "Wah Apakhabar?" Paul bertanya pula. "Eh, nak Tanya sikit." "Awak ada tempat untuk saya tinggalkah?" Paul memulakan bicaranya. "Awak nak tahu, SBM ni, entah mana silapnya saya pun tak tahu, tiba-tiba dia tak bagi kami tempat tinggal." "hey, tak tahulah mana yang silapnya." "Saya rasalah, mungkin sebab school holiday punya pasallah." Paul bercerita panjang pada Bok Kiat dalam bahasa hokien.



"Ok lah, kalau apa-apa nanti, saya panggil awak balik." Paul berkata lagi sambil mengakhiri bual bicaranya.



Aku menelefon isteri Ayam lagi. "Hello, Ayam dah balik?" Aku bertanya. "Belum lagi, tadi dah telefon dan dah beritahu dia dah." Terang isteri Ayam. "Ok taka pa, taka pa." Aku menjawab. Tak lama lepas itu, telefon aku berdering. Bila aku angkat, talian terputus.



Tiba-tiba, aku terdengar suara si Abian. "La, kat sini hang berdiri." Abian bertanya. "Yalah, ni aku dok tunggu si Ayam ni ha tak datang-datang lagi." Aku memberitahu Abian. "Hang nak pi mana ni?" Aku pulak bertanya. "Aku ada dinner malam ni." Abian memberitahu. "Oh yalah, baru aku teringat.



"Eh



hang telefon sat si Ayam tu." Aku berkata. "Hang dah telefon diakah belum?" Abian bertanya. "Aku dah telefon dah tadi." Beritahuku padaAbian.


Abian pun mengeluarkan telefonnya dan menelefon Ayam. "Hello, ni awak kat mana ni?" Abian memulakan bicaranya dengan Ayam dalam bahasa



. "ni, aku kat Jalan Sultan Abdul Samad ni, kat Hotel Brickfields In." "Aku ada dinner ni." Cerita Abian panjang lebar. "Khai Eong ada kat sini, dia tunggu awak." Abian menyambung.


Perbualan terhenti di situ saja. Aku dan Abian terus berbual sementara Paul pula sibuk menelefon ke



ke sini. Maklumlah dia nak mencari tempat tinggal. Dia mungkin akan bermalam di rumah Bok Kiat atau pun di rumah Moktar Soon.


"Ha bian." Tiba-tiba kedengaran satu suara. Aku mengenali suara itu. Ya, itulah suara Ayam. Ya, kini, Ayam sudah sampai ke tempat yang aku tunggu iaitu di tepi hotel Brickfields In.



Aku berjabat tangan dengan Ayam. Ayam tu taklah gemuk sangat. Cuma sederhana sahaja.



"ha encik tinggal di hotel mana?" Ayam memulakan bual bicara. "mana ada hotel encik, dah puas kami berjalan dan mencari." "Tak ada pun." Jelasku kepada Ayam. "jadi macammana?" Ayam bertanya. "Hmm, kena tinggal kat rumah hanglah.' Beritahuku. "Aku sorang saja." Aku menambah.



Setelah aku bersiap-siap hendak berangkat ke rumah Ayam, aku memberitahu Paul. Pada ketika itu, Paul sedang sibuk berbual-bual di dalam telefon dengan rakannya. Maka, berangkatlah aku ke rumah Ayam.



"Aku ingat, hang dengan kawan hang, kalau hang dengan kawan hang, tak bolehlah, kalau hang sorang, tak apalah." Beritahu Ayam padaku. "Taklah, aku sorang saja." "Kawan aku tu, dah memang ada tempat tinggal dah." Aku menerangkan.



"Tapi kenapa SBM buat gitu ha?" "Dia sepatutnya sediakan tempat tinggal." Ayam memberikan pendapatnya. "Tak tahulah." "Entah apa yang terjadi dengan SBM aku pun tak tahu." Beritahuku. "Dia sepatutnya, kena tempah hotel dengan lebih awallah sebab





sekarang musim cuti?" Ayam sekali lagi memberikan pendapatnya.


"Hmm, yang tu tak taulah." "Ni esok, jaafar kata, nak bangkitkan perkara ni." Beritahuku pada Ayam. "yalah, kena bangkitkan jugak perkara ni supaya kita tahu apa yang berlaku sebenarnya." Ayam sekali lagi memberikan pendapatnya. "Ha, yalah." "Kena bangkitkan jugak." Aku menyokong.



"Eh, rumah hang jauh lagikah?" Aku menukar topic perbincangan. "Tak, dah nak sampai dah." Beritahu Ayam. "Oh begitu." Aku menjawab rengkas. Kami pun meneruskan perjalanan ke rumahnya di Palm Court.



