Ahad, Mei 24, 2009

Kemudahan OKU di 5 stesen komuter




Sumber Harian Metro

KUALA LUMPUR: Golongan orang kurang upaya (OKU) di Lembah Klang bakal menikmati suasana lebih selesa dan mudah serta dilayan mesra apabila menggunakan perkhidmatan tren komuter di Lembah Klang, tidak lama lagi.

Ini berikutan langkah Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menambah pelbagai kemudahan mesra OKU antaranya taktil (laluan khas untuk orang buta), lif dan laluan tanjakan di lima stesen komuter selain ruang khas untuk golongan itu di dalam tren.

Pengarah Urusannya, Datuk Abd Radzak Abd Malek, berkata kemudahan terbabit yang menelan belanja RM10 juta diperoleh daripada bajet Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) akan bermula Julai ini dan dijangka siap Mei tahun depan

"Lima stesen terbabit iaitu di stesen KTM Komuter Rawang, Sungai Buloh, Bandar Tasik Selatan, Serdang dan Shah Alam adalah tambahan kepada tujuh stesen yang sudah dilengkapi kemudahan terbabit di stesen KL Sentral, Segambut, Bank Negara, MidValley, Subang Jaya, Kajang dan Seremban.

"Antara kemudahan yang disediakan termasuk lif, taktil, ramp laluan masuk, tandas khas dan tempat meletak kenderaan untuk OKU," katanya.

Rabu, Mei 20, 2009

Nak tunjuk samseng pulak dah.

Hai, Ss datang lagi.

 

Orang kata, orang berbudi, kita berbahasa.  Orang memberi, kita merasa.  Itulah yang sepatutnya kan?  kalau macam tu, barulah bagus.

 

Tapi, lain pulak dengan kumpulan kecil yang langsung tidak mengenang budi ini.  Orang dah tolong dah, kemudian, nak tunjuk hero.  nak tunjuk samseng.

 

Ibarat kata, menolong anjing tersepit.  Sepatutnya, mereka ini, harus bersyukur dengan pembebasan mereka dari ISA.  Ini tidak, sudahlah dibebaskan, sekarang, mereka nak mengugut kerajaan pula.  Apa jenis manusia mereka ini? Adakah mereka ini syaitan yang bertopengkan manusia?

 

Di dalam soal ini, kerajaan tolong jangan berlembut dengan manusia-manusia yang bertopengkan syaitan ini.  kerajaan tok Jib janganlah jadi sebuah kerajaan yang penakut.  mereka ini terang-terang telah menyalahgunakan demokrasi.  Inilah akibatnya kalau terlalu menyanjung demokrasi ala barat yang merosak dan menjahanamkan itu.

 

kepada rakyat Malaysia, perangilah mereka ini yang cuba ingin merosakkan perpaduan kaum di malaysia ini.  Ingat, nak musnahkan negara adalah senang dan mudah.  Tetapi, amat payah dan siksa untuk membangunkan sebuah negara.

Isnin, Mei 18, 2009

tahniah Bn!

Tahniah Bn! Nampaknya, inilah pertama kali Bn tidak bertanding dalam Prk. Ya, munkin pembangkang akan berkata yang Bn takut kalah dan sebab itu, mereka tidak menurunkan calon untuk bertanding.

Biarkan pembangkang dengan gila kuasa dan keseronokkannya. Bn harus menumpukan perhatiannya terhadap pentadbiran negara dan bukannya melayan kerenah pembangkang yang gila kuasa dan gila pilihanraya.

Nampaknya, hasrat pembangkang untuk menjadikan Bn sebagai bahan permainan telah gagal. Inilah kuasa tuhan. Tiada siapa yang dapat menghalangnya.

Mail ini telah dihantar dengan menggunakan telefon bimbit 6680 Nokia.

Jumaat, Mei 15, 2009

Nizar vs Zambry: Antara hormati undang-undang dan taati Raja



Kemelut menentukan siapakah Menteri Besar Perak dilihat semakin rumit dan mencabar.

Pelbagai pihak membuat andaian masing-masing termasuk cuba meneka apakah kesudahan episod yang sudah berlarutan lebih tiga bulan selepas Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dilantik menggantikan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin pada 6 Februari lalu.

Cuma apabila ada pihak membuat tafsiran mengikut rasa dan fahaman politik masing-masing, kemelut ini dilihat seolah-olah hanya boleh diselesaikan melalui pilihan raya kecil di Perak.

Sebenarnya, jika diteliti dan diamati, kes yang dikemukakan Nizar ke Mahkamah Tinggi untuk mencabar kesahihan perlantikan Zambry dan menganggap dirinya masih Menteri Besar tidak terlalu sukar diselesaikan.

Keputusan Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim mengisytiharkan Nizar sebagai Menteri Besar Perak yang sah memang betul dan patut diterima semua pihak termasuk Barisan Nasional (BN) mahupun pembangkang di negeri itu.

Hakim itu mendapati Nizar tidak mengosongkan jawatan sebagai Menteri Besar kerana beliau tidak kehilangan kepercayaan majoriti anggota Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak.

Walaupun tidak melihat alasan penghakiman Abdul Aziz tetapi tidak dilaporkan beliau membuat sebarang keputusan mengatakan perlantikan Zambry sebagai Menteri Besar adalah salah atau Zambry perlu melepaskan jawatan itu kepada Nizar.

Difahamkan, tujuan sebenar Nizar membawa kes berkenaan ke mahkamah adalah untuk mengesahkan beliau Masih Menteri Besar kerana i) tidak berlaku pembubaran DUN, ii) tidak ada undi tidak percaya padanya di persidangan DUN dan iii) tidak berlaku perletakan jawatan oleh beliau.

Memang Nizar ada memohon pengisytiharan Zambry bukanlah Menteri Besar yang sah dan tidak berhak jawatan itu tetapi seperti dinyatakan di atas, tiada ada laporan hakim memutuskan perkara itu.

Memandangkan kes penentuan Menteri Besar ini masih dalam lingkungan mahkamah selepas Zambry berjaya mendapatkan penangguhan pelaksanaan keputusan itu melalui Mahkamah Rayuan dan Nizar pula mengemukakan permohonan mengetepikannya, adalah tidak wajar perkara dan kuasa mahkamah disentuh.

Cuma tidak salah untuk semua pihak memikirkan bahawa dalam menghormati keputusan mahkamah, keputusan Sultan Perak, Sultan Azlah Shah melantik Zambry sebagai Menteri Besar juga harus ditaati.

Baginda membuat keputusan itu kerana percaya dan yakin Zambry mendapat kepercayaan 28 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) BN serta sokongan tiga Adun Bebas.

Sultan Azlan mengambil langkah betul dengan kuasa muthlaknya melantik Zambry dengan mematuhi segala peraturan.

Maka tiada siapa mahupun mahkamah boleh meragui tindakan baginda dan harus menerima kenyataan bahawa Zambry kini masih Menteri Besar yang sah berdasarkan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak.

Persoalan kemelut ini sebenarnya adalah kerana Perak mempunyai dua orang Menteri Besar dengan Zambry dibuat atas perlantikan kuasa Sultan manakala Nizar pula masih sah menjawat jawatan itu berdasarkan keputusan mahkamah.

Bagi penyelesaiannya adalah sama ada Nizar atau Zambry meletak jawatan ataupun membenarkan sidang khas DUN Perak memutuskan siapakah antara mereka kekal Menteri Besar melalui undi percaya oleh ahli-ahli DUN.

Jika selama ini semua pihak termasuk pembangkang melaung-laungkan soal menghormati majoriti, maka biarlah majoriti ahli-ahli DUN memutuskannya.

