Sabtu, Februari 28, 2009

Kisah HP

Selamat malam.  Ss datang lagi setelah dua hari tak menulis.  Artikal copy paste saja dihantar pada masa tu.  haha.

 

Ok, Ss adalah cerita pasal telefon tangan ni.  Pada hari Khamis yang baru lalu, rakan Ss telah memperkenalkan suatu software HP untuk Ss install ke HP Ss.  nama software itu ialah F-explorer.  Maka, Ss pun installlah software itu.  Selepas itu, Ss pun dapatlah brouse segala macam barang dalam telefon tersebut.  maka, Ss pun delete lah satu folder kat dalam telefon tu yang bernama Mail.  Selepas delete, Ss pun tutuplah telefon tu sebab, belum sampai lagi masa untuk mengoperasikan telefon tersebut.  Ss hanya buka telefon tu bermula jam 7:00 malam hingga 10:00 malam sahaja untuk sms.

 

Apabila telah sampai masanya, Ss pun startlah telefon itu.  Seperti biasa, Ss pun tunggulah untuk telefon tu start.  Tunggu punya tunggu, tiba-tiba keluar satu dialog.  “Failed to start phone.”  “Please contact retailor.”

 

Alamak!  Wah, ini sudah kes besar ni.  Telefon dah tak boleh start.  Beberapa kali Ss cuba restart telefon tersebut.  Tetapi, tetap keluar error yang sama.

 

Walau pun telefon tak boleh start, tetapi software Talx masih lagi boleh bercakap.  Tak seperti komputer, kalau windows tak boleh start, habis ceritalah.  Jadi, sebab itulah Ss tahu error yang keluar tu.

 

Ss pun menghubungi rakan Ss iaitu Barnabas untuk menceritakan hal ini.  Beliau berjanji akan cuba menyelesaikan masalah ni.  Ss juga menghubungi Silatulrahim untuk bertanya cara bagaimana nak reformat telefon tangan ni.  Rahim memberikan langkah-langkahnya.  Kemudian Ss juga bertanya pada rakan sorang lagi iaitu Lim Yewyi tentang perkara yang sama.

 

Pada lebih kurang jam 12:30 tengahmalam, Ss menghubungi Barnabas.  Barnabas telah memberitahu Ss cara untuk memformat telefon.  Selepas mengikut cara yang Barnabas bagi, akhirnya Ss berjaya memformat telefon Ss.  Wah, dah selesai satu masalah.  Tak payahlah lagi menghantarnya ke kedai untuk reformat.  Jadi, jimatlah duit.  Kini, masalah pertama dah selesai.  Sekarang ialah masalah nak memasukkan Talx ke telefon ni.  Itu masalah kecik sahaja.

 

Pada petang Jumaat, dengan menggunakan software Nokia PC Sweet dan kabel USB Ss telah memasukkan Semua software Talx ke kad memory.  Apabila selesai, dengan bantuan anak saudara Ss, Ss telah berjaya menginstall semula Talx itu.  Selepas itu, terpaksalah pulak atur kesemua setting dalam telefon itu.

 

Ha, itulah cerita pasal hp Ss yang terpaksa diformat semula.

Edisi Pagi : Cadangan Resolusi BPN Mengutuk Tindakan Karpal Sing isu CELAKA -Malaysiakini


Jajarkan ke Kanan                                                          bpn-tiger-red.jpg picture by azzuhrie

BPN dengan ini mengambil keputusan mengeluarkan resolusi berkenaan tindakan Karpal Singh yang terang dan jelas ingin menaikkan kemarahan bangsa Melayu dan Muslim berhubung tindakannya mencarut perkataan CELAKA beberapa hari yang lalu di Parlimen. Meskipun sudah ditarik kembali namun ia tetap didengar dan dibaca oleh rakyat Malaysia.

BPN merasakan tindakan beliau sangat tidak wajar menggunakan perkataan CELAKA kepada pemuda UMNO tersebut, apatah lagi dengan menuduh Pemuda UMNO sebagai pihak yang telah menghantar dua butir peluru kepadanya tempoh hari. Ini sangat berbahaya kepada suasana harmoni negara kita dan juga boleh menaikkan sentimen kebencian yang boleh memudaratkan orang awam yang tidak berdosa.

[eae5c8038ede9070f27bc57d280a0dec.jpg]

Permainan politik keterlaluan ini boleh menimbulkan huru hara di negara kita jika tidak dibendung dengan segera oleh pihak yang berwajib. 

Seperti mana yang kita tahu bahawa DAP dan Pakatan Rakyat memang sudah terang terangan sejak dahulu hingga kini cuba menyentuh beberapa isu sangat sensitif negara kita dengan sengaja dan jelas ada niat jahat di sebalik tindakan mereka.Isu babi,azan,tanah,papan tanda jawi,Hindraf adalah contoh yang boleh kita nampak telah dipolitikkan sebelum ini.



Meskipun sudah diberi amaran oleh Raja Raja kita agar isu isu sensitif tersebut jangan diusik atau dicabar oleh mana mana pihak, namun mereka seperti tidak mendengar atau memahami atau menghormati titah Raja kita yang menjadi RUKUN NEGARA yang kedua ( Kesetiaan Kepada Raja dan Negara )  yang sangat penting sehingga diletakkan di kedudukan tersebut selepas keimanan kita kepada Allah Yang Maha Esa, 

BPN dengan ini merasa terpanggil untuk membuat satu Resolusi bersama oleh rakan rakan Blogger BPN agar semua dapat menyedari tindakan Karpal ini sangat berbahaya dan perlu dikutuk oleh kita semua. Jika kita masih sayangkan negara yang menjadi tempat kita bernaung selama ini.


HIDUP BPN !!!

SATU SUARA SATU ARAH SATU AKIDAH...


Disediakan :

Panglima Perang Cyber
Yang Dipertua Blogger Pembela Negara.

28 Februari 2009

Visually Impaired Users - How To Help Them - Accessible WebDesign

 

Visually Impaired Users - How To Help Them

Introduction

A fairly large percent of Internet surfers are visually impaired. Whether members of this group are blind, colour blind or do not have the vision they once had, it's important their needs are recognised.

The point of this article is to bring awareness to web designers about the importance of making web sites accessible, aiding visually impaired users and the HTML guidelines to creating a universal design solution.

Visually impaired users represent a large part of the Internet community who use online services such as online shopping, or online banking. Web applications and web sites should take into account visually impaired users as well as those with 20/20 vision.

Identifying the audience - Issues to address

Before proceeding the web designer (or web developer team) need to know exactly what sort of audience a certain site has. By identifying difficulties they can make significant changes to suit that specific audience and make the web site more accessible to them.

People with visual difficulties:

  • May be colour blind.
  • May be completely blind or partially sighted.
  • May suffer from disabilities preventing them from reading or comprehending text properly (for example dyslexia).
  • May not be able to read small text - a large segment of the population could be affected.

The web designer has to keep all these issues in mind when designing a web site to suit certain needs and standards. There are several alternate browsing methods used by the visually impaired to make Internet browsing more comfortable and enjoyable.

Browsing alternatives for visually impaired users

Over the past few years, some browsers have been developed especially for people with disabilities. These include products with optical character recognition, screen magnifier, screen readers, voice recognition, speech synthesisers, etc. Below are only some of them

  • Braillesurf - BrailleSurf is an Internet browser for visually impaired users, which allows a simplified reading of the information available on the Web. BrailleSurf 4 shows this information in a text form. This information can then be displayed on a Braille bar, or it can be spoken out by a speech synthesiser. The text can also be presented on the screen according to the needs of partially sighted people.
  • BrookesTalk - BrookesTalk is a under development by Oxford Brookes University and is a function key driven Web Browser for blind and visually impaired users, providing keyboard only accessibility using the function keys. It also provides a configurable large text window for partially sighted users and a standard visual browser so that users can work together with sighted workers. Quick views of web pages are provided using information retrieval and natural language processing techniques.
  • ALVA Braille - Offering screen readers and Braille displays. A screen-reader is used to allow navigation of the screen presented by the operating system, using speech or Braille output.

Is there still need for intervention in a web site design?

We've established the fact that there are tools and software on the market to help the visually impaired in surfing the Internet. The question now arises, is there still need for the web designer to tweak and improve the design for this particular group?

Poor design is the biggest impediment in alternate browsing

Browsers and tools developed for disabled people read the source code of the web page and then render it in the way they were designed: either Braille output or speech output. If the web page is poorly constructed the alternate browser will encounter difficulties in interpreting it correctly and prevent the web page from making sense to the user. This is where the web designer has a crucial role.

Validate the code of your website

Using standard HTML syntax means avoiding important errors that could appear in the source code. Syntax errors prevent interpretation of the source code by alternate browsers and make it difficult to the user to take in the information.

Using tables requires extra care

Considering the way table cells and rows are actually written in the source code, it's important to make sure that a source code interpreter extracts the information in the order it was meant to be read. For example, including text in vertical columns instead of rows can create confusion because the source code first displays the cells in a row before reading the second column cell. Severe gaps could appear in the natural information flow.

ALT and TITLE as descriptive elements

Because visually impaired users are often unable to see pictures, they rely heavily on the description associated with them. ALT tag for images and TITLE tag for other elements have become increasingly important in order to fully describe all elements of a web page.

Using less graphics is more for all users

Using graphics intensive interfaces for the web may work for the average Internet user but the visually impaired person has no ability to fully retrieve the message transmitted by graphics, even by using an ALT tag. Using less graphics not only reduces load time for all your users but may prove to be less stressful and distracting to the average user as well as the visually impaired.





Back to Website Builder Tips: Making A Web Site Accessible


Other Accessible Web Design articles

Kemudahan mesra OKU



Oleh Rosmaliana Aida Mohd Adnan
rosmaliana@hmetro.com.my

PETALING JAYA: Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) sentiasa meningkatkan kemudahan asas yang lebih mesra pengguna bagi orang kurang upaya (OKU) bagi mengelak golongan itu rasa terpinggir.

Ahli Majlis MBPJ, A Siva Balan berkata jika sebelum ini, MBPJ menyediakan kawasan siar kaki serta tempat letak kereta mesra OKU, kini terdapat pula tandas awam yang memenuhi kriteria diperlukan golongan terbabit.

Menurutnya, MBPJ adalah pihak berkuasa tempatan (PBT) pertama menyediakan kemudahan mesra OKU di kawasan persekitaran awam.

"Golongan OKU boleh melakukan aktiviti harian seperti biasa, tetapi memerlukan bantuan ketika melakukannya.

"Disebabkan faktor itulah, golongan ini perlu mendapatkan kemudahan sewajarnya untuk membolehkan mereka berdikari," katanya ketika berucap dalam sesi penggulungan Mesyuarat Penuh MBPJ di sini, semalam.

Malah, kejayaan MBPJ ini, katanya, turut menarik minat dua PBT lain iaitu Majlis Perbandaran Hulu Langat dan Majlis Perbandaran Selayang.

Siva Balan berkata, keberkesanan projek dilakukan MBPJ untuk golongan OKU sedikit sebanyak menjadi perintis kepada sikap keterbukaan PBT lain untuk mencontohinya.

"Ia sesuatu yang di luar dugaan, tetapi saya bersyukur kerana sekurang-kurangnya golongan OKU kini boleh menjalani kehidupan lebih bermakna dan tidak lagi perlu bimbang untuk keluar ke mana-mana," katanya.

Sementara itu, Datuk Bandar MBPJ, Datuk Mohamad Roslan Sakiman, berkata sesiapa pun berhak menempuh kehidupan yang normal sama ada mereka tergolong dalam OKU ataupun tidak.

Khamis, Februari 26, 2009

Suara perempuan

Ha, di tengah-tengah malam ni Ss mai.  Tertimbul pulak ilham nak menekan papan kekunci ni.  Sajalah kan nak menulis.

 

Ni cerita pasai suara perempuan ni.  Tertimbul idea nak nulis.  Hantam sajalah labu.

 

Lazimnya, orang buta ni, dia banyak menggunakan pendengaran.  Suara perempuan ni kan, ada yang lembut sesangat, ada yang kasar macam nenek eee’eee’eee’eee’eee’eee tak berkenan aku.

 

Suara anak mami ni, ada yang kasar.  Walau pun anak dara, tapi kasar.  Tak sedaplah.  Tetapi, walau pun suara depa kasar, tapi jangan play-play o, hantaran menikah mahai o.  Hidung depa tinggi. tu orang cerita kat Ss lah, Ss bukan nampak pun.  Orang cerita, Ss habak mailah kat sini.

 

Suara perempuan Kedah ni, yang Ss jumpa, banyak yang lembut no?  hat cina pun sama jugak.  Tapi ada jugak suara anak dara cina hat kasar.  India pun sama.  Tak minatlah kasar-kasar ni.

 

Kalau mai Pulau Pinang, banyak awet’s melayu, suara depa amboi, lembut betul.  Kot depa ada campok mami kot no?  Tapi walau pun suara lembut, ada yang dah tua kerepot o.  Itu orang beritahulah Ss bukan nampak pun.  Tapi Ss biasa pegang tangan anak mami.  Ha, lembut o.  Bukan saja-saja gatai nak pegang, pegang pasai nak ambik barang.

