Isnin, Mac 31, 2008

kenangan di Sekolah Menengah Hj. Zainul Abidin bahagian dua

Bersambung lagi.



Di kelas 1IP1, aku telah mula mengenali kawan-kawan celik. Mereka ini, sangat peramah dan suka membantu kami yang serba kurang ini.



Antara rakan yang masih kuingat nama mereka ialah Norhayati, Normada, Amal Wati, Ambal Wadi, Silvaraj, Lee Chung Pui, Koo Teng Soon, Chong Sing, Ronidian, Fauzi Mohd Nor, Zulfakar Hj. Nikmat, Khazda, Yu Lin dan banyaklah lagi. Mereka semuanya rajin membantu.



Guru-guru yang mengajar juga memberikan komikmen penuh kepada kami. Mereka mencuba sedaya-upaya untuk membantu kami semua. Mereka semua sangat didikasi.



Di sekolah, aku adalah salah seorang pelajar resos yang amat lemah dalam matematik. Untuk penggal pertama, aku hanya dapat 25 markah untuk matapelajaran tersebut. Kemudian, sehinggalah ke tingkatan lima, aku dapat 0 dalam matematik. Sebab tak minatlah.



Semasa di kelas, kami akan memberikan tumpuan penuh semasa guru mengajar. Murid-murid resos akan duduk di bahagian depan sekali. Jadi senanglah bagi kami untuk memberikan perhatian terhadap apa yang diberitahu oleh guru tersebut.



Apabila guru menulis di papan hitam, maka akan ramailah mereka yang ingin menolong. Mereka amat suka sekali menolong kami. Ada yang menolong sebab kadang tu malas nak tulis nota kat papan hitam. Jadi, mereka pun tolonglah kami dengan membacakan nota untuk kami. Tapi tak apalah, sebab memang mereka rajin menolong. Jadi kami taklah bermasalah sangat.



Kadang-kadang, guru kelas akan memberikan nota kepada guru resos untuk dibraile kepada kami semua. Guru yang jaga kami ialah Mrs. Thiru dan Miss Campos.



Di resos ni pulak, ada guru yang menjaga tingkatan yang tertentu. macam kami tingkatan satu, guru yang mengawasi kami ialah Mrs. Thiru dan Miss Campos. Untuk tingkatan dua Mr. Gregory Rajan. Untuk tingkatan tiga, Mr. Yu Ah Tit. Tingkatan empat dan lima ialah Mrs. Wong.



Jadi, kesemua mereka ini akan mengawasi murid-murid resos di tingkatan masing-masinglah. Kalau ada apa-apa yang berlaku, mereka akan mengambil tindakan yang sewajarnya.



Apabila tiba sahaja matapelajaran seni lukis, maka kami akan diberi kebenaran untuk balik ke bilik resos. Yalah, manalah orang buta boleh melukis? Jadi, lebih baik balik ke bilik resos sahaja. Dan di bilik resos, kami akan menghabiskan kerja-kerja rumah yang diberikan oleh guru kelas. Kami juga akan berada di bilik resos apabila tiba matapelajaran pendidikan jasmani.



Masih kuingat pada suatu petang, sewaktu rehat, aku telah meminta rakanku Soo Leng untuk membelikan mi goreng kepadaku. Tetapi entah macammana, aku telah terlanggar sudu yang tercacak tegak di atas mi tersebut. Akibatnya, mangkuk mi itu terpelanting. habis semua mi itu jatuh dan tumpah ke lantai. Akibatnya, aku tidak makan hari itu. Aku hanya minum sebungkus air sasi.



Kami pelajar-pelajar resos ni, tak makan di kantin. Kami akan makan di luar pintu bilik resos sahaja. Di kantin ni, orang ramailah. Waktu rehat kami, adalah sama dengan waktu rehat pelajar-pelajar normal.



kami pelajar-pelajar resos akan diberi kelonggaran untuk balik awal ke bilik resos apabila tiba matapelajaran terakhir. Ini adalah untuk mengelakkan daripada kesesakan apabila loceng balik berbunyi.



kelas kami bermula pada jam satu setengah petang dan berakhir pada kira-kira jam 6:50 petang dari Isnin sampai Khamis. Pada Jumaat, kelas akan bermula pada kira-kira jam dua setengah petang. Pada bulan puasa, kelas bermula awal iaitu pada jam satu tengahari dan tamat jam 5:45 petang. Waktu pada hari jumaat ialah dua setengah petang. Balik, 5:45 minit petang.



