Selasa, April 28, 2009

Perbanyak kemudahan OKU


Tiada virus dikesan dalam mesej ini.
Checked by AVG - www.avg.com
Version: 8.5.287 / Virus Database: 270.12.6/2084 - Release Date: 04/28/09 06:15:00

di petik  dari utusan malaysia online

 

Perbanyak kemudahan OKU

MUAR 27 April – Kemudahan infrastruktur bagi orang kurang upaya (OKU) di premis-premis perkhidmatan dan perniagaan di negeri ini perlu diperbanyak bagi menjaga kebajikan golongan berkenaan.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Kebajikan Masyarakat dan Kesihatan Johor, Dr. Robia Kosai berkata, peranan tersebut perlu dilaksanakan sebagai langkah prihatin kepada golongan OKU.

Beliau berkata, walaupun nampak remeh, kemudahan seperti laluan berkerusi roda serta tempat letak kereta memberi makna besar bagi memudahkan kehidupan golongan berkenaan.

"Perkara ini sebenarnya perkara lama dan telah banyak kali diperkatakan, namun kita perlu lakukan mengenainya.

"Bagi saya, tempat yang kita boleh benar-benar contohi sebagai mesra OKU adalah Mekah yang menyediakan pelbagai kemudahan kepada golongan OKU," katanya semasa melancarkan n Pertubuhan OKU Muar di Hotel Sri Pelangi di sini, baru-baru ini.

Robia berkata, kerajaan negeri sentiasa menyediakan bantuan dan galakan kepada golongan OKU, bukan sahaja dari segi infrastruktur malah bantuan untuk berdikari dalam kehidupan.

"Kerajaan memberi peruntukan sebanyak RM12 juta setahun untuk memberi elaun pendidikan bagi kanak-kanak OKU yang bersekolah.

"Selain itu, pelbagai bantuan turut disalurkan termasuk latihan kerja, pemberian lesen memandu khas serta diskaun dalam pembelian rumah," katanya.

Dalam pada itu, beliau turut berbangga dengan inisiatif golongan OKU di daerah ini mewujudkan pertubuhan untuk saling membantu menaik taraf hidup golongan berkenaan.

Katanya, selaku Exco yang bertanggungjawab dalam perkara berkenaan, pihaknya sentiasa bersedia bekerjasama membantu melicinkan urusan pertubuhan yang sehingga kini telah mengumpul lebih 50 keahlian.

Sementara itu, Pengerusi Pertubuhan OKU Muar, Salleh Jamal, pihaknya akan menjalankan usaha berterusan bagi melahirkan OKU yang berpendidikan dan berkemahiran serta mampu memberi sumbangan kepada masyarakat.


Ahad, April 26, 2009

belasah pelajar lembam





Sumber Harian Metro

KUALA LUMPUR: Cukup kejam apabila sekumpulan lima pelajar lelaki tingkatan tiga sebuah sekolah menengah di sini, sanggup membuli dan membelasah seorang pelajar perempuan yang dikategorikan orang kurang upaya (OKU) sehingga lebam teruk di seluruh badan, Khamis lalu.

Dalam kejadian jam 10 pagi di dalam kawasan sekolah di pinggir bandar raya ini, mangsa dikenali sebagai Nurul Syakinah Mohd Khir, 15, yang juga pelajar lembam, dibelasah kelima-lima pelajar terbabit tanpa diketahui puncanya.

Disebabkan itu, mangsa kini trauma dan takut meneruskan persekolahan kerana bimbang kejadian sama berulang.

Lebih dikesalkan apabila pihak pengurusan sekolah tidak mengambil tindakan sewajarnya kepada kumpulan pelajar itu selain mengarahkan bapa mangsa, Mohd Khir Mhd Rasul, 53, menukarkan anaknya ke sekolah pendidikan khas.

Difahamkan, ibu mangsa, Norafiza Ruslan, 46, mendakwa pernah membuat laporan kepada pihak pengurusan sekolah mengenai kejadian anaknya dibuli kumpulan sama, namun tidak diendahkan selain menafikan kejadian itu.

Menurut Nurul Syakinah, dia dipukul kumpulan pelajar itu ketika waktu rehat selepas mereka membulinya dengan mengejek dan menghina kecacatannya.

"Pada mulanya, saya masih tidak mengendahkannya, namun mereka bertindak lebih agresif dengan memukul saya. Mereka menampar, menendang dan memijak badan saya selepas terjatuh secara beramai-ramai.

"Saya takut untuk ke sekolah," katanya.

Mohd Khir berkata, anaknya seorang yang lembam dan ini tidak memungkin menimbulkan masalah kepada orang lain," katanya.

Katanya, dia kesal dengan tindakan pihak pengurusan sekolah yang tidak mengambil tindakan sewajarnya kepada pelajar terbabit sebaliknya mengarahkan dia menukarkan anaknya itu ke sekolah lain.

Sehubungan itu, ahli keluarga mangsa membuat laporan di Balai Polis Jalan Tun Razak di sini, untuk siasatan dan tindakan lanjut.

Kumpul dana bantu OKU




Sumber Harian Metro

ASALNYA, ia hanyalah kerja amal seminggu yang diadakan di seluruh Asia tetapi akhirnya, aktiviti sukarela itu dilanjutkan hingga sebulan.

Bulan Sukarela Global UPS yang sebelum ini dinamakan Minggu Sukarela Global UPS, diadakan sepanjang Oktober bagi rantau Asia Pasifik.

Untuk tujuan berkenaan, lebih 3,000 kakitangan syarikat UPS mengambil bahagian selama 14,000 jam.

Di Malaysia, seramai 201 kakitangan UPS bersama-sama keluarga dan rakan mereka melakukan kerja amal selama lebih daripada 1,300 jam untuk mengumpul dana bagi menganjurkan pelbagai aktiviti untuk kanak-kanak memerlukan dan orang kurang upaya.

Kakitangan UPS berjaya mengumpulkan lebih RM3,000 dengan menjual hasil kraf seperti kad ucapan dan permainan lembut yang dihasilkan oleh penghuni Yayasan Beautiful Gate di IOI Mall, Puchong, baru-baru ini.

Seramai 125 sukarelawan UPS menganjurkan aktiviti interaktif untuk kanak-kanak daripada Persatuan Kanak-Kanak Cerebral Palsy di Pulau Pinang dan Rumah Amal Cheshire, Johor. Sukarelawan berkenaan menjalankan kerja penyelenggaraan seperti membersihkan kawasan, berkebun dan mengecat kemudahan di kawasan berkenaan.

"Kami berharap sumbangan kami akan memberi inspirasi dan menyemai semangat kerja sukarela di kalangan rakyat Malaysia," kata Pengarah Urusan UPS Malaysia, Vivian Chuah.

Bulan Sukarela Global UPS dimulakan pada 2003 menerusi kerja khidmat masyarakat selama tujuh hari membabitkan kira-kira 1,000 sukarelawan.

