Rabu, Mac 29, 2017

TELEY MAB no. 679.

TELEY MAB no. 679
Selasa, 28hb Mac 2017
No. tel.: 03-22722687

Salam sejahtera,

1.    Terkini tentang Mesyuarat Agung Tahunan Kelab Urutan.

Mesyuarat Agung Tahunan Kelab Urutan akan diadakan pada hari Khamis, 20hb April, 9.00 pagi di Dewan MAB. Makan tengah hari akan disediakan. Sila berdaftar dengan En. Subra di 22722677.

2.    Jualan.

Barangan-barangan baru adalah permainan dalaman: Monopoly, Scrabbles dan Othello, serta speaker radio, earphone Samsung dan Sony dan keyboard komputer. Sila hubungi Pn. Kameni di samb. 154.

3.    Jalan kaki ke KLCC, dianjurkan oleh Kelab Warga Emas OKU Penglihatan.

Acara ini akan diadakan pada hari Sabtu, 29hb April, bermula jam 8.00 pagi dari MAB. Akan berhenti di Subway, Kotaraya untuk sarapan pagi dan beli-belah di Sungei Wang. Yuran sebanyak RM12.00 untuk sarapan pagi dan tambang keretapi untuk perjalanan balik ke Brickfields. Sila berdaftar dengan En. K. K. Goh di 92219490.

4.    Cabaran Busking.

Acara ini akan berlangsung pada hari Sabtu, 29hb Julai dan semua OKU penglihatan dijemput mengambil bahagian. Yuran sebanyak RM30.00 bagi setiap kumpulan dan borang-borang pendaftaran boleh didapati di kaunter resepsi. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Cik Siti Huraizah di samb. 120.

5.    Agronurani, insurans bagi para OKU.

Mereka menawarkan plan berpatutan sebanyak RM55.00 setahun. Anda boleh menuntut sebanyak RM11, 500 bagi kematian dan RM20.00 setiap hari bagi kemasukan ke hospital. Bagi melayakkan diri, anda mestilah warga negara Malaysia, berumur antara 16 hingga 64 tahun dan mestilah telah berdaftar dengan JKM. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pn. Azlina di 012-3753080.

Terima kasih,

Ikhlas,
En. Godfrey Ooi
Cik. Roslina Mohamed.

TELEY MAB no. 679
Tuesday, 28th March 2017
Tel. no.: 03-22722687

Hello friends,

1.    Massage Club AGM update.

The Massage Club AGM will now be on Thursday, 20th April, 9.00 am at The MAB Hall. Lunch will be provided. Please register with Mr. Subra at 22722677.

2.    Sales.

New items are indoor board games: Monopoly, Scrabbles and Othello, as well as the radio speaker, Samsung and Sony earphones and computer keyboard. Please contact Mrs. Kameni at ext. 154.

3.    Walk to KLCC, organised by The Elderly Blind Club.

This will be on Saturday, 29th April, starting 8.00 am from MAB. There will be a stop at Subway, Kotaraya for breakfast and shopping in Sungei Wang. The fee is RM12.00 for the breakfast and train fare for return trip to Brickfields. Please register with Mr. K. K. Goh at 92219490.

4.    Busking Challenge.

This will be on Saturday, 29th July and all the blind are invited to take part. The fee is RM30.00 per group and registration forms are available at the reception counter. For more info, please contact Ms. Siti Huraizah at ext. 120.

5.    Agronurani, insurance for the disabled.

They offer an affordable plan of RM55.00 per year. You can claim RM11, 500 for death and RM20.00 per day for hospitalization. To qualify, you must you must be a Malaysian citizen, age 16 to 64 years and you must be registered with JKM. For more info, please contact Mrs. Azlina at 012-3753080.

Thank you,

Regards,
Mr. Godfrey Ooi
Ms. Roslina Mohamed.

Selasa, Mac 21, 2017

TELEY MAB no. 678.

Isnin, 20hb Mac 2017
No. tel. : 03-22722687

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Terdapat 5 pengumuman baharu,

1.    Terkini tentang Mesyuarat Agung Tahunan Kelab Urutan.

Mesyuarat ini akan diadakan pada hari Khamis, 30hb April, bermula jam 9.00 pagi di Dewan MAB, Diikuti makan tengah hari. Sila berdaftar dengan En. Subra.

2.    Agronurani, insurans untuk OKU.

Agronurani menawarkan suatu pelan yang berpatutan iaitu RM55.00 setahun. Bagi kematian, anda boleh menuntut RM11,500 dan bagi kemasukan ke hospital, RM20.00 sehari. Bagi melayakkan diri, anda mestilah warganegara Malaysia, berumur antara 16 hingga 64 tahun dan mestilah telah berdaftar dengan JKM. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Puan Azlina di 012-3753080.

3.    Jualan.

Barang-barang baru yang boleh didapati adalah speaker radia, earphone Samsung dan Sony serta keyboard komputer. Sila hubungi Pn. Kameni di samb. 154.

4.    Cabaran Busking.

MAB sedang bekerjasama dengan Petronita untuk menganjurkan Cabaran Busking pada hari Sabtu, 29hb Julai. Semua OKU Penglihatan dijemput mengambil bahagian dan yuran sebanyak RM30.00 bagi setiap kumpulan. Borang pendaftaran boleh didapati di kaunter resepsi. Sila hubungi Cik Siti Huraizah di samb. 120.

5.    Terkini tentang Kad Komuter Link untuk OKU.

KTM sedang memperkenalkan satu sistem tiket baharu dengan 50% konsesi untuk warga emas, OKU dan para pelajar. KTM akan membuka kaunter di Kafeteria MAB dari 24hb hingga 25hb Mac (Jumaat dan Sabtu), 10.00 pagi hingga 5.00 petang. Kad tersebut boleh digunakan untuk Keretapi Komuter sahaja. Untuk berdaftar, sila bawa bersama salinan photostat Kad Pengenalan dan Kad OKU bersama RM15.00. untuk maklumat lanjut, sila hubungi Dr. Jacqueline di samb. 303.

Terima kasih,

ikhlas,
En. Godfrey Ooi.
Cik. Roslina Mohamed.

TELEY MAB no. 678
Monday, 20th March 2017
Tel. no.: 03-22722687

Hello friends,

There are 5 new announcements,

1.    Massage Club AGM update.

This will be on Thursday, 30th April, starting at 9.00 am at The MAB Hall, followed by lunch. Please
register with Mr. Subra.

2.    Agronurani, insurance for the disabled.

Agronurani offers an affordable plan of RM55.00 per year. For death, you can claim RM11,500 and for hospitalization, RM20.00 per day. To qualify, you must be a Malaysian citizen, age between 16 to 64 and you must be registered with JKM. For more info, please contact Puan Azlina at 012-3753080.

3.    Sales.

New items available are the radio speaker, Samsung and Sony earphones and computer keyboard. Please contact Mrs. Kameni at ext. 154.

4.    Busking Challenge.

MAB is collaborating with Petronita to organize The Busking Challenge on Saturday, 29th July. All the blind are invited to take part and the fee is RM30.00 per group. Registration forms are available at the reception counter. Please contact Ms. Siti Huraizah at ext. 120.

5.    Komuter Link Card for the disabled update.

KTM is introducing a new ticketing system with 50% concession for senior citizens, disabled persons and students. KTM will be opening a counter at The MAB Cafeteria from 24th to 25th March (Friday and Saturday), 10.00 am to 5.00 pm. The card can be used for the Komuter train only. To register, please bring along your IC and OKU card Photostat, with RM15.00. for more info, please contact Dr. Jacqueline at ext. 303.

Thank you,

Regards,
Mr. Godfrey Ooi.
Ms. Roslina Mohamed.

Selasa, Mac 14, 2017

Teley Info SBM.

Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia
Pengumuman Mingguan 13 Mac, 2017
Terdapat enam pengumuman baru pada minggu ini. Satu dari Ibu Pejabat, dua dari SBM CawanganKL/­Selangor, dan tiga dari SBM Kawasan Sabah. Juga dimuatkan adalah pengumuman ulangan, iklan pekerjaan untuk Juru Urut dan lirik bagi lagu "SBM Gemilang".
Pengumuman Dari Ibu Pejabat SBM
Pengumuman dari Ibu Pejabat
Berikut adalah SENARAI tarikh-tarikh Mesyuarat Agung Dwi Tahunan bagi Cawangan-cawangan dan Kawasan SBM bagi tahun 2017
1. PERAK 18 MAC 2017;
2. TERENGGANU 1 APRIL 2017;
3. SARAWAK 8 APRIL 2017;
4. PAHANG 9 APRIL 2017;
5. KEDAH 15 APRIL 2017;
6. SABAH 29 APRIL 2017;
7. PULAU PINANG 30 APRIL 2017;
8. NEGERI SEMBILAN 1 MEI 2017;
9. JOHOR 6 MEI 2017;
10. KELANTAN 14 MEI 2017;
11. MELAKA 20 MEI 2017 dan
12. KL/SELANGOR 21 MEI 2017.
Pengumuman Ulangan:
Assalamualaikum dan salam sejahtera
SBM ibu pejabat akan mengadakan satu sesi dialog bersama dengan pegawai PTPTN. Kepada semua peminjam PTPTN yang masih belum menjelaskan pembayaran atau yang sedang membuat pinjaman, dialu-alukan untuk mendaftar dengan pn. Nurfarahin Binti Norzaini, eksekutif pentadbiran ibu pejabat SBM di talian 03-2274 6162 untuk menyertai sesi dialog ini.
Tarikh tutup pendaftaran adalah pada 10 mac 2017. Adalah diharapkan agar para peminjam PTPTN dapat memberikan kerjasama yang sebaiknya supaya sesi dialog ini dapat dijalankan dengan jayanya.
Pengumuman dari Jawatankuasa Pembangunan Modal Insan (JPMI)
agro bank telah melancarkan satu produk insuran perlindungan untuk OKU,
iaitu agro nurani. ia mempunyai 3 plan yang memberikan perlindungan
yang hampir sama tetapi kadar perlindungannya berbeza. pelan pertama
hanya rm55 setahun, pelan kedua rm85 setahun dan pelan ketiga rm130
setahun.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi ibu pejabat sbm di talian 03-2274 6162.
anda boleh hubungi puan noorfadilah atau cik farahin jaafar untuk
mendapatkan penjelasan. kami akan aturkan pegawai
agrobank untuk ke ibu pejabat sbm untuk membantu anda.
Pengumuman Dari Cawangan/Kawasan SBM
Pengumuman dari Zon Utara:
Pengumuman dari SBM Cawangan Perak
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Berikut adalah pengumuman daripada SBM cawangan Perak:
Kepada ahli-ahli yang ingin menjelaskan yuran bagi tahun 2017, boleh menjelaskan yuran tersebut kepada
kerani SBM cawangan Perak di waktu pejabat.
Mesyuarat Dwi Tahunan SBM Cawangan Perak
Mesyuarat Agong Dwi Tahunan SBM cawangan Perak akan diadakan pada hari sabtu 18 Mac 2017 mulai jam 9 pagi
bertempat di tingkat 1 pejabat SBM Perak di alamat No 22A dan B, jalan lintasan Medan Kidd, Medan Kidd 30200 Ipoh.
PENGUMUMAN DARI SBM CAWANGAN KEDAH
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, dan salam Sejahtera. Saya mewakili ahli jawatankuasa SBM Cawangan Kedah ingin membuat dua pengumuman, iaitu:-
Mesyuarat Agung Dwi tahunan SBM Cawangan Kedah Kali Ke 7 akan diadakan pada tarikh dan tempat seperti berikut:
Tarikh: 15hb April 2017 (Sabtu;
Tempat: Pejabat SBM Cawangan Kedah.
Pada mesyuarat agung kali ini akan diadakan pemilihan bagi ahli jawatankuasa untuk penggal 2017-2019. Pada mesyuarat agung ini juga, minit mesyuarat agung yang lalu akan dibentangkan dan disahkan. Selain itu, ahli-ahli juga akan membentangkan usul. Sehubungan itu, bagi ahli yang ingin menawarkan diri bagi pencalonan pemilihan ahli jawatankuasa tersebut, anda dikehendaki mengambil dan mengisi borang pencalonan di Pejabat SBM Cawangan Kedah bermula pada 1 April 2017 dan menghantarnya selewat-lewatnya pada 15 April 2017, sebelum jam 11.00 Pagi.
Manakala bagi ahli-ahli yang ingin membentangkan usul, anda dikehendaki memanjangkan usul anda ke Pejabat SBM Cawangan Kedah sebelum 23 Mac 2017. Bagi ahli-ahli yang ingin menghadiri mesyuarat agung ini, anda kehendaki membuat pengesahan dengan cara menelefon Pejabat SBM Cawangan Kedah di talian 04-7302568 atau datang terus ke pejabat. Anda juga dikenakan membuat pembayaran sebanyak RM 5 bagi ahli biasa dan ahli bersekutu dan RM10 bagi bukan ahli.
Yuran Keahlian
Kepada semua ahli-ahli SBM Cawangan Kedah, anda dikehendaki menjelaskan bayaran yuran tahunan bagi tahun 2017 sebelum 30 Mac 2017. Hal ini kerana, bagi melancarkan lagi perjalanan program bagi tahunan ini sama ada di peringkat Cawangan ataupun Ibu Pejabat.
Sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi En. Mohd Hazani bin Abdullah (Pengerusi) 012-4422507 atau Encik Lim Yew Yi (Setiausaha) 019-4817369 atau Pejabat SBM Cawangan Kedah 04-7302568
Pengumuman Dari SBM Cawangan Pulau Pinang
1. MESYUARAT AGUNG DWI TAHUNAN SBM CAWANGAN PULAU PINANG 2017
Mesyuarat Agung Dwi tahunan SBM Cawangan Pulau Pinang akan diadakan pada tarikh, masa dan tempat seperti berikut:
Tarikh: 30hb April 2017 (Ahad);
Masa: 10.00 pagi hingga 2.00 petang;
Tempat: Dewan Dato’ Arif Shah Bin Haji Omar Shah, SBM Cawangan Pulau Pinang, No.29, Lorong Inang 2, Taman Bunga Raya, 14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang.
Pada Mesyuarat kali ini akan diadakan pemilihan barisan Ahli Jawatankuasa (BRANCO) yang akan berkhidmat bagi sesi 2017-2019. Bagi anda yang ingin bertanding, anda perlu mengisi borang pencalonan yang boleh diperolehi dari Pejabat Cawangan. Borang pencalonan akan dikeluarkan pada hari Rabu, 1hb Mac 2017. Borang-Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dikembalikan ke Pejabat Cawangan selewat-lewatnya pada jam 11.00 pagi hari Ahad, 23hb April 2017. Borang pencalonan yang tidak lengkap atau yang lewat dikembalikan ke Pejabat Cawangan tidak akan dilayan.
Mana-mana ahli Cawangan yang ingin mengemukakan sebarang usul atau cadangan, anda boleh menghantar usul atau cadangan tersebut secara bertulis atau dalam bentuk audio kepada Setiausaha Cawangan tidak lewat dari hariKhamis, 30hb Mac 2017. Sebarang usul atau cadangan yang diterima selepas tarikh tersebut tidak akan dilayan.
2. Yuran Keahlian.
Ahli-ahli SBM Cawangan Pulau Pinang adalah diingatkan agar dapat menjelaskan yuran keahlian tahunan selewat-lewatnya pada hari Jumaat, 31hb Mac 2017. Kerjasama ahli Cawangan dalam hal ini amatlah dihargai.
3. Yuran Keahlian Seumur Hidup
Kepada mana-mana ahli biasa Cawangan di bawah umur 60 tahun yang ingin memohon keahlian seumur hidup, anda boleh berbuat demikian dengan syarat anda telah melunaskan yuran keahlian selama lima tahun secara berterusan tanpa sebarang tonggakan. RM60.00 akan dikenakan terhadap
permohonan tersebut.
Kepada mana-mana ahli biasa Cawangan yang telah mencapai usia 60 tahun ke atas dan ingin memohon keahlian seumur hidup, anda juga boleh berbuat demikian dengan syarat anda telah melunaskan yuran keahlian selama lima tahun tanpa sebarang tonggakan. Tiada sebarang bayaran akan dikenakan kepada permohonan tersebut.
Bagi kedua-dua maksud tersebut dan untuk keterangan lanjut, sila hubungi Cik Norfaezah Binti Jaafar, Pembantu Tadbir SBM Cawangan Pulau Pinang di talian 04-3838437 pada waktu pejabat.
Pengumuman dari Zon Selatan:
pengumuman dari sbm melaka
Salam SBM,
pengumuman dari SBM Melaka
Mesyuarat AJK bil2/2017 akan diadakan pada 18 Mac 2017 di SBM Melaka. Diharap semua AJK dapat
hadir.