 

Suara anak-anak dara cina kat Pulau Pinang ni pun bolehlah tahan kelembutannya.  Tapi depa ni, suka pakai skirt lah.  Tapi tak apalah Ss bukan nampak pun.

 

Ha, Perak pulak, banyaklah suara anak-anak dara melayu yang lembut dan halus belaka.  Ini yang Ss dapat dengar bila singgah di perak masa dalam perjalanan ke Kl dengan bas ekspress.  Dan kat radio perak pun, kalau anak dara yang call, mesti suara cun habis.

 

Mai pulak KL, wah, suara anak dara belah KL ni, lembut jugak.  Selalu jumpa depa melepak kat shopping complex.  Rambut depa lawa o.  Ini orang ceritalah, Ss bukan nampak pun.

 

Ha, kalau Johor, anak darakah, mak darakah, mejoritinya, lembut-lembut belaka.  Kadang tu tak sangka, suara yang lembut tu, anak dah macam gerabak kereta api.  Jadi, jangan terkena.

 

Ha, kelantan.  mejoritinya suara kasar.  Tak sedaplah.  Kadang ingat dia tu dah tua kerepot, rupanya anak dara lagi.  Yalah suara macam nenek.  Terengganu pun sama jugak.

 

Ha Sarawak ok.  Sedapnya suara depa.  Aku ada beberapa kawan yang dapat aku dengar suara mereka.  memang sedap.

 

Sabah pun sama jugak.  Eh, perempuan Sabah dan sarawak lawa o.  Ini orang katalah, Ss bukan nampak pun.  Suara perempuan Sabah ok tu.  Tapi, suara Mawar Berduri kat Sabah tu, ok kah ha?

 

ya itulah tadi encik-encik sekelian, definasi suara perempuan oleh Ss yang oku penglihatan.  Ok lah sekarang nak pergi tidur.  Esok, kena bangun awal.  Nak dengar kartun Hamtaro kat tv9 jam 8:30 pagi.

Rabu, Februari 25, 2009

Institusi Raja perkasa kedaulatan negara

http://www.bharian.com.my/Wednesday/Rencana/20090224223526/Article/print_html
Berita Harian Online 
--------------------------------------------------------------------------------
 
Institusi Raja perkasa kedaulatan negara
Oleh Mohd Ayob Abd Razid
 
IDEA Raja Berperlembagaan lahir daripada cadangan Suruhanjaya Reid (1956). Suruhanjaya ini diberi mandat untuk menggubal Perlembagaan bagi Persekutuan
Tanah Melayu seperti termaktub dalam Perjanjian London 1956.
 
Di antara cadangan dikemukakan ialah negara hendaklah berlandaskan prinsip demokrasi, mewujudkan sebuah Kerajaan Pusat dan Raja Berperlembagaan.
 
Laporan Suruhanjaya Reid diterbitkan pada Februari 1957 dan Parlimen British menerima cadangan itu pada Mei 1957. Ia kemudiannya disahkan Majlis Perundangan
Persekutuan Tanah Melayu pada 17 Ogos 1957.
 
Sebenarnya, idea Raja Berperlembagaan yang berasaskan perlembagaan Barat mula bertapak di Johor apabila Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor diperkenalkan
oleh Sultan Abu Bakar pada 1895. Undang-undang terbabit menyerap unsur demokrasi dan sistem Raja Berperlembagaan.
 
Misalnya, dalam aspek pentadbiran negeri, Raja dibantu oleh sebuah Majlis Mesyuarat Kerajaan yang menyerupai Parlimen. Majlis Mesyuarat Kerajaan terdiri
daripada Majlis Negeri dan Jemaah Menteri.
 
Untuk memastikan kedudukan Raja menjadi lebih mantap dan dihormati, maka pada 18 Januari 1993 kerajaan meminda Perlembagaan Persekutuan berhubung kekebalan
(immunity) Raja-Raja kerana pengecualian Raja-Raja daripada tindakan undang-undang tidak lagi dilihat selari dengan perubahan zaman.
 
Rakyat perlu juga dilindungi daripada dianiaya atau dizalimi oleh Raja. Pastinya, kita tidak mahu berlaku seperti dicatat dalam kitab Sejarah Melayu mengenai
Raja Muhammad, anak Sultan Mansur Shah membunuh Tun Besar hanya disebabkan destarnya tercampak ditimpa bola raga yang disepak oleh Tun Besar.
 
Akibat tindakan zalim anak raja itu, rakyat Melaka tidak sanggup berajakan putera berwatak ganas itu seperti diungkap Bendahara: �Hamba Melayu tiada pernah
durhaka, tetapi janganlah kita bertuankan anak raja seorang ini�. Malah, Sultan Mansur Syah tidak menyebelahi anaknya. Baginda bertitah: �Celakalah si
Muhammad ini. Hai Muhammad, apalah dayaku, engkau ditolak bumi Melaka�.
 
Apa pun, kita tidak mahu institusi raja berpindah ke muzium seni dan budaya seperti diungkap Sultan Azlan Shah ketika dianugerahkan Doktor Kehormat Undang-undang,
di Majlis Konvokesyen, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang pada 29 Jun 1980.
 
Justeru, kefahaman rakyat terhadap Raja Berperlembagaan mestilah jelas. Anggapan bahawa peranan Raja hanya bersifat �ceremonial� atau sebagai simbol untuk
keraian semata-mata adalah tersasar daripada peranannya yang sebenar. Peranan institusi Raja di negara kita jauh berbeza dengan Raja di England apabila
fungsi Queen adalah sepenuhnya berbentuk �ceremonial�.
 
Di sisi yang lain pula, Raja kita berbeza dengan kedudukan Raja di Arab Saudi iaitu Raja di negeri terbabit memiliki kuasa eksekutif dan kuasa mutlak yang
tidak boleh dipersoalkan langsung.
 
Di negara kita, Raja mempunyai kuasa tersendiri mengikut peruntukan Perlembagaan tetapi menjalankan tugas serta mengambil tindakan di atas nasihat Perdana
Menteri (Menteri Besar untuk negeri).
 
Artikel 38 (4) jelas menyatakan bahawa keistimewaan dan kedudukan Raja tidak boleh disentuh oleh mana-mana undang-undang kecuali dengan persetujuan Majlis
Raja-Raja. Sultan dan Raja bukan ahli politik yang sentiasa menonjol diri di pentas politik. Namun, dalam sejarah tanah air, institusi Raja memainkan peranan
cukup penting dalam mempertahankan hak dan kedudukan orang Melayu.
 
Sejarah membuktikan bahawa di dalam Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948, Majlis Raja-Raja diberi kuasa untuk meneliti pelbagai perkara berkenaan pentadbiran
Kerajaan Persekutuan ketika itu. Raja seolah-olah bertindak sebagai wakil kepada rakyat untuk mengimbangi kuasa British waktu itu.
 
Beberapa institusi Melayu yang wujud hari ini seperti kedudukan Islam, bahasa Melayu, hak istimewa Melayu, tanah rizab Melayu dan Rejimen Askar Melayu
Diraja adalah diperjuangkan oleh Raja Melayu kerana ketika itu parti politik Melayu belum wujud. Perkara terbabit adalah identiti dan jati diri negara
yang dimaktubkan dikuatkuasakan dalam Perlembagaan dan undang-undang.
 
Justeru, cubaan mempertikai, apalagi cubaan menghapuskannya adalah suatu usaha jahat yang harus ditentang. Perlembagaan yang ada hari ini juga meletakkan
peranan Majlis Raja-Raja mempunyai kuasa tertentu berdasarkan bidang kuasa diperuntukkan di bawah Perlembagaan Persekutuan, khususnya perkara 38(2) dan
beberapa peruntukan lain.
 
Lebih jauh daripada itu, Perkara 38(2) Perlembagaan Persekutuan mengizinkan Raja-Raja membincangkan apa saja hal berkepentingan nasional. Namun, baginda
ada caranya tersendiri. Misalnya, pada setiap kali sesi pembukaan sidang Dewan Rakyat, maka titah ucapan baginda turut menyentuh perkara berkaitan hal
nasional termasuk menegur hal berkaitan pentadbiran kerajaan yang kemudiannya akan dibahas oleh ahli Dewan Rakyat.
 
Selaku institusi yang bertindak sebagai Kepala Utama Negara bagi Persekutuan (Artikel 32), maka tidak wajar bagi mana-mana pihak mempersoalkan kedudukan
dan kedaulatan Raja-Raja, apatah lagi bersikap biadab dan tidak berakhlak terhadap baginda.
 
Kedudukan Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara yang memayungi seluruh rakyat dan negeri di dalam persekutuan dan kedudukan Sultan-Sultan sebagai
ketua negeri dan pelindung kepada rakyat harus dihormati semua pihak. Jangan kerana kebencian politik, maka Sultan dan Raja-Raja Melayu dicaci dan dihina.
 

Sayugia diingat, dengan ada institusi Raja inilah, maka negeri yang ada dalam persekutuan menikmati kestabilan, kemakmuran dan pembangunan. Raja juga adalah
lambang kedaulatan negara. Kesetiaan kepada Raja dan negara adalah sebahagian daripada konsep �kedaulatan� yang sudah wujud sejak zaman Kesultanan Melayu
Melaka.
 
Pencapaian dan keagungan Melaka sebagai pusat politik kesultanan Melayu dikaitkan secara langsung dengan kuasa, keperibadian dan wibawa Raja. Dari sini
lahirlah lafaz kalimat �daulat Tuanku� iaitu istilah konseptual dalam budaya dan politik Melayu. Yang nyata, proses dan organisasi pentadbiran kerajaan
Kesultanan Melaka atau mana-mana kesultanan Melayu ketika itu akan berjalan dengan licin dan lancar apabila kuasa dan wibawa Raja dilaksana dengan baik.
 
Penulis ialah Ketua Unit Komunikasi Media di Jabatan Hal Ehwal Khas, Kementerian Penerangan

Selasa, Februari 24, 2009

Guru yang kurang ajar, atau anak murid yang kurang ajar?

Masa zaman persekolahan Ss, kami begitu menghormati guru.  Guru ibarat satu cahaya lilin buat kami.  Pada masa itu, kalau kena marah atau denda dengan guru, tak berani nak beritahu keluarga bila balik.  Kalau keluarga dapat tahu, hmm, siaplah.

 

Di waktu itu, kami amat menghormati guru.  kami tidak berani melawan cakap guru.  perintah guru adalah mutlak bagi kami.  Tidak boleh dibantah.  Sehingga sekarang, kalau berjumpa dengan guru, pasti kami akan menghormati dan memanggil cikgu padanya.

 

Itu, cerita masa persekolahan Ss dan rakan Ss.  Bagaimana sekarang?  Adakah ianya berbeza dari dahulu?

 

Sekarang, murid-murid menjadi raja.  Guru langsung tak boleh nak tegur anak muridnya.  Apatah lagi jika mendendanya.  Nanti siaplah, si ibubapa akan datang menyerang tanpa usul-periksa.  Sementara anak murid ini, mungkin akan bertindak ke atas guru mereka seperti memecahkan cermin kereta, memancitkan tayar kereta guru atau membawa geng-geng mereka menyerang guru.

 

Bolehlah disimpulkan, ibubapa juga menyumbang kepada masalah murid yang langsung tidak menghormati guru sekarang.  Guru marah sikit, guru tegur sikit, apabila diberitahu kepada ibubapa mereka, wah, ibubapa mereka akan datang menyerang guru tersebut.  Ibubapa itu akan kata, anak mereka baik dan tak jahat.  Ss sendiri pun rasa hairan dengan tabiat ibubapa sekarang yang mempercayai cakap anak-anak mereka bulat-bulat tanpa menjalankan siasatan segala laporan dari anak-anak mereka itu.  Ss berani berkata, masalah sosial remaja juga, puncanya dari sikap ibubapa itu sendiri yang terlampau mempercayai anak-anak mereka.

 

Anak-anak sekarang, telah sangat-sangat dimanjakan oleh ibu dan bapa mereka.  mereka diberi segala keperluan duniawi.  Contoh telefon, duit dan segala macam barang yang lain.  Mereka ini lebih sibuk mencari duit dengan alasan, untuk anak-anak mereka.  Keperluan duniawi diberi, tetapi kasih-sayang, langsung tiada.

 

Dan, apabila guru-guru memarahi anak-anak mereka, mereka akan marah atau pun kadang-kadang, sanggup membawa kes ke mahkamah untuk membela anak mereka yang kononnya bersikap baik dan berbudi-bahasa.

 

Tidak menghairankan apabila ada suara-suara berkata, guru sekarang, tidak akan memperdulikan anak muridnya yang malas atau tidak mahu mengikut perintah.  Buat apa nak ambik berat?  Buat apa nak peduli kalau segala penat-lelah tidak dihargai oleh si ibubapa?  Kalau Ss di pihak guru pun, Ss biarkan saja.

 

Adakah guru yang kurang ajar, atau murid yang kurang ajar?