Kini, sedikit demi sedikit, aku telah dapat menyesuaikan diri dengan pelajar-pelajar normal. Aku berasa seronok berkawan dengan mereka. Kadang-kadang, bila kelas tak ada guru, kami tumpang bising sama. Ketua kelas juga sama serupa sahaja.



Pada pertengahan tahun 1988, guru sejarah telah bertukar. Guru asal iaitu Miss Cheng telah ke sekolah lain kalau tak salah dan ia digantikan dengan Puan Yow Chong Ho. "Siapa bising, nanti saya bagi rotan." Itulah kata-kata pertama beliau apabila masuk ke kelas.



Di suatu hari, sedang Puan Yow mengajar sejarah, tiba-tiba ada perkataan "laksamana." Jadi dia sebut tak berapa nak kena. Perkataan "laksamana," dia sebut "lak saa mana." "laksa di kantin cikgu." Tiba-tiba seorang murid buat loyar buruk. "Ha, pandai awak, saya cakap laksamana, awak cakap laksa di kantin." "Nanti saya sepak awak, baru awak tau." Marah beliau.



Di satu hari pula, hujan turun dengan agak lebat apabila matapelajaran sedang berlangsung. Pada hari tersebut, mood guru sejarah agak baik. Jadi, biasalah, budak-budak. Dia sedang rancak mengajar di depan, di belakang, murid buat benda lain. Jadi, suasana menjadi agak bising. "Saya takkan teruskan sehingga semua orang tutup mulut rapat-rapat." kata cikgu tersebut. Suasana senyap-sunyi. jadi, pelajaran dapat diteruskan.



Ok, cerita pasal peperiksaan dan ujian pula. Apabila peperiksaan atau ujian berjalan, semua pelajar oku penglihatan akan membuatnya di bilik resos. Ini adalah kerana, kami akan diberi tambahan masa untuk menjawab soalan-soalan yang diberikan. Jadi, kami taklah kelam-kabut. Soalan-soalan akan dibrailekan oleh guru-guru resos yang bertugas.



Ok ini cerita macammana kami membuat kerja-kerja rumah yang diberi oleh guru. Setelah guru kelas memberikan latihan, kami akan braille latihan tersebut. Selepas itu, kami akan menghantarkannya kepada guru resos untuk menjalani proses transcribing. Dalam proses ini, guru yang bertugas akan ikut menulis apa yang kami braile itu. Apa sajalah yang kami braile. Kalau salah, salahlah. Dia ikut saja.



Selepas proses transcribing itu selesai, maka kami akan menghantarkan kerja tersebut kepada guru kelas. Ada di kalangan guru yang bertugas akan hantar terus kerja kami pada guru kelas kami.



Pejam celik pejam celik, kini, tibalah hari-hari terakhir persekolahan. Bila keputusan periksa keluar, keputusanku memang sungguh tidak memuaskan. Aku di tempat terakhir di kalangan murid tingkatan satu. Dan, kelas kami juga ada membuat majlis perpisahan. Kami pergi jugak.



Tingkatan satu tahun 1988 berakhir dengan penuh kenangan pahit-manis.

Ahad, Mac 30, 2008

Kenangan di Sekolah Menengah Hj. Zainul Abidin bahagian satu

Masih aku ingat semasa hari pertama menjejakkan kaki ke sekolah menengah. Aku ditemani oleh ayah dan abangku. Aku bersekolah di Sekolah Menengah Hj. Zainul Abidin, Jalan Scotland Pulau Pinang dari tahun 1988 sehingga tahun 1993.



Sekolah itu adalah sekolah integrasi antara pelajar normal dengan pelajar yang cacat penglihatan.



