Ahad, November 21, 2010

Pendedahan AIDC fasa ke-III: Terima kasih semua blogger & netwoking VC

Daripada: Aidc Editor
Tarikh: Saturday, 20 November, 2010 10:49 PM
Subjek: Pendedahan AIDC fasa ke-III: Terima kasih semua blogger & netwoking VC
MESEJ AIDC Editor
Bermula pada 22 November 2010, blog AIDC (anwaraidc.com) akan memasuki fasa ke-III dalam pendedahan tokoh  yang penah diramalkan oleh Shani Ross, wartawan Yahudi dari The Jerusalem Post (akhbar Israel) sebagai bakal Perdana Menteri Malaysia.
Adakah ramalan wartawan The Jerusalem Post itu benar ? Wallahualam bi shawab. Namun, kami di sini,  pada tarikh di atas akan mengupdate blog seperti biasa. Insya Allah.
Sejenak menoleh ke belakang, tanpa disedari, blog ini telah memasuki ke gerbang tiga tahun 'bertempur' di alam maya. Bermula dari blog percuma (blogspot),  akhirnya menjadi blog berbayar (dotcom). Dari asalnya kami bertiga, akhirnya menjadi networking Virtual Community (VC).
Fasa I bermula pada 14 April 2008. Bermula dengan pendedahan pengenalan tentang Anwar Ibrahim dan rangkaian zionis. Dari 'Foundation For The Future' (Yayasan Masa Depan), 'Moderate Muslim Netwoks'(Netwoking Muslim Moderat), 'National Endowment for Democracy' (Yayasan Demokrasi Nasional)  hinggalah ke deklarasi 'Annapolis Summit'.
Ketika itu, sajian seumpama ini merupakan 'satu kejutan' kerana dianggap 'pembongkaran' bahan-bahan baru, tetapi hari ini, semua itu bukan rahsia lagi.
Setelah hampir sebulan beroperasi, secara kebetulan, Ezam Mohd Nor meninggalkan Anwar. Tentunya keazaman Ezam untuk meninggalkan bekas mentornya, Anwar Ibrahim menimbulkan pelbagai misteri. Tetapi hari ini, kita sudah sedia maklum sebab sebenar Ezam berbuat demikian. Bukan faktor wang atau pangkat tetapi faktor yang 'satu' itu.
Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan Rakyat  itu berusaha keras membersihkan dirinya dengan mengadakan road show ke seluruh negara, membongkar dan terus membongkar kisah moral bekas mentornya itu.
Klimaksnya berakhir dengan pembongkaran kisah perbualan telefon di antara dirinya (Ezam) dengan isteri Anwar (Wan Azizah). Kisah itu berlaku pada tahun 2005, ketika Anwar pulang bercuti dari Amerika Syarikat, manakala Wan Azizah pula ke Washington melawat anak-anaknya.
Ezam kata ini lah turning pointnya. Ketika Wan Azizah menelefonnya dari Washington supaya memastikan 'tidak ada mana-mana lelaki' bermalam di rumah kediamannya  menemani Anwar. Kenapa Wan Azizah berpesan sedemikian ? Itulah tanda tanya yang menjadi klimaksnya..
Kemunculan Saiful Bukhari Azlan
Juga secara kebetulan, selepas dua bulan beroperasi, seorang lagi bekas pembantu Anwar, tampil membuat laporan polis mendakwa dirinya diliwat oleh majikannya (Anwar). Namanya Mohd Saiful Bukhari Azlan. Namanya cukup asing ketika itu, sama seperti nama Sukma Darmawan Sasmitaat Madja, yang muncul pada tahun 1998.
Ketika Saiful muncul, ramai rakyat Malaysia, hampir melupakan bahawa Anwar pernah dijatuhi mahkamah, hukuman bersalah kerana melakukan aktiviti homoseksual pada tahun 2000.
Namun dengan laporan polis bekas pembantu Anwar itu, rakyat Malaysia mula terfikir semula, adakah benar Anwar pernah melakukan aktiviti homoseksual di Tivoli Villa bersama dengan adik angkatnya, Sukma Darmawan dan bekas pemandu peribadi isterinya, Azizan Abu Bakar, 12 tahun lampau ?
Spekulasi dan misteri kembali bergelombang, apatah lagi dengan keengganan Anwar untuk bersumpah dengan nama Allah, meskipun didesak oleh Mufti Perlis, Dr Asri ketika itu.
Anwar pula membuat kejutan dengan bertanding di Permatang Pauh dan selepas mencapai kemenangan beliau mencanang satu dunia, bahawa pada 16 September 2008 beliau akan merampas Putrajaya dan menjadi PM baru. Kini, selepas tiga lalu berlalu kisah 16 September itu menjadi bahan sindiran kepadanya.
Fasa I,  kami akhiri sekitar April 2009 dengan sajian pengenalan Anwar dan agenda liberalisme. Kisah Abdurahman Wahid aka Gus Dur dan Musdah Mulia disajikan. Ketika itu, ramai netwoking VC menghubungi kami, bertanyakan apakah relevannya sorotan isu Gus Dur dan Musdah Mulia, dua tokoh Indonesia dengan Anwar Ibrahim ?
Anwar  & Networking Zionis
Bermula Mei 2009, sorotan kami memasuki fasa ke II. Kami perjelaskan isu terungkai, kenapa pilih Gus Dur dan Musdah Mulia sebagai bahan sorotan.
Gus Dur dan Musdah Mulia merupakan perwatakan yang secocok dengan Anwar Ibrahim. Ketiga-tiga mereka menganut fahaman liberalisme yang menjadikan Yahudi sebagai 'god' untuk mencapai cita-cita vox populi, vox Dei (The voice of the people is the voice of God). Mereka juga turut diberi pelbagai anugerah  kerana kesanggupan mereka bertuankan master puppet dalam menghakis sosio-budaya dan agama sendiri.
Gus Dur pernah memperlekehkan Al Quran sebagai bahan porno, malah turut mengkritik Presiden Iran, Ahmadinejab, semata-mata untuk membela kewujudan 'holocaust', ciptaan dajal. Musdah Mulia pula mengeluarkan 'fatwa' luar tabie dengan menghalalkan amalan homoseksual yang pada hakikatnya merupakan perkara qati'e yang diharam dalam Islam.
