Sabtu, Mac 29, 2008

Kami juga mahu memberi dan bukan hanya menerima

8 Mac kini, telah berlalu. Rakyat telah memilih corak kepemimpinan negara kita yang tercinta ini. Inilah pilihan kami. Hormatilah pilihan kami.



Kepada kerajaan yang sudah terpilih, dengarlah rintihan kami. Tolonglah dan bantulah kami. Bukan diskaun dan barang percuma yang kami harapkan. Tetapi, apa yang kami harapkan ialah peluang pekerjaan buat kami, golongan orang kurang upaya.



Seperti mana yang telah diketahui, peluang pekerjaan bagi golongan oku adalah amat terhad sekali. malah, 1% untuk warga oku di sektor kerajaan pun tidak diisi sepenuhnya. malah, ada golongan oku yang layak untuk sesuatu jawatan, tetapi diberikan pada orang lain.



Geraduan oku juga amat sukar untuk mendapat peluang pekerjaan walau pun mereka punya kelayakan. Inikah yang dikatakan masyarakat penyayang? masyarakat penyayang acuan manakah ini?



Negara kita ini dipenuhi oleh warga asing untuk mencari pekerjaan walhal ada di antara pekerjaan itu dapat dilakukan oleh golongan oku itu dengan lebih baik lagi. Tetapi, ianya diberikan kepada warga asing.



Jika golongan oku telah mendapat peluang pekerjaan yang secukupnya, tidaklah ada lagi diskaun atau percuma sesuatu perkhidmatan itu buat warga oku. Ini adalah lebih baik daripada terus-meneruskan memberikan potongan istimewa untuk sesuatu perkhidmatan atau pemberian secara percuma kepada golongan oku.



Kami, warga oku, tidak mahu dianggap sebagai golongan yang suka mintak diskaun dan percuma untuk sesuatu perkhidmatan yang diberi. Kami ingin memberikan sumbangan juga kepada negara yang tercinta ini. kami tidak mahu hanya menerima sahaja apa yang ada. Janganlah mempersia-siakan kudrat dan tenaga yang ada pada kami, golongan oku ini. Kami juga, rakyat Malaysia. Janganlah dianak tirikan kami ini.



Bawalah semua NGO oku untuk berbincang cara-cara untuk menyelesaikan masalah peluang pekerjaan bagi golongan oku ini. Carilah jalan yang terbaik. Saya percaya, jika tenaga warga oku ini digunakan sepenuhnya, masalah kebanjiran pendatang asing akan dapat diatasi.

0 ulasan:





Arkit blog