Khamis, Mac 02, 2017

TELEY MAB no. 675.

Selasa, 28hb Februari 2017
No. tel.: 03-22722687

Assalamualaikum & salam sejahtera,

Terdapat lima pengumuman baharu,

1.    Bahagian Pinjaman di Perpustakaan akan ditutup buat sementara.

Bahagian Pinjaman akan ditutup dari 6hb Mac hingga 10hb April bagi pemeriksaan stok buku-buku Braille dan bercetak. Pinjaman buku akan dimulakan semula pada 11hb April. Segala kesulitan amat dikesali.

2.    Jawatan baharu di MAB.

Pengurus Besar yang baharu, En. Chan Chow Hun telah menyertai MAB pada 20hb Februari. Pn. Farah Jori, yang sebelum ini adalah Pegawai Penempatan Pekerjaan telah ditukar ke Perpustakaan sebagai Pegawai Perpustakaan. Kami ucapkan kepada mereka selamat maju jaya bagi memberi khidmat kepada OKU Penglihatan.

3.    Terkini tentang perhimpunan warga emas, Mesyuarat Agung Tahunan dan Pemilihan 3 tahun sekali.

Ia akan diadakan pada hari Sabtu, 11hb Mac, bermula 10.00 pagi. Yuran sebanyak RM6.00 bagi ahli dan RM8.00 bagi bukan ahli. Sila berdaftar dengan Pn. Rani di 016-6854837 sebelum hari Isnin, 6hb Mac bagi tujuan katering makanan.

4.    Cabaran Busking MAB.

PETRONITA dengan kerjasama MAB sedang menganjurkan Cabaran Busking pada hari Sabtu. 29hb Julai dan semua OKU Penglihatan dijemput untuk mengambil bahagian. Yuran sebanyak RM30 bagi setiap kumpulan. Borang pendaftaran boleh didapati di kaunter resepsi dan tarikh tutup ialah pada 1hb Jun. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Cik Siti Huraizah di samb. 120 atau 012-9584197.

5.    Mesyuarat Agung Tahunan Kelab Urutan.

Mesyuarat ini akan diadakan pada hari Sabtu, 30hb April, bermula 9.00 pagi di Dewan MAB, diikuti oleh makan tengah hari. Sila berdaftar dengan Pn. Siti Khadijah di 018-2319338.

Terima kasih,

Ikhlas,
En. Godfrey Ooi
Cik Roslina Mohamed.

TELEY MAB no. 675
Tuesday, 28th February 2017
Tel. no.: 03-22722687

Hello friends,

There are five new announcements,

1.    Borrowing Section at the library temporarily closed.

The Borrowing Section is closed from 6th March to 10th April for stock checking of Braille and printed books. Borrowing books will resume on 11th April. Any inconvenience cause is regretted.

2.    New appointment at MAB.

The new General Manager, Mr. Chan Chow Hun joined MAB on 20th February. Pn. Farah Jori, formerly Job Placement Officer has transferred at the library as Librarian. We wish them well dearoms to serve the blind.

3.    Elderly Blind Gathering, Annual General Meeting and triannual elections update.

This will be on Saturday, 11th March, starting 10.00 am. The fee is RM6.00 for members and RM8.00 for non-members. Please register with Mrs. Rani at 016-6854837 by Monday, 6th March for the purpose of the food catering.
 
4.    MAB Busking Challenge.

PETRONITA in collaboration with MAB is organizing The Busking Challenge on Saturday. 29th July and all the blind are invited to take part. The fee is RM30.00 for each group. Registration form are available at the reception counter and the closing date is on 1st June. For more info, please contact Ms. Siti Huraizah at ext. 120 or 012-9584197.

5.    Massage Club AGM.

This will be on Saturday, 30th April, starting 9.00 am at the MAB Hall, followed by lunch. Please register with Mrs. Siti Khadijah at 018-2319338.

Thank you,

Regards,
Mr. Godfrey Ooi
Ms Roslina Mohamed.

0 ulasan:





Arkit blog