Kakitangan UPS setempat memilih projek mereka sendiri sempena bulan sukarela berkenaan. Program yang dijalankan di Asia tahun ini termasuk Hari Hijau UPS di Hong Kong di mana sukarelawan membantu untuk membersihkan ladang termasuk merumput, membaja dan menyiram sayur-sayuran.

Di Jakarta, Indonesia, sukarelawan UPS berkhidmat di sebuah sekolah rendah termasuk melakukan kerja pembersihan, mengecat, memperbaiki kerosakan dan menyediakan makanan berkhasiat.

Sukarelawan UPS di Singapura pula membantu warga tua serta membantu kanak-kanak daripada Persatuan Sindrom Down untuk menjual bendera.

Di Taiwan, mereka meluangkan waktu bersama kanak-kanak yang mengalami masalah pendengaran manakala di anak-anak yatim di Osaka, Jepun pula berpeluang menghabiskan waktu bermain besbol, bola sepak dan pelbagai permainan lain bersama sukarelawan UPS.

Geran bantu pusat latihan OKU




GERAN kemasyarakatan berjumlah RM72,371 itu pasti melegakan Pertubuhan Keluarga Orang-Orang Bermasalah Pembelajaran (Perkobp).

Geran diberikan Yayasan UPS itu bertujuan membiayai projek kitar semula kertas di pusat persatuan terbabit.

Projek kitar semula kertas berkenaan adalah sebuah program vokasional lestari yang akan memberi peluang kepada anggota pertubuhan terbabit untuk mengasah kemahiran dagangan yang boleh menjana pendapatan supaya mereka boleh berdikari.

Geran Yayasan UPS itu akan membolehkan Perkobp membeli alat dan kelengkapan bagi pusat latihan orang kurang upaya yang dikendalikannya untuk menjalani latihan secara langsung mengenai cara mengitar semula kertas.

"Sumbangan Yayasan UPS ini bukan saja mencipta peluang baru bagi orang kurang upaya (OKU) untuk hidup secara berdikari. Malah, ia turut memberi sokongan dan galakan bagi keluarga mereka yang sentiasa mencari jalan untuk memberikan perkhidmatan penjagaan serta menganjurkan kegiatan paling bermanfaat untuk anak mereka," kata Presiden Perkobp, Peter Phang, pada majlis penyerahan geran berkenaan di ibu negara, baru-baru ini.

Perkobp, persatuan yang ditubuhkan sekumpulan ibu bapa prihatin terhadap kebajikan anak dewasa mereka yang mengalami masalah pembelajaran, sudah beroperasi sejak 1993.

Ia melancarkan projek vokasional seperti kerja pembungkusan, membuat kek dan kerja kebun untuk memberi latihan kepada penghuninya supaya mereka dapat menjalankan kegiatan ekonomi yang memberikan sumber pendapatan mapan.

Persatuan itu juga membentuk rangkaian sokongan bagi keluarga yang mempunyai anak bermasalah pembelajaran.

Pengarah Urusan UPS Malaysia, Vivian Chuah, berkata yayasan terbabit merangka dan menyokong penyelesaian inovatif bagi masalah sosial kerana ingin melakukan sesuatu yang berbeza menerusi perkhidmatan berasaskan masyarakat secara langsung.

"Ini adalah inisiatif kedua tahun ini yang menyumbang kepada kebajikan masyarakat kurang upaya dan kami berbangga kerana dapat berganding bahu dengan Perkobp untuk membantu meningkatkan kesejahteraan ekonomi, pendidikan dan sosial orang yang mengalami masalah pembelajaran," katanya.

Dalam tempoh dua tahun ini, Yayasan UPS sudah menyumbang lebih setengah juta ringgit untuk menambah baik kedudukan ekonomi, pendidikan dan sosial pelbagai kumpulan masyarakat seperti Rumah Cheshire Selangor serta Persatuan Ibu Bapa Tunggal daerah Pekan, Pahang.

Hadir sama pada majlis berkenaan, Naib Presiden Kanan, UPS Asia Pasifik (Daerah Selatan), Andy Connelly.

Sumber harian metro

Teruskan perjuangan, Saiful Bukhari.

Salam sejahtera.  Ss datang lagi pada hari ini.

 

Baru-baru ini, keluar berita tentang saudara Saiful Bukhari yang nak saman penulis blog.  Ni semua gara-gara artikal yang memfitnah beliau.

 

Nampaknya, perjuangan Saiful belum selesai.  Saiful memang seorang yang kuat dan cekal dalam perjuangan.  Ini menampakkan bahawa, beliau memang berada di pihak yang benar.  Selalunya, orang yang benar ini, tidak akan takut menghadapi apa jua cabaran yang bakal mendatang atau menimpanya.

 

Dan menurut cerita, ada beberapa blog lagi yang dia nak saman.  Baguslah saudara Saiful, teruskan perjuangan anda.  Hendak mencari suatu kebenaran, memanglah amat payah dan perit.

Jumaat, April 24, 2009

Tiga sahabat OKU tak lepas peluang

Berita Harian Online

Tiga sahabat OKU tak lepas peluang




JOHOR BAHRU: Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) 2009 yang masuk hari keenam semalam menyaksikan pengunjung terus memberi sambutan kepada program yang diatur, dengan menerima kunjungan pelbagai peringkat masyarakat termasuk warga emas.


Mohamed Ibrahim, 58, dari Besut, Terengganu, tiba di Johor Bahru semalam untuk bersama menikmati kemeriahan MSAM 2009 yang diadakan di Padang B, Plaza Angsana.


Beliau yang lebih mesra dengan panggilan Pak Mat dan sangat dikenali sebahagian kakitangan PNB, hadir di hampir semua MSAM, kecuali di Alor Setar, Kedah pada 2002.


"Saya sampai di Johor Bahru awal pagi dengan menaiki kereta api dari Stesen Tanah Merah, Kelantan kira-kira jam 9.00 malam dan bercadang untuk berada di Johor Bahru selama tiga hari, semata-mata untuk mengunjungi MSAM 2009," katanya ketika ditemui di tapak MSAM 2009, di sini, semalam.


Beliau berharap akan mengambil bahagian dalam pelbagai peraduan yang dianjurkan pada pameran yang akan berakhir Isnin ini, sambil berharap agar dapat memenangi sekurang-kurangnya sebuah daripada 16 motosikal yang ditawarkan kepada pemenang ke pameran itu.


"Tiap-tiap tahun saya hantar penyertaan, tapi nampaknya belum ada rezeki lagi. Mungkin slogan yang saya sertakan tidak sesuai pada peringkat pemilihan," katanya sambil menambah selagi ada penganjuran MSAM, beliau akan cuba sedaya upaya untuk menghadirkan diri.


Sementara itu, tiga sahabat yang juga warga emas cacat penglihatan, turut tidak melepaskan peluang menyertai MSAM 2009 itu.


Sukor Haron, 60, Sa'ain Rasidi, 59, dan Yaakob Masek, 61, singgah ke tapak pameran menaiki teksi dari kediaman mereka di Asrama Persatuan Orang Cacat Johor Bahru.