Ketika berkumandangnya isu kalimah Allah di media perdana, barulah semakin ramai rakyat Malaysia jelas maksud sebenar agenda tersembunyi Anwar itu.
Isu kematian misteri mentor Anwar, Dr Ismail Faruqi di rumah kediamannya, Wyncote, Pennsylvania, Amerika Syarikat pada 27 Mei 1986 menimbulkan polemik yang panjang di egroup. Memang sukar untuk mempercayainya, tetapi itulah hakikatnya .
Kami sertakan kenyataan-kenyataan polis Philadelphia yang merekodkan keterangan saksi pembunuh (Joseph Louis Young aka Yusuf Ali) dalam prosiding perbicaraan kematian Dr Ismail Faruqi dan isterinya Lois Lamya di Mahkamah Daerah Montgomery sebagai bahan bukti. Klik di sini.
Dalam kes Anwar dan rangkaian zionis, kami perkukuhkan tambahan fakta berkenaan networking Projek Pacific Dialogue yang Anwar bina sejak 1996. Bermula dengan Al Gore, William Cohen, James Wolfensohn dan Madeline Albright, seterusnya kami tampilkan pula nama baru, Paul Wolfowitz , Carl Gershman dan Martin Indyk, networking yang Anwar bina  pasca dibebaskan dari penjara Sungai Buloh, 2004.
Pasca dibebaskan, Anwar menetap agak lama di Amerika Syarikat. Dari pertengahan tahun 2005 hingga lah pertengahan 2007. Dalam tempoh penghijrahan itu, sudah tentu Anwar akan memperkukuhkan kekuatannya bersama rangkaian zionis tersebut. Kalau tidak kenapa Anwar pilih Amerika Syarikat sebagai transit penghijrahan ? Kenapa tidak berhijrah ke mana-mana negara Islam yang lain ?
Dari situ, kami mula menghidu ada grand design besar yang sedang direncanakan Anwar dengan menggunakan pengkalan luar negara. Kami bongkar semula  aktiviti tersembunyi yang Anwar lindungi selama ini. Dari ICG (International Crisis Group) hinggalah FFF (Foundation For The Future).
Juga secara kebetulan, dalam masa sama, berlaku 'tsunami' besar dalam PKR. Satu persatu 'orang kuat' Anwar lari meninggalkannya. Dari Salehuddin Hashim, YB Zahrain, YB Tan Tee Beng, YB Mohsin, YB Zul Noordin, YB Mohd Radzi Salleh, YB Badrul Hisham Abdullah, YB Tan Wei Shu, Fairus Khairuddin hinggalah kepada Dr Halili Rahmat.
Anwar's Apology Tour & Sodomy Tour
Sajian kami mengenai 'Anwar's Apology Tour' [klik di sini] di New York dan Washington pada 20 Jun hingga 24 Jun 2010 yang dipetik dari rencana wartawan berbangsa Yahudi, Jackson Diehl di akhbar The Washington Post,[klik di sini]  menarik perhatian media perdana. Klik di sini
Seperti diduga, Anwar tidak menjawab isu tersebut kerana ia benar-benar berlaku.
Kenapa Anwar perlu memohon maaf dan melutut kepada Yahudi di Amerika Syarikat, itu pun menjadi misteri sampai ke hari ini.
Kami juga turut soroti road show kedua Anwar ke luar negara. Dari Jakarta,  Brussel , Berlin, London dan New York yang kesemuanya berpaksikan memohon bantuan dalam menghadapi kes liwatnya di Malaysia. Kami namakan road show kedua ini sebagai 'Anwar's Sodomy Tour'.
Seputar berkenaan tour Anwar itu berlegar isu Festival Gay, hinggakan dijolok, di mana ada Anwar di situ ada Festival Gay. Klik di sini dan di sini
Episod prosiding kes liwat Anwar di Mahkamah Tinggi juga semakin menarik. Selain saksi utama, Mohd Saiful Bukhari berjaya memberi keterangan, pihak pendakwa mengemukakan saksi-saksi baru iaitu keterangan tiga orang doktor pakar; Dr Mohd Razali Ibrahim, Dr Khairul Nizam Hassan dan Dr Siew Sheue Feng dalam membantu pembuktian dakwaannya.
Rahimi & Rasid
Lebih menarik lagi, dua saksi lain yang merupakan bekas inner circle Anwar tampil di luar lingkungan mahkamah dengan membuat laporan polis. Mereka adalah Mohd Rahimi Osman dan Rasid Rosdi.
Mereka tampil mendakwa diri mereka dikurung di Hotel Quality pada 28 Jun 2008, sejurus Saiful Bukhari  membuat laporan polis.
Selain itu, mereka turut mendakwa dipaksa menandatangani surat pengakuan bersumpah palsu yang disediakan oleh dua peguam Anwar, Latheefa Koya dan Saiful Izham Ramli.
Misteri kembali bergolak. Jika benar Anwar tidak meliwat Saiful, kenapa Anwar arahkan penahanan dan paksaan tandatangan pengakuan palsu ke atas Rahimi dan Rasid, sedangkan pada tarikh itu (28 Jun 2008), kes belum pun disebut di mahkamah ?
Kenapa Anwar terus 'tangkap' Rahimi dan Rasid hanya berdasarkan laporan polis Saiful, sedangkan ketika itu polis belum pun membuka fail untuk memulakan proses siasatan ?
Nampaknya banyak misteri yang Anwar tahu dan disembunyikan kepada umum. Ibarat pekung di dada, walaupun ditutup, lambat laun berbau jua.
Fasa II berakhir pada 30 Oktober 2010 dengan sajian pengenalan LGBT. Seperti biasa, ramai networking VC kembali bertanya, apa itu LGBT dan apakah kaitan dengan Anwar ?
Kami tinggalkan persoalan sampai di situ, kerana bermula pada 1 November 2010, kami 'berehat' selama 20 hari.
Untuk episod seterusnya, kami tidak mampu menjanjikan yang terbaik. Apa yang boleh kami katakan, kami akan lakukan sekadar yang termampu.
Siapa kami ? Kami adalah warganegara yang cintakan agama dan negara ini. Kami akan terus berjuang di alam maya, selagi diizinkanNya. Klik di sini
AIDC
20 November 2010

