Ahad, September 14, 2008

Bebaskah kita?

Salam sejahtera.  Ha, aku mai lagi.

 

Nampaknya, semua orang nak kebebasan.  Bebas bercakap, bebas itu, bebas ini.  Sampai nak melaga-lagakan kaum tu depa kata kebebasan.  Tapi, benarkah manusia itu bebas sepenuhnya?

 

kalau betul manusia itu bebas, mengapa kita harus beragama?  Inilah persoalan yang harus kita duduk dan renungkan.  Cuba duduk dan renung dalam-dalam.  Mengapa mesti beragama?

 

Adakah semua agama itu memberi kebebasan yang hakiki kepada penganutnya?  kalau ajaran sesat tu, yalah.  Adakah semua agama membenarkan kita membuat semborono sesuatu perkara itu?  menghina?  mengganggu ketenteraman dan sebagainya?

 

Sudah tentu tidak bukan?  Manusia selalu tewas pada hawa nafsu.  Apabila manusia tewas pada hawa nafsu, maka rosaklah semuanya.  Inilah kelemahan manusia yang tidak perlu dipertikai atau pun diperdebatkan.

 

Sebab itu, agama datang untuk mengatur cara hidup manusia.  katakanlah sekarang jika tiada sebarang agama di dunia ini, apa akan jadi pada dunia ini?  malahan, ada agama juga pun manusia membuat onar duri dan ankara yang jauh sangat dahsyat.

 

jadi para pembaca, janganlah bermegah konon inginkan kebebasan.  Manusia sebenarnya, tidak bebas.  Ini semua adalah tuntutan hawa nafsu semata.  Bak kata pepatah, ikut rasa binasa, ikut hati, mati.

2 ulasan:

Demang Lebar Daun berkata...

Betul tu... Cuba suruh diorang naikkan layang-layang, kemudian putuskan talinya. Cuba tengok, best tak?

Nak lagi best, naik kapal terbang lepas tu suruh pilot tu putuskan hubungan dengan semua menara kawalan. Tak cukup bebas lagi? Suruh pilot tu patah balik atau singgah je di mana-mana airport tanpa meminta izin.

(Dalam dunia sufi, semua manusia sebanarnya buta)

Sedingin Salju berkata...

ya benar. Semua manusia buta. mesti disusun atur, mesti diatur dengan undang-undang. Sesiapa yang langgar undang-undang, terimalah akibatnya. itu sudah semestinya.

Arkit blog