Selasa, September 30, 2008

Muafakat dalam persahabatan

Tadi dengar berita.  Pemuda Gerakan minta Umno berbincang dengan semua komponen BN tentang peralihan kuasa dari Pak Lah ke Dato Sri Najib.

 

Dalam persahabatan, mesti ada perbincangan.  Muafakat dalam sahabat adalah amat penting sekali supaya para sahabat yang lain tidak mencurigai kita.  Apabila muafakat selalu diamalkan, percayalah, kita akan sentiasa dihormati.

 

Oleh itu, kepada Umno khususnya, bolehlah bawa berbincang dengan semua sahabat-sahabat yang lain dalam soal peralihan kuasa ini.  harus ingat, walau pun kita sebagai ketua, kita harus dengar pendapat anak-anak buah kita.  Macam tu, batu bagus.  Baru anak-anak buah akan hormatkan kita.

Sahabat.

Amat bertuah jika kita mendapat sahabat yang sejati.  Sahabat yang sanggup senang dan susah bersama kita.  Sahabat yang sanggup menempuh pelbagai ujian yang mendatang bersama-sama kita.  Wah, sangat beruntungnya orang itu.

 

Tetapi, apa perasaan kita semua ya jika mendapat sahabat yang sekadar ingin bersenang-senang dengan kita sahaja?  Dan apabila kita ditimpa musibbah, semua pakat nak lari?  Sudahlah nak lari, pelbagai tuduhan dan permintaan yang dikenakan untuk kita kalau mahukan mereka terus bersahabat dengan kita?  ya, kalau mahukan mereka terus bersahabat dengan kita, ikutlah kemahuan mereka.  jadi, apakah perasaan kita jika ini berlaku?  Sedangkan dulu, dia puji kita.  Pelbagai pujian diberikan.  hebatlah, berwibawalah dan pelbagai lagi pujian yang tinggi melangit.  Tetapi, apabila kita ditimpa susah, sebaliknya pula yang berlaku.

 

ya, inilah sebenarnya yang telah berlaku pada parti Barisan Nasional sekarang ini.  Dulu, masa kuat, semua nak berkawan.  Pelbagai pujian tinggi melangit diberikan.  BN hebat, tiada parti lain yang dapat memerintah negara selain BN, BN sebuah parti yang bersih dan pelbagai lagi.  Wah, hebat bukan main.  Maklumlah, hebat, mewah, semua boleh.

 

Tetapi, nasib baik tuhan masih sayangkan BN ini.  Ditimpakan suatu tsunami pada 8 Mac.  Dengan tragedi 8 Mac ini, dapatlah BN menilai kejujuran seorang sahabat.  Dapatlah BN menilai sahabat itu adalah sahabat sejati atau sahabat hanya ketika di zaman kesenangan dan kemewahan.  Dan menjadi musuh apabila BN ditimpa musibbah yang hebat.

 

Yang pertama sekali menunjukkan belangnya ialah sahabat SAPP.  Pelbagai tuduhan dan kecaman dilempar.  Sampai sanggup nak buat undi tak percaya.

 

mengapa di zaman mewah dan kaya, masalah Sabah tidak mahu diwar-warkan ke seluruh negara?  Tapi, mengapa sekarang?  Apa motifnya?  kalau sahabat ini sahabat sejati, sudah tentu dia akan tegur, walau pun pada zaman kegemilangan.  Tetapi, mengapa sekarang?  Dan akhirnya, sahabat ini meninggalkan sahabatnya kerana sahabatnya itu dah tak kaya, dah jatuh.  Dia hanya mahukan kesenangan sahaja.

 

Seorang lagi sahabat ialah Gerakan.  Setelah begitu lama memerintah Pulau Pinang, inikah balasannya terhadap sahabat?  Sahabat yang memberikan kesenangan dan kemewahan kepada sahabat ini?  Ibarat kata pepatah, habis madu, sepah dibuang.  mereka kini sedang mencari seribu alasan untuk meninggalkan sahabat yang banyak berjasa kepada mereka.

 

mereka semua ini, hanyalah mementingkan diri dan tembolok mereka sahaja.  Jika inilah sikap mereka terhadap sahabat mereka, nescaya dengan sahabat lain juga, mereka akan berbuat sedemikian rupa.  Bersama ketika senang, tinggalkan ketika sahabat susah.

 

jadi, inikah sahabat yang kita perlukan?  Sahabat yang langsung tidak memberi manafaat dan tidak dapat menyelesaikan segala permasalahan yang dihadapi ketika susah?  Sahabat yang inginkan kesenangan dari sahabatnya semata-mata?

Jumaat, September 26, 2008

Tuhan masih sayangkan BN.

Salam sejahtera.  Aku mai lagi.

 

8 Mac, pilihanraya umum ke-12 Malaysia.  keputusannya, lima negeri, jatuh bawah pembangkang.  Suatu sejarah yang tidak pernah berlaku selama ini.  BN mengalami kekalahan yang agak parah.  Dan ianya, sungguh mengejutkan sekali.

 

Tetapi, berapa ramaikah yang memikirkan kenapakah semua ini berlaku?  ya ada.  Tetapi, apa yang mereka fikirkan?  yang mereka fikir dan canangkan ialah BN kalah teruk kerana orang BN banyak rasuah, kronisme dan pelbagai lagi perangai yang tidak elok dalam BN.

 

Pernahkah terlintas di hati mereka bahawasanya, BN kalah teruk adalah kerana, tuhan masih sayangkan BN ini?  Rasanya tidak.  manusia kalau kalah, hanya memikirkan semuanya buruk belaka.  Seolah-olah, merekalah baik, merekalah alim.  merekalah malaikat.  Orang lain, semuanya buruk.

 

Tuhan telah memberikan satu pukulan pada BN kerana, ia masih sayangkan parti BN itu.  Cubalah kita renung dan bayangkan, apa akan jadi jika BN terus menang dengan keadaan yang amat selesa sekali?  Sudah tentu orang BN akan alpa dan lalai dan seterusnya, tidak menyedari segala kesilapan yang telah dan sedang mereka lakukan.

 

Dengan pukulan yang sebegini hebat kepada BN, maka terkejutlah orang-orang dalam BN itu.  Kini, mereka ibarat baru tersedar dari tidur yang panjang.  Teraba-raba dan terkial-kial.  Tertanya-tanya, apa sudah berlaku kepada parti BN?  kenapakah ini harus berlaku?  kenapakah BN mesti ditimpakan dengan kekalahan yang sebegini hebat?  Tidakkah rakyat tahu, BN telah banyak menabur jasa kepada mereka?

 

manakala bagi yang otaknya geliga, telah mula bertindak memperbetul keadaan.  Yang mana koyak, segera ditampal.  mana yang pincang, segera diperbetul.  mana yang sudah tidak boleh diguna, dibuang terus.  mereka tidak mahu bertangguh-tangguh lagi.  Tidak mahu keadaan akan menjadi lebih parah lagi.  Syabas diucapkan.

 

Ingatlah ahli BN, jangan panik, jangan risau, jangan gusar.  Tuhan masih sayangkan BN.  Berubahlah diri.  jadilah hamba rakyat dan bukannya hamba material atau hamba nafsu.  Sentiasalah ingat pada tuhan yang maha esa.  Jangan sesekali melupakan tuhan.  Jadilah seorang peminpin yang jujur dan ikhlas untuk memperjuangkan nasib rakyat.  Bukannya untuk kepentingan diri sendiri.

 

Jika semua ini telah berjaya dilakukan, percayalah, BN akan perolehi kemenangan di masa hadapan.  Ini bukan mustahil.  Ingat, tuhan tidak akan mengubah nasibnya jika manusia itu sendiri tidak mengubah nasib mereka.

Selasa, September 23, 2008

Salahkanlah diri sendiri terlebih dahulu sebelum menyalahkan orang lain.

Salam bahagia.  Aku datang.

 

Sekarang ini, masalah pekerjaan yang melanda oku penglihatan agak kronik.  Ramai lepasan universiti, yang dah ada ijazah juga amat sukar untuk mendapat pekerjaan.  Apa lagi orang macam penulis sendiri yang tidak lulus SPM ini.

 

Dalam saat-saat seperti ini, NGO’s amat diperlukan untuk membantu golongan oku ini.  Dan, adakah mereka membantu?  Adakah mereka bersungguh-sungguh untuk membantu?  jawapannya ada.