Tidak berapa lama kemudian, sampailah aku ke rumah Ayam. Kami menaiki lif ke tingkat lapan. Ayam menekan loceng pintu. Isteri dan anaknya datang membuka pintu. Aku membuka kasut lalu masuk ke rumah Ayam.



Kini, aku sudah berada di rumah Ayam. Umahnya agak besar. Bilik ada tiga. Bilik tamu satu dan satu lagi, bilik computer. Satu lagi bilik tidur. Kiranya, amat selesa sekalilah.



Aku dibawa oleh Ayam duduk di kerusi kusyen. Kerusi kusyen yang amat empuk sekali. Sementara itu, anak Ayam kelihatan begitu lincah sekali. Dia berlari ke



dank e sini. Maklumlah anak lelaki.


"jadi, berapa orang dari Pulau Pinang yang datang?" Isteri Ayam memulakan bual bicara. "Semuanya ada 44 orang iaitu satu bas penuh." Terangku kepada isteri Ayam. "Jadi, semuanya tak ada hotelkah?" Isteri Ayam bertanya lagi. "SBM HQ kata, kami kena buat satu Kumpulan empat orang dan menyewa hotel yang berharga bawah RM 80." Aku menerangkan.



"Apa sebenarnya yang berlaku ya?" Isteri Ayam bertanya ingin tahu. "Aku sendiri pun tak tahulah." Jawabku rengkas. "Nasib baiklah mesyuarat diadakan di Brickfields." "Kalau dibuatnya mesyuarat tu di luar Brickfields, macammana ya?" isteri Ayam bertanya. "Ha, tak tahulah." Jawabku rengkas.



Kini, Ayam sudah keluar dari bilik air. Isterinya pula, sibuk memasak di dapur. Anaknya pula, begitu lincah berlari ke



ke mari. Sementara aku pula, duduk di kerusi kusyen sambil menikmati tiupan angin dari luar yang sejuk dan nyaman.


Jam sudah menunjukkan jam enam petang. "Ha Ayam, hang bukak sat tv9." "Ada Dragon Ball lah." Beritahuku pada Ayam. "Ayam pun membuka siaran tv9. jadi, dapatlah aku mendengar siri Dragon Ball di tv9 tersebut.



Kini, minum petang sudah disediakan oleh isteri Ayam. Aku dibawa ke meja makan.



biskut, hot-dog dan air teh. Aku pun, tunggu apa lagi, belasah sajalah. Yang paling aku suka ialah hot-dog. Biskut pun aku makan juga tapi taklah banyak macam hot-dog. Atau lebih tepat lagi, sosage.


Anak Ayam pula, sibuk nak main PST (Play Station). Jadi isteri Ayam pun bukalah play station itu.



Semasa makan, aku dengar Ayam sibuk dengan Push To talk-nya. Topik yang sedang diperbincangkan ialah orang yang mementingkan diri sendiri. Aku pun tak tahu sangat apa isi perbincangan itu.



Setelah selesai makan, aku berehat-rehat sebentar dan setelah puas berehat, aku pun pergilah mandi. Bayangkanlah dah sehari tak mandi. Aku pun mandilah puas-puas. Terasa amat segar sekali lepas mandi.



Setelah selesai mandi, aku berehat lagi. Dan kemudian, aku masuk ke bilik computer Ayam untuk memeriksa komputernya. Bilik komputernya kira ok juga. Ianya dilengkapi dengan penghawa dingin. Jadi apa lagi, terasa seronok jugalah duduk bawah penghawa dingin.



Sementara beg aku diletakkan di bilik tetamu. Sebabnya akau akan tidur di bilik tetamu. Jadi, semua barangan diletakkan di



. Sementara itu di bilik computer pula, computer Ayam telah dinyalakan.


Maka, mulalah aku memeriksa, apakah yang serba tak kena dengan computer si Ayam ni. Sebab khabarnya, suka sangkut-sangkut. Aku pun, install Norton System Works 2003 yang aku bawa itu. Setelah diperiksa, rupanya, memang benar ada masalah windows. Jadi, dapatlah ianya diperbaiki.



Aku kemudian install winamp kepadanya. Winamp versi yang terbaru. Setelah semuanya selesai, aku berehat-rehat sebentar. Sempat jugalah aku melelapkan mata sekejap. Maklumlah dalam bilik penghawa dingin.



Lebih kurang jam lapan setengah malam, Ayam mengajak aku makan malam. Wah, makanan pada malam itu, memang lauk kegemaran aku iaitu ikan Sardin. Nilah yang best.



juga sayur kacang panjang.


Aku makan sepinggan saja sebab petang tadi, dah makan banyak. Sambil-sambil itu, melayan anak ayam yang sedang asyik dengan Play station-nya tu. Ayam pula, sambil makan, sambil mendengar PTT.



