Isnin, April 28, 2008

Temuramah bersama Raja Petra KamarudinFw:

Hello rakan sekelian, kepada sesiapa yang tidak sempat mendengar temuramah TV1 bersama Raja Petra kamarudin seorang bloggers yang terkenal, sila
sini untuk muat turun file audio ini.

Perbaiki komputer di rumah kawan


Wah, dah lama tak jengok blog ni. Sampai ada yang hantar komen pun tak sedar. Sorry maaf. Sebenarnya, terpaksalah aku tapis komen sebab aku tak mau spam. Kalau tak tapis, kang benda spam masuk, leceh macam dulu masa kat Jaring.



Semalam, aku telah ke rumah seorang sahabatku iaitu Ooi Mee Lee untuk memeriksa apalah yang tak kena dengan komputernya tu sampai katanya, susah nak diamkan pembaca skrin komputer tu.



Aku bertolak dari rumah pada kira-kira jam sepuluh suku. Suaminya Mr. Lim yang datang membawaku dengan kereta. Setengah jam perjalanan, aku pun sampailah ke rumahnya tu. Anak bongsunya sedang asyik menonton siaran kartun di tv3 sementara anak sulungnya sibuk dengan bermain permainan video atas talian di komputer yang sebiji lagi.



Ooi Mee Lee hanya ada dua orang anak dan kedua-duanya lelaki. yang sulung tu dah meningkat remaja dah. Dah sekolah menengah dah. Yang bongsgu tu tak taulah pulak sekolah darjah berapa.



Aku terus pergi ke komputernya dan periksalah apakah yang sebenarnya telah berlaku sehinggakan susah nak mengawal perjalanan pembaca skrin di komputer tersebut.



Wow! Rupanya, ada lebih kurang tiga ke empat jenis tool bar yang ada diinstall ke dalam komputernya. Antaranya, google tool bar, yahoo tool bar. Wah, ada juga permainan-permainan video yang telah diinstall oleh anaknya itu.



Jadi kepada pembaca, kalau hampa ada memperbaiki komputer orang buta, tolong jangan install apa-apa tool bar dan apa-apa permainan video. Kelak ini akan menjejaskan prestasi pembaca skrin nanti. Software gambar pun tolong jangan install kalau boleh.



Ok berbalik pada cerita. Selepas itu, aku pun buanglah kesemua tool bar yang ada. ha, bila dah restart, barulah segar-bugar pembaca skrin kat komputernya itu. Barulah pembaca skrin itu dapat berjalan dengan lancar sekali.



Aku makan tengahari di rumahnya. Makan daging masak bijan. Dan selepas itu, aku mengajarnya serba sedikit cara-cara brouse internet dengan cepat. Ini diikuti dengan pemasangan software screamer di komputernya.



Aku pulang pada kira-kira jam empat setengah petang.


Sabtu, April 19, 2008

Kenangan di Sekolah Menengah Hj. Zainul Abidin bahagian enam


Bersambung di bahagian enam.



OSekarang, di resos ada cikgu Abu Hassan. Cikgu Abu ni, pernah mengajarku semasa aku di darjah empat SRK St. Nicholas dulu. Lepas tu khabarnya, dia keU.S untuk melanjutkan pelajarannya. Dan pada 1990, dia menjadi guru resos. Dia menjaga kelas sesi petang iaitu murid-murid tingkatan satu.



Kini, sudah pun tahun 1992. Aku telah berjaya naik ke tingkatan empat. Pada minggu pertama aku ke sekolah, pelajar-pelajar Sabah iaitu Rosmin dan Joseph atau pun sekarang Yusuf, masih belum datang lagi. Si Arzman juga yang dari Perak juga masih belum muncul. maka buat sementara, aku keseoranganlah jawabnya.



Minggu berikutnya, kesemua budak Sabah pun datang. yang tingkatan empat ialah aku, Rosmin, Yusuf dan juga Arzman Razali. Kami pada mulanya ditempatkan di tingkatan empat cekal. Sebab-sebab terjadi begini, aku dah tak ingatlah.



Masih segar dalam ingatan satu kejadian di tingkatan empat cekal di mana kami tak bawa brailler ke kelas. masa tu pulak, pelajaran bm. Gurunya seorang guru perempuan yang kami panggil cikgu Loh. Ha, macam-macamlah aku dan yusuf kelentong dia. kalau tak, memang boleh kena marah punya.



Selepas beberapa minggu di kelas empat cekal, aku dan Yusuf ditempatkan di kelas empat Harmoni pulak. kemudian, kami dipindahkan ke empat damai. Kelas empat Damai ni asalnya bilik seni lukis. jadi, kerusinya ialah kerusi panjang. Begitu jugak dengan mejanya. sebiji macam meja kantin.



Suasana bising dalam kelas. Dan di kelas kami, ada seorang pelajar yang cukup nakal dan kelakar iaitu Azhad namanya. Dia kadang-kadang, suka mengganggu bila cikgu sedang mengajar. Tapi, dia memang kelakar.



Di suatu hari, seperti biasa, aku dan Yusuf berjalan ke kelas kami yang terletak di blok A. Apabila telah melintasi kantin sekolah dan hendak membelok ke blok A, entah macammana, kaki kiriku telah terperosok ke dalam longkang. Habis basah kasut.



Pada tahun itu juga, Mr. Yu Ah Tit telah tidak lagi menjadi guru resos. Beliau berpindah ke Sekolah Chung Ling sebagai seorang guru biasa. Tempatnya telah digantikan oleh Mrs. Wong. mr. Gregory Rajan pula menjaga tingkatan empat. Dan pada tahun itu juga, muncullah cikgu Patima Tun Zaharah bekas cikgu bahasa inggeris aku semasa darjah satu di Srk St. Nicholas dahulu. Beliau menjadi guru resos dan menjaga kelas tingkatan berapa aku tak ingat.



Semasa tingkatan empat, kami betul-betul kekurangan bahan. jadi, kami terpaksalah menyalin nota. Masih kuingat, kami terpaksa menyiapkan buku teks sendiri secara bergilir-gilir. Cikgu resos baca, kami tulis. Itulah cabaran yang terpaksa kami hadapi.



Berbalik pada cerita Mr. Yu Ah Tit. Bila beliau dah keluar, semua orang pakat seronok. kami gelarkan dia bapak. Kenapa? Tak tahulah. Mungkin sebab kegarangannya. "Wah, bapak sudah keluar, semua seronok dah." Sindir salah seorang guru resos iaitu cikgu Paulyn.



Sementara di kelas pula, kami semua duduk dengan meja dan kerusi panjang. Satu meja tu, ada lebih kurang empat orang. Aku Yusuf Rosmin dan Arzman sudah satu meja dah. Kami biasalah duduk di bahagian hadapan sekali.



Cikgu sejarah kami ialah Puan Harjid Khaur. kelas kami ni pulak, banyak murid nakal. masa dia tengah mengajar, yang di belakang tu bersembanglah pulak. mereka buat macam kedai kopi. ha, terpaksalah cikgu tu ambik tindakan. merotan pun pernah. Tapi, mereka ni, dah ada imuniti penuh. maksudnya, dah kebal dah. Dah lali dengan rotan.