Pakatan Rakyat hanya pandai janji atasi miskin tegar

http://www.bharian.com.my/Tuesday/Rencana/20090224065708/Article/print_html
Berita Harian Online 
--------------------------------------------------------------------------------
 
Minda Pengarang: Pakatan Rakyat hanya pandai janji atasi miskin tegar
 
ENGAKUAN terbuka kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang yang gagal menghapuskan kemiskinan tegar di negeri itu seperti dijanjikan hampir setahun lalu, menunjukkan
pemimpin pembangkang lebih mudah membuat janji daripada melaksanakannya. Jika selama ini kita mendengar mereka berkempen dengan janji muluk semudah mulut
bercakap untuk menyelesaikan semua masalah rakyat sekiranya memerintah atau memenangi pilihan raya, hakikatnya tidak semudah itu. Namun, apabila mendapat
peluang memerintah dan berdepan dengan masalah, pelbagai alasan pula diberikan untuk menutup kelemahan pentadbiran seperti dilakukan Ketua Menteri Pulau
Pinang, Lim Guan Eng yang menjadikan kesukaran membuka akaun amanah sebagai alasan. Menangani kemiskinan, termasuk kemiskinan tegar tidak boleh diselesaikan
dalam masa singkat kerana ia meliputi perubahan secara bertahap membabitkan kejuruteraan sosial menyeluruh. Ia bukan boleh diselesaikan sekelip mata seperti
retorik pembangkang ketika berkempen atau janji dalam manifesto pilihan raya. Banyak pertimbangan perlu dilakukan untuk mengubah kehidupan dan sosial masyarakat
daripada kelompok miskin. Selama ini, Kerajaan Persekutuan mengambil masa setengah abad untuk mengatasi masalah kemiskinan di kalangan penduduk seluruh
negara dan berusaha gigih mengurangkan kadar miskin tegar dengan pelbagai program jangka panjang yang diperkenalkan.
 
Ternyata usaha singkat Pakatan Rakyat Pulau Pinang menangani kemiskinan dalam tempoh setahun, tentulah boleh dipersoalkan. Langkah menangani kemiskinan
tegar bukan setakat memberi bantuan segera kewangan menerusi akaun amanah, malah lebih daripada itu diperlukan untuk mengubah minda mereka supaya melihat
perubahan diri dan keluarga. Proses untuk mengubah diri tidak boleh dilakukan dalam masa singkat, umpama pepatah 'lebih baik memberi kail untuk memancing
daripada memberi ikan setiap hari.' Perubahan secara menyeluruh, termasuk memberi pendidikan kepada anak kumpulan berkenaan amat perlu bagi memastikan
rantaian kemiskinan yang melingkari dapat diputuskan supaya lonjakan status berlaku. Sebenarnya, kelompok berkenaan bukan saja miskin harta benda, malah
turut miskin minda dan berasa rendah diri terhadap persekitaran mereka. Hanya dengan suntikan sosioekonomi yang berterusan, masalah berkenaan dapat dihapuskan.
Memetik kenyataan, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Tan Sri Muhammad Muhd Taib pada Ogos tahun lalu, Kerajaan Persekutuan mengambil masa 50 tahun
berusaha menghapuskan kemiskinan dan kemiskinan tegar, tetapi kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor dan Pulau Pinang menetapkan seolah-olah mereka dapat
menyelesaikannya dalam tempoh setahun. Ada kira-kira 324 keluarga miskin tegar di seluruh Pulau Pinang dengan pendapatan kurang daripada RM400 sebulan.
Timbul persoalan kepada kita mengenai perancangan kerajaan Pulau Pinang, terhadap usaha membasmi miskin tegar. Berbanding kerajaan negeri lain berdepan
dengan jumlah kes yang banyak, ternyata kes miskin tegar di negeri itu cukup kecil, iaitu kurang daripada 500 kes. Kita berharap selepas ini tiada lagi
alasan diberikan jika gagal menunaikan apa dijanjikan kerana rakyat sedang melihat perkembangan pembangunan di negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat.

Melayu jangan menang sorak tanah air tergadai

http://www.bharian.com.my/Tuesday/Rencana/20090224065627/Article/print_html
Berita Harian Online 
--------------------------------------------------------------------------------
 
Melayu jangan menang sorak tanah air tergadai
Oleh Md Shukri Shuib
 
BELUMPUN reda polemik politik di Perak yang menyaksikan kejatuhan kerajaan negeri pimpinan pakatan pembangkang, kini negara perlu pula menyaksikan satu
lagi pertarungan baru dalam aplikasi demokrasi berparlimen. Dengan 'dua bukit' bakal memperlihatkan detik bukan saja pertandingan, malah lebih daripada
itu ia dilihat sebagai detik penentu kepada pengundi untuk menjadi penganalisis dan penentu kepada situasi politik negara yang rencam hari ini.
 
Pilihan raya kecil kerusi Parlimen Bukit Gantang diadakan berikutan penyandangnya daripada Pas, Roslan Shaharum, 50, meninggal dunia, akibat serangan jantung,
manakala kerusi Dewan Undangan Negeri Bukit Selambau, kosong berikutan peletakan jawatan V Arumugam. Satu lagi 'bukit' juga kemungkinan mengundang satu
lagi pilihan raya kecil berikutan peletakan jawatan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun), Bukit Lanjan, Elizabeth Wong yang berdepan isu penyebaran gambar
separuh bogel, tetapi Parti Keadilan Rakyat (PKR) belum menerima peletakan jawatannya itu.
 
Untuk itu, negara seolah-olah 'dibebani' oleh ketidaktentuan dan polemik berpanjangan serta berlaku bertali arus dan ini pastinya berlaku disebabkan oleh
percaturan pengundi yang seolah mencari haluan baru pada Pilihan Raya Umum Ke-12 lalu. Akibat percaturan mencari haluan baru itu, maka ia memberikan dampak
besar kepada peralihan corak pentadbiran serta mempengaruhi perspektif politik dan keselamatan serta kestabilan negara.
 
Terlalu ghairah untuk mencorakkan kononnya 'pembaharuan' maka berslogankan tindakan untuk melakukan 'perubahan kerajaan' atau 'regime change' maka dogma
itu menjadikan pengundi berfantasi sehingga lupa akan keperluan strategik negara. Akibatnya, soal siapa calon pembangkang yang diletakkan pakatan terbabit
langsung dianggap sebagai ikon perubahan, atas sifat dan sentimen tidak menentu yang 'anti-BN'.
 
Tidak pasti kenapa sentimen 'anti-BN' itu menjadi ketara hinggakan pengundi seolah gelap mata dalam membuat pilihan. Sebab itulah timbul pelbagai isu serta
tahap kelayakan sebenar seseorang wakil rakyat, terutama daripada pihak pembangkang apabila saja kemenangan berpihak kepada mereka.
 
Selain itu, juga sentimen 'anti-BN' pengundi pada pilihan raya umum lalu, secara automatik memberikan ledakan yang tidak seimbang dari segi perwakilan
dalam badan legislatif yang secara majoriti terpilih menjadi kerajaan.
 
Lihat saja dalam kes Perak, pembangkang dilihat tidak seimbang perwakilannya dalam badan legislatif, apatah lagi dalam hal merujuk kepada perwakilan sesuatu
kaum bagi Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.
 
Sebelum Pakatan Rakyat tumbang, kekuatan Melayu dan bukan Melayu dalam Pakatan Rakyat adalah bernisbah 9:21, justeru tidak hairanlah dengan Pas menyandang
jawatan Menteri Besar, namun keanggotaan Exco didominasi bukan Melayu menerusi DAP dan PKR. Bagi BN pula, dominasi Melayu menerusi Umno menjadi ketara
dan kini sebagai sebuah kerajaan negeri, ahli legislatif Perak yang berpihak kepada BN adalah Melayunya seramai 29 ahli dan hanya dua bukan Melayu, iaitu
satu MCA dan satu lagi Bebas.
 
Kini negeri Perak terpaksa berdepan realiti politik baru, sementara menanti Pilihan Raya Umum Ke-13 dengan mendepani dua situasi sama ada dengan BN sebagai
kerajaan yang didominasi Melayu atau terus membiarkan Pakatan DAP-PKR dan Pas dengan dominasi tentunya berpihak pada DAP sebagai punca kuasa yang semua
ahli legislatifnya adalah bukan Melayu.
 
Ingatan jelas kepada umat Melayu di negeri-negeri Melayu bahawa menerusi demokrasi dan undi diberikan, sekiranya tidak benar-benar diperhalusi, maka kepentingan
survival Melayu mampu tergadai. Perak saja sudah lebih 10 bulan berada di bawah dominasi bukan Melayu sebagai kuasa pentadbir, pastinya faham akan kewujudan
polemik politik baru yang berpaksikan kepada kerakusan kuasa daripada khidmat sebenar sebuah kerajaan kepada rakyat.
 
Dalam konteks demokrasi, undi adalah 'kuasa rakyat' dan adalah juga sebagai 'amanah'. Bagi umat Islam, amanah yang dipikul dan diseru untuk ditunaikan
itu perlulah ditunaikan dalam kadar mempertimbangkan kepentingan siasah agama, bangsa dan negara melebihi mana-mana aspirasi taklik politik berunsur ideologi
dan kepartian.
 
Apa gunanya sibuk dengan membangkang, namun negeri tergadai di tangan sendiri. Tangan yang mengundi adalah tangan 'pembina' atau juga tangan 'pembinasa'.
Inilah kepentingan 'undi' dalam konteks permainan demokrasi masa kini. Sifat 'anti' tanpa sebab harus dihentikan, malah pengajaran lalu terutama di Perak
dan juga dalam konteks Bukit Selambau harus menjadi pedoman.
 
Disebabkan sifat 'anti' yang wujud, maka perwakilan yang dipilih terbukti tidak bersifat sebagai pemimpin bermoral patut dijadikan pengajaran. Ini bukti
bahawa demokrasi yang melaungkan 'hak' dan kebebasan juga mampu membawa kebinasaan. Kini aspirasi nasional wajar menjadi keutamaan, di sebalik usaha menstabilkan
situasi politik negara seiring masa krisis ekonomi yang menuntut persepsi baik dunia antarabangsa terhadap Malaysia.
 
Jika segala-galanya taklik dengan demokrasi dan kebebasan serta kononnya adalah hak individu untuk memilih, maka dengan itu juga kepentingan survival generasi
masa depan bangsa ini tergadai, maka 'dosa-dosa' ditanggung umat ini kerana menjadi 'tangan pembinasa' kepada agenda agama, bangsa dan negara itu sendiri.
 
Dalam politik Malaysia, asas demokrasi perlu dilihat bangsa Melayu sebagai aset strategik kelangsungan negara ini untuk berada di bawah pentadbiran anak
watan bangsa Melayu itu sendiri. Bukan hanya Melayu itu menjadi boneka politik, di mana gambarnya digantung di segala pelosok pejabat sebagai kenangan
jawatan bagi sesuatu institusi, malah ia perlu disertakan keupayaan strategik 'berkuasa' dalam menjaga kepentingan dan survival anak watan negeri dan negara
ini.
 
Tragedi politik Perak harus menjadi pengajaran dalam iktibar aplikasi demokrasi dalam erti pemerkasaan strategi bangsa menghadapi percaturan baru politik
dunia semasa. Jika masyarakat Melayu masih alpa dan leka, serta lebih gemar menjadi hero politik berpaksikan bangkangan sebagai wadah percaturan politiknya,
maka susutlah 'aset bangsa' dan berpecahlah nilai 'kuasa' yang ada.
 
Sementara pada satu pihak pula, jika masih sibuk dengan sikap dan peranan elitis mereka dengan mengejar pangkat dan darjat serta melihat politik sebagai
wadah 'kontrak' serta wang berjuta, maka Melayu yang terbina kekayaannya ibarat 'hamba' di bumi sendiri sedang dengan wang berjuta, negeri tergadai dan
rakyat binasa.
 
Pepatah 'biar mati anak jangan mati adat' yang kini dianggap tidak relevan dengan situasi sudah menyebabkan 'derhaka' dianggap sebagai hero dan sanjungan
sedang yang 'taat' sebagai kerdil dan ketakutan.
 
Inilah dogma politik yang jika dibiar, negara akan runtuh sistem kestabilannya. Negara yang terbina sistem dan aplikasi politik sejak 51 tahun lalu, bahkan
sejak 1940-an lagi sudah digerakkan pembinaan bangsa dan negara, kini di ambang krisis.
 
Krisis yang berlaku wajar segera diperbetulkan. Wadah 'undi' adalah saluran utama dalam aplikasi bernegara di Malaysia dan hak undi kepada negara lebih
utama daripada hak undi bersifat individualis. Rasionalisasi politik lebih utama daripada membina ketaksuban sehinggakan fikiran strategis bangsa tergadai
selama-lamanya.

Isnin, Februari 23, 2009

kedai urut rakan

hello, kalau berminat, silalah buka lampiran yang dikepilkan ini.