 

Tetapi sayang, segala pengorbanan oleh NGO’s tidak dilihat.  NGO’s sering dipersalahkan dan dikatakan, tidak bersungguh-sungguh membantu oku penglihatan untuk mendapatkan pekerjaan.  Penulis sendiri juga pada mulanya menyalahkan pihak NGO’s oku penglihatan juga dalam soal ini.  Tetapi, setelah direnung kembali dan diteliti, kesalahan tidak boleh diletakkan sepenuhnya kepada NGO’s itu.  Oku penglihatan juga seolah-olah tidak mensyukuri segala pengorbanan yang dilakukan oleh NGO’s itu sendiri.

 

Bila sudah dapat sesuatu pekerjaan itu, mereka tidak bekerja bersungguh-sungguh.  Datang tiga hari, empat hari ponteng.  Dan, boss nak ambil tindakan pun naik segan sebab NGO’s beritahu mereka, orang buta pandai dan boleh bekerja.  jadi mahu atau tidak, terpaksalah didiamkan perkara ini buat sementara waktu.

 

Bila sudah didiamkan, oku penglihatan ini pun makinlah melampau.  Ikut suka hatilah dia kadang datang kerja, kadang ponteng.  Atau pun siang kerja, malam buat part time sampai ke pagi dan bila datang kerja, tidur.  Dia ingat, orang tak nampak.

 

Dan akhirnya, setelah tiada pilihan, dia dibuang kerja.  Dan nama NGO’s jugak jadi tak elok.  jadi dalam soal ini, nak disalahkan siapa?  Adakah NGO’s harus dipersalahkan?

 

Bila ditanya pada si pekerja, pelbagai alasan diberi.  Antaranya, pengangkutan tiada, gaji rendah.  Itu antara alasannya.  Kalau sudah tahu tiada pengangkutan, kenapa tidak berbincang dengan NGO yang telah mendapatkan pekerjaan tersebut?  kenapa mesti membelakangkan NGO tersebut?

 

mengenai gaji, kalau betul-betul ada diskriminasi, boleh juga dirujuk kepada NGO yang membantu mendapatkan pekerjaan itu.  Dan satu lagi, tengoklah juga diri tu.  Macammana akedemiknya.  kalau dah tahu akedemik rendah, adalah sukar untuk mendapat gaji yang setingi langit.

 

Dan, akibat daripada sikap segelintir mereka yang membuat masalah di tempat kerja, ini telah menyebabkan oku yang ingin bekerja sudah menjadi mangsa.  Majikan sudah tidak berani mengambil oku penglihatan untuk bekerja kerana, mereka tidak mahu tanggung risiko.  Dan akibatnya juga, nama NGO juga yang tercalar dek kerana perbuatan mereka ini.

 

NGO’s sebenarnya telah banyak berkorban kepada kita semua.  Tapi sayangnya, kita tidak tahu menilai pengorbanan NGO’s ini.  Yang kita tahu, hanyalah menilai keburukan NGO’s itu walau pun ianya sekecil zarah.  ya, memang benar ada juga NGO’s yang tidak beri sumbangan untuk membantu oku, tapi tak bolehlah pulak nak salahkan semuanya sekali.

 

Beberapa tahun lalu, SBM contohnya, telah bersusah-payah pergilah berbincang untuk mendapatkan Pas percuma untuk menggunakan perkhidmatan Rapik KL.  Bila dah dapat, adakah kita berterima kasih kepada mereka yang bersusah-payah siang dan malam untuk memudahkan para pengguna oku menggunakan perkhidmatan itu dengan selesa?  jawapannya tidak.

 

Ya, mereka yang dah dapat kad khas itu, ada yang bagi pada kawan, ada yang bila nak guna perkhidmatan tu, dia tak bawa kad, bila diminta tunjuk kad, dia tak mau.  Ada yang tunjuk punggung.  "Ada yang kata, “Ingat orang tak boleh bayarkah?”  Inikah balasan yang kita harus beri kepada NGO kita yang bersusah-payah memberikan semua kenikmatan kepada kita semua?

 

Dan apabkla kad ini hendak ditarik balik penggunannya oleh pihak yang berkenaan, sekali lagi atas keperihatinan, maka SBM pun pergilah bincang untuk atasi hal ini.  Terpaksalah menebalkan muka sekali lagi.

 

kenapakah kita mesti tak mahu menghargai pengorbanan oleh NGO kita sendiri?  Apakah kita ini, sudah sampai ke tahap kesempurnaan yang tidak lagi mengharap belas ehsan orang?

 

NGO kita, hak kita.  Setiap NGO ada peraturan masing-masing.  Bila kita tahu orang itu tak boleh buat kerja, kita tukar masa pemilihan nanti.  Senang kan?  Suarakan masa mesyuarat.  Hmm tapi masa mesyuarat, ho ha ho ha saja.  Tak tertib pun.  Bila ditanya kenapa, dia kata “ala orang celik pun buat macam tu.”  Yang pergi ikut perangai buruk orang celik tu apa hal?  Gunalah otak.

 

jadi, sama-samalah kita membuangkan perangai yang tidak elok ini.  Dan saya terpaksa tulis semua ini.  Ini kerana saya agak bimbang dengan persepsi orang celik terhadap orang buta.  Persepsi mereka ialah, orang buta, semuanya baik.  Dan ada di kalangan orang celik yang dah terkena dengan orang buta, berpesepsi begini pulak.  “Wah, mata tu dah buta, boleh buat jahat, boleh menipu lagi ya?”

 

Saya tak bimbang dengan persepsi kedua.  Tapi saya bimbang dengan persepsi pertama.  Persepsi pertama ini bahaya.  Jadi kepada orang celik, orang buta pun sama saja boleh buat jahat dan kadangkala, lagi jahat.

 

Kepada buta pula, berhati-hatilah.  Jangan sampai satu peringkat nanti di mana persepsi orang celik terhadap si buta amat buruk.  Ingat, bibit-bibit persepsi sebegini, sudah ada kerana mereka ini, dah terkena dengan orang buta.  jangan biarkan ianya berkembang.  Apabila persepsi buruk ini sudah tidak boleh lagi dikawal, pada masa itu, salahkanlah diri sendiri dan semua orang harus menanggung akibat daripada perbuatan yang dilakukan oleh kita sendiri.

 

Ingat, belajarlah menghargai orang.    hargailah setiap bantuan yang diberi.  Gunakanlah sebaiknya bantuan yang diberi itu.  Bekerjalah dengan ikhlas dan jujur.  Kita susah nak dapat kerja.

Isnin, September 22, 2008

Hargailah orang jika anda mahu dihargai.

Salam sejahtera.  Aku mai balik.

Ni nak ceritalah sikap sikap oku penglihatan yang betul-betul sangat mengecewakan.  Perangai yang sungguh mengecewakan.

 

Apakah perasaan anda jika sekiranya tidak dihargai?  Sudah tentunya anda berasa sedih dan kecewa bukan?  Sudah tentu juga, anda merasa sedih sangat bukan?

 

Hmm, inilah sikap segelintir warga oku penglihatan yang berperangai sungguh mengecewakan.  Sikap tidak menghargai pemberian mahu pun pertolongan dari orang.  Ini, amat-amat mengecewakan.

 

Kita semua sudah ketahui, kerajaan telah banyak memberikan bantuan kepada warga oku seluruhnya.  memanglah diakui bantuan yang diberi, masih lagi tidak mencukupi untuk kami semua.  Kami masih lagi mengharapkan bantuan pihak kerajaan.

 

Tapi malangnya, ada segelintir warga oku penglihatan ini, yang langsung tidak menghargai bantuan yang diberi.  Saya tak taulah warga oku kategori lain sebab saya tak ada kawan oku kategori lain yang dapat bercerita pada saya.  jadi, tak beranilah nak bercerita.

 

Sudahlah pelbagai bantuan diterima, tapi ibarat kata pepatah, habis madu, sepah dibuang.  Bukan hendak ucap terima kasih atau bersyukur, tapi dikata macam-macam kepada pihak yang membantu.  Seolah-olah pihak yang membantu ini, penuh dengan amalan yang tidak baik.  Dan, macamlah si buta ni, baik dan alim sungguh.  Wal hal dalam hati, penuh dengan benda kotor.

 

Pihak yang bantu tu mereka boleh kutuk dengan teruk, apa lagi kalau rakan mereka sendiri?  Sebab itu secara peribadinya sekarang, saya sudah mula tidak mahu lagi membantu golongan oku penglihatan ini untuk penyelesaian masalah komputer.  Sebab saya berpendapat, tiada gunanya membantu mereka yang langsung tidak pernah mahu menghargai bantuan yang diberikan oleh orang.  Saya bantu pun pada kroni saya saja senang ceritanya.  pada mereka yang tahu menghargai bantuan yang diberi.