Di pertengahan tahun, ada cikgu pelatih masuk. Salah seorang guru pelatih iaitu cikgu Rosminah kalau tak salah, telah mengajar bm di kelas kami. Wah, bila cikgu Rosminah menyuruh memperkenalkan diri, ramailah yang tukak nama. Ada yang bertukar jadi Hassan dan pelbagai lagi. Bila dia ajar, semua pakat main. Ish ish ish, teruknya.



Ada seorang lagi guru pelatih yang datang masuk ke kelas kami. Nama beliau ialah cikgu Hazlina Wati dari Kelantan. Amboi dia punya Kelantan, pekat oi. Dia mengajar matapelajaran sejarah kalau tak salahku.



Guru kelas kami ialah Miss Aw iaitu guru bahasa inggeris. Miss Aw ni, tak suka pulak orang sebut ikan. Di suatu hari, seorang kawan kami Ammar Naina telah duduk di meja kami. Masa tu, matapelajaran inggeris. Dia disuruh duduk depan sebab dia suka bising.



"Teacher, ikan teacher." Tiba-tiba Ammar berkata. "Eh you, please don't say ikan, i don't want to here." Miss Aw berkata dengan kuat. jadi, dia pun diamlah.



Cikgu Murad Bakar pula, mengajar matapelajaran sastera dan bm. Dia ni ada belajar silat Aikido. Kadang-kadang, dia berceritalah tentang persilatan Aikido kepada kelas. Kami pun dengarlah.



Budak-budak kelas kami ni agak takut sikit dengan cikgu Murad. Sebabnya, dia tegas orangnya. Mereka cukup takut kalau kena picit. jadi kalau cikgu Murad masuk, mereka agak diamlah.



Di kelas kami ada dua orang kembar. Yow Kooi Hong dan Yow Kooi Bee. mereka ni, sangat lincah. Tapi sekarang, ke mana menghilangnya dua kembar ini, tidaklah aku tahu. Sejak keluar sekolah, terus terputus hubungan.



Seorang lagi pelajar perempuan yang rapat dengan kami ialah Siew Boon. Siew Boon ni, datang ke sekolah dengan menaiki motosikal. Dan sekarang ni pun dah putus hubungan. Tak tau mana hilang dah.



Seorang lagi pelajar yang rajin tolong bacakan nota untuk kami ialah Foh Poh Chan. Dia ni, kecil molek saja. Dia akan baca nota untuk kami semua sekiranya ada tertulis di papan hitam oleh cikgu kelas.



Ketua kelas kami kalau tak salah ialah Nazi mansor. nazi ni kecik saja. Dia selalu kena buli dengan kawan-kawan. pernah satu kali, mereka ambik kasutnya dan dibubuh dalam singki. habis basah kasutnya.



Ada satu kali tu, matapelajaran matematik. matapelajaran ni, sebelum waktu rehat. Wah, limabelas minit sebelum rehat, beberapa orang pelajar telah secara senyap-senyap keluar dari kelas dan naik motosikal pergi beli barangan makanan.



Guru perdagangan kami ialah Cikgu Cheok. Cikgu ni pun kelas agak takut dengan dia. "Siapa bising, nanti cikgu bagi makan kayu." Itulah ungkapan yang selalu dia cakapkan.



Bersambung.


Khamis, April 17, 2008

kembali ke pangkal


Dipetik daripada http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0417&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_10.htm
POLITIK
Hadi dukacita UMNO berbalah secara terbuka
MARANG 16 April - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang membidas cara UMNO menyelesaikan 'masalah keluarga' dengan bertelagah
secara terbuka.
Abdul Hadi berkata, pertelagahan dalaman UMNO sepatutnya dibincangkan secara tertutup dan tidak dilakukan melalui media.
''Saya merasa dukacita melihat keadaan UMNO yang menyelesaikan masalah dalaman parti secara terbuka, cara yang digunakan ini keluar
daripada budaya dan adat orang Melayu.
''Kalau ada masalah keluarga kita tidak membincangkannya di kedai kopi sehinggakan orang ramai mengetahui mengenainya. Ia satu
perkara yang memalukan," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Rusila di sini hari ini.
Beliau menasihatkan UMNO supaya mencari penyelesaian di peringkat nasional bagi memastikan mereka terus memegang tampuk
pemerintahan negara.
''UMNO kena terima pandangan semua pihak termasuk daripada kaum Cina dan India untuk melakukan perubahan," katanya.
Beliau berkata, pertelagahan dalaman UMNO itu tidak sepatutnya berlaku kerana berdasarkan keputusan Pilihan Raya Umum Ke-12,
kekalahan yang dialami parti itu tidak seteruk parti komponen Barisan Nasional (BN) lain.
''Keadaan ini berlaku kerana ahli-ahli UMNO kehilangan kuasa selepas pilihan raya umum tersebut menyebabkan mereka menjadi panik,"
ujarnya.
''Saya mencadangkan supaya pertemuan antara pemimpin negara dengan pemimpin-pemimpin politik Pas, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan
DAP diadakan untuk kita sama-sama menghayati pemerintahan selepas pilihan raya dan tidak terlalu sibuk untuk memulihkan parti,"
ujarnya.



Ini ulasan saya pulak.


Bagi saya, kenyataan presiden Pas ini keluar dari hati beliau yang ikhlas. Dan saya berharap, ahli Umno dapat menerima kenyataan ikhlas presiden Pas ini. Tak payahlah masalah dalaman rumahtangga dan keluarga diheboh-hebohkan di media-media cetak dan eletronik.



Dan saya berserulah pada media-media, supaya jangan terlalu ghairah menyiarkan kenyataan-kenyataan dari para ahli Umno. Ini seolah-olah membayangkan Umno berada di dalam satu situasi yang amat kritikal.



Cuba kita lihat pada penggal lepas, beza kerusi antara kerajaan Pas di kelantan dan BN hanyalah satu kerusi sahaja. Kalau satu kerusi itu dikuasai oleh BN, Bn akan dapat membentuk kerajaan negeri Kelantan.



Tetapi, walau pun dengan perbezaan hanya satu kerusi, adakah Pas jadi menggelabah dan panik? Kita dapat lihat bagaimana Pas dengan tenang mengendalikan kerajaan negeri Kelantan sehingga ke akhir penggal tanpa sebarang masalah yang besar.



Tapi, nampak BN dan Umno hanya kekurangan lapan kerusi untuk mejoriti dua pertiga. Dan secara kasar, kemenangan agak selesa dengan 140 kerusi parlimen sementara pembangkang 82 kerusi parlimen.



Tapi nampak, huru-hara. kecoh. Hang kata kat dia, dia kata kat orang tu, orang tu suruh orang ni letak jawatan dan macam-macam lagi. Kecoh satu dunia. Dah tau dah, sesat jalan, tersalah arah. Duduk satu meja dan pakat-pakat bincang lagu mana nak cari jalan yang betoi. Ni tak. Si A buat kenyataan kata C salah, dia kata B tak betoi. habeh sapa yang betoi? Ha, cuba baca bawah ni pulak.



Berita dipetik dari http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0417&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_07.htm
Hentikan segera debat


KUANTAN 16 April - Semua pihak diminta menghentikan perdebatan tentang pelan peralihan kuasa kerana ia akan memburukkan keadaan dan hanya menunjukkan kelemahan
orang Melayu.


Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, sekarang bukan masanya untuk mereka terus membangkitkan soal tersebut kerana yang lebih penting ialah
memperkuatkan semula jentera parti.


''Saya berharap semua pihak di semua peringkat, tidak kira siapa, menghentikan semua kata-kata kontroversi. Yang kita gila publisiti buat apa, bercakap
macam-macam, tumpukan kepada usaha kuatkan parti, dapatkan kepercayaan rakyat.


''Perdana Menteri (Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi) dan Timbalan Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) telah mengatakan tumpuan kita sekarang sepatutnya
bekerja. Apa yang kita nak sibuk sangat tentang pelan peralihan kuasa dan sebagainya," katanya.


Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di Wisma Sri Pahang di sini hari ini.


Menurut Adnan, BN dan UMNO tidak perlu terlalu risau dengan kekurangan lapan kerusi untuk mendapat majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat kerana mereka masih
lagi merupakan parti pemerintah di negara ini.


''Apa yang kita nak risau. Dulu di Kelantan, Pas menang lebih satu kerusi Dewan (Undangan) Negeri, Datuk Nik Aziz menjadi Menteri Besar, mantap saja.


''Dan di Perak kita tengok bukan besar sangat majoriti kerajaan DAP, PKR dan Pas. Mereka dapat 31 kerusi lawan (BN) 28 kerusi. Yang kita ini kurang lapan
saja, apa yang nak sibuk sangat," katanya.


Jelas Adnan, adalah lebih baik semua pihak meneruskan kerja masing-masing dengan memberikan tumpuan kepada usaha mengukuhkan parti dan mencari jalan memenangi
semula hati dan jiwa rakyat.


''Bukan bercakap soal Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan sebagainya. Nampak sangat kita ini mabuk kuasa, gila kuasa.


''Kita ikut apa sahaja yang pemimpin putuskan. Ini bukan masa untuk kita bercakap perkara remeh-temeh berulang-ulang kali, perkara-perkara kontroversi,"
ujar beliau.


Adnan berkata, sebagai pemimpin yang bertanggungjawab, Perdana Menteri tentu lebih tahu bila masa paling sesuai untuk beliau menyerahkan kuasa kepada bakal
penggantinya.


"Saya malu jadi Pengerusi UMNO, Pengerusi BN (negeri), hari-hari cerita politik bergaduh, berebut (kuasa).


"Orang India tak bergaduh pun, mereka bersatu padu selepas pilihan raya, orang Cina tak dengar pun nak rebut itu, nak rebut ini, kita orang Melayu sibuk-sibuk
buat apa, malu sikit," katanya.


Menteri Besar itu turut melahirkan kekecewaannya dengan sikap pihak-pihak tertentu yang bercakap tentang soal ketuanan Melayu tetapi dalam masa sama, bertindak
umpama 'duri dalam daging'.


Ditanya mengenai masalah dalaman UMNO yang dikatakan tidak akan selesai selagi tidak berlaku peralihan kuasa, katanya, pendapat itu sengaja dibawa oleh
pihak yang mempunyai motif tertentu.



Eh, kalau akulah, aku malu jugak. yalah, hari-hari takdak benda lain nak cakap. Asyik-asyik benda yang sama. La ni pilihanraya dah habeh, semua kena kerja. kerja untuk rakyat. Bukan nak tuding jari sana-sini kata kat dia, kata kat orang nu, kata kat orang ni. Dah jadi anak dara, anak teruna, mak budak, pak budak, datuk dan nenek dah, tapi perangai sebiji macam budak-budak.



Toksahlah dok buat perangai macam budak-budak. kalau nak bagi orang percaya kat Umno dan BN, buatlah kerja elok-elok. Toksah dok memeras orang miskin. orang marah pasai BN dan Umno, buat kerja sambil lewa, dahlah tu dia peras pulak orang miskin. Tak bolehlah lagu tu. Kami ni, bukan takdak akai punya orang. kami boleh pikiak. Kalau hampa baik dan cemerlang, takkan kami nak tolak hampa masa pru12 yang lalu. Tu pun kami bagi can kat hampa lagi, kami tak tolak bagi habeh. Kalau kami tolak bagi lincin semua, apa hampa nak kata? melopong tak sudah.



Hampa pun selalu dok kata, kerajaan rakyat. Ha, kalau kerajaan rakyat, kenalah jaga rakyat. jangan nak peras rakyat, jangan nak kaut semua masuk poket hampa. Kalau dah semua masuk poket hampa, kami nak mentekedarah apa pulak?



Ni la ni hampa tengok, barang dok plan lama, plan naik. jadi kalau semua masuk poket hampa, mampoihlah kami. nama pun wakil rakyat. ha, kalau wakil rakyat, kenalah sama-sama susah dan sama-sama senang bersama rakyat. Lagu tu, baru betoi wakil rakyat. Ni nama wakil rakyat, tapi rakyat susah dia dok senang-lenang. Dok rumah besak, kereta besak, asyik dok pi makan angin kat luak negara, makan sedap-sedap, rakyat susah dia tak peduli.



mana boleh lagu tu cek oi? Kalau lagu tulah perangai hampa, pi baliklah. kami tak mau orang macam ni. Tak terguna langsung. Menyusahkan betoi.



Dan dek kerana segelintir virus ni, orang-orang BN yang betoi-betoi berkhidmat untuk rakyat, dah terkena tempiasnya. Leceh betoi.



Kepada BN, mai balik ke pangkal jalan. Toksah takut.


Satu lagi blog oku penglihatan

Rakan bloggers sekelian, kini, satu lagi rakanku yang oku penglihatan telah membuka laman blog.  Sudi-sudikanlah melawat ke teratak beliau di blog
 
    marilah kita sama-sama mengembangkan blog di negara kita.  Biarlah blog kita dipandang tinggi dan mulia.

Rabu, April 16, 2008

Fadzlin Hiezrie lari dari pihak polis


Seorang pekerja MAB, Fadzlin Hiezrie Abd Rahman, diberitakan lari dari pihak polis semasa menghadiri perhimpunan Black 14 anjuran PKR pada isnin malam iaitu 14 April.



Tetapi, menurut satu lagi laporan, Fadzlin sebenarnya tidak lari. memang orang sangat ramai pada malam itu sampai melimpah ke luar. Polis hanya datang menjaga. Menurut sumber itu lagi, lebih kurang dua puluh ribu orang yang datang dan bukannya tujuh ribu seperti yang dilaporkan di akhbar.



jadi, walau apa terjadi, kita berharap semuanya aman dan sejahtera.


Isnin, April 14, 2008

Si buta dah mula nak tunjuk samseng, laporan 2


Baru-baru ini, adalah sorang kawan saya yang bagi pendapat tentang topik ni. Cuba kita baca di bawah.



teddie bear, nanti kalau dapat tambang free kan kamu juga yang guna... nanti boleh jalan naik bas dari pulau pinang hingga johor baru dan balik ke pulau
pinang dengan gfree.... hehehehe kalau seperharga pun untong tau...


sekian terima kasih,
Hashim Ishak.



Kemudian, aku pun membalasnya. Baca di bawah.