Pengumuman dari zon Tengah
Pengumuman SBM Cawangan KL/Selangor
Asalamu'alaikum dan salam sejahtera semua
1. Sambutan Hari Tongkat Putih Antarabangsa Peringkat Kebangsaan Kali Ke-7.
Pada tahun ini SBM KL/Selangor telah dipileh menjadi tuan rumah kepada program Sambutan Hari Tongkat Putih Antarabangsa Peringkat Kebangsaan Kali Ke-7. Program tersebut akan dijalankan pada 14 dan 15 Oktober 2017 (Sabtu dan Ahad)
Yuran penyertaan adalah seperti berikut:
i. Ahli biasa dan bersekutu: RM100.00
ii. Bukan ahli: RM200.00
iii. Anak ahli yang berumur 12 tahun ke bawah: RM100.00
iv. Bagi yang memilih untuk tidak menginap: RM30.00
Untuk sebarang pertanyaan atau mendaftar, sila hubungi:
i. pengerusi SBM Cawangan KL/Selangor di talian 012-216 3354 / 012-288 7676 atau watsap 012-638 3354 atau
ii. En. Muhammad Adha Shamsuri, Pembantu tadbir SBM Cawangan KL/Selangor di talian pejabat: 03-2276 5276 pada waktu pejabat.
Tarikh akhir pendaftaran ialah pada 2 Mei 2017 (Selasa)
2. Lawatan 2 Hari 1 Malam ke Melaka
SBM Cawangan KL/Selangor sedang menganjurkan program lawatan 2 hari 1 malam ke Melaka, Bandar Raya Bersejarah pada 1 dan 2 April 2017 (Sabtu dan Ahad)
Yuran penyertaan adalah RM90.00 setiap seorang bagi menampung kos pengangkutan dan penginapan. Antara program bagi lawatan ini ialah
i. Menghadiri majlis perkahwinan Cik Nurfarahin Jaafar, Setiausaha Eksekutif SBM pusat pada 1 April 2017.
ii. Makan tengah hari bersama SBM Cawangan Melaka pada 2 April 2017 (ahad).
iii. Melawat tempat-tempat yang menarik di sekitar bandar Melaka.
Untuk sebarang pertanyaan dan mendaftar, sila hubungi pengerusi SBM Cawangan KL/Selangor di talian di atas.
Penambahan Bayaran Yuran Penyertaan Mesyuarat Agung DWI Tahunan Kali Ke2/2017 Dan Program Jarak Jauh.
1. Yuran Mesyuarat Agung DWI Tahunan Kali Ke-2/2017.
Sebagaimana yang telah dimaklumkan sebelum ini, bahawa SBM Cawangan KL/Selangor akan mengadakan Mesyuarat Agung DWI Tahunan Kali Ke-2/2017 pada 21 Mei 2017 (Ahad).
Yuran penyertaan untuk menghadiri mesyuarat tersebut ialah seperti berikut:
Untuk ahli dan anak-anak Bawah 12 tahun: RM5.00 seorang.
Untuk bukan ahli: RM10.00 seorang.
Tarikh akhir pendaftaran dan pembayaran ialah pada 28 April 2017 (Jumaat)
2. Yuran Penyertaan Untuk Program Jarak Jauh.
Sebagaimana yang dimaklumkan juga, bahawa SBM Cawangan KL/Selagor melalui Jawatankuasa Kebudayaan, Kesenian dan Sosial (JKKS) sedang menganjurkan program Jarak Jauh dan lokasi yang di pilih ialah Pualau Langkawi. Tarikh 14 hingga 16 April 2017 (Jumaat hingga Ahad). Yuran penyertaan adalah seperti berikut:
Untuk ahli: RM350.00 seorang;
Untuk bukan ahli: RM370.00 seorang;
Untuk kanak-kanak Bawah 12 tahun: RM320.00 seorang.
RM100.00 dikenakan sebagai wang pendahuluan.
Tarikh akhir pembayaran ialah pada 31 Mac 2017 (Jumaat)
Untuk sebarang pertanyaan dan pendaftaran sila hubungi
En. Muhamad Adha Bin Shamsuri pembantu tadbir SBM KL/Selangor di talian 2276 5276 pada waktu pejabat.
Pengumuman dari Pantai Timur
Pengumuman dari sbm cawangan pahang
Pemberitahuan pembatalan program ceramah kesihatan dan pemeriksaan kesihatan.
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Program ceramah kesihatan dan pemeriksaan kesihatan yang sepatutnya akan di adakan pada 8 April 2017 , telah di tunda ke suatu tarikh yang akan
Di beritahu kelak. Kami memohon maaf Di atas segala kesulihatan.
Mesyuarat agung dwi tahunan SBM Cawangan Pahang 2017
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Sbm cawangan pahang akan mengadakan mesyuarat agung dwi tahunan 2017 seperti ketetapan berikut:
Tarikh: 9 april 2017
Masa: 10 pagi
Tempat: sbm cawangan pahang.
Setiap ahli dikenakan yuran pendaftaran sebanyak RM5 seorang. Bagi ahli-ahli yang berhasrat untuk bertanding pada kali ini, borang pencalonan boleh diperolehi dari pejabat sbm cawangan pahang atau sila berhubung terus dengan kerani Cawangan. Pencalonan boleh dibuat mulai pukul 9 pagi dari 1 April 2017 sehingga 9 April 2017.
notis mengenai mesyuarat agung ini akan diedar kepada semua ahli.
Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, sila hubungi kerani cawangan di talian 09-296 4197 pada waktu pejabat.
Kepada semua ahli sbm cawangan Pahang yang masih lagi belum menjelaskan yuran tahunan, sila berbuat demikian di pejabat sbm cawangan Pahang atau berhubung terus dengan kerani cawangan di talian 09-296 4197.
Yuran tahunan perlu dijelaskan pada atau sebelum 31/3/2017.
Jika ada sebarang pertanyaan sila hubungi kerani cawangan di talian 09-296 4197
Pada waktu pejabat.
Pengumuman Dari Sabah dan Sarawak
Pengumuman Dari SBM Kawasan Sabah
KARNIVAL SUKAN DALAMAN SBM KAWASAN SABAH
Sbm Kawasan Sabah akan mengadakan Karnival Sukan Dalaman pada hari jumaat 28hb April 2017. Antara permainan yang akan dipertandingkan adalah ten pin bowling, ping-pong, catur, Dam dan dominos. Yuran penyertaan adalah RM5.00 seorang. Pemenang bagi acara sukan ini akan mewakili Negeri Sabah ke Karnival Sukan SBM tahun 2017.
MESYUARAT AGUNG DWI TAHUNAN SBM KAWASAN SABAH 2017
Mesyuarat Agung Dwi Tahunan SBM Kawasan Sabah akan diadakan pada hari sabtu 29 April 2017 mulai pukul 8.00 pagi bertempat di Dewan Kuliah 1, Lembaga Sukan Negeri Sabah, Kementerian Belia dan Sukan Negeri Sabah, 88994 Kota Kinabalu Sabah.
Setiap ahli dikenakan yuran pendaftaran sebanyak RM10.00 seorang. Pada Mesyuarat kali ini akan diadakan pemilihan barisan Ahli Jawatankuasa Kawasan Sabah yang akan berkhidmat bagi sesi 2017-2019. Bagi ahli-ahli yang ingin bertanding, anda perlu mengisi borang pencalonan yang boleh diperolehi dari Pejabat SBM Kawasan Sabah pada waktu pejabat. Borang pencalonan dikeluarkan pada hari isnin, 6hb Mac 2017. Borang-borang yang telah lengkap diisi hendaklah dikembalikan ke pejabat SBM Kawasan Sabah sebelum atau pada 15 April 2017.
YURAN KEAHLIAN
Kepada semua ahli SBM Kawasan Sabah yang masih lagi belum menjelaskan yuran tahunan, sila berbuat demikan di pejabat SBM Kawasan Sabah pada waktu pejabat. Yuran tahunan perlu dijelaskan pada atau sebelum 31hb Mac 2017.
Jika ada sebarang pertanyaan, sila hubungi kerani Kawasan di talian 088-495675 pada waktu pejabat.
Iklan:
Singgah sana foot reflexsology & spa yang terletak di Shah Alam memerlukan beberapa orang juru urut lelaki dan perempuan. Oleh yang demikian, kepada OKU penglihatan yang berkemahiran dalam bidang urut namun masih belum mendapat peluang pekerjaan, anda boleh menghubungi Encik Saiful di talian 012-5082368 untuk mendapatkan maklumat lanjut.
SBM GEMILANG
RANGKAP 1:
Melangkah,
menuju ke hadapan,
Menempuhi rintangan dan dugaan yang mendatang,
Teguhkan,
semangat yakin diri,
Terus bangkit dan tegak berdiri.
RANGKAP 2:
Pastikan,
tiada jurang membeza,
Kerna dunia dicipta bukan untuk mengalah,
Tunjukkan,
agar mereka tahu,
Kau dan aku di dunia yang satu.
KORUS:
Ayuh SBM,
bersatu membawa kejayaan,
Satu tekad sama bergandingan,
Impian yang menggunung segenggam harapan,
Teruslah kita mendaki hingga ke puncak kemenangan.
Mari bersama lupakan segala kekurangan,
SBM pasti akan gemilang,
Berkat doa,
usaha dan kurnia dari Tuhan,
Lakukan bersama,
Yakinlah SBM pasti akan berjaya.
ULANG RANGKAP 2:
Ulang KORUS:
Sekian, terima kasih.