 

jadi kepada semua, hargailah apa jua bantuan yang diterima.  Syukurilah nikmat yang kita dapat selama ini.

Khamis, September 18, 2008

KL 2008 siri 2 bahagian empat. Akhir

Ok, ini bahagian terakhir dah.

 

Ahad 10 Ogos.

pagi itu, aku bangun jam 7:00 pagi.  Ah Hong sudah pun terjaga dan sedang mendengar siaran Trax FM.  Aku pun terus ke bilik air.  pagi itu, kami perlu bersiap cepat sebab dah nak balik dah.

 

Jam 9:00 pagi, kami turun pergi makan.  Pada mulanya, kami bercadang nak bawa beg turun dan meletakkannya di lobi hotel dan selepas makan, kami terus check out dan belah.  Tapi, akhirnya pelan itu diubah di mana, selepas makan, kami naik ke bilik sebentar.  manalah tau kot-kot nak berakkah kencingkah, ha masa tulah.

 

Pagi itu, aku makan semangkuk besar wan tan mi.  Ah Hong juga makan wan tan mi.  Dan selepas makan, kami berangkat semula ke bilik.  Pagi itu juga, hujan renyai-renyai telah turun.

 

Jam 9:45 pagi, kami pun turun.  Kami pergi menunggu teksi di simpang jalan.  kami meminta seorang warga indonesia untuk tolong tahan teksi.  Teksi datang dan kami pun naik.

 

pemandu teksi itu begitu ramah sekali bercerita.  Banyak topik yang beliau bercerita dengan kami termasuklah topik pintu belakang.  Beliau memang seorang yang peramah.  Beliau bercerita sampailah ke distinasi kami di Jalan Duta.  Tambang dibayar dan kami pun turunlah dari teksi.

 

Kami ke kaunter untuk memeriksa tiket perjalanan kami.  Selepas tiket diperiksa, kami dibawa ke tempat menunggu bas.  Kami dibawa ke tempat duduk.  Hari itu, stesen agak hingar-bingar.  Maklumlah, hari minggu.

 

jam 10:45 pagi, ketibaan bas diumumkan di pembesar suara.  kami dibawa ke bas.  Bas dijangka bertolak jam 11:00 pagi.  kami pun naiklah bas.  Bas itu memasang siaran Sinar FM.

 

jam 11:00 pagi, bas masih belum memulakan perjalanan.  malah ada beberapa juruteknik yang sedang sibuk menyelenggara peralatan bas yang rosak.  Wah, apa sudah berlaku ni?

 

"Chey sepatutnya, mereka datang selenggaralah bas sebelum memulakan perjalanan."  "Ini bila dah nak berjalan, baru nak selenggara."  Ah Hong merungut.  jadi nampaknya, mungkin kami tiba lambatlah nanti.

 

Jam 11:30 pagi, barulah bas memulakan perjalanannya.  pada pagi itu, cuaca agak mendung juga.  Ianya seperti hujan nak turun pada pagi tersebut.  Bas telah mula bergerak meninggalkan stesen Jalan Duta.

 

Apabila sampai di tempat rehat dan rawat di Perak, sekali lagi Ah Hong turun.  Beliau telah membeli keropok dan sekotak air kekwa.  Keropok dan air tu, kami kongsilah.  yalah, banyak.

 

jam 3:30 petang, kami sampai di stesen bas Sungai Nibung.  Cuaca amat panas sekali di stesen tersebut.  Ingatkan, hujan tapi tidak.

 

Tamat.

Selasa, September 16, 2008

Pendemokrasian BN kena ambil kira suara orang muda

 
 
Berita Harian Online

Pendemokrasian BN kena ambil kira suara orang muda

Oleh Md Shukri Shuib


SELEPAS pilihan raya umum Mac lalu, Barisan Nasional (BN) perlu berubah. Gabungan 13 parti komponen itu perlu 'mengawetmudakan' perjuangannya, sesuai dengan perubahan semasa dan zaman, supaya terus relevan.


Jika dulu, kita melihat Parti Kongres di India diasaskan oleh perjuangan Mahatma Ghandi yang berkuasa lebih setengah abad berjaya ditumbangkan dan begitu juga yang terjadi pada parti Koumintang di Taiwan, kini BN dan komponennya pula diuji.


BN terpaksa berdepan krisis ketidakyakinan pengundi kepada kewibawaan kepemimpinan parti gabungan yang menerajui negara lebih 51 tahun itu. Apakah ini yang sebenarnya berlaku?. Kenapakah ujian seumpamanya diberikan kepada kerajaan yang sudah pun menunjukkan rekod kejayaan yang memberangsangkan?


Fasa konflik pertama sudah dilalui pada Pilihan Raya Umum 1969 hinggakan terjadinya rusuhan kaum paling teruk di negara ini. Mujurlah, atas pertimbangan rasional, walaupun diasak pelbagai cubaan untuk mencetuskan peristiwa sedemikian rupa, kesan Pilihan Raya Umum Ke-12, Mac lalu tidak terbawa-bawa hingga mencetuskan satu lagi peristiwa pahit antara kaum di negara ini.


Namun, hakikat bahawa wujudnya rasa tidak puas hati di antara kaum itu perlu diakui pemimpin di peringkat nasional. Inilah fokus utama BN masa kini. BN tidak harus dihantui oleh sikap ultra perkauman, sama ada Melayu, Cina mahupun India atau bersifat kewilayahan, antara Semenanjung mahupun kepemimpinan dari Sabah dan Sarawak.


Harapan perpaduan untuk terus utuh kini bergantung kepada sejauh mana kesediaan untuk bukan 'mengalah' tetapi bertoleransi, dan semestinya toleransi ini bukan hanya datang dari satu pihak iaitu Umno atau Melayu saja. Sebaliknya, semua komponen BN harus bersedia meneruskan sikap toleransi tanpa ada cubaan memprovokasi mana-mana parti komponen semata-mata mahu dilihat sebagai 'juara' bagi kaum masing-masing.


Jika ini dijadikan tabiat, maka dikhuatiri ia akan menjadi tradisi hingga di dalam BN seolah wujud golongan pemerintah dan satu pihak sebagai golongan 'pembangkang'. Jika ini wujud, maka ia dilihat akan menggugat imej dan keutuhan BN sebagai parti yang mampu membela rakyat.


Pemimpinnya, terutama parti komponen seperti Gerakan dan MCA yang tewas teruk pada pilihan raya umum lalu, seharusnya lebih rasional dan tidak hanya menuding jari kepada Umno, tetapi mereka perlu berusaha memperbaiki imej bagi memulihkan prestasi mereka pada pilihan raya umum akan datang. Jangan jadikan kesan pilihan raya umum lalu semata-mata untuk 'meruntuhkan' setia kawan di dalam BN yang sudah terbina sekian lama.


Bagi pimpinan BN, anggaplah pasca pilihan raya umum ke-12 yang perlu dilalui ini sebagai satu jangka masa 'orientasi' semula, iaitu ia bagi memberikan peluang kepada BN bermuhasabah dan melakukan reformasi untuk kekal relevan.


Kini, dalam suasana yang berlaku menunjukkan BN tidak boleh lagi bersikap alpa dan leka. Proses melestarikan kepemimpinan perlu dilakukan. Pemimpin muda yang berkarisme dan diterima rakyat perlu diberi peluang.


Pendemokrasian BN perlu dijana dengan telus dan saksama. Ini jika dilakukan akan menjadikan BN bukan lagi dilihat parti elit, malah kembali sebagai parti 'marhain' yang dapat turut disertai pelbagai latar belakang kepemimpinan.


Jika diimbau bentuk pengundian yang berlaku pada 8 Mac lalu, maka pastinya kita akan dapat mengenalpasti bahawa wujud peralihan besar-besaran undi di kalangan kaum Cina dan India di negara ini. Kaum Cina dan juga India yang mendiami kawasan pekan, bandar dan juga bandar raya seolah-olah membina blok undi tersendiri dengan mengadakan protes undi besar-besaran terhadap BN.


Mereka ini beralih kepada pembangkang, termasuk kesanggupan mereka memberi undi kepada bukan saja DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR), malah juga kepada Pas yang sebelum ini mereka takuti dengan slogan negara Islam.