Ya betul semua orang boleh pakai.


Tapi apa gunanya kalau semua orang dah benci? Kita dianggap sebagai pemintak sedekah? Menyusahkan? Semua nak percuma? Dan pelbagai lagi yang negetif?
Kena fikir tu semua.


Kemudian, beliau membalas kembali.



mana hang tau semua orang dok benci oku... kan kita selalu mengatakan masyarakat penyayang... kalau mereka bagi free atau sperharga kan tu mereka sayang
oku... hang ada orang sayang tak?


sekian terima kasih,
Hashim Ishak.



Aku membalas kembali.



Masyarakat penyayang. Penyayang bukan bermakna semua nak bagi free. Orang buat business, takkan nak bagi free. Orang buta sendiri buat business pun dia
katok kawan jugak. Tapi mereka pandai pulak nak mintak free.


Adalah lebih baik kita mencegah sebelum ia bermula. Jangan tunggu sampai dah ketara sangat orang benci, baru nak take action. Itu sudah lambat.


Kalau mereka yang secara sukarela nak bagi, ok. Ini, kita pi mintak. Macam muka tembok. Dan, jangan jadikan alasan masyarakat penyayang untuk mintak
semuanya nak percuma.


Beliau membalas.



dalam kontek memberi kadang kala ada yang meminta baru orang mau beri... meminta itu dan ini...baru ada yang memberi... ada beri bantuan berupa wang dan
ada berupa bantuan khidmat... kalau kita golongan yang sihat dan sempurna pun kita kadang kala meminta-minta... kalau kita lemah dan kekurangan meminta
tak menjadi salah... kita mesti ingat ada masa kita meminta dan ada masa kita memberi... minta tolong, minta itu dan ini... dan bila masa kita memberi,
kita berasa itu tanggungjawab yang mulia... kalau dapat perkhidmatan pengangkutan awan yang beri percuma atau sperharga itu adalah baik bagi semua oku...
ini meringgankan beban kehidupan oku dalam zaman, semua yang naik harga ini... jangan jadi muka tembok tapi jadi muka rezeki...


sekian terima kasih,
Hashim Ishak.



Ya itulah, bermacam alasan yang mereka keluarkan semata-mata nak mendapatkan perkhidmatan pengangkutan secara percuma. mereka seolah-olah tidak mahu mengambil tahu di atas apa yang sedang syarikat pengangkutan alami sekarang ini. Tidakkah mereka sedar bahawasanya sekarang ini, semua barangan telah mengalami kenaikan global secara agak drastik? Mereka ini pandai pula menghentam pihak pemerintahan apabila harga barangan naik mendadak tetapi, pada yang sama juga mereka ingin bersenang-lenang di atas kesusahan pihak lain. Apakah ertinya semua ini? mereka ini, lembut gigi dari lidah.



Rakan saya pernah mengalami suatu keadaan di mana, semasa beliau sedang menaiki bas, tiba-tiba beliau terdengar, si anak bertanya pada si ibu. "Mengapa tak bagi dia duduk?" Si ibu menjawab, "buat apa bagi dia duduk?" "Dia bukan bayar pun." "Dia naik percuma sahaja."



Dalam peristiwa ini, penumpang tersebut tidak boleh disalahkan. memang benarlah, mereka dah bayar duit, tiba-tiba orang yang naik secara percuma ni, nak duduk. Wah, mana dia keadilan? Ya betul, dia buta. Tapi sekarang, keadaan terdesak, barangan naik mendadak di seluruh dunia. Tidak bolehkah kita bersusah sedikit? mengapa kita mesti lari dari tanggungjawab?



Janganlah hanya pandai mengecam dan menghentam pemerintah kononnya kerana ketidakadilan mereka tetapi diri sendiri lebih teruk dan lebih tidak adil pada masyarakat sekeliling.



Ingat, jangan benarkan bibit-bibit kebencian terhadap orang buta bermula. Jangan ingat mentang-mentang cacat dan masyarakat Malaysia adalah masyarakat penyayang, kita ni boleh sewenang-wenangnya mintak apa sahaja yang kita mahu tanpa memperdulikan perasaan orang lain. Kalau inilah yang menjadi amalan kita semua, jangan terkejut jika sekiranya suatu hari nanti, kita akan dimusuhi. Dari jauh bila orang nampak orang buta, mereka lari dulu. Yalah, semua nak percuma.



Jika benarlah mereka nak jadi wira bagi oku, perjuangkanlah hak-hak supaya oku mendapat peluang pekerjaan yang saksama.


Sabtu, April 12, 2008

Si buta dah mula nak tunjuk samseng


kepada kawan-kawan, cubalah anda membaca petikan e-mel di bawah ini.





----- Original Message -----


From:
Loh Kong Ken


To:
Undisclosed-Recipient:;


Sent: Tuesday, April 08, 2008 11:28 AM


Subject: Update on meeting with MOF


Dear all,


This is the latest on the meeting with MOF (Ministry OF Finance).


They have promised to look into our request and will get back to us ASAP.


Now the question is how long is ASAP?


We are giving them until the end of this month. If we do not hear anything from them, we will take the next move.


Are you all ready to support our course?


Our next move will be very drastic and radical. We planned to be the next Hindraf.


We are planning to have a march in the Klang Valley just like the Thais, Koreans, Indians and the Taiwanese did in their respective countries in pressing
their demands.


If the government can spent more than RM35 billion each year (and is rising each day) in subsidy for fuel, they can spend RM35 million more (0.1% of RM35
billion) to absorb the free fair for the disabled in general and the blind in particular. In fact, the government does not need RM35 million each year
to give the OKU free transport. The most they need is RM3.5 million per year, that is 0.01% of RM35 billion.


Can you and will you support us? I know some of you will.


I will keep all of you posted should we come to that.


Loh (K.K.)



Nah, apa pendapat kawan-kawan? Bagi saya, ini sudah melampau. mereka dengan sewenang-wenangnya nak menggunakan kecacatan mereka untuk menghuru-harakan negara.



mereka ini hanya mementingkan diri sendiri sahaja dan tidak peduli terhadap orang lain. Bagi mereka, biar mereka senang, orang lain susah, dia orang punya pasal. Ini sesuatu yang sangat tidak baik. Bersenang-senang atas penderitaan orang lain.



Cubalah fikir, kalau mereka nak semua percuma, pengangkutan contohnya, macammana syarikat pengangkutan tersebut nak membayar gaji para pekerjanya? Dari manakah duit bagi mereka untuk membayar gaji para pekerja mereka? Apa akan terjadi nanti? Nak bagi pekerja syarikat pengangkutan makan pasir?



Satu lagi, semua nak percuma, tidakkah mereka terfikirkan kesusahan orang lain contohnya setinggan, ibu tunggal dan yang lain-lain? Mereka semua ni susah malah, mungkin lebih susah daripada si buta ni. Tapi, adakah golongan-golongan ini menuntut nak semua percuma?