Isnin, Mac 13, 2017

Teley MAB no. 677.

Teley MAB no. 677
Isnin, 13 Mac 2017
No. tel.: 03-22722687

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Terdapat 1 pengumuman baharu dan 2 pengumuman lama,

1.            Promosi jualan Kad Komuter Link untuk OKU.

KTM sedang memperkenalkan satu sistem tiket yang baharu menggunakan token dan kad prabayar, dengan konsesi sebanyak 50% bagi warga emas, OKU dan para pelajar. KTM akan membuka kaunter di Kafeteria MAB dari 24 hingga 25 Mac (Jumaat dan Sabtu), dari 10.00 pagi hingga 5.00 petang. Kad-kad ini boleh digunakan bagi Komuter dan ETS. Untuk mendaftar, sila bawa bersama salinan fotostat Kad Pengenalan dan Kad OKU bersama RM15.00. RM5.00 bagi pendaftaran dan RM10.00 bagi kad. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Dr. Jacqueline di samb. 303.

2.            Cabaran Busking MAB.

PETRONITA dengan kerjasama MAB sedang menganjurkan Cabaran Busking pada hari Sabtu. 29hb Julai dan semua OKU Penglihatan dijemput untuk mengambil bahagian. Yuran sebanyak RM30 bagi setiap kumpulan. Borang pendaftaran boleh didapati di kaunter resepsi dan tarikh tutup ialah pada 1hb Jun. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Cik Siti Huraizah di samb. 120 atau 012-9584197.

3.            Perkhidmatan pemeriksaan mata.

Perkhidmatan ini boleh didapati di Pusat Low Vision setiap Selasa. Sila buat temujanji dengan Pn. Santhana di samb. 170.

Terima kasih,

Ikhlas,
En. Godfrey Ooi
Cik Roslina Mohamed.

Teley MAB no. 677
Monday, 13th March 2017
Tel. no.: 03-22722687

Hello friends,

There are 1 new and 2 old announcements,

1.    Sales promotion of Komuter Link Card for the disabled.

KTM is introducing a new ticketing system using token and prepaid card with 50% concession for senior citizens, disabled persons and students. KTM will be opening a counter at MAB Cafeteria from 24th to 25th March ( Friday and Saturday), from 10.00 am to 5.00 pm. The cards can be used for the Komuter and ETS. To register, please bring along Photostat copy of IC and OKU card, also RM15.00. RM5.00 for registration and RM10.00 for the card. For more info, please call Dr. Jacqueline at ext. 303.

2.    MAB Busking Challenge.

PETRONITA in collaboration with MAB is organizing The Busking Challenge on Saturday. 29th July and all the blind are invited to take part. The fee is RM30.00 for each group. Registration form are available at the reception counter and the closing date is on 1st June. For more info, please contact Ms. Siti Huraizah at ext. 120 or 012-9584197.

3.    Eye check-up service.

This is available at The Low Vision Centre every Tuesday. Please make appointment with Mrs. Santhana at ext. 170.

Thank you,

Regards,
Mr. Godfrey Ooi
Ms. Roslina Mohamed.

Selasa, Mac 07, 2017

Info SBM 6 Mac.

Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia

Pengumuman Mingguan 6 Mac, 2017

Terdapat lima pengumuman baru pada minggu ini. Dua dari SBM Cawangan Kedah, dua dari Cawangan KL/Selangor dan satu dari Cawangan Pahang. Juga dimuatkan adalah pengumuman ulangan, iklan pekerjaan untuk Juru Urut dan lirik bagi lagu "SBM Gemilang".

Pengumuman Dari Ibu Pejabat SBM

Tiada Pengumuman.

Pengumuman Ulangan:

Assalamualaikum dan salam sejahtera

SBM ibu pejabat akan mengadakan satu sesi dialog bersama dengan pegawai PTPTN. Kepada semua peminjam PTPTN yang masih belum menjelaskan pembayaran atau yang sedang membuat pinjaman, dialu-alukan untuk mendaftar dengan pn. Nurfarahin Binti Norzaini, eksekutif pentadbiran ibu pejabat SBM di talian 03-2274 6162 untuk menyertai sesi dialog ini.

Tarikh tutup pendaftaran adalah pada 10 mac 2017. Adalah diharapkan agar para peminjam PTPTN dapat memberikan kerjasama yang sebaiknya supaya sesi dialog ini dapat dijalankan dengan jayanya.