Semasa sampai di sekolah itu, aku dibawa ke bilik Resos di mana di bilik resos itulah para pelajar buta akan berkumpul. Kami semua ada lebih kurang 10 ke 11 orang kot kalau tak salahku yang naik ke tingkatan satu.



Di bilik resos, kami diberi penerangan tentang keadaan sekolah dan perjalanan sekolah. kami juga diberikan motivasi cara untuk menyesuaikan diri dengan pelajar-pelajar normal.



Untuk minggu pertama, kami hanya melepak di bilik resos. maklumlah, kami masih belum punya kelas. Dan, untuk masuk ke kelas, kami dikehendaki menjalani satu ujian khas. Ujian itu akan memberikan kesenangan pada para guru, di mana nak letakkan kami.



Pada masa itu, dua pelajar dari Sabah iaitu Sun Sing dan Rizal, masih lagi belum tiba. Mereka akan tiba seminggu kemudian. Dan, selepas ujian diambil, maka tahulah kami, di mana kelas kami. Aku dan beberapa orang rakan antaranya Saga yanathan, Koo Soo Leng, Sun Sing dan Rizal telah ditempatkan di kelas 1IP1. IP adalah singkatan bagi Ilmu Perdagangan.



manakala yang lain-lain seperti Teng Eng Hong, utalib, Suriah, Chee Wah dan Giap Chun ditempatkan di kelas 1IP2.



Minggu kedua, kami pun masuklah ke kelas yang telah ditetapkan. kelas tingkatan satu terletak di blok B tingkat atas. Di hari pertama dan beberapa hari berikutnya, kami masuk dengan tangan kosong sahaja. Al-maklumlah, masih tak tau lagi buku apa yang nak dibawa.



maka kini, kami telah memulakan penghidupan baru kami di sekolah iaitu bercampur-gaul dengan pelajar-pelajar normal. Kami disambut baik oleh pelajar-pelajar kelas kami. Wah, suasana agak hingar-bingar bila tiada guru yang bertugas.



Guru kelas kami pada masa itu ialah Mrs. Tan iaitu guru sains. maka, dia pun mengambil butir-butir diri kami. masih aku ingat, setiap pelajaran, ada nombor sekolah yang tersendiri dan unik. Nomborku ialah 4684.



Semasa berada di kelas, kami dilayan seperti pelajar-pelajar normal. Cuma ada masanya, kami akan dikehendaki balik ke resos. Kami telah diberi penerangan oleh guru yang bertugas tentang apakah buku-buku yang harus dibawa untuk setiap matapelajaran.



Guru bahasa inggeris kami ialah Mr. Lee Chong Ho, guru Geografi ialah Puan lee, guru perdagangan ialah Puan Lim, Guru matematik ialah Mr. Ooi, guru bahasa malaysia ialah Mr. Wong sementara guru sivik dan kesihatan ialah Puan Tam.



Bersambung.

Sabtu, Mac 29, 2008

Mengungkit memori silam

Pada petang tadi, aku telah menelefon rakan lamaku iaitu Teng Eng Hong. Sudah lama rasanya tidak berbual-bual dengan Eng Hong. yalah, masing-masing dengan hal masing-masing. Jadi, tak ada masa nak berbual bicara.



Kami telah mengungkit kisah memori silam semasa kami bersekolah menengah di Sekolah Menengah Hj. Zainul Abidin. Menurut Eng Hong, dia ada bertemu dengan beberapa rakan lama kami.



Antaranya, Eng Hu. menurut Eng Hong, Eng Hu dah kerja. Dan sebenarnya, aku ada nombor telefon Peh Eng Hu tu. Tapi, aku dah lupalah. Jadi, aku hanya dapat call dia sekali sahaja. Aku tak simpan nombornya tu.



Eng Hong juga beritahu yang dia ada berjumpa dengan seorang lagi rakan lama iaitu Ban Hin. Menurut Eng Hong, Ban Hin kini menjual nasi. Wah, kira ok lah tu. Masing-masing dah ada pekerjaan. Taklah menjadi penganggur terhormat.