Walau pun mereka ini hanya menuntut pengangkutan diberi percuma, ini adalah sesuatu yang langsung tak masuk akal. nak percuma tapi perkhidmatan mesti bermutu. Ini apa punya cerita? Bagi saya kalau dah nak percuma, boleh diberi, tapi bila naik pengangkutan awam, tak payah diberi tempat duduk. Duduk saja atas lantai. Segala aduan terhadap sesuatu kelemahan perkhidmatan awam oleh mereka ini, usah dilayan. Kalau mereka tak puas hati, suruh saja mereka cari pengangkutan lain. Kalau ini dapat dilaksanakan, pengangkutan percuma, boleh diberi.



Wah! Orang sudah bayar duit, sudah ada tempat duduk, ni mereka ni dengan tak bayar apa-apa, tiba-tiba naik pengangkutan tersebut nak cari tempat duduk. Banyak cantik dia orang punya muka.



Cubalah fikir, sekarang ini, semua barang dah naik harga. jadi, apabila keadaan ini berlaku, adalah lebih baik jangan lagi membebankan pihak-pihak lain semata-mata untuk kesenangan satu pihak yang kononnya berjuang bagi si buta. Jika mereka benar-benar nak berjuang, adalah lebih baik mereka memperjuangkan supaya golongan oku mendapat pekerjaan yang sekarang amat sulit bagi golongan oku untuk mendapat pekerjaan.



Saya berharap, persatuan-persatuan yang mewakili golongan oku penglihatan dan juga kementerian keuwangan tidak melayani permintaan daripada mereka yang tidak bertanggungjawab dan mementingkan diri sendiri ini. Dan kepada kawan-kawan semua, jangan menyokong mereka yang cuba nak buat huru-hara ini.


Rabu, April 09, 2008

National Paralimpiad Games on 3rd May 2008

From: "Malini" <
malini@paralympic.org.my>
 
Dear Sirs and Madams, 
GREETINGS FROM MPC!! 
Malaysian Paralympic Council (MPC) the nation's governing sports body for the disbaled was established in 1989 as a non -profit organization responsible
for promoting and enhancing disabled sports to maintain a healthy and active lifestyle among the disable. 
It is fully supported by the Ministry of Youth and Sports and Ministry of Women, Family and Community Development. The MPC is organizing its 14th bienniel
National Paralimpiad Games on the 3rd -9th May in Kuala Lumpur which is parallel to SUKMA. 
MPC invites all the members to its Opening Ceremony on the 3rd May at National Stadium, Bukit Jalil @ 8pm. Please raise your support towards your attendance. 
Your organization's attendance and support will boost the athletes to achieve better in their life. Please c office to get the free tickets. 
My contact number is 03-2273 9293/2273 3034 mobile: 016-5634780 
Thank you
MALAYSIAN PARALYMPIC COUNCIL  
Malini
Manager 
p/s: Please pass this message to all your other members
166-1, Jln Tun Sambanthan,
50470 Brickfields,
Kuala Lumpur
Tel: 603-2273 3034
Mobile: 6016-5634 780
Fax: 603-2273 6237
 
Email:
malini@paralympic.org.my
Skype me at APC-Malini
Web:
http://www.asianparalympic.org
 
2009, 5th Asean Para Games, Laos
2010 Asian Para Games Guangzhou, China

Selasa, April 08, 2008

Kenangan di Sekolah menengah Hj. Zainul Abidin bahagian lima


Bersambung di bahagian lima.



Tahun 1991, aku mengulang di tingkatan tiga. Mula-mula aku ditempatkan di kelas 3SP1 untuk sementara. Seminggu selepas itu, aku ditempatkan di kelas 3IP2. Aku satu kelas dengan Malina Anne, Sashikala, Arzman Razali dan Wen Cheong. Wen Cheong juga mengulang.



Pada tahun itu, cikgu Zaitun mengajar matapelajaran sejarah, Puan Amy Tan mengajar sejarah dan bahasa inggeris dan puan Koh mengajar bm. Guru sains pula ialah cikgu Siti Aireena.



Sementara itu di resos, Miss Campos dan Mrs. Thiru telah berhenti dari menjadi guru resos pada tahun 1990. Sebab-sebab mereka berhenti, tidaklah diketahui.



Pada penghujung tahun 1990, bilik resos telah berpindah ke blok baru iaitu blok D. Blok D terletak di tepi padang. Wah, nak pergi ke kelas, agak jauh jugak. Blok D ini mula dibina pada pertengahan tahun 1989. Blok ini mempunyai tiga tingkat.



Bilik resos yang baru ini, agak besar sikit. Tandas pula, terletak di tepi bilik resos. Wah, ini sudah cukup cantik. Tak payahlah nak pergi jauh-jauh lagi seperti selalu.



Nampaknya, aku masih lagi bersama Mr. Yu Ah Tit, guru resos yang mengajar tingkatan tiga. Semua orang tak berani jumpa dia untuk belajar matematik. Maklumlah dia tu, garang



Pada tahun itu juga, pelajar resos mengadakan lawatan sambil belajar ke Kuala Lumpur. Beberapa guru kelas juga turut ikut serta. Kami pergi lebih kurang dua hari tiga malam kalau tak salah. Kami menginap di bangunan lama Pusat Latihan Gurney.



Antara tempat menarik yang kami melawat ialah Taman Tasik Perdana. Masih segar di dalam ingatanku, di taman tersebut ada seekor rusa. Rusa ni amat jinak. Tapi, dia amat pantang kalau orang pegang telinganya.



Maka aku dan rakanku Sun Sing pun inginlah menguji kepantangan rusa tersebut. Aku dan Sun Sing pun memegang telinganya. Si rusa sudah menunjukkan tanda-tanda agresif. Dia dah mula main kasar. Aku dan Sun Sing tak peduli, kami mengikut segala gerak-gerinya sambil terus memegang telinga rusa tersebut.



Tiba-tiba, rusa itu telah mengeluarkan kuasa luarbiasanya. dia terus menendang dan berlari lintang-pukang. Pegangan aku dan Sun Sing pun terlepas. Apa lagi, suasana menjadi kelam-kabut buat seketika. Semua orang menjerit. Sementara aku dan Sun Sing hanya ketawa.



Pada pertengahan tahun, guru sains yang juga merupakan guru kelas kami iaitu cikgu Siti Aireena telah berpindah mengikut suaminya ke Kuala Lumpur. Aku pun dah lupalah siapa yang jadi guru kelas kami lepas tu.



Pada 1991, SRP adalah kali yang terakhir dan bukannya pada 1990 seperti yang ditulis pada siri lepas. Pada kali kedua aku mengambil SRP, aku telah lulus dengan mendapat pangkat dua. Jadi, dapatlah aku naik tingkatan empat.



Ok, seminggu sebelum aku menghadapi SRP tahun 1990, aku telah diserang demam panas. Dan, akibat daripada demam panas itu, penglihatanku yang pada asalnya kabur, telah pun hilang terus.



Bersambung.


Isnin, April 07, 2008

Lanjutan kisah dari 300 menjadi 100


Pada petang tadi, aku telah menerima satu panggilan telefon dari pihak JKM. Pegawai JKM encik Zulkifli telah menelefon dan bertanyakan macammana nak datang ke rumahku.




Beliau ingin datang untuk mengetahui lebih lanjut kes wang elaun JKM aku yang dari RM 300 kini hanya tinggal RM 100 itu. Apabila sampai, beliau dan sahabatnya terus membuka fail. Beliau berpesan supaya cuba tengok pada bulan ini, adakah aku masih menerima RM 100. kalau ya, hubunginya segera.