Selepas makan, aku masuk semula ke bilik computer. Kali ini, aku ber skype pula dengan yusuf dan bininya Ayana. Yusuf agak terkejut apabila aku memberitahu bahawa aku sekarang berada di rumah Ayam. Dia bertanya rumah ayam dekat mana. Aku beritahu dekat Brickfields lah. Kemudian, barulah dia perasan. Selepas itu, aku berskype pula dengan Anna Lee dari Pulau Pinang dan Season dari



. Bayangkan, tiga orang cina bercakap bahasa melayu.


Selepas skype, aku berehat-rehat sebentar dan lebih kurang jam sepuluh setengah malam, aku dan Ayam pun turun ke bawah menuju ke Hotel New Winner. Kami akan pergi berjumpa si Lin dan adiknya Raihan, cikgu Rashid, Abian dan juga Fairuz.



Sesampainya kami di Hotel New Winner, kami duduklah di kerusi empuk di ruang pelawat hotel. Sambil menikmati penghawa dingin yang nyaman. Dan juga, sambil menunggu Lin yang entah menghilang ke mana. Kami juga menunggu cikgu Rashid yang tinggal di Lido Hotel.



Aku menelefon cikgu Rashid. "Hello cikgu," aku memulakan perbualan. "Ha, hello, ini saya dengan Fairuz ni." Beritahu cikgu Rashid. "Kamu kat mana ni?" Cikgu Rashid bertanya ingin tahu. "Saya dan Ayam di Hotel New Winner ni." "Kami tengah tunggu Lin dan si Raihan." Beritahuku pada cikgu Rashid.



"Ha, cikgu datanglah ke sini." Aku berkata. "Saya ni, ada Fairuz kat sini." "Tengoklah dia nak datangkah atau tak." Beritahu cikgu Rashid. "Ok lah cikgu, nanti cikgu datang no?" Aku berkata. "Ha baik." Jawab cikgu Rashid pendek. Perbualan tamat di situ.



Lin masih belum tiba. Rupanya, dia pergi makan malam. Pergi makan dengan rakan katanya kepada Ayam. Tak apalah, kami terus menunggu. Dia pasti tiba.



Tidak lama kemudian, sampailah si Lin. Inilah kali pertama aku berjumpa Lin. Selama ni, hanya mendengar suara di skype saja. Dia baru lepas pergi makan. Dia nak pergi atas bawa si Raihan. Suara si Lin tu, kasarlah. Malam itu, sengaja dia menempah bilik hotel di Brickfields sebab nak jumpa rakan-rakan yang selama ini hanya mereka kenal melalui skype saja.



Maka, Lin menghilangkan diri. Aku dan Ayam sekali lagi menunggu di lobi hotel. Ayam pula, sibuk dengan Ptt-nya. Entah apalah yang diperbualkan aku pun tidak pasti.



Sementara itu, cikgu Rashid pula, sekali lagi menelefon aku. Dia memberitahu, yang dia akan datang untuk menyertai Kumpulan kami. Dia akan datang dengan Fairuz dan seorang lagi kawannya.



Selang beberapa minit kemudian, cikgu Rashid pun tibalah dengan Fairuz dan kawannya. Kami semua berjabat tangan antara satu sama lain.



Inilah kali kedua aku berjumpa dengan cikgu Rashid. Kali pertama semasa di Melaka pada Jun 2006. Dan kali ini, kami bertemu lagi. Gembira sungguh rasanya.



Sementara menunggu Raihan dan kakaknya, kami pun berbual-buallah dahulu. Tiada apa yang diperbualkan melainkan sembang kosong belaka.



Tidak lama kemudian, Raihan dan Lin pun turun. Bila mereka dah turun, kami pun bersiap-siaplah untuk keluar minum di KedaiYusof Ali.



Kami pun pergilah ke kedai yakni gerai tersebut. Kami terpaksa menggabungkan dua meja sebab satu meja tu, tak cukup.



Masih kuingat, aku minum air kopi dan beberapa cawan ais kosong serta makan sepinggan kentang goring. Tu makan sorang tu. Aku makan dengan lahap sekali.



Maka, masing-masing pun berbual-buallah antara satu sama lain. Best jugak aku mendengarnya.



"Tadi kamu dapat apa Bian kat dinner?" Fairuz memulakan bual bicara. "Dapatlah gelas dan beberapa barang." Abian menjawab. "Eh tadi karao ok tu aku hairanlah." "macammana si Lily Suriani tu boleh dapat hadiah





?" Fairuz telah menerbitkan satu persoalan.


"Yalah, dia menyanyi pun dengan suara yang sumbang," "ish aku pun hairan." Abian menokok. "yalah, aku pun pelik." Fairuz menambah. "Dia dapat nombor dua pulak tu." Abian menambah. "hey, hairan betullah aku." Fairuz berkata.