Eng Hong juga memberitahuku yang dia ada berjumpa dengan beberapa orang lagi rakan lama kami antaranya Baskaran, Faisal dan Boon Hong. Begitu juga dengan Yu Lin. Menurutnya, kebanyakan daripada mereka kini sudah pun mendirikan rumahtangga dan punya anak. Alahai, tinggallah kami yang bujang terlajak ni.



Agak lama juga kami berbual. Bila dah puas berbual, maka talian telefon pun diputuskan. Perbualan antara aku dan Eng Hong telah membuatkan aku terkenang memori silam semasa di Sekolah Menengah Hj. Zainul Abidin.

Kami juga mahu memberi dan bukan hanya menerima

8 Mac kini, telah berlalu. Rakyat telah memilih corak kepemimpinan negara kita yang tercinta ini. Inilah pilihan kami. Hormatilah pilihan kami.



Kepada kerajaan yang sudah terpilih, dengarlah rintihan kami. Tolonglah dan bantulah kami. Bukan diskaun dan barang percuma yang kami harapkan. Tetapi, apa yang kami harapkan ialah peluang pekerjaan buat kami, golongan orang kurang upaya.



Seperti mana yang telah diketahui, peluang pekerjaan bagi golongan oku adalah amat terhad sekali. malah, 1% untuk warga oku di sektor kerajaan pun tidak diisi sepenuhnya. malah, ada golongan oku yang layak untuk sesuatu jawatan, tetapi diberikan pada orang lain.



Geraduan oku juga amat sukar untuk mendapat peluang pekerjaan walau pun mereka punya kelayakan. Inikah yang dikatakan masyarakat penyayang? masyarakat penyayang acuan manakah ini?



Negara kita ini dipenuhi oleh warga asing untuk mencari pekerjaan walhal ada di antara pekerjaan itu dapat dilakukan oleh golongan oku itu dengan lebih baik lagi. Tetapi, ianya diberikan kepada warga asing.



Jika golongan oku telah mendapat peluang pekerjaan yang secukupnya, tidaklah ada lagi diskaun atau percuma sesuatu perkhidmatan itu buat warga oku. Ini adalah lebih baik daripada terus-meneruskan memberikan potongan istimewa untuk sesuatu perkhidmatan atau pemberian secara percuma kepada golongan oku.



Kami, warga oku, tidak mahu dianggap sebagai golongan yang suka mintak diskaun dan percuma untuk sesuatu perkhidmatan yang diberi. Kami ingin memberikan sumbangan juga kepada negara yang tercinta ini. kami tidak mahu hanya menerima sahaja apa yang ada. Janganlah mempersia-siakan kudrat dan tenaga yang ada pada kami, golongan oku ini. Kami juga, rakyat Malaysia. Janganlah dianak tirikan kami ini.



Bawalah semua NGO oku untuk berbincang cara-cara untuk menyelesaikan masalah peluang pekerjaan bagi golongan oku ini. Carilah jalan yang terbaik. Saya percaya, jika tenaga warga oku ini digunakan sepenuhnya, masalah kebanjiran pendatang asing akan dapat diatasi.

Khamis, Mac 27, 2008

Tahniah Umno

Tahniah kepada Umno kerana telah melakukan suatu tindakan yang bijak dengan menerima MB baru negeri Terengganu. Moga-moga selepas ini, permasalahan ini akan selesai sepenuhnya.








Umno telah bertindak bijak dengan tidak memecat MB Terengganu yang baru ini tetapi sebaliknya, telah menerima keputusan Sultan Terengganu. Ini menandakan kedaulatan raja dan sultan masih teguh dan luhur.