Di luar lingkaran: Isu derhaka, krisis moral dan tuntutan kewarasan

Di luar lingkaran: Isu derhaka, krisis moral dan tuntutan kewarasan
Oleh Johan Jaaffar
 
Bangsa Melayu semakin kurang dihormati
 
ISU penderhakaan tiba-tiba meledak. Sudah sekian lama kita tidak mendengar perdebatan mengenai soal derhaka. Derhaka merupakan perkataan yang membawa makna
yang besar dalam budaya Melayu. Malah ada semacam perhitungan tidak bertulis bahawa ia menjadi tabu pertama dalam masyarakat Melayu. Derhaka menjadi sebahagian
psyche Melayu dalam konteks sistem sosial mereka.
 
�Orang Melayu pantang derhaka� menjadi ungkapan yang diguna pakai dalam mendefinisikan �persetiaan� di antara Raja dan rakyat. Mungkin ada benarnya ungkapan
itu dicipta bagi memberikan legitimasi pada kekuasaan Raja-Raja selama ini. Malah seperti banyak mitos, lagenda dan konsep yang membabitkan institusi Raja
sejak zaman berzaman, sebahagian besarnya diwujudkan bagi menandakan kelainan, keistimewaan dan keunikan golongan yang memerintah.
 
Konsep kesetiaan dalam masyarakat Melayu turut membentuk sikap, nilai dan citra bangsa itu. Dalam masyarakat yang berpegang pada prinsip kepatuhan nilai-nilai
bermasyarakat, perlu wujud sistem hukuman dan balasan yang setimpal pada setiap perlakuan dan salah laku. Kawalan atau sanction ke atas masyarakat dicorakkan
oleh hukum agama dan adat selain undang-undang atau hukum kanun.
 
Dalam kaitan ini wujud juga pengertian adab, tata susila dan akhlak. Masyarakat Melayu berpegang pada nilai-nilai sedemikian bagi memastikan kelangsungan
atau survivalnya sebagai bangsa. Tanpa semua itu, mereka sedar masyarakat akan binasa, berpecah belah dan menuju anarki. Isunya bukan sangat mempertahankan
kedudukan Raja-Raja Melayu tetapi untuk memastikan bangsa itu mempunyai peraturan dan perundangan yang jelas. Tidak ada bangsa yang dapat bertahan sekiranya
nilai-nilai kepatuhan bersama itu dirosakkan.
 
Memang orang Melayu pernah menderhaka. Atau menunjukkan penentangan terhadap Raja. Tetapi berdasarkan catatan sastera, akibat perbuatan itu langsung dan
serta-merta.
 
Kitab Sejarah Melayu dan kitab-kitab Melayu yang lain sememangnya berlaku adil dalam soal ini. Malah dari Sejarah Melayu kita mengetahui bagaimana bermulanya
�persetiaan� di antara Raja dengan rakyat di Bukit Seguntang. Sang Sapurba yang mewakili Raja-Raja Melayu meminta orang Melayu jangan derhaka pada anak
cucu baginda sementara Demang Lebar Daun yang mewakili rakyat memohon agar anak cucunya jangan dizalimi oleh Raja-Raja Melayu.
 
Dalam sejarah bangsa Melayu Raja zalim mendapat pembalasan seperti juga hamba rakyat yang menderhaka. Maka itu ungkap �Raja adil Raja disembah, Raja zalim
Raja disanggah� menjadi semacam pedoman bagi Raja-Raja Melayu. Dari kisah kezaliman Sultan Mahmud Melaka hinggalah peristiwa Sultan Mahmud di Johor yang
membunuh isteri panglimanya kerana buah nangka, prinsip itu diguna pakai zaman berzaman. Dalam konteks Laksamana Bentan yang menikam Raja yang sedang dijulang,
sumpahnya dikatakan berkekalan tujuh keturunan. Banyak insiden yang menunjukkan bagaimana persetiaan ini mengekalkan kelangsungan sistem sosial yang ada.
 

Sistem beraja yang menjadi teras masyarakat feudal mampu bertahan kerana hal ini. Mana Raja-Raja Melayu yang menzalimi rakyatnya biasanya tidak bertahan
malah kerajaan baginda akan tumbang. Hamba yang menderhaka pula, walaupun apa alasannya tidak ada tempatnya dalam masyarakat Melayu.
 
Apakah maknanya cerita sejarah berbaur mitos mengenai Raja-Raja Melayu diceritakan terus menerus sebagai sebahagian daripada cerita rakyat? Ia merupakan
proses sosialisasi yang juga bertujuan memberi pemahaman dan pendidikan secara halus. Kisah keajaiban, kehebatan dan kegemilangan sedemikian boleh menaikkan
semangat dan kekuatan selain memberikan iktibar dan nasihat.
 
Memang ada pihak yang mulai mentafsir perlakuan derhaka dalam masyarakat Melayu. Hang Jebat, Laksamana Bentan atau Si Bongkok Tanjung Puteri memang diberikan
tafsiran baru. Memang ada kecenderungan untuk menilai semula konsep wira dalam masyarakat Melayu. Kecenderungan pemikiran kiri dan aliran sosialisme satu
masa dulu membaca Jebat sebagai hero baru. Memang ada kritikan terhadap sikap Hang Tuah yang setia membabi buta. Memang orang Melayu sedar tentang wujudnya
�budak-budak Raja� yang berkuasa besar dalam istana Raja Melayu. Merekalah yang membuat onar dan angkara lalu memporak peranda istana. Watak seperti ini
ditempelak dan diberikan gambaran hitam seperti juga perbuatan Si Kitul dan Raja Mudaliar yang dikatakan bertanggungjawab memporak peranda dan menghancurkan
empayar Melayu Melaka.
 
Sistem beraja tidak berakhir dengan kemerdekaan. Kita masih menjunjung sistem beraja dengan penyesuaian. Perlembagaan Persekutuan menjamin kelangsungan
sistem itu, cuma kali ini disangkutkan pada Perlembagaan lalu muncullah ungkapan sistem Raja Berperlembagaan. Maka itu Raja-Raja Melayu memainkan peranan
yang tersendiri dalam sistem pemerintahan negara. Pandangan bahawa mereka hanya ketua adat dan agama tentulah tidak sepenuhnya tepat apa lagi jikalau mereka
hanya dilihat sebagai simbol dan lambang semata-mata. Mereka juga bukan berperanan hanya dalam upacara dan ritual negara saja.
 
Apabila kita merangka Rukunegara yang menjadi prinsip sebuah negara bermaruah, kita meletakkan kesetiaan pada Raja sebagai teras yang penting. Walau bagaimanapun
cara kita menilai konsep setia itu, terasnya ialah bagi menjunjung kemuliaan dan memartabatkan institusi itu. Sekiranya kita menghormati Perlembagaan,
maka institusi beraja harus juga dilindungi dan dipertahankan.
 
Oleh yang demikian derhaka tentunya tidak ada dalam perbendaharaan kata mana-mana individu yang menjunjung sistem Raja berperlembagaan. Apatah lagi jikalau
alasan sembah derhaka itu kerana enggan menerima kenyataan perubahan politik semasa atau kepentingan peribadi seseorang. Sekiranya perisytiharan kedudukannya
sebagai Menteri Besar dibuat melalui sistem beraja yang sedia ada mengapakah perlucutan jawatannya oleh institusi yang sama tidak boleh diterima? Apakah
sistem itu hanya diwajarkan apabila untuk tujuan melantik tetapi apabila kerajaan pimpinannya tumbang maka penubuhan kerajaan baru dicabar sekali gus dengan
institusi yang menabalkannya? Institusi Raja itu sendiri dipersoalkan. Malah ada cadangan pihak-pihak tertentu untuk membawa Baginda Sultan Perak di mahkamah.
 
Apakah yang sebenarnya berlaku? Apakah kita terbayang akan melihat episod malang ini berlaku di hadapan mata kita? Apakah ini penanda perubahan dalam sistem
nilai orang Melayu sendiri? Apakah pemikiran anak-anak Melayu hari ini sudah dikelabui oleh kepentingan politik semata-mata? Maka pertimbangan adab dan
budaya tidak ada maknanya lagi?
 
Kita boleh menghujahkan secara panjang lebar drama di Perak itu. Tetapi satu hal adalah jelas: Anak-anak Melayu menghantar mesej yang salah pada bangsanya
dan orang lain: Bahawa derhaka diwajarkan. Dalam konteks perpecahan serius di kalangan orang Melayu sekarang, keadaan ini akan lebih mempersulitkan. Krisis
ini menjadi krisis memalukan membabitkan orang Melayu, walaupun mungkin ada dalang lain di belakangnya. Melihat kemarahan segelintir anak-anak Melayu yang
jelas memancarkan imej sebuah parti politik, orang mulai bertanya, apakah ini protes Melayu terhadap orang Melayu sahaja?
 
Bagi saya ini krisis baru dalam masyarakat Melayu. Itu belum lagi ukuran double standard sesetengah pihak dalam soal yang membabitkan perilaku seorang
wakil rakyat. Isu moral ialah isu peribadi. Bagaimanapun kita harus meletakkan kriteria yang sama dalam menentukan penanda aras moral di negara ini. Apabila
wakil BN atau UMNO khususnya terbabit maka tuduhan tidak bermoral riuh rendah kedengaran tetapi apabila orang mereka sendiri terlibat, tiba-tiba muncul
pula tuduhan mengenai pola konspirasi untuk menjatuhkan nama baik mereka.
 
Isu moral seperti juga soal yang membabitkan kesetiaan harus berlandaskan norma yang sedia ada. Soal derhaka tidak boleh ditafsir mengikut selera seperti
juga perbuatan tidak bermoral mana-mana individu. Sekiranya kita memilih untuk menyerang peribadi orang, satu hari nanti orang akan menempelak perilaku
salah kita.
 
Orang Melayu yang bijaksana ada mengatakan, mengata dulang paku serpih, mengata orang aku yang lebih.
 
Dipetik dari sini.

Ahad, Februari 22, 2009

Blog Kurang Ajar

Pengirim email menghantarkan alamat berikut kepada saya.

http://id-top.blogspot.com/

Saya berharap kandungan blog ini TIDAK mewakili pandangan lebih 270 juta rakyat Indonesia.

Apatah lagi lebih 2 juta rakyat mereka bermaustautin, bekerja secara sah dan haram serta menjadi penjenayah di negara kita.
 
Diambil dari blog mazidul pengacara 360 tv3.

PPSMI

Sejak kebelakangan ini, PPSMI hebat diperkatakan.  Ada yang membantah, ramai juga yang bersetuju dengan perlaksanaannya.  Wah, amat hangat topik PPSMI ini.

 

Setelah meneliti dan mendengar pelbagai pandangan, sekarang ini, biarlah penulis memberikan pandangan pula.

 

Rupanya, di sebalik perlaksanaan PPSMI ini, ianya dapat memajukan negara kita dan bangsa melayu.  Tetapi, ianya telah digembar-gemburkan kononnya akan mengenetepikan bahasa kebangsaan kita yang tercinta ini.  Kalau kita teliti betul-betul, ianya tidak mengenetepikan atau mendiskriminasi bahasa kebangsaan negara kita yang tercinta ini.

 

perlaksanaannya barulah menjangkau enam tahun, jadi kebaikannya masih belum dapat kelihatan lagi.  mungkin ia akan ambik masa panjang untuk mencapai matlamatnya.

 

ya memang tepat dan benar sekali anak-anak desa amat lemah dalam matapelajaran sains dan matematik dalam bahasa inggeris ni.  jadi, untuk tidak melemahkan semangat mereka untuk mempelajari dua matapelajaran yang amat penting buat negara kita ini, suatu kaedah perlu difikirkan untuk mendekatkan anak-anak desa dengan kedua-dua matapelajaran ini.  Pihak kementerian bolehlah membenarkan para pelajar menjawab soalan dalam peperiksaan kedua-dua matapelajaran ini dalam dua kertas iaitu sama ada bahasa inggeris atau bahasa kebangsaan negara kita yang tercinta ini.  Guru-guru yang mengajar kedua-dua matapelajaran ini haruslah terlatih dari segi bahasa inggeris mereka.  Suatu kaedah juga perlu untuk menarik para pelajar ini untuk mendekati sains dan matematik dalam inggeris.

 

Perlu diingat, di masa hadapan, mereka para pelajar ini, dapatlah menterjemahkan buku-buku ilmiah sains dan matematik dalam bahasa inggeris ke bahasa kebangsaan negara kita yang tercinta ini.  Cuba lihat sekarang, berapa banyakkah buku-buku ilmiah sains dan matematik yang telah diterjemahkan ke bahasa kebangsaan negara kita yang tercinta ini?  Pada pendapat penulis, ianya amat sedikit.

 

Penulis berasa agak kecewa dengan pihak-pihak yang menentang perlaksanaan PPSMI ini.  Tetapi sebaliknya, mereka membiarkan sahaja status bahasa kebangsaan negara kita yang tercinta ini terumbang-ambing di Pulau Pinang.  Apakah ini yang dinamakan perjuangan mendaulatkan bahasa kebangsaan negara kita yang tercinta ini?  Apakah dengan alasan yang digunakan mereka hendak membantah perlaksanaan PPSMI, kenapa mereka tidak mengambil sebarang tindakan terhadap kerajaan Pulau Pinang yang terang-terang cuba hendak mengenepikan bahasa kebangsaan negara kita yang tercinta ini?  Mereka ini, penulis berpendapat tidak adil.  kenapa mesti berat sebelah?  Pejuang-pejuang ini menganggap seolah-olah Pulau Pinang ini bukan ditakbir oleh Malaysia.  Kenapa mereka jadi begini?