Aku menulis bukan kerana nama tetapi aku yakin aku benar - AIDC
http://anwaribrahimdotcom.blogspot.com
http://mindaaidc.wordpress.com

Sabtu, November 20, 2010

Zuraidah Ketua Wanita PKR Hina Anak-Anak Sindrom Down!

Zuraidah Ketua Wanita PKR Hina Anak-Anak Sindrom Down!

KETUA WANITA PARTI Keadilan Rakyat (PKR), Zuraidah Kamaruddin mengaku, parti itu melahirkan ‘anak tidak cukup bulan’ menyebabkan ada yang terencat akal lalu bertindak keluar parti.

“Kita akui, Keadilan sebuah parti baru dan melahirkan anaknya sebagai pemimpin yang tidak cukup bulan. Mana-mana pemimpin yang berjaya dan kekal dalam parti adalah anak istimewa.

” Mereka yang lompat parti adalah kanak-kanak yang menghidap sindrom down atau terencat akal,” katanya.

” Mereka yang lompat parti adalah kanak-kanak yang menghidap sindrom down atau terencat akal,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan ucapan dasar pada Kongres Keadilan Wanitake-6, di sini, sebagai mengulas pergolakan dalam PKR yang menyaksikan ramai pemimpin dan wakil rakyatnya bertindak keluar parti. Zuraidah berkata keadaan itu berlaku kerana PKR sebuah parti baru yang cuma berusia 10 tahun.

Beliau juga mengakui jumlah cabang Wanita PKR yang berjaya mengadakan mesyuarat agung berkurangan kepada 106 sahaja tahun ini berbanding 206 pada tahun lepas. Bagaimanapun perkara itu katanya berpunca daripada usaha pemutihan parti. – BERNAMA

1. Saya sangat sedih dengan penghinaan terbaru Zuraidah yang menganggap bekas ahli-ahli PKR yang telah keluar daripada parti tersebut boleh dianggap sebagai “anak yang dilahirkan tidak cukup bulan dan terencat akal”. Bahkan lebih jauh daripada itu, Zuraidah sanggup mendakwa mereka yang lompat keluar daripada PKR, boleh diklasifikasikan sebagai seorang kanak-kanak yang mengalami sindrom down. Nauzubillah minzalik. Lihatlah, inilah bentuk, cara dan akhlak Ketua Wanita Keadilan yang kononnya mahu menegakkan kebenaran dan keadilan di negara ini.

2. Soalnya sekarang, apakah seorang kanak-kanak yang mengalami sindrom down begitu hina pada kaca mata Zuraidah? Apakah ibubapa yang membela dan menjaga anak mereka yang mengalami sindrom down turut dilihat sebagai manusia yang hina-dina? Kiasan atau analogi yang digunakan oleh Zuraidah itu sangat tidak beretika dan sesuai. Sekali pun beliau ingin menghina ahli-ahli PKR yang keluar daripada parti tersebut, tetapi gunakanlah kiasan yang betul dan lebih berlapik. Jika Zuraidah sanggup melabelkan ahli-ahli PKR yang keluar daripada parti tersebut sebagai “kanak-kanak yang terencat akal”, saya tidak mampu membayangkan apakah kiasan yang bakal digunakannya untuk melabelkan ahli-ahli UMNO pula. Hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui.

3. Mungkin Zuraidah tidak diuji oleh Allah dengan kelahiran anak yang mengalami sindrom down – namun demikian, itu bukan tiket untuk beliau menghina dan mencaci orang lain dengan menggunakan analogi penyakit tersebut. Ia perbuatan yang sangat jijik dan kotor. Jika inilah jenis manusia yang dipilih oleh penduduk Ampang untuk mewakili kawasan mereka, maka tunggulah kehancurannya. Apakah kita masih tidak mahu insaf dengan menyokong Anwar Ibrahim dan PKR lagi? Tepuk dada tanya iman. Wallahualam.

azlishukri.blogspot.com

Rabu, November 17, 2010

Penang: Guan Eng Beli OKU Pulak

Penang: Guan Eng Beli OKU Pulak

Filed Under ( Republic sosialis Penang ) by pisau on 16.11.10

alt

Sebelum ini ketua menteri paling celaka dalam sejarah kerajaan negeri memperbodohkan warga mas yang semua orang tahu dahulunya menimbulkan keraguan hasilnya.Kini dengan dasar populis sekali lagi Guan Eng bertindak untuk membeli warga OKU pula.
Bermodalkan RM8.30 sebulan, dasar populis yang merendah rendahkan OKU ini nilainya sama seperti membeli kertas tandas. Selepas ini akan kedengaran si ketua menteri berlidah biawak (bukti guan eng pembohong berlidah biawak klik sini) mendabik dada kononnya kerajaan negeri yang pertama di dunia yang membantu OKU bermodalkan RM8.30 sebulan.
Kemudian ketua menteri berlidah biawak mengunakan isu murahan ini untuk dijadikan modal ceramah dihadapan orang melayu kononnya dia begitu prihatin .
Amat berbeza sekali dengan bantuan yang di beri oleh kerajaan pusat yang jauh lebih tinggi seperti fakta yang didedahkan oleh MPP.
alt
OKU pula menjadi sasaran Guan Eng setelah melihat golongan warga mas sudah tahu tembelang beliau mahu meraih undi secara murahan. Akan ada juga dakwaan kononnya wang adalah hasil lebihan daripada atas menghapuskan rasuah walhal wang tersebut adalah surplus atau lebihan daripada bajet yang tidak dibelanjakan.
Kerajaan negeri yang tidak membelanjakan wang untuk pembangunan rakyat adalah kerajaan negeri yang pemalas,kerajaan yang dipilih oleh rakyat harus melaksanakan pembangunan dan pengurusan penyelengaraan contohnya perbaik jalan,landskap,mengutip sampah,lampu jalan dsb.
Pisau kata " dah ada golongan OKU yang buta perut lupa diri bila dapat bantuan Guan Eng"

Isnin, November 15, 2010

pengumuman SBM Bahasa Malaysia (15hb November 2010)

Dua Info dari Setiausaha Agung SBM

Notis Mesyuarat Agung Luar Biasa

Ahli-Ahli SBM adalah dijemput untuk menghadiri Mesyuarat Agung Luar Biasa 2010 bagi membincang dan meluluskan anggaran Perbelanjaan 2011 yang akan diadakan pada hari ahad, bersamaan 12hb Disember 2010 bermula jam 8.30 pagi, bertempat di Hotel Sri Cempaka, PGRM, Kuala Lumpur. Untuk menghadiri mesyuarat terseebut, sila daftarkan diri beserta  yuran penndaftaran dengan Pengerusi Cawangan atau Kawasan masing-masing sebelum hari rabu, bersamaan 1hb Disember 2010.