Pengumuman dari Jawatankuasa Pembangunan Modal Insan (JPMI)

agro bank telah melancarkan satu produk insuran perlindungan untuk OKU,
iaitu agro nurani. ia mempunyai 3 plan yang memberikan perlindungan
yang hampir sama tetapi kadar perlindungannya berbeza. pelan pertama
hanya rm55 setahun, pelan kedua rm85 setahun dan pelan ketiga rm130
setahun.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi ibu pejabat sbm di talian 03-2274 6162.
anda boleh hubungi puan noorfadilah atau cik farahin jaafar untuk
mendapatkan penjelasan. kami akan aturkan pegawai
agrobank untuk ke ibu pejabat sbm untuk membantu anda.

Pengumuman Dari Cawangan/Kawasan SBM

Pengumuman dari Zon Utara:

Pengumuman dari SBM Cawangan Perak

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Berikut adalah pengumuman daripada SBM cawangan Perak:

Kepada ahli-ahli yang ingin menjelaskan yuran bagi tahun 2017, boleh menjelaskan yuran tersebut kepada

kerani SBM cawangan Perak di waktu pejabat.

Mesyuarat Dwi Tahunan SBM Cawangan Perak

Mesyuarat Agong Dwi Tahunan SBM cawangan Perak akan diadakan pada hari sabtu 18 Mac 2017 mulai jam 9 pagi

bertempat di tingkat 1 pejabat SBM Perak di alamat No 22A dan B, jalan lintasan Medan Kidd, Medan Kidd 30200 Ipoh.

PENGUMUMAN DARI SBM CAWANGAN KEDAH

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, dan Selamat Sejahtera. Saya mewakili ahli jawatankuasa SBM Cawangan Kedah ingin membuat dua pengumuman, iaitu:-

1. Mesyuarat Agung Dwi tahunan SBM Cawangan Kedah Kali Ke 7 akan diadakan pada tarikh dan tempat seperti berikut:

Tarikh: 15hb April 2017 (Sabtu;

Tempat: Pejabat SBM Cawangan Kedah.

Pada mesyuarat agung kali ini akan diadakan pemilihan bagi ahli jawatankuasa untuk penggal 2017-2019. Pada mesyuarat agung ini juga, minit mesyuarat agung yang lalu akan dibentangkan dan disahkan. Selain itu, ahli-ahli juga akan membentangkan usul. Sehubungan itu, bagi ahli yang ingin menawarkan diri bagi pencalonan pemilihan ahli jawatankuasa tersebut, anda dikehendaki mengambil dan mengisi borang pencalonan di Pejabat SBM Cawangan Kedah bermula pada 1 April 2017 dan menghantarnya selewat-lewatnya pada 15 April 2017, sebelum jam 11.00 Pagi.

Manakala bagi ahli-ahli yang ingin membentangkan usul, anda dikehendaki memanjangkan usul anda ke Pejabat SBM Cawangan Kedah sebelum 23 Mac 2017. Bagi ahli-ahli yang ingin menghadiri mesyuarat agung ini, anda kehendaki membuat pengesahan dengan cara menelefon Pejabat SBM Cawangan Kedah di talian 04-7302568 atau datang terus ke pejabat. Anda juga dikenakan membuat pembayaran sebanyak RM 5 bagi ahli biasa dan ahli bersekutu dan RM10 bagi bukan ahli.

2. Yuran Keahlian

Kepada semua ahli-ahli SBM Cawangan Kedah, anda dikehendaki menjelaskan bayaran yuran tahunan bagi tahun 2017 sebelum 30 Mac 2017. Hal ini kerana, bagi melancarkan lagi perjalanan program bagi tahunan ini sama ada di peringkat Cawangan ataupun Ibu Pejabat.

Sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi En. Mohd Hazani bin Abdullah (Pengerusi) 012-4422507 atau Encik Lim Yew Yi (Setiausaha) 019-4817369 atau Pejabat SBM Cawangan Kedah 04-7302568

Pengumuman Dari SBM Cawangan Pulau Pinang

1. MESYUARAT AGUNG DWI TAHUNAN SBM CAWANGAN PULAU PINANG 2017

Mesyuarat Agung Dwi tahunan SBM Cawangan Pulau Pinang akan diadakan pada tarikh, masa dan tempat seperti berikut:

Tarikh: 30hb April 2017 (Ahad);

Masa: 10.00 pagi hingga 2.00 petang;

Tempat: Dewan Dato’ Arif Shah Bin Haji Omar Shah, SBM Cawangan Pulau Pinang, No.29, Lorong Inang 2, Taman Bunga Raya, 14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

Pada Mesyuarat kali ini akan diadakan pemilihan barisan Ahli Jawatankuasa (BRANCO) yang akan berkhidmat bagi sesi 2017-2019. Bagi anda yang ingin bertanding, anda perlu mengisi borang pencalonan yang boleh diperolehi dari Pejabat Cawangan. Borang pencalonan akan dikeluarkan pada hari Rabu, 1hb Mac 2017. Borang-Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dikembalikan ke Pejabat Cawangan selewat-lewatnya pada jam 11.00 pagi hari Ahad, 23hb April 2017. Borang pencalonan yang tidak lengkap atau yang lewat dikembalikan ke Pejabat Cawangan tidak akan dilayan.

Mana-mana ahli Cawangan yang ingin mengemukakan sebarang usul atau cadangan, anda boleh menghantar usul atau cadangan tersebut secara bertulis atau dalam bentuk audio kepada Setiausaha Cawangan tidak lewat dari hariKhamis, 30hb Mac 2017. Sebarang usul atau cadangan yang diterima selepas tarikh tersebut tidak akan dilayan.

2. Yuran Keahlian.

Ahli-ahli SBM Cawangan Pulau Pinang adalah diingatkan agar dapat menjelaskan yuran keahlian tahunan selewat-lewatnya pada hari Jumaat, 31hb Mac 2017. Kerjasama ahli Cawangan dalam hal ini amatlah dihargai.

3. Yuran Keahlian Seumur Hidup

Kepada mana-mana ahli biasa Cawangan di bawah umur 60 tahun yang ingin memohon keahlian seumur hidup, anda boleh berbuat demikian dengan syarat anda telah melunaskan yuran keahlian selama lima tahun secara berterusan tanpa sebarang tunggakan. RM60.00 akan dikenakan terhadap permohonan tersebut.

Kepada mana-mana ahli biasa Cawangan yang telah mencapai usia 60 tahun ke atas dan ingin memohon keahlian seumur hidup, anda juga boleh berbuat demikian dengan syarat anda telah melunaskan yuran keahlian selama lima tahun tanpa sebarang tunggakan. Tiada sebarang bayaran akan dikenakan kepada permohonan tersebut.

Bagi kedua-dua maksud tersebut dan untuk keterangan lanjut, sila hubungi Cik Norfaezah Binti Jaafar, Pembantu Tadbir SBM Cawangan Pulau Pinang di talian 04-3838437 pada waktu pejabat.

Pengumuman dari Zon Selatan:

pengumuman dari sbm melaka

Salam SBM,

pengumuman dari SBM Melaka

Mesyuarat AJK bil2/2017 akan diadakan pada 18 Mac 2017 di SBM Melaka. Diharap semua AJK dapat

hadir.

Pengumuman dari zon Tengah

Pengumuman SBM Cawangan KL/Selangor

Axssalamu'alaikum dan salam sejahtera semua.

Penambahan Bayaran Yuran Penyertaan Mesyuarat Agung DWI Tahunan Kali Ke2/2017 Dan Program Jarak Jauh.

1. Yuran Mesyuarat Agung DWI Tahunan Kali Ke-2/2017.

Sebagaimana yang telah dimaklumkan sebelum ini, bahwa SBM Cawangan KL/Selangor akan mengadakan Mesyuarat Agung DWI Tahunan Kali Ke-2/2017 pada 21 Mei 2017 (Ahad)

Yuran penyertaan untuk menghadiri mesyuarat tersebut ialah seperti berikut:

Untuk ahli dan anak-anak

Bawah 12 tahun: RM5.00 seorang.