Apabila semuanya telah selesai, beliau pun berangkat pulang. Waktu itu, sudah pun jam 4:20 petang.


Oku penglihatan dah mula berminat dengan blog


Semalam, aku telah dihubungi oleh seorang rakan oku penglihatan. Beliau bernama Faizal Chee Soh. Beliau ni adalah peguam.



Beliau bertanyakan padaku cara-cara untuk membuat laman blognya. Aku agak gembira sebab ada golongan oku penglihatan yang sudah mula tergerak hati untuk mengwujudkan blog mereka sendiri. Dengan ini, dapatlah oku penglihatan ini berblog bersama-sama rakan bloggers yang lain. Semoga usaha beliau ini akan berjaya akhirnya nanti.


Ahad, April 06, 2008

Hishamuddin Rais: Kita dan Mereka


Ini saya ambil dari blog orang. Bacalah.



Maaf sebab terlupa nak ambik alamat blog tu sekali.




Hishamuddin Rais: Kita & Mereka


May 31, 2006


Image
KITA DAN MEREKA
oleh Hishamuddin Rais


Pada tahun ini saya telah pergi ke Brickfields pada malam menyambut hari jadi Siddhartha Gautama Buddha. Sebenarnya saya telah datang ke pesta ini hampir
saban tahun. Ini kerana kuil terbesar Buddha dalam kota Kuala Lumpur ini terletak tidak begitu jauh dari tempat saya tinggal.


Pada tahun ini juga untuk pertama kalinya saya juga telah pergi ke Batu Caves di hari Thaipusam. Kali pertama saya menaiki tangga ke Batu Caves pada tahun
1960, ketika saya dalam darjah empat. Ketika itu, saya datang ke Batu Caves bersama satu rombongan sekolah dari Jelebu. Melawat Kuala Lumpur dari daerah
pendalaman adalah satu yang diidam-idamkan oleh murid sekolah. Batu Caves ketika itu adalah salah satu tempat yang wajib dilawat.
Batu Caves yang saya temui di Hari Thaipusam tahun ini amat jauh berubah dari apa yang pernah saya lihat dahulu. Ianya telah berjalan begitu jauh dari
apa yang ditulis oleh A. Samad Ahmad dalam Nakhoda Tenggang. Buku hikayat ini telah saya baca dalam tahun 60an.


Di kedua-dua mukim suci ini ada satu perkara yang amat jelas saya lihat. Saya ternampak begitu banyak sekali orang-orang orang kurang upaya/cacat - lelaki/perempuan
dewasa dan kanak-kanak. Mereka ini dari semua bangsa. Ada India, Cina dan Melayu. Mereka semuanya menempatkan diri mereka di tepi-tepi jalan laluan orang
ramai. Dicelah-celah ribuan manusia ingin melakukan ibadat ini kelihatan badan-badan manusia kerdil kurang upaya/cacat cuba meraih simpati.


Ada pelbagai bentuk kecacatan yang saya lihat di Batu Caves dan di kuil Brickfields. Ada yang menjalar , ada yang menelentang, ada yang merangkak, ada yang
buta, ada yang kudung, ada yang tepok. Ada yang berkudis, ada yang kaki berbalut, malah berpelbagai bentuk insan cacat. Kesemua yang cacat ini datang mencari
sedekah di hari kesucian agama ini.


Di sini saya bukan ingin menimbulkan kesalahan terhadap orang kurang upaya/cacat. Apa yang ingin saya timbulkan ialah sikap kita (orang yang tidak cacat)
terhadap mereka. Saya menyedari ada orang yang akan merasa ngeri, takut, terperanjat atau mual apabila berhadapan dengan orang cacat. Gangguan perasaan
melihat insan cacat ini mungkin lebih hebat dari perasaan kita apabila kita melawat wad kecemasan di hospital kerajaan.


Ini berlaku kerana apabila kita berhadapan dengan orang cacat maka dengan serta merta sifat kita sebagai manusia akan diuji. Jika kita melihat orang cacat
maka kita dengan serta merta akan menilai diri kita yang dianggap "tidak cacat". Kita berhadapan dengan satu kenyataan bahawa badan manusia ini tidak semestinya
penuh dengan kesempurnaan. Dalam sekelip mata kewujudan sifat kita sebagai insan akan dicabar.


Semua perasaan-perasaan ini dapat saya fahami kenapa ianya wujud. Tetapi ada satu perkara yang ingin saya timbulkan terutama kepada kita semua yang mengakui
memiliki sifat yang sempurna. Saya ingin mencari/bertanya kenapa perasaan ini timbul. Rasa saya perasaan ini timbul kerana selama ini insan yang kita anggap
cacat itu telah kita jauhkan dari pandangan kita. Kita hanya terserempak dengan mereka ketika hari-hari kesucian agama - Thaipusam atau Hari Vesak.


Sebenarnya dalam masyakat mana-mana pun orang-orang cacat wujud. Dalam masyarakat semaju Eropah atau masyarakat di Dunia Ketiga, insan cacat ini sentiasa
wujud. Cuma yang berbeza, di Malaysia ini saya perhatikan orang-orang cacat ini amat terpinggir. Mereka terlalu jauh dari kehidupan harian kita. Kita merasakan
bahawa hanya kita yang "sempurna" sahaja yang memiliki dunia ini. Orang kurang upaya/cacat wajib terperam jauh dari pandangan kita. Sikap inilah menjadikan
kita terperanjat apabila kita berhadapan dengan insan kurang upaya/cacat.


Kita yang mengakui sebagai insan sempurna langsung tidak ambil peduli tentang orang-orang cacat dan keperluan mereka untuk sama-sama merayakan hidup. Kota
Kuala Lumpur saya anggap terlalu ganas terhadap orang kurang upaya/cacat. Malah Putrajaya yang dikatakan kota terancang juga tidak mesra cacat. Tidak wujud
jalan-jalan khusus atau lorong-lorong untuk pengguna kerusi roda. Tidak wujud jalan-jalan khusus untuk orang buta. Tangga dan jalan yang diselirati dengan
simen tembok walau pun rendah akan menjadi musuh kepada insan kurang upaya/cacat.


Gedung-gedung membeli belah yang berdiri angkuh dalam kota kita langsung tidak memberi perhatian kepada manusia cacat. Seolah-olah orang cacat ini adalah
sampah yang akan mengotorkan gedung perniagaan. Mereka perlu dijauhkan. Justeru gedung ini dibuat tanpa memberi ruang untung orang kurang upaya/cacat.


Saya pernah bekerja selama 7 tahun sebagai pelayan restoran dalam kota London. Adalah menjadi satu kebiasaan untuk saya menerima pelanggan yang datang dengan
kereta sorong. Ada yang datang ditolak oleh kawan, penjaga atau kekasih. Ada yang datang bersendirian dengan kereta sorong roda berinjin. Restoran kami
akan menyedia meja khas untuk pelanggan kurang upaya/cacat. Pelanggan buta yang datang makan ke restoran kami adalah perkara biasa. Sebagai pelayan saya
hanya perlu menerangkan setiap jenis masakan sebelum si buta memesan.


