Rabu, Julai 23, 2014

Teley MAB no. 542

Teley MAB no. 542

 

Khamis, 17 Julai 2014

 

No. tel.: 03-22722687

 

Salam sejahtera,

 

Mohon maaf di atas kelewatan pengumuman ini,

 

Terdapat 4 pengumuman baharu dan 1 pengumuman lama,

 

Pengumuman 1: Haji Zainuddin mengucapkan selamat tinggal.

 

Beliau akan bersara pada akhir bulan ini. Haji Din memohon kemaafan dan mengucapkan terima kasih di atas peluang berkhidmat bersama orang buta. Beliau berdoa di atas kesejahteraan kita semua. Kita ucapkan kepada beliau semoga berjaya dalam tempoh persaraan ini dan semoga akan dirahmati Tuhan.

 

Pengumuman 2: Terkini tentang Marathon Amal Palang Merah.

 

Acara ini telah ditangguhkan secara tidak pasti.

 

Pengumuman 3: Terkini tentang Kad Ucapan Braille.

 

Kad ucapan tentang hari jadi, cepat sembuh, terima kasih, selamat tinggal dan cinta boleh didapati. Ia akan dijual pada hari Sabtu ini, 19 Julai di Majlis Ramadan bersama TNB. Sila hubungi Puan Chitra di talian 22722677 samb. 129.

 

Pengumuman 4: Buku Audio Melayu terbaru.

 

Ia adalah Mencerdaskan Minda oleh Prof. Dr. Ali Abdul Halim Mahmud.

 

Pengumuman 5: Lawatan ke Langkawi warga emas orang buta.

 

Lawatan ini akan berlangsung dari 16 hingga 19 Ogos (Sabtu ke Selasa). Bas akan meninggalkan Kompleks MAB pada pukul 10.00 malam.

 

Terima kasih,

 

Ikhlas,

En. Godfrey Ooi

Teley MAB no. 542

 

Thursday, 17th July 2014

 

Tel. no. 03-22722687

 

Hello friends,

 

Sorry for the late announcements,

 

Announcement 1: Haji Zainuddin Jasmi bids farewell.

 

He will be retiring at the end of this month. Haji Din asked for forgiveness and give thanks for the opportunity to have served the blind. His prays for our well being. We wish him all the best in his retirement and God's blessings.

 

Announcement 2: Red Crescent Charity Marathon update.

 

This has been postponed indefinitely.

 

Announcement 3: Braille greeting cards update.

 

Greeting cards of birthday, get well, thank you, goodbye and love are available. It will be sold by Saturday, 19th July at the Ramadan with General Electric. Please contact Mrs. Chitra at 22722677 ext. 129.

 

Announcement 4: New Malay audio book.

 

This is Mencerdaskan Minda by Prof. Dr. Ali Abdul Halim Mahmud.

 

Announcement 5: Elderly Blind trip to Langkawi.

 

This will be on 16th to 19th August (Saturday to Tuesday). The bus will leave Kompleks MAB at 10.00 pm.

 

Thank you,

 

Regards,

Mr. Godfrey Ooi.

Jumaat, Julai 11, 2014

TeleMaklumat PERTIS (7 Julai 2014)

TeleMaklumat PERTIS (7 Julai 2014)
    Inilah talian maklumat Persatuan Orang-orang Cacat Penglihatan Islam
Malaysia (PERTIS), membawakan pengumuman-pengumuman untuk minggu yang
bermula pada 7 Julai 2014, 9 Ramadhan 1435 Hijrah.


Pengumuman Terkini

Pengumuman dari ibu pejabat Pertis.

1.    Adalah dimaklumkan Pn. Norlita Hanim Binti Md Taha yang telah
dilantik sebagai Bendahari Kehormat Pertis pada 8 Jun 2014 telah
melepaskan jawatannya sebagai bendahari Kehormat berkuatkuasa 5 Julai
lalu.

Dalam mesyuarat Ahli Jawatankuasa Pusat pada 5 Julai 2014, Us. Mohd
Nasir bin Mohamed Yusoff telah dilantik sebagai Bendahari Kehormat
Pertis setelah Jawatankuasa Pusat Pertis menerima perletakan jawatan
oleh Pn. Norlita Hanim Binti Md Taha.

 

2.    Biro Pendidikan dan Dakwah

Kemuncak Program Ihya' Ramadhan Pertis diteruskan lagi dengan Majlis
Berbuka Puasa dan Solat Tarawih yang akan diadakan pada Hari Ahad, 22
Ramadhan 1435 Hijriah bersamaan 20 Julai 2014 Masihi. Majlis tersebut
akan diadakan di Kafeteria MAB bermula jam 4.00 petang hingga 11.00
malam. Ahli-ahli PERTIS dijemput untuk sama-sama mengimarahkan majlis
ini. bagi tujuan pendaftaran, anda bolehlah berhubung dengan pengerusi
biro di talian 0134030531. Hanya mereka yang berdaftar sahaja akan
disediakan hidangan berbuka puasa. Walau bagaimanapun, peserta Tadarus
al-Quran tidak perlu lagi mendaftar.