Atas permintaan ahli, SBM dalam rangka meminda perlembagaannya bagi memenuhi kehendak dan keperluan semasa. Sehubungan itu, sila kemukakan sebarang cadangan secara bertulis dan dihantar kepada Setiausaha Agung SBM di alamat No.40A, Jln Padang Belia, 50470 Brickfields, Kuala Lumpur atau secara e-mail ke mfekkeri@yahoo.com. Cadangan hendaklah sampai pada atau sebelum hari rabu, bersamaan 1hb Disember 2010.

Jawatankuasa Komunikasi dan Assessibiliti (Hari Tongkat Putih Peringkat Kebangsaan)

Pendaftaran masih dubuka untuk sesiapapun yang cacat penglihatan untuk menyertai perayaan Hari Tongkat Putih Peringkat Kebangsaan SBM yang akan diadakan di Kolej Universiti Help pada hari sabtu, bersamaan 20hb November 2010. Pendaftaran ditutup pada hari selasa, bersamaan 16hb November jam 4.00 petang. Para peserta dimaklumkan bahawa bas akan mula berada di SBM Cawangan KL/Selangor pada jam 7.00 pagi dan akan bertolak pada pukul 7.30 pagi. Anda digalakkan untuk berpakaian biasa dan tidak dibalakkan berselipar. Ini akan memudahkan anda semasa menjalankan aktiviti serta mengurangkan resiko yang kurang diingini. Bas akan kembali ke Brickfields pada pukul 1.00 petang. Marilah sama-sama bergembira di samping berpeluang untuk memenangi hadiah di dalam cabutan bertuah. Berdaftarlah dengan sebera dengan Encik Mohd. Shawal Bin Abu Bakar di talian 03-22742794 pada waktu pejabat untuk menjamin tempat anda. Hubungilah samaada dengan Encik Loh Kong Ken di talian 012-2654907 ataupun dengan Encik Mohd. Moktar Bin Soon di talian 013-3409848 untuk sebarang penjelasan lanjut.

Jawatankuasa Pembangunan Belia

Peringatan kepada ahli-ahli belia yang masih berminat untuk menyertai Kem Jati diri SBM 2010 yang akan diadakan dari 3-5hb Disember 2010 bertempat di Perting Valley, Bentong, Pahang Darul Makmur. Pendaftaran dengan kadar segera amatlah dialu-alukan kerana tempat amatlah terhad. Bagi belia yang telahpun mendaftar nama, kami memohon agar anda dapat menjelaskan yuran penyertaan sebanyak rm30.00 bagi pendaftaran individu dan rm100.00 bagi pendaftaran dengan tajaan organisasi pada kadar segera. Kegagalan anda berbuat demekian akan menyebabkan nama anda tidak tersenarai sebagai peserta perkhemahan tersebut. Kepada para peserta yang telahpun mendaftar dan membayar yuran tetapi memerlukan surat pelepasan daripada majikan, anda diminta berhubung dengan pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Encik Mohd. Mustaza Bin Haji Mohd. Zain di talian bimbitnya, 019-2110111. Kerjasama anda dalam hal ini amatlah dialu-alukan.

Jawatankuasa Pembangunan Sukan

Berikut adalah disampaikan keputusan pertandingan ping pong peringkat kebangsaan kategori berpasukan yang telahpun diadakan di Kompleks MAB dari 12-14hb November 2010.

Johan: SBM Cawangan KL/Selangor.

Naib Johan: SBM Cawangan Kelantan Darul Naim.

Ketiga: SBM Cawangan Pulau Pinang Pulau Mutiara.

Keempat: SBM Cawangan Perak Darul Ridzuan.

Sekalung tahniah dan syabas kepada pasukan yang berjaya.

Cawangan KL-Selangor

Pendaftaran dibuka sekarang bagi ahli-ahli Cawangan KL/Selangor yang ingin menghadiri mesyuarat agung luar biasa 2010 yang akan diadakan pada hari ahad, bersamaan 12hb Disember 2010 bertempat di Hotel Sri Cempaka, PGRM, Kuala Lumpur. Bagi maksud pendaftaran, sila hubungi pejabat Cawangan KL/Selangor di talian 03-22742794 pada waktu pejabat sebelum atau selewat-lewatnya pada hari ahad, bersamaan 28hb November 2010.

Persatuan Rekreasi Sukan Cacat Penglihatan Kuala Lumpur (PRSCPKL)

Sukacita dimaklumkan bahawa Persatuan Rekreasi Sukan Cacat Penglihatan Kuala Lumpur (PRSCPKL) akan mengadakan jamuan makan malam akhir tahun bersempena dengan sambutan Hari Orang Kurang Upaya (OKU Penglihatan) Bertempat di Restoran Rebung, Bangsar, Kuala Lumpur pada hari sabtu, bersamaan 18hb Disember 2010. Yuran pendaftaran yang dikenakan adalah sebanyak RM25.00 untuk ahli manakala RM40.00 untuk bukan ahli. Bagi maksud pendaftaran dan untuk keterangan lanjut, sila hubungi sama ada Puan Norhazira Binti Mohd. Nor di talian bimbitnya, 012-3545217 ataupun Cik Rosni Binti Saini di talian bimbitnya, 013-3402515 sebelum ataupun selewat-lewatnya pada hari rabu, bersamaan 1hb Disember 2010.

Persatuan Alumni Sekolah Menengah Pendidikan Khas (SMPK Setapak)

Dengan sukacitanya dimaklumkan kepada semua bekas-bekas pelajar SMPK bahawa Pendaftar Pertubuhan Malaysia telahpun meluluskan pendaftaran Persatuan Alumni SMPK. Oleh itu, jawatankuasa penaja SMPK akan memanggil mesyuarat agung yang pertama dalam sedikit masa lagi. Harap ambil perhatian.

Adalah diingatkan bahawa setiap info untuk perkhidmatan talian info SBM hendaklah sampai kepada kami tidak lewat dari hari jumaat jam 5 petang pada setiap minggu.