Inilah polarisasi undi yang harus diberikan penekanan oleh BN terutama menerusi Gerakan dan MCA sebagai parti 'kaum bandar' iaitu terdiri majoritinya masyarakat Cina. Berbanding kawasan luar bandar, yang ada antaranya masih belum lengkap segala kemudahan, serta susah pula mendapatkan peruntukan berbanding kawasan bandar, mereka yang rata-ratanya pengundi Melayu, walaupun mempunyai perubahan corak pengundian, masih menaruh keyakinan terhadap BN menerusi Umno.


Parti komponen lain di Semenanjung kelihatan gagal mempertahankan kerusi masing-masing di kawasan bandar dan juga luar bandar.


Jika diimbau dari segi kekuatan Kerajaan Persekutuan masa kini, daripada 140 kerusi yang dimenangi, Umno berjaya memberikan jumlah kerusi terbesar dan dominan dengan 79 kerusi berbanding 15 (MCA), 3 (MIC) dan dua dari Gerakan serta kelebihan 41 kerusi Parlimen yang disumbangkan komponen selain Umno di Sabah dan Sarawak.


Tanpa sokongan kuat pengundi Sabah dan Sarawak terhadap BN, pastinya BN berdepan masalah besar untuk tidak lagi mampu menjadi pemerintah di negara ini. Di Semenanjung, BN hanya mampu mendapat 86 kerusi daripada keseluruhan 166.


Selebihnya, iaitu 79 kerusi adalah di bawah pengaruh DAP, PKR dan Pas. Umno di Semenanjung saja menyumbangkan 66 daripada 86 kerusi yang dimenangi BN. Ini bermakna hanya 20 kerusi berjaya disumbangkan oleh MCA, MIC dan Gerakan.


Peralihan undi kali ini adalah terbesar dalam sejarah pilihan raya negara, dan ia ibarat 'tsunami' yang jauh lebih teruk berbanding impak pergolakan politik 1999 yang turut dibadai kesan ekonomi serantau.


Pilihan raya kecil bagi kawasan Parlimen Pensiangan di Sabah yang mungkin bakal dilalui BN, harus dijadikan medan bagi menunjukkan semangat setia kawan yang terjalin selama ini. BN harus terus menang di kawasan itu bagi memberi keyakinan kepada konsep gabungan tertua negara yang kini cuba diciplak pembangkang dengan cubaan membentuk pakatan seumpama itu.


Dalam melakukan tranformasi, BN harus sedar akan cita rasa pengundi muda yang kelihatan begitu cenderung ke arah pakatan pembangkang. Dengan ramainya pengundi generasi pasca merdeka yang kini sudah berusia 50 tahun dan ke bawah, serta memiliki keluarga sendiri dilihat cenderung membina satu persepsi yang jauh berbeza daripada perjuangan generasi pengundi veteran.


Generasi warga emas dalam Kabinet dan kepemimpinan parti adalah perlu, namun generasi usia muda serta pertengahan umur juga perlu dimantapkan.





Penulis ialah Pensyarah di Kolej Undang-Undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia





Sepatutnya BN juga mempertimbangkan sejak awal lagi supaya jawatan Kabinet dan pentadbiran kerajaan diperuntukkan sebahagiannya untuk mereka yang berumur 20-an hingga 30-an.


Fakta menunjukkan bahawa polarisasi pengundi generasi pasca merdeka, yakni pada awal usia mengundi (21 tahun dan ke atas) yang berjumlah jutaan orang, masakan tidak mempunyai potensi yang mampu memikul tanggungjawab itu.


Sejarah memperlihatkan bahawa menteri kabinet dan pemimpin masa kini juga adalah pejuang di usia awal mengundi dulu, dan lebih meyakinkan, mereka tidak gagal, dan menunjukkan kejayaan dalam mentadbir parti dan juga negara.


Cuma kini, mereka harus sedar bahawa generasi dan zaman sudah berubah dan perubahan kini dituntut oleh rakyat secara besar-besaran.


Selain itu juga, timbalan menteri dan Setiausaha Parlimen di sesuatu kementerian seharusnya juga datang dari kalangan generasi pasca merdeka agar mereka mampu mempersiapkan diri ke arah meneruskan agenda negara pada masa akan datang.


Suatu perubahan yang bukan kecil tetapi meluas harus digerakkan segera bagi menyeimbangi kembali ketuanan yang semakin hilang. BN perlu bermuhasabah diri dalam memastikan mereka diterima seterusnya oleh rakyat dan generasi masa depan negara.



Ahad, September 14, 2008

Bebaskah kita?

Salam sejahtera.  Ha, aku mai lagi.

 

Nampaknya, semua orang nak kebebasan.  Bebas bercakap, bebas itu, bebas ini.  Sampai nak melaga-lagakan kaum tu depa kata kebebasan.  Tapi, benarkah manusia itu bebas sepenuhnya?

 

kalau betul manusia itu bebas, mengapa kita harus beragama?  Inilah persoalan yang harus kita duduk dan renungkan.  Cuba duduk dan renung dalam-dalam.  Mengapa mesti beragama?

 

Adakah semua agama itu memberi kebebasan yang hakiki kepada penganutnya?  kalau ajaran sesat tu, yalah.  Adakah semua agama membenarkan kita membuat semborono sesuatu perkara itu?  menghina?  mengganggu ketenteraman dan sebagainya?

 

Sudah tentu tidak bukan?  Manusia selalu tewas pada hawa nafsu.  Apabila manusia tewas pada hawa nafsu, maka rosaklah semuanya.  Inilah kelemahan manusia yang tidak perlu dipertikai atau pun diperdebatkan.

 

Sebab itu, agama datang untuk mengatur cara hidup manusia.  katakanlah sekarang jika tiada sebarang agama di dunia ini, apa akan jadi pada dunia ini?  malahan, ada agama juga pun manusia membuat onar duri dan ankara yang jauh sangat dahsyat.

 

jadi para pembaca, janganlah bermegah konon inginkan kebebasan.  Manusia sebenarnya, tidak bebas.  Ini semua adalah tuntutan hawa nafsu semata.  Bak kata pepatah, ikut rasa binasa, ikut hati, mati.

KL 2008 siri 2, bahagian tiga.

Ok, kita menyambung kembali cerita bahagian tiga.

 

Sabtu, 9 Ogos.

pada pagi itu, aku bangun jam 7:00 pagi.  Seperti biasa aku pun pergilah mandi dan membuat apa yang patut dibuat.  Selepas itu giliran Ah Hong pula.

 

Kemudian, kami pun pergi bersarapan pagi.  pagi itu, aku memakan makanan kegemaran aku iaitu Wan Tan Mi.  Inilah makanan yang paling aku gemari sekali.

 

Selepas makan, aku dan Ah Hong pun pulang ke bilik kami.  Tidak lama kemudian, Ah Hong pun turun nak pergi ke rumah kawannya.  Sementara aku pula, berada di bilik sebab nak pergi ke rumah Yusof pada jam 12:00 tengahari nanti.  Jadi, sementara aku menunggu tu, aku pun bukalah tv7.  Biasalah setiap Sabtu, ntv7 ada banyak siri kartun alihbahasa.  Jadi, inilah peluang aku nak mendengar kartun-kartun tu.

 

Jam 11:40, telefon tanganku berbunyi.  "hello," kedengaran satu suara lembut dari hujung gagang telefon.  "Ya hello."  jawabku.  "Happy birthday to you ya."  Ucap suara itu kepadaku.  "Oh, today is my birthday lah, i forgot."  "Thank you for your wishing."  Balasku panjang lebar.  "Ok."  Jawab suara itu.  "How is your trip to KL?"  Suara itu bertanya.  "It's ok, i'm happy with my trip."  Balasku.  "Ok, enjoy your trip ya."  Suara itu berkata.  "Ok, thank you."  Aku membalas.  "Ok bye."  jawabnya.  Talian diputuskan.  Dari Sarawak, sanggup beliau menelefon mengucapkan selamat hari jadi kepadaku.

 

    Jam 12:30 tengahari, aku ke rumah Yusof.  Di sana aku makan tengahari.  Selepas itu, repairlah komputer Ayana yang ada sedikit masalah tu.  kemudian, balik semula ke hotel pasai nak tengok siri kartun Leo Ranger kat tv2 jam 5;30 petang.  Aku dapatlah makan sekeping kek pandan kat rumah Yusof.

 

Sebelah malam, aku dan yusof pergi makan.  Si Muhammad Ismail telefon beritahu nak turut serta makan sebab dia nak perkenalkan satu produk baru kat Yusof.  Produk wireless handphone kalau tak salah aku.  mahai o!

 

Pada mulanya, aku bercadang nak makan di kedai Yusof Ali, tapi kedai tu, tutuplah pulak.  jadi, si Muhammad ni mencadangkan, pergi makan di kedai Kuning.  ha, tak apalah, bantai saja.  Aku bukan gemar sangat nak ke situ.  Tapi bantai sajalah.