Antara aturcara bagi Majlis berbuka puasa ini ialah:

4.00 petang: kehadiran para tetamu.
4.05 petang: Zikir Munajat.
4.46 petang: masuknya waktu solat fardhu Asar bagi Wilayah Persekutuan
Kuala Lumpur dan solat Asar berjemaah.
5.00 petang: Ucapan alu-aluan pengacara majlis.
5.05 petang: Majlis Khatam Al-Quran.
6.30 petang: Ketibaan Tetamu Kehormat (perasmi)
6.35 petang: Acara Perasmian dimulakan - Ucapan alu-aluan pengacara majlis.
6.40 petang: bacaan doa.
6.45 petang: ucapan alu-aluan pengerusi program.
6.55 petang: ucapan perasmian program.
7.31 malam: masuknya waktu solat fardhu Maghrib dan waktu berbuka
puasa bagi seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
7.50 malam: Solat Fardhu Maghrib secara berjemaah.
8.05 malam tazkirah Ramadhan.
8.45 malam: masuknya waktu solat fardhu Isyak bagi seluruh Wilayah
Persekutuan Kuala Lumpur.
-- solat Fardhu Isya secara berjemaah.
-- Solat Sunat Tarawih.
10.30 malam: jamuan moreh.
11.00 malam: majlis bersurai.
Semoga kita semua mendapat manfaat daripada Majlis ini Insya Allah.

3.    Kemas Kini Maklumat Ahli.

Ibu pejabat PERTIS memohon kerjasama daripada semua ahli agar dapat
mengemas kini maklumat mengenai keahlian masing-masing seperti alamat
tempat tinggal terkini, nombor telefon, alamat email dan
sebagainya.Semua maklumat berkaitan boleh disalurkan terus kepada
pembantu hal ehwal pentadbiran/kewangan, En.Mohamad Azim firdaus di
talian ibu pejabat PERTIS, 03-40212631 pada waktu pejabat.

Peringatan:

1.    Sekiranya anda menghadapi masalah untuk menghubungi telemaklumat
ini menerusi talian telefon (03-40223950),sila maklumkannya kepada Cik
Siti Haida Hamedan di talian ibu pejabat PERTIS Pusat, 03-40212631
pada waktu pejabat.

Sila ambil maklum, semua pengumuman yang ingin diumumkan menerusi
talian maklumat ini hendaklah tiba ke peti e-mail atau ke peti SMS
Setiausaha Agong PERTIS selaku penyelaras talian maklumat ini
selewat-lewatnya pada jam 8 malam setiap hari Jumaat.alamat dan nombor
telefon beliau adalah seperti berikut, rosmelati60@gmail.com, dan no.
telefon 0122163354, 0129772341 atau 03 2034 7007.

Kami mohon berbanyak maaf kerana pengumuman yang tiba lewat daripada
masa yang telah ditetapkan tidak dapat dimuatkan ke dalam kandungan
pengumuman pada minggu berikutnya.Segala kerjasama daripada semua
pihak didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.


Diselaraskan oleh
En. Mohd Faizal Bin Che Yusof
Yang dipertua
Persatuan orang-orang cacat penglihatan islam Malaysia (PERTIS)

Selasa, Julai 08, 2014

TELEY MAB NO. 540

TELEY MAB NO. 540

 

Isnin, 7 Julai 2014

 

No. tel. 03-22722687

 

Salam sejahtera,

 

Terdapat 3 pengumuman baharu dan 1 pengumuman lama,

 

Pengumuman 1: 2 kursus Diploma di GTC

 

2 kursus diploma dalam bidang Sistem Komputer dan Sistem Informasi telah pun diperkenalkan di GTC. Pengambilan pertama dalam bulan Julai dan kursus ini akan mengambil masa selama satu setengah tahun.

 

Pengumuman 2: Kad ucapan Braille untuk dijual.

 

Kad ucapan untuk hari jadi, Cepat sembuh, terima kasih, selamat tinggal dan cinta sekarang boleh didapati. Beli 2 keping kad dengan harga RM10.00 dan 1 kad dengan harga RM6.00 sahaja. Sila hubungi Puan Chitra di talian 22722677 samb. 129.

 

Pengumuman 3: Buku-buku Braille Melayu yang baharu.

 

Mereka adalah:-

1. Cinta 365 hari oleh Norzailina Noordin.

2. Kerana terpaksa aku relakan oleh Umie Nadzirah.

3. Keranamu aku rela oleh Sania Yasmin.

 

Pengumuman 4: Nyanyian bersama lagu Mandarin.

 

Acara ini akan berlangsung pada hari Selasa, 15 Julai dari jam 10.00 pagi hingga 1.00 tengah hari di Pusat Warga Emas Orang Buta. Bayaran sebanyak RM2.00 sahaja. Sila daftarkan diri dengan En. Lai Kok Keong di talian 22742576.

 

 

Terima kasih,


 
Ikhlas,
Mr. Godfrey Ooi.

 


TELEY MAB NO. 540

 

Monday, 7th July 2014

 

Tel. no. 03-22722687

 

Hello friends,

 

There are 3 new and 1 old announcements,

 

Announcement 1: 2 Diploma courses in GTC.

 

2 Diploma courses in Computer System and Information System have been introduced at The GTC. The first intake in July and the courses will be for a duration of one and a half years.

 

Announcement 2: Braille greeting cards for sale.

 

Greeting cards for birthday, get well, thank you, good bye, and love are now available. Buy 2 cards for RM10.00 and 1 card for RM6.00 only. Please contact Mrs. Chitra at 22722677 ext. 129.

 

Announcement 3: New Malay Braille book.

 

They are

1. Cinta 365 hari by Norzailina Noordin.

2. Kerana terpaksa aku relakan by Umie Nadzirah.

3. Keranamu aku rela by Sania Yasmin.

 

Announcement 4: Mandarin sing along.

 

This will be on Tuesday, 15th July from 10.00 an to 1.00 pm at the Elderly Blind Centre. The fee is RM2.00 only. Please register with Mr. Lai Kok Keong at 22742576.

 

Thank you,

 

Regards,

Mr. Godfrey Ooi.

Arkit blog