Raja dan sultan adalah payung kepada rakyat. Sekali lagi, tahniah diucapkan. Dan kepada semua pihak, rapatkanlah barisan semula. Bekerjalah untuk memenangi hati rakyat. Rakyat memilih anda semua untuk berkhidmat kepada mereka. Oleh itu, jalankanlah amanah rakyat itu dengan sepenuh hati. Janganlah lagi berpuak-puak di kalangan anda.








kekalahan teruk BN wajar dijadikan iktibar buat semua. Kekalahan teruk BN ada mesej buat anda semua. Rakyat tidak bodoh. Rakyat tahu menilai yang mana baik dan yang mana buruk. Yang mana intan dan yang mana kaca.

Selasa, Mac 25, 2008

Akhirnya, dia muncul kembali

Wah, setelah begitu lama dia menghilang, akhirnya dia muncul kembali. Ya, beliau ialah Romie Merak. Kini, beliau sudah pun punya skype dan sudah pun bertukar ke Windows XP.



Minggu lepas, beliau telah menelefon aku untuk setting skype beliau. Pada mulanya, aku ingatkan siapalah yang menelefon aku. Aku hampir tidak mengenali suara beliau. Al-maklumlah, sudah begitu lama beliau menghilangkan diri.



Dan kini, segala-galanya sudah pun siap. Maka kini, Romie Merak pun muncullah di persada internet bagi orang-orang buta di Malaysia ini.

Sajak: Teman

TEMAN.


Teman,


di sini aku kesepian,


di sini aku kesunyian,


tanpa teman,


hidup ini menjadi sukar.


Teman,


dikala susah,


kau tetap menghulurkan bantuan kepadaku,


tanpa mengenal erti penat dan lelah.


Teman,


setiap cabaran dan dugaan,


kita harungi bersama,


kita redahi hidup yang penuh pancaroba ini bersama.


Setiap masaalah yang dihadapi,


kita sentiasa mentelesaikannya bersama,


aku juga terhutang budi padamu,


kau banyak memberikan dorongan dan motivasi yang penuh bermakna.


Engkaulah teman,


engkau sahabat,


kasihku ini tidak pernah pudar,


engkaulah penyeri hidupku.


Penulis: BB Khadijah.


Pelajar SMK Batu Lintang,


Kuching,


Sarawak.

Dari 300 menjadi 100

pagi tadi, aku telah ke bank. Biasalah, tiap bulan, memanglah kena ke bank untuk ambik duit bantuan iaitu elaun pekerjaan sebanyak RM 300 dari JKM. Cumanya hari saja yang tak tentu.



Di samping nak keluarkan duit JKM, aku juga nak masukkan duit gajiku. Setelah aku mengeluarkan duit JKM, kakitangan bank berasa hairan. Mengapa duit elaun JKM hanya RM 100 sahaja untuk bulan ini? Mungkin ada sesuatu yang tidak kena.



Aku dinasihati oleh kerani yang bertugas di bank supaya merujuk masalah ini kepada pihak JKM untuk pemeriksaan segera. Setelah aku pulang ke rumah, aku terus menghubungi JKM daerah Balik Pulau. menurut pegawai yang bertugas iaitu encik Zulkifli, aku harus membawa salinan buku bank itu ke pejabat JKM untuk membuat pemeriksaan. Dan, sebelum datang, aku harus memaklumkan kepada beliau terlebih dahulu supaya temu janji boleh dibuat.



Hmm, nampaknya, kena ke Balik Pulaulah aku minggu depan. Aku malas nak ke sana sebab jalannya bengkang-bengkok. harap ianya dapat diselesaikan.

Isnin, Mac 24, 2008

Open latter. Response.

Salam bahagia.



Sudah tentunya kita semua dah membaca surat terbuka daripada seorang rakan cacat penglihatan kita saudara Joseph Soon dari Pulau Pinang.



Saya berpendapat, permintaan untuk pengangkutan diberikan secara percuma itu adalah sesuatu yang tidak wajar. Sepatutnya, beliau menyarankan kepada pihak yang berkenaan agar menyediakan peluang-peluang pekerjaan bagi golongan oku. Daripada memberi itu dan ini secara percuma, adalah lebih baik menyediakan peluang pekerjaan.



Apabila masalah pekerjaan di kalangan warga oku sudah dapat diatasi, maka masalah pengangkutan percuma dan discounts itu dan ini secara automatiknya akan selesai. kalaulah discounts itu dan ini diberi kepada warga oku, ianya tidak akan menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh golongan oku sekarang.



