Jumaat, September 21, 2012

penghinaan agama perlu dibendung.

Kini, bantahan sana-sini telah berlaku akibat daripada sebuah filem yang menghina agama islam yang disiarkan di youtube. Sepatutnya, filem seperti ini perlu disekat terus oleh pihak youtube daripada dimuat naik ke laman mereka.

 

Inilah demokrasi ala barat yang menghalalkan apa saja perbuatan walau pun diketahui, perbuatan itu akan memberikan kesan dan tindak balas yang negetif daripada masyarakat antarabangsa.

 

Di sini, saya secara peribadi, mengecam keras dan mengutuk pembikinan filem yang menghina agama islam. Dan, seperti mana yang saya telah katakan, filem seperti ini wajib disekat terus daripada laman youtube. Youtube sepatutnya peka ke atas sensitiviti agama islam dan juga lain-lain agama dan tidak membenarkan sebarang karya penghinaan agama dimuat naik ke laman mereka.

 

kepada rakyat Malaysia, marilah kita sama-sama menbantah perkara ini. Dan, tahniah juga kepada rakyat Malaysia kerana membuat bantahan secara berhemah. Tidak perlu membantah secara kekerasan seperti mana yang berlaku di negara lain. Jika dibuat kekerasan, tidak mustahil musuh-musuh islam akan mengambil kesempatan untuk memburukkan lagi agama islam dengan mengatakan agama islam itu, memang ganas. Biarlah bantahan itu dibuat secara ilmiah.

 

Tapi sayang, di kala umat islam membantah penghinaan ke atas agama mereka, ada segelintir pihak yang cuba menangguk di air yang keruh. Mereka berkata, membuang masa sahaja membuat bantahan. mereka ini langsung tidak sensitif dan tidak peka terhadap sensitiviti agama. kalaulah mereka ini menjadi pemerintah, apakah akan terjadi kepada agama islam iaitu agama rasmi negara Malaysia? mereka ini, harus ditolak 100% semasa PRU 13 nanti untuk keselamatan agama islam, agama rasmi negara Malaysia yang tercinta ini.

 

Sesudah memberikan kenyataan yang mengguris hati umat islam, dia minta maaf. Apakah dengan suatu permohonan maaf itu dapat mengubat hati umat islam yang telah terluka? Seperti kata pepatah melayu, terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata, buruk padahnya.

 

Kepada pemuda Umno, selamat berdemo pada petang ini.

Arkit blog