Ketiga-tiga sahabat yang mencari rezeki bermain muzik di pasar malam di bandar raya selatan tanah air itu juga adalah pelabur Amanah Saham Bumiputera (ASB) yang sudah membuka akaun berkenaan sejak awal 1980-an.
Yang benar,
Teratai Layu Di Tasik Madu.
Senarai e-mel:  http://groups.google.com.my/group/komuniti_oku
Blog:  http://www.sedinginsalju.blogspot.com/
dan
http://www.suaraoku.blogspot.com/
Windows Live Messenger: blind_boy007@live.com.my
Yahoo messenger: puteri_kencana_dewi1@yahoo.com.my
Skype: teddybear510

Khamis, April 23, 2009

Melindungi hak orang cacat





Oleh ZULKIPLE IBRAHIM

Walaupun Akta Orang Kurang Upaya berkuatkuasa pada Julai tahun lalu, namun undang-undang ini belum dapat mencerminkan sama ada ia efektif untuk melindungi hak OKU di negara ini.

PARKIR khas untuk golongan OKU kerap disalahgunkan. - Gambar hiasan

SEBUAH akhbar baru-baru ini melaporkan pengalaman seorang Orang Kurang Upaya (OKU) yang menggunakan kerusi roda ketika berkunjung ke sebuah bank di Subang Jaya, Selangor.

Menurut laporan itu, OKU berkenaan terpaksa menunggu selama 45 minit di luar bank sebelum mendapat bantuan kerana tiada kemudahan bagi orang berkerusi roda untuk memasuki premis itu.

"Tak payah pergi bank...lah, minta saja isteri tolong," kata seorang rakan kepada penulis bila diceritakan kepadanya mengenai insiden itu.

"Sejauh mana berkesannya Akta Orang Kurang Upaya 2008?" tanya seorang pendidik, Fatimah Mansur.

Baginya, walaupun Akta Orang Kurang Upaya berkuat kuasa pada Julai tahun lalu, namun undang-undang ini belum dapat mencerminkan sama ada ia efektif untuk melindungi hak OKU di negara ini.

Kata Fatimah lagi: "Adakah adil bagi orang kurang upaya bila tempat letak kereta yang dikhaskan untuk mereka disalahguna. Adakah ini sikap lepas tangan orang ramai?"

Tinjauan di beberapa tempat awam mendapati pandangan pendidik itu benar.

Di kawasan Rehat dan Rawat Lebuh Raya Utara-Selatan di Sungai Buloh, Selangor, terdapat tiga petak letak kereta untuk kereta OKU tetapi selalunya disalahguna dan dipenuhi oleh motosikal dan kenderaan lain.

SEORANG OKU, Mohamed Shaffuan Al Farouqi Md. Ali hampir kehilangan RM5,000 gara-gara kekurangan kemudahan untuk OKU melakukan transaksi di sebuah bank di Petaling Jaya.

Keadaan yang sama juga kerap berlaku di beberapa kompleks membeli-belah di ibu kota yang mana petak letak kereta untuk OKU dipenuhi dengan kenderaan mereka yang tidak cacat.

Layanan kelas pertama

Masih dibelenggu oleh pengalaman yang sama dalam satu kejadian pada tahun 2006, penulis yang memakai kaki palsu teragak-agak ketika mahu masuk ke sebuah bank di Petaling Jaya untuk menunaikan urusan perbankan baru-baru ini.

Angka giliran di papan elektronik menunjukkan 5,041 dan penulis sugul bila melihat kertas di tangan menunjukkan gilirannya adalah selepas 60 pelanggan lagi.

Kemudian sesuatu yang menarik berlaku.

"Boleh saya tolong encik?" Seorang pegawai bank tiba-tiba muncul.

Hari itu, merupakan antara hari yang paling menggembirakan bagi penulis kerana layanan istimewa bagi OKU juga diterima di pejabat Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di Jalan Gasing, Selangor dan pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) di Shah Alam, Selangor.

Di pejabat KWSP, penulis dijemput ke satu kaunter dan dilayani seorang pegawai. Dengan hanya beberapa minit, permohonan untuk beberapa dokumen penting diselesaikan.

Di pejabat LHDN, penulis menikmati kemudahan 'laluan hijau' dan tanpa perlu mengambil nombor giliran, layanan segera diterima berkenaan dengan permohonan pembayaran balik cukai.

Itulah layanan istimewa yang diterima OKU.

Akta Orang Kurang Upaya

Akta Orang Kurang Upaya mula dikuat kuasa pada 7 Julai 2008. Ia adalah perundangan pertama yang berlandaskan hak bagi OKU.

Bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Dr. Ng Yen Yen dilaporkan sebagai berkata, melalui penguatkuasaan undang-undang itu, OKU boleh menikmati kemudahan yang lebih baik dalam pelbagai sektor seperti pengangkutan dan perkhidmatan.

Mereka juga akan mendapat peluang yang sama dalam bidang kesihatan, pelajaran, komunikasi teknologi maklumat serta sukan, riadah dan kebudayaan.

Akta itu memberikan hak untuk pendaftaran, perlindungan, pemulihan, pembangunan serta kebajikan OKU dengan terbentuknya Majlis Kebangsaan Orang Kurang Upaya.

Bagaimanapun, menurut Presiden Majlis Peguam Malaysia, Datuk Ambiga Sreenevasan ketika akta itu mula dikuat kuasakan, tiada peruntukan untuk sebarang penalti bagi pihak yang memilih mengingkari apa yang dikehendaki oleh akta berkenaan.

Menurut Ambiga, walaupun akta itu menyatakan OKU berhak untuk mendapatkan kemudahan pengangkutan awam, perumahan, pelajaran, pekerjaan serta penjagaan kesihatan, tiada apa yang boleh dilakukan jika mereka ini didiskriminasi. - Bernama

Yang benar,
Teratai Layu Di Tasik Madu.
Senarai e-mel:  http://groups.google.com.my/group/komuniti_oku
Blog:  http://www.sedinginsalju.blogspot.com/
dan
http://www.suaraoku.blogspot.com/
Windows Live Messenger: blind_boy007@live.com.my
Yahoo messenger: puteri_kencana_dewi1@yahoo.com.my
Skype: teddybear510

‘Hidup saya berubah’





Oleh FUAD HADINATA YAACOB
hadinata@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: "Sebelum ini saya tidak tahu mengenai tulisan braille, tetapi selepas lima bulan di MAB (Persatuan Orang Buta Malaysia) hidup saya berubah.

"Sepanjang di sini saya bukan saja boleh membaca dan menulis dengan tulisan itu, tetapi turut diajar mengaji al-Quran serta mengikuti kelas fardu ain," kata Shafinatul Afida Kosni, 31, wanita cacat penglihatan berasal dari Manjung, Perak.