 

Di situ, aku makan nasi dan lauk kuah ayam kalau tak salah aku.  Dan tidak lama kemudian, datanglah beberapa orang buta.  Maklumlah, di situ, sarang orang buta melepak.

 

Biasalah kalau dah ada geng buta, memanglah bising banget.  Aku tak peduli semua tu.  Aku hanya mendiamkan diri sebab nak tau, kot-kotlah ada berita sensasi yang terkeluar dari mulut orang buta yang sememangnya celupar itu.  Aku mendengar dan terus mendengar.

 

Tapi, malam tu, memang tak ada berita yang sensasi.  Cuma, berita biasa-biasa sahaja.  Umpat-mengumpat, tu biasalah.  Tunjuk kehebatan telefon, tu biasalah.

 

Ada sorang akak yang sertai group di meja kami berbual.  Sebelum tu, dia duduk meja sebelah.  Akak ni, Tinggal di Sungai Buluh, dia akan datang dan tinggal di hotel new Winner pada hujung minggu.  Dia ni buta, kerja urut.  Dia pun bersembanglah dengan puak-puak kat meja kami.  Aku hanya mendengar.  Manalah tahu ada berita sensasi.

 

"kak, tangan dia merayap tu, macammana tu kak."  Tanyalah sorang si buta.  Persoalan ni timbul apabila akak ni ceritalah satu orang buta ni, tangan dia suka nak meraba.

 

"merayap tu merayaplah!"  "Ish engkau ni, aku siram dengan air karang ha ha."  Berkata akak itu agak marah sambil mengangkat cawan yang berisi air ala-ala nak siram gitu.

 

"Taklah, akak kata, tangan dia tu suka merayap."  "jadi saya nak tahulah, merayap yang macammana tu."  lelaki buta itu membalas.  "Engkau tu saja, suka bertanya."  Balas akak itu agak marah juga.

 

Pada esok harinya menurut akak tu, dia nak ke oditorium Angkasapuri sebab nak lihat satu persembahan oleh Kalsik nasional.  Aku dah lupalah nama persembahan tu.

 

jam 9:50 malam, aku mengajak Yusof balik saja.  Tak ada apa pun topik yang menarik.  Lagi pun, tempat tu, banyak nyamuklah leceh betul.  Kami bertolak balik.

 

"Ha, sudah mari."  kata seorang petugas hotel.  "Dia tau naik biliklah, dia sudah banyak kali datang."  Cerita Yusof.  "Dia sebut cikgu, mana saya tau siapa cikgu."  petugas itu bercerita.  Aku pun naiklah ke bilik.  Dan tidak lama kemudian, Ah Hong pun balik.

 

Ah Hong kata, CD itu masih tidak dijumpai lagi di rumah Moktar.  nampaknya, dia terpaksa kembali semula ke Kl mungkin pada Oktober ini untuk membereskan kerja recording tu.

 

Kami berehat sebentar sambil Ah Hong mendengar siaran radio Trax FM.  Dan selepas kami mandi, jam 12:00 tengahmalam, kami pun tidur.

 

Bersambung.

Sabtu, September 13, 2008

Puisi. Budi mulia

Budi Mulia

 

Teman-teman tercinta,

Hatimu tulus mulia,

Budimu sungguh suci murni,

Sampai ke syurga kusanjung tinggi.

 

Meski sakit sengsara,

Meski cacat miskin papa,

Namun kau rela berkorban,

Membantuku mengharungi cabaran.

 

Kasih-sayang yang kau curahkan,

Memberiku sinar pengharapan,

Sekalipun dirandung ribuan kesusahan,

Ku tabah menempuh masa depan.

 

Bukan kaya dan mewah,

Serta harta melimpah,

Cuma kupohon dalam doa,

Nikmat hidup yang sejahtera.

 

Teman-teman yang setia,

Upahmu besar di syurga,

Pahalamu berlipat ganda,

Diberkati Tuhan Maha Esa.

 

Tuhan adil saksama,

Tidak mengira batas usia,

Segala bangsa,

Dilimpahi rahmat damai sentosa!

 

Penulis: Choo Kim Yoon seorang oku penglihatan dan beliau juga menghadapi masalah pendengaran.

Beliau boleh dihubungi melalui e-mel: Choo Kim Yoon.

Cerpen: Temanku, harapanku.

Temanku, Harapanku

 

Hatiku kian berdebar-debar. Bas yang kunaiki sudah jauh meninggalkan Kuala Lumpur, membawaku jauh dari kampung halaman dan jauh dari teman-teman yang kusayangi. Ya, teman-teman karib dan keluarga yang amat kusayangi! Kini aku sudah berjauhan dari mereka, dan semakin jauh hatiku semakin sayu.

 

Inilah kali pertama aku berpisah jauh dari teman-teman dan keluargaku. Ini adalah kali pertama aku meninggalkan ibukota. Aku terpaksa berhijrah untuk memburu sebuah pekerjaan di utara tanahair yang tercinta ini. Aku membawa sebuah harapan yang besar moga-moga cita-citaku akan tercapai kali ini.

 

Memang selama ini pun aku berusaha mencari kerja di sana-sini, tapi tuah tidak menyebelahi aku. Malah di sebaliknya aku telah terpedaya oleh janji manis seorang manusia yang haloba. Aku terpaksa membayar lima ratus ringgit untuk mempelajari ilmu urut. Dengan wang itu aku disuapkan janji kononnya aku akan diberikan kerja selepas tiga bulan. Aku menelan janji itu bulat-bulat. Tapi hampa! Tukang urut itu lena berdengkur. Latihan yang diberikannya sambil lewa sahaja.

 

Aku tertipu kerana tidak mendapat latihan yang sempurna. Aku rugi kerana wang, masa dan tenaga yang dihabiskan di tempat urut itu menjadi sia-sia belaka. Aku kecewa kerana harapan untuk bekerja dihampakan begitu sahaja.

 

Ibu dan ayah serta teman-teman karibku juga berasa kecewa. Ibu dan ayah yang bersusah-payah mengumpulkan wang lima ratus ringgit itu dengan harapan aku akan memperolehi pekerjaan yang menjamin masa depanku. Malangnya harapan mereka musnah ditelan oleh manusia yang bersifat haloba dan hanya mementingkan isi perut sendiri tanpa menghiraukan nasib orang lain.

 

Harapan teman-teman karibku turut tergadai sama. Teman-temanku yang bersama-sama menanggung perbelanjaanku semasa berada di tempat urut itu dengan harapan aku akan mendapat pekerjaan yang baik dan mampu menyara hidup sendiri. Malangnya harapan mereka hancur berkecai! Pengorbanan mereka semua dipersia-siakan mentah-mentah oleh manusia yang tidak berhati perut itu tanpa sedikit pun rasa belas kasihan.

 

Aku berasa sedih sekali kerana terpaksa menjadi penganggur lagi dan mencari-cari pekerjaan di sana-sini sehinggalah hari ini. Namun aku bersyukur kerana teman-teman karibku tidak patah semangat. Mereka tetap setia menghulurkan bantuan yang kuperlukan pada bila-bila masa.

 

Memang selama ini pun teman-temanku itu telah banyak menabur budi kepadaku. Semenjak dari sekolah lagi mereka amat mengambil berat tentang keperluan diriku. Mereka menyedari bahawa aku mempunyai kekurangan dan kelemahan tertentu. Justeru teman-temanku sentiasa berikhtiar untuk menolongku. Mereka akan berusaha sedaya-upaya untuk membantu mengatasi kesulitan-kesulitan yang kuhadapi. Mereka rela berkorban masa dan tenaga demi untuk kesejahteraan masa depanku. Teman-temanku ingin melihat aku berjaya dan gembira. Perhatian dan kasih-sayang yang mereka curahkan kepadaku melebihi dari takat seorang sahabat, malah mereka menjagaku seperti adik kandung sendiri. Aku masih ingat detik-detik mesra bersama teman-temanku itu.

 

"Hai, Diamond,"

 

"Hai, Susan, selamat pagi. Apa khabar?"

 

"Khabar baik. Kamu apa khabar?" Susan menghulurkan tangan kepadaku. Aku menyambut tangannya dengan penuh gembira. Kami berjabat tangan sambil tersenyum riang.

 

"Saya khabar baik-baik juga. Nancy belum datangkah?"