 

Nasihat penulis kepada pejuang bahasa, berjuanglah dengan keikhlasan di hati, jangan jadi pejuang yang hendak mengaut keuntungan sahaja.  Ingat, PPSMI baru enam tahun.  Kebaikannya belum nampak.

 

Saya masih ingat, ada pihak yang mengatakan, kerajaan membazirkan duit rakyat kerana buat Putra Jaya.  Nah sekarang, kenapa mereka begitu terhegeh-hegeh nak menawan Putra Jaya?  Begitu juga dengan jambatan Pulau Pinang, kereta nasional dan banyak lagi.  Wah, begitu lantang sekali mereka mengatakan itu hanyalah suatu pembaziran.  nah sekarang, apa sudah berlaku?

 

jangan berjuang ikut emosi, buruk padahnya.

Khamis, Februari 19, 2009

Orang islam sembahyang lima waktu, tak boleh majukah mereka?

hari tu adalah terbaca satu komen bodoh dari manusia bodoh=dajai=pelak.  Penulis rasa, dia tak sekolah.  Kalau sekolah pun, kat sekolah cikgu suruh belajar, dia main.

 

Antara komennya, dia kata orang islam macammana nak maju sebab sembahyang lima waktu sehari?  Itu kan komen bodoh=takdak otak punya orang?  nah sekarang, mari kita lihat.

 

Subuh.

Lazimnya subuh ni berlegar dari sekitar hampir jam enam sampailah awal jam tujuh pagi.  Dan, sembahyang subuh hanyalah dua rakaat.  Dua rakaat ambik masa, tak sampai pun 10 minit.  Ha, selepas selesai sembahyang, terus bersiap pergi kerja.  Dapat hirup udara segar.  Betul tak?  Taklah tidur sampai siang-siang buta, baru nak bangun.  Masa tu, orang dah kaut dah rezeki awak.

 

Zuhur.

Ha ini cerita sembahyang zuhur.  Zuhur ni, berlegar dari jam satu tengahari ke atas sampailah empat petang lebih.  Ok, apabila start saja zuhur, pada masa yang sama, masa itu ialah waktu makan tengahari.  Jadi, apa kaitan dengan tak boleh maju?  Zuhur itu, empat rakaat.  Tak sampai pun sepuluh minit.  Kalau business pun, takkan takdak pengganti sementara?  Awat bodoh=bengong sangat?

 

Asar.

Ok cerita Asar.  Asar ni bermula dari jam empat petang ke atas, sampailah senja.  Empat rakaat.  masa ni tengah minum petang.  Buat pun tak sampai sepuluh minit.

 

Maghrib.

Yang ini, akan bermula dari jam tujuh malam ke atas sampai jam lapan lebih.  kebetulan masa makan malam.  Tiga rakaat saja.

 

Isha.

Yang ini akan bermula dari jam lapan malam ke atas, sampailah esok pagi sebelum subuh menjelang.  Empat rakaat.

 

Mungkin dia akan kata, macammana kalau ada mesyuarat penting?  Itulah bodoh.  lain kali, sebelum tanya, pi mengaji.  jangan tanya soalan bodoh-bodoh macam ni.

 

Dalam islam kalau hang nak tau, waktu sembahyang itu boleh digabungkan.  Contohnya, Zuhur digabungkan dengan Asar dan beberapa lagi jenis gabungan waktu sembahyang.

 

Agama hang ni mengajar penganutnya hina agama orangkah?  Agama aku tak ajak penganutnya hina agama orang.  Yang benar, kita cakap benar.

 

Sebenarnya, orang islam juga menyumbang ke arah penghinaan agama mereka.  Orang bagi dah kemudahan surau kat tempat kerja untuk pi sembahyang, tapi dia pi surau, tidur dan kadang tu berasmara.  Orang islam juga kaki ikut.  kalau ikut yang baik ok jugak.  Ni yang tak baik tulah yang diikutnya.  Sanggup berhabisan untuk undi artis melalui SMS, hiburan yang melampau-lampau dan lepas tu, bukan nak mengaku.  Tapi sebaliknya, menyalahkan pihak lain atas semua yang berlaku.

 

Dan sekarang, ada satu lagi perangai buruk yang orang islam ikut.  ianya adalah menderhaka pada raja dan sultan.

Rabu, Februari 18, 2009

Sultan pelindung Melayu

Sultan pelindung Melayu

TITAH Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin ketika merasmikan sidang Parlimen bagi penggal kedua kelmarin supaya menghormati Perlembagaan Persekutuan wajar mendapat perhatian semua pihak.

Yang di-Pertuan Agong antara lain menekankan bahawa Perlembagaan Persekutuan adalah undang-undang tubuh dan tertinggi di negara ini yang telah dipersetujui oleh semua pihak semasa negara mencapai kemerdekaan.

Untuk itu, Tuanku Mizan mengingatkan supaya kesepakatan itu dihormati dan tidak ada sebarang percubaan untuk mewujudkan undang-undang lain yang bertentangan dengan keluhuran Perlembagaan Persekutuan.

Peringatan Yang di-Pertuan Agong itu tidak dapat mengelak daripada dikaitkan dengan polemik politik semasa lebih-lebih lagi isu yang berlaku di Perak.

Sebelumnya, Sultan Selangor, Sultan Sharafudin Idris Shah turut melahirkan rasa kecewa kerana sikap biadab sesetengah pihak terhadap Sultan Perak, Sultan Azlan Shah.

Walaupun kenyataan itu bersifat peribadi dan tidak mewakili mana-mana sultan negeri lain, namun ia sudah cukup untuk melambangkan betapa tercalarnya peranan sultan Melayu pada pandangan masyarakat.

Sememangnya pihak istana mempunyai sebab untuk berasa kecewa dengan sikap pakatan pembangkang mencabar Sultan Perak sehingga tergamak menyaman baginda tidak bertindak demokratik.

Pakatan pembangkang mungkin tidak menyedari bahawa Sultan Perak juga mempunyai latar belakang pendidikan dan ketokohan terutamanya dalam jurusan undang-undang.

Sikap melampau segelintir penyokong pembangkang sehingga tergamak mencerca sultan menyebabkan rakyat terutamanya orang Melayu bersatu hati mempertahankan raja-raja.

Situasi semasa juga menimbulkan kembali polemik mengenai kewajaran supaya kekebalan raja-raja dikembalikan semula.

Sejak Persekutuan Tanah Melayu diperkenalkan pada 1948, negara telah menyaksikan dua kali Perlembagaan berhubung kuasa raja dipinda iaitu pada 1983 dan 1993.

Kedua-dua pindaan itu dibuat ekoran beberapa masalah dan pertikaian yang berlaku seiring dengan senario politik pada waktu itu.

Lalu ketika isu penderhakaan terhadap sultan berlaku seperti ketika ini, ramai yang melihat kekebalan raja-raja itu perlu dikembalikan bagi membolehkan mereka memainkan peranan yang lebih penting dan berkesan.

Kekebalan itu juga bagi mengelak berlakunya peristiwa yang lebih dahsyat daripada episod penderhakaan seperti di Perak pada masa depan.

Bagaimanapun dalam membincangkan mengenai kekebalan raja-raja, perlu untuk difahami Malaysia merupakan sebuah negara yang sinonim dengan amalan Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan.

Pemerintahan Raja Berperlembagaan ini adalah unik kerana terdapat dua peringkat iaitu persekutuan dan negeri.

Amalan sebegini tidak wujud di mana-mana negara yang mempunyai institusi beraja. Sebaliknya Malaysia mempunyai 10 orang raja yang memerintah pada satu-satu ketika.

Kedudukan itu membuktikan sistem raja berperlembagaan di negara kita sangat istimewa dan dikira sebagai bonus kepada sultan-sultan Melayu.

Walaupun sultan-sultan Melayu tidak mempunyai kuasa mutlak, namun mereka diberi kedudukan istimewa menerusi peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan.

Bagaimanapun dalam pemerintahan demokrasi berparlimen, raja tidak mempunyai kuasa sebaliknya rakyat diberi kuasa memilih pemerintahan menerusi pilihan raya.

Pun begitu, rakyat tidak seharusnya memperlekehkan peranan raja atau sultan dalam segala hal.

Hakikat itu berbalik kepada ikrar taat setia kepada Rukun Negara kedua iaitu "Kesetiaan kepada Raja dan Negara."

Ia juga secara tidak langsung menjelaskan mengapa isu kekebalan raja tidak harus diusul atau dipertikaikan.

Ini kerana kuasa dan peranan Raja-raja Melayu kini adalah terbaik selagi rakyat mencurahkan kesetiaan di bawah naungan baginda yang turut melambangkan negara Malaysia.

Lebih lanjut, pensyarah Jabatan Antropologi dan Sosiologi Universiti Malaya (UM), Dr. Noor Sulastry Yurni Ahmad menjelaskan, adalah lebih baik peranan Raja-raja Melayu yang ada seperti hari ini dikekalkan.

Pertikaian mengenai kekebalan raja menurut beliau, bukan sahaja melibatkan percaturan politik ketika ini, tetapi turut merangkumi perubahan pucuk kepimpinan istana pada masa depan.

Walaupun kekebalan raja itu sudah tidak lagi popular di kalangan pihak istana, ia tidak menggugat pengaruh, kredibiliti dan fungsi golongan raja untuk menjalankan tanggungjawab sebagai pemerintah negara dan di peringkat negeri.

Pun begitu beliau menambah, kedaulatan raja juga harus seiring dengan kedaulatan rakyat yang mana raja harus mengambil kira pandangan rakyat. Dengan itu, sultan menjadi penentu kepada kejayaan sistem demokrasi di Malaysia.

Pihak istana juga tidak boleh dibayangi oleh mana-mana parti politik bagi memperkukuhkan institusi beraja sekali gus menyangkal tohmahan dan tuduhan daripada rakyat.

"Pergolakan politik seperti yang berlaku di Perak sehingga membabitkan pihak istana hanyalah gangguan yang ditimbulkan oleh pihak yang tidak berpuas hati.

"Selagi sultan dapat mengawal keadaan tersebut, perkara yang tidak diingini dapat dielakkan kerana baginda lebih arif dengan selok-belok undang-undang dan Perlembagaan negeri," katanya.

Dari sudut sejarah, krisis antara Sultan Perak dengan rakyat bukanlah peristiwa baru. Ia pernah terjadi ketika pemerintahan Sultan Idris Shah yang kurang senang dengan pelantikan semula Tan Sri Ghazali Jawi sebagai Menteri Besar oleh Tun Abdul Razak pada 1970-an.

Ketika itu baginda tidak menolak atau membantah pelantikan tersebut, menunjukkan bahawa baginda merupakan raja berperlembagaan.

Peristiwa itu menjelaskan bahawa Perlembagaan negeri meletakkan sultan berkuasa melantik Menteri Besar.

Tetapi sultan tidak boleh melantik sesiapa selagi ia tidak mendapat sokongan sebahagian besar parti yang menguasai Dewan Undangan Negeri.

Hakikat itu jelas Noor Sulastry, membawa kepada realiti pergolakan politik yang berlaku di Perak seperti ketika ini.

Pembentukan Kerajaan Negeri Perak jelas beliau, mendapat perkenan sultan dan dibentuk oleh ahli majlis mesyuarat mengikut undang-undang yang betul.

"Pakatan pembangkang tidak seharusnya cepat melatah kerana perkara itu sudah pun diselesaikan dengan baik.

"Mereka tidak dapat membentuk kerajaan kerana terdapat kelompangan apabila ada ahli yang melompat parti dan menyatakan sokongan kepada BN meskipun atas tiket Bebas," katanya.

Malangnya perkara itu tidak dapat diterima oleh pakatan pembangkang, sehingga ada segelintir penyokongnya sanggup memperlekehkan pihak istana dan tergamak menyaman sultan.

Dalam era neo-fuedal, dapat dilihat betapa masyarakat berpegang kepada ketaatan dan keakuran kepada raja.

Sekiranya isu kekebalan menjadi persoalan utama kepada perjuangan orang Melayu terutamanya selepas kes Sultan Perak, sudah pasti akan kedengaran laungan memperjuangkan kekebalan pihak istana.

Bagaimanapun situasi semasa menunjukkan sebaliknya, yang mana orang Melayu selesa dengan kekebalan raja sedia ada.

Namun, pantang bagi orang Melayu menderhaka kepada sultan dan kemarahan itulah yang dapat dilihat daripada aksi demonstrasi yang berlaku di seluruh negara ketika ini.

Rakyat Malaysia terutamanya orang Melayu melihat tindakan saman terhadap sultan adalah penderhakaan yang hebat.

Sudah semestinya, orang Melayu akan bangkit mempertahankan sultan yang merupakan pelindung kepada keistimewaan dan nasib Melayu.