Langkah ini sekaligus membolehkan semua pihak menghormati undang-undang atau mahkamah dan dalam masa sama mentaati Raja-Raja.

Soalnya adakah Nizar sanggup?. Dengan majoriti 31 Adun yang memihak BN, Nizar dan rakan-rakan PAS, DAP dan PKR yang hanya ada 28 sokongan sudah tentu menolak cadangan ini.

Awal-awal lagi Nizar memilih untuk memohon Sultan Perak membubarkan DUN supaya pilihan raya negeri dapat diadakan kerana percaya pembangkang dapat menawan semula majoriti DUN dan beliau akan kekal sebagai Menteri Besar.

Nizar lupa bahawa kemelut sekarang adalah untuk menentukan Menteri Besar Perak bukannya memilih kerajaan yang akan mentadbir negeri itu.

Tindakannya kini jelas lebih bersifat peribadi dengan menjadikan alasan kononnya kemelut ini perlu undi rakyat negeri Perak sebagai penyelesaian.

Tidak hairanlah dalam sidang medianya selepas keluar pejabat Menteri Besar petang Selasa, Nizar mendakwa keputusan yang diperolehi Zambry melalui Mahkamah Rayuan membelakangkan rakyat.

Sekadar bertanya, siapakah yang membelakangkan rakyat dan siapakah yang membelakangkan kuasa majoriti?

Jawapan pada persoalan dan tindak tanduk Nizar dalam kemelut ini mendedahkan bahawa beliau seorang yang hanya berani berumah di tepi pantai, tetapi tidak sanggup di pukul ombak.

Kalau Nizar benar-benar berani, mintalah speaker DUN Perak mengutus surat mohon perkenan Sultan Perak supaya diadakan sidang khas bagi membuat penentuan siapa lebih majoriti untuk kekal sebagai Menteri Besar dan yang tewas haruslah meletak jawatan.

Dalam hal ini, Agendadaily teringat kenyataannya ketika sidang media petang Selasa di Wisma DAP apabila diajukan soalan mengenai sokongan majoriti ini.

Kata Nizar, "Kalau nak uji majoriti, bawalah ke DUN. Jangan cakap di luar…Sayapun boleh cakap begitu,".

Jadi apa kata Nizar buktikan kata-katanya.

artikel dari: Agenda Daily

Grand design besar-besaran Anwar kuasai PAS..



Oleh NTanwar, AIDCclub

Seboleh mungkin Anwar tidak mahu pergelutan muktamar PAS menjadi perhatian masyarakat. Anwar mahu perubahan dalaman PAS berlaku secara menyeluruh tanpa disedari oleh umum. Sebab itu Anwar berusaha divert issue kepada pilihanraya kecil di DUN Penanti dan berpakat dengan DAP supaya buat gimik peletakan jawatan Manoharan, tetapi semuanya tidak menjadi..

Terbaru Anwar meletakkan PAS dalam keadaan terhimpit di Perak. Nizar wakil PAS, dihimpit rapat oleh DAP hinggakan menjadi jurucakap DAP. Kenyataan media Nizar bukan lagi keluar dari pejabat PAS, sebaliknya dibuat di pejabat DAP, membuktikan Nizar tidak cukup power, jika tidak disupport oleh DAP.

Memang itu realitinya, Nizar dari PAS hanya mempunyai 6 ADUN termasuk dirinya sendiri, berbanding dengan DAP 17 dan PKR 5 . Tiga orang yang sepatutnya menjadi ADUN PKR dan DAP telah keluar menjadi ADUN Bebas, menyokong ADUN BN yang berjumlah 27orang.

http://4.bp.blogspot.com/_m9JzfOJfe8Q/SgovcMobGaI/AAAAAAAAEOM/jMsGWFs6zI4/s320/exco-perak440.jpg


Siapa mastermind yang mula-mula mencaturkan wakil PAS menjadi MB Perak (walaupun bilangan ADUNnya 6 orang), kalau bukan Anwar Ibrahim berpakat dengan Husam Musa (PAS) ?

Sebaik sahaja PAS Kelantan berjaya memenangi semula pemerintahan di Kelantan, selepas bernafas nyawa-nyawa ikan (hanya majoriti satu kerusi), Husam merajuk membawa diri ke Kuala Lumpur (menemui Anwar ?) dengan alasan untuk menyelesaikan isu pelantikan kerajaan PR di Perak dan Selangor.

Memang Husam Musa 'laju bekerja', walaupun kapasitinya sebagai Naib Presiden, tetapi 'terlebih laju' mengalahkan Presiden dan Timbalan Presiden PAS, melakukan 'perundingan' dengan Anwar.

Inilah hujah utama geng Erdogan kenapa mereka bermati-matian menyokong Husam Musa sebagai Timbalan Presiden, hatta termasuk Presiden PAS kerana Husam seorang yang 'laju bekerja'

Tetapi 'laju apa' ? Bertindak sendirian, berpakat dengan Anwar Ibrahim, tanpa mendapat restu daripada Presiden PAS dan membelakangkan Timbalan Presiden PAS. Meletakkan kedudukan Dr Hassan Ali yang sepatutnya menjadi Timbalan Menteri Besar ke posisi paling tercorot kalah kepada Dr Xavier Jayakumar, Elizabeth Wong, Ronnie Lew dan Teresa Kok, inikah yang dikatakan 'laju bekerja' ?

Berpakat dengan Anwar Ibrahim meletakkan Nizar sebagai MB boneka yang dikontrol oleh 17 wakil DAP di Perak, inikah yang dikatakan 'laju bekerja' ?

Itu bukan 'laju bekerja' tetapi menjadi rakan kongsi, menjayakan agenda Anwar untuk meletakkan kedudukan PAS dalam keadaan terhimpit hingga tiada jalan keluar lagi
Maknanya MOU persefahaman kerajaan PR di Selangor dan Perak dibuat antara Anwar Ibrahim, Husam Musa (PAS) dan Lim Kit Siang (DAP). Bukankah itu Husam dari awal-awal lagi sudah menjadi 'budak suruhan' Anwar yang kononnya mewakili PAS ?

Sebenarnya ketika Husam berunding di Kuala Lumpur itu, Husam dikatakan merajuk apabila terdapat desas desus mengatakan tok guru Nik Aziz tidak akan menyambung tugasnya sebagai exco paling kanan Kelantan (exco ekonomi) dan hanya diberikan exco paling junior (exco belia), namun setelah Husam berjaya 'mengertak tok guru, exco ekonomi telah dikembalikan kepadanya dan Husam kembali semula ke Kelantan.

Tetapi apa yang terjadi dengan MOU Husam dengan Anwar tentang kerajaan PR di Selangor dan Perak ? Adakah idea itu berjaya ?

Gembirakah Dr Hassan Ali yang sepatutnya menjadi Timbalan Menteri Besar Selangor dengan posisi paling tercorot menjaga hal ehwal adat istiadat Melayu dan agama Islam ? Berjayakah Dr Hassan jaga adat Melayu dan Islam, sedangkan Dr Xavier Jayakumar sedang membesarkan kuil, Teresa Kok sedang memperlekehkan simbol-simbol Islam termasuk azan dan tulisan jawi dan dalam masa sama memperbesarkan gereja ?

Ronnie Lew dan Eizabeth Wong pula sedang membenarkan lesen judi, rumah urut dan 'along' besar-besaran di Selangor. Berjayakah Hassan Ali pertahankan Melayu dan Islam tetapi exco-exco yang lebih kanan daripadanya sedang melakukan grand design besar-besaran menghakisnya ?

Video terbitan Hudd06 yang memaparkan janji-janji Dr Hassan Ali semasa kempen PRU 12.


