Selasa, Februari 24, 2009

Pakatan Rakyat hanya pandai janji atasi miskin tegar

http://www.bharian.com.my/Tuesday/Rencana/20090224065708/Article/print_html
Berita Harian Online 
--------------------------------------------------------------------------------
 
Minda Pengarang: Pakatan Rakyat hanya pandai janji atasi miskin tegar
 
ENGAKUAN terbuka kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang yang gagal menghapuskan kemiskinan tegar di negeri itu seperti dijanjikan hampir setahun lalu, menunjukkan
pemimpin pembangkang lebih mudah membuat janji daripada melaksanakannya. Jika selama ini kita mendengar mereka berkempen dengan janji muluk semudah mulut
bercakap untuk menyelesaikan semua masalah rakyat sekiranya memerintah atau memenangi pilihan raya, hakikatnya tidak semudah itu. Namun, apabila mendapat
peluang memerintah dan berdepan dengan masalah, pelbagai alasan pula diberikan untuk menutup kelemahan pentadbiran seperti dilakukan Ketua Menteri Pulau
Pinang, Lim Guan Eng yang menjadikan kesukaran membuka akaun amanah sebagai alasan. Menangani kemiskinan, termasuk kemiskinan tegar tidak boleh diselesaikan
dalam masa singkat kerana ia meliputi perubahan secara bertahap membabitkan kejuruteraan sosial menyeluruh. Ia bukan boleh diselesaikan sekelip mata seperti
retorik pembangkang ketika berkempen atau janji dalam manifesto pilihan raya. Banyak pertimbangan perlu dilakukan untuk mengubah kehidupan dan sosial masyarakat
daripada kelompok miskin. Selama ini, Kerajaan Persekutuan mengambil masa setengah abad untuk mengatasi masalah kemiskinan di kalangan penduduk seluruh
negara dan berusaha gigih mengurangkan kadar miskin tegar dengan pelbagai program jangka panjang yang diperkenalkan.
 
Ternyata usaha singkat Pakatan Rakyat Pulau Pinang menangani kemiskinan dalam tempoh setahun, tentulah boleh dipersoalkan. Langkah menangani kemiskinan
tegar bukan setakat memberi bantuan segera kewangan menerusi akaun amanah, malah lebih daripada itu diperlukan untuk mengubah minda mereka supaya melihat
perubahan diri dan keluarga. Proses untuk mengubah diri tidak boleh dilakukan dalam masa singkat, umpama pepatah 'lebih baik memberi kail untuk memancing
daripada memberi ikan setiap hari.' Perubahan secara menyeluruh, termasuk memberi pendidikan kepada anak kumpulan berkenaan amat perlu bagi memastikan
rantaian kemiskinan yang melingkari dapat diputuskan supaya lonjakan status berlaku. Sebenarnya, kelompok berkenaan bukan saja miskin harta benda, malah
turut miskin minda dan berasa rendah diri terhadap persekitaran mereka. Hanya dengan suntikan sosioekonomi yang berterusan, masalah berkenaan dapat dihapuskan.
Memetik kenyataan, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Tan Sri Muhammad Muhd Taib pada Ogos tahun lalu, Kerajaan Persekutuan mengambil masa 50 tahun
berusaha menghapuskan kemiskinan dan kemiskinan tegar, tetapi kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor dan Pulau Pinang menetapkan seolah-olah mereka dapat
menyelesaikannya dalam tempoh setahun. Ada kira-kira 324 keluarga miskin tegar di seluruh Pulau Pinang dengan pendapatan kurang daripada RM400 sebulan.
Timbul persoalan kepada kita mengenai perancangan kerajaan Pulau Pinang, terhadap usaha membasmi miskin tegar. Berbanding kerajaan negeri lain berdepan
dengan jumlah kes yang banyak, ternyata kes miskin tegar di negeri itu cukup kecil, iaitu kurang daripada 500 kes. Kita berharap selepas ini tiada lagi
alasan diberikan jika gagal menunaikan apa dijanjikan kerana rakyat sedang melihat perkembangan pembangunan di negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat.

4 ulasan:

MAWAR BERDURI berkata...

salam sedingin sajlu hatiku?

Mcm mana pakatan rakyat nak tangani kemiskinan, kepala otak dorg pun dah tahap miskin tegar jugak. kusung mcm tin kosong. idea pun sudah hapak behabuk dan tidak buli diguna pakai oleh akal yang kaya raya...

amz fiteri berkata...

assalamualaikum...
memang org politik hanya pandai tabur janji je. PR,DAP.PKR mmg terer tabur janji, tak kurang jgk BN yang terlebih terer. dlm menilai bab janji kosong ni kena adil. cuba tengok balik menifesto BN di negeri pemerintahannya, satu pun tak tunai lagi.malah janji-janji dalam PRU sebelum PRU 12 pun banyak yang tak tunai lagi. mama pergi janji semua ahli politik ni, DAP , PR, PKR, BN ,UMNO, PAS semua sama je dlm bab berjanji

Jeepers Creepers berkata...

janji manis senang dibuat tapi nak tunaikan susah. kalau berjanji manis tapi tak tunaikan, dah lama BN boleh buat.

Tai berkata...

Ya Mawar. Asyik berpolitik sepanjang masa. Asyik berceramah ke situ dan sini. Itu sajalah kerja mereka.





Arkit blog