Iklan-Iklan

Adakah anda ingin mencari sebuah mesin perkins brailler terpakai keluaran Amerika Syarikat? Jika ya, kami ada berita baik untuk anda yang ingin mencari sebuah mesin perkins brailler terpakai yang mana mesin ini belum pernah dibaiki lagi dan masih dalam keadaan yang sempurna. Harga tawaran ialah RM1500.00 dan masih boleh dirunding tawar. Kepada yang berminat dan untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi Encik Ng Eu Khoon di talian ibu pejabat SBM, 03-22746162 pada waktu pejabat untuk tujuan temujanji.

Adakah bil elektrik anda melambung setiap bulan dan anda inginkan penjimatan elektrik yang berterusan? Kini, anda tidak perlu risau lagi kerana ada jalan penyelesaiannya. Smart Energy Saver dicipta khas untuk menstabilkan voltan, mengawal serta membantu memanjangkan jangka hayat peralatan elektrik anda, sekaligus mengurangkan kadar bayaran semasa bil elektrik anda. Mudah digunakan, dijamin selamat serta sah di sisi undang-undang, mempunyai jaminan SIRIM dan kad jaminan 12 bulan. Harga di pasaran adalah di antara RM250.00 ke RM300.00 seunit. Kini, anda boleh memiliki alat ini dengan harga serendah RM230.00 seunit. Untuk info lanjut serta tempahan, sila hubungi sama ada Encik Mohd. Mazlan Bin Mamat di talian 012-2999364 ataupun Puan Fariza Hiezua Binti Abdul Rahman di talian 012-3532528. Jimatlah bertahun-tahun dan tentunya berbaloi-baloi.

Hello rakan-rakan budiman sekalian, sertailah kami untuk urutan badan yang menyegarkan di samping urutan tapak kaki pada kadar perkhidmatan yang sungguh berpatutan. Waktu operasi kami adalah dari jam 11.00 pagi hingga 10.00 malam. Beralamat di No.148-1, Jln Radin Anum Satu, Taman Sri Petaling, 57000 Kuala Lumpur. Untuk pertanyaan, sila hubungi kami di talian 03-90586644 ataupun menerusi alamat e-mail goldentouchblindmassage@yahoo.com.

Berita baik kepada anda yang ingin membeli bad ping pong di mana anda boleh memilikinya dengan harga serendah rm15.00 sahaja. Untuk keterangan lanjut serta tempahan, anda boleh menghubungi Encik Cheah Poh Keat di talian bimbitnya, 016-3232989.

Selamat menyambut Hari Raya Aidiladha.

Terima kasih.

Pengumuman Pertis 15TH November 2010

Inilah talian maklumat, Persatuan Orang-orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS), membawakan pengumuman-pengumuman untuk minggu yang bermula pada 15 November 2010, bersamaan 8 Zulhijjah 1431.

1.    Informasi Daripada Ibu Pejabat PERTIS

1.1.    Dimaklumkan bahawa semua kakitangan ibu pejabat PERTIS akan terlibat dengan lawatan ke parlimen Malaysia pada 22 November 2010 (Isnin) iaitu di sebelah pagi.  Oleh itu, semua urusan di ibu pejabat ini akan ditangguhkan di sebelah pagi pada tarikh yang tersebut di atas.  Urusan akan berjalan seperti biasa selepas jam 2.00 petang.

1.2.    Sementara itu, seluruh operasi Unit Pentadbiran dan Unit Penerbitan, Ibu Pejabat PERTIS akan ditutup daripada sebarang urusan pada hari Sabtu, 20 Zulhijjah 1431 Hijrah bersamaan 27 November 2010.  Penutupan operasi ini adalah bagi membolehkan para Pembantu Tadbir Hal Ehwal Unit-unit dimaksudkan mengikuti kursus computer dari 20 hingga 21 Zulhijjah 1431 Hijrah bersamaan 27 hingga 28 November 2010 (hari Sabtu dan Ahad).

1.3.    Dimaklumkan juga bahawa Taqwim dan Waktu Solat Tahun 1432 Hijrah bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan kawasan-kawasan yang sewaktu dengannya telah sedia untuk tempahan serta edaran.  1 naskah, RM2.00.  Naskah berkenaan boleh diperolehi daripada wakil pengedar iaitu En. Abian bin Jambot di mana beliau boleh ditemui di Perpustakaan MAB atau boleh dihubungi di talian pejabat, 03-2272 2672 atau 03-2272 2677 atau talian bimbit, 012-2046863.

2.    Pengumuman daripada biro  Pendidikan Dan pembangunan ummah

Biro pendidikan dan pembangunan ummah merancang untuk mengadakan kelas fardhu ain dan kelas belajar jawi Braille dan membaca al-quran. Oleh yang demekian kepada semua ahli yang berminat untuk menyertai kelas-kelas adalah diminta untuk mendaftarkan diri kepada En. Bukhari Bin Zakaria, pengerusi biro di talian tangannya, 013-6306869 atau Ci Rosmawati di talian 012-2603512 atau En. Ahmad Awang di talian 013-2176580. sekiranya bilangan peserta mencukupi kelas akan bermula awal januari 2011.

3.    Tabung Anuar Ramlan

Salah seorang rakan kita yang baru berdaftar sebagai ahli PERTIS iaitu saudara Anuar bin Ramlan yang lebih dikenali sebagai Anuar Thambi memerlukan perhatian serta sumbangan ehsan daripada para ahli Persatuan juga rakan-rakan yang mengenali beliau.  Beliau masih belum sembuh sepenuhnya daripada penyakit yang dideritai sekian lama.  Saudara Anuar juga telah hilang upaya mencari nafkah sara hidup.  Justeru, sumbangan derma amatlah dialu-alukan sebagai tanda simpati serta ukhuwah sesama Muslim.  Segala sumbangan atau pertanyaan lanjut bolehlah hubungi En. Sahmar bin Saat, Pengerusi Biro Kebajikan dan Khidmat Komuniti PERTIS di talian, 013-6968 618.

4.    Maklumat Daripada Jabatan ICT MAB

Jabatan Informasi dan Teknologi (ICT), Persatuan Bagi Orang Buta, Malaysia (MAB) akan menganjurkan Kursus Pengendalian Laman Sesawang Dengan Kaedah Drupal bermula pada 2 Disember 2010.  Kursus akan berlangsung selama 14 siri iaitu di antara jam 9.00 pagi hingga jam 1.00 tengah hari.  Yuran penyertaan, RM50.00 seorang (caj merangkumi kesemua siri kursus).  Sebarang perubahan tarikh dan waktu kursus akan dimaklumkan dari masa ke semasa.  Bagi makluman lanjut atau pendaftaran, sila berhubung dengan En. Fadzlin Hezrie bin Abd. Rahman, Pembantu Jabatan ICT MAB di talian pejabat, 03-2272 2672 atau 03-2272 2677, Samb. 145.