Untuk bukan ahli: RM10.00 seorang.

Tarikh akhir pendaftaran dan pembayaran ialah pada 28 April 2017 (Jumaat)

2. Yuran Penyertaan Untuk Program Jarak Jauh.

Sebagaimana yang dimaklumkan juga, bahwa SBM Cawangan KL/Selagor melalui Jawatankuasa Kebudayaan, Kesenian dan Sosial (JKKS) akan menganjurkan program Jarak Jauh dan lokasi yang di pilih ialah Pualau Langkawi.

Tarikh 14 hingga 16 April 2017 (Jumaat hingga Ahad)

Yuran penyertaan adalah seperti berikut:

Untuk ahli: RM350.00 seorang.

Untuk bukan ahli: RM370.00 seorang.

Untuk kanak-kanak

Bawah 12 tahun: RM320.00 seorang.

RM100.00 akan dikenakan sebagai wang pendahuluan.

Tarikh akhir pembayaran ialah pada 31 Mac 2017 (Jumaat)

Untuk sebarang pertanyaan dan pendaftaran sila hubungi

En. Muhamad Adha Bin Shamsuri pembantu tadbir SBM KL/Selangor di talian 2276 5276 pada waktu pejabat.

Pengumuman dari Pantai Timur

Pengumuman dari sbm cawangan pahang

Pemberitahuan pembatalan program ceramah kesihatan dan pemeriksaan kesihatan.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Program ceramah kesihatan dan pemeriksaan kesihatan yang sepatutnya akan di adakan pada 8 April 2017 , telah di tunda ke suatu tarikh yang akan
Di beritahu kelak. Kami memohon maaf Di atas segala kesulihatan.

Mesyuarat agung dwi tahunan SBM Cawangan Pahang 2017

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Sbm cawangan pahang akan mengadakan mesyuarat agung dwi tahunan 2017 seperti ketetapan berikut:
Tarikh: 9 april 2017
Masa: 10 pagi
Tempat: sbm cawangan pahang.

Setiap ahli dikenakan yuran pendaftaran sebanyak RM5 seorang. Bagi ahli-ahli yang berhasrat untuk bertanding pada kali ini, borang pencalonan boleh diperolehi dari pejabat sbm cawangan pahang atau sila berhubung terus dengan kerani Cawangan. Pencalonan boleh dibuat mulai pukul 9 pagi dari 1 April 2017 sehingga 9 April  2017.
notis mengenai mesyuarat agung ini akan diedar kepada semua ahli.

Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, sila hubungi kerani cawangan di talian 09-296 4197 pada waktu pejabat.

Kepada semua ahli sbm cawangan Pahang yang masih lagi belum menjelaskan yuran tahunan, sila berbuat demikian di pejabat sbm cawangan Pahang atau berhubung terus dengan kerani cawangan di talian 09-296 4197.
Yuran tahunan perlu dijelaskan pada atau sebelum 31/3/2017.

Jika ada sebarang pertanyaan sila hubungi kerani cawangan di talian 09-296 4197
Pada waktu pejabat.

Pengumuman Dari Sabah dan Sarawak

Tiada pengumuman

Iklan:

Singgah sana foot reflexsology & spa yang terletak di Shah Alam memerlukan beberapa orang juru urut lelaki dan perempuan. Oleh yang demikian, kepada OKU penglihatan yang berkemahiran dalam bidang urut namun masih belum mendapat peluang pekerjaan, anda boleh menghubungi Encik Saiful di talian 012-5082368 untuk mendapatkan maklumat lanjut.

SBM GEMILANG

RANGKAP 1:

Melangkah,

menuju ke hadapan,

Menempuhi rintangan dan dugaan yang mendatang,

Teguhkan,

semangat yakin diri,

Terus bangkit dan tegak berdiri.

RANGKAP 2:

Pastikan,

tiada jurang membeza,

Kerna dunia dicipta bukan untuk mengalah,

Tunjukkan,

agar mereka tahu,

Kau dan aku di dunia yang satu.

KORUS:

Ayuh SBM,

bersatu membawa kejayaan,

Satu tekad sama bergandingan,

Impian yang menggunung segenggam harapan,

Teruslah kita mendaki hingga ke puncak kemenangan.

Mari bersama lupakan segala kekurangan,

SBM pasti akan gemilang,

Berkat doa,

usaha dan kurnia dari Tuhan,

Lakukan bersama,

Yakinlah SBM pasti akan berjaya.

ULANG RANGKAP 2:

Ulang KORUS:

Sekian, terima kasih.

Teley MAB.

TELEY MAB no. 676
Isnin, 6hb Mac 2017
No. tel.: 03-22722687

Assalamualaikum & salam sejahtera,

Terdapat 4 pengumuman baharu dan 1 pengumuman lama,

1.    Terkini tentang Perhimpunan Warga Emas OKU Penglihatan

Kami memohon maaf bagi mengumumkan bahawa perhimpunan tersebut terpaksa ditangguhkan kerana Presiden MAB akan mengadakan satu dialog bersama OKU Penglihatan pada hari Sabtu, 11 Mac. Mohon maaf bagi penyebab kesulitan ini.

2.    Laporan Perpustakaan 2016

Di sini, ada beberapa statistik Perpustakaan bagi 2016. Pengguna baharu yang telah berdaftar: 10, Sukarelawan baharu: 24, Buku-buku Braille yang telah dipinjam: 500. Buku-buku Braille dan audio yang telah diterbitkan: 321.

3.    Lawatan ke Langkawi oleh SBM KL/Selangor.

Lawatan ini akan diadakan dari 14-16 April (Jumaat hingga Ahad). Yuran sebanyak RM350, dengan keperluan bayaran deposit RM100. Sila berdaftar dengan En. Adha di 22765276.

4.    Makan Tengah Hari Briyani dianjurkan Dr. Moorthi.

Makan tengah hari dianjurkan oleh Dr. Moorthi, Isnin hingga Sabtu di No.19 Jalan Scott, Brickfields. Sila berdaftar dengan Dr. Moorthi di 012-3007370.

5.    Mesyuarat Agung Tahunan Kelab Urutan.

Mesyuarat ini akan diadakan pada hari Khamis, 30hb April, bermula 9.00 pagi di Dewan MAB, diikuti dengan makan tengah hari. Sila berdaftar dengan Pn. Siti Khadijah di 018-2319338.

Terima kasih,

Ikhlas,
En. Godfrey Ooi
Cik Roslina Mohamed.

TELEY MAB no. 676
Monday, 6th March 2017
Tel. no.: 03-22722687

Hello friends,

There are 4 new and 1 old announcements,

1.    The Elderly Blind Gathering update.

We are sorry to announce that the gathering has to be postponed, as the President of MAB would like to hold a dialogue with the blind on Saturday, 11 March. Sorry for the inconvenience caused.

2.    Library Report 2016.

Here are some Library Statistics for 2016. New users registered: 10, New volunteers: 24, Braille books borrowed: 500. Braille and audio books produced: 321.

3.    Langkawi Trip by SBM KL/Selangor.

This will be from April 14-16 (Friday to Sunday). The fee is RM350, with the requirement of RM100 deposit. Please register with Mr. Adha at 22765276.

4.    Briyan Lunch sponsored by Dr. Moorthi.

Lunch is sponsored by Dr. Moorthi, Monday to Saturday at No.19 Jalan Scott, Brickfields. Please register with Dr. Moorthi at 012-3007370.

5.    Massage Club AGM.

This will be on Thursday, 30th April, starting 9.00 am at The MAB Hall, followed by lunch. Please register with Pn. Siti Khadijah at 018-2319338.

