Khamis, Mei 18, 2006

Msn

Hai, sebut pasal msn ni, banyak alkisahnya.
Ni ada satu kisah ni. Seorang guru komputer yang cacat penglihatan iaitu saudara Silatulrahim, secara diam-diam dan tidak memberitahu aku, telah memberikani d msn aku kepada lima orang pelatihnya. Kelima-lima orang pelatih ini belajar komputer di MAB iaitu singkatan bagi Malaysia Asociation For the Blind.I D mereka ini bermula dari mabit01 sampailah 05.
Ha, apa lagi, terkejut beruklah aku sebab tiba-tiba lima orang sekali masuk. Nyaris-nyaris komputer aku hang. Mula-mula tu, aku ingatkan, itu spam. Tapi,aku layan sajalah. Sebab aku dapat mengagak bahawa kelima-lima i d ini adalah dari Malaysia juga.
Akhir sekali, salah seorang dari mereka iaitu mabit02 menghantar wings msn kat aku. Dia hantar satu, aku hantarlah sepuluh. Biasalah aku.
Dan, oleh kerana si Silatulrahim ni tak beri maklum kat aku yang dia nak masukkan lima orang pelatihnya ke msn aku, maka aku secara tidak sengaja telahtercakap benda yang tak sepatutnya dicakapkan. Tapi tak apalah, depa mesti tak fahamlah tu.
Namun begitu, aku berasa gembira sebab dapat kenal depa lima orang ni. Terima kasih kepada Rahim. Dan adalah diharapkan kepada kelima-lima orang ini, selepasselesai menjalani latihan komputer nanti, janganlah biarkannya ianya ibarat air yang mengalir. Gunakanlah ilmu yang kita dapat itu sebaiknya. Berkongsilahdengan rakan-rakan hangpa semua. Ilmu, makin kita berkongsi, makin ianya besar.
Macam aku senang. Ilmu boleh dikongsi, makan biar sendiri-sendiri.

Selasa, Mei 16, 2006

Tips bagaimana membawa orang buta pergi makan di luar.

Ok, ini ada beberapa tips.

Apabila membawa orang buta keluar makan, pastikan bila sudah sampai ke tempat yang dituju, bagilah mereka pegang kerusi itu supaya mereka yakin untuk duduk.

Selepas itu, jangan lupa untuk memberitahu mereka apakah menu-menu makanan yang terdapat di situ. Itu amat penting supaya dia dapat memilih makanan yang dia kehendaki.

Kemudian, apabila makanan dan minuman telah terhidang di atas meja, sila beritahu mereka, apakah makanan atau minuman yang terhidang di hadapan mereka tu. Jangan lupa, ambil tangan mereka supaya mereka dapat memegang cawan dan pinggan serta mangkuk yang terdapat di hadapan mereka.

Untuk orang buta, pinggan yang rata adalah tidak sesuai. Ini adalah kerana apabila mereka makan dengan menggunakan sudu, makanan itu akan mudah tertumpah ke meja sebab kami tak dapat tahu mana tepi dan mana tengahnya. Jadi, carilah pinggannya yang di tengah-tengahnya ke dalam macam mangkuk.

Ok, itulah dia sedikit tips kali ni. Jumpa lagi.

Ahad, Mei 14, 2006

Cara membantu orang buta ketika melintas jalan.

ok, berikut adalah cara-cara membantu orang buta ketika melintas jalan.

1. Apabila membawa orang buta melintas jalan, sila beri mereka pegang bahagian siku anda. Ini adalah kerana, ianya akan memudahkan pergerakan anda dan orang buta yang anda bantu itu.
2. Tolong jangan sesekali memegang bahagian tongkat orang buta itu ketika hendak membawa mereka melintas jalan.

Seperti yang diketahui, tongkat ibarat mata bagi orang-orang buta. Jadi, apabila tongkat itu dipegang, ibarat menutup mata.

Pernah berlaku di mana seorang rakan saya telah terjatuh ke dalam longkang. Ini semua gara-gara tongkatnya dipegang ketika hendak membantunya melintas jalan. Dan yang paling menyedihkan, setelah dia jatuh, orang yang bantu tu terus menghilangkan diri.

Jadi, itulah sedikit tips cara membantu orang-orang buta melintas jalan.

Dari Bahtera Merdeka.

harap tak hilang.

Aku mengharapkan, kali ini, ianya tak hilang lagi.

Tadi, aku telah wujudkan satu blog. Tapi, ianya dah hilang. Ok, ni aku nak pastikan supaya ianya takkan hilang lagi. Sekian.

Kali ni, harap ianya tak hilang lagi.

Arkit blog