* Pengumuman dibawa dengan ehsan dan kerjasama daripada Persatuan Orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS)


5.    Iklan Minggu Ini.

SABUN MANDI THOHARAH
 
Anda yang masih tercari-cari atau sudah lama tercari-cari Sabun Mandi Thoharah?  Kini, ia boleh diperolehi daripada En. Sahmar bin Saat dengan harga yang amat berpatutan iaitu RM5.00 sebuku.  Sabun produk Muslim, suci lagi menyucikan dan dijamin halal.  Berpotensi menghilangkan gatal-gatal kulit dan melicinkan kulit.  Anda dapat merasakan kesegaran luar biasa selepas menggunakannya.  Di samping jaminan penggunaan produk halal Muslim, anda turut menyumbang kepada Dana Khairat Kematian dan ahli-ahli terbencana Persatuan di mana RM1.00 daripada setiap perolehan jualan akan dimasukkan ke dalam tabung Biro.  Untuk tempahan atau sebarang pertanyaan, hubungi En. Sahmar bin Saat, Pengerusi Biro Kebajikan dan Khidmat Komuniti PERTIS di talian, 013-6968 618.  Sabun Mandi Thoharah: suci dan halal; teras amal jariah dan kejelitaan terserlah.

Bersempena dengan sambutan hari raya Aidil Adha tahun 1431 Hijrah, seluruh kepimpinan PERTIS di semua peringkat, iaitu di peringkat pusat dan wilayah serta seluruh kakitangan PERTIS pusat dan wilayah mengucapkan selamat menyambut hari raya aidil adha kepada seluruh warga PERTIS serta sekalian muslimin dan muslimat.

Diselaraskan oleh,


(Zakaria bin Yahya)
Yang Dipertua
Persatuan Orang-orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS)

Rabu, November 10, 2010

Selamatkan Perjuangan Anti Islam Liberal AIDC!

Selamatkan Perjuangan Anti Islam Liberal AIDC!


Di luar sana, mungkin masih ramai yang belum mengenali AIDC tetapi bagi yang sudah mesra, weblog ini boleh dikatakan sebagai sumber politik paling ilmiah yang menyediakan info-info tentang DS Anwar Ibrahim, Ketua Pembangkang Malaysia yang juga pemimpin de facto PKR.

Pendedahan demi pendedahan, pembongkaran demi pembongkaran yang dilakukan oleh portal ini hingga kini tidak pernah dijawab oleh Anwar sendiri atau mana-mana cyber troopersnya. Hal ini menyebabkan AIDC terus diyakini kredibilitinya, bahkan dengan mengemukakan pelbagai fakta yang tidak terdapat dalam laporan media mainstream negara, AIDC sudah beberapa kali muncul di muka depan akhbar-akhbar utama nasional.

Inilah uniknya AIDC. Ia digerakkan oleh segelintir pejuang cyber yang sedia duduk bersama-sama membongkar sisi lain Anwar Ibrahim. Perjuangan mereka utamanya adalah untuk menentang gerakan Islam Liberal yang cuba diserap masuk ke nagara ini melalui pelbagai jaringan termasuk dari luar negara yang semuanya mempunyai kaitan langsung dengan Anwar sendiri. Rakyat yang tidak tahu apakah aktiviti Anwar setiap kali berkunjung ke luar negara akhirnya mendapat info yang sebenar, sekali gus memberikan lebih banyak ruang untuk menilai siapakah lelaki ini.

Namun, hari ini, sudah tersebar ura-ura yang mengatakan AIDC akan ditutup kerana berhadapan dengan masalah kewangan. Sejak seminggu yang lalu tiada lagi berita baru yang dikeluarkan menyebabkan ramai yang tertanya-tanya status portal ini. Pengunjung setia seperti saya yang sentiasa dahagakan laporan dari team AIDC pastinya mengeluh. Pastinya kami tidak rela melihat Anwar terus-terusan membawa proksi Islam Liberal ke negara ini dengan mudah tanpa sebarang tentangan.

Saya mengenali AIDC mungkin masih baru, tetapi dengan rahmat Allah, saya berpeluang berkenalan rapat dengan salah seorang pengendalinya yang bagi saya, juga manusia biasa di negara ini. Beliau berkerja untuk agama, bangsa dan tanah air, untuk Malaysia utamanya. Adalah sesuatu yang cukup merugikan jika komuniti Islam di Malaysia yang kuat berpegang kepada Sunnah Wal Jamaah hilang daie seperti beliau dan rakan-rakan yang istiqamah menentang penyebaran Islam Liberal, dengan cara mereka sendiri.

Justeru, saya menyertai sahabat-sahabat blogawan yang lain, tampil menyatakan sokongan kepada AIDC. Teruskanlah perjuangan walau dengan apa jua cara sekali pun demi alif, ba dan ta. Pihak-pihak yang berkemampuan di luar sana, khususnya pihak kerajaan sendiri, sepatutnya menyalurkan bantuan terbaik kepada AIDC yang selama ini cukup membantu memulihkan sokongan rakyat seperti kami kepada BN dan UMNO sendiri.

Selamatkan AIDC demi Agama, Bangsa dan Tanah Air!!



PENGUMUMAN PENTING : SENARAI BLOGGER SAHUT KEMPEN SELAMATKAN AIDC !!!

Selamatkan AIDC
RAMAI BLOGGER TELAH SERTAI KEMPEN INI SEPERTI :
SATU LAGI PERTAMBAHAN WARGA BPN BERNAMA PEJUANG MAYA @
SILA ADD DALAM LIST BLOG ANDA...
kenapa AIDC perlu diselamatkan dan penting kepada perjuangan membela Agama Bangsa Tanah Air ini ?
Baca tulisan berikut :
1.Youtube AIDC adalah youtube pro-kerajaan yg paling ramai dikunjungi.