Untuk tahu gembira atau tidak Hassan Ali, dengar pendapat Khalid Samad (geng Erdogan) ketika dipecat daripada menjadi Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor.

Kata Khalid, " Hassan Ali pecat saya kerana dia tidak sependapat dengan saya. Sepatutnya kalau PKR dan DAP yang memenangkan PAS di Selangor, selepas menang PAS patut menyokong kerajaan yang dipimpin oleh PKR dan DAP. Tetapi dia (Hassan Ali) tidak bersetuju dengan saya"



Bagaimana pula dengan Nizar ? Berjayakah agenda PAS, apabila Nizar dikelilingi oleh orang-orang DAP ?. Bermula dengan perjanjian Pangkor 11, gadai tanah rezab Melayu kepada Cina hingga 999 tahun, seperti kata Mustafa Ali, Pengarah Pilihanraya PAS Pusat, tindakan Nizar ibarat memberi bulan dan bintang kepada DAP. Inikah yang kejayaan yang dibanggakan PAS ?

Dengar apa kata Anwar ketika berkempen di Bukit Gantang. "Pilihlah Nizar, dia akan jadi pengganti saya, sekiranya apa-apa terjadi ke atas saya", kata Anwar yang dapat merasakan akan sangkut kes meliwat bekas pembantu peribadi bulan Julai ini.

Maknanya Anwar sudah gantung harapan kepada masyarakat Cina dan PAS dengan meletakkan Nizar sebagai pewaris zuriatnya penyambung jambatan antara PAS dan DAP. Adakah ini retorik politik, kerana Nizar adalah wakil PAS yang tidak mungkin boleh menggantikan tempat Anwar sebagai 'defacto PKR'. Atau Anwar sedang menyusun perancangan mendekatkan PAS dan PKR dengan Nizar sebagai penyatunya?

Lihat apa kesan kempen Anwar di Bukit Gantang. Nizar menang. Tetapi Nizar hilang 30 peratus undi Melayu. Statistik kerisauan hilang sokongan undi Melayu ini bukan dibuat oleh BN, tetapi dianalsis sendiri oleh salah satu think tank PAS Kelantan.

Penarik Beca pun marahkan kepimpinan PAS kerana tidak jaga Melayu, hingga hilang 30 peratus di Bukit Gantang.

Soalnya, wajarkah penarik beca (blogger pro Erdogan) hanya marahkan Ustaz Hadi dan Nasaruddin ? Itu hanya petanda awal, jika tidak dibendung akan terus merebak lagi dan ini pasti akan berlaku sepenuhnya jika ulama PAS terus diperlekeh!

Lihat stail kepimpinan Nizar. Adakah dia sesuai jadi wakil PAS atau wakil DAP anggap Nizar sesuai jadi jurucakap DAP?


Nizar dan sentiasa diapit oleh Ngeh dan Nga akan mencabar sesiapa sahaja yang mendakwa PAS ingin memperjuangkan Negara Islam dan hukum hudud. Nizar cabar buktikan PAS memperjuangkan Islam walhal semua itu termaktub dalam fasal 5 perlembagaan PAS ?

Inikah kejayaan Husam, menurut kemahuan Anwar, menjadikan PAS semakin liberal dan akan menjadi seperti PKR.

Inilah satu-satu buah tangan hasil kejayaan Husam, meletakan ahli-ahli "berbaju PAS, badan PKR' seperti yang dinukilkan oleh Azizi Abdullah. Kalau itu ukuran kejayaan Husam, tunggu mimpi ngeri yang paling ditakuti oleh tok guru Nik Aziz iaitu bimbang PAS ditolak oleh pengundi Melayu, hingga tinggal satu kerusi seperti yang pernah terjadi di Kelantan.

Sekarang perancangan Anwar dan Husam menguasai PAS secara diam-diam telah terbongkar. Anwar cuba tutup, bimbang konspirasinya terbongkar, Husam pun mahu berpuasa daripada bercakap politik, tetapi bagaimana dengan ahli-ahli PAS yang lain ?

Bagaimana dengan Nik Abduh (anak tok guru) yang terpaksa menulis di blognya mendedahkan konspirasi melaga-lagakan dua tok guru (Nik Aziz dan Hadi) ?

Bagaimana dengan Nasruddin Tantawi, Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat yang secara terang-terangan mengkritik Anwar berkenaan isu pembinaan replika gergasi Anwar di Gombak dan mengkritik Husam yang mencabarnya supaya melawan Presiden PAS.




Nik Abduh dan Nasruddin Tantawi ini kedua-dua produk 'ustaz' daripada universiti Al Azhar, Timur Tengah. Kedua-dua bersuara tidak bersetuju dengan tindakan Husam, mengadaikan Islam kepada Anwar dan DAP semata-mata untuk mendapatkan kuasa.

Tetapi apa yang terjadi kepada Nik Abduh selepas dia membongkarkan konspirasi Husam menguasai PAS ? Nik Abduh ditewaskan oleh Abdul Lattif, proksi Husam untuk jawatan Ketua Pemuda PAS Kelantan.

Memang betul Husam mahu 'berpuasa' daripada bercakap politik, tetapi Husam tidak 'berpuasa' daripada bekerja mencaturkan individu yang menghalang cita-citanya. Bukankah tindakan Husam ini sebiji sama dengan tindakan Anwar, membunuh sesiapa sahaja, tidak kira lawan atau kawan politik, sekiranya menjadi penghalang politik ?

MSO dalam tulisannya mendedahkan kekalahan Nik Abduh sudah dijangka apabila Mohd Zaki Ibrahim, (Ketua Pemuda PAS Kelantan) telah berjumpa dengan Abdul Latiff di Pantai Cahaya Bulan (PCB) sehari sebelum pengundian. Apabila Mohd Zaki sebagai Ketua Pemuda merestui Abd Latiff, apa harapan lagi Nik Abduh untuk menang ?

Siapa Mohd Zaki ? Dia bekas Ketua Pemuda PAS Kelantan yang bukan kelulusan agama. Dia adalah anak buah Husam Musa. Adiknya Zamarksari Ibrahim adalah Ketua Pemuda PKR Kelantan. Dari situ sudah nampak jelas perkaitan Zaki, Husam dan berakhir dengan Anwar Ibrahim.

Mohd Zaki Ibrahim pula dikatakan disuruh oleh Husam untuk mencabar Nasruddin Tantawi sebagai Ketua Pemuda PAS Pusat untuk menutup mulut ustaz dari Tantawi itu yang sentiasa memberi dalil Al Quran mengenai kesalahan Anwar Ibrahim.

Adakah selepas ini, Nasruddin Tantawi juga menjadi mangsa kedua sembelihan Husam selepas Nik Abduh ?

Dikatakan jentera Husam sama hebat seperti Anwar Ibrahim. Dana melimpah ruah, orang-orang yang sanggup mati kepadanya telah dibeli satu persatu.

Blogger Kickdefella atau nama sebenar Syed Azidi pun sanggup mati kerana Husam. Kickdefella berasal daripada UMNO (dulu sokong Anwar), masuk PAS dan sanggup menyerahkan nyawa kepada Husam.

Ketika salah seorang pelawat blog Meli Kapak Jangak (ketua pengarang Wasilah) mendedahkan kehidupan peribadi Kickdefella (pelawat mendedahkan Kicdefella minum arak dengan menyertakan tulisan pengakuan Kickdefella sendiri) yang tidak selaras dengan aspirasi PAS Kelantan, Husam telah bermati-mati membela Kickdefella dan menghantar surat saman kepada Meli.

http://1.bp.blogspot.com/_m9JzfOJfe8Q/SgoIU_2F15I/AAAAAAAAEN8/2p4w-BcQcZI/s320/kickditangkap.bmpKickdefella, blogger upahan Husam ditangkap polis kerana menyiarkan artikel yang berniat menghasut

http://2.bp.blogspot.com/_m9JzfOJfe8Q/SgoJaJld84I/AAAAAAAAEOE/TAKbeFM4y5c/s320/Kickditangkap1.bmp"Minta maaf boss..dah kena tangkap dah..saya sanggup serahkan jiwa dan raga kepada tuan..", kata Kickdefella kepada Husam sambil cium tangan. "Tak per..tak per..saya akan jamin nanti..nanti saya bincang dengan Anwar..jasa tuan 'hamba' amat besar..", kata Husam.