 

"Ada,"

 

"Hai, Diamond,"

 

"Hai, Nancy, panjang umur kamu. Saya sebut saja, kamu sudah ada,"

 

"Rindukan sayakah?" Nancy ketawa riang sambil menghulurkan tangan kepadaku. Aku menjabat tangan Nancy dengan senyuman girang.

 

"Ya, Nancy, saya memang rindukan kamu semua,"

 

"Saya datang bersama-sama dengan Susan,"

 

"Naik keretakah?"

 

Nancy dan Susan sama-sama tertawa. Aku turut ketawa sama. Aku memang suka berjenaka dengan teman-temanku itu.

 

"Kami naik bas sekolah. Kamu naik keretakah?"

 

"Saya pun naik bas juga, Nancy. Manalah saya ada kereta,"

 

Sekali lagi teman-temanku itu tertawa. Jenakaku sungguh lucu.

 

"Diamond, ini buku ekonomi. Saya sudah rakam untuk kamu,"

 

"Terima kasih, Susan. Rajin-rajin kamu rakamkan buku untuk saya,"

 

"Ada gambarajahnya. Nancy sudah lukiskan untuk kamu,"

 

"Ini gambarajahnya, Diamond,"

 

"Terima kasih, Nancy. Susah-susah kamu berdua tolong saya, apa upahnya?"

 

Kedua-dua rakanku itu tersenyum sambil menepuk-nepuk bahuku.

 

"Upahnya kamu belajar rajin-rajin," Susan memberikan nasihat bernas kepadaku.

 

"Ya, Diamond, upahnya kamu berjaya dalam peperiksaan nanti," Nancy pula memberikan perangsang padu kepadaku.

 

"Betul, Susan, Nancy. Perangsang yang kamu berikan kepada saya amat berharga nilainya. Dengan pertolongan kamu semua dapatlah saya mengikuti pelajaran seiring dengan kawan-kawan yang lain,"

 

"Kamu belajarlah bersungguh-sungguh. Kami doakan kejayaan kamu,"

 

"Terima kasih, Nancy. Bertuah saya dapat kawan yang baik seperti kamu dan Susan."

 

Kedua-dua rakanku itu tersenyum mendengar pengakuan ikhlas dariku. Aku turut tersenyum riang dan bersyukur kepada Tuhan kerana mendapat sahabat-sahabat yang penyayang seperti Nancy dan Susan.

 

"Diamond, sudahkah kamu bersarapan?"

 

"Sudah,"

 

"Ini kek. Kami bawa untuk kamu,"

 

"Terima kasih, Susan. Susah-susah pula kamu belikan kek untuk saya,"

 

"Tak susah. Kek ini kami buat sendiri,"

 

"Pandai kamu buat kek. Lain kali saya belajar daripada kamu,"

 

"Saya dengan Nancy sama-sama buat kek ini,"

 

"Terima kasih, Nancy. Ada makanan pun kamu ingatkan saya juga,"

 

"Kami selalu ingatkan kamu,"

 

"Betul, Nancy. Di sekolah kamu tolong saya baca buku, baca akhbar, lukis gambarajah; di rumah kamu masak makanan untuk saya pula."

 

"Kalau kamu gembira, kami pun gembira juga,"

 

Sesungguhnya aku amat gembira kerana teman-teman karibku itu tidak memandang sepi kepadaku meskipun aku mempunyai kecacatan tertentu. Sikap penyayang mereka terhadapku memberikan aku harapan dan keyakinan untuk menempuh cabaran hidup ini dengan lebih tabah.

 

"Diamond, kek ini saya makan setengah, ya,"

 

"Hei, Kenny! Kek ini saya punya,"

 

Kenny yang baru tiba ketawa besar. Aku serta teman-teman yang lain turut sama ketawa. Telatah Kenny yang suka bergurau senda selalu menggelikan hati kami.

 

"Apa khabar, Diamond?"

 

"Khabar baik,"

 

"Macam mana kamu datang ke sekolah tadi?"

 

"Naik bas,"

 

"Bas sekolah,"

 

"Bukan. Bas awam,"

 

"Hari-hari naik bas awamkah?"

 

"Bukan hari-hari. Hari ini van sekolah rosak. Terpaksalah saya naik bas awam,"

 

"Oh, begitu. Siapa bawa kamu?"

 

"Saya jalan sendiri,"

 

"Jalan sendiri! Tidakkah bahaya, Diamond, kamu jalan seorang diri?" Nancy menyatakan kekhuatirannya.

 

"Memang ada bahayanya, Nancy. Tapi saya tahu jalan ke sekolah ini,"

 

"Kamu boleh dengar bunyi kereta?"

 

"Boleh,"

 

"Tapi pendengaran kamu kurang jelas. Macam mana kamu lintas jalan?"

 

"Lintas jalan susah sikit. Biasanya saya tunggu sampai tak dengar bunyi kereta lagi baru lintas,"

 

"Tak ada orang tolongkah?" Susan memahami kesukaranku untuk melintas jalan. Jikalau ada orang tolong tentulah lebih baik.

 

"Kadang-kadang ada orang tolong. Kadang-kadang kereta itu berhenti. Pemandunya tolong saya lintas jalan,"

 

"Begitulah sikap yang patut dicontohi. Pemandu-pemandu kereta harus mengutamakan keselamatan orang-orang cacat seperti kamu." Susan menegaskan pendiriannya. Kenny dan Nancy sama-sama menganggukkan kepala tanda bersetuju.

 

"Memang betul, Susan. Kadang-kadang susah betul nak lintas jalan sebab kereta semua laju-laju,"

 

"Diamond, balik sekolah nanti tunggu saya,"

 

"Oh Kenny, kamu nak bawa saya balikkah?"

 

"Ya, tengahari ini saya bawa kamu balik,"

 

"Terima kasih, Kenny. Kamu nak makan kek?"

 

"Eh, sudah loceng. Mari kita masuk kelas,"

 

Aku tidak sedar loceng telah berbunyi. Aku bergegas mengangkat beg serta mesin braillerku.

 

"Saya angkat brailler ini," Kenny menawarkan tenaganya. Mesin brailler itu memang agak berat.

 

"Saya pimpin kamu," Susan memimpin tangan kananku.

 

"Beg kamu berat tak? Nak saya tolong angkat?" Nancy ringan tulang pula.

 

"Tak berat sangat, Nancy. Saya boleh angkat sendiri. Takkan saya nak membebankan kamu pula,"

 

Rakan-rakanku tersenyum. Kami jalan bersama-sama menuju ke kelas. Bila sampai ke tangga, Susan dan Nancy memimpinku turun perlahan-lahan. Mereka begitu berhati-hati sekali supaya aku tidak terjatuh. Setibanya ke kelas, rakan-rakanku menunjukkan kepadaku meja yang paling hampir dengan meja guru. Lebih mudahlah aku mendengar kuliah yang disampaikan oleh guru-guruku. Apabila guru-guruku itu memberikan nota di papan hitam, rakan-rakanku akan membacakannya kepadaku. Dengan pertolongan mereka dapatlah aku mengikuti pelajaran sehari-hari seiring dengan kawan-kawan yang lain. Setelah loceng penamat waktu sekolah berbunyi Kenny, Susan dan Nancy datang mendapatkanku.

 

"Diamond, tahukah kamu jalan ke perhentian bas?" Kenny menguji pengetahuanku.

 

"Ya, saya tahu. Saya naik bas dari Lebuh Ampang,"

 

"Sekarang kita ke Lebuh Ampang,"

 

"Mari kita jalan sama-sama," Susan memimpinku seperti selalu. Nancy pula berjalan di sisiku. Kenny berjalan di hadapan.

 

"Kamu belajar di sekolah St. John sejak dari tingkatan satu?" Susan menyelidik sejarah silamku.

 

"Tidak. Dulu saya belajar di sebuah sekolah berasrama,"

 

"Di mana sekolah itu?"

 

"Di Kuala Lumpur juga. Sekolah menengah khas untuk orang-orang cacat penglihatan, di Jalan Genting Kelang,"

 

"Sekarang kamu tinggal di asrama,"

 

"Ya, asrama yang sama,"

 

"Pendengaran kamu kurang jelas sejak dari kecilkah?" Nancy ingin mengetahui latar belakang diriku dengan lebih mendalam.

 

"Tidak. Dulu pendengaran saya baik. Semasa di tingkatan tiga, saya jatuh sakit. Sebab itulah pendengaran saya menjadi kurang jelas,"

 

"Penglihatan pun sama,"

 

"Bukan, penglihatan lain. Saya hilang daya penglihatan semasa berumur tiga tahun,"

 

"Sebabnya?"