Anak sulung lima beradik itu berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Pelancaran Kelas Bimbingan Rohani 'Komuniti Disayangi' dan Orang Kurang Upaya (OKU) di Kompleks Pusat Islam, di sini, semalam.

Program anjuran Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) itu bertujuan membina asas akidah dan bimbingan rohani serta memberi pemahaman dan penghayatan mengenai ajaran Islam.

Program yang bermula sejak 2000 itu mensasarkan golongan seperti cacat penglihatan dan pendengaran, pekerja seks, penghidap HIV/Aids serta penagih dadah.

Shafinatul berkata, selama hampir 30 tahun, dia menetap dan bersekolah di rumah, namun apabila mendapat bimbingan serta bantuan pihak berwajib, hidupnya bertambah ceria.

"Banyak perkara saya pelajari, termasuk bimbingan rohani dan jasmani daripada pelbagai pihak. Saya bersyukur masih ada pihak sudi membantu golongan seperti saya," katanya.

Rakannya, Norlaili Muhiyiddin, 21, berkata peluang itu sangat bermakna untuk golongan sepertinya, sekali gus dapat menjalani kehidupan dengan lebih baik.

"Saya baru empat bulan di Semenanjung, sebelum ini saya bersekolah di Sekolah Pendidikan Khas di Ranau, Sabah dan peluang mengikuti kelas secara khusus ini meningkatkan kemahiran saya, terutama dalam tulisan braille.

"Selain pendidikan jasmani dan rohani, saya dididik dengan ilmu agama," katanya yang menetap di MAB sejak Januari lalu.

Bagi Maznah Idris, 43, yang disahkan penghidap HIV pada 2007 akibat pemindahan darah berkata, pendidikan agama yang diberi menguatkan semangatnya untuk terus menjalani kehidupan seperti biasa.

"Tahun ini masuk tahun kesembilan saya di PT Foundation dan sepanjang di sini pelbagai program saya ikuti, termasuk keagamaan. Kami diajar bersolat dan mengaji selain ditiupkan semangat untuk terus hidup," katanya.

Selain Jawi, program itu mendapat kerjasama Persatuan Orang Pekak Kuala Lumpur (KLSD), Persatuan Ibu Bapa dan Penjaga Anak-anak Pekak Kuala Lumpur (Pesiba), Persatuan Orang-orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (Pertis), Rumah Sinar Salam dan PT Foundation.

Rabu, April 22, 2009

Blind urged to go into business


The New Straits Times, Malaysia

Blind urged to go into business
2009/03/19

JOHOR BARU: The entrepreneurship programme to help the disabled obtain business loans remains
under-utilised.
Malaysia Society of the Blind president Mah Hassan Omar said on Sunday that only RM5 million of the
RM22 million allocated for the programme had been taken up.

"We are encouraging the blind to apply for the fund as the Human Resources Ministry still has RM17
million for eligible recipients.

"We also hope the local authorities will set up a business site that has amenities for the disabled
and where public transport is available," he said after attending a charity sale on Saturday.

The nine-day event to raise funds for the blind was opened by state Women, Family Development and
Welfare Committee chairman Dr Robia Kosai.

Mah Hassan said although the government had introduced a policy where one per cent of its workforce
would be made up of the disabled, the response was not encouraging.

"The vacancies cannot be filled because the disabled are not trained to do the work and are hampered
by the lack of accessibility to the workplace.

"Many government offices also lack amenities for the handicapped.

"Many blind people have turned to the teaching profession or have taken up foot reflexology courses.

"We encourage the blind to venture into business.

"Local authorities, non-governmental organisations and the private sector are urged to help blind
people improve their quality of life."

Mah Hassan said the local authorities should emulate Kuala Lumpur City Hall, which provided business
kiosks to the blind to do business.

"Local authorities can also make it easier for blind folk to obtain business licences and build
sites which are disabled-friendly."

SOURCE
http://www.nst.com.my/Current_News/NST/Thursday/National/2509102/Article/index_html

Aircon. Wow! Dah ok.

Ha, Ss datang lagi dah.  Suasana dingin di dalam bilik.

 

Aha, akhirnya, aircon dah ok.  nasib baiklah tak ada apa-apa yang berlaku.  Cuma, apa yang berlaku ialah, kehabisan gas.  Patutlah motor tu terhenti.

 

Semalam, juruteknik telah datang untuk memeriksa aircon itu.  Rupanya, kena isi gas.  Dan, selepas gas diisi, maka pulihlah ianya kembali.  Wah, habislah RM 50.  Lega sekali.  Ingatkan, habislah kena tukar aircon baru.  Nasib baiklah hanya kehabisan gas.

Ahad, April 19, 2009

Aircon, oh aircon!

Aha, Ss datang lagi.  Lama tak bercerita.

 

Alahai, aircon oh aircon.  Dia rosak pulak dah.  Cuaca tengah panas gila, dia rosak pulak dah.  Semalam tu, elok saja.  Tiba-tiba pagi tadi, bila Ss buka suis saja, mula tu, ok, sejuk dan nyamanlah.  Tiba-tiba, hanya angin yang keluar.  Rupanya, bila didekati, motonya dah tak jalan.  Ss restart aircon tu beberapa kali.  Alahai, macam restart komputerlah pulak.  Bila direstart, moto tu ok.  Tapi dalam beberapa minit kemudian, dia K O semula.  Alahai, aircon oh aircon.  Hang ni, orang tengah dok sesak takdak duit, hang pi rosak pulak.  hari tu, masa poket orang tengah penuh dan tebai, hang buat-buat don’t kno, taknak rosak.  Teruklah hang.

Jumaat, April 17, 2009

KTMB tidak mesra OKU





KTMB tidak mesra OKU

Oleh SHAWKATH AZDE
shawkath.azde@kosmo.com.my

MOHD. HANIF (tiga dari kiri) menerima cenderahati daripada seorang Orang Kurang Upaya, Nurul Ain Abdul Rashid pada perasmian Kelab Kecergasan Ampang Jaya semalam.

AMPANG - Kebanyakan kemudahan pengangkutan awam di negara ini termasuk Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) masih gagal menepati keperluan golongan Orang Kurang Upaya (OKU).

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ong Tee Keat berkata, beliau telah membangkitkan perkara itu untuk dibincangkan oleh agensi kerajaan terbabit sejak tahun lepas.

Menurutnya, masih terdapat ruang yang perlu dibaiki melibatkan aspek reka bentuk dan kehendak golongan berkenaan.

"Beberapa agensi di bawah Kementerian Pengangkutan harus mengambil kira penyediaan kemudahan mesra OKU dalam pengangkutan awam. Memang ada wujud kekangan seperti di stesen-stesen yang telah disiapkan oleh agensi lain yang tidak mempunyai kemudahan mesra OKU.

"Saya ingin melihat pengangkutan awam di bawah kementerian saya atau di bawah kementerian lain mengambil perkara ini sebagai cabaran utama," katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Pusat Vokasional untuk OKU yang mendapat kerjasama Resort World Berhad (RWB) di Kelab Kecergasan Ampang Jaya (KKAJ) di sini semalam.

