Khamis, Ogos 19, 2021

Teley MAB Rabu 18 Ogos 2021.

Tele MAB no. 878 Rabu, 18 Ogos 2021 Tel. no.: 03-22722687 Assalamualaikum dan salam sejahtera, Terdapat 1 pengumuman baharu, 1. Rumah PPR bagi OKU Penglihatan. Perumahan dan penyewaan adalah masalah utama di kalangan orang buta yang tinggal di bandar, terutamanya dalam tempoh sekatan pergerakan ini. Bagaimana kami boleh menolong? Semua yang telah memohon peruntukan rumah kepada DBKL dan PKNS, sila maklumkan sebelum 30 Ogos kepada Cik Gayathri di samb 297 atau melalui WhatsApp di 014-3282019. Sila berikan maklumat yang berkaitan seperti nama, no IC. dan alamat surat-menyurat terkini. Terima kasih, Ikhlas: Cik Santhi Selvam Cik Roslina Mohamed. Tele MAB no. 878 Wednesday, 18 August 2021 Tel. no.: 03-22722687 Hello friends, There is 1 new announcement, 1. PPR house for the visually-impaired. Housing and rental are prime issues among the blind residing in towns, especially during this lockdown period. How can we help? All who have applied for the house allocation to DBKL and PKNS, please inform before 30 August to Ms. Gayathri at ext. 297 or through her WhatsApp no. at 014-3282019. Please give the relevant info such as name, IC no. and latest correspondence address. Thank you, Regards: Ms. Santhi Selvam Ms. Roslina Mohamed.

Selasa, Ogos 17, 2021

Info Pertis Isnin, 16 Ogos 2021.

Pengumuman PERTIS Minggu Ini Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan selamat sejahtera. Berikut adalah pengumuman daripada PERTIS Pusat. Terdapat 2 pengumuman terkini untuk minggu ini. 1. Majlis Tilawah Quran Braille (MTQB). PERTIS akan menganjurkan program Majlis Tilawah Quran Braille (MTQB) 2021. Kategori dalam majlis ini adalah seperti berikut: 1. Tilawah Al-Quran Braille Lelaki. 2. Tilawah Al-Quran Braille Wanita. 3. Hafazan Lelaki. 4. Hafazan Wanita. 5. Tilawah Al-Quran Braille saudara baru. Program ini akan dilaksanakan secara atas talian secara berkala pada bulan November 2021. Untuk pendaftaran dan maklumat lanjut, sila hubungi Setiausaha Agung PERTIS, Saudara Shahril Azrie di talian 013-4315539. 2. Pengumuman dari Biro Pembangunan Wanita, kemasyarakatan dan kesejahtran ummah. Biro akan menganjurkan Program ceramah, wanita Dambaan Syurga. tarikh 31 ogos masa 10 pagi hingga 12 tengah hari. penceramah Dr. Asmah pensyarah UPSI. Bagi yang berminat dan ingin menyertai sila join grup whatssap dibawah dan untuk maklumat yang lebih lanjut boleh berhubung dengan Encik Ahmad bin wahab di talian +60178751260 https://chat.whatsapp.com/LmYZ2vBItdtLMmLK0jv6X9 Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan selamat sejahtera. Berikut adalah pengumuman daripada PERTIS Pusat. Terdapat 3 pengumuman ulangan untuk minggu ini. 1. Pengumuman Dari Biro Pembangunan Belia Kesenian Dan Kebudayaan (PERTIS) Akan menganjurkan pertandingan Mencipta Video. Dengan Tema (Sayang Negara) oleh itu satu taklimat akan diadakan Untuk pendaftaran sila WhatsApp ke talian wasap.my/601156986846 Tarikh tutup pendaftaran 20 Ogos 2021. (Jumaat) 2. Bantuan PKP kepada OKU Penglihatan yang memerlukan. Pihak PERTIS memohon kerjasama OKU Penglihatan di seluruh Malaysia yang memerlukan bantuan untuk mengisi google form berikut. Anda juga boleh whatsapp maklumat berikut ke nombor Whatsapp PERTIS, 013-7896639: 1. Nama Penuh. 2. Nombor telefon. 3. Nombor Kad Pengenalan. 4. Nombor Kad OKU. 5. Alamat. 6. Status Perkahwinan. 7. Pekerjaan. 8. Pendapatan. 9. tanggungan. 10. Nombor akaun bank dan nama bank. Pihak kami akan menggunakan data ini jika ada sebarang bantuan daripada mana-mana pihak. Sila ikuti pautan google form berikut untuk mengisi maklumat : https://forms.gle/f7VN3F1gPtbiXxH88 3. PERTIS dengan kerjasama Love Quran Group akan mengadakan kelas Al-Quran Braille secara atas talian kepada OKU Penglihatan. Program ini terbuka kepada OKU Penglihatan di seluruh Malaysia. Untuk pendaftaran, sila wass app maklumat anda seperti nama penuh, nombor kad pengenalan dan nombor telefon ke nombor Pertis +60137896639. Sekian terima kasih.