 

"Sebabnya saya terkena demam panas, demam campak,"

 

"Sekarang bagaimana kamu dapat mengenali sesuatu tempat?" Kenny ingin menduga sejauh mana keupayaanku sebagai seorang cacat.

 

"Kita gunakan tongkat. Bila tongkat kita tersentuh sesuatu, kita pastikan apa benda itu supaya boleh diingat lain kali,"

 

"Jadi, kamu dapat membezakan antara satu tempat dengan tempat yang lain,"

 

"Ya, tempat yang lain ada tanda yang lain,"

 

"Apa tanda-tanda itu?" Susan semakin tertarik hati mendengar ceritaku.

 

"Ada tempat yang ada rumput ataupun pokok. Ada tempat yang ada tiang ataupun tembok. Di tempat-tempat yang lain ada petunjuk-petunjuk yang lain pula. Bila tongkat kita ataupun tangan kita tersentuh benda-benda yang ada di situ, kita kenallah tempat itu."

 

"Betul juga. Pandailah Diamond," Susan sudah faham tentang kebolehan orang-orang cacat sepertiku mengenali sesuatu tempat.

 

"Lagi satu, kalau kita berjalan bersama orang-orang celik, kita tanyakan mereka apa yang ada di kiri-kanan kita untuk dijadikan petunjuk,"

 

"Di sebelah kiri kamu ada longkang," Nancy memberi amaran kepadaku bila melihat aku menghulurkan tongkat jauh sedikit.

 

"Hah, tempat-tempat yang ada longkanglah kita paling awas. Silap-silap nanti kita masuk longkang,"

 

"Kamu pernah terjatuh ke dalam longkang?"

 

"Sudah banyak kali. Ada longkang yang sangat dalam. Tingginya sampai kepala saya,"

 

Teman-temanku ketawa tapi bersimpati dengan nasibku. Terjatuh ke dalam longkang tentulah sakit.

 

"Kereta pun kamu mesti awas." Kenny mengingatkanku tentang keselamatan di jalanraya.

 

"Memang betul. Kereta semua laju-laju. Nak lintas jalan pun susah,"

 

"Sekarang kita kena lintas jalan. Diamond, bolehkah kamu melintas jalan ini sendiri?"

 

"Saya cuba. Kamu tengok-tengokkan kalau saya berjaya,"

 

Aku mengamat-amati lalu-lintas di jalan itu. Aku menoleh ke kiri; kemudian ke kanan. Aku mendengar masih banyak kereta lagi. Aku tunggu sebentar sambil mengamat-amati bunyi kereta yang melintas di hadapanku. Selang beberapa lama kemudian aku berasa selamat untuk melintas.

 

"Sekarang boleh jalan. Tak ada kereta lagi,"

 

"Eh, tunggu!" Susan segera memegang tanganku kemas-kemas. "Ada kereta lagi."

 

"Oh! Saya tak dengar bunyi kereta itu dari jauh."

 

Setelah kereta itu berlalu, teman-temanku memimpinku melintas dengan selamat.

 

"Bahaya jika kamu melintas jalan seorang diri." Susan menegaskan kepadaku. Nada suaranya jelas menunjukkan kekhuatirannya.

 

"Betul, Susan. Nasib baik kamu semua ada tadi,"

 

"Lebih baik kamu tunggu sehingga orang datang menolong kamu." Kenny mengusulkan pendapatnya demi untuk keselamatan diriku.

 

"Betul, Kenny," Aku mengakui kebenaran pendapat Kenny serta teman-temanku. Memang merbahaya bagiku melintas jalan seorang diri. Pernah tongkatku patah dilanggar kereta. Mujurlah aku tidak mengalami kemalangan. Tuhan maha penyayang! Tuhan telah melindungiku.

 

Akan tetapi jikalau ada orang yang menolongku tentulah lebih selamat. Kadang-kadang memang ada insan-insan yang penyayang yang sudi datang menolongku bila melihat aku berdiri di tepi jalan. Kadang-kadang mereka membawaku sehingga ke perhentian bas. Aku amat menghargai budi mereka yang telah berbakti kepadaku selama ini. Jasa mereka semua akan tetap kukenang sampai bila-bila. Aku berdoa semoga kehidupan mereka sentiasa dilimpahi rahmat Tuhan Yang Maha Esa!

 

"Kita sudah sampai," Susan memaklumkan kepadaku sebaik sahaja kami tiba ke perhentian bas.

 

"Macam mana kamu tahu bila bas datang?" Nancy mahu memastikan aku tidak tersalah bas.

 

"Saya bertanya kepada orang-orang yang ada di sini. Biasanya mereka tolong tunjukkan bas yang betul,"

 

"Macam mana kamu tahu bila sudah sampai ke tempat kamu?" Susan ingin memastikan aku tidak tersesat pula.

 

"Saya perhatikan bas itu apabila membelok ke kiri atau ke kanan. Dari semasa ke semasa saya bertanya kepada orang-orang yang duduk berhampiran dengan saya sudah sampai ke mana. Bila sudah sampai ke tempat saya, saya minta mereka tolong tekan loceng,"

 

"Hari ini kami temankan kamu," Kenny mewakili teman-temanku memberikan kata putus.

 

"Bersusah-payah pula kamu semua. Terima kasih," Aku menghadiahkan sekuntum senyuman kesyukuran kepada teman-temanku itu.

 

Kenny mengetuai teman-temanku mengiringkan aku pulang ke asrama hari itu. Mereka sentiasa menjaga keselamatanku terutama sekali ketika berada di jalanraya. Aku sangat gembira bila berada di samping mereka. Jasa pengorbanan mereka selama ini amatlah berharga bagiku. Kasih-sayang yang kuterima daripada mereka menguatkan semangatku untuk mengharungi cabaran hidup ini dengan lebih yakin dan tabah. Aku amat terhutang budi kepada teman-temanku itu. Ketulusan hati mereka sesungguhnya lebih mulia daripada emas permata.

 

Teman-temanku berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti. Mereka sekarang sudah pun menjawat jawatan tinggi. Sungguhpun begitu teman-temanku tidak melupakan aku. Bila ada masa lapang, mereka akan datang menziarahiku di samping menghulurkan wang saku untuk perbelanjaanku. Apabila aku mengkhabarkan berita bahawa aku telah ditawarkan kerja di sebuah kilang sarung tangan, teman-temanku amat gembira mendengar berita itu. Mereka menasihatkan aku supaya bekerja dengan bersungguh-sungguh dan mendoakan kejayaanku.

 

Aku juga berasa gembira kerana telah memperolehi pekerjaan yang kucari-cari. Namun begitu aku berasa sedih pula kerana terpaksa berpisah jauh dari teman-temanku. Sekarang aku keseorangan dalam bas yang meluncur laju menuju ke utara. Aku tidak tahu apa yang akan berlaku ke atas diriku di sana nanti. Aku berharap aku akan mendapat sahabat-sahabat yang akrab seperti Kenny, Susan dan Nancy. Aku berharap rezekiku di kilang sarung tangan itu akan berpanjangan juga. Aku ingin membuktikan bahawa aku juga mampu bekerja dengan pantas dan cekap setanding dengan orang lain. Bersamaku kubawa segunung impian moga-moga cita-citaku akan menjadi kenyataan.

 

"Hai, adik, Pulau Pinang. Sudah sampai,"

 

"Oh, sudah sampai,"

 

Rupa-rupanya bas sudah berhenti. Aku tidak sedar begitu pantas waktu berlalu. Kini aku sudah tiba ke destinasiku. Kini aku berhadapan dengan segala cabaran yang bakal kutempuh dalam usahaku memburu pekerjaan ini. Aku berharap aku tidak akan dikecewakan lagi.

 

Aku melangkah turun dari bas itu dengan hati yang berdebar-debar. Setelah aku menjejakkan kaki ke bumi, bas itu berlalu pergi. Tinggallah aku seorang diri di situ.

 

Karangan

Diamond Choo

 

1 Januari, 2006

 

Penulis boleh dihubungi di e-mel: Choo Kim Yoon

Beliau seorang oku penglihatan dan kini menghadapi masalah pendengaran.