Kemudahan awam mesra OKU





Oleh YANG CHIN MEE
pengarang@utusan.com.my

MOHAMMED Hanif Omar (tiga dari kiri) menerima buah tangan daripada orang kurang upaya, Nurul Ain Abdul Rashid pada Majlis Perasmian Pembukaan Kelab Kecergasan Ampang Jaya khas untuk golongan orang kurang upaya sambil disaksikan Ong Tee Keat (kanan) di Ampang Jaya, semalam.

KUALA LUMPUR 13 April - Kementerian Pengangkutan menggesa pengusaha pengangkutan awam supaya menyediakan kemudahan awam yang lebih mesra golongan orang kurang upaya (OKU).

Menterinya, Datuk Seri Ong Tee Keat berkata, beliau mendapati kebanyakan pengusaha tidak memandang serius keperluan itu dan usaha penambahbaikan harus disegerakan.

"Pengusaha-pengusaha telah berjaya menyediakan pelbagai kemudahan untuk kegunaan orang awam, tetapi malangnya kebanyakannya tidak mengambil kira keperluan golongan OKU.

"Seperti sedia maklum, perkhidmatan pengangkutan awam masih dikuasai pelbagai agensi dan kementerian.

"Oleh itu, saya telah mengarahkan pengusaha-pengusaha terbabit mempercepatkan proses penambahbaikan kemudahan mesra OKU ini bagi mereka," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menghadiri majlis perasmian Pusat Vokasional Kelab Kecemerlangan Ampang Jaya (KKAJ) khas untuk OKU dekat sini hari ini.

Turut hadir Timbalan Pengerusi Resorts World Bhd. (RWB), Tun Mohammed Hanif Omar; Pengarah Eksekutif RWB, Tan Sri Alwi Jantan; Presiden KKAJ, Kapten K. Bala dan Setiausaha KKAJ, Md. Rodzi Saad.

Menurut Tee Keat, beliau telah mengarahkan Keretapi Tanah Melayu Bhd. (KTMB) supaya mengambil kira semua aspek penting dalam menyediakan kemudahan mesra OKU misalnya dari segi reka reka bentuk yang meliputi ruang antara gerabak kereta api dan platform.

"Kita sedar ia satu cabaran kepada pengusaha memenuhi spesifikasi yang diperlukan OKU lebih-lebih lagi kebanyakan stesen dibina oleh pemaju yang berlainan.

"Bagaimanapun, kita akan tingkatkan pemantauan terhadap perkhidmatan pengangkutan awam sama ada di bawah kuasa tadbir demi tujuan menaikkan taraf kemudahan yang lebih mesra OKU," katanya.

Tak sedar diri





Niat OKU jual aksi seks terbantut

SEGAMAT: Walaupun disenaraikan sebagai orang kurang upaya (OKU) dan menerima bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), seorang pengusaha kedai dobi masih tergamak menjadi pengedar cakera padat video (VCD) lucah untuk mengaut keuntungan mudah.

Malah, lelaki berusia 56 tahun yang juling dan tempang kaki kiri itu dikatakan sanggup merakam aksi seksnya bersama seorang wanita dipercayai warga asing dan mahu menjual rakaman itu kepada orang ramai.

Bagaimanapun, impiannya musnah apabila ditahan polis yang turut merampas pemacu pena (pen drive) yang mengandungi rakaman aksi seksnya dalam serbuan di sebuah rumah di Bandar Putra, Sabtu lalu.

Dalam serbuan kira-kira jam 4 petang itu, polis turut menahan dua wanita berusia 21 tahun dan 26 tahun yang berada di lokasi serbuan, tetapi mereka menafikan terbabit dalam kegiatan rakaman aksi seks itu, sebaliknya datang ke rumah itu untuk memohon pekerjaan di kedai dobi.



Alat itu yang turut berfungsi sebagai kamera perakam itu dipercayai dalam proses untuk dimuat turun ke VCD sebelum dijual di pasaran tempatan oleh suspek yang memang dikenali sebagai pengedar VCD lucah.

Ketua Polis daerah, Superintendan Abdul Majid Mohd Ali, berkata hasil maklumat orang ramai dan risikan, sepasukan polis diketuai Cif Inspektor Roslan Mohamad pada mulanya menyerbu rumah itu kerana disyaki terbabit dalam kegiatan merakam aksi lucah.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan, polis menemui alat itu yang mengandungi aksi lucah suspek bersama seorang wanita dipercayai warga asing berusia 20-an," katanya.

Drebar bas ugut belasah OKU




Sumber Harian Metro

KUALA LUMPUR: Seorang pemandu bas didakwa bertindak biadab apabila dikatakan mengugut membelasah seorang lelaki kurang upaya (OKU) hanya kerana diminta memperlahankan kenderaan ketika melalui jalan berbukit.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.20 malam Sabtu lalu, pemandu berusia 30-an itu dikatakan bertindak kasar dengan menarik baju mangsa yang juga mengalami masalah usus sambil mengeluarkan kata kesat.

Penumpang lain yang menyaksikan kejadian kemudian terpaksa membantu mententeramkan keadaan dengan meleraikan pergaduhan yang berlaku di Hentian Bas Gohtong Jaya, Genting Highlands di sini.

Menurut mangsa, Lim Teng Cheng, 46, dia yang dalam perjalanan bercuti ke pusat peranginan itu menaiki bas dari Hentian Puduraya dan sepanjang perjalanan dia terpaksa berdiri dan duduk di lantai bas.

Ia berikutan kerusi diduduki penumpang basah kerana air mulai masuk melalui bumbung bas yang dipercayai bocor.

"Pada masa sama, pemandu bas itu memandu dalam keadaan laju apabila menuruni bukit menyebabkan saya terpaksa menasihatinya supaya memperlahankan kenderaan kerana khuatir perkara buruk berlaku.

"Namun, pemandu bas terbabit tidak mengendahkan nasihat malah saya ditengking dengan memberi kata dua sama ada mahu menaiki bas atau turun," katanya kepada Harian Metro di sini, semalam.

Lim berkata, dia bagaimanapun tidak mahu turun dari bas seperti disuruh pemandu berkenaan kerana keadaan cuaca dan khuatir keselamatannya serta penumpang lain.

"Mengetahui saya tidak mahu turun, pemandu bas yang masih tidak berpuas hati itu menghina saya memberitahu golongan cacat tidak perlu pergi ke Genting Highlands," katanya.

Isnin, April 13, 2009

Nokia Launches N82 Smartphone For Visually Impaired

Nokia Launches N82 Smartphone For Visually Impaired
By Dee Chisamera
13:46, January 29th 2008
Nokia Launches N82 Smartphone For Visually Impaired

Nokia  N82 is the first smartphone designed for the blind or disabled persons with an incorporated text recognition technology, which enables text to be
converted into speech. The gadget is the result of a partnership between the National Federation of the Blind and Kurzweil Technologies and Nokia, whose
product was based on the K-NFB Reading Technology.