Semua orang-orang Keadilan yang keluar dari PKR, masuk PAS pun bertuankan Husam. Adakah ini perancangan Anwar-Husam ? Saifuddin Nasution, dari PKR, masuk PAS, bertuankan Husam Musa, sekarang kembali semula kepada Anwar Ibrahim, sebagai Pengarah Piliharaya PKR.

Begitu juga dengan Saari Sungip, Anuar Tahir, Saufi Daud. Malah ketika Ezam Mod Nor menyatakan ura-ura ingin keluar daripada PKR, orang yang pertama berunding dengannya adalah Husam Musa.

Adakah Husam Musa ingin menjadi PAS seperti PKR, one stop centre, boleh bertukar-tukar ahli sesuka hati. Kalau begitu amat malang bagi PAS, kerana PAS bakal menjadi seperti PKR..

Menjelang Muktamar PAS ini, PAS telah bergolak besar, bukan setakat bergoncangnya jawatan Timbalan Presiden, yang menjadi buruan Husam, Nizar juga dicatur supaya merebut Naib Presiden, Zaki akan merebut Ketua Pemuda dan Dr Lo'lo Ghazali akan mencabar kerusi Ketua Dewan Muslimah.

Kalau semua perancangan ini berjaya, maka lengkaplah grand design Anwar untuk menguasai PAS secara besar-besaran, dan Anwar boleh tersenyum puas serta kembali semula ke Amerika, melaporkan kepada Carl Gershman, bahawa, dia telah berjaya menawan PAS!

Dulu pada tahun 2005, Anwar telah beritahu Carl Gershman bahawa PAS sekarang tidak lagi memperjuangkan cita-cita "Negara Islam". Macam mana Anwar terlalu konfiden yakinkan Carl, si Yahudi penaja dana demokrasi Amerika itu bahawa PAS akan ikut telunjuknya. Kemudian benar seperti dikata Anwar, PAS gugurkan slogan 'Negara Islam' pada PRU 12. Kebetulan atau perancangan Anwar ?

Sekarang, pada 2009, Anwar boleh kembali lagi ke Amerika, beritahu Carl Gershman, "Carl, sekarang bukan setakat PAS berjaya gugurkan "Negara Islam", tetapi seluruh kepimpinannya telah kita ambil alih", kata Anwar sebagai usaha menambahkan lobi demokrasi ke Malaysia.

Mungkin anda berfikir perkara ini tidak logik. Sama juga tidak logik, Anwar boleh melaporkan kepada Amerika berkenaan dengan PAS dan mengetahui apa yang akan berlaku kepada PAS,seperti dalam video NED, sedangkan Anwar bukan ahli PAS.



sumber - NTanwar

Artikel lain berkaitan :

. Benarkah Anwar peralatkan Husam Musa kuasai PAS ?

. Siapa 'pembantu sesat' hasut Tok Guru Nik Aziz ?

. Konspirasi goncang kerusi Presiden PAS ?

. Anwar sudah pangkah siapa patut `dibunuh' dalam PAS..

. Sekeping foto seribu makna..Walter Chia dan Saifuddin Nasution

. Rasional Erdogan dan PKR benarkan kalimah ALLAH kepada agama lain ?

guide lines for sighted people how to interact with a blind person




Interacting With A Blind Person
When I meet a person who is blind I will...

I will remember that my attitude toward blindness is vitally important
for establishing healthy relationships.

I will use the words, "look," "see," "blind," etc. Avoidance of these
words will only make a blind person self-conscious.

I will identify myself when meeting a blind person so that I do not
give her the insecurity of wondering who I am.

I will look directly at her when speaking.

I will tell a blind person who else might be within speaking range,
and I will announce when I'm leaving the presence of a blind person so
she will not be embarrassed by speaking to no one.

I will offer a blind person my elbow for assistance in walking,
staying about one step ahead so he can anticipate my movements.

I will open a door and the blind person I'm guiding will hold it open
as we pass through.

I will caution a blind person about obstacles in his path, ascending
or descending stairs and curbs.

I will offer assistance to a blind person in crossing streets even
though she may have a cane or GUIDE dog.

I will place the hand of a blind person on a door handle or the back
or arm of a chair for his orientation.

I will allow a blind person the dignity of speaking for herself and
discourage other people from talking through me, unless the blind
person has a severe hearing loss.

I will keep a blind person informed and aware of present circumstances.

I will assist a blind person at the dining table. A clock face
description of the location of food on a plate is often appreciated.

I will allow a blind person the courtesy of handling cash. A blind
person can tell the difference in coins by touch, and identify paper
money by various methods of folding.

Written and Compiled by Carol M. McCarl

Selasa, Mei 12, 2009

Sebenarnya Nizar & Ngeh kena sound..!



Oleh Medan Info Kita

Inilah apa yang diperkatakan oleh Raja Muda Negeri Perak, Raja Dr Nazrin Shah kepada dua ekor kerbau balau yang menjadi dalang kepada semua hura hara didalam Dewan Undangan Negeri Perak semalam……

"Beta tak mahu terlibat didalam semua ini. Beta cuma mahu sampaikan ucapan perasmian Beta, jadi tolong hormati Titah Ucapan Beta…, kamu faham..??


"Sekiranya kamu mahu kerjasama dengan Beta, kamu hendaklah hormati Titah ucapan Beta, FAHAM..??"

"Sekarang pergi sampaikan!" [maksudnya Nizar dan Ngeh kena maklumkan kepada beberapa ekor lagi kerbau balau yang sedang berkumpul berdiri depan pentas diraja untuk mengambil tempat masing masing…]

Demikianlah kata kata Raja Muda Perak yang disampaikan ketelinga dua ekor kerbau balau yang bernama Nizar dan Ngeh……

Petikan akhbar The New Straits Times bertarikh 8 Mei mukasurat 5, boleh dibaca laporan tersebut.

… While Raja Nazrin took care to speak to them away from the microphone, his advice, which sounded more like an admonishment, was audible over the public address system.

The Raja Muda told the duo: " I don't want to get involved in this. I just want to give my speech, so respect my speech, when I am giving it. You understand that? If you want to work with me in future, you have to respect my speech, Understand?

" So, go and tell that [to the Pakatan Rakyat state assemblymen who had stood together in front of the royal dais to take their seats] ".


Jelaslah tingkah laku sumbang wakil rakyat wakil rakyat pembangkang di DUN Perak membuatkan Raja Muda terpaksa menegur ketua mereka.

Lazimnya, jika mahu ditafsirkan sebagai perbalahan dan kedua dua pihak hendak disalahkan, sudah tentulah Raja Nazrin akan memanggil Dr Zambry bersama dengan Nizar untuk mendengar kata kata yang disebutkan tadi…., tetapi dalam insiden ini hanya Nizar dan Ngeh yang ditegur, untuk ditambah sambal kepada ulam cerita ini, cuba perhatikan betul betul bait bait kata Raja Nazrin itu, sebanyak DUA kali beliau agak tegas bertanyakan kepada Nizar "You UNDERSTAND?".

disini rakyat perlulah menilai jenis apakah makhluk bernama Nizar Jamaluddin ini….?

sumber - medan info kita

 

24 Kesalahan ADUN PR semasa sidang DUN Perak..



Sumber-sumber Dewan Undangan Negeri Perak telah menyenaraikan sebilangan kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh para ahli Dewan Undangan Negeri pembangkang semasa sidang Dewan Undangan Negeri Khamis.

