Jumaat, April 17, 2009

KTMB tidak mesra OKU





KTMB tidak mesra OKU

Oleh SHAWKATH AZDE
shawkath.azde@kosmo.com.my

MOHD. HANIF (tiga dari kiri) menerima cenderahati daripada seorang Orang Kurang Upaya, Nurul Ain Abdul Rashid pada perasmian Kelab Kecergasan Ampang Jaya semalam.

AMPANG - Kebanyakan kemudahan pengangkutan awam di negara ini termasuk Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) masih gagal menepati keperluan golongan Orang Kurang Upaya (OKU).

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ong Tee Keat berkata, beliau telah membangkitkan perkara itu untuk dibincangkan oleh agensi kerajaan terbabit sejak tahun lepas.

Menurutnya, masih terdapat ruang yang perlu dibaiki melibatkan aspek reka bentuk dan kehendak golongan berkenaan.

"Beberapa agensi di bawah Kementerian Pengangkutan harus mengambil kira penyediaan kemudahan mesra OKU dalam pengangkutan awam. Memang ada wujud kekangan seperti di stesen-stesen yang telah disiapkan oleh agensi lain yang tidak mempunyai kemudahan mesra OKU.

"Saya ingin melihat pengangkutan awam di bawah kementerian saya atau di bawah kementerian lain mengambil perkara ini sebagai cabaran utama," katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Pusat Vokasional untuk OKU yang mendapat kerjasama Resort World Berhad (RWB) di Kelab Kecergasan Ampang Jaya (KKAJ) di sini semalam.

0 ulasan:





Arkit blog