The phone will not only have the functions of a regular cell phone, but it will also use the same principle as the KNFB reader device, which means the Nokia
N82 can also be used to scan various documents. The device aims not only at blind persons, but also at people who need assistance in reading and children
with learning disabilities, especially dyslexics.

The purpose of developing such a device is to incorporate all the functions other products available on the market today have, in a compact, simple and
productive way. And the best thing about it is that the visually impaired or people with learning disabilities will no longer need to carry a bunch of
devices with them, instead, the Nokia N82 will perfectly fit in their pocket.

Ray Kurzwell first developed the technology that converted text into speech in the 1970s, and over the next 30 years it became clear that people needed
such products. The 10 million visually impaired in the United States are said to triple their number in the next 30 years, and the devices need to be constantly
updated to meet the needs of the consumers.

Nokia N82 is just the first step in an attempt to create more compact and useful gadgets to assist blind persons. "The KNFB Reader Mobile will allow the
blind unprecedented access to the printed word, affording a level of flexibility and capability never before available," Dr. Marc Maurer, President of
the National Federation of the Blind, said in a statement. "This Reader will substantially improve the quality of life for the growing number of blind
people and people who are losing vision, including senior."

The phone will cost approximately $500 dollars, but the text-recognizing technology itself will cost around $1,500, but all in all, less than any previous
reading device on the market. Taking that into consideration, the sales are likely to be a success and top the sales of other reading devices for blinds.

story

 

There was a blind girl who hated herself because she was blind. She hated everyone, except her loving boyfriend. He was always there for her. She told her boyfriend, 'If I could only see the world, I will marry you.'
 
 有一位瞎女很討厭自己因為眼睛瞎了。她也討厭每個人,唯一不討厭的是她的男朋友,因為他都常守在她身旁。於是她對她的男朋友說:「如果能讓我看到這個世界,我愿意嫁給你!」
 
One day,
someone donated a pair of eyes to her. When the bandages
came off, she was able to see everything, including her
boyfriend.
 
有一天,有人捐了一對眼精給她。當紗布解開時,她能夠看到一切,包括她的男朋友。
He asked her, 'Now that you can see the world, will you marry me?' The
girl looked at her boyfriend and saw that he was blind. The
sight of his closed eyelids shocked her. She hadn't expected
that. The thought of looking at them the rest of her life
led her to refuse to marry him.
 
男朋友問她:「現在你可以看到這世界,你愿意嫁給我嗎?」那女孩看了男朋友是個瞎子,他那對蓋上眼皮的眼睛嚇到了她,這是她無法想像。她想:要我嫁給他而一生對着他這個樣子,我無法接受。
 
Her boyfriend left in tears and days later wrote a note to her
saying: 'Take good care of your eyes, my dear, for before
they were yours, they were mine.'
 

於是,她的男朋友很傷心的離開她,幾天後寫了字條給她:「親愛的,請你好好照顧你的眼睛,因為它不是屬於你的之前,它是屬於我的。」
 
This is how the human brain often works when our status changes.
Only a very few remember what life was like before, and who
was always by their side in the most painful situations.
 
這也是人的腦會如何做當情況有所變動。只有少許人會記得他或她之前的生活及誰會在身旁當他或她處在困境的時候
 
Life Is a
Gift
 
生命是一份禮物
 
Today
before you say an unkind word - Think of someone who can't speak.
 
今天,當你要講一句不善之言--請想想那些無法講話的人
 
Before
you complain about the taste of your food - Think of someone
who has nothing to eat.
 
當你要埋怨食物的味道時--請想想那些沒有食物吃的人
 
Before
you complain about your husband or wife - Think of someone
who's crying out to GOD for a companion.
 
當你要埋怨你的先生或太太時--請想想那些在向上天哭訴要一個伴侶的人
 
Today
before you complain about life - Think of someone who died
too early on this earth.
 
今天,當你要埋怨生活時--請想想那些太早離開人世間的人
 
Before
you complain about your children - Think of someone who
desires children but they're barren...
 
當你要埋怨小孩時--請想想那些渴望小孩而無能生育的人
 
Before
you argue about your dirty house someone didn't clean or
sweep - Think of the people who are living in the streets.
 
當你要爭論沒有人清理屋子時--請想想那些住在街邊的人
 
Before
whining about the distance you drive Think of someone who
walks the same distance with their feet.
 
當你在哀訴駕駛的路程--請想想那些同樣的路程以代步的人
 
And when
you are tired and complain about your job - Think of the
unemployed, the disabled, and those who wish they had your
job.
 
當你很疲備而埋怨工作時--請想想那些無工作,殘疾的,及那些多麼希望擁有你這份工作的人
 
But
before you think of pointing the finger or condemning
another - Remember that not one of us is without sin.
 
當你想要指著人或互相譴責時--請記得沒有一個人是無罪
 
And when
depressing thoughts seem to get you down - Put a smile on
your face and think: you're alive and still
around.

Ahad, April 12, 2009

Vibrating touch screen puts Braille at the fingertips

Vibrating touch screen puts Braille at the fingertips

31 March 2009 by
Anil Ananthaswamy

TOUCH-SCREEN devices like the iPhone are great when you can see them, but not much good if you are blind. Now a new way of presenting Braille characters
on a mobile device could be the first step towards a Braille-ready touch-screen phone.

In Braille, letters are encoded using a two-by-three matrix in which each character is represented by a different configuration of raised and absent dots
at the six locations. To display these dots on a touch-screen device, Jussi Rantala of the University of Tampere in Finland and colleagues used a Nokia
770 Internet Tablet, which has a piezoelectric material built into the touch screen that vibrates when an electric signal is applied to it. The team installed
software that represents a raised dot as a single pulse of intense vibration, and an absent dot as a longer vibration made up of several weaker pulses
(see diagram).

To discover how visually impaired volunteers would prefer to receive these vibrations, the team developed two different presentation methods. In the first,
the user touches the screen on the left-hand side to read whether or not there is a bump in that position of the matrix, then moves their finger horizontally
across the screen to read the remaining five dots. "But it wasn't that easy to read," says Rantala.

In the second method, the user simply places a finger anywhere on the screen and holds it still. The phone then displays a character by vibrating the sequence
of six dots, each 360 milliseconds apart. "It took some time for them to start reading, because this representation is totally different from anything
else that they had previously used," says Rantala. But once the volunteers were used to it, they were able to speed it up and read a character in as little
as 1.25 seconds (IEEE Transactions on Haptics,
DOI: 10.1109/toh.2009.3).

Once the volunteers were used to the vibrations, they could read a letter in as little as 1.25 seconds

The team's next step will be to present entire words and sentences. Screen-reading software is already available that "grabs" information displayed as text
and turns it into speech. The same information could be turned into Braille characters on phones with vibrating touch screens, says Rantala.

Sabtu, April 11, 2009

Kata-kata semangat buat BPN

Salam sejahtera.  Lama dah Ss tak kemaskini blog.  Maklumlah sibuk sikit tolong orang.  jadi la ni, adalah masa tu sikit.

