Isnin, April 14, 2008

Si buta dah mula nak tunjuk samseng, laporan 2


Baru-baru ini, adalah sorang kawan saya yang bagi pendapat tentang topik ni. Cuba kita baca di bawah.



teddie bear, nanti kalau dapat tambang free kan kamu juga yang guna... nanti boleh jalan naik bas dari pulau pinang hingga johor baru dan balik ke pulau
pinang dengan gfree.... hehehehe kalau seperharga pun untong tau...


sekian terima kasih,
Hashim Ishak.



Kemudian, aku pun membalasnya. Baca di bawah.



Ya betul semua orang boleh pakai.


Tapi apa gunanya kalau semua orang dah benci? Kita dianggap sebagai pemintak sedekah? Menyusahkan? Semua nak percuma? Dan pelbagai lagi yang negetif?
Kena fikir tu semua.


Kemudian, beliau membalas kembali.



mana hang tau semua orang dok benci oku... kan kita selalu mengatakan masyarakat penyayang... kalau mereka bagi free atau sperharga kan tu mereka sayang
oku... hang ada orang sayang tak?


sekian terima kasih,
Hashim Ishak.



Aku membalas kembali.



Masyarakat penyayang. Penyayang bukan bermakna semua nak bagi free. Orang buat business, takkan nak bagi free. Orang buta sendiri buat business pun dia
katok kawan jugak. Tapi mereka pandai pulak nak mintak free.


Adalah lebih baik kita mencegah sebelum ia bermula. Jangan tunggu sampai dah ketara sangat orang benci, baru nak take action. Itu sudah lambat.


Kalau mereka yang secara sukarela nak bagi, ok. Ini, kita pi mintak. Macam muka tembok. Dan, jangan jadikan alasan masyarakat penyayang untuk mintak
semuanya nak percuma.


Beliau membalas.



dalam kontek memberi kadang kala ada yang meminta baru orang mau beri... meminta itu dan ini...baru ada yang memberi... ada beri bantuan berupa wang dan
ada berupa bantuan khidmat... kalau kita golongan yang sihat dan sempurna pun kita kadang kala meminta-minta... kalau kita lemah dan kekurangan meminta
tak menjadi salah... kita mesti ingat ada masa kita meminta dan ada masa kita memberi... minta tolong, minta itu dan ini... dan bila masa kita memberi,
kita berasa itu tanggungjawab yang mulia... kalau dapat perkhidmatan pengangkutan awan yang beri percuma atau sperharga itu adalah baik bagi semua oku...
ini meringgankan beban kehidupan oku dalam zaman, semua yang naik harga ini... jangan jadi muka tembok tapi jadi muka rezeki...


sekian terima kasih,
Hashim Ishak.



Ya itulah, bermacam alasan yang mereka keluarkan semata-mata nak mendapatkan perkhidmatan pengangkutan secara percuma. mereka seolah-olah tidak mahu mengambil tahu di atas apa yang sedang syarikat pengangkutan alami sekarang ini. Tidakkah mereka sedar bahawasanya sekarang ini, semua barangan telah mengalami kenaikan global secara agak drastik? Mereka ini pandai pula menghentam pihak pemerintahan apabila harga barangan naik mendadak tetapi, pada yang sama juga mereka ingin bersenang-lenang di atas kesusahan pihak lain. Apakah ertinya semua ini? mereka ini, lembut gigi dari lidah.



Rakan saya pernah mengalami suatu keadaan di mana, semasa beliau sedang menaiki bas, tiba-tiba beliau terdengar, si anak bertanya pada si ibu. "Mengapa tak bagi dia duduk?" Si ibu menjawab, "buat apa bagi dia duduk?" "Dia bukan bayar pun." "Dia naik percuma sahaja."



Dalam peristiwa ini, penumpang tersebut tidak boleh disalahkan. memang benarlah, mereka dah bayar duit, tiba-tiba orang yang naik secara percuma ni, nak duduk. Wah, mana dia keadilan? Ya betul, dia buta. Tapi sekarang, keadaan terdesak, barangan naik mendadak di seluruh dunia. Tidak bolehkah kita bersusah sedikit? mengapa kita mesti lari dari tanggungjawab?



Janganlah hanya pandai mengecam dan menghentam pemerintah kononnya kerana ketidakadilan mereka tetapi diri sendiri lebih teruk dan lebih tidak adil pada masyarakat sekeliling.



Ingat, jangan benarkan bibit-bibit kebencian terhadap orang buta bermula. Jangan ingat mentang-mentang cacat dan masyarakat Malaysia adalah masyarakat penyayang, kita ni boleh sewenang-wenangnya mintak apa sahaja yang kita mahu tanpa memperdulikan perasaan orang lain. Kalau inilah yang menjadi amalan kita semua, jangan terkejut jika sekiranya suatu hari nanti, kita akan dimusuhi. Dari jauh bila orang nampak orang buta, mereka lari dulu. Yalah, semua nak percuma.



Jika benarlah mereka nak jadi wira bagi oku, perjuangkanlah hak-hak supaya oku mendapat peluang pekerjaan yang saksama.


2 ulasan:

luaskanmata berkata...

Hai kawan sekalian:

jangan mudah melatahlah. jom sama-sama tengok

http://www.bprihatin.blogspot.com

kemudian kita pakat bincang.

Unknown berkata...

kali pertama baca blog oku. =)

selamat berkenalan





Arkit blog