Ini termasuk provokasi,mengeluarkan kata-kata kesat,memasuki kawasan tempat duduk ADUN BN dan menghalang tugas pegawai DUN itu.

Berikut disenaraikan kesalahan-kesalahan Adun Pakatan pembangkang yang dilakukan pada sidang DUN 7hb Mei 2009.


1. Sebahagian ADUN PAKATAN PEMBANGKANG tergesa-gesa masuk ke dalam dewan untuk mengambil tempat duduk yang di khaskan untuk ADUN KERAJAAN.

2. ADUN PAKATAN PEMBANGKANG mewujudkan provokasi kepada ADUN KERAJAAN dengan memasuki ke tempat duduk ADUN KERAJAAN.

3. Timbalan Yang DiPertua Dewan Negeri, Y.B. Puan Hee Yit Foong telah dihina oleh ADUN PAKATAN PEMBANGKANG dengan dilemparkan wang kertas oleh Y.B. Encik Su Keong Siong dan Y.B. Encik Leong Mee Meng.

4. Y.B. Encik Su Keong Siong telah mengeluarkan kata-kata kesat dalam bahasa cina yang bermaksud "pergi mati engkau...." dengan tujuan menghina kepada Y.B. Timbalan Yang Dipertua Dewan.

5. Y.B. Encik Seah Leong Peng, ADUN Pasir Bedamar dan Y.B. Encik Su Keong Siong, ADUN Keranji dan beberapa orang lagi telah menghalang Setiausaha Dewan Negeri daripada menjalankan tugas ketika persidangan.

6. Baju jubah Setiausaha Dewan Negeri telah dicuri dan disorok di belakang kerusi di dalam bilik rehat Speaker Dewan Undangan Negeri.

7. Y.B. Encik Sivakumar a/l Varatharaju Naidu dengan angkuh telah mengingkari titah ucapan tuanku Raja Muda Perak yang telah disampaikan kepada Setiausaha Dewan Negeri agar memulakan prosiding dan aturan dalam dewan. Setiausaha Dewan Negeri telah mengingatkan kepada Y.B. Sivakumar sebanyak enam kali berhubung titah ucapan tuanku berkenaan.

8. Y.B. Encik Yew Tian Hoe, ADUN Au Long dengan sengaja telah duduk di kerusi Yang DiPertua Dewan Negeri Perak (setelah Y.B. Sivakumar dibawa keluar) bagi menghalang Y.B. Dato' R. Ganesan dari menjalankan tugas sebagai speaker baru yang dilantik.

9. Teks prosiding dan bacaan doa Setiausaha Dewan telah dirampas dari pada Setiausaha Dewan dan telah dirosak dan dikoyakkan. Y.B. Encik Yiew Tian Hoe juga telah menghempas teks prosiding dan doa di atas mejanya beberapa kali hampir 5 minit bagi tujuan membuat bising.

10. Y.B. Encik Khalil Idham Lim. b. Abdullah ADUN Titi Serong, telah mencetak risalah-risalah yang tidak diketahui sumbernya dan mengedarkan kepada ADUN-ADUN PAKATAN PEMBANGKANG.

11. ADUN Jalong dan ADUN Tebing Tinggi telah menyerahkan memory card video camera dan camera digital kepada pihak wartawan untuk tujuan hebahan pada pihak yang tidak diketahui.

12. Y.B. Sivakumar telah menafikan serta menggagalkan bentara daripada membawa cokmar masuk ke dalam dewan sebagai simbolik rasmi untuk memulakan persidangan dewan.

13. Lebih 10 orang termasuk Y.B. Ngeh Koo Ham, Y.B. Nga Kor Ming dan Speaker ADUN PAKATAN PEMBANGKANG meluru naik ke tingkat 2 dengan melalui laluan yang tidak dibenarkan untuk mereka tetapi dikhaskan kepada pengawal peribadi Tuanku.

14. Setiausaha Dewan telah menasihati Y.B. Sivakumar agar mengiringi Tuanku Raja Muda ke kamar Di Raja tetapi telah tidak diendahkan oleh Y.B. Sivakumar. Sebaliknya beliau mengatakan beliau ada urusan lain yang perlu diselesaikan dahulu.

15. ADUN PAKATAN PEMBANGKANG telah meluru masuk ke dalam dewan dan mengambil alih tempat duduk yang dikhaskan untuk ADUN KERAJAAN serta telah mengoyak beberapa tanda nama ADUN KERAJAAN.

16. EMPAT ATAU LIMA ADUN PAKATAN PEMBANGKANG mengeluarkan kata-kata kesat kepada Y.B. SUK yang bermaksud menghalang beliau menjalankan tugas.

17. ADUN PAKATAN PEMBANGKANG menghalang Y.A.B. Menteri Besar dari membawa usul yang ditetapkan dalam aturan sidang DUN.

18. ADUN PAKATAN PEMBANGKANG menghalang Timbalan Speaker dan Speaker Y.B. Dato' R. Ganesan dari menjalankan tugas.

19. Speaker Sivakumar telah menyalahgunakan kuasa dengan meminta Y.A.B. Menteri Besar dan 6 Exco serta 3 ADUN Bebas keluar dewan dan ianya melanggari aturan dewan yang ditetapkan dan menghina keputusan Mahkamah Persekutuan.

20. ADUN PAKATAN REMBANGKANG telah melemparkan Buku Perintah Tetap DUN ke arah Y.B. Timbalan Speaker.

21. Tindakan sebahagian besar ADUN PAKATAN PEMBANGKANG tidak menghadiri sesi perbarisan tetapi memasuki DUN lebih awal dan tindakan sebahagian lagi yang tergesa-gesa memasuki DUN selepas tamat perbarisan melalui laluan yang tak dibenarkan dan seterusnya mengambil tempat duduk yang dikhaskan kepada Exco dan ADUN Barisan Nasional menunjukkan ADUN PAKATAN PEMBANGKANG mempunyai niat membuat haru-biru dan kekacauan bagi menggagalkan sidang DUN.

22. 5 – 6 mikrofon telah dirosakkan oleh beberapa ADUN PAKATAN PEMBANGKANG.

23. Pejabat Bahagian Perhubungan Awam dan Korporat telah menerima dua panggilan ugutan dari pihak tidak bertanggungjawab mengatakan bahawa terdapat bom di bangunan SUK Perak. Ianya bertujuan bagi mengelakkan DUN dari bersidang.

24. Bentara Dewan juga turut ditolak sehingga mengalami kecederaan di kaki semasa menjalankan tugas mengikut peraturan dewan sehingga terpaksa mendapatkan rawatan di hospital.

sumber - agendadaily

Bila Raja Muda beri 'bisikan diraja'..



Berbagai andaian dibuat tentang ketegasan Raja Muda Perak Raja Nazrin Sultan Azlan Shah sanggup tunggu lima jam untuk terus merasmikan juga sidang Dewan Undangan Negeri Perak yang diselubungi kekecohan pada hari Khamis.


Baginda tidak menunjukkan secara reaksi " yang terbuka" semasa melangkah masuk ke dalam dewan pada jam 3.15 petang setelah berkurung dalam bilik menunggu DUN itu sebegitu lama sejak jam 9.45 pagi.

Sejurus duduk baginda terus memanggil untuk membisikan sesuatu pada bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Nizar Jamaluddin dan Pengerusi DAP Perak Ngeh Khoo Ham diatas pentas diraja.