"Barang yang kamu dapat tu, kamu simpanlah." Fairuz bertanya tentang hadiah yang Abian dapat. "yalah, tak guna, simpan sajalah." Jawab Abian.



Cikgu Rashid dan kawannya hanya mendiamkan diri di sudut meja. Mereka diam seribu bahasa. Yalah, tiada apa-apa yang hendak dicakapkan, jadi, diam sajalah. Sementara yang lain-lain, sibuk dengan sembang masing-masing.



Tiba-tiba telefon berdering. Dan serentak dengan itu, aku terdengar kerusi ditolak dengan kasar dan orang itu melangkah beberapa tapak ke tempat lain. Mulanya, aku tidak tahu siapa. Tetapi selepas itu, baru aku tahu yang itu adalah si Raihan.



"Wah, ini macam punya orang ha, dia ni satu macam tau." "kalau selalu ha, kita bawa dia, kita pegang tangan dia jalan, bila kita lepas dia, dia pun sudah tak tau macammana mau jalan." "Bila kita kata jom, dia sudah jadi macam kayu tau, sudah tak tau mana mau pergi." "Tapi ha, kalau satu telefon sudah bunyi, dia dengan cepat, boleh langkah ke depan." "Dia macam ada satu magnet tau yang tarik dia tu." Fairuz bersyarah dengan panjang lebarnya.



Selepas itu, kami terus bercerita. Macam-macam cerita diceritakan. Aku pula dok makan kentang goring sepinggan besar yang aku order. Makan sorang saja tu. Tak pedulilah.



"Wey encik, hang ni makan sorang, tak pelawa orang makan pun." Ayam berkata. Aku diam saja. Tak peduli punya. Aku tetap makan sorang jugak. Semua paham cara aku. Aku ni, memang kuat makan. Kami terus bersembang. Dah beberapa gelas ais kosong yang aku hentam.



Tiba'tiba, telefon berdering lagi. "Asalamualaikum," kedengaran suara Lin memberi salam. "ha ha, ok." Lin berkata. "Saya dan Raihan kat kedai Yusuf Ali ni." Lin menyambung. "ha ha, ni ramai ni, ada Fairuz, Abian, Khai Eong, cikgu Rashid pun ada, ramailah." Lin bercerita.



Hah, ini mesti sama ada hashim Ishak yang telefon. Kalau tak pun, Mustaffar Talip. Aku membuat andaian. "Ok, asalamualaikum." Lin memberi salam lalu memutuskan talian. "Abang Mus kirim salam kat semua." Beritahu Lin. Selepas itu, kami bersambunglah kembali perbualan.



Kini sudah menghampiri jam dua pagi. Masing-masing, sudah mula hendak pulang ke tempat penginapan masing-masing. Yalah, dah puas berjumpa dan bersembang. Mata masing-masing pun dah mengantuk.


Kini, hanya tinggal aku, ayam Lin dan Raihan. Kami pun mula hendak pulang. Aku dan Ayam harus menghantar Lin dan Raihan pulang ke hotel terlebih dahulu sebelum kami pulang. Yalah, dah tengah malam ni.



Sebelum menghantar Lin dan Raihan pulang, kami singgah sebentar di kedai seven eleven kerana Ayam nak beli roti. Lin dan Raihan bercadang hendak menunggu di luar sahaja. Tetapi, aku menasihati mereka supaya ikut kami masuk kerana bahaya kalau di luar.



Maka, mereka pun, ikutlah kami masuk ke kedai



tu. Di kedai itu Ayam telah membeli sebuku roti. Dan selepas membeli roti, kami pun menghantar Lin dan Raihan pulang ke hotel penginapan mereka kemudian, kami terus pulang ke rumah.


Aku pun sambung memperbaiki computer Ayam yang bermasalah tu. Yalah ada masalah setting yang tak selesai aku buat tadi. Isteri ayam juga masih belum tidur lagi.



Lebih kurang jam



pagi, ayam dan isteri pun masuk tidur. Aku masih terus memperbaiki lagi computer Ayam yang bermasalah tu.


Selepas itu, terasa nak beraklah pulak. Lalu, aku pun, pilah berak. Selepas itu, aku sambung lagi memperbaiki computer Ayam tu.



Lebih kurang jam empat setengah pagi, maka siaplah computer Ayam. Sekarang semua dah selesai. Maka aku bercadang tak nak tidur dah sebab dah hamper nak menjelang subuh dah.



Lalu dengan menggunakan computer Ayam, aku pun mendengar siaran radio Suria FM sambil baring-baring.



Dan akhirnya tanpa disedari, aku terlelap akibat keletihan.



Ok sambung next time bye.



Arkit blog