Thank you,

Regards,
Mr. Godfrey Ooi
Ms Roslina Mohamed

Khamis, Mac 02, 2017

TELEY MAB no. 675.

Selasa, 28hb Februari 2017
No. tel.: 03-22722687

Assalamualaikum & salam sejahtera,

Terdapat lima pengumuman baharu,

1.    Bahagian Pinjaman di Perpustakaan akan ditutup buat sementara.

Bahagian Pinjaman akan ditutup dari 6hb Mac hingga 10hb April bagi pemeriksaan stok buku-buku Braille dan bercetak. Pinjaman buku akan dimulakan semula pada 11hb April. Segala kesulitan amat dikesali.

2.    Jawatan baharu di MAB.

Pengurus Besar yang baharu, En. Chan Chow Hun telah menyertai MAB pada 20hb Februari. Pn. Farah Jori, yang sebelum ini adalah Pegawai Penempatan Pekerjaan telah ditukar ke Perpustakaan sebagai Pegawai Perpustakaan. Kami ucapkan kepada mereka selamat maju jaya bagi memberi khidmat kepada OKU Penglihatan.

3.    Terkini tentang perhimpunan warga emas, Mesyuarat Agung Tahunan dan Pemilihan 3 tahun sekali.

Ia akan diadakan pada hari Sabtu, 11hb Mac, bermula 10.00 pagi. Yuran sebanyak RM6.00 bagi ahli dan RM8.00 bagi bukan ahli. Sila berdaftar dengan Pn. Rani di 016-6854837 sebelum hari Isnin, 6hb Mac bagi tujuan katering makanan.

4.    Cabaran Busking MAB.

PETRONITA dengan kerjasama MAB sedang menganjurkan Cabaran Busking pada hari Sabtu. 29hb Julai dan semua OKU Penglihatan dijemput untuk mengambil bahagian. Yuran sebanyak RM30 bagi setiap kumpulan. Borang pendaftaran boleh didapati di kaunter resepsi dan tarikh tutup ialah pada 1hb Jun. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Cik Siti Huraizah di samb. 120 atau 012-9584197.

5.    Mesyuarat Agung Tahunan Kelab Urutan.

Mesyuarat ini akan diadakan pada hari Sabtu, 30hb April, bermula 9.00 pagi di Dewan MAB, diikuti oleh makan tengah hari. Sila berdaftar dengan Pn. Siti Khadijah di 018-2319338.

Terima kasih,

Ikhlas,
En. Godfrey Ooi
Cik Roslina Mohamed.

TELEY MAB no. 675
Tuesday, 28th February 2017
Tel. no.: 03-22722687

Hello friends,

There are five new announcements,

1.    Borrowing Section at the library temporarily closed.

The Borrowing Section is closed from 6th March to 10th April for stock checking of Braille and printed books. Borrowing books will resume on 11th April. Any inconvenience cause is regretted.

2.    New appointment at MAB.

The new General Manager, Mr. Chan Chow Hun joined MAB on 20th February. Pn. Farah Jori, formerly Job Placement Officer has transferred at the library as Librarian. We wish them well dearoms to serve the blind.

3.    Elderly Blind Gathering, Annual General Meeting and triannual elections update.

This will be on Saturday, 11th March, starting 10.00 am. The fee is RM6.00 for members and RM8.00 for non-members. Please register with Mrs. Rani at 016-6854837 by Monday, 6th March for the purpose of the food catering.
 
4.    MAB Busking Challenge.

PETRONITA in collaboration with MAB is organizing The Busking Challenge on Saturday. 29th July and all the blind are invited to take part. The fee is RM30.00 for each group. Registration form are available at the reception counter and the closing date is on 1st June. For more info, please contact Ms. Siti Huraizah at ext. 120 or 012-9584197.

5.    Massage Club AGM.

This will be on Saturday, 30th April, starting 9.00 am at the MAB Hall, followed by lunch. Please register with Mrs. Siti Khadijah at 018-2319338.

Thank you,

Regards,
Mr. Godfrey Ooi
Ms Roslina Mohamed.

Rabu, Mac 01, 2017

Pengumuman Mingguan SBM 26 Februari 2017.

Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia

Pengumuman Mingguan 26 Februari, 2017

Terdapat empat pengumuman baru pada minggu ini. Dua dari SBM Cawangan Melaka dan dua dari SBM Cawangan KL/Selangor. Juga dimuatkan adalah pengumuman ulangan, iklan pekerjaan untuk Juru Urut dan lirik bagi lagu "SBM Gemilang".

Pengumuman Dari Ibu Pejabat SBM

Tiada Pengumuman.

Pengumuman Ulangan:

Assalamualaikum dan salam sejahtera

SBM ibu pejabat akan mengadakan satu sesi dialog bersama dengan pegawai PTPTN. Kepada semua peminjam PTPTN yang masih belum menjelaskan pembayaran atau yang sedang membuat pinjaman, dialu-alukan untuk mendaftar dengan pn. Nurfarahin Binti Norzaini, eksekutif pentadbiran ibu pejabat SBM di talian 03-2274 6162 untuk menyertai sesi dialog ini.

Tarikh tutup pendaftaran adalah pada 10 mac 2017. Adalah diharapkan agar para peminjam PTPTN dapat memberikan kerjasama yang sebaiknya supaya sesi dialog ini dapat dijalankan dengan jayanya.

Pengumuman dari Jawatankuasa Pembangunan Modal Insan (JPMI)

agro bank telah melancarkan satu produk insuran perlindungan untuk OKU,
iaitu agro nurani. ia mempunyai 3 plan yang memberikan perlindungan
yang hampir sama tetapi kadar perlindungannya berbeza. pelan pertama
hanya rm55 setahun, pelan kedua rm85 setahun dan pelan ketiga rm130
setahun.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi ibu pejabat sbm di talian 03-2274 6162.
anda boleh hubungi puan noorfadilah atau cik farahin jaafar untuk
mendapatkan penjelasan. kami akan aturkan pegawai
agrobank untuk ke ibu pejabat sbm untuk membantu anda.

Pengumuman Dari Cawangan/Kawasan SBM

Pengumuman dari Zon Utara:

Pengumuman Dari SBM Cawangan Pulau Pinang

1. MESYUARAT AGUNG DWI TAHUNAN SBM CAWANGAN PULAU PINANG 2017

Mesyuarat Agung Dwi tahunan SBM Cawangan Pulau Pinang akan diadakan pada tarikh, masa dan tempat seperti berikut:

Tarikh: 30hb April 2017 (Ahad);

Masa: 10.00 pagi hingga 2.00 petang;

Tempat: Dewan Dato’ Arif Shah Bin Haji Omar Shah, SBM Cawangan Pulau Pinang, No.29, Lorong Inang 2, Taman Bunga Raya, 14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

Pada Mesyuarat kali ini akan diadakan pemilihan barisan Ahli Jawatankuasa (BRANCO) yang akan berkhidmat bagi sesi 2017-2019. Bagi anda yang ingin bertanding, anda perlu mengisi borang pencalonan yang boleh diperolehi dari Pejabat Cawangan. Borang pencalonan akan dikeluarkan pada hari Rabu, 1hb Mac 2017. Borang-Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dikembalikan ke Pejabat Cawangan selewat-lewatnya pada jam 11.00 pagi hari Ahad, 23hb April 2017. Borang pencalonan yang tidak lengkap atau yang lewat dikembalikan ke Pejabat Cawangan tidak akan dilayan.

Mana-mana ahli Cawangan yang ingin mengemukakan sebarang usul atau cadangan, anda boleh menghantar usul atau cadangan tersebut secara bertulis atau dalam bentuk audio kepada Setiausaha Cawangan tidak lewat dari hariKhamis, 30hb Mac 2017. Sebarang usul atau cadangan yang diterima selepas tarikh tersebut tidak akan dilayan.