Jumaat, Ogos 13, 2021

Teley MAB Jumaat, 13 Ogos 2021.

Tele MAB no. 877 Jumaat, 13 Ogos 2021 Tel. no.: 03-22722687 Assalamualaikum dan salam sejahtera, Terdapat 1 pengumuman baharu, 1. Sayembara Merdeka 2021 Sempena Sambutan Bulan Kemerdekaan Malaysia ke-64 Tahun, Radio Komuniti Orang Buta Atas Talian (Radio MAB) dengan kerjasama Persatuan Bagi Orang Buta Malaysia dan Dewan Bahasa dan Pustaka ingin menjemput seluruh rakyat Malaysia menyertai Sayembara Merdeka 2021 bertemakan “Merdekakah Kita”. Pertandingan dan Kategori 1. Mari Berpantun a. Kategori Murid Sekolah Pendidikan Khas (7-12 Tahun) b. Kategori Murid Sekolah Rendah (7-12 Tahun) 2. Pertandingan Mencipta dan Mendeklamasikan Sajak (Kategori Terbuka) Penyertaan boleh dihantar melalui pautan https://linktree/radiomab sebelum 20 Ogos 2021, pukul 12.00 tengah hari Hadiah Menarik Menanti Pemenang. Maklumat lanjut mengenai pertandingan dan syarat penyertaan, sila layari: https://www.facebook.com/Radio-MAB-103487991666576 Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Puan Mazlifah di samb. 202 atau En. Zulhazrin di samb. 200 atau e-melkan di radiomab.event@gmail.com Terima kasih, Ikhlas: Cik Santhi Selvam Cik Roslina Mohamed. Tele MAB no. 877 Friday, 13 August, 2021 Tel. no.: 03-22722687 Hello friends, There is 1 new announcement, 1. Sayembara Merdeka 2021 In conjunction with the 64th years Malaysian Independence Month Celebration, MAB Radio will be collaborating with the Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) inviting all Malaysians to participate in Sayembara Merdeka 2021 with the theme “Merdekakah Kita”. Competitions and categories: 1. Mari Berpantun a. Special Education School category (7-12 years) b. Primary School Student Category (7-12 years) 2. Pertandingan Mencipta dan Mendeklamasikan Sajak (Open Category) Please submit your entry via the https://linktree/Radiomab linkbefore 20 August at 12.00 noon. The winner will receive an attractive prize. For more info, please visit: https://www.facebook.com/radio-mab-103487991666576 Or contact Pn. Mazlifah at ext. 202 or Mr. Mohd Zulhazrin at ext. 200; or E-mail at radiomab.event@gmail.com Thank you, Regards: Ms. Santhi Selvam Ms. Roslina Mohamed.

Teley MAB Jumaat, 13 Ogos 2021.