Apa yang membimbangkan tambah Noor Sulastry, semacam timbul isu perkauman yang dilihat semakin menjadi-jadi apabila terdapat sekelompok masyarakat yang memperlekeh dan merendah-rendahkan kedaulatan raja.

Sedangkan jelas beliau, kemelut politik yang berlaku ketika ini bukanlah sesuatu yang terlalu kritikal. Isunya hanya berkisar tentang tindakan melompat parti sehingga meruntuhkan Kerajaan Negeri Perak sedia ada.

Namun isu ini seolah-olah dihangatkan sehinggalah terjadinya episod penderhakaan terhadap sultan.

"Sekiranya isu-isu seperti ini terus berlanjutan, ia boleh menjejaskan perpaduan di kalangan rakyat dan paling penting, peranan sultan juga akan semakin diperlekeh dan dipinggirkan," katanya.

Hormati keluhuran Perlembagaan

ARKIB : 17/02/2009

Hormati keluhuran Perlembagaan

TEKS titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah pada mesyuarat pertama penggal kedua Parlimen Ke-12, semalam.


YANG di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin menyampaikan titah ucapan pada mesyuarat pertama penggal kedua Parlimen Ke-12 di Dewan Rakyat, semalam. Turut serta Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah.


Alhamdulillah, beta bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan izin-Nya pada hari ini sekali lagi kita dapat bersama-sama dalam istiadat perasmian penggal kedua, Parlimen Ke-12. Pada kesempatan ini beta ingin menyentuh beberapa perkara yang wajar diamati dan diambil perhatian.

Pada tahun 2008, dunia telah dilanda krisis kewangan global yang bermula di Amerika Syarikat, kemudiannya ke Eropah dan bahangnya dirasai oleh kebanyakan negara termasuk Malaysia.

Walaupun dunia pada masa kini menghadapi cabaran ekonomi yang amat getir, namun ekonomi negara masih bertahan kerana langkah-langkah telah pun diambil bagi memperkukuhkan asas ekonomi dan sistem kewangan negara sejak krisis kewangan pada tahun 1997/98.

Sehubungan itu, pada tahun lalu, ekonomi negara terus berkembang pada kadar sekitar lima peratus dan jumlah perdagangan antarabangsa kekal melebihi RM1 trilion.

Pada tahun ini situasi ekonomi dunia dijangka lebih mencabar dan boleh menggugat pertumbuhan ekonomi negara. Melalui Majlis Ekonomi yang dipengerusikan oleh Mamanda Perdana Menteri yang bermesyuarat setiap minggu, kerajaan sentiasa memantau dengan rapi persekitaran ekonomi global dan mengambil langkah-langkah bagi mengurangkan impaknya ke atas ekonomi negara.

Antara langkah yang diambil ialah melaksanakan pakej rangsangan ekonomi bernilai RM7 bilion, mengkaji semula strategi pembangunan, menyenarai utamakan program dan projek pembangunan, menggalakkan perbelanjaan penggunaan dan pelaburan swasta serta melaksanakan projek yang mempunyai kesan pengganda tinggi bagi menjana pertumbuhan ekonomi dalam negara.

Beta berharap dengan pelaksanaan langkah-langkah tersebut ekonomi negara akan terus berkembang dan kesejahteraan rakyat akan terpelihara. Jika keadaan memerlukan, pakej tambahan untuk menstabilkan ekonomi akan diperkenalkan.

Kerajaan beta akan terus meminimumkan kesan kelembapan ekonomi global ke atas sektor perdagangan dan perindustrian negara. Antara langkah tersebut ialah mewujudkan iklim pelaburan yang lebih kondusif, meningkatkan daya saing negara serta memperkenalkan dasar pelaburan yang lebih liberal dan telus.

Dalam hubungan ini, promosi dan usaha bagi menggalakkan kemasukan lebih banyak pelaburan dari negara-negara yang mempunyai lebihan dana Timur Tengah dan Republik Rakyat China akan dipertingkatkan. Begitu juga pelaburan dari India dan rantau ASEAN. Di samping mengekalkan eksport ke pasaran tradisi, usaha-usaha akan digiatkan lagi untuk meneroka pasaran baru yang berpotensi.

Sektor perkhidmatan yang merupakan penyumbang utama kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) akan berperanan lebih besar dalam menjana pertumbuhan, memperluaskan asas ekonomi dan menyumbang kepada hasil eksport negara. Langkah-langkah liberalisasi sektor perkhidmatan secara terancang dan progresif akan terus diambil supaya sektor tersebut menjadi lebih kompetitif di peringkat serantau dan global.

Sektor pelancongan adalah antara penyumbang utama kepada pertumbuhan ekonomi dan sumber pendapatan pertukaran wang asing negara.

Pada tahun lalu negara telah mencatatkan ketibaan seramai 22,050,000 pelancong dan menyumbang sebanyak lebih kurang RM48 bilion kepada pendapatan negara.

Pada tahun ini, di sebalik kelembapan ekonomi global, kerajaan menyasarkan ketibaan seramai 20 juta orang pelancong ke negara ini.

Sehubungan ini, promosi produk-produk pelancongan seperti ekopelancongan, pelancongan kesihatan, pelancongan pendidikan, pelancongan pelbagai keagamaan, program Malaysia Rumah Keduaku, program inap desa serta Malaysia sebagai lokasi membeli-belah, mesyuarat, konvensyen dan pameran antarabangsa akan terus dipertingkatkan lagi.

Selain itu, kerajaan beta juga akan mempromosikan program minat khas seperti sukan golf, selam skuba dan memancing. Bagi menggalakkan pelancongan domestik, destinasi-destinasi pelancongan yang sebelum ini kurang mendapat pendedahan akan dipromosikan dengan lebih agresif.

Pada masa yang sama penjagaan kebersihan, alam sekitar dan sistem pengangkutan serta kemudahan awam akan terus diberi perhatian bagi memajukan lagi industri pelancongan negara.

Beta sukacita kedudukan Malaysia dalam Laporan Kajian Bank Dunia bagi kemudahan menjalankan perniagaan telah meningkat daripada kedudukan ke-24 pada tahun 2008 kepada kedudukan ke-20 di kalangan 181 buah negara pada tahun 2009.

Pada masa yang sama, tumpuan akan terus diberi terhadap usaha-usaha meningkatkan kecekapan sistem penyampaian perkhidmatan awam yang akan menyumbang kepada peningkatan daya saing negara. Ini semua boleh meningkatkan lagi kemasukan pelabur ke negara ini.

Bagi membantu perusahaan kecil dan sederhana berdaya maju yang menerima kesan buruk daripada kelembapan ekonomi global, Skim Bantuan Jaminan PKS bernilai RM2 bilion telah disediakan bagi membolehkan mereka mempunyai akses kepada pembiayaan pada kos yang lebih rendah.

Justeru, beta menyeru institusi perbankan supaya terus menyediakan kemudahan pembiayaan kepada syarikat-syarikat perniagaan dalam usaha menjana dan menyokong pertumbuhan ekonomi negara.

Selain daripada langkah-langkah yang beta nyatakan, pihak industri sama ada besar, sederhana atau kecil wajar beralih kepada industri yang berasaskan tekonologi tinggi, misalnya bioteknologi. Pihak industri hendaklah juga mengambil peluang-peluang yang disediakan dengan menceburi dalam bidang pertanian dan pengeluaran makanan secara moden dan berskala besar.

Pihak swasta juga hendaklah mengambil peluang sepenuhnya di atas keyakinan masyarakat antarabangsa terhadap pensijilan halal Malaysia. Ini bertujuan bagi memperkukuhkan kedudukan negara kita sebagai hab barangan dan perkhidmatan halal dunia.

Kepakaran Malaysia dalam perbankan Islam yang diiktiraf masyarakat antarabangsa juga boleh dieksploitasi bagi mempertingkatkan kedudukan Malaysia sebagai hab sistem perbankan Islam.

Komoditi juga merupakan antara penyumbang utama kepada ekonomi negara. Walau bagaimanapun, ketidaktentuan harga komoditi kebelakangan ini telah memberi kesan kepada pendapatan pekebun-pekebun kecil.

Sehubungan ini, kerajaan beta telah mengambil langkah-langkah perlu bagi meringankan beban mereka dengan menggalakkan industri hiliran, meningkatkan penggunaan biobahan api, meneroka pasaran-pasaran baru dan memberi insentif penanaman semula kelapa sawit dan getah.

Di samping itu, kerjasama dengan negara-negara pengeluar lain akan dipertingkatkan bagi menstabilkan harga komoditi di pasaran antarabangsa.

Masyarakat Felda juga tidak terlepas daripada kesan kejatuhan harga komoditi. Justeru, langkah-langkah menggiatkan aktiviti keusahawanan serta melaksanakan Program Bumi Hijau telah diambil untuk meringankan beban mereka. Kerajaan beta juga telah menyediakan pelbagai program untuk membangunkan sosioekonomi generasi kedua dan ketiga peneroka Felda. Golongan ini akan diperkasa melalui pelbagai latihan kemahiran termasuk dalam bidang teknologi tinggi.

Dalam usaha meringankan beban rakyat jelata menghadapi suasana ekonomi yang mencabar, beberapa langkah telah diambil oleh kerajaan beta misalnya pemberian pelbagai subsidi serta meneruskan kawalan harga barangan keperluan.

Seperti yang dijanjikan, harga runcit petrol dan diesel telah diturunkan sebanyak tujuh kali selaras dengan penurunan harga minyak mentah di pasaran dunia.

Ini jelas menggambarkan keprihatinan kerajaan beta terhadap kesejahteraan rakyat jelata. Usaha ini hendaklah disokong oleh semua pihak termasuk para pengusaha, peniaga, badan bukan kerajaan dan persatuan pengguna.

Rakyat jelata juga perlu beriltizam bersama kerajaan beta menangani cabaran ekonomi masa kini dengan meningkatkan produktiviti, berbelanja dengan bijak serta mengutamakan barangan tempatan seperti mana kempen membeli barangan Malaysia yang telah dilancarkan oleh Mamanda Perdana Menteri bagi merangsang pertumbuhan ekonomi domestik.

Dalam menangani kenaikan harga barangan makanan, adalah menjadi hasrat kerajaan beta memastikan rakyat memperoleh bekalan makanan yang mencukupi dan pada harga yang berpatutan. Pada masa yang sama rakyat adalah digalakkan untuk mengeluarkan bahan makanan sendiri melalui Program Bumi Hijau.

Beta menyeru supaya kelembapan ekonomi yang dihadapi sekarang dijadikan sebagai titik tolak untuk para pengusaha mengurangkan kebergantungan kepada tenaga kerja asing dan mengutamakan tenaga kerja tempatan. Dalam sektor pembinaan misalnya, para pengusaha boleh mengguna pakai kaedah sistem binaan berindustri. Pada masa yang sama, tenaga kerja tempatan juga hendaklah tidak terlalu memilih kerja. Sehubungan ini, langkah kerajaan beta menubuhkan Jawatankuasa Pemantauan Pemberhentian Pekerja di peringkat nasional, negeri dan daerah, Jawatankuasa Pemudah Cara Penggajian Pekerja Yang Diberhentikan untuk melatih dan menempatkan pekerja-pekerja yang diberhentikan dan mengeluarkan garis panduan Pengurusan Pemberhentian Pekerja bagi membantu majikan mengekalkan tenaga kerja selama mana yang boleh, adalah tepat.

Kerajaan beta tidak akan sama sekali mengabaikan kaum-kaum bumiputera di Sabah dan Sarawak, masyarakat Orang Asli serta masyarakat luar bandar termasuk petani, nelayan dan pekebun kecil. Pelbagai langkah dan usaha untuk mempertingkatkan taraf ekonomi kaum-kaum tersebut dan merapatkan jurang pembangunan antara kawasan luar bandar dengan bandar akan terus dilaksanakan.

Antara usaha-usaha tersebut termasuklah penyediaan peruntukan biasiswa yang khusus bagi kaum-kaum bumiputera di Sabah dan Sarawak serta golongan-golongan yang amat memerlukannya. Di samping itu, kerajaan beta juga akan mengambil berat akan masalah-masalah yang dihadapi oleh kaum India dengan menubuhkan Jawatankuasa Kabinet Bagi Mengenal Pasti dan Memantau Penyertaan Kaum India dalam program dan projek kerajaan yang dipengerusikan oleh Mamanda Timbalan Perdana Menteri bagi mempertingkatkan penyertaan kaum tersebut dalam arus pembangunan negara.

Kerajaan beta telah mengambil langkah-langkah yang bersepadu bagi membantu rakyat menghadapi kesan-kesan sosioekonomi berikutan kelembapan ekonomi global. Sejak tahun lalu Projek Cari telah dilaksanakan bagi memastikan setiap rakyat yang memerlukan tanpa mengira kaum mendapat bantuan daripada kerajaan. Pada masa yang sama Jaringan Keselamatan Sosial telah diperluaskan dengan menaikkan kelayakan pendapatan isu rumah bagi membolehkan lebih ramai golongan yang memerlukan seperti golongan miskin, warga emas dan ibu tunggal diliputi di bawah skim-skim bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Kemudahan perumahan terutamanya bagi golongan yang memerlukan terus menjadi agenda utama kerajaan beta. Sehubungan ini, Program Perumahan Rakyat, Program Bantuan Rumah, Projek Rumah Mesra Rakyat dan sebagainya akan terus dilaksanakan dan dipertingkatkan bagi memastikan rakyat golongan berpendapatan rendah memiliki rumah yang selesa mengikut kemampuan mereka.