2.Sejak April 18, 2008 sehingga kini sebanyak 2,911,798 kali video AIDC diview oleh penonoton. Angka ini tidak dpt dicapai oleh video2 pro kerajaan melainkan AIDC sahaja.

3.Dengan subcribers seramai 570 orang ini telah mmbuatkan video ini terus sampai ke masyarakat kampung yg ada capaian internet. Ini telah membuatkan masyarakat terbuka pintu mata dan hati sehingga masyarakat mengetahui kebenaran yg sejelas2nya.

4.Dengan mencapai lebih kurang 654 video tentang pendedahan siapakah sebenarnya Anwar Ibrahim telah menyebabkan Malaysia terselamat kerana rakyat telah berubah undi utk tidak sokong PKR yg diterajui Anwar.

5.Melalui video ini, rakyat yang menganggap kes liwat Anwar sebagai FITNAH telah mengubah paradigma tersebut kepada Anwar HAKIKATNYA seorang Peliwat. Bahaya untuk negara Islam.

Melihat kepada fakta di atas, rela kah kita AIDC terus mati? terus terkubur? terus hancur? Ayuh semua rakyat Malaysia yg cintakan kebenaran mari sama2 kita bantu AIDC melalui pelbagai usaha !!!!


Panglima perang cyber

AIDC ... KHAZANAH YANG PERLU DIPERTAHANKAN

AIDC ... KHAZANAH YANG PERLU DIPERTAHANKAN


Sewaktu GWM baru mula berjinak dengan dunia blog, AIDC merupakan salah satu bahan bacaan paling penting untuk dijadikan rujukan untuk membongkar kemungkaran Anwar Ibrahim.
Secara jujur, AIDC sudah lama sepatutnya diterbitkan dalam bentuk buku atau ensaiklopedia terpenting politik tanah air.


GWM memang kagum dengan jerit penah lelah mereka yang membentuk blog ini. Bloggers, facebookers, forumners yang ada pada hari pun kebanyakkan dilahirkan melalui 'semangat' AIDC.

Bukan mudah, kerja untuk mengumpul secara detail artikel, ucapan, forum, seminar yang dibuat oleh Anwar Ibrahim baik dalam negeri mahupun di luar.

Ini kerja ikhlas, mereka yang benar benar berkorban masa dan wang ringgit bagi menghasilkan satu blog yang benar benar ditakuti oleh Anwar Ibrahim.

GWM mohon kepada para pembaca dan para sahabat bloggers untuk turut sama membantu menyelamatkan AIDC.

Bantu dan dermalah dengan seikhlas hati ... derma dan bantuan dari saudara saudari sekelian amat bermakna bagi mengekalkan sebuah khazanah terpenting di alam siber.

Pihak kerajaan juga disarankan agar turut membantu ensaiklopedia terpenting ini.
mediawangsamaju

GAP - KEMPEN 'SELAMATKAN AIDC' MAKIN PANAS !

KEMPEN 'SELAMATKAN AIDC' MAKIN PANAS !

tahniah kepada sahabat bloger pang5 perang cyber yang bersusah payah meneliti list-list blog yang menyokong kempen ini..hari ini aku tengok ada 4 ke 5 lagi blog yang sokong.
kepada bloger yang dah kempen TAPI nama takde dalam list pang5,mohon masukkan komen dalam artikel pang5..KLIK SINIGAP

Selamatkan AIDC


Selamatkan AIDC -Kerana tanpa pendedahannya kita rakyat Malaysia maseh lagi tertipu dengan psych ops musuh negara.

Bagi Umat Islam  yang cintakan Islam AIDC mendedahkan gerakan liberlaisme dan pluralisme ugama

bagi Rakyat Malaysia yang sayangkan Malaysia AIDC mendedahkan jaringan musuh dari dalam dan luar negara

Tiada blog yang memaparkan rangkaian jaringan zionisme, kegiatan pulralisme adna liberalisem ugama ssecara menyeluruh seperti AIDC

Sama sama kita berikan sumbangan untuk AIDC bagi penulisnya menjalankan kerja kerja research yang memakan banyak kos.anakbukitgantang

Isnin, November 08, 2010

Kempen selamatkan AIDC

Selamatkan AIDC

Warisan Tamar
8 November 2010

AIDC merupakan sebuah blog yang secara total atau 99.99% mendedahkan wajah sebenar insan bernama Anwar Ibrahim. Bagi yang inginkan fakta dan banyak kisah `dalaman' yang sukar ditemui di mana-mana blog, media massa, media elektronik maka AIDC adalah jawapannya!

Saya mengikuti AIDC sebelum saya memulakan blog Warisan Tamar pada tahun 2008. AIDC secara tidak langsung juga telah memberi kekuatan dan semangat kepada saya. Dalam pada itu, ia juga menjadi `sumber' kepada saya terutama dalam mengenali dan mengetahui kerakusan manusia bernama Anwar Ibrahim!

AIDC sebenarnya telah begitu banyak menyumbang kepada rakyat Malaysia. Dengan `barisan' pasukan yang saya percaya sangat dedikasi dan tidak berkepentingan, saya yakin `perjuangan' mereka adalah seikhlas hati. Namun, kini AIDC diambang gelap...bukan kerana AIDC sudah tidak punya tempat di hati pembaca blog mahupun blogger tetapi kekangan kewangan sudah pasti telah menyukarkan pergerakan mereka dalam meneruskan misi perjuangan murni khususnya dalam membuka pekung pemimpin yang penuh dengan tipu daya ~ Anwar Ibrahim!

Kepada rakan pembaca, blogger malah mereka (individu/organisasi' yang mendapat `laba' dari perjuangan AIDC selama ini serta tidak lupa parti politik terutamanya Barisan Nasional, apa kiranya dapat menyumbang semampu dan sedaya yang boleh kepada kelangsungan perjuangan AIDC !!!




warisan tamar

Jangan Biarkan AIDC Berkubur,Bantulah!

Filed Under ( ) by pisau on 8.11.10




Dalam kesibukan PRK Galas dan Batu Sapi,Pisau menerima panggilan telefon dari rakan blogger GAP.Terkejut tak terkata mendengar berita AIDC mahu ditutup.

Pisau mengikuti AIDC sejak awal penubuhannya,hinggalah diterima menjadi salah seorang ahli kelab AIDC.Pisau mengenali rakan rakan dari AIDC,satu team yang amat berdedikasi dan berkerja tanpa mengharapkan apa apa bantuan.