Tele MAB no. 876 Jumaat, 13 Ogos 2021 Tel. no.: 03-22722687 Assalamualaikum dan salam sejahtera, Terdapat 1 pengumuman baharu, 1. Kursus Kemahiran Komputer Secara Maya. Pusat Latihan Panggilan MAB (Call Centre) akan menganjurkan Kursus Komputer & Teknologi Maklumat (ICT) secara atas talian khusus kepada Komuniti OKU Penglihatan yang memerlukan latihan kemahiran dan peluang peningkatan kerjaya. Kursus ini akan dijalankan mengikut kompetensi iaitu Kursus Asas Komputer dan Latihan Kemahiran Komputer Lanjutan. Terdapat lebih daripada 10 pilihan modul seperti NVDA, Aplikasi Microsoft Office, Aplikasi Google termasuk e-mel, panduan pembelian secara atas talian, media sosial, perbankan internet dan banyak lagi dengan pakej harga yang amat berpatutan. Tempat adalah terhad. Peserta akan diberikan e-Sijil selepas tamat latihan. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 20 Ogos. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi En. Najib di samb. 144. Terima kasih, Ikhlas: Cik Santhi Selvam Cik Roslina Mohamed. Tele MAB no. 876 Friday, 13 August 2021 Tel. no.: 03-22722687 Hello friends, There is 1 new announcement, 1. Virtual Computer Skills Short Courses MAB Call Centre will organize an online Computer & Information Technology (ICT) courses specifically for the blind and visually impaired community that requires skills training and career enhancement opportunities. These courses will be conducted according to competency, Basic Computer Course and Advanced Computer skills training. There are more than 10 modules to choose from such as NVDA, Microsoft Office applications, Google apps including emails, social media, internet banking and more with a very reasonable price package. Seats are limited. Participants will be given an e-certificate after the end of the training. The closing date of entry is on 20 August. For more info, please call Mr. Najib at ext. 144. Thank you, Regards: Ms. Santhi Selvam Ms. Roslina Mohamed.

Teley MAB Sabtu, 7 Ogos 2021.

Tele MAB no. 875 Sabtu, 7 Ogos 2021 Tel. No.: 03-22722687 Assalamualaikum dan salam sejahtera, Terdapat 1 pengumuman baharu, 1. Ujian Calitan Covid-19 RTK kepada OKU Penglihatan. MAB dengan sukacitanya ingin memaklumkan bahawa kami dengan kerjasama Poliklinik Cahaya Brickfields telah bersetuju untuk menawarkan Ujian Calitan Covid-19 RTK kepada OKU Penglihatan. Sila hubungi Unit Kebajikan MAB dengan memberikan maklumat seperti nama, nombor kad pengenalan dan nombor telefon anda sebelum jam 3.00 petang mulai 5 Ogos 2021 hingga 30 September 2021. MAB akan menyediakan dokumen yang diperlukan untuk ujian tersebut. Untuk makluman, ujian tersebut akan dijalankan pada jam 9.30 pagi pada hari berikutnya. Terima kasih, Ikhlas: Cik Santhi Selvam Cik Roslina Mohamed. Tele MAB no. 875 Saturday, 7 August 2021 Tel. no.: 03-22722687 Hello friends, There is 1 new announcement, 1. Covid-19 RTK Smear Test for the Visually Impaired People. MAB is pleased to inform that we will be collaborating with Cahaya Polyclinic Brickfields to offer Covid RTK Smear Test to The Visuially Impaired People. Please contact The MAB Welfare Unit by providing information such as your name, identity card number and telephone number before 3.00 pm from 5 August 2021 to 30 September 2021. MAB will provide the necessary documents for the test. For your information, the test will be conducted at the clinic at 9.30 am the following day. Thank you, Regards: Ms. Santhi Selvam Ms. Roslina Mohamed.

Rabu, Ogos 04, 2021

Teley MAB Isnin, 2 Ogos 2021.





Arkit blog