 

Seperti yang kita tahu, BN kalah di Bukit Gantang dan Bukit Selambau tempoh hari.  Semasa kempen banyak di kalangan ahli BPN yang berkempen bermati-matian untuk calon BN.  Namun, apakan daya, tuhan itu yang menentukan.  Kita hanya merancang.

 

Harus diingat, ada hikmah di sebalik kekalahan ini.  Antaranya, kekalahan ini akan membolehkan BPN membongkar dan terus lagi membongkar pembohongan yang dilakukan oleh PR sekarang.  kekalahan ini juga telah menyeru BPN supaya lebih giat menulis dan membongkar.  Tulis cara tertib.

 

Ingatlah janganlah bersedih di atas kekalahan ini.  Kalah bukan sebarang kalah, kalah kita, kalah bermaruah.  Oleh itu, usah gusar, usah sedih.  Jadikanlah kekalahan ini sebagai suatu ubat penawar buat kita semua.  Tak ada ubat yang sedap.  Kalau sedap, itu bukan ubat dah.  Kena ingat tu.

 

jadi sekarang, ahli BPN, teruskan menulis dan membongkar.  Ingat, kita berperang dalam cyber.  Itu sahaja yang mampu kita lakukan.  Dan, usah dilayan provokasi yang cuba dilakukan oleh orang.  Ingat, mereka akan penat jika kita tidak melayan kerenah mereka.  Tetapi mereka akan seronok dan melemparkan segala macam tuduhan jika kita sudah mula melayan kerenah mereka.

Rabu, April 08, 2009

Life on a train

;Life is like a train ride, it read when we get on we ride we get off we get back on and ride some more ; there are accidents and delays; at certain stops there are surprises;some of these willl translate into great moments of joy ;some will result in profound sorrow
;When we are born and we first board the train ,we meet people whom who think will be with us for the entire journey ;those people are our parents
;Sadly this is far from the truth ;our parents are with us for as long as we absolutely need them;they too have journeys they must complete we live on with the memories of their love, affection, friendship ,guidence and their ever presence ;
;There are others who board the train and who eventually become very important to us in turn ;
;These people are our brothers sisters ,friends and acquaintances whom we will learn to love and cherish
;Some people consider thir journey like a jaunty tour and they will just go merrily along
;Others willl encounter many upsets,tears,losses ,on their journey;others still will linger on to offer a helping hand to anyone in need
;Some people on the train will leave an everlasting impression when they get off;some will get on and get off the train so quickly;they will scarsely leave a sign that they ever travelled along with youor ever crossed your path
;We will sometimes be upset that some passengers whom we love ,will chose to sit in another compartment and leave us to travel on our own;then again there is nothing that says we can't seek them out anyway
;Nevertheless once sought out and found we may not even be able to sit next to them because that seat will already be taken
;That is okay everyone's journey will be filled with hopes dreams challenges setbacks and good byes
;We must try to make the best of it no matter what
;We must constantly strive to understand our travel companions and look for the best in everyone
;Remember that at any moment during our journey one of our travel companions can have a weak moment and be in need of our help
;We too may vacilate or hesitate even trip hopefully we can count on someone being there to be supportiveand understanding
;The bigger mistery of our journey is that we don't know when our last stop will come;neither do we know when our travel companions will make their last stop;not even those sitting in the seat next to us
; 'We are on this train ride together above all we should all try to strive to make the ride as pleasant and memorable as we can right up until we each make the final stop and leave the train for the last time'
ALL ABOARD ! SAFE JOURNEY!

Distance between hearts!

A saint asked his disciples, 'Why do we shout in anger? Why do people shout
at each other when they are upset?'

Disciples thought for a while, one of them said, 'Because we lose our calm,
we shout for that.'

'But, why shout when the other person is just next to you?' asked the saint.
'Isn't it possible to speak to him or her with a soft voice? Why do you
shout at a person when you're angry?'

Disciples gave some other answers but none satisfied the saint.

Finally he explained, 'When two people are angry at each other, their hearts
distance a lot. To cover that distance they must shout to be able to hear
each other.

The angrier they are, the stronger they will have to shout to hear each
other through that great distance.'

Then the saint asked, 'What happens when two people fall in love? They don't
shout at each other but talk softly, why?

Because their hearts are very close. The distance between them is very
small...'

The saint continued, 'When they love each other even more, what happens?
They do not speak, only whisper and they get even closer to each other in
their love.

Finally they even need not whisper, they only look at each other and that's
all. That is how close two people are when they love each other.'

MORAL: When you argue do not let your hearts get distant,

do not say words in anger that distance each other.

Selasa, April 07, 2009

2/1

Aha, Ss mai lagi.  Dah beberapa hari tidak datang.

 

hari ini, PRk kecil telah selamat dijalankan di tiga tempat.  Batang Air Sarawak, Bukit Gantang Perak dan Bukit Selambau kedah.  keputusannya, semua dapat habuan masing-masing.  BN dapat Batang Air, Pas dapat Bukit Gantang dan Keadilan dapat Bukit Selambau.

 

Apa yang ingin diperkatakan di sini ialah kemasukan TDM dan peralihan kuasa antara Tun Abdullah Badawi dan Dato Sri Najib, masih belum berjaya mengubah keadaan.  Rakyat masih tidak mahu lagi beralih sokongan kepada BN.

 

BN harus mengubah cara politik mereka.  jangan amalkan rasuah politik.  Bila datang sahaja pilihanraya, maka akan adalah sumbangan itu dan ini.  Akan adalah bantuan itu dan ini yang hendak disampaikan.  Cara seperti ini sudah tidak boleh diterima pakai lagi.  BN sekarang harus mengubah cara berpolitik mereka.  jangan lagi amalkan rasuah politik ini.  Ianya amat bahaya.

 

Ada juga sup-sap sup-sap mengatakan, kekalahan BN ini ada kaitannya dengan pemilihan ketua pemuda pada perhimpunan Agung Umno yang baru berlalu.  Oh oh yakah?  Bukankah Mukhris dan Khir Toyo dah kata nak bagi sokongan kat ketua pemuda?  Oh oh, itu depa kata.  Tapi, apa pula kata akar umbi?  Depa dua saja yang kata, tu tak cukup.  Lebih afdhal jika sekiranya akar umbi yang kata.  Tapi, akar umbi tak kata pun.

 

Walau apa pun, semuanya sudah berakhir.  kepada yang menang, tahniah diucapkan.  Anda harus menjadi hamba rakyat dan bukannya hamba wang atau kuasa.  Kepada BN, anggaplah ini suatu lagi ujian dari tuhan yang maha esa.  Ingat, tuhan takkan biarkan umatnya mengaku taat padanya jika sekiranya hamba itu tidak diuji.  Dan, tuhan tidak mengubah nasib hambanya jika hambanya itu tidak mahu mengubah nasibnya sendiri.