Di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi sebanyak 25,500 unit rumah akan dibina pada tahun ini. Skim Jaminan Kredit Perumahan telah disediakan bagi membantu golongan yang tidak berpendapatan tetap memiliki rumah kos rendah dan sederhana rendah.

Beta bangga dengan pengisytiharan bandar raya Melaka dan Georgetown sebagai Warisan Dunia oleh UNESCO. Pengiktirafan tersebut hendaklah dimanfaatkan sepenuhnya untuk mempromosi pelancongan negara. Beta ingin mengingatkan agar apa jua tindakan yang boleh menjejaskan pengiktirafan tersebut hendaklah dielakkan.

Beta dukacita walaupun negara kita telah 51 tahun merdeka, namun isu-isu perkauman yang sempit masih dibangkitkan oleh pihak-pihak tertentu dan menjadi perdebatan umum. Beta ingin menegaskan bahawa kerajaan beta tidak akan teragak-agak mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak yang cuba memecahbelahkan rakyat demi memastikan keharmonian kaum dan keamanan negara dikekalkan.

Hak-hak setiap rakyat di negara ini yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan akan sentiasa dipelihara dan dihormati. Sehubungan ini, beta menyeru semua rakyat bersama-sama meningkatkan perpaduan demi kestabilan dan kemakmuran negara. Kepelbagaian kaum dan budaya yang dimiliki hendaklah digembleng menjadi kekuatan negara kita.

Perlembagaan Persekutuan telah memperuntukkan Islam sebagai agama Persekutuan di samping agama-agama lain bebas untuk diamalkan. Oleh itu, beta mengingatkan semua pihak supaya menghormati kedudukan tersebut dan tidak mempersoalkannya.

Perlembagaan Persekutuan juga adalah undang-undang tubuh dan tertinggi di negara ini yang telah dipersetujui oleh semua pihak semasa negara mencapai kemerdekaan. Oleh itu, beta ingin mengingatkan supaya kesepakatan tersebut dihormati dan tidak ada sebarang percubaan untuk mewujudkan undang-undang lain yang bertentangan dengan keluhuran Perlembagaan Persekutuan.

Generasi muda merupakan pelapis dan harapan masa depan negara. Justeru, sejarah kemerdekaan dan Perlembagaan Persekutuan perlu diperjelaskan kepada golongan ini supaya mereka lebih memahami asas-asas pembentukan negara.

Di samping itu, prinsip-prinsip Rukun Negara hendaklah difahami dan dihayati oleh segenap lapisan rakyat.

Beta juga memandang berat kecenderungan sesetengah pihak yang mudah mempercayai fitnah dan berita-berita palsu yang disebar oleh pihak-pihak tertentu termasuk melalui laman-laman blog sehingga menyebabkan berlaku kekeliruan di kalangan rakyat. Sesungguhnya, kita harus belajar daripada sejarah di mana kejatuhan sesebuah empayar dan tamadun adalah berpunca daripada fitnah, hasad dengki dan perpecahan di kalangan rakyat.

Sehubungan ini, rakyat hendaklah berhati-hati dan bijak menilai maklumat yang tersebar. Pengamal-pengamal media termasuk penulis-penulis blog hendaklah lebih beretika dan bertanggungjawab serta tidak menyalahgunakan kebebasan yang diberikan demi mengekalkan keharmonian dalam masyarakat.

Kerajaan beta juga mengambil berat mengenai isu ketenteraman awam dan keselamatan dalam negara. Namun, masih ada yang mempunyai persepsi negatif mengenai isu jenayah di negara ini seolah-olah ia tidak terkawal. Sehubungan ini, Polis Diraja Malaysia hendaklah sentiasa berusaha memerangi jenayah demi kesejahteraan rakyat. Beta juga menyeru rakyat jelata memberi kerjasama kepada pihak polis dalam usaha-usaha mereka membanteras jenayah dan menyertai Program Kepolisan Masyarakat.

Beta menyambut baik penubuhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang membuktikan keikhlasan dan iltizam kerajaan beta mengotakan janji untuk membanteras rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan. Bagi memastikan usaha pembanterasan rasuah dilaksanakan dengan cekap dan berkesan, SPRM perlu dianggotai oleh pegawai-pegawai yang profesional, berkemahiran dan berkeupayaan tinggi serta terlatih dalam pelbagai bidang.

Justeru, bagi menarik golongan tersebut berkhidmat, SPRM akan menyediakan skim perkhidmatan dan saraan yang lebih baik. Skim baru ini merupakan satu bentuk pengiktirafan kepada pegawai-pegawai SPRM di atas peranan dan sumbangan penting mereka dalam meningkatkan integriti dan membanteras jenayah rasuah di negara ini.

Penubuhan SPRM dan Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman adalah bukti bahawa kerajaan beta berpegang pada janji-janjinya. Beta yakin kedua-dua suruhanjaya tersebut akan meningkatkan lagi keyakinan masyarakat terhadap kredibiliti institusi-institusi tersebut. Langkah kerajaan ini akan memantapkan lagi agenda integriti negara dan seterusnya melonjakkan martabat negara di persada antarabangsa.

Modal insan yang berkualiti adalah amat penting kepada pembangunan negara. Justeru kerajaan beta telah memperkenalkan Dasar Asuhan dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak Kebangsaan, Pelan Induk Pembangunan Pendidikan, Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara, Pelan Induk Latihan Pembangunan Kemahiran Pekerja Malaysia dan Pelan Strategik Pendekatan Islam Hadhari bagi melahirkan modal insan yang berkualiti.

Usaha-usaha memperluaskan pendidikan prasekolah akan terus dilaksanakan bagi memastikan peluang pendidikan diperoleh lebih awal. Di samping itu, transformasi kurikulum prasekolah dan sekolah rendah akan dilaksanakan agar lebih relevan dengan keperluan semasa dan akan datang. Beta menyeru agar semua pihak termasuk ibu bapa, masyarakat, badan bukan kerajaan dan badan korporat memainkan peranan membantu para pendidik untuk melahirkan modal insan yang cemerlang sehingga ke peringkat antarabangsa.

Dalam bidang pengajian tinggi, kerajaan beta telah menetapkan 18 agenda utama untuk dilaksanakan di bawah tujuh teras Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara. Antara agenda yang sedang dilaksanakan termasuklah Program Apex, MyBrain 15, kepimpinan, pembelajaran sepanjang hayat, pengantarabangsaan dan beberapa program lain yang akan dapat melonjakkan institusi pengajian tinggi awam ke tahap yang lebih cemerlang. Ini selaras dengan matlamat untuk mewujudkan masyarakat Malaysia yang memiliki minda kelas pertama.

Pada masa ini, 41 peratus daripada penduduk negara terdiri daripada golongan belia iaitu yang berumur antara 15 hingga 39 tahun. Justeru, masa depan negara bergantung kepada golongan ini. Cabaran untuk membangunkan golongan belia kini bukan hanya tertumpu kepada aspek latihan dan pekerjaan, bahkan negara memerlukan belia yang berintegriti, memiliki identiti diri yang positif, berdaya saing dan cintakan negara. Sehubungan itu, jangkauan program kepada seluruh warga belia akan dipertingkatkan.

Dalam usaha membangunkan modal insan di luar bandar, Pelan Tindakan Desa yang bertujuan mengupayakan masyarakat luar bandar telah disediakan dengan penyertaan mereka sendiri. Beta menyeru agar semua agensi kerajaan bekerjasama bagi menjayakan pelan tersebut.

Kesihatan mental dan fizikal adalah anugerah Tuhan yang tidak ternilai. Rakyat yang sihat dan cergas boleh membawa kepada peningkatan produktiviti dan kesejahteraan keluarga. Justeru, beta menyeru supaya rakyat mengamalkan gaya hidup sihat, bersukan dan menjaga kebersihan persekitaran untuk menghindar penyakit-penyakit kronik dan berjangkit.

Menyedari pentingnya memelihara alam sekitar, kerajaan beta akan terus berusaha dengan lebih gigih untuk menangani kemerosotan kualiti udara, air dan persekitaran. Usaha-usaha ini memerlukan kerjasama semua pihak termasuk orang ramai, para pengusaha ladang dan ternakan serta pihak industri demi kesejahteraan generasi masa kini dan akan datang.

Sumber tenaga yang terjamin adalah salah satu ciri sebuah negara maju. Sehubungan ini, usaha-usaha akan diambil untuk memanjangkan jangka hayat bekalan sumber tenaga fosil sedia ada dan pada masa yang sama meningkatkan penggunaan sumber tenaga alternatif dan tenaga boleh diperbaharui.

Dalam bidang pengangkutan, kerajaan beta akan mempertingkatkan kecekapan pengangkutan awam serta berusaha mengurangkan kemalangan. Di samping itu, beta berharap para pengusaha pengangkutan awam akan terus meningkatkan kualiti perkhidmatan demi keselesaan dan keselamatan para penumpang.

Kerajaan beta juga prihatin kepada golongan kurang upaya dan telah mula mempertingkatkan kemudahan yang mesra orang kurang upaya. Penyediaan kemudahan tersebut akan dilaksanakan secara berperingkat. Di samping itu, kerajaan beta sedang mempertingkatkan penyertaan orang kurang upaya dalam sektor awam dengan memperuntukkan satu peratus daripada jumlah keseluruhan anggota perkhidmatan awam kepada mereka. Beta berharap langkah ini akan diikuti oleh sektor swasta.

Dasar luar Malaysia sentiasa berpaksikan kepada usaha mempertahankan kemerdekaan dan kedaulatan negara. Sepanjang tahun 2008, kepentingan Malaysia telah berjaya diketengahkan dan dilindungi di peringkat antarabangsa melalui amalan diplomasi yang proaktif. Malaysia telah berjaya mengukuhkan kerjasama dua hala dengan negara-negara sahabat dan kerjasama serantau terutamanya dengan ASEAN yang kini semakin maju sebagai badan serantau.

Kerjasama pelbagai hala dengan pertubuhan-pertubuhan antarabangsa juga bertambah mapan, terutama dengan Pergerakan Negara-Negara Berkecuali, Pertubuhan Persidangan Islam, Komanwel serta Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Penglibatan Angkatan Tentera Malaysia dan Polis Diraja Malaysia sebagai pasukan pengaman di serata dunia mencerminkan iltizam Malaysia kepada keharmonian masyarakat antarabangsa.

Lawatan-lawatan negara ke Kemboja, Laos dan Kuwait yang telah beta sempurnakan pada tahun 2008 telah menyumbang kepada kesuburan, keakraban dan pengukuhan hubungan-hubungan ini. Beta berbangga suara dan pandangan Malaysia dalam menyorot kepentingan negara di peringkat antarabangsa sentiasa diiktiraf dan dihormati oleh masyarakat dunia.

Pengiktirafan dan penghormatan kepada negara dapat dilihat dengan kepercayaan masyarakat antarabangsa yang menyokong Malaysia menjayakan penganjuran beberapa mesyuarat, persidangan dan forum penting dunia pada tahun 2008 termasuklah Forum Ekonomi Dunia dan Sidang Kemuncak Lapan Negara-Negara Membangun. Ini melambangkan bahawa dasar-dasar Kerajaan Malaysia diterima pakai bagi kepentingan masyarakat antarabangsa.

Beta maklum dan menggalakkan daya usaha kerajaan beta untuk menjayakan beberapa lagi inisiatif antarabangsa pada tahun ini dalam bidang penerangan dan diplomasi awam, persidangan hak asasi manusia dan sebagainya. Beta menyeru semua petugas di Kedutaan Malaysia di seberang laut supaya bertugas sebagai satu pasukan di bawah panji negara.

Kerajaan beta sentiasa siap siaga berinteraksi supaya negara-negara kecil khususnya tidak ditindas atau ditekan atas alasan-alasan yang membelakangkan undang-undang antarabangsa dan hak asasi manusia. Justeru, tindakan kerajaan beta mengadakan sidang khas Parlimen pada 12 Januari 2009 untuk mengutuk tindakan Israel menyerang rakyat Palestin di Semenanjung Gaza adalah tindakan yang tepat.

Beta berbangga di atas kejayaan Malaysia mengusulkan supaya diadakan sesi khas Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi membincangkan serangan Israel ke atas Semenanjung Gaza.

Penghantaran bantuan perubatan serta sumbangan kewangan daripada rakyat Malaysia pelbagai kaum dan agama menyerlahkan lagi keprihatinan negara terhadap keamanan dan keselamatan sejagat amnya dan nasib rakyat Palestin khasnya.