Apa yang dilaporkan kedengaran di pembesar suara ialah baginda bertitah kepada kedua mereka, " I don't want to get involved in this. I just want to give my speech, so respect my speech, when I am giving it. You understand that? If you want to work with me in future, you have to respect my speech. Understand?"So go and tell that …"

Baginda dipercayai jelas meminta Nizar dan Khoo suruh para ADUN pembangkang yang ketika itu masih berdiri di ruang tengah dewan supaya duduk.

Mereka dipercayai masih terus berdiri kerana nak sekat Raja Nazrin dari berucap merasmikan sidang DUN – yang menandakan sidang DUN dengan rasmi berlangsung.

Ada yang mengandaikan bahasa diraja itu khususnya " you understand that" bunyinya lembut tetapi amat amat keras maknanya.

Namun paling menarik bila Nizar bercakap dalam sidang akhbar selepas sidang DUN selesai, beliau dipetik sebagai berkata, " Raja Nazrin memaklumkan bahawa baginda meletakkan penghormatan yang tinggi terhadap saya dan Datuk Ngeh Khoo Ngam dan memaklumkan bahawa Raja berada di atas politik ."

Rupanya itu yang dianggap oleh Nizar sebagai maksud titah Raja Nazrin pada mereka.

Ada pemerhati politik yang bertanya apakah Nizar tidak faham-faham kenapa Raja Nazrin tetap mahu merasmikan sidang DUN berkenaan setelah menunggu sekian lama.



Lagi satu dari segi konvensyennya bila Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry yang mempersembahkan teks ucapan yang baginda nak sampaikan merasmikan sidang DUN berkenaan ini bererti baginda mengitiraf kerajaan BN yang sedia ada.

Bagi kalangan pemerhati adalah agak melucukan bila Nizar menyampaikan kepada para wartawan dalam sidang akhbar itu versinya bahawa "Raja Nazrin memaklumkan bahawa baginda meletakkan penghormatan yang tinggi terhadap saya dan Datuk Ngeh Khoo Ngam" setelah membuat teguran " You understand that ".

Lojiknya Raja Nazrin boleh memilih tak perlu tunggu dan pulang ke istana baginda yang terletak cuma beberapa kilomiter sahaja dari DUN Perak jika baginda merasa tidak wajar merasmikan sidang DUN yang kecoh itu.

Juga lojiknya kalau baginda merasa 28 BN dan 3 ADUN Bebas yang sokong BN bukan majoriti dalam dewan dimana pembangkang ada 28 orang... tak mungkin baginda akan terima teks ucapan dari Dr Zambry.

Lebih melucukan Nizar sendiri ada dalam dewan dan dengar Raja Nazrin bertitah merasmikan sidang DUN itu tetapi kemudianya beritahu para wartawan ' tiada ada persidangan' yakni sidang DUN tidak sah.

Dalam bab semua ini ada pemerhati yang minta Nizar dan Khoo dengar betul-betul slogan Raja Lawak Nabil : " lu fikirlah sendiri ….

sumber - agendadaily

 

Selamat ulang tahun Umno ke-63

Salam sejahtera.

 

Selamat ulang tahun Umno ke-63.  Kini, Umno sudah begitu matang.  Liku-liku Umno menghadapi segala macam cabaran.  Teruskan perjuangan wahai Umno.  Perjuangan masih belum selesai.  Orang melayu harus diajar berdiri sendiri.  Jangan benarkan orang melayu sentiasa bertongkat dan takut pada bayang-bayang sendiri.  jangan benarkan melayu diperkotak-katik.  pertahankan kedaulatan raja-raja dan sultan-sultan melayu.

 

Ingat wahai Umno, ini malaysia, yang dulunya, Tanah melayu.  hak orang melayu.  harus ingat itu.  Namun, hak kaum lain, perlu dijaga.

 

Wahai Umno, sekarang ini, raja dan sultan melayu sudah berani dipermain.  keputusan raja dan sultan sudah mula berani dipertikai.  Wahai Umno, Ss minta supaya, dapatlah kiranya, mengembalikan sesetengah bahagian kekebalan raja-raja melayu.  Ini amat penting supaya raja dan sultan lebih berkuasa menentukan hala tuju negara dan negeri pemerintahan baginda.

 

Akhir kata, teruskan perjuangan wahai Umno.  Pertahankan hak melayu.  Pertahankan hak semua rakyat malaysia.

Sekian.

Isnin, Mei 11, 2009

jangan putus asa.

Salam sejahtera. Kini, Ss datang lagi.

Seperti yang diketahui, mahkamah telah membuat keputusan bahawa Ds Nizar sebagai Mb Perak yang sah. Dan, dengan keputusan ini, adakah Bn telah kalah? Jawapannya, tidak. Ss menganggap, jeputusan ini adalah merupakan suatu ujian dan cabaran dari tuhan yang maha esa. Harus diingat, setiap ujian yang ditempuhi, ianya akan menjadikan kita lebih mantap, kuat, cekal dan tabah. Oleh itu, usahlah bersedih dengan segala ujian yang didatangkan oleh tuhan yang maha esa. Tempuhilah ianya dengan penuh kesabaran.

Mail ini telah dihantar dengan menggunakan telefon bimbit 6680 Nokia.

Buta tidak halang sertai konvoi berbasikal





Oleh JUNHAIRI ALYASA
junhairi.alyasa@kosmo.com.my

SEBAHAGIAN daripada OKU cacat penglihatan dan ahli Pradas sebelum berlepas dalam program Jom Kayuh 2 di Desa Mentari, Petaling Jaya semalam.

PETALING JAYA - Walaupun Nazri Sahmad, (gambar kecil) 31, cacat penglihatan namun kegiatan berbasikal bukan perkara asing kepada dirinya.

Malah aktiviti tersebut menjadi sebahagian daripada dirinya setelah mencubanya sejak tahun 2000 dan kekal menjadi minatnya sehingga dianggap model kepada orang kurang upaya (OKU) lain di negara ini.

Walaupun dibantu oleh seorang pengayuh yang normal dengan menggunakan basikal tandem yang boleh dinaiki oleh dua orang penunggang namun semangat yang ditunjukkan harus menjadi contoh kepada orang lain.

"Walaupun saya dibantu oleh pengayuh yang normal tetapi cabaran datang dalam bentuk mental dan fizikal, jika mental tidak kuat fizikal lemah, mustahil saya boleh melakukan aktiviti ini," katanya ketika ditemui Kosmo! di Desa Mentari di sini semalam.

Nazri yang juga seorang guru merupakan salah seorang daripada 15 OKU cacat penglihatan dan 150 pengayuh basikal sempena program Jom Kayuh 2, anjuran Persatuan Peminat Komunikasi Radio Dua Hala Selangor (Pradas) serta Majlis Tindakan Pelancongan Negeri Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka.

Kesemua peserta terbabit akan menggunakan laluan yang telah ditetapkan sepanjang 180 kilometer dan dijangka sampai ke Melaka dalam tempoh 11 jam.

Ahad, Mei 10, 2009

A G M Sbm Pulau Pinang

Mail ini telah dihantar dengan menggunakan telefon bimbit 6680 Nokia.

Selamat pagi. Hari ini, seperti yang diketahui, Sbm cawangan Pulau Pinang akan mengadakan mesyuarat agungnya. Dan, seperti yang telah diwar-warkan. Dalam mesyuarat kali ni, akan diadakan pertandingan semua jawatan.

Jam 7.30 pagi, aku telah keluar dari rumah. Aku pergi ambil Ah Hong di Bayan Lepas. Selepas itu, kami terus menuju ke jeti untuk menaiki feri.