Setahu Pisau team AIDC serba kekurangan,baik dari segi kewangan mahupun dari segi peralatan.AIDC hanya mengharapkan derma dari pembaca blog.

AIDC banyak mendedahkan tembelang dan temberang Anwar,AIDC jugak berperanan menyedarkan terlalu ramai pihak dinegara ini mengenai manusia sesumpah Anwar Ibrahim.

Pisau pernah berbual dengan mangsa liwat, Saudara Saiful Bukhari,beliau sendiri mengakui terbuka hati apabila satu demi satu pendedahan yang dibuat oleh AIDC berjaya menyakinkan orang paling rapat dengan Anwar untuk membuat report polis.


Artikel dan video dari AIDC digunakan oleh pelbagai pihak untuk dijadikan sebagai bahan rujukan mahu pun djadikan sebagai modal ceramah.Malah banyak pihak menggunakan video dan fakta yang dihasilkan oleh team AIDC didalam program program kursus mereka.


Fakta dan artikel AIDC banyak kali diambil oleh media cetak dan elektronik untuk dijadikan bahan berita.Begitulah hebatnya team AIDC yang tidak mampu ditandingi oleh mana mana blog setakat ini.


Adalah amat memalukan jika tidak ada satu pihak pun yang tampil kedepan untuk membantu team AIDC yang berdedikasi dan konsisten.Sebaliknya hanya tahu menguna pakai hasil kerja AIDC tetapi langsung tidak membantu.


Pisau merayu kepada pembaca blog,penyokong kerajaan dan mana mana pihak bantulah AIDC untuk terus menentang dan mendedahkan kegampangan Anwar Ibrahim.Sudilah sekirannya pihak tuan tuan dan puan puan walau pun sedikit menderma agar dapat membantu menanggung kos operasi AIDC.
Pisau kata "banyak kursus ,laporan dari pelbagai pihak guna hasil air tangan AIDC,heran awat depa ni semua tak bantu AIDC."



Mohon Bantuan Bantulah Blogger AIDC, Sebarkan..!!

08 November 2010 ·
Salam 1 Malaysia kepada semua pembaca blog Pejuang Maya. Hari ini Pejuang Maya nak minta bantuan dari pembaca sekalian untuk menghulurkan sedikit sumbangan buat Portal AIDC [Sini] yang mana kita tahu banyak menyalurkan maklumat dan bukti penyelewengan, pembohongan, penipuan dan kerakusan Anwar Ibrahim serta kuncu kuncunya.
AIDC ini telah lama beroperasi oleh individu dan di bantu dengan rakan rakan mereka dalam mendapatkan bahan maklumat, bukti dan sebagainya untuk kita merungkai siapa sebenarnya Anwar Ibrahim.
Kos semakin hari semakin meningkat, banyak benda dan keperluan di perlukan oleh AIDC ini dalam meneruskan kesinambungan yang sedia ada. Jadi sudilah kiranya menghulurkan sedikit sumbangan buat perjuangan ini.
AIDC bukanlah satu portal yang membuat keuntungan sebagaimana portal milik pembangkang. AIDC bernafaskan maklumat untuk kita. Jika kita tidak membantu maka kepada siapa lagi yang kita harapkan..??
Ini permintaan Pejuang Maya untuk pembaca sekalian. Bantulah seberapa yang anda mampu. Sumbangan boleh di salurkan melalui akaun yang tertera di bawah.
Pejuang Maya harap blogger-blogger AIDC dapat bersabar.

Kempen selamatkan AIDC

Sunday, November 7, 2010


KEMPEN SELAMATKAN AIDC!!!


Menyahut seruan dari Gerakan Anti PKR, GT ingin turut sama berkempen dalam misi menyelamatkan AIDC yang GT anggap paling lengkap dalam menyalurkan maklumat kepada rakyat akan bahaya dan malapetaka si puaka no. 1, Sheikh Anwar Al Juburi Wal Liwati Fil Yahudi!!! 
Ayuh blogger, kita semarakkan kempen ini.  Semoga ada rakyat diluar sana yang dapat membantu perjuangan alif ba ta ini. 


Gerakan Timur

AYUH SELAMATKAN AIDC


Terkejut KP bila baca Blog GAP,yang AIDC akan tutup
kenapa jadi macam tu sekali??
KP akui AIDC banyak membantu dari segi maklumat kepada orang ramai khususnya blogger
Walaupun GAP tak beritahu apa sbb AIDC bakal tutup
KP dengan rasa hormatnya mendesak Moderator-moderator AIDC untuk
meneruskan perjuangan bersama-sama kami...
Keris Putera


kennvoices


WAJIB BANTU - Kalau Janda Berebut Semua Nak Bantu, Tapi Kalau Yang Ni Macam Mana?

Sunday, November 7, 2010


Gambar Hiasan



Salam kepada semua pembaca blogg Papa Gomo. hari ini Gomo nak minta bantuan dari pembaca sekalian untuk menghulurkan sedikit sumbangan buat Portal AIDC yang mana kita tahu banyak menyalurkan maklumat dan Bukti penyelewengan, pembohongan, penipuan, kerakusan dan Seks Jamban Anwar Ibrahim serta kuncu kuncunya.

AIDC ini telah lama beroperasi oleh individu dan di bantu dengan rakan rakan mereka dalam mendapatkan bahan maklumat, bukti dan sebagainya untuk kita merungkai siapa sebenarnya Anwar Ibrahim.

Kos semakin hari semakin meningkat, banyak benda dan keperluan di perlukan oleh AIDC ini dalam meneruskan kesinambungan yang sedia ada. Jadi sudilah kiranya menghulurkan sedikit sumbangan buat perjuangan ini.

AIDC bukanlah satu portal yang membuat kuntungan sebagaimana Portal milik Pembangkang. AIDC bernafaskan maklumat untuk kita. Jika kita tidak membantu maka kepada siapa lagi yang kita harapkan?

Ini permintaan Gomo untuk pembaca sekalian. Bantulah seberapa yang anda mampu.

AIDC Di harap Bersabar!!!





Sumbangan Boleh Di Salurkan Melalui Akaun yang tertera di atas
Psssttt..Gua sayang AIDC woooo.......

PAS ITU MELAYU
UMNO ITU ISLAM

ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT

Sebarang Maklumat Sila Emel ke: papagomo.com@gmail.com

Arkit blog