Sekian.

Ahad, Mac 23, 2008

open letter



From: JOCOCK
Sent: Sunday, March 23, 2008 09:14 PM
To: tai19744@streamyx.com
Subject: open letter


an open letter to yang amad berhormat Lim Guan Eng, chief minister of penang.
13th March, 2008


dear yab Lim,

on behalf of the blind in Penang, allow me to express our heartiest congratulations to you on your installation as our new chief minister. Dare we, the blind and other handicapped of penang look forward to a better life under the new state government of Penang? where are true needs would be better attended to? please understand that caring for the blind is more than making annual donations to St. Nicholas home because the bulk of the blind (99.999 per cent.) live outside St. Nicholas and receive no help from st. Nicholas. Apart from the meagre welfare allowance from the federal government which is not even sufficient to meet a quarter of their daily needs, they receive no help, no ang pows because st,. Nicholas jealously prevent blind outsiders from receiving them from the public, during the chinese new year, no donations no nothing. of any kind. allow us to present the following reasonable requests for the kind consideration of our new state government:

1. an additional welfare allowance of rm300 per month to all blind citizens born or residing in penang who live on their own and who are unemployed. this allowance together with the monthly federal allowance of rm300 will help all blind people and make it easier for them to make ends meet. as you probably are unaware, 50 years after independence, the plight of the blind have not improved one iota both in terms of employment opportunities and in terms of their welfare. the bulk of the blind today have no steady income and the majority subsist on their meagre federal allowance and for many not at all.

2. provide more employment opportunities both in the state government and in the various town councils. erect more stalls so that the blind, with the help of their families, can earn a decent living. if I'm not mistaken, under the previous state government, only a couple of blind people were employed in the mppp and none at all in the state government.

3. free assessment be given to all blind and other handicap persons to lighten their burden. after all, if the previous councils can spend millions of dollars on flowers and overseas trips, is it too much to ask this small concession?

4. free public transport to the blind in particular and handicap at large. in 1964 when the late c.y. choy was elected mayer of Penang, he waisted no time in granting free transport for the blind on the city council buses but alas this privilege was roothlessly taken away by none other than koh su Koon when his government privatised the city council busses and he didn't even care two hoots to ensure that the same privileges were carried on by the new operater. oH, dr. koh, didn't I hear you say that you were not aware? or should we blame dr. Teng Hock Nam for this? thank god these uncaring souls were booted out on March 8th. Even the Iron Lady Margret Thatcher known for her roothlessness cared enough to ensure that the blind and pentioners continued to enjoy their previous privileges when she privatised British Rail namely free travel on the underground for the blind and 50 per cent for pentioners. free public transport for the blind is an international norm and malaysia has the dubious distinction of being the only country where the blind have to pay all be it 50% on rapid Penang. it wouldn't matter so much if the employment opportunities are good here. In
Thai land and singapore and virtually the world at large, even private companies give free bus transport to the blind and ungrudgingly mind you. does this not speak volumes for malaysia being an unncaring society?


4. get the various town councils to allocate funds to
assist blind and other handicap people in the purchase of big ticket equipment which are specific to their needs such as braillers for the blind and wheel chairs for the disabled. In this connection, appoint someone in each council (Not necessarily handicap) to look into the needs of all handicap people. this is the practice in the west and penang should follow suit.


5. grant easier access to low cost housing to all handicap people even to those who are not married to help them meet the burden of ever increasing rentals.
let Penang show the way so that the other states may emulate your good example and make the blind and handicap feel that they too have a place under the malaysian sun. we have been hoping and praying for this day for a long time and may this new erra bring hope to the most marginalised of the marginalised. show that you really care and unlike the previous state government who only seem to care for the wealthy and have little time for the down troddened.
we wish you well in your new endeavours.


yours hopefully,

Joseph Soon.
tel. 04-3312413 019-4716397. e-mail ah_ba@streamyx.com

Arkit blog