Jam 8.40 pagi, kami pergi naik bas Rapid Penang. Jam 9.10 pagi, kami sampai ke Sbm dan seterusnya, pergi daftar. Selepas itu, aku mendaftar untuk bertanding jawatan setiausaha. Yang menjadi pencadang Ss ialah Chew Ling sementara penyokong pula ialah Ah Hong.

Selepas semuanya selesai, Ss naik ke tingkat atas. Wah! Dewan baru ni besar o!

Dan pada hari ni, segala makanan dan minuman untuk mesyuarat kali ini, telah ditaja oleh Yb Arif Sch Omar Shah Adun Seberang Jaya. Jadi, terimakasih diucapkan.

Aha, Yb Arif Shah telah selesai memberikan ucapan. Beliau banyak menyentuh tentang Sbm. Dan beliau juga telah menyampaikan sebuah sajak tentang ibu.

Dan kini, Yb Arif Shah sedang menyampaikan hadiah kepada para ibu di Sbm ini. Mesyuarat masih belum lagi start.

Ok. tan Ah Bah telah mempertahankan jawatan pengerusi mengalahkan 3 orang pencabarnya iaitu Daud Abdul Rahman, Hazimi Abdul Hamid dan Ahmad Khir Embi. Timbalan pengerusi ialah Ahmad Saad mengalahkan Andrew Oon Soon Eng dan Razali Norbak. Ss tidak berjaya untmemenami jawatan setiausaha Sbm Pulau Pinang. Cuma kekurangan 8 undi. Kiong Kim Hock telah memenangi jawatan bendahari mengalahkan saudara Tang Eng Kheng.

Jam sudah menunjukkan pukul 3:15 petang. Kini, mesyuarat dengan ahli komuniti baru sedang dijalankan. Jadi, aku menggu Ah Hong sebab kami nak pergi ke Taman Chai Ling untuk makan malam. Ah Hong nak belanja.

Dan sebentar tadi, kami baru sahaja pergi makan paha ayam dengan kicap. Sekarang, kami berada di kedai makan yang lain pula untuk makan. Aku hanya makan mi magi goreng dengan air kosong.

Selepas makan, kami keluar. Jam sudah menunjukkan pukul 8:40 malam. Kami pergi ke perhentian bas untuk menunggu bas. Tak lama kemudian, bas pun datang. Kami sampai di jeti lebih kurang jam 9:30 malam. 15 minit kemudian, feri pun tiba. Kami sampai di Pulau Pinang sudah lebih kurang jam 10:00 malam.

Kemudian, kami menaiki teksi untuk balik. Kami sampai di rumah pada kira-kira jam 10:20 malam.

Demikianlah cerita hari ni. Tunggulah mesyuarat tahun 2011 pula.

Sabtu, Mei 09, 2009

Saya dihina, diancam - Yit Foong

 

Saya dihina, diancam - Yit Foong




IPOH 8 Mei - Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, Hee Yit Foong (gambar) kesal dengan tindakan wakil rakyat pembangkang yang bukan sahaja menghina kecacatannya tetapi sanggup mengancam memukul beliau.

Malah katanya, seorang wakil rakyat pembangkang telah melemparkan buku Undang-Undang Tubuh Negeri Perak ke arahnya sebagai tanda amaran selain mereka mengeluarkan kata-kata seperti 'OKU' dan 'Awak tak ada kaki.'

Yit Foong berkata, wakil rakyat yang terdiri daripada DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) terbabit bertindak di luar batas kemanusiaan kerana beliau menggunakan kuasa mengambil alih perjalanan sidang DUN.

''Beberapa kali mereka ancam saya. Mereka hina saya sebagai OKU (orang kurang upaya). Memang saya tidak menafikan Speaker berkuasa menentukan perjalanan Dewan. Tetapi apabila (Speaker) tidak menguruskan perjalanan Dewan dengan baik, masa itu, saya mempunyai kuasa untuk mengambil alih.

''Saya bukan menyalahgunakan kuasa atau pun merampas kuasa Speaker. Saya hanya melaksanakan tugas memastikan urusan sidang berjalan lancar," katanya dalam satu sidang akhbar yang diadakan di sini hari ini.

Hadir sama, ADUN Hulu Kinta, Datuk Rusnah Kassim; ADUN Chenderoh, Datuk Siti Salmah Mat Jusak; ADUN Kampung Gajah, Dr. Wan Norashikin Noordin dan ADUN Sungai Rapat, Datuk Hamidah Osman.

Peraturan tersebut kata Yit Foong, termaktub dalam aturan 36A (1b) Undang-Undang Tubuh Negeri Perak berhubung kuasa Timbalan Yang Dipertua.

Menurut Yit Foong yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jelapang, sekiranya pembangkang merasakan beliau telah menyalahgunakan kuasa yang ada, mereka berhak membawa perkara itu ke mahkamah.

Menjawab tuduhan seorang wakil rakyat pembangkang bahawa beliau menggunakan semburan lada hitam ketika kekecohan berlaku di dalam Dewan semalam, Yit Foong berkata, pembangkang boleh membuat laporan polis jika mereka mendapati memang benar beliau melakukannya.

Katanya lagi, apa yang berlaku dalam sidang Dewan semalam menunjukkan sikap sebenar pakatan pembangkang yang lebih mementingkan diri sendiri.

Ditanya sama ada beliau serik menjadi Timbalan Speaker, katanya; ''Jika saya masih diberi kepercayaan untuk jawatan ini, saya akan teruskan."

Sementara itu, Hamidah berkata, ADUN Barisan Nasional (BN) bukan sahaja telah dikasari tetapi pembangkang terang-terangan cuba menyerang mereka.

''Mereka bukan sahaja cuba menyerang Yit Foong tetapi kami juga disentuh dan dipeluk dari belakang. Saya boleh katakan kami sedang memikirkan kemungkinan untuk mengambil tindakan lanjut," kata beliau.

Menurut Rusnah pula, rakyat seharusnya sedar tentang 'drama' yang dilakonkan oleh parti-parti pembangkang.

Katanya, apa yang berlaku membuktikan tanggapan dan dakwaan kononnya pembangkang adalah pejuang demokrasi, meleset sama sekali.

''Mereka melaung-laungkan Speaker berkuasa dan kebal, saya akui ini tetapi dari mana datang kuasa Speaker? Tentunya dari Ahli-Ahli Dewan dan bagaimana keputusan dibuat, mestilah melalui undian.

''BN mempunyai 31 wakil dalam Dewan, mereka tidak berani berdepan dengan hakikat kerana sedar mereka akan kalah dengan undian," katanya.

Semalam, Pemangku Raja Perak, Raja Dr. Nazrin Shah terpaksa menanti kira-kira lima jam untuk merasmikan Mesyuarat Pertama Penggal Kedua DUN Perak Ke-12 berikutan kedegilan V. Sivakumar melepaskan jawatan Speaker.

 

Ss berkata:  Inilah wajar sebenar pembangkang.  Sanggup buat apa sahaja termasuk menghina oku untuk kepentingan diri mereka.  mereka terang-terang tidak memperjuangkan hak-hak oku.

Jumaat, Mei 08, 2009

Pemilihan SBM Cawangan Pulau Pinang tiba lagi.

Salam sejahtera.  Ss datang lagi.

 

Aha, nampaknya, dua tahun sudah berlalu.  Kini, pemilihan SBM cawangan Pulau Pinang menjelma lagi.  Nampaknya, persaingan juga akan bermula dan ianya nampak hebat.