What do employers want - NCBM

10/15/2004 11:35 AM
Job Hunting:
What Do Employers Want?
WK Leong
Director of Sales
JobStreet Malaysia
wkleong@jobstreet.com
Slide 2
What employers want
 Employers want Someone that can contribute to their success
a. Produce results ­ not just work
b. Provide efficient solutions for problems
c. Provide new opportunities
d. Improve productivity
Examples:
 Sales - Extra sales you bring in
 Customer Service ­ Complaints  Happy Customers  More sales
 Technical ­ New products, problems solving
 Process engineer ­ Optimize processes, reducing cost
 Managers ­ Happy and motivated employees who produce results
More profit = More revenue and less cost
Years of Experience? Right Course? Balanced Personality? Background?
Slide 3
Knowledge, Skills, and Abilities
 Education ­ strong foundation
a. Must be able to build on it
 Experience ­ internships (for fresh graduates), projects
 Minimum requirement ­ Must be able to do the job
 Technical or domain specific skills
 Other important skills
a. Communication
b. Logical thinking and systematic
c. Strategic thinking ­ able to relate to big picture
d. Project Management
e. People skills
f. General Knowledge
Slide 4
Good Attitude
 Initiative
a. Self motivated to learn, explore, solve problems, etc.
b. Initiate instead of having to be told and responding every time
c. Plan ahead
d. Do the maximum (efficiently) instead of the minimum required, provide
alternatives
 Good character
a. Dependable, accountable, responsible
b. Takes ownership and is committed
c. Discipline
d. Persistence ­ stay at a problem until it is solved
e. Integrity
 Adaptable
 Positive attitude and passionate
 Upbeat
Slide 5
Learning Attitude
 Learn, Learn, Learn
 Improve, Improve, Improve
 Self learning vs formal
 Be humble
If we are humble, nothing will change us ­ neither praise or criticism. If
someone criticizes us, we will not be discouraged (nor confrontational). If
someone praises us, we will not be proud. ­ Mother Teresa.
 The 3 books of knowledge
a. Knowledge that you already know
b. Knowledge that others know
c. Knowledge God only knows
When you are young, seize the opportunities especially with time.
Everyone has 24 hours a day - spend it wisely. We have a lot to learn.
Slide 6
Communication and team work
 Able to communicate effectively (in English)
a. Put yourself in your recipients' shoes
b. How do you want it delivered?
c. What do you want to hear?
 Able to interact with the team, build rapport, and work as part of a team
 Listens well
 Good personality
Slide 7
Employers, in general, are looking for employees:
"who are punctual, arriving at work on time or early, who stay until
quitting time or even leave late, who are dependable, who have a good
attitude, who have drive, energy, and enthusiasm, who wants more than
a pay check, who are self-disciplined, well organized, highly motivated,
and good at managing their time, who can handle people well, who can
use language effectively, who can work on a computer, who are
committed to team work, who are flexible, and can respond to novel
situations or adapt when circumstances at work changes, who have
creativity and are good at problem solving, who have integrity, who are
loyal to the organization, who are able to identify opportunities, markers
and coming trends"
· A quote from "What color is your parachute?"
is thorough and detailed when needed but can relate to the big picture,
goes the extra mile, understand the business.
Slide 8
Reasons for unemployment amongst Fresh Grads
Slide 9
What employers think is lacking
 Good communication skills (english) ­ 55%
a. Being able to work as part of a team
b. Show confidence
 Attitude ­ 37%
a. Demonstrate continuous learning/self learning
b. Demonstrate ownership/commitment
 Expectations ­ 33%
a. Ask not what the company will do for you but what you can do for the
company first
b. Know the market value
c. Too choosy
 Skill Mismatch ­ 30%
a. Not in-depth knowledge
 Cannot demonstrate ability to solve problems ­ 26%
Slide 10
Keys to career success ­ JobStreet Career Guide
 Sharpen your people skills
a. Be able to emphasize and build rapport to encourage team work
 Project a professional image
a. Focus on a business like air to emphasize your reliability and focus on
positive results and achievements
 Go with the winners
a. Work with hardworking and success-oriented individuals
 Take control
a. Work towards your goals and don't follow the herd
 Look outward
a. Don't be too self conscious, over-sensitive or fearful of mistakes
Slide 11
Keys to career success ­ JobStreet Career Guide
 Watch what you say
a. Your choice of words and how you say them can have profound influence on
other's opinions of you
 Don't wait to be noticed
a. Its not enough to do a great job, people have to know you are doing a great
job
 Acquire life long education
a. Ensure your skills and abilities is current
 Trust your instincts
a. Listen to your heart
 Your work is not your life !
a. Don't neglect other parts of your life
10/15/2004 11:35 AM
Landing the job
Slide 13
The job hunt process
 Sign up at www.jobstreet.com, or specifically
http://jobs4disabled.jobstreet.com/
a. Sign up for alerts of jobs you are interested in
b. Build your resume
 Receive job alerts
 Wait for matched jobs via email
 Apply
 Shortlist/confirm for interview
 Prepare for interview
 Go for interview
 Get offer
Slide 14
Home Page for
Disabled Persons
Slide 15
Sign up with
JobStreet for FREE
Slide 16
Employers submit
Post Jobs Enquiries
Slide 17
Employers Post Jobs
for FREE
Slide 18
Browse for Jobs
Slide 19
Click to Apply
Slide 20
Our hope and wish .....
 Employers take the FREE platform JobStreet provides to offer more
employment opportunities to the disabled.
 Disabled persons stand up and be counted ... that you can be as
successful as any other person in career and life !
10/15/2004 11:35 AM
Thank You
JobStreet.com
"Improving Lives Through Better Careers"
 
Taken from NCBM national council For The Blind.

Jumaat, September 12, 2008

Dato Ahmad Ismail. Seorang pejuang yang tulen, tapi tersasar sedikit.

Salam sejahtera buat semua.

Pada Rabu, 10 September, ketua Umno bukit Bendera Dato Ahmad Ismail digantung keahlian tiga tahun oleh Umno kerana mengeluarkan statement berbentuk perkauman.  Biarlah ianya menjadi pengajaran buat semua.

 

memang diakui beliau Dato Ahmad memang seorang pejuang melayu.  Tapi sayang, beliau agak tersasar dalam perjuangan.  Beliau seharusnya tidak menggunakan perkataan pendatang.  perlu diingat, kita semua adalah pendatang.  Apabila sampai masanya nanti, kita akan balik pada yang maha esa.  itulah yang sebenarnya.

 

Sudah beberapa kali saya nyatakan, perjuangan mengikut emosi bukan akan memperbaiki keadaan, malah keadaan akan bertambah gawat.  Hak tetap hak, perjuangan, tetap perjuangan.  Tetapi, berjuanglah secara tertib dan penuh hikmah.

 

Ingat, hak melayu akan lebih terhakis jika sekiranya orang melayu terutamanya Umno berjuang dengan emosi dan bukannya diplomasi dan ketertiban.

 

Sekarang ini, apa yang perlu dibuat?

1.  Panggil orang-orang muda.  Buat forum.  Terangkan fakta sejarah kenapa melayu dan bumiputera diberi hak dan keistimewaan di malaysia.  Fakta dan sejarah mestilah kukuh dan kuat supaya tidak ada sesiapa yang dapat mempertikaikan fakta dan sejarah yang akan dikemukakan.  Orang-orang muda ini mestilah pelbagai kaum dan bukan melayu sahaja.

 

2.  Mahukah mereka yakni orang-orang muda hadiri forum itu?

jawapannya, harus kreatif.  Penyampaian harus ikut keadaan.  Penyampaian harus disampaikan secara jujur, berfakta dan rasional.  Penyampaian tidak boleh menyentuh sensitiviti mana-mana kaum.  Jangan gunakan media perdana untuk semua ini.  penyampaian harus dilakukan secara berdepan dengan mereka semua.  jawab persoalan yang dilontarkan oleh mereka secara profesional dan penuh fakta-fakta yang kukuh.  Tujuannya, supaya ianya tidak dapat dipersoalkan oleh anasir-anasir yang tidak bertanggungjawab.

 

3.  Apabila menyampaikan sesuatu ceramah, jangan menggunakan emosi.  Gunalah pendekatan fakta dan sejarah.  jangan sesekali menggunakan sensitiviti perkauman.

 

Orang melayu terperangkap dengan permainan pembangkang.  kalau mereka guna perkauman, kenapa kita mesti ikut rentak mereka?  kalau itulah dia, jangan hairan kalau orang terus tolak BN.

 

Kepada Dato Ahmad, terima kasih kerana memahami segala tindakan yang dikenakan.  jadilah seorang pejuang tulen.  janganlah berjuang mengikut emosi.  Tetapi, berjuanglah atas fakta dan sejarah serta ketertiban dan ketegasan.  Ingatlah, kita semua ini, hanyalah pendatang sementara di muka bumi ini.  Bila sampai masanya nanti, kita akan dijemput pulang oleh tuhan yang maha esa.

Arkit blog