Ahad, April 05, 2009

TPM2

Ss datang lagi.  Seminggu sudah berlalu.  Sat saja no?

 

Dua hari yang lalu kalau tidak salah Ss, ada seorang ahli MCA mencadangkan pada PM baru supaya mengwujudkan TPM2 untuk masyarakat cina.  Bagi Ss ini tidak perlulah.  Kalau untuk cina sudah ada TPM2, bagaimana pula kaum lain?  Adakah mereka juga tidak mahukan jawatan TPM2 untuk kaum mereka?  Bagi Ss, biarlah keaadaan sekarang ini berterusan.

 

Kepada bangsa Ss iaitu bangsa cina, Ss nasihati, jangan terlalu meminta-minta.  jangan tamak.  Kita lazimnya selalu memperlekehkan orang yang suka meminta-minta kepada pihak pemerintah kononnya tak boleh berdikari.  Dan sekarang, kita pulak sudah dua kali lima.

 

Ss yakin, bangsa kita boleh berdikari.  Lihatlah bangsa kita di mana-mana.  pasti boleh berjaya.  Jadi, apa lagi?  Biarlah kita berdiri di atas kaki sendiri.

 

Bangsa kita amat beruntung di Malaysia.  Cubalah lihat nasib bangsa kita di tempat lain.  Adakah seuntung bangsa kita di sini?  Jangan kita lihat orang yang lebih maju dari kita.  Tetapi, lihatlah yang terkebelakang dari kita.  Dan, dari situlah kita akan mudah bersyukur, mudah insaf dan mudah menghargai apa yang kita miliki sekarang.  Itulah yang Ss buat selama ini.  jangan kita asyik memandang yang atas dan melupakan yang bawah.  Adalah lebih baik memandang ke bawah daripada memandang ke atas.

 

Ss mahu, biarlah bangsa kita dihormati kerana kebijaksanaan dan kepandaian kita sendiri.  Biarlah bangsa kita menjadi contoh kepada bangsa-bangsa lain.  Ingat, jangan biarkan bangsa kita dibenci.  Dan jangan terpengaruh dengan makhluk-makhluk perosak yang mencuba sedaya-upaya mereka untuk menghancurkan keharmonian perhubungan kita dengan orang lain.

 

TPM2 tidak perlu. Keadaan sekarang dah ok.

Sekian.

Sabtu, April 04, 2009

Panas! Gempar! pendedahan identiti sebenar Perak Bangkit!

Ss baru balik dari Taiping. Siang tadi check mail melalui telefon.  Dan, Ss berasa sangat bertuah kerana telah menemui perak Bangkit.  Orang yang benar-benar ditakuti oleh bloggers pembangkang.

 

Jadi, sempatlah Ss berbual dengan PB.  PB ini begitu peramah orangnya.  Menurut PB beliau akan terus menulis untuk membongkarkan wajah sebenar PR.  Itu sahaja yang dapat beliau dapat lakukan demi untuk negeri yang tercinta, Perak Darul Ridzuan.

 

Setelah dipujuk beberapa kali, akhirnya, beliau telah bersetuju untuk mendedahkan identiti sebenar beliau.

 

Dan sekarang, Ss akan dedahkan identiti beliau satu-persatu.  Jeng…jeng…jeng.

 

Untuk pengetahuan semua, Perak Bangkit, adalah seorang bloggers.

Sekian terima kasih.

Cerita di atas hanyalah rekaan semata-mata.  Ss mana ada pi Taiping?

Sah! Masuk dah!

Perdana Menteri, Dato Sri Najib Tun Razak, menerima permohonan Tun Dr.  mahathir, Tun Dr.  Siti hasmah dan Mukhzani Mahathir masuk semula ke Umno.  Permohonan diterima dalam satu pertemuan di kediaman beliau pagi tadi.  Automatik la ni, dah masuk Umno.  Tahniah dan terima kasih.

Tahniah

Aha, Ss ingin mengucapkan tahniah kepada yang berikut.

1.  Tahniah kepada Dato Sri Najib Tun Razak kerana telah selamat mengangkat sumpah sebagai PM Malaysia yang keenam.  1 Malaysia.

2.  Perkara pertama Dato Sri telah lakukan ialah membebaskan 13 orang dari tahanan ISA dan menarik balik pengharaman dua akhbar pembangkang Suara Keadilan dan harakah  Inilah kehebatan Dato Sri.

 

Tapi ada pula yang terperasan dia kata semua ni akibat dari desakan kuat partinya.  P ra, jangan nak terperasan.

 

3.  Tahniah juga kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi kerana telah berjaya melakukan peralihan kuasa dengan tertib.  Anda seorang perwira yang hebat.

 

4.  Tahniah kepada blog

Perak Bangkit - Tolak Kerajaan Muzabzab

Blog ini sungguh hebat.  penulisannya kreatif, berbisa dan menyengat.

 

Dan untuk pengetahuan semua, yang menggelarkan dirinya sebagai Perak Bangkit tu Ss tahu siapa dia.  Beliau ialah SpongeBop SquarePance dan dibantu oleh ketam tua yang bernama Mr.  Crabs.  Sementara itu, kru-kru yang membantu saudara Perak Bangkit ialah mask Rider Kabuto, Crayon Shin Chan, Doraemon, Hamtaro dan Dragon Ball.  Ya, tontonilah kartun anime dari Jepun.

Khamis, April 02, 2009

Tun akan masuk Umno!

menurut anak Tun Mahathir, Mukhris, sebelum bapanya ke Bukit Gantang untuk berkempen pada 6 April ini, Tun terlebih dahulu akan menyerahkan borang kemasukan Umno.  Selepas Bukit Gantang, Tun akan pergi pula ke Bukit Selambau.  Mukhris menghadiri kempen PRK Bukit Gantang di Trong Taiping semalam.

 

marilah kita orang-orang BN bersatu semua!  Terima kasih Tun!

Rabu, April 01, 2009

Tun

Pak Lah akan dikurniakan gelaran Tun selepas persaraan nanti.  Itulah yang telah diberitakan.  Perdana menteri baru dijadual angkat sumpah jam 10:00 pagi hari Jumaat.  Selamat bertugas najib dan selamat bersara Pak Lah.

Tun Dr. Mahathir nak turun ke Bukit Gantang. Hebat!

Aha, telah dikhabarkan bahawasanya, Tun Dr.  Mahathir akan turun ke Bukit Gantang untuk membantu kempen pilihanraya calon Bn di sana.  Berita dikutip dari tv1.

 

jadi, apa ditunggu lagi, inilah buktinya yang mengatakan BN dan Umno akan berubah.  Berilah peluang kepada BN sekali lagi.  Ingat, jangan beri lagi peluang kepada pembangkang.  mereka telah diberi peluang selama 11 bulan dan ini balasan mereka terhadap orang Perak sehingga sanggup menderhaka kepada sultan dan raja.

 

Hidup Umno!  Hidup Umno!  Hidup Umno!  Hidup BN!

Arkit blog