Malah di hujung minggu dalam pusat kota London, saya sering ternampak kumpulan-kumpulan orang kurang upaya/cacat - tua dan muda- berbaris dipimpin oleh
seorang ketua untuk menaiki kereta api bawah tanah atau bas. Walau pun mereka cacat tetapi mereka juga dianggap sebagai anggota masyarakat. Mereka melawat
pameran lukisan, melawat muzium, berlegar di kedai buku, duduk bersantai di kafe atau pergi menonton teater atau wayang. Kecacatan tidak menghalang mereka
dari merayakan kehidupan.


Orang-orang cacat tidak semestinya tidak memiliki perasaan, tanpa cita-cita atau tanpa keberahian seksual. Mereka juga sama seperti kita. Tidak ada perbezaan
yang hakiki di antara mereka yang cacat dengan orang yang menganggap diri mereka tidak cacat. Kekuatan fikrah kita adalah sama walau pun kekuatan fizikal
mereka mungkin kurang.


Biasanya dalam masyakat kita di Malaysia ini orang-orang yang tidak cacat memiliki sedikit sikap keangkuhan yang "patronising". Kita tidak mahu mendirikan
lantai budaya yang sama rata di antara yang cacat dengan yang tidak cacat. Lihat sahajalah kawasan Brickfields. Kawasan ini dari awal lagi telah dijadikan
"port" untuk orang-orang yang kurang penglihatan. Wilayah ini adalah zon orang-orang buta/pekak/bisu - tempat mereka belajar, bertemu, bersiar-siar, tempat
mereka membuka perniagaan rumah urut dan di sini juga berpusatnya persatuan mereka.


Tetapi bayangkan adakah kita telah menjadikan daerah ini satu wilayah yang mesra cacat? Jalan-jalan di sini, untuk orang-orang buta dan kurang upaya mungkin
lebih bahaya dari jalan raya ke lapangan terbang Baghdad. Setiap masa ada sahaja "musuh" yang melintas dengan laju. Saya tidak pernah ternampak seorang
pemandu kereta di Brickfields yang akan memberikan laluan kepada orang buta untuk melintas jalan. Pemandu kereta cukup angkuh dan mungkin si pemandu menganggap
orang-orang cacat ini hanya menyusahkan lalu lintas mereka.


Pada hemat saya, untuk permulaan kawasan Brickfields wajib diwujudkan sebagai satu wilayah mesra cacat. Kawasan ini perlu diperlengkap dengan segala kemudahan
untuk keselesaan orang-orang cacat. Jadikan wilayah ini satu kawasan percubaan awal untuk kita sama-sama melihat dan memahami apa/bagaimana seharusnya
kita lakukan perkara-perkara terbaik untuk orang-orang cacat.


Selain dari menyediakan keselesaan untuk mereka merayakan hidup, kita juga wajib sedar mereka adalah warga yang memiliki hak untuk disediakan ruang. Ruang-ruang
dan fasiliti sebaik mungkin untuk menolak potensi fikrah dan kehidupan mereka seluas mungkin. Mereka juga memiliki potensi untuk memberikan sumbangan fikrah
dan daya kreatif.


Saya rasa adalah satu tamparan kepada kita semua apabila orang kurang upaya/cacat datang meminta-minta sedekah di Hari Thaipusam atau di Hari Vesak setahun
sekali. Ini adalah gambaran bahawa masyarakat kita sama ada Hindu, Buddha, Islam atau Kristian masih belum memahami kitab-kitab suci yang kita miliki.
Untuk saya jalan ke syurga dan Firdausi bukan di hadapan Batu Caves, di pintu kuil, di Mekah atau ke Baitulmuqaddis. Jalan dan lorong ke syurga ada di
hadapan mata kita. Hanya kita yang buta gagal melihat.


Rancangan hak anda di ntv7

Sebentar tadi saya ada mendengar rancangan Hak Anda di ntv7. Rancangan pada minggu ini menyentuh isu hak-hak oku. Beberapa warga oku yang ditemui telah menyatakan masalah oku di negara kita ini, masih belum diatasi sepenuhnya. Masalah pekerjaan di kalangan warga oku juga masih kritikal lagi.



Rancangan ini juga turut menemuramah senator Dr. Ismail Md Salleh. Beliau juga mengakui, masih banyak lagi kelemahan dalam perlaksanaan untuk warga oku. Beliau akan terus berjuang bagi oku.



Terima kasih banyak kepada pihak NTV7 kerana sudi mengetengahkan masalah warga oku ini. Sekurang-kurangnya, dengan tersiarnya rencana ini, akan dapat menyedarkan masyarakat di sekeliling tentang keperluan-keperluan warga oku dan juga kemampuan mereka.

Sabtu, April 05, 2008

Lagi perkembangan oku penglihatan terjatuh ke landasan mono rail

Ok ini cerita dari rakan.
 
Hi Friends
 
On 3rd April, I visited Lim Kee Siong at Pantai medical Centre.  Hee
fractured his left hip and left albow.  He seems to be cheerful.  He will
be there for the next 2 weeks.
 
Monorail staff is volunteering to be with him for 24 hours every day.
 
Let's pray for his speedy recovery.
 
Regards
 
Wong Yoon Loong.

Daripada: WONG YOON LOONG

Jumaat, April 04, 2008

Lagi perkembangan terbaru tentang oku penglihatan jatuh mono rail


Ok kawan, ini ada lagi perkembangan mengenai seorang oku penglihatan yang terjatuh dari mono rail di stesen Bukit Bintang.



Menurut laporan, beliau tidak pegang tongkat. Tangan beliau memegang sebuah mesin brailler dan tangan yang sebelah lagi memegang satu rim kertas braile. Selepas keluar dari kereta api, tiba-tiba beliau berasa seolah-olah tersesat lalu berpatah balik. Dan tanpa disedari, beliau sedang berjalan ke arah rail dan terus jatuh.



Beliau khabarnya tidak mengalami patah pinggang tetapi mengalami patah paha dan siku. Sungguh kesian beliau ini. Beliau ini juga merupakan sahabat saya semasa bersekolah dahulu.



Jadi, marilah kita sama-sama mendoakan semoga beliau akan sembuh seperti sediakala. Bak kata orang, malang itu, tidak berbau.


Khamis, April 03, 2008

Lagi kes orang buta jatuh dari mono rail


Wah, ini lagi kes orang buta jatuh mono rail.



Khamis lepas iaitu 27 Mac, seorang lagi oku penglihatan telah terjatuh ke atas landasan mono rail di stesen Bukit Bintang. Nama beliau ialah Lim Kee Seong. Menurut satu laporan, selepas beliau turun dari kereta api, tiba-tiba, beliau berpatah balik ke rail tersebut. Akibatnya, beliau terus terjatuh ke bawah. Beliau mengalami kecederaan yang agak parah di mana beliau mengalami patah pinggang. Beberapa anggota badan beliau yang lain juga diberitakan turut patah. menurut laporan, beliau kini ditempatkan di Hospital Pantai Kuala Lumpur.



Jikalau tidak salah, sehingga sekarang, sudah tiga kes yang melibatkan oku penglihatan terjatuh ke landasan mono rail. Sekarang ini, NGO'S yang mewakili oku penglihatan perlu bertindak sesuatu untuk menghalang kejadian seperti ini daripada terus berulang.