 

Pada 2007, saudari Lim Kooi Yong telah memenangi jawatan setiausa SBM Pulau Pinang.  Aini Norazlin pula memenangi jawatan bendahari tapi telah meletak jawatan pada awal tahun dan jawatan itu dipangku oleh Tang Eng Kheng.  Saudara Hazimi Hamid telah memenangi jawatan timbalan pengerusi SBM cawangan Pulau Pinang tetapi telah meletakkan jawatan beliau akibat berasa tidak berpuashati dengan tindakan yang dilakukan oleh Pihak ahli jawatankuasa.  Begitu juga dengan dua orang AJK iaitu Andrew Oon Soon Eng dan Azrol.  mereka meletakkan jawatan kerana ada komekmen kerja.

 

Ahmad Saad, Ahmad Khir Embi dan Razali Norbak telah dimasukkan untuk menggantikan ketiga-tiga mereka.  Aha, itu cerita lama.

 

Kini, persaingan akan bermula lagi.  pengerusi saudara Tan Ah Bah akan mempertahankan jawatannya.  ianya khabarnya akan dicabar oleh saudara Hazimi Hamid dan Andrew Oon Soon Eng.  Timbalan pengerusi akan disaingi oleh saudara Azmi Rejab dan Andrew Oon Soon Eng.  Tidak diketahui sama ada penyandang akan mempertahankan jawatannya atau tidak.

 

Sementara itu, Ss sendiri akan bertanding untuk jawatan setiausaha setelah lebih kurang sembilan tahun mereka mengharapkan Ss untuk bertanding jawatan tersebut.  Dan, tidak pula diketahui sama ada saudari Lim Kooi Yong akan mempertahankan jawatan itu atau pun tidak.  Harap Ss dapatlah.

 

Sementara itu, saudara Paul keong akan bertanding untuk jawatan bendahari.  Ianya akan disaingi oleh saudara Tang Eng Kheng.  yang lain-lain iaitu AJK, tidaklah dirisik sangat.

 

macam-macam sekarang ini kedengaran sempena pertandingan jawatan 2009 ini.  Antaranya sindrom tukar pengerusi.

 

Sudah kedengaran suara-suara golongan muda di SBM cawangan Pulau Pinang mahukan pengerusi ditukar.  Mereka berpendapat, sudah sampai masanya, pengerusi ditukar.  Pengerusi harus punyai wawasan untuk memajukan lagi SBM cawangan Pulau Pinang.  Oleh itu, pengerusi harus terdiri daripada golongan muda.

 

Andrew Oon Soon Eng pula, telah menggunakan strategi kempennya yang dilakukannya pada tahun 2007 iaitu dengan menyewa sebua bas Rapit Penang untuk membawa ahli-ahli SBM ke mesyuarat agung pada 10 Mei ini.  Dengan cara ini, dapatlah beliau menjalankan kempennya.

 

Ada pula suara-suara mengatakan Andrew Oon Soon Eng tamak sebab mau rebut jawatan pengerusi sampailah ke AJK.  Mereka masih lagi mengingati di mana kes beliau meletak jawatan pada 2007 setelah terpilih.

 

Sementara itu, Ss ingin juga memberikah khidmat kepada SBM Cawangan Pulau Pinang dengan bertanding jawatan setiausaha.  Ss tidaklah dapat memberikan apa-apa janji cuma, Ss mengharapkan, agar rakan-rakan SBM cawangan Pulau Pinang dapatlah memberi peluang kepada Ss untuk mencuba buat sepenggal.

 

masanya sudah hampir tiba.  Sama-samalah kita tunggu keputusannya nanti.

Selasa, Mei 05, 2009

Sana-sini

Selamat sejahtera semua.  Wah!  Dah lama dah Ss tak kemaskini blog ni.  Almaklumlah encik-encik semua, sibuklah pulak.  Apa nak buatlah kan?

 

Wah ada cerita apa pulak no?

1.  Penanti nak PRK pulak.

Wah, lepas satu, satu pembangkang buat pilihanraya.  Depa terlampau yakin sangat ni boleh menang.  Dah jadi takbur dah pembangkang sekarang ni.  Tuhan beri mereka kuasa sikit saja.  Tapi nampaknya, mereka sudah terlampau sombong dan bongkak.  hari dan perasaan rakyat yang mengundi mereka sudah tidak dipedulikan lagi.

 

2.  Kota Alam Shah pulak?

Ha, selesai Penanti, mungkin Kota Alam Shah pulaklah.  itulah, pembangkang dah gila dan kemeruk kuasa.  Rakyat sudah tidak dipedulikan lagi.  Dan, bila Umno dan BN tidak mahu bertanding, dikatanya BN itu pengecut.  Ss rasa, pembangkang bukan setakat gila kuasa dan gila pilihanraya, malah nak menghabiskan duit rakyat untuk kepentingan diri mereka tanpa memikirkan kegawatan ekonomi yang melanda negara sekarang ini.  Bagi mereka, kuasa dan kedudukan adalah lebih penting daripada masalah-masalah yang melanda rakyat.  Lantak kaulah rakyat.  yang penting, kami nak kuasa.

 

3.  ustaz atau buaya darat?

Ada yang bertanya Ss kenapa tak siarkan lagi kisah tu dan kenapa episod pertama dan kedua dibuang?

 

Jawapan Ss cukuplah setakat itu.  Dan adalah tidak elok terus membuka keaiban si mangsa.  Biarlah pelakunya menjawab di depan tuhan di perbicaraan di akhirat nanti.  Dia dah tua.  Dah nak bercucu.  kalau terus dengan perangai iblis dan syaitannya, tunggulah balasannya.

 

Ok, itu dulu untuk kali ini.

Sabtu, Mei 02, 2009

Perverts preying on the blind


New Straits Times, Malaysia

Perverts preying on the blind
By : Lydia Gomez
22 April, 2009

Blind people of both sexes are open to attack every time they venture out of their homes.

THE blind, especially women, have become targets of depraved people out for a cheap thrill.
They are sometimes groped while being assisted across the road, scolded or even punched for no
reason in the heart of Kuala Lumpur.

It is a situation that begs to be swiftly addressed, said the deputy executive director of the
Malaysian Association of the Blind, Geoffrey Ooi.

"I have heard of so many cases. I even accompanied one woman to the police station to make a report,
but nothing much has been done to investigate these incidents."

Ooi, who is also blind, said the blind were often beaten, groped, spat at and verbally assaulted. "A
number of cases have been referred to us. Some are punched for no reason, or if they refuse to allow
the attacker near them."

Maziah Abu Bakar, president of the Society of the Blind Malaysia, said blind women, especially those
working in the Brickfields area, had been taken advantage of.

She said some people talk to the blind on the pretext of helping them, and then take the opportunity
to grope them.

"This happens in daytime, near the monorail station, in public. But some of them can't even scream
because it happens very fast. A friend of mine told me that while she was walking, someone spat on
her face and just walked off. Another woman told me that a man grabbed her after offering to help
carry her luggage."

Maziah said there seemed to be a pattern in many of these cases of outraging modesty.

"I believe it is being done by the same people because the method is similar. They wait at
staircases, alleys and places where blind women walk after work. It is usually close to public
transport stops."

The incidents usually occur in the early mornings and late evenings.

Although the cases have been reported to the police, little has been done to restore the sense of
security of the blind.

"The police make it comfortable for us to lodge the reports. But without the means to identify them
properly, we cannot do anything," said Ooi.

Maziah added: "The police can't do much because of this. Even when such things happen in broad
daylight and in public, there are hardly any witnesses.

"I wrote a letter to the Women and Community Development Ministry last year suggesting that a
closed-circuit television camera system be set up along an alley where this usually happens. But I
have had no reply.

"These blind women have no protection. And they need help."

SOURCE
http://www.nst.com.my/Current_News/NST/Wednesday/Frontpage/2536582/Article/index_html

Arkit blog