2. Yuran Keahlian.

Ahli-ahli SBM Cawangan Pulau Pinang adalah diingatkan agar dapat menjelaskan yuran keahlian tahunan selewat-lewatnya pada hari Jumaat, 31hb Mac 2017. Kerjasama ahli Cawangan dalam hal ini amatlah dihargai.

3. Yuran Keahlian Seumur Hidup

Kepada mana-mana ahli biasa Cawangan di bawah umur 60 tahun yang ingin memohon keahlian seumur hidup, anda boleh berbuat demikian dengan syarat anda telah melunaskan yuran keahlian selama lima tahun secara berterusan tanpa sebarang tunggakan. RM60.00 akan dikenakan terhadap permohonan tersebut.

Kepada mana-mana ahli biasa Cawangan yang telah mencapai usia 60 tahun ke atas dan ingin memohon keahlian seumur hidup, anda juga boleh berbuat demikian dengan syarat anda telah melunaskan yuran keahlian selama lima tahun tanpa sebarang tunggakan. Tiada sebarang bayaran akan dikenakan kepada permohonan tersebut.

Bagi kedua-dua maksud tersebut dan untuk keterangan lanjut, sila hubungi Cik Norfaezah Binti Jaafar, Pembantu Tadbir SBM Cawangan Pulau Pinang di talian 04-3838437 pada waktu pejabat.

Pengumuman dari SBM Cawangan perak

Kepada ahli-ahli yang ingin menjelaskan yuran bagi tahun 2017, boleh menjelaskan yuran tersebut kepada

kerani SBM cawangan Perak di waktu pejabat.

Mesyuarat Dwi Tahunan SBM Cawangan Perak

Mesyuarat Agong Dwi Tahunan SBM cawangan Perak akan diadakan pada hari sabtu 18 Mac 2017 mulai jam 9 pagi

bertempat di tingkat 1 pejabat SBM Perak di alamat No 22A dan B, jalan lintasan Medan Kidd, Medan Kidd 30200 Ipoh.

Pengumuman dari Zon Selatan:

pengumuman dari sbm melaka

Salam SBM,

pengumuman dari SBM Melaka

1) Kelas kraftangan manik akan diadakan pada 4 Mac 2017 jam 10 pagi hingga 1 petang di SBM Melaka.

Yuran yang akan dikenakan RM10 setiap seorang. Dijemput semua ahli-ahli wanita untuk menyertai program ini.

2) Mesyuarat AJK bil2/2017 akan diadakan pada 18 Mac 2017 di SBM Melaka. Diharap semua AJK dapat

hadir.

Pengumuman dari zon Tengah

Pengumuman SBM Cawangan KL/Selangor

1. Mesyuarat Agung Dwi Tahunan SBM Cawangan Kl/Selangor.

SBM Cawangan KL/Selangor akan mengadakan Mesyuarat Agung Dwi Tahunan seperti ketetapan berikut:

Tarikh: 21 Mei 2017 (Ahad)

Lokasi: Dewan DR Ismail Salleh, Kompleks MAB Brickfields.

Masa: 8:30 pagi hingga 2:00 petang.

Yuran penyertaan: RM5.00 seorang.

Dalam mesyuarat ini, pemilihan Barisan Ahli Jawangankuasa Cawangan (Branco) bagi penggal 2017–2019 akan dilangsungkan. Mana-mana ahli yang berhasrat untuk bertanding dalam pemilihan nanti hendaklah tidak mempunyai tonggakan yuran keahlian. Tarikh akhir pembayaran yuran keahlian bagi tahun 2017 ialah pada 28 April 2017 (Jumaat)

Notis bagi mesyuarat Agung Dwi Tahunan ini akan diedarkan mulai 21 Mac 2017. Sehubugan dengan itu, sila kemas kini butir-butir peribadi anda seperti berikut:

1. Nama penuh.

2. No. Kad pengenalan.

3. Alamat terkini dan

4. Nombor telefon.

2. Keahlian Seumur Hidup.

Kepada yang ingin memohon menjadi ahli seumur hidup tetapi belum mencapai 60 tahun, anda perlu membayar yuran sebanyak RM60 dengan syarat tiada tonggakan yuran keahlian selama lima tahun berturut-turut. Bagi yang telah mencapai usia 60 tahun pula, anda perlu mengisi borang permohonan di samping tiada tonggakan yuran keahlian selama lima tahun berturut-turut.

Lawatan Jarak Jauh Ke Pulau Langkawi

Jawatankuasa Kebudayaan, Kesenian dan Sosial (JKKS) Cawangan KL/Selangor akan mengadakan lawatan tiga hari dua malam ke Pulau Langkawi Kedah seperti ketetapan berikut:

Tarikh: 14 hingga 16 April 2017 (Jumaat - Ahad).

Yuran penyertaan: RM350.00. Bagaimanapun, setiap peserta perlu membayar wang pendahuluan sebanyak RM100.00. Sebuah syarikat pelancongan akan membawa semua peserta dari kuala lumpur ke tempat-tempat menarik di Pulau Langkawi. Tarikh akhir pembayaran yuran sepenuhnya ialah pada 31 Mac 2017 (Jumaat).

Untuk sebarang pertanyaan dan pendaftaran sila hubungi En. Jebry Bin Demei, pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan, Kesenian dan sosial (JKKS) SBM Cawangan KL/Selangor di talian 017-372 1314 atau En. Mohamad Adha, pembantu tadbir SBM KL/Selangor di talian 03-2276 5276 pada waktu pejabat.

Pengumuman dari Pantai Timur

Pengumuman dari sbm cawangan pahang

Mesyuarat agung dwi tahunan SBM Cawangan Pahang 2017

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Sbm cawangan pahang akan mengadakan mesyuarat agung dwi tahunan 2017 seperti ketetapan berikut:
Tarikh: 9 april 2017
Masa: 10 pagi
Tempat: sbm cawangan pahang.

Setiap ahli dikenakan yuran pendaftaran sebanyak RM5 seorang. Bagi ahli-ahli yang berhasrat untuk bertanding pada kali ini, borang pencalonan boleh diperolehi dari pejabat sbm cawangan pahang atau sila berhubung terus dengan kerani Cawangan. Pencalonan boleh dibuat mulai pukul 9 pagi dari 1 April 2017 sehingga 9 April  2017.
notis mengenai mesyuarat agung ini akan diedar kepada semua ahli.

Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, sila hubungi kerani cawangan di talian 09-296 4197 pada waktu pejabat.

Kepada semua ahli sbm cawangan Pahang yang masih lagi belum menjelaskan yuran tahunan, sila berbuat demikian di pejabat sbm cawangan Pahang atau berhubung terus dengan kerani cawangan di talian 09-296 4197.
Yuran tahunan perlu dijelaskan pada atau sebelum 31/3/2017.

Jika ada sebarang pertanyaan sila hubungi kerani cawangan di talian 09-296 4197
Pada waktu pejabat.

Pengumuman dari SBM Cawangan Terengganu

SBM Cawangan Terengganu akan mengadakan Karnival Sukan Dalaman pada 23 24 dan 25 Februari 2017. Antara permainan yang akan dipertandingkan adalah ten pin bowling, ping pong, catur, Dam aji, congkak, dominos dan dart. Yuran penyertaan adalah rm5 seorang.

Untuk keterangan lanjut sila hubungi SBM Cawangan Terengganu di talian 09-666 1320 pada waktu pejabat.

PENGUMUMAN DARI SBM CAWANGAN KELANTAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Adalah dimaklumkan bahawa kursus Android yang sepatutnya diadakan pada lima Februari 2017 telah ditunda kepada 25 Februari 2017. Seramai 15 orang peserta akan turut serta dalam kursus tersebut.

Arkit blog