Beta menyeru semua golongan rakyat tanpa mengira fahaman politik berganding bahu dan saling bekerjasama memajukan negara yang kita kasihi. Semua pihak termasuk parti-parti politik perlu menunjukkan kebijaksanaan dan kematangan serta tidak melakukan apa jua tindakan yang boleh menjejaskan kestabilan dan pembangunan ekonomi negara.

Beta ingin mengingatkan sekali lagi supaya Ahli-Ahli Yang Berhormat dapat menunjukkan perilaku yang terpuji dalam Dewan yang mulia ini. Beta amat sedih dengan perilaku yang tidak sepatutnya di kalangan Ahli-Ahli Yang Berhormat pada sesi yang lalu yang memberi imej negatif kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat dan Dewan ini khususnya serta negara amnya. Sehubungan ini, semua Ahli Yang Berhormat hendaklah sentiasa mematuhi dan menghormati peraturan-peraturan Dewan.

Sebelum beta mengakhiri titah ini, beta maklum bahawa Mamanda Perdana Menteri akan menyerahkan kepimpinan negara kepada Mamanda Timbalan Perdana Menteri pada bulan hadapan setelah menerajui negara sejak 31 Oktober 2003.

Sehubungan ini, beta merakamkan penghargaan kepada Mamanda Perdana Menteri, Yang Amat Berhormat Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di atas kepimpinan dan segala sumbangan terutamanya dalam isu-isu pendemokrasian, akauntabiliti, integriti, pembanterasan rasuah, pengukuhan institusi kehakiman serta pendekatan Islam Hadhari.

Beta berharap peralihan kepimpinan ini akan berjalan lancar agar agenda pembangunan negara dapat diteruskan.

Akhir titah, beta juga merakamkan penghargaan kepada Ahli-Ahli Dewan Negara, Ahli-Ahli Dewan Rakyat, anggota-anggota perkhidmatan awam, Angkatan Tentera Malaysia, Polis Diraja Malaysia dan seluruh rakyat jelata yang telah bersama-sama menyumbang kepada pembangunan, kemakmuran serta keselamatan negara yang kita cintai.

Semua pihak hendaklah terus mempertingkatkan usaha-usaha menyokong kerajaan bagi menangani cabaran-cabaran terutamanya yang timbul akibat daripada kelembapan ekonomi global. Ini kerana tanpa sokongan padu semua pihak segala usaha tersebut tidak akan berjaya.

kap dan berkesan, SPRM perlu dianggotai oleh pegawai-pegawai yang profesional, berkemahiran dan berkeupayaan tinggi serta terlatih dalam pelbagai bidang.

Justeru, bagi menarik golongan tersebut berkhidmat, SPRM akan menyediakan skim perkhidmatan dan saraan yang lebih baik. Skim baru ini merupakan satu bentuk pengiktirafan kepada pegawai-pegawai SPRM di atas peranan dan sumbangan penting mereka dalam meningkatkan integriti dan membanteras jenayah rasuah di negara ini.

Penubuhan SPRM dan Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman adalah bukti bahawa kerajaan beta berpegang pada janji-janjinya. Beta yakin kedua-dua suruhanjaya tersebut akan meningkatkan lagi keyakinan masyarakat terhadap kredibiliti institusi-institusi tersebut. Langkah kerajaan ini akan memantapkan lagi agenda integriti negara dan seterusnya melonjakkan martabat negara di persada antarabangsa.

Modal insan yang berkualiti adalah amat penting kepada pembangunan negara. Justeru kerajaan beta telah memperkenalkan Dasar Asuhan dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak Kebangsaan, Pelan Induk Pembangunan Pendidikan, Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara, Pelan Induk Latihan Pembangunan Kemahiran Pekerja Malaysia dan Pelan Strategik Pendekatan Islam Hadhari bagi melahirkan modal insan yang berkualiti.

Usaha-usaha memperluaskan pendidikan prasekolah akan terus dilaksanakan bagi memastikan peluang pendidikan diperoleh lebih awal. Di samping itu, transformasi kurikulum prasekolah dan sekolah rendah akan dilaksanakan agar lebih relevan dengan keperluan semasa dan akan datang. Beta menyeru agar semua pihak termasuk ibu bapa, masyarakat, badan bukan kerajaan dan badan korporat memainkan peranan membantu para pendidik untuk melahirkan modal insan yang cemerlang sehingga ke peringkat antarabangsa.

Dalam bidang pengajian tinggi, kerajaan beta telah menetapkan 18 agenda utama untuk dilaksanakan di bawah tujuh teras Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara. Antara agenda yang sedang dilaksanakan termasuklah Program Apex, MyBrain 15, kepimpinan, pembelajaran sepanjang hayat, pengantarabangsaan dan beberapa program lain yang akan dapat melonjakkan institusi pengajian tinggi awam ke tahap yang lebih cemerlang. Ini selaras dengan matlamat untuk mewujudkan masyarakat Malaysia yang memiliki minda kelas pertama.

Pada masa ini, 41 peratus daripada penduduk negara terdiri daripada golongan belia iaitu yang berumur antara 15 hingga 39 tahun. Justeru, masa depan negara bergantung kepada golongan ini. Cabaran untuk membangunkan golongan belia kini bukan hanya tertumpu kepada aspek latihan dan pekerjaan, bahkan negara memerlukan belia yang berintegriti, memiliki identiti diri yang positif, berdaya saing dan cintakan negara. Sehubungan itu, jangkauan program kepada seluruh warga belia akan dipertingkatkan.

Dalam usaha membangunkan modal insan di luar bandar, Pelan Tindakan Desa yang bertujuan mengupayakan masyarakat luar bandar telah disediakan dengan penyertaan mereka sendiri. Beta menyeru agar semua agensi kerajaan bekerjasama bagi menjayakan pelan tersebut.

Kesihatan mental dan fizikal adalah anugerah Tuhan yang tidak ternilai. Rakyat yang sihat dan cergas boleh membawa kepada peningkatan produktiviti dan kesejahteraan keluarga. Justeru, beta menyeru supaya rakyat mengamalkan gaya hidup sihat, bersukan dan menjaga kebersihan persekitaran untuk menghindar penyakit-penyakit kronik dan berjangkit.

Menyedari pentingnya memelihara alam sekitar, kerajaan beta akan terus berusaha dengan lebih gigih untuk menangani kemerosotan kualiti udara, air dan persekitaran. Usaha-usaha ini memerlukan kerjasama semua pihak termasuk orang ramai, para pengusaha ladang dan ternakan serta pihak industri demi kesejahteraan generasi masa kini dan akan datang.

Sumber tenaga yang terjamin adalah salah satu ciri sebuah negara maju. Sehubungan ini, usaha-usaha akan diambil untuk memanjangkan jangka hayat bekalan sumber tenaga fosil sedia ada dan pada masa yang sama meningkatkan penggunaan sumber tenaga alternatif dan tenaga boleh diperbaharui.

Dalam bidang pengangkutan, kerajaan beta akan mempertingkatkan kecekapan pengangkutan awam serta berusaha mengurangkan kemalangan. Di samping itu, beta berharap para pengusaha pengangkutan awam akan terus meningkatkan kualiti perkhidmatan demi keselesaan dan keselamatan para penumpang.

Kerajaan beta juga prihatin kepada golongan kurang upaya dan telah mula mempertingkatkan kemudahan yang mesra orang kurang upaya. Penyediaan kemudahan tersebut akan dilaksanakan secara berperingkat. Di samping itu, kerajaan beta sedang mempertingkatkan penyertaan orang kurang upaya dalam sektor awam dengan memperuntukkan satu peratus daripada jumlah keseluruhan anggota perkhidmatan awam kepada mereka. Beta berharap langkah ini akan diikuti oleh sektor swasta.

Dasar luar Malaysia sentiasa berpaksikan kepada usaha mempertahankan kemerdekaan dan kedaulatan negara. Sepanjang tahun 2008, kepentingan Malaysia telah berjaya diketengahkan dan dilindungi di peringkat antarabangsa melalui amalan diplomasi yang proaktif. Malaysia telah berjaya mengukuhkan kerjasama dua hala dengan negara-negara sahabat dan kerjasama serantau terutamanya dengan ASEAN yang kini semakin maju sebagai badan serantau.

Kerjasama pelbagai hala dengan pertubuhan-pertubuhan antarabangsa juga bertambah mapan, terutama dengan Pergerakan Negara-Negara Berkecuali, Pertubuhan Persidangan Islam, Komanwel serta Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Penglibatan Angkatan Tentera Malaysia dan Polis Diraja Malaysia sebagai pasukan pengaman di serata dunia mencerminkan iltizam Malaysia kepada keharmonian masyarakat antarabangsa.

Lawatan-lawatan negara ke Kemboja, Laos dan Kuwait yang telah beta sempurnakan pada tahun 2008 telah menyumbang kepada kesuburan, keakraban dan pengukuhan hubungan-hubungan ini. Beta berbangga suara dan pandangan Malaysia dalam menyorot kepentingan negara di peringkat antarabangsa sentiasa diiktiraf dan dihormati oleh masyarakat dunia.

Pengiktirafan dan penghormatan kepada negara dapat dilihat dengan kepercayaan masyarakat antarabangsa yang menyokong Malaysia menjayakan penganjuran beberapa mesyuarat, persidangan dan forum penting dunia pada tahun 2008 termasuklah Forum Ekonomi Dunia dan Sidang Kemuncak Lapan Negara-Negara Membangun. Ini melambangkan bahawa dasar-dasar Kerajaan Malaysia diterima pakai bagi kepentingan masyarakat antarabangsa.

Beta maklum dan menggalakkan daya usaha kerajaan beta untuk menjayakan beberapa lagi inisiatif antarabangsa pada tahun ini dalam bidang penerangan dan diplomasi awam, persidangan hak asasi manusia dan sebagainya. Beta menyeru semua petugas di Kedutaan Malaysia di seberang laut supaya bertugas sebagai satu pasukan di bawah panji negara.

Kerajaan beta sentiasa siap siaga berinteraksi supaya negara-negara kecil khususnya tidak ditindas atau ditekan atas alasan-alasan yang membelakangkan undang-undang antarabangsa dan hak asasi manusia. Justeru, tindakan kerajaan beta mengadakan sidang khas Parlimen pada 12 Januari 2009 untuk mengutuk tindakan Israel menyerang rakyat Palestin di Semenanjung Gaza adalah tindakan yang tepat.

Beta berbangga di atas kejayaan Malaysia mengusulkan supaya diadakan sesi khas Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi membincangkan serangan Israel ke atas Semenanjung Gaza.

Penghantaran bantuan perubatan serta sumbangan kewangan daripada rakyat Malaysia pelbagai kaum dan agama menyerlahkan lagi keprihatinan negara terhadap keamanan dan keselamatan sejagat amnya dan nasib rakyat Palestin khasnya.

Beta menyeru semua golongan rakyat tanpa mengira fahaman politik berganding bahu dan saling bekerjasama memajukan negara yang kita kasihi. Semua pihak termasuk parti-parti politik perlu menunjukkan kebijaksanaan dan kematangan serta tidak melakukan apa jua tindakan yang boleh menjejaskan kestabilan dan pembangunan ekonomi negara.

Beta ingin mengingatkan sekali lagi supaya Ahli-Ahli Yang Berhormat dapat menunjukkan perilaku yang terpuji dalam Dewan yang mulia ini. Beta amat sedih dengan perilaku yang tidak sepatutnya di kalangan Ahli-Ahli Yang Berhormat pada sesi yang lalu yang memberi imej negatif kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat dan Dewan ini khususnya serta negara amnya. Sehubungan ini, semua Ahli Yang Berhormat hendaklah sentiasa mematuhi dan menghormati peraturan-peraturan Dewan.

Sebelum beta mengakhiri titah ini, beta maklum bahawa Mamanda Perdana Menteri akan menyerahkan kepimpinan negara kepada Mamanda Timbalan Perdana Menteri pada bulan hadapan setelah menerajui negara sejak 31 Oktober 2003.

Sehubungan ini, beta merakamkan penghargaan kepada Mamanda Perdana Menteri, Yang Amat Berhormat Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di atas kepimpinan dan segala sumbangan terutamanya dalam isu-isu pendemokrasian, akauntabiliti, integriti, pembanterasan rasuah, pengukuhan institusi kehakiman serta pendekatan Islam Hadhari.

Beta berharap peralihan kepimpinan ini akan berjalan lancar agar agenda pembangunan negara dapat diteruskan.

Akhir titah, beta juga merakamkan penghargaan kepada Ahli-Ahli Dewan Negara, Ahli-Ahli Dewan Rakyat, anggota-anggota perkhidmatan awam, Angkatan Tentera Malaysia, Polis Diraja Malaysia dan seluruh rakyat jelata yang telah bersama-sama menyumbang kepada pembangunan, kemakmuran serta keselamatan negara yang kita cintai.

Semua pihak hendaklah terus mempertingkatkan usaha-usaha menyokong kerajaan bagi menangani cabaran-cabaran terutamanya yang timbul akibat daripada kelembapan ekonomi global. Ini kerana tanpa sokongan padu semua pihak segala usaha tersebut tidak akan berjaya.

Arkit blog