Di sini saya menyiarankan, NGO-NGO yang terlibat agar dapatlah menemui pihak pengurusan dan dapatkan taklimat daripada pihak pengurusan tentang kedudukan stesen-stesen kereta api itu.



Pihak NGO juga boleh menjemput pihak pengurusan kereta api agar datang ke premis mereka dan buat sedikit penerangan atau taklimat tentang kedudukan stesen kereta api di sekitar Kuala Lumpur ini. harap NGO-NGO yang mewakili golongan oku dapatlah berbuat sesuatu sebelum ada kes kematian warga oku akibat terjatuh dari mono rail.


Kenangan di Sekolah Menengah Hj. Zainul Abidin bahagian empat

Bersambung di bahagian empat.



Tahun 1990, aku di tingkatan tiga. Tapi pada tahun tersebut, pihak sekolah telah menggabungkan kelas IP dan kelas SP. SP adalah singkatan bagi seni perusahaan. Jadi, aku, Suriah, Mutalib dan beberapa orang lagi rakanku ditempatkan di kelas 3IPSP4. Kelas kami letaknya di penghujung blok B iaitu berdekatan dengan padang sekolah.



Guru matematik kami ialah Puan Goh. Beliau mengajar sejak di tingkatan dua lagi. Dan aku macam biasalah, kerja rumah matematik tak pernah buat. Al-maklumlah, langsung aku tidak minat dengan matematik ni. Puan Amy Tan pula mengajar bahasa inggeris dan beliau merupakan guru kelas kami juga.



Ok, bercerita pasal guru kelas, guru kelas kami semasa tingkatan dua ialah cikgu Bala Krishnan dan bukannya Lim Kheng Guan. Inilah padahnya kalau ingat-ingat lupa. Apa nak buat kan? Cikgu Bala Krishnan seorang guru yang tegas.



Ok, guru sains kami semasa di tingkatan tiga ialah cikgu Chong Yen Tong.



Di suatu hari, aku telah pergi berjumpa guru resos yang menjaga tingkatan tiga iaitu Mr. Yu Ah tit. Ni konon nak belajar matematiklah. yalah, pantang dia kalau anak muridnya tak datang jumpa dia.



Aha, memanglah aku ni langsung tak minat matematik. Aku ditahan satu hari dari kelas bermula jam tujuh setengah sampailah jam satu setengah tengahari semata-mata dia nak ajar matematik. Akibatnya pada hari tersebut, aku tak hadiri apa-apa pun kelas.



Kini, tibalah peperiksaan percubaan SRP. Di peperiksaan percubaan tersebut, keputusanku ok saja. Dan yang menjadi penghalangnya ialah matematik. Ini ibarat barahlah ni. Aku mendapat keputusan yang teruk.



Dan kini, tibalah peperiksaan sebenar SRP. Dan, tahun 1990 adalah merupakan peperiksaan terakhir SRP sebelum ianya digantikan dengan PMR pada tahun 1991.



Apabila keputusan keluar, aku lulus dengan agak baik. Tapi sayang, aku gagal dalam matematik. Akibatnya, aku tidak berjaya naik ke tingkatan empat. Dan aku terpaksa mengulang sekali lagi di tingkatan tiga.

Rabu, April 02, 2008

Buat kaji di wordpress.com

Wah, malam ni mungkin tak dapat nak check mail sangat sebab tadi, aku pergi buat kajian di http://www.wordpress.com/



Lecehlah kat tempat tu. Ingatkan, lebih menarik dari blogspot ni. Tapi, bagi orang buta, ianya sangat leceh dirasakan.

Kenangan di Sekolah menengah Hj. Zainul Abidin bahagian tiga

Bersambung di bahagian tiga.



Tahun 1989, aku naik tingkatan dua. Tapi kali ini, aku berada di kelas yang tercorot iaitu kelas 2IP3. Ini adalah kerana, keputusan peperiksaanku agak teruk dan mengecewakan pada tingkatan satu tahun 1989.



Tahun 1989, guru kelas kami ialah Mr. Lim Kheng Guan, guru matapelajaran bahasa inggeris. Tahun itu, aku sekelas dengan Chee Wah, Mutalib, Giap Chun, Suriah. Dan pada tahun itu, aku bertemu lagi dengan murid baru. Antara mereka yang masih aku ingat ialah Sim Choo Kee. Ketua kelas kami ialah Lim Pek Kooi. Rakan-rakan lain dalam kelas ialah Tan Chee Kang, Bee Ling dan banyak lagilah aku pun dah tidak ingat lagi.



Pada tahun itu, guru sejarah kami ialah cikgu Zaitun sementara guru perdagangan kami ialah cikgu Norlaily. Tak ada banyak kisah menarik masa tingkatan dua ni. Entah mengapa aku tak tahu. Mungkin tak ingat.



Tapi, masih kuingat, semasa di tingkatan dua, pelajar-pelajar resos ada membuat lawatan sambil belajar ke Singapura. Lawatan itu dianjurkan pada pertengahan tahun. Beberapa guru kelas kami juga turut ikut serta. kami bertolak pada petang hari Sabtu dengan Bas dan pulang pada hari Rabu. Sungguh seronok lawatan tersebut.



Di Singapura kami dibawa melawat ke Pusat Sains dan kami dibawa menyaksikan beberapa video clipts tentang binatang dan pokok-pokok. Kami juga dibawa ke Pulau Sentosa. Kami juga dibawa melawat lapangan terbang Changi dan membeli-belah di sana.



Kami juga dibawa pergi membeli-belah. Aku telah membeli sebiji radio transistor yang kini dah masuk tong sampah sebab dah rosak.



Semasa aku di tingkatan dua, aku memang tak belajar langsung matematik. kerja rumah untuk matematik tak pernah buat sepanjang tahun. Markahnya pulak, senentiasa kosong sahaja. Itulah aku.



Semasa aku di tingkatan dua juga, aku telah dapat melihat cara Mr. You mengajar matematik untuk pelajar resos tingkatan tiga. Wah garang sungguh. Ada seorang murid perempuan iaitu Lim Kooi Yong, dia kena marah dengan Mr. You sampai dia menangis. Daripada situ, kami sudah mula berhati-hati dan bersiap sedia apabila melangkah ke tingkatan tiga nanti.



Tidak ada apa-apa yang menarik sangat semasa aku berada di tingkatan dua ni.

Selasa, April 01, 2008

Selamat ulangtahun RTM yang ke-62

Selamat ulang tahun yang ke-62 RTM. Di dalam masa 62 tahun ini, RTM telah mencapai banyak kejayaan. Antaranya kejayaan membuat siaran-siaran langsung yang besar seperti sukan Komanwell 98 dan penghantaran angkasawan kita pada tahun lalu. Serta banyak lagi kejayaan yang dilakarkan oleh RTM.



Namun, RTM perlulah membuat perubahan supaya ianya dapat bersaing dengan stesen-stesen swasta yang tumbuh bak cendewan sekarang. RTM perlulah lebih avisyen dan lebih inovatif untuk menjadi sebuah badan penyiaran yang unggul.



Selamat ulangtahun RTM.

Arkit blog