Sabtu, Mac 29, 2008

Mengungkit memori silam

Pada petang tadi, aku telah menelefon rakan lamaku iaitu Teng Eng Hong. Sudah lama rasanya tidak berbual-bual dengan Eng Hong. yalah, masing-masing dengan hal masing-masing. Jadi, tak ada masa nak berbual bicara.



Kami telah mengungkit kisah memori silam semasa kami bersekolah menengah di Sekolah Menengah Hj. Zainul Abidin. Menurut Eng Hong, dia ada bertemu dengan beberapa rakan lama kami.



Antaranya, Eng Hu. menurut Eng Hong, Eng Hu dah kerja. Dan sebenarnya, aku ada nombor telefon Peh Eng Hu tu. Tapi, aku dah lupalah. Jadi, aku hanya dapat call dia sekali sahaja. Aku tak simpan nombornya tu.



Eng Hong juga beritahu yang dia ada berjumpa dengan seorang lagi rakan lama iaitu Ban Hin. Menurut Eng Hong, Ban Hin kini menjual nasi. Wah, kira ok lah tu. Masing-masing dah ada pekerjaan. Taklah menjadi penganggur terhormat.



Eng Hong juga memberitahuku yang dia ada berjumpa dengan beberapa orang lagi rakan lama kami antaranya Baskaran, Faisal dan Boon Hong. Begitu juga dengan Yu Lin. Menurutnya, kebanyakan daripada mereka kini sudah pun mendirikan rumahtangga dan punya anak. Alahai, tinggallah kami yang bujang terlajak ni.



Agak lama juga kami berbual. Bila dah puas berbual, maka talian telefon pun diputuskan. Perbualan antara aku dan Eng Hong telah membuatkan aku terkenang memori silam semasa di Sekolah Menengah Hj. Zainul Abidin